28 March 2017

Pinggan mangkok yang sumbing dan retak seribu itu tidak boleh dipakai lagi, dibuang sahaja

Saya telah memberikan pandangan kepada rakan-takan fb semalam tentang budaya dan kepercayaan yang kita selalunya tidak akan menggunakan lagi pinggan, cawan atau piring yang telah sumbing dan retak seribu. Jika kita dihidangkan makanan dengan pinggan mangkok yang sumbing ia menunjukan betapa kurang sopannya atau dhaifnya kita tentang adab dan budaya bukan sahaja kepada kaum Melayu malahan kepada banyak bangsa dan kaum di dunia ini.

Setengahnya percaya bahawa jika kita menggunakan pinggan mangkok yang sumbing dan retak seribu itu ia akan membawa sial dan berbagai-bagai lagi yang tidak baik untuk kita semua.

Kesemua yang memberi respons itu bersetuju dengan pandangan saya itu, malahan ada yang memberikan bukti keyakinan mereka dengan mengeluarkan hadith Muhammad saw yang mencegah kita menggunakan pinggan mangkok yang sumbing itu. Kata mereka yang sumbing dan retak seribu itu patut di buang sahaja dan jangan digunakan lagi.

Yang lebih menarik lagi ada yang memberikan pandangan apa sahaja yang sudah retak dan sumbing itu kita patut jauhi nya termasuk lah parti-parti politik yang sedang menghadapi keretakan dan sumbing itu.

Keseluruhan komen dari peminat politik yang memberikan respons itu rata-rata berpendapat yang Umno sudah retak dan menunggu pecah sahaja. Malahan sumbingnya Umno itu sudah lama kelihatan dan semakin jelas hari demi hari. Terlalu banyak puak dan kem dalam parti itu sekarang ini. Di sana sini ada retak dan sumbingnya.

Sesungguhnya Najib akan menghadapi masalah keretakan dalam parti pimpinannya hasil dari rasa tidak yakin terhadap kepimpinan Najib dikalangan pemimpin-pemimpin setiap peringkat dalam parti itu sekarang. Semuanya sedang menjolok Najib agar jatuh dan mereka akan berebut untuk mendapatkan buah yang dijolok mereka itu. Ramai yang tidak tahu yang menjolok itu tidak akan dapat menyambut buahnya.

Akhirnya ramailah yang berpendapat yang parti itu tidak akan dipakai lagi oleh orang yang memahami hakikat yang retak seribu dan yang sumbing itu seharusnya dibuang dan jangan di dekati lagi.


Yang sumbing itu akan pecah dan yang retak itu akan jatuh berderai. Telah diyakini oleh banyak pihak termasuk yang berada dalam Umno itu sendiri yang parti itu sudah tidak boleh di harapkan lagi. 

Benarlah perbilangan yang berbunyi 'the good is for the good and the bad is for the bad' Tidak semema-mena PAS pulak yang terikut-ikut Umno dan parti itu sudah mula jelas sumbing dan retak seribu nya. Bersungguh benar PAS ini menempah mautnya.

5 comments:

Anonymous said...

Kah Kah

Anonymous said...

Jatuh berderailah ummo&pas..itu sebaik2nya.

pakchop said...

jangan tak sebut Pas pun dah sumbing dan retak juga, gara2 sikap tuang presideng. TY Tuan.

Anonymous said...

Pemilik The Haven Ipoh adalah seorang Penjenayah Besar

A Amin said...

Pakatan Pembangkang pun masih menggunakan pingan dan mangkuk yang sumbing dan hampir pecah. Kenapa??????