Yang selalunya membunuh politik
seseorang itu ialah pemimpin yang rapat dengan seseorang itu. Sudah menjadi
lumrah yang paling hampir dan menyumbang besar kepada mereka itu lah yang
akhirnya menjadi korban politik mereka.
Yang menaikan Najib sehingga ketahap
ini adalah orang-orang yang beliau ingin bunuh politik mereka sekarang ini. Dr
Mahathir begitu ghairah menjatuhkan Abdullah Badawi untuk memberikan laluan
kepada Najib untuk naik menggantikan Perdana Menteri yang di persepsikan
seorang Perdana Menteri yang lebih banyak tidur dari berkerja. Ke hulu kehilir
Muhyiddin ingin menjatuhkan Abdullah bagi memberikan Najib peluang untuk
menjadi Perdana menteri dan untuk beliau sendiri mendapatkan munafaatnya dengan
menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Sememangnya Abdullah itu
sepatutnya tidak dijadikan Perdana Menteri dari awal lagi jika diambil kira
tahap kemampuan beliau sebagai seorang pemimpin. Tetapi Dr Mahathir bermatian
mahukan Abdullah menggantikan beliau yang akhirnya beliau sendiri seperti yang dijangkakan oleh ramai orang menyedari
yang Abdullah bukanlah seorang yang benar-benar layak dan berkemampuan untuk
menerajui kerajaan.
Akhirnya Mahathir sendiri bersama
Muhyiddin telah kehadapan untuk menjatuhkan Abdullah sedang Najib hanya
membiarkan sahaja kerana beliau tahu jika Muhyiddin dengan Mahathir berjaya
menjatuhkan Abdullah beliaulah (Najib) yang akan mendapat munafaatnya.
Ternyata apa yang dilakukan oleh
Mahathir dan Muhyiddin itu telah memakan diri Mahathir dan Muhyiddin. Lain-lain
perkataan yang amat sesuai untuk Mahathir dan Muhyiddin ialah “Mahathir dan
Muhyiddin sedang menelan racun mereka sendiri” Najib tidak mempunyai kemampuan
untuk menjaga moral beliau sebagai pemimpin yang dimandatkan oleh Umno dan BN
untuk mentadbir negara dengan jujur dan transparent. Seperti Abdullah Najib juga
merupakan pemimpin yang susah untuk diiktiraf sebagai pemimpin yang mempunyai
moral kepimpinan yang sesuai dengan kehendak negara yang inginkan rakyat hidup
dalam keadaan aman dan makmur serta dalam ketenangan.
Yang jelas Mahathir telah gagal
untuk mencari pelapis kepada kepimpinan negara. Yang beliau berjaya hanyalah
untuk membina barisan pelapik yang gunanya hanya untuk memberi keselesaan
beliau tanpa diganggu gugat oleh pelapik-pelapik beliau itu. Pelapik-pelapik
ini hanya mengangguk dan mengiyakan sahaja apa-apa yang dilakukan oleh Dr
Mahathir tanpa mempunyai kudrat untuk berkata benar kepada Mahathir.
Tetapi tidak boleh juga kita
salahkan pelapik-pelapik ini tidak berkata benar kepada Dr Mahathir kerana
mereka hanyalah pengampu dan mereka tidak memahami yang mana yang benar atau
sebaliknya. Mereka-mereka ini termasuk Abdullah dan Najib hanyalah ibarat
burung balam yang tugas mereka untuk mengangguk sahaja.
Akhirnya inilah yang kita semua
dapati sekarang ini, iaitu sebuah negara yang tidak tentu arah tujuan dan
matlamat serta ‘ultimate’ nya yang sebenarnya. Penganggok-penganggok ini
hanya mampu untuk menjadi ketua-ketua tetapi ketua-ketua yang tidak
berkepimpinan dan disaluti pula dengan niat dan matlamat untuk diri mereka
sendiri. Seandainya ada walaupun sedikit niat untuk kebaikan negara dalam
memimpin kita semua negara tidak akan berhadapan dengan apa yang kita hadapi
sekarang ini.
Kita amat keliru dengan orang
rasuah yang bercakap tentang agama dan menggunakan istilah-istilah agama dan
Quran dengan begitu fasih dan lancar. Pemimpin berbohong tidak ada batasnya dan
mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan mengaibkan agama, bangsa dan
negara.
Benarlah kita sedang berada
diakhir zaman. Yang benar dikatakan salah dan yang salah dikatakan benar. Yang
bersifat hina dijunjung sedangkan yang benar-benar mempunyai kepimpinan yang
bersalutkan spiritual yang baik diketepikan. Yang berserban melakukan
kemungkaran terhadap agamanya dan yang bercakap tentang bangsa dan negara itu
adalah mereka yang telah membinasakan bangsa dan negaranya sendiri.
Sesungguhnya kita tidak boleh
merasa was-was lagi kerana sifat was-was adalah sifat yang sangat hina disudut
pandangan agama dan ketuhanan kita. Najib perlu mencari ‘face-saving device’
untuk berundur dan jangan lagi mendekati politik negara ini selepas persaraan
nanti.
Najib hanya boleh berbakti
terhadap negara dengan berundur bersama apa yang beliau telah lakukan terhadap
negara kita ini. Pengunduran beliau wajar disertai oleh semua Jemaah Menteri nya kerana itu adalah amalan yang diguna pakai oleh negara demokrasi
yang telah maju dan berjaya. Ahli-ahli Jemaah Menteri yang wajar mempunyai nilai
dan sifat accountability terhadap apa kesalahan ketua kerajaan yang mereka
berada bersama dalam kabinetnya.
Bersara nya seorang Perdana
Menteri kerana kesalahan dan jenayah yang dilakukan harus dan wajib di pikul
bersama oleh Jemaah Menteri nya kerana kesalahan serta jenayah itu adalah
kesalahan bersama.
Kesalahan Najib bukannya
kesalahan yang kecil yang boleh diabaikan begitu sahaja. Ketagihan rasuah
adalah identiti kerajaan bawah Najib dan ini perlu dibenteras habis-habisan
tanpa was was lagi.
Hanya pilih satu dari dua pilihan
yang ada, ‘either we save Najib or we save all Malaysians’
5 comments:
selamat hari Jadi Pak
Selamat Hari Jadi Perwirakuuu.....
Inilah hasil yg dikeluarkan oleh Kerajaan BN yg memerentah Malaysia selama 6 dekat. Dalam hal ini semua ahli UMNO patut dipersalahkan.
Parti pembangkang sudah lama menyuarakan tentang bencana ini tetapi semuanya diperlekehkan. Ada yg bertahun 2 merengkup dalam penjara tetapi tidak ada yg bersimpati termasuk lah Tuan.
Sekarang ibarat nasi yg sudah menjadi but dan sama2lah kita makan. Hanya berdoalah kepada Allah agar kita semua dilepaskan dari belenggu ini.
PRU 14 nanti kita jatuhkan BN Inshaa Allah
ada hikmah atas apa yang berlaku. sekurang nya pemimpin masa hadapan lebih beramanah dan sedar bahawa rakyat negara ini tidak boleh diperbodohkan lagi.
Satu kupasan yang baik.
Hanya DUA Perdana Menteri Malaysia yang bertaraf PEMIMPIN. Mereka ialah Tun Abdul Razak dan Tun Mahathir Mohammad.
PM yang lainnya hanya bertaraf ketua dan langsong tidak ada sifat sifat KEPIMPINAN.
Najib dilahirkan "with a golden spoon". Kebangsawanan menjadikan dia lupa berpijak dibumi nyata. Terlebih lagi Najib mendapat penasihat merangkap teman hudup yang serakah. Maka sikap kerakusan semakin menyerlah tanpa memperdulikan nasib rakyat yang dpimpinnya.
Cuba kita perhatikan gaya Najib berpidato. Dia tidak ada kualiti langsong. Badannya dipusing kekanan dan kekiri seoerti mencari sokongan. Natijahnya roh dirinya berkata sokongan untuknya semakin betkurang. Dan gaya pidatonya seperti mencari sokongan. Malangnya hambar. Sebab kelompok yang diketuainya adalah PENGAMPU BUKAN PENDUKUNG kepimpinan.
Zaman BENDAHARA Tun Mutahir @ TUN PERAK telah diulang sejarah dengan kemunculan BENDAHARA TUN MAHATHIR. Tunggulah 500 tahun untuk kemunculan pusingan seterusnya.
Jika Rakyat Malaysia tidak mahu menggunakan sisa2 penghidupan Tun Mahathir SEBAGAI PEMIMPIN MALAYSIA SEMULA. MAKA KEHANCURAN BANGSA MELAYU MALAYSIA SEMAKIN TERSERLAH. BELIAU SEDANG DIPENGHUJUNG USIA.
MALAYSIAN!!!!! TAKE IT OR LEAVE IT.
THE CHOICE IS YOURS.
BANGSAKU SEDANG DIJAJAH DENGAM PEMIKIRAN JUMUD.
BANGSAKU SEDANG DIJAJAH OLEH MELAYU ELIT.
BANGSAKU SEDANG DIJAJAH OLEH BANGSANYA SENDIRI.
BANGSAKU HANYA MENANG SORAK....PERSIS PAK KADOK.....
Post a Comment