20 February 2007

42. Skim Pinjaman Buku Teks - Rakyat dibohongi lagi

Saya membaca banyak berita dari blogger-blogger dan sejak dua hari yang lepas ramai yang memilih isu pembatalan skim pinjaman buku teks kepada murid-murid sekolah rendah dan menengah.

Diantara yang saya tertarik ialah apabila saya terbaca kuda-kepang dimana Datuk Ruhanie Ahmad begitu berang dengan keputusan kerajaan yang membatalkan keputusan untuk memberikan kemudahan skim pinjaman buku teks tersebut.

Saya tidak hairan kenapa Datuk Ruhanie marah-marah kerana beliau adalah bekas Ahli Parlimen Malaysia yang tahu bagaimana kecewanya rakyat khususnya ibu bapa murid-murid yang sudah lama tertunggu-tunggu skim tersebut.

Malahan saya sendiri mendapat panggilan talipon dari puluhan rakan-rakan saya yang kecewa kerana dolak dalik kerajaan yang selama ini mereka junjung dan sokong .

Alasan yang rm 100 juta adalah terlalu tinggi untuk dibiayai oleh kerajaan merupakan alasan yang tidak masuk akal.

Kenapa di umumkan persetujuan untuk mengadakan skim ini jika kerajaan tidak mempunyai kemampuan?

Kenapa pula kerajaan yang mengaku hebat dan mewawarkan angka perdagangan negara sudah mencapai rm 1 trillion tidak mampu untuk memberikan kemudahan yang begitu asas kepada rakyat ramai yang memerlukan bantuan itu?

Kalau rm 100 juta sangat susah untuk di peruntukkan kenapa pula pucuk pimpinan boleh mencari jalan untuk membeli jet-jet mewah untuk PM.

Bukankah kapal terbang mewah itu berharga melebihi rm 200 juta?

Kalau untuk pemimpin segala-galanya boleh diadakan, kenapa yang diperlukan oleh rakyat tidak dapat usahakan.

Pucuk pimpinan sudah selesa dengan jet-jet yang sedia ada tetapi kerana hendakkan kelesesaan yang ‘optimum’ kerajaan sanggup membeli kapal terbang mewah yang mahalnya tidak ada tolok bandingnya.

Semasa saya hendak menghantar anak-anak saya belajar keluar negara negara Germany adalah salah satu pilihan saya.

Saya dapati di negara tersebut semua pelajar termasuk pelajar asing dari seluruh dunia boleh belajar dengan percuma.

Berbillion euro di belanjakan untuk pelajaran percuma di belanjakan oleh negara tersebut dan saya tidak nampak kenapa pimpinan kita tidak mampu mengusahakan rm 100 juta untuk rakyatnya.

Kenapa pucuk pimpinan tidak berusaha seperti yang diusahakannya untuk membeli kapal terbang mewah yang tidak memberi faedah kepada negara selain dari menjahanamkan wang rakyat?

Pembatalan ini memang meyakinkan orang ramai yang pimpinan hari ini tidak ada moral dan tidak tahu untuk menysun ‘priorities’ dalam mentadbir negara.

Kalau sudah diumum kita desak supaya kerajaan meneruskan perlaksanaan skim pinjaman buku teks tersebut.

Kerajaan wajib hentikan pembohongan ini.

Jika pembohongan ini berterusan, rakyat akan meminta pemimpin-pemimpin kita membuka mulut besar-besar untuk melihat samada lidah yang ada didalam mulut mereka itu ‘lidah biawak atau lidah manusia’………………… Aspan Alias.

3 comments:

lamandau said...

Ini merupakan pertama kali saya membuat komentar di blog sdr. Kita sudah lama berkenalan tapi terputus semenjak tahun 2000. Saya amat gembira kerana sdr memilih menjadi blogger untuk menyampaikan pengamatan sdr dan buah fikiran sdr yang saya telah lama mengiktirafnya mempunyai kualiti atasan!
Apa boleh buat sdr kita dilahirkan dalam negara yang memdpunyai pemimpin yang lebih suka melayan akhbar/media massa untuk menonjolkan diri mereka. Kadangkala apa yang di gembar-gemburkan tidak dapat direalisasikan...cannot walk the talk! Ini yang terjadi dalam isu SPBT ini. Mereka selalu sukar mengwar-warkan benda yang belum ada ketentuan lagi. Orang dah pun mempunyai kapal selam 10 tahun dulu tanpa diketahui umum. Kita pula telah launggkan 10 tahun dulu nak beli k/selam, baru kemarin kapal selam tu dicantumkan!!
Sebab itu lah sdr saya amat setuju kalau asa orang menyatakan kita mengalami krisis keyakinan! keyakinan terhadap Pak Lah, pemimpin2 dan kalau dibiarkan mungin berjangkit kepada keyakinan diri sendiri! Modal insan kemana, Islam hadahiri kemana. Salam

Hydrocodone said...

BERCyL The best blog you have!

JohnBraun said...

KWQgkr write more, thanks.