02 April 2008

Najib tidak mampu menjadi ketua pembangkang

Semalam sekali lagi Tun Dr Mahathir (TDM) menempelak Perdana Menteri dan memintanya meletakkan jawatan selaku orang yang bertanggungjawab atas kekalahan banyak kerusi dalam pilihanraya baru-baru ini.

TDM juga membelasah menteri-menteri kabinet dan ahli MKT kerana mejadi ‘yes men’ kepada seorang PM yang lemah dan tidak berdaya maju.

Sesungguhnya semua ahli kabinet dan MKT sepatutnya mengambil tanggungjawab ini dengan meletakkan jawatan masing-masing.

Di sini, TDM sendiri pernah mempunyai sikap tidak konsisten kerana beliau pernah menyuarakan pendapat bahawa Najib yang patut mengambil alih kerusi yang dipegang Pak Lah sedangkan Najib sendiri tergolong dalam kumpulan yang sama.

Malahan, Najib adalah pengarah pilihanraya umum ke-12 yang lalu dan juga pengarah pilihanraya di Kelantan.

Perubahan pandangan TDM sangat-sangat diterima oleh orang ramai dan kerusi Presiden itu memang wajar ditandingi oleh sesiapa yang dianggap ‘viable’ untuk menjadi Presiden UMNO.

Tengku Razaleigh telah pengumumkan kesediaan beliau untuk menawarkan dirinya sebagai Presiden parti dalam pemilihan parti yang akan datang.

Beliau tidak ada dalam kabinet dan MKT yang telah ditolak rakyat dalam pilihanraya baru-baru ini.

TR adalah seorang yang mampu untuk memulihkan imej parti dan boleh diterima oleh semua kaum di negara kita.

Dengan pandangan TDM semalam, ianya memberi isyarat bahawa Najib tidaklah orang yang semestinya menjadi pengganti Pak Lah.

Pandangan terbaru TDM ini sangat diterima ramai memandangkan Najib memang disangsikan ‘capability’nya sebagai pengganti yang baik kerana isu-isu dirinya sentiasa menjadi buah mulut rakyat di kedai-kedai kopi, di surau-surau, di pejabat-pejabat dan di mana-mana sekalipun.

Pendek kata, sekiranya Najiblah yang mengepalai kepimpinan negara, ramai yang merasakan kekalahan BN dan UMNO akan merebak pula ke negeri-negeri lain yang masih dikuasai BN pada pilihanraya umum yang akan datang.

Jika ini berlaku, persoalannya mampukah Najib menjadi ketua pembangkang di dalam parlimen selepas pilihanraya yang akan datang?

Jika UMNO kalah lagi pada pilihanraya yang akan datang UMNO tidak mungkin kembali lagi buat selama-lamanya.

Dalam situasi genting sekarang ini, ahli-ahli UMNO mesti serius demi kepentingan masa depan parti.

Marilah kita tumpukan kepada usaha ke arah memilih pemimpin yang tidak wujud dalam sistem yang sedia ada.

Ini merupakan isu yang amat penting kerana ianya melibatkan masa depan generasi kita.

Kita tidak mahu melihat UMNO menjadi parti pembangkang dengan Najib yang mengetuainya kerana beliau bukannya seorang yang berkemampuan untuk menjadi pembangkang.

Orang ramai memberikan sambutan yang menggalakkan kepada TR dan di mana-mana juga kita pergi beliau menjadi sebutan ramai.

Kita mesti sedar hanya TR yang masih tinggal, bagi ahli-ahli menaruh harapan untuk mengembalikan UMNO ke landasan yang teguh seperti yang kita alami dahulu.

Pemimpin-pemimpin yang baik dan diterima ramai hampir kesemuanya telah meninggalkan kita dan berada di alam barzakh.

Yang diharapkan hanyalah keupayaan pemimpin yang ada pada hari ini memandang ke dalam untuk ‘introspeksi diri’ dan berkorban semata-mata kerana kepentingan parti dan negara pada masa hadapan.

Satu elemen yang tersangat penting sekarang ialah pengorbanan individu-individu kepimpinan yang ada sekarang dan menebalkan sifat sabar yang tinggi.

Jika benar sebagai apa yang dikatakan selama ini tentang pengorbanan kepada bangsa, inilah waktunya untuk mereka mengotakan janji.

Apalah gunanya diberikan kepada Najib sekiranya beliau akan hanya menjadi ketua pembangkang?

Rakyat mahu melihat Presiden UMNO itu adalah seorang Perdana Menteri yang kuat dan dihormati rakyat.

Kepada TR diucapkan selamat maju jaya untuk membanting tulang membangunkan kembali UMNO dan negara seperti yang Tengku telah lakukan dahulu.

Rakyat negara sedang menunggu dengan penuh kesabaran. Jika boleh mereka tidak mahu lagi mengundi pembangkang seperti apa yang mereka lakukan baru-baru ini

Tengku amankanlah pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti kita ini.

Patik hanya mampu berdoa.


Wassalam……………………………………………………………… Aspan Alias.

1 comment:

Anonymous said...

TR boleh bertanding untuk Jawatan Presiden UMNo, namun untuk menolak DNTR sewenang-wenangnya bukanlah sesuatu yang mudah diterima oleh ahli akar umbi UMNO.Think about it