20 August 2008

Pemimpin buntutkan rakyat, Anwar dituduh buntutkan Saiful

Sudah banyak hari saya tidak menonton TV untuk mengelak daripada mendengar cerita liwat yang tidak habis-habis.

Sudah banyak hari juga saya tidak membaca akhbar kerana takut terbaca cerita liwat dan sumpah Quran si budak Saiful ini.

Akhirnya terpaksalah saya membaca akhbar luar negara dan saya berasa senang sekali kerana tidak ada cerita liwat yang menjadi tajuk utama akhbar-akhbar.

Sudah terlalu banyak mendengar dan membaca cerita liwat ini, sehinggakan apa sahaja yang nampak dipandang akan mengingatkan saya kepada buntut si budak Saiful ini yang sedang menjaja dan ingin memberitahu seluruh dunia bahawa dia telah dibuntutkan oleh orang lain.

Si budak Saiful ini diikuti oleh lensa-lensa kamera TV3, RTM, Astro dan banyak lagi yang membuat liputan mengenai buntutnya.

Macam manalah negara nak berkat jika kita asyik bercerita tentang lubang tahi ke sana ke mari…kadang-kadang terpaksa berhenti makan kerana berasa jijik.

Bilakah masanya media dan kepimpinan kita nak buat cerita bagaimana hendak menyelesaikan isu kemiskinan rakyat yang bertambah tenat?

Saya tidak dapat menerima hakikat bahawa cerita ini disebut-sebut oleh pemimpin-pemimpin besar negara. Ini sangat menampakkan bahawa mereka tidak membuat kerja yang baik kerana terlalu banyak masa dihabiskan untuk menguruskan isu buntut si budak Saiful ini.

Cukup-cukuplah…isu ini sudah sampai ke mahkamah…apa yang hendak disebut siang dan malam tentang isu buntut budak yang masih kencing bercabang ini.

Tak payahlah paksa Anwar untuk bersumpah kerana bukan semua orang menerima bersumpah menggunakan Quran ini sebagai cara yang sesuai…masih ramai yang ragu-ragu.

Tunggu sajalah keputusan mahkamah…jangan diheboh-hebohkan lagi.

Kalau pun Anwar benar melakukan kerja buruk ini biarlah mahkamah yang membuat penghakimannya, dan saya ingin sekali mendengar keputusan mahkamah nanti.

Kalau Anwar benar-benar melakukan perkara sekeji ini, maka akan tampak hinalah dia.

Kenapa cerita Anwar membuntutkan Saiful ini diisukan begitu menggila?

Kenapa tidak dihebohkan cerita pemimpin-pemimpin kita yang telah ‘membuntutkan’ rakyat jelata dengan mengikis harta rakyat melalui rasuah dan penyalahgunaan kuasa?

Apakah bezanya dosa Anwar meliwat Saiful dengan dosa pemimpin-pemimpin rasuah yang merugikan 27 juta rakyat negara ini? Bukankah itu juga tindakan ‘membuntutkan’ rakyat?

Bukankah melakukan rasuah yang menjahanamkan negara itu sama seperti ‘membuntutkan’ rakyat?

Malahan dosanya lebih besar lagi kerana ianya melibatkan berpuluh juta rakyat yang telah ‘dibuntutkan’ oleh pemimpin-pemimpin kita yang membawa kesusahan kepada mereka.

Jika tuduhan terhadap Anwar ini benar, ia hanya akan menyusahkan Saiful seorang sahaja. Tetapi pemimpin-pemimpin kita telah ‘membuntutkan’ seluruh rakyat, khususnya kita ahli-ahli UMNO.


Sekian………………………Aspan Alias

5 comments:

pakbelalang said...

Pan,

Kalau kita ada was-was dengan kelakuan peribadi pemimpin adalah lebih selamat kita jangan sokong dia. This is the best option rather than at a later stage if it is really found to be true then it is dificult to revert and asking the leader to step down. We want a leader with impeccable credibility of the first order without the slightest shadow of doubt about his good personal character. At the end of the day, we just cannot be swayed by our bias attitude but must be rational in our thinking what is good for the rakyat.

joe said...

salam bro

Dosa pada Allah mudah untuk kita bersihkan dengan taubat tapi dosa pada manusia....

Mcmana nak pilih ya,klu kita sedia maklum bahawa kita merasa was-was dlm kepimpinan UMNo....yang makin menjadi "membontotkan" rakyat...haiaran kenapa perlu di fokuskan kepada kes liwat.....bukankah ia akan mengganggu prosiding mahkamah nanti...

Sumpah...berapa byk pemimpim yang bermain dgn sumpah.....rafidah aziz, najib..etc...

sumpah sudah menjadi mainan org politik, lambat laun ia akan jadi ikutan.....lambat laun amalan bersumpah jadi pegangan, dan masa itu lah akan berleluasa perbuatan fitnah dan tuduh menuduh sesama kita….....

Mufti-mufti memberi pandangan berbeza....jadi macamana nasib kita sebagai rakyat dikemudian hari...

carcoon

P/S: kelmarin Pak Lah jadi petani...buat kebun sayur...semalam jadi pengakap.......seumpama tiada apa2 yang melanda negara kita

menanti teh tarik sudara aspan

pakbelalang said...

By anakjitra on August 21, 2008 6:09 PM
16 september bakal menjelang

anggan angan sekor jembalangyang suka pintu belakang diri sendiri tunggang langgangOrang belum hambat dia lari lintang pukangPi kat Duta Turki dia sembunyi balik belakangsana sini tunjuk belang berlagak warak tak tinggal sembahyanglambat lepa dok gencok pagi petangtak sedar diri banyak kurangada hati ajak orang menyeberanghari hari pukul canang sekejap 30 orangsekejap 4 orangyang terbaru 13 orang rupa rupanya temberangkonon nak turun harga barangingat minyak macam arangsemua boleh sekarangahli parti pun tunjuk garangsemua nak jadi panglima perangorang suratkhabar pun depa serangkonon Permatang Pauh dia punya sarangnak sapu geng cemerlang gemilang terbilangsampai undi jadi kurangbagi Dolah dok tak senangtakut takut jadi Ketua Pembangkangsi budak saiful dia dok ganyangkonon sumpah tak pernah buat dek orang kalau hang berani buat la bagi terangbagi rakyat tau depa dok kena jerangini macam punya siamangpatut di humban ke dalam jurangatau pakat sumbat dalam balang hanyutkan ke Port Klangjadi habuan ikan sembilangtinggal gigi dengan tulanghabih cerita , rakyat pun senangDolah boleh tidur memanjang

Anonymous said...

KALAU MAZHAB ISLAM HADHARI TAK JADI MASALAH SEBAB DEPA KATA

1)DEPA BUKAN NAK KEJAR WANG BERJUTA-JUTA(BERIBU JUTA MUNGKIN ADA)

2) DEPA BUKA NAK CARI HARTA BERTIMBUN-TIMBUN (KALAU BERTAMBUN TAKPA)

3) DEPA KATA DEPA NAK IKUT AL-SHAFIE (AL-SHAFIE NI RASA BUKAN IMAM MAZHAB KOT SEBAB KALAU BETUL EJANYA BEGINI ASY-SYAFI'E)

4) DEPA KATA DEPA NAK KITA SAMA-SAMA KERJA DENGAN DEPA (GAJI TAK BAGI PUN, DUIT SAPU KAT DEPA LAGI ADA)

KENA BAGI EMPAT CUKUP KOT...SEBAB KALAU BAGI TIGA NANTI JADI MAKNA BUKIT PULA KATA CALON BN P.44 PERMATANG PAUH SEBAB KATANYA KITA BERADA DI PUNCAK, ITU MEMBERI PETANDA BAHAWA BN AKAN MENANG DALAM PRK KALI INI (APA PUNYA MAZHAB NI...)

ABU 'ASIM

pakbelalang said...

A leopard will never change its spots, period. It is a matter whether you believe it or you don't.It is our choice and our prerogative. It is for us to make our own judgement.