Kadang-kadang kita terfikir kenapa seorang pemimpin besar boleh melakukan perkara yang terlarang dan diketahui umum pula.
Apabila umum mempersoalkan tindakan mereka maka berlindung pula di sebalik kuasa dan undang-undang ciptaan manusia yang boleh disesuaikan mengikut kehendak nafsu mereka kerana ada kuasa.
Kadang-kadang ada pula masalah isteri yang terlalu glamour hinggakan sesetengah pemimpin itu hanya boleh membuat sesuatu keputusan jika isteri mereka suka.
Ada pemimpin kita yang terlalu banyak membuat bed-side briefing semata-mata hendak impress isteri masing-masing dan ini membahayakan negara.
Isteri pula satu macam punya perangai…suami jadi Menteri isteri naik pula jadi Raja. Letih kita melihatnya.
Saya pernah berucap memberitahu ramai yang mendengar bahawa suami itu merupakan General, dan isteri menjadi Major dalam sesebuah keluarga.
Mungkin itulah sebabnya ada pemimpin kita hanya mengambil General Decisions sedangkan isterinya mengambil Major Decisions.
Bayangkan seorang Perdana Menteri yang memiliki seorang isteri yang terlalu glamour dan termasyhur tentang menguasai suami, maka PM itu sudah pasti tidak akan dapat mengambil keputusan penting dengan baik.
Ramai pemimpin dalam sejarah dunia telah jatuh bergelimpangan kerana pengaruh isteri yang terlalu kuat di belakangnya.
Saya menulis isu ini bukan kerana apa; sekadar hendak mengingatkan para pemimpin dan sesiapa sahaja yang ingin menjadi pemimpin bahawa isteri boleh menyumbang satu di antara dua perkara.
Pertamanya, isteri boleh menyumbang kepada ketinggian martabat pemimpin, dan keduanya isteri juga boleh menyumbang kepada kejatuhan seseorang ke lembah yang hina.
Dalam kita sibuk menentukan kepimpinan tidak lama lagi, faktor ini mungkin boleh menjadi faktor penting dalam penentuan masa depan parti dan negara kita.
Orang yang paling berkesempatan untuk memusnahkan kita dan masyarakat kita adalah orang yang paling hampir dengan kita.
Sekian………………………Aspan Alias
6 comments:
Bro, cakap berkias, susah nak faham. Boleh spesifik sikit? :)
Kalau begitu Pan, kita cari pemimpin yang takdo anak dan menantu.
Sonang cerito.
Yang membantu Presiden atau Timbalan Presiden pun mesti yang tak ada anak menantu juga lah.
Sedia emnyumbang :)
salam saudara aspan,
Senjata wanita yang utama Airmata, senyuman, tuturkata, berhias dan kepandaian"......dan keruntuhan dalam sesebuah keluarga boleh melahirkan generasi yang lemah.
salam
carcoon
Bro you mesti dictator dalam keluarga. Istri yang sejati adalah tempat untuk suami meluahkan kata hati. Pandangan isteri amat mustahak didalam semua perkara. Kecuali kalau isteri bengap sangat dan tak boleh di bawa bincang atau suami yang egoist maka tidak akan ada komunikasi antara suami isteri. Duduklah sorang-sorang.
Nak tambah- kadang kawan-kawan rapat lagi bahaya dari isteri....
Salam...,
isteri sape yang tuan cakap ni???
isteri imam besar hadhari?
isteri imam muda hadhari?
isteri menantu hantu imam besar hadhari?
isteri ketua pemuda umno?
isteri ahmad said?
isteri saya???
thanks!
Pan,
We need intelligent and graceful woman to be our first lady. Not haprak and HP6!
If it is Rosmah I think she is very qualified, provided she knows her duty as a first lady and does not interfere or influence government decision making process. Then she would be an excellent first lady.
Tapi kalau perangai sombong dan hidung tinggi setelah jadi first lady alamat Najib jadi bakal Perdana Menteri PONDAN lah !!
Post a Comment