12 November 2009

DS Najib...wang ehsan ni apa dia?

Dato’ Seri Najib kata, dia Perdana Menteri untuk semua. Ia bermakna dia adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia.

Jika itu pengakuannya sepatutnya tidak timbul isu bayaran Royalty atau Wang Ehsan kepada rakyat dan Kerajaan Negeri Kelantan. Apatah lagi rakyat Kelantan itu adalah rakyat sebangsa dan seagama dengan beliau.

Isu pembayaran Royalty dan Wang Ehsan bukanlah isu baru. Penciptanya masih sihat dan masih menjadi pujaan ramai dan dianya tak lain dan tidak bukan ialah Dr Mahathir.

Dalam isu ini kita akan mampu membuat andaian yang conclusive bahawa Najib tidaklah sebagaimana pengakuan beliau yang beliau adalah Perdana Menteri untuk semua.

Saya sandarkan alasan saya hanya dari satu sudut; pengagihan royalty minyak yang dibuat bertentangan dengan apa yang terkandung dalam undang-undang dan perjanjian diantara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri pada tahun 1974 yang lalu.

Seruannya untuk hidup mengikut Rule of Law juga tiada ke mana-mana kerana apa yang dikatakannya dalam Parlimen tentang isu Royalty minyak ini merupakan penentangan terhadap undang-undang yang digubal oleh Parlimen itu sendiri.

Perlu kita ingat beliau sendiri adalah salah seorang dari penggubal undang-undang atau Law–Maker yang sudah begitu lama.

Wang ehsan kalau diterjemahkan ke dalam bahasa pasarnya ialah wang sedekah.

Lain-lain perkataan rakyat negeri Kelantan pada pandangan Perdana Menteri termasuk ke dalam Asnaf yang 8 itu…layak untuk menerima sedekah dan fitrah daripada pihak yang mengeluarkan minyaknya.

Seronok juga rasanya kalau saya ada masa untuk menulis tentang isu ini mengikut kefahaman saya.

Insya-Allah hujung minggu ini saya akan cuba untuk menulis tentangnya.


Sekian………………………………………..Aspan Alias

14 comments:

Anonymous said...

Aspan,
In the first place, Kelantan layak ke dapat royalty minyak? Kalau tak layak apa nak sibuk sangat. Kelantan ada minyak ke, beria-ia nakkan royalty?

Bila masanya Kelantan ada minyak? Tahun bila? Setahu saya kawasan minyak yang ada jauh dari kawasan persisiran laut Kelantan.

Masa Anwar Ibrahim jadi Menteri Kewangan tidakkah dia usahakan memberi royalty kepada Kelantan jika ketika itu Kelantan ada hak menerimanya?

Sdra ada baca ke perjanjian royalty antara kerajaan pusat dengan negeri.
Apa isi kandungannya? Saya ingat sdra tanya Tengku Razaleigh !!!

Pasal apa nak salahkan Najib je ?

Wau Bule

Aspan Alias said...

Inshallah saya akan jawab melalui posting saya pada hari minggu ini.

Tak usahlah sdr wau bule gundah gulana.

Nanti saya jawab kalau tak ada halangan.

Anonymous said...

Kelantan memang tak ada minyak. Jadi kenapa nak cerita pasal wang ehsan. Topic sudah lari, Saudara Aspan.

Percayalah, kalau ada pun setakat "celah gigi je" !!! Nak mengharapkan berbilion ringgit "wang ehsan" mungkin hanya mimpi di siang hari.

Kalau ada hujah yang sahih dari Sdra Aspan bahawa Kelantan layak mendapat wang ehsan atau royalty silalah kemukakan.

Saya ingin benar nak tahu dari Saudara !!

Wan Tik

Aspan Alias said...

Sabar Wan Tik, Insyaallah!

Anonymous said...

Kalaulah Kelantan dapat wang ehsan saudara rasa apa yang akan digunakan wang tersebut oleh kerajaan Kelantan?

Pertama, saya rasa Nik Aziz akan hantar semua ahli PAS pergi ke Mekah mengerjakan Umrah.

Kedua, dia akan ganti roket DAP yang baru untuk pergi ke syurga.

Ketiga, dia akan galakkan rakyat Kelantan kahwin 4. Semua perbelanjaan untuk kahwin akan ditanggong penuh oleh kerajaan untuk pergi berbulan madu.

Joli kataklah!! Pasal dapat wang sedekah. Tak payah kerja dapat wang tergolek !!

Anonymous said...

Anonymous 03:33:00,

Kesian saya tengok sdr dengan mentaliti sdr! kesian!


chegu nan

Anonymous said...

chegu nan,

jgn pedulikan dialah. mesti org umno tu. yg bercakap macam tu kita dengar dlm umno dan itulah aku dah bosan dgn umno.


man

Anonymous said...

Mungkin Anon gunakan reverse psychology kepada pemimpin kerajaan Kelantan supaya bila dapat wang ehsan jangan berangan-angan besar. Gunakan wang ehsan dengan sebaik mungkin untuk rakyat tambahkan rezeki. Buat pelaburan yang mendapatkan hasil lebeh untuk negeri. Jangan nanti tukar kereta Mercesdes untuk ahli exco nak ikut macam negeri Trengganu.

Komen Anon ada message disebalik senda yang dibuatnya.

Tak usah kata dia orang UMNO lah. Jangan fitnah hari Jumaat ini. Mungkin dia orang PAS team A atau B kut !!!

pemerhati

Anonymous said...

Aspan,

Jika benar ada perjanjian yang saudara katakan itu, berapa harulan dan tahunnya perjamjian itu dibuat dan berikan sedikit sebanyak kandungannya.

Siapa yang menanda tangannya dan sebagainya. Saya hormat saudara jika sdr boleh berikannya kepada kami.


sabtu

Aspan Alias said...

Sdr sabtu,

Tunggulah malam ini. Sampai sahaja saya kerumah mlm ini, saya akan tulis.

Pagi ini saya terpaksa keluar sehari suntuk

Tak payah lah sdr menghormati saya kalau saya dapat memberitahu sdr tentang siapa dan bila perjanjian itu dibuat.

Saya meminta semua pihak menghormati undang-undang dan perjanjian.

Itu sahaja bro.

Anonymous said...

kalau tak ada minyak,buat apa pula najib sebuk2 nak bagi wang ehsan...
baik bagi kat perlis jer...sudah lama shahidan kasim minta...

disillusioned said...

I just cannot compute what kind of mentality that Najib has...trying to confuse the people with Wang Ehsan issue.
There is no such thing as wang ehsan as signed by Petronas and the state governments.
It is wrong and can never be right.
What Mahathir did to Trengganu PAS government before was legally not right.
The world is watching us.

disillusioned

Kajian Al-Quran said...

Salam,

Hak royalti adalah hak semua rakyat. Maka hendaklah kita berlaku adil dan berikan hak masing-masing. Disamping itu, marilah kita mengkaji Al-Quran.

Penemuan terkini ... Al-Quran menjelaskan Wireless COmmunication (ICT), menjelaskan cara-cara berfikir, menjelaskan bagaimana Matahari Naik Dari Barat, menjelaskan ubat otak dan minda, dan sebagainya ...



Untuk sama-sama mengkaji dan mengetahui, sila layari

http://kajian-quran.blogspot.com/



Jazakallah Kathiran.

Khalid Yong

Khalid Yong

Aspan Alias said...

Khalid Yong,

Thanks for dropping by and I appreciate yr holistic efforts to promote our religious believes.

Tkasih bro