24 November 2009

Kota Siputeh : Kecuaian ADUN BN memakan diri

Kota Siputeh akan berhadapan dengan pilihanraya kecil (PRK) dan sekali lagi akan terkumpul semua pemimpin dari seluruh negara untuk berpesta pilihanraya.

ADUN kawasan ini, Datuk Abu Hassan Sarif, didapati melanggar tatacara dan undang-undang tubuh Negeri Kedah kerana tidak menghadiri Persidangan Dewan Negeri selama 2 sesi dengan tidak memberi alasan dan sebab yang munasabah.

Kecuaian ini menyebabkan BN menhadapi risiko untuk dikalahkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat yang sudah pasti berhempas-pulas untuk merebut kerusi itu dari tangan UMNO/BN.

UMNO telah membuat rayuan untuk mengekalkan kerusi itu kepada BN dengan niat tidak mahu menghadapi PRK yang berisiko sangat tinggi itu tetapi hari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak rayuan tersebut.

Dalam isu ADUN Kota Siputeh ini dapat kita pelajaran yang sangat berguna kerana ianya membayangkan kelalaian kita di dalam UMNO adalah perkara yang sudah menjadi kelaziman dan saya berpendapat UMNO sepatutnya tidak payah merayu ke Mahkamah untuk mengekalkan kerusi tersebut.

UMNO sepatutnya menerima sahaja keputusan Mahkamah untuk mengosongkan kerusi itu kerana UMNO mesti mengambil kesempatan untuk mencari tokoh-tokoh lain yang tidak lalai terhadap kehendak parti dan rakyat yang diwakili oleh beliau.

Datuk Abu Hassan sudah jelas bukanlah calon yang sesuai dalam politik UMNO pada hari ini.

UMNO sepatutnya mengambil kesempatan ini untuk membayangkan kepada rakyat bahawa parti kita ini adalah serius dalam usaha untuk memperbaiki diri dan sesuai dengan kehendak rakyat yang kian hari kian sofistikated.

Kali ini kita terpaksa menunjukkan sikap kepimpinan UMNO yang terbaik disebabkan oleh isu luaran yang menyelubungi BN khususnya krisis kepimpinan dalam MCA sedikit sebanyak memberikan impak yang negatif terhadap patern sokongan pengundi di kawasan itu.

Apa yang diharapkan oleh rakyat ialah sikap yang magnanimous bersesuaian dengan sikap parti yang memerintah negara majmuk yang merdeka seperti Malaysia ini.

UMNO perlu berusaha untuk mempamerkan conduct yang boleh memberikan keselesaan kepada pemikiran pengundi dan cuba jauhkan sikap menunjuk-nunjuk yang tidak berpatutan, seperti memamerkan kereta-kereta besar dan pakaian-pakaian yang mahal-mahal dan apa-apa kelakuan yang tidak bersesuaian dengan keadaan tempatan.

Untuk mengekalkan kerusi ini bukanlah mudah disebabkan Kedah adalah negeri yang ditadbir oleh PAS pimpinan Ustaz Azizan, seorang yang tidak banyak kontroversi peribadi berbanding dengan ramai pemimpin UMNO yang banyak masalah peribadi dan persepsi rakyat sudah sebati dengan keadaan itu.

Sebagai parti yang memerintah PAS mempunyai kelebihan yang banyak berbanding dengan UMNO yang merupakan parti pembangkang di DUN Kedah.

Ustaz Azizan, sebagai Menteri Besar merupakan seorang yang sederhana dan mudah dihampiri oleh sesiapa termasuk pemimpin UMNO sendiri dan UMNO tidak mampu untuk membuat isu yang besar terhadap beliau.

Imej beliau ini boleh membantu PAS mendapat sokongan pengundi dan kebaikan ini merupakan cabaran besar kepada UMNO untuk memenangi hati rakyat khususnya di kawasan ini.

Sesungguhnya PRK kawasan Kota Siputeh ini merupakan satu tanda arah besar terhadap nasib masa depan UMNO di negeri Kedah khususnya dan Malaysia amnya.

Jika UMNO mampu mempertahankan kerusi ini, UMNO belum boleh mendabik dada dengan kemenangan ini kerana ianya hanya setakat mempertahankan kubunya sendiri sahaja.

Sebaliknya, sekiranya PAS berjaya merampas kerusi ini ianya bermakna UMNO tidak mungkin mendapat sokongan keseluruhan rakyat dalam PU13 nanti dan ianya juga akan mempengaruhi pemikiran pengundi-pengundi di kawasan dan negeri-negeri lain di semenanjung ini.

Rekod buruk yang ditunjukkan oleh Datuk Abu Hassan akan menyumbang kepada kepercayaan sesetengah rakyat bahawa UMNO mempunyai tabiat mengambil tanggungjawab sambil lewa justeru menambah perasaan tidak yakin kepada UMNO walau siapa pun yang akan dinamakan sebagai calon dalam PRK kali ini.

Kegelisahan antara pemimpin-pemimpin di Kedah boleh mencacatkan usaha UMNO untuk mempertahankan kerusi ini.

Pengambilalihan kepimpinan UMNO Kedah oleh Datuk Shafie Apdal jelas menjejaskan perpaduan UMNO Kedah. Keretakan di kalangan pemimpin Kedah tidak payah dinafikan dan sekarang adalah waktu untuk memperbaiki keadaan.

Jika tiada calon di kalangan pemimpin Bahagian yang boleh diterima ramai maka UMNO perlu mengambil serta menerima calon dari luar kepimpinan Bahagian.

Yang penting calon yang ditonjolkan mestilah orang yang diterima rakyat dan marketable kepada semua pihak.

Sekarang bukan masanya untuk mereka mengaku, ‘Aku Ketua Bahagian, aku Ketua Pemuda’ atau apa-apa jawatan sekalipun untuk merebut peluang menjadi calon.

PRK ini amatlah besar ertinya kepada survival UMNO di negeri jelapang padi ini.


Sekian………………………………………………………Aspan Alias

6 comments:

Anonymous said...

Saya faham dengan keadaan dinegeri saya Kedah.
Kedahan are disillusioned by UMNO and I hope UMNO is not going to rule the state anymore as long as these lines of leaders both at federal and the state level.

UMNO and its leaders in Kedah are crabs.

Cukuplah!


mat pekanrabu

Anonymous said...

Tidak lama lagi kita akan dengar macam-macam tentang Uztaz Azizan.

Yang tiada akan diadakan. Ini lumrah permainan UMNO. UMNO berkuasa dan dia akan gunakan macam-macam cara untuk menang.

Tapi yang pasti PAS akan menang! Saya dan keluarga akan balek kg untuk PAS


pengundi luar

Anonymous said...

Walaupun keluarga saya nampaknya sudah condong kepada PAS akhir-akhir ini, biarlah saya seorang mengundi UMNO.
Tapi calunnya biarlah kena yg baik sikit.
Kalau calun sama standard Bashah dan Mahadzir Khaled yang tidak akan mengundi.
Biak pii kat depalah.

Anonymous said...

Aspan, what have just said in one line, Shafie Apdal is doing more disservice than giving enhancement to UMNO in Kedah.

Its like a foreigner asking us what to do and not to do.

He shud be in Sabah. UMNO in Sabah is no better than us here bro


khalid hambra

Anonymous said...

Aspan,

Kau cari yg terbaik dalam UMNO, diKota Seputih kalah juga.

Kau nak cuba betulkan UMNO, sedangkan pemimpinnya nak hancurkan UMNO.

Kau mimpi disiang hari Aspan.

UMNO akan kalah.

sam

Anonymous said...

UMNO boleh survive di Negeri Saudara, tapi diKedah sdr tak payah nak cadang apa-apa; UMNO kalah bro.