04 December 2009

Rasuah & Yang Berkuasa : Ibarat Aur Dengan Tebing

Rasuah adalah isu terkini yang menjadi bualan ramai di setiap pelusuk negara.

Sebenarnya isu rasuah ini memang sudah menjadi bualan di mana-mana sejak 20 tahun dahulu apabila konsep penswastaan dan runding terus diamalkan oleh kerajaan.

Hanya pucuk pimpinan semasa itu tidak serius untuk membendungnya dari awal kerana takut kepada bahana politik yang mungkin hinggap kepada mereka.

Sekarang rasuah sudah menjadi barah yang tidak dapat diubati lagi. Rasuah sudah menguasai setiap penghidupan masyarakat khususnya bagi orang-orang yang berniaga dengan pemimpin-pemimpin yang berkuasa dalam kerajaan.

Yang terakhir yang disebut ialah mengenai Setiausaha Politik seorang Menteri Kanan Kerajaan yang telah membina kekayaan yang begitu banyak dalam waktu yang sangat singkat.

Tentunya ia hasil daripada usaha membantu ahli-ahli perniagaan mendapat kemudahan dan kelulusan projek yang besar-besar yang melibatkan ratusan dan ribuan juta dari Kementerian yang sangat berpengaruh itu.

Tidak hairanlah negara kita telah jatuh ke tempat ke-56 dari tempat yang ke-47 di sisi pandangan Corruption Perception Index Antarabangsa (CPI) dalam kegiatan rasuah.

Rasuah merupakan penyakit yang sudah tidak dapat diubati lagi dan ianya adalah lebih buruk dan merbahaya daripada ketagihan dadah.

Saya telah menulis puluhan kali tentang isu in tetapi kadangkala saya dimaki hamun oleh beberapa orang semata-mata kerana yang saya katakan rasuah itu terdiri daripada pemimpin kerajaan dan pemimpin kerajaan itu adalah pemimpin UMNO atau pemimpin-pemimpin dari komponen BN.

Hanya kekuatan yang Tuhan berikan kepada saya untuk memberanikan diri untuk terus menulis dan menulis tentang korupsi yang akan menyungkurkan negara ke lembah keaiban sebagai sebuah negara yang dikatakan merdeka ini.

Jelas situasi yang kita lihat pada hari ini membuktikan bahawa kita masih belum lagi merdeka. Kita masih terjajah dengan rasuah, musuh yang lebih ganas daripada semua bentuk penjajahan.

Jika dalam peperangan kita menggunakan senjata yang canggih-canggih untuk memerangi musuh, tetapi dalam memerangi rasuah tiada teknologi lagi yang mampu menghapuskannya.

Rocky's Bru telah menyebut Setiausaha Politik kepada Nor Mohammad Yaakob yang dimaksudkan oleh media massa sekarang ini sebagai perasuah sedang disoalsiasat oleh MACC.

Setiausaha Politik itu dikatakan mempunyai rumah-rumah besar dan 4 kereta mewah yang sudah pasti tidak boleh didapati tanpa melakukan kegiatan rasuah.

Orang ramai bercakap di mana-mana, yang rasuah ini bukan sahaja dilakukan oleh Setiusaha Politik Nor Mohammad Yaakob tetapi juga melibatkan pegawai-pegawai dan pembantu Perdana Menteri dan yang lain-lain di Kementerian yang lain.

Rasuah Pak Menteri macam mana? Rasuah pegawai tinggi kerajaan macam mana nak dihapuskan? Malahan di mana-mana rakyat bercerita tentang rasuah seolah-olah rasuah itu sudah menjadi aktiviti halal dan tidak lagi dianggap kegiatan yang hina dan memalukan.

Malahan kegiatan rasuah ini sudah menjadi amalan yang tidak dipandang hina oleh masyarakat sedangkan rasuahlah merupakan punca kemusnahan tamadun dan kerajaan-kerajaan dalam banyak rintitan sejarah dunia.

Untuk memerangi rasuah bukanlah suatu tugasan mudah. Itulah sebabnya di negara yang maju dalam mana kegiatan rasuah itu berkurangan adalah disebabkan pelaksanaan undang-undang dan etika kepimpinan yang tinggi yang dapat membantu mengubati penyakit yang kronik ini.

Undang-undang dan etika mestilah berjalan secara serentak. Undang-undang sahaja tidak akan mampu membanterasnya jika budaya dan etika tidak diberikan perhatian.
Bagaimana etika dapat membantu melenyapkan rasuah?

Saya bukan seorang yang scholarlic untuk memberikan gambaran yang tepat tetapi saya ingin membawa semua kepada contoh-contoh yang nyata berlaku yang sangat baik untuk diterima pakai.

Lama dahulu seorang ahli Jemaah Kabinet Jerman (saya terlupa nama dan waktunya) telah hilang jawatan semata-mata kesilapannya membeli cokelat untuk cucunya dengan menggunakan kad kredit kerajaan.

Pada awal 90-an Menteri Dalam Negeri Korea meletakkan jawatan kerana 4 orang banduan telah terlepas lari dari penjara. Walaupun Ketua Penjara itu bertanggung jawab ke atas banduan-banduan itu tetapi Menterinya mengambil accountability ke atas kejadian itu dan terus meletakkan jawatan.

Tindakan Menterinya meletakkan jawatan ialah untuk mengambil accountability tadi kerana beliau menerima jawatan itu dengan tanggungjawab maka jika berlaku perkara seperti itu ianya merupakan kegagalan pihaknya sebagai Menteri kepada Kementerian itu.

Mereka menerima jawatan Menteri itu bukan kerana hendak cari makan tetapi untuk mebuktikan bahawa dia boleh melaksanakan tanggungjawab kepada negara dengan baik.

Itulah sebabnya jika terdapat di kalangan Kementerian beliau yang rasuah dan melakukan perkara-perkara yang hina, meraka merasa malu dan terus meletakkan jawatan. Begitulah tingginya etika yang mereka pakai dalam hal kepimpinan negara dan rakyat.

Malahan banyak lagi contoh dalam mana pemimpin meletakkan jawatan kerana menjaga maruah sebagai pemimpin. Harga diri dan maruah mereka tidak dapat dijualbeli.

Rakyat ramai sedang memerhatikan apa kesudahan isu ini.

Jika kegiatan membabitkan rasuah yang kecil seperti yang dilakukan oleh ADUN Selangor pun mudah didapatkan bukti masakan rasuah yang sebegini besar tidak dapat dibuktikan.

Seandainya Pegawai kepada Menteri ini didapati bersalah ia wajib dihukum dan Menterinya harus meletakkan jawatan jika kita ambil dari sudut accountability Menteri itu tadi.

Kerajaan BN nampaknya sudah sinonim dengan rasuah, seolah-olah rasuah dan UMNO/BN itu seperti aur dengan tebing; sandar menyandar di antara satu dengan lain.

Tanpa UMNO/BN, rasuah tidak akan hidup atau tanpa rasuah UMNO/BN tidak mampu untuk bergerak.

Kita sekarang sudah tidak lagi dapat mengenali siapa yang jujur tanpa rasuah dan siapa yang rasuah.

Rakyat tidak lagi mampu untuk memberikan kepercayaan kepada sesiapa yang memimpin kerana pada mereka tidak ada siapa boleh diyakini lagi.

Malahan sekarang ramai pemimpin yang dianggap rasuah bercakap tentang isu penghapusan rasuah dan ada individu rasuah yang ditugaskan untuk memantau kegiatan rasuah oleh pucuk pimpinan yang juga tidak terlepas daripada pandangan negatif rakyat terhadapnya.

Setiap hari ada sahaja isu tentang rasuah. Rasuah bak kata Dr Mahathir sudah sampai ke ususnya, tetapi beliau tidak mahu mengaku kegiatan ini bermula dengan kadar yang besar di bawah kepimpinan beliau.

Rasuah..rasuah..rasuah! Yang memimpin rasuah dan yang dipimpin rasuah. Yang nak hapuskan rasuah juga dipandang rakyat sebagai perasuah.

Yang bilis-bilis tertangkap, yang paus-pausnya terlepas. Banyak antara rasuah tidak dapat diketengahkan kerana ada undang-undang yang melindunginya seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Oleh kerana keadaan seperti ini rakyat sudah mual dengan mana pemimpin-pemimpin yang bercakap tentang keburukan rasuah. Rasuah tidak juga terhapus.

Bagi saya seorang, saya tidak yakin pimpinan hari ini mampu untuk membendung kegiatan yang hina ini.

“Kita terpaksa menerima cara hidup yang rasuah; kalau tidak kita akan dipencilkan. Kalau kita menentang kita akan dimaki hamun oleh pemimpin dan penyokong-penyokongnya,” sindir seorang rakan saya yang tidak pernah berjaya mendapatkan apa-apa perniagaan melalui kerajaan kerana tidak mampu untuk memberi rasuah.

Rakyat berkeyakinan bahawarasuah bukan sahaja dilakukan oleh Setiausaha Politik Menteri yang disebutkan tadi tetapi kegiatan ini berlaku di mana-mana.

Di depan kita nampak rasuah, di belakang kita terjumpa dengan rasuah di kiri dan di kanan kita dengar rasuah.

Rasuah di mana-mana. Bagi kita yang di bawah ini hanya duduk diam; ada telinga kita dengar dan ada mulut kita diam.

Kalau kita cuba untuk memerangi rasuah berkemungkinan kita akan menjadi mangsa. Salah langkah kita ditembak dari belakang.

Penolakan rakyat kepada pimpinan mungkin jalan yang dipilih rakyat dan jika itu berlaku maka akan terlihat oleh kita insiden yang tidak pernah kita lihat dalam siasah negara selama 52 tahun kita merdeka.

Kita mesti ingat kepada kata-kata bidalan, ‘masakan bangkai gajah boleh ditutup dengan nyiru’.

Agama kita juga ada mengingatkan kita, ‘memakan rasuah itu adalah sama seperti memakan daging saudara kita sendiri’.

Jangan kita ambil mudah tentang isu rasuah ini kerana lama kelamaan ia akan menghancurkan kita dan negara kita yang telah dibina oleh datuk nenek kita.


Sekian……………………………………………………………….Aspan Alias

15 comments:

Anonymous said...

Biarkan..biarkan...biarkan! tidak boleh betul lagi!

andika

Anonymous said...

Pada orang Melayu semuanya dikata rasuah. Tapi bangsa Cina dia orang kata tak rasuah tapi komisen. Semua Cina apabila menjalankan perniagaan baik kecil atau besar mesti ada janji "komisen". Pendek-kata dalam costing mereka telah ada di sediakan peruntukan "komisen".

Kadang-kadang kita tak payah minta apa-apa pun, bila dia dapat kontrak atau dapat jual barang dia dah sediakan sampul surat untuk kita. Sampul surat "duit komisen".

Itulah cara Cina berniaga. Pada mereka it is a win-win situation.Dia tidak anggap itu sebagai rasuah wal hal memang boleh ditakrifkan sebagai rasuah.

Kita telah turun ke tangga 57. Tidak seteruk negera Asean lain kecuali Singapura.

We are not bad actually. After all you must be aware that the ranking is just a perception. Like your statement saying that corruption is rampant in our country. Only your perception, Sdra Aspan.

I think the situation will improve for the better especially when our current economic growth is not as vibrant as during Mahathir's time where everybody enjoyed good life. Semua ada kerja. Semua buat duit.

It is an economic cycle. Lagi banyak ada business lagi banyaklah rasuah untuk orang Melayu dan banyak komisen untuk orang Cina.

Itulah caranya. It is a universal disease not perculiar to our country only. In the US it is worse still involving billions of dollars in kickbacks and bribery !!

Rasuah tidak boleh dihapuskan. It is just impossible. As long as it can be contained then we should be OK. Slowly but surely things will improve when everybody is cultured enough to understand the evil of being corrupt. It is a matter of educating the people from the early stage of their life.


"toyol"

Aspan Alias said...

"toyol",

I am happy that you enlightened me that things will improve. That is what I hope too.

But untill now there isn't any indcation of improvement but it is getting worst.

Ok "toyol" I hope you are right and everybody will be happy.

Thanks

andika said...

Aspan,

Betul kata sdr. kalau kita kaji cara toyol berfikir memanglah rasuah ini sudah diterima sebagai budaya kita.
Bekerja dipejabat yang memberi kontrak terima kamsen dari kontraktor dan toyol kata ok.
Jahannaamm!

Anonymous said...

Masakan pemimpin hari ini faham yg rasuah itu merbahaya bagi negara.
Mereka akan terus berrasuah sehingga negara ini kering kontang.
Mereka tidak peduli kepada nasib generasinya.
Yang penting mereka kaya raya. am bagi mereka Wang curi tidak haram.
Mereka sebaleknya berbangga bangga dan memandang rendah pada simiskin, sedangkan masyarakat umum tahu dari mana mereka curi wang kekayaan mereka.
Gua lesian sama lu

Aspan Alias said...

Sdr/i Anon,

Saya faham yang usaha membawa manusia berikir itu adalah tugasan yang payah.

Tetapi tidak salah kan jika saya menulis, setidak tidaknya ada segelintiran yang faham.

Jika segelintiran ini ada maka negara kita insyaallah akan selamat.

Kita pegang sahaja kepada firman tuhan, 'jika ada walaupun seorang yang berzikir kepada ku, dunia tidak akan kiamat'

Tak kanlah tidak ada yang faham apa yang saya katakan kerana kita sama-sama ingat mengingati.

Saya juga banyak yang saya pelajari dari insan-insan yang lain.

Tidak salah jika saya terus menulis setakat yang saya terdaya.

TKasih.

Syed SP said...

Saya mmg in general agree dgn tulisan saudara - rasuah di Malaysia sungguh berleluasa dan saya juga tak yakin pucuk pimpinan sekarang boleh benar-benar banteras rasuah. Mungkin satu cara ialah kalah pada pilihan raya dan bangun semula.

Tapi sekarang kita boleh nampak usaha2 pembanterasan yang *agak* baik.. cuma seolah2 tak mencukupi...

Dan saya setuju bahawa perception makin teruk apabila usaha2 pembanterasan mula dilakukan sebab sebelum ni sweep under the rug so macam tak ada rasuah. Now bila banyak investigation, so perception pun berubah.

Perception index bukanlah index yang tak bagus.. mmg itu aja yang boleh disukat dalam hal rasuah - perception.

bob rubin said...

Syed SP, macam tak percayalah saya yang Nazri Aziz jadi menteri yg menjaga hal rasuah ni.
Saya tak faham kenapa jadi begini.
Takkanlah Nazri sbb semua org tahu Nazri ni siapa.
hehehe!

bob rubin

iskandar zulkarnain said...

bob rubin,

clean guy does not fit to be appointed as he may investigate the person who appoints him.

you got it bob rubin?

iskandar

amir hamzah said...

Aspan Alias, Corruption to this extent developed when the weak guys wanted to to in the line of leaders at the divisions and other levels.
In order to be in the lineup the only way was and still to pay the branch leaders for votes.
Once they were voted, they recovered their money spent on the delegates by getting projects and businesses with the position they have bought.
So the culture developed but the leadrship didn't take pain to address it as he was busy trying to hang on to his position.
"you can be corrupt but you must support me"...and that kind of attitude.
So here we are..in the end we are ruled by corrupt faces from top to bottom.
So I want to ask you Aspan Alias, who is going to do the correcting exercise? Najib? Muhyiddin? Hishammudin? Zahid Bagan Datuk? Mohammad Hassan? Adnan Yaakub? Nor Mohammad Yaakob? Shafie Apdal? Ali Rustam? Khairy Jamaludin? Mukriz Mahathir? Khir Toyo? Khalid Nordin? Tengku Adnan? Mahadzir Khalid? Johari Baharum? Isa Samad? Rosmah Mansor? JJ? Or who else?

You trust these names to correct the situation?

If you go to court to seek for help to undo these misgivings can we rely on the AG Ghani Patail? can we trust the judges?

What about IGP? can we trust him?

You must be mad and senile if you were to trust all these names.

Do you believe me that we will be like Liberia? Somalia and uganda under Idi Amin, if you remember him?

Think! Think! We can't do anything Mr Aspan Alias!

Top leaders ransack us through corruptions the lower people like us will find money through snatch thieving, the foriegn workers will rob the houses of the corrupted big boys.

Jemu, jemu, brengsek!

Now when is Najib going to call for election to legitimise his position?

Even the worst of Abdullah called an election 5 months after he took leadership from Mahathir, who created all these problems.

Mr Aspan Alias, now you give suggestions. As far as I am corncerned I don't have.

I am so sick and disillusioned with the current situation...can't trust even one single name in the Cabinet.

Oh ya, what about your State mate Rais? Should we trust him? He only listens to his wife!.. like like his boss.


amir hamzah

aidil said...

Aspan...saya turun naik MARA kerana nak dapat bantuan pelajaran anak saya nak ke New Zealand sampai sekarang tak dapat.
Pemimpin dari kurus dah jadi gemuk..kita ni tak dapat nak sekolahkan anak.
korapsi bercambah..duit kita semuanya dibelasahnya.

Anonymous said...

Negara ini kalau bertukar kuasa kerajaan 100 kali pun tidak tentu rasuah akan dapat dikurangkan, mungkin akan menjadi lebeh teruk lagi. Sebabnya kerajaan baru tentunya akan berusha untuk mempertahankan kuasa mereka. Maka cara yang paling mudah ialah mereka pun juga akan mengamalkan rasuah politik. Pendek kata 2 X 5 ?

Ini semua sudah jadi budaya politik kita.

Kalau Pakatan Rakyat diberi peluang memerentah pada perception saya mereka akan juga amalkan rasuah politik dengan berbagai cara. Mungkin akan ada "product baru" untuk merasuah rakyat supaya kuasa mereka kekal.

Mereka akan usahakan "new innovation" of how to corrupt the people.

Saya dah nampak "bunga-bunganya" yang memperlihatkan Pakatan Rakyat pun telah mula berjinak dengan rasuah.

-toyol-

Anonymous said...

Ingat tak tahun lepas dimana 100 kepala lembu "dipulas" oleh Khalid Ibrahim semasa hari aidil adha yang saya takrifkan sebagai "korban politik" !!!

Bukankah ini rasuah namanya dilakukan dalam bulan yang dianggap suci oleh agama Islam kita? Apa hukum nya? Tanyalah Tok Guru. Jawapannya mungkin HALAL !!! Siapalah yang dapat pahala? PKNS !!!

Anonymous said...

saya rasa rasuah ni bergantung pada individu.. saya dah kerja kat 25 tahun didalam sebuah syarikat GLC tak pernah pun ada supplier nak tawarkan perempauan maupun duit untuk mendapat projek dari saya..tak tahulah miungkin dah hebah yang saya tak makan benda macam tu..saya ni tak alim jugak tapi benda macam ni memang saya jauhkan

lainlah saya ni jenis suka ke karaoke dan kerumah urut.. dah tentu mungkin ada supplier yang nak offer benda macam tu..pergi makan pun kadang-kadang saya yang belanja..harap -harap ianya akan berkekalan..

tak betulle rasuah dan kuasa dah sebati.. pokoknya diri kita sendiri.. bukan politik, bukan MACC, dan bukan sistem, bukan gaji yang tidak mencukupi dan bukan juga sebab supplier yang nak bagi..sebabnya diri kita tak mahu rasuah sebab ianya berdosa.. period..

Anonymous said...

hi, new to the site, thanks.