02 March 2010

Khairy: Naik berjinjang, turun bertangga

Isu yang saya sudah lama saya berangan-angan untuk menulisnya ialah isu Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin yang juga seorang Ahli Parlimen mewakili Kawasan Parlimen Rembau.

Khairy menjadi batu landasan serta sasaran kepada pihak yang tidak menyenangi beliau dan beliau telah dipanggil dengan berbagai nama dan meletakkan beliau sebagai seorang yang paling ‘controversial’ dalam politik tanah air.

Yang paling jelas Khairy ini diangkat dari segi hakikatnya oleh Dr Mahathir semasa beliau (Mahathir) masih lagi menjadi Perdana Menteri dahulu hinggalah sekarang.

Kebencian yang ditunjukkan oleh Mahathir amat jelas sehingga bekas Perdana Menteri ini jarang-jarang lupa untuk menyebut nama Khairy didalam ucapan beliau semasa beliau melakukan ‘road show’ keseluruh tanah air untuk membesarakan Abdullah Bawdawi dahulu.

Khairy menjadi terkenal kerana nama beliau sentiasa berada dibibir Dr Mahathir. Nama Khairylah yang paling banyak disebut oleh bekas Perdana Menteri kita itu dan itulah sebabnya Khairy menjadi terkenal.

Jadi, bukannya Abdullah Badawi yang menjadikan Khairy terkenal tetapi Dr Mahathir. Dr Mahathir tidak boleh tidur jika tidak membelasah Khairy.

Kata-kata pedas Dr Mahathir terhadap Khairy membayangkan Dr Mahathir benar-benar melayani perasaan dendam kesumat beliau secara peribadi dan sejak dari itu ramailah ‘juak-juak’ beliau yang menghentam Khairy walaupuan kalangan orang yang masih dalam peringkat alif ba ta dalam politik atau tidak mengenali Khairy.

Ramailah yang berduyun-duyun mencaci Khairy dengan kata-kata nesta yang kadang kala tidak boleh diterima oleh masyarakat yang mengaku sudah sampai ketahap masyarakat dunia pertama..

Bagi saya Khairy merupakan anak muda yang bertenaga tetapi beliau ini belum lagi betul-betul berdiri iatas alam nyata politik kerana terbawa-bawa dengan politik yang dianggap kuning oleh masyarakat Malaysia amnya dan masyarakat Melayu UMNO khususnya.

Didalam UMNO kita tidak boleh menonjol keterlaluan yang boleh dianggap cuba untuk menakluk kekuasaan dalam parti. Banyak pemimpin yang berbakat dalam negara kita tidak dapat bernyawa politik mereka kerana menonjolkan diri yang agak lebih sedikit.

Sepatutnya Khairy sedikit sebanyak mengenggehkan apa yang dilakukan oleh pimpinan terutamanya semasa kepimpinan Dr Mahathir.

Sedangkan bercakap benar pun boleh dianggap penentangan apatah lagi untuk berusaha untuk menaikki tangga politik dengan cepat dan pantas.

Ada kata-kata perbilangan yang sangat sedap disebut dan didengar; ‘kalau naik biarlah berjinjang dan kalau nak turun biar bertangga’

Satu lagi kata-kata perbilangan ialah ‘duduk dahulu baru berlunjur’ dan ini merupakan pakaian manusia yang beradat dan beradab. Disisnilah kekurangan yang sangat ketara bagi Khairy Jamaludin.

Sebagai Ketua Pemuda beliau tentunya berhadapan dengan masalah keserasian budaya politik apa tah lagi musuh number 1 beliau adalah Dr Mahathir sendiri.

Bagi Dr Mahathir Khairy tidak ada sezahrah pun kebaikkannya. Khairy petualang, khairy perompak, khairy penipu, Khairy agen kuasa asing dan berbagai-bagai lagi ‘superlatives’ yang dilabelkan keatas beliau.

Saya pun tidak dapat nak mencari sebabnya kenapa Dr Mahathir sebagai pemimpin yang dianggap oleh penyokongnya sebagai pemimpin terulung dunia ketiga menjadikan Khairy yang masih muda lela itu sebagai musuh number satu beliau.

Mungkin jawapannya ada didalam sanubari Dr Mahathir sendiri. Tidak pandai saya untuk membuat telahan serta menyelami air dalam tunggak Dr Mahathir itu.

Kesilapan yang dilakukan oleh Khairy juga dilakukan oleh banyak pemimpin kita tetapi tidak pula menghadapi cemuhan seperti yang diterima oleh Khairy.

Apa sahaja yang Khairy lakukan dibedil dan disanggah terutamanya daripada mereka yang menyokong UMNO dan Khairy tidak pernah membuat kerja yang betul.

Nak menyokong salah dan tidak menyokong lagilah dianggap salah. Saya percaya Khairy dalam keadaan tertekan dan itulah kehendak setengah pimpinan UMNO terutamanya dikalangan Pemuda.

Tetapi beliau tetap Ketua Pemuda dan jika beliau tidak dikehendakki berilah pilihan dalam pemilihan parti yang akan datang.

Dengan tekanan yang Khairy hadapi tentulah sedikit sebanyak telah memberikan pelajaran kepada beliau yang menonjol keterlaluan menjadikan beliau tidak disenangi oleh banyak pihak.

Jika beliau bersabar yang ‘bayak pihak’ yang tidak menyukai beliau itu mungkin kembali menyayangi beliau apabila mereka-mereka itu sudah terhantuk kepala dalam politik.

Itu fenomena biasa dalam politik: ‘there are no permanent friends and no permanent enemies’.

Ramai dikalangan orang politik kita bermain politik mengikut resam air: ‘berhenti apabila berjumpa lekoknya’.

Kepada Khairy, kita ingatkan beliau; dunia belum kiamat lagi. Tetapi beliau mesti ingat ‘koyaknya ketayap kerana lonjak kita’.

Bagi Khairy, beliau patut belajar dari kesilapan orang lain tetapi beliau memilih untuk belajar melalui kesilapan beliau sendiri.

Apa pun yang pastinya bertukar-tukar cemuhan yang berlaku sekarang inilah yang memperkuatkan sokongan kepada parti-parti pembangkang.

Saya selalu menyatakan bahawa UMNO menjadi lemah oleh kerana unsur-unsur dalaman…dan saya juga mendapat cemuhan apabila berkata begitu.


Sekian……………………………………..Aspan Alias

26 comments:

Anonymous said...

UMNO untuk golongan bangsawan atau lebih tepat untuk anak anak bekas PM dan bukan untuk menantu.

Jadi ada usaha untuk menabalkan anak anak bekas PM. Sekarang dah berjaya satu usaha. Lepas ni kita tengok la pulak anak bekas PM mana pula jadi PM.

Nampaknya Malaysia hanya untuk agihan sesama mereka supaya mereka dapat menakluki dan memonopoli segala kekayaan dunia ini.

Kita orang bawah ni jadi machai tukang api apikan dan tukang sorak. Ke hulu orang kata kita ke hulu ke hilir kita pun ke hilir.

Jawatan PM bukan untuk diwarisi ianya hak rakyat dan mesti dekembali kepada rakyat yg menentukan dan bukan hanya segolongan bangsawan yg menetukan.

Uda

Anonymous said...

Khairy menjadikan dirinya 'easy target' untuk dibedil Tun Mahathir.

Ada cerita mengatakan si Khairy telah berlaku kurang sopan terhadap Mahathir dalam satu perjumpaan Mahathir dengan pelajar-pelajar Malaysia di London. Khairy telah meminta Mahathir berhenti berucap dalam majlis tersebut. Mahathir dikatakan telah tersinggung dengan perbuatan Khairy tersebut.

Wenger J. Khairy said...

Superb post - quite accurate in many aspects

4JJ luZ said...

Ada betulnya kata-kata tuan tu . Kita sepatutnya menerima kemenangan beliau walaupun dikatakan tidak bersih. Apakah hanya beliau sahaja yang layak dipersalahkan ? Ada baiknya ahli-ahli politik yang ada sekarang memperkemaskan kubu masing-masing daripada sibuk untuk cuba mengemas khairy seorang.

Apa untungnya menjatuhkan beliau? Siapakah yang beruntung? Apakah kerana menghantar pasport kepada anwar dianggap satu kesalahan yang besar? Bloggers-blogers juga tidak adil terhadap beliau. Apa yang saya baca sekarang adalah hampir semua blogers menghentam beliau. Diberikan gelaran2 yang mengaibkan, adakah itu satu budaya yang positif.

Saya mungkin tidak mengenali Khairy secara dekat akan tetapi dari apa yang saya baca tentang beliau diakhbar2 ada juga baiknya.
Saya tidak pernah membaca laporan dari mana-mana akhbar adanya pemimpin yang berani berdebat dengan pembangkang selain beliau.

Setiap manusia itu ada baik dan buruknya. Oleh itu disaat-saat getir yang sebegini ada baiknya dihentikan hentaman-hentaman yang tak bermoral tu. Berilah dia peluang mentadbirurus pemuda dengan cara beliau dan bila tiba disaat pemilihan akan datang nanti pilihlah orang lain yang difikirkan layak.

Janganlah berbangga dengan kejayaan menjatuhkan orang secara aib. Berfikirlah dengan menggunakan otak dan bertindak menggunakan akal.

Anonymous said...

I don't think KJ has the quality of a good leader,period.

It is difficult for him to excel in politics. He won't be successful. The blunder that he made by playing "money politics" at the early stage of his political career simply cannot be erased. This stigma will continue to haunt him forever.

I don't think Tun Mahathir really care so much about KJ. It was just that he could not tolerate the way he projected himself as the son-in-law of Pak Lah.

He was over enthusiastic for being Pak Lah's son-in-law as if the whole world was under his "control". This perception was really damaging his reputation. It was his own doing. Just too bad. He made a wrong move that end up now as a real liability for him.

How he is going to rectify his credibility and be accepted by the whole UMNO Youth members is a tall order indeed.

"4 Dajal"

Author said...

Khairy: Naik Berjinjang, Turun Bertangga

Khairy menjadi batu beban kepada UMNO, orang Melayu dan agama Islam. Sebab itu beliau telah dipanggil dengan berbagai nama dan meletakkan beliau sebagai seorang yang paling ‘tidak dikehendaki’ dalam politik tanah air.

Kebencian yang ditunjukkan oleh Khairy kepada Tun Mahathir amat jelas semasa Pak Lah menerajui UMNO dan kerajaan. Ini berlaku kerana Khairy dengan bantuan Kalimullah, Nuar Zaini, Musa Hitam, Brendon Parera dll melakukan berbagai usaha gigih dan berbagai cara serta medium melakukan ‘road show’ keseluruh tanah air untuk "mengangkat Pak Lah" dan menafikan jasa bakti Tun Mahathir yang kita sayangi dan hormati.

Khairy menjadi terkenal dengan kejahatan dan busuk hatinya mahu, menjadikan Pak Lah kelihatan lebih popular dan hebat dari Tun Mahathir.

Jadi, yang menjadikan Khairy terkenal ialah perangai buruknya menabur kebencian kepada Tun Dr Mahathir.

Kata-kata bodoh Kahiry kepada Tun Dr Mahathir membayangkan perasaan dendam kesumat beliau secara peribadi dan politician muda yang bodoh dalam politik tanahair.

Kerana itu sekarang ini ramailah yang berduyun-duyun mencaci Khairy dengan kata-kata yang sesuai dengan peribadinya.

Bagi saya Khairy merupakan anak muda yang tidak diperlukan dalam perjuangan UMNO. Beliau terlalu rendah mentalitinya, berotak kuning, ingin menguasai parti secara rasuah, membelakangkan nilai etika parti yang dijunjung zaman berzaman.

Sikap buruknya kepada pemimpin yang berjasa seperti Dr Mahathir seolah-olah pada Khairy tidak ada sezahrah pun kebaikan Tun . Saya pun tidak dapat nak mencari sebabnya kenapa Khairy membenci Tun Dr Mahathir dan menjadikannya sebagai musuh number satu beliau.

Mungkin jawapannya ada didalam sanubari Khairy, Pak Lah, Kalimullah, Musa Hitam, Nuar Zaini Brendon Parera dll. Tidak pandai saya untuk membuat telahan serta menyelami air dalam tunggak Khairy itu.

Saya selalu menyatakan bahawa UMNO menjadi lemah oleh kerana unsur-unsur dalaman…dan contoh unsur dalam yang paling jelas adalah KHAIRY JAMALUDIN

Semasa Pak Lah berkuasa, Khairy menonjol naik dan menghina Tun Dr Mahathir. Allah maha berkuasa, apabila Pak Lah hilang kuasa, Kahiry Jamaludin turut jatuh dengan kehinaan yang sukar dibaiki lagi tetapi Tun Dr Mahathir tetap berkhidmat kepada agama, bangsa dan tanahair kita.

Mari kita contohi Tun Dr Mahathir jangan sesekali memberi muka kepada Khairy.

Kita sayangkan Tun Mahathir kerana jasa, kebijaksanaan dan kekuatannya.

Kita menyingkirkan Khairy kerana tidak berguna kepada parti, kebodohan dan kerendahan budi pekertinya.

Sekian…………

Anonymous said...

khairy yang buat kesilapan kita pula yang nak menerima dosa dengan memaki dia yang bukan-bukan.

Bagi saya khairy bukan seburuk yg digambarkan oleh pelelong Umno yg lain.

mahathir dan Daim memperlakukan harta umno asal denagn sewenangnya kedalam umno baru.

orang yg baru da masih kencing bercabang jgn nak tunjuk pandai.

pandai kamu semua tak kemana, masuk agin keluar asap.

kau orang kata nak bersatu dalam umno tetapi kamu belasah pemimpin pemuda umno.

itulah sebabnya pemuda sekarang bersatu diluar umno.

jantan umno

Anonymous said...

aspan,

hanya dua perkara yg kita dapat dari permusuhan Dr Mahathir dengan Khairy ini.

pertamanya mahathir sudah turun statusnya kepada tahap khairy. atau...

keduanya khairy sudah naik mertabatnya setaraf denga dr mahathir.

saya tahu setengah pendapat mengatakan dan memilih yg pertama dan...

setengah lagi mengambil yg kedua itu..khairy sudah sampai tahap mahathir.

tepuk dada tanya selera.


abu ubaidah

Anonymous said...

mahathir selalu mengeskki org lain melalukan penipuan seperti yg beliau sendiri lakukan.

mahathir tuduh ada penipuan dalam undi pemilihan ketua pemuada umno kerana anaknya kalah, dapat last dari 3 yg betanding.

apa dia lupakah peristiwa penipuan undi pemilihan presiden 1987 dulu?

kasim ahmad

tapah boy said...

Saudara aspan,
saya tidak lah menyokong KJ kerana saya tidak kenal dia.

walaubagaimana pun beliau ini dijadikan kambing hitam oleh puak Dr Mahathir.

Marah kat mertua sindir menantu. Orang-orang Mahathir hampir semua rasuah, dia tak bising.

mahathir ingat dia nak menongkat dunia.

kita lihatlah kesudahan Dr mahathir ini nanti.

kita tunggu dan tunggu, akhirnya kita akan tahu siapa mahathir ini.

Detguaq said...

Aspan,

Saya tahu anda adalah penulis politik yang berpengalaman. Tetapi soalan yang anda lontarkan itu seolah-olah anda baru datan ke Malaysia dan tulisan ini sebenarnya hanyalah satu alihbahasa yang di alihkan dengan secara keliru sekali. Saya tidak akan melabelkan tulisan anda ini dengan apa-apa label yang keraspun. Tetapi anda seolah-olah sengaja membenamkan fakta-fakta tertentu hanya kerana untuk menampakkan bahawa analisa anda mengenai kj lengkap dan seimbang, tetapi yang sudah lama mengikuti politik UMNO tahu siapa kj dan bagaimana dia menghina Tun.

Dan bila komen secara reverse phsyco oleh seorang komentator tentunya boleh menjadi cerminan bila mana watak kj di tukar kepada watak Tun dan lebih hebat lagi watak Tun terpaksa di letak watak bantuan seperti kalimulah, brendon priera, Anuar zaini hatta pak lah. Ini menunjukkan karektor Tun begitu kuat atas sokongan rakyat yang tahu mengenang jasa berbanding beberapa watak sokongan untuk menguatkan karektor kj....

Dan lihatlah pulak komen penjilat kj spt wenger yang tentunya luas lubang hidungnya membaca tulisan setengah masak(boleh kot label selembut ni?)seperti ini untuk di lapurkan kepada 'boss gadang' beliau.

Anonymous said...

Sebenar Mahadet sendiri yg mengajar UMNO rasuah sebab dia buat dulu jadi pemimpin UMNO baik Pemuda, Wanita dan yg lain mengikut saja.

Ku Li pun dikutuk Mahadet macam la dia hebat sangat Mahadet ni.

Pemimpin borek...macam Mahadet semua org bawah rintik.

Uda

Anonymous said...

Jang,

Kau cakap bona. apo yg somo eh gilo hontam khairy lobih-lobih?

yg mahathir lak bantai khairy yg setarap dongan dio.

malu malu.


pokan tg ipoh

NTcutter said...

Wei kamu sayang bangsa ke... kamu sayang kery??? Sudah jelas dan nyata.... tadak pikir ka??

Anonymous said...

kj is the product of umno baru....to start with he is pak lah menantu and it rot when pak lah did not contain him during his pm-ship and it become bad when pemuda umno worship him(khairy ) so we get the worst case scenario, so to blame khairy alone is not fair we should blame all, the whole culture, system and enviroment of the party .....

Anonymous said...

tun dr.mahathir pastikan dia menjadi pm begitu lama walau dgn apa cara sekalipun supaya anak nya sempat berada dalam line-up bakal2 pm...dia nampak budaya dan mentaliti ahli umno mudah menerima bekas2 anak pemimpin ,terutama nya yang menjadi pm,untuk dijadikan pemimpin pelapis dan bakal pm di masa hadapan..diatas asas bahawa bapa mereka telah berjasa kepada negara(walaupun ada juga yang merosakkan sistem kenegaraan yang telah diasaskan oleh bapa kemerdekaan dulu).
dr.mahathir lah yang memulakan budaya menghentam bekas pm..sampaikan jasa2 Tunku seakan2 dilupakan oleh umno..memang dia pendendam...
beliau menyokong pak lah menjadi pm(sedangkan ramai yang lebih layak) supaya pak lah akan mengangkat anak nya juga untuk menjadi bakal pm masa depan...dia ingatkan anak pak lah tak minat politik(betul tu) tapi dia lupa pak lah ada menantu yang juga besar dan ghairah nafsu politik nya...seangkatan dgn anak nya..
-penghinaan yang dibuat oleh dr.mahathir pada tunku telah mendapat balasan dari pak lah...itulah jasa pak lah sebagai pm...lain2 tak ada...
dr.mahathir dihina sehina-hina nya seperti mana beliau menghina almarhum Tunku ...Allah swt maha kaya...
pak lah juga jatuh dlm kehinaan..adalah sebab musabab nya...mungkin diatas kesilapan2 yang dia buat samada sedar atau tidak...yang lari dari prinsip agama ...walhal beliau dikatakan agak tinggi pengetahuan agama..salah satu sebab yang membuatkan bn menang besar p/r 2004..dgn banners pak lah mengimankan sembahyang seluruh kepimpinan umno di gantung ditepi2 highway...meyakinkan persepsi pengundi ...nah..inilah pemimpin sejati yang kita tunggu2...seperti kata beliau ...bukan harta yang ku cari....cuma al-shafeii n al-ghazaly....akhir nya makan diri..
p/r 2008...banners tok guru menangis menadah tangan berdoa telah menghentam balik pak lah...pasal pak lah pun dah lupa nak buat banners mengimankan sembahyang...yang keluar kat internet pak lah dgn michelle yeoh pulak..
ingatlah wahai pemimpin..hukum karma tetap berlaku...

Anonymous said...

KJ ni pandai cakap orang Negeri Sembilan ke? Dia sebenarnya layak ke jadi wakil rakyat Rembau? Jadi wakil rakyat "payong terjun". Apa jasanya yang telah dia taburkan di Rembau?

Anonymous said...

Aspan,
Mahathir has sold his soul to the Devil in return for absolute power as Prime Minister.

For 22 long years, he has contributed massively, towards a system of governance which was corrupt to the core. The system, enriched the elites in power up till this day. The preceding damage to the nation was only collateral.

Khairy identified Mahathir as evil,
during his college days in England. However, when he had the opportunity to join the elites, he too was swallowed into the system, practiced by the then PM, his FIL.

So, do not blame Mahathir for creating the corrupt system. He was only serving his Master faithfully up till today. He shall be with his Master in the hereafter.

ZB

pekan rabu said...

Both Khairy and Mahathir are evil of Malaysian politics.

The difference is khairy is young and has time to repent but Mahathir is too late to that.

Thnx.

phd said...

you want to know one proof that Dr M is not a leader?

He cant even win the contest to be a delegate to UMNO G Assembly i 1997.

He blamed the 200 rgt political corruption by UMNO that made him lose in his pursuit to be a delegate.

It was during his time that money poliric was rampant.

If he was a real leader no amount of money can stop him to win the contest.

I hope Pekan Rabu shares with me this opinion as we are from A. Setar.


phd.

Anonymous said...

aku dah kata dah! 25 tahun lalu aku dah kata hasil kekuasaan Dr M akan membawa banyak masalah!

hangpa duk sokong dia macam dia tu nabi!

sekarang hangpa rasalah. panas kan? padan muka hangpa!


sudin pdg serai

ummiqistina said...

Zaman Tun M dah berlalu jgn lah banding2kan dengan KJ.KJ anak muda yg baru nak belajar berpolitik berilah dia peluang.Negara kita perlukan seorang pemimpin muda yg berani bersuara lantang tak semestinya kita suka atau tidak.Cuba kita perhatikan sekarang mana ada pemuda umno yg berani bercakap lantang seperti KJ? Kebanyakannya cakap berlapik entah apa yang ditakutkan.

Ummi tidak kenal KJ tapi ummi mengikuti perkembangan politik semasa.Ummi nampak Budak KJ ini kalau diberi peluang boleh jadi pemimpin besar satu hari nanti.Zaman sekarang org melayu jgn cepat melatah.Kita perlukan pemimpin masa depan yg berani. KJ buat duit masa Pak Lah berkuasa apa yg kita nak marah orang yg rapat dengan menteri biasa pun buat duit inikan pula menantu PM. Cuba kita fikirkan kalau kita ditempat KJ.Jgan2 lebih lagi.Ummi sokong tulisan saudara Aspan sbb KJ tu bolih dididik lagi.Patut org negeri seimbilan bangga ada anak negerinya pandai mcm KJ.

Anonymous said...

ingat tak semasa Mirzan Mahathir diselamatkan dengan wang rakyat berbillion ringgit dengan menggunakan wang petronas melalui misc dulu.

berbillion bukanya 20 juta wang ehsan untuk sejuta rakyat kelantan.

sejuta rakyat kelantan dapat 20 juta sedangkan Mirzan seorang dapat berbillion.

apa daah! dia rugi berniaga duit kita dia guna. Jadi Mahathir hebat?

Anonymous said...

Pukulan Dr M terhadap Khairy serupalah seperti membunuh nyamuk dengan antan....betul tak bro?

tapah boy

Anonymous said...

Salam Aspan,

Putaran dunia sangat hampir ke penghujungnya.

Yang dah terbukti 'elok', diwajahkan agar nampak dahsyat buruknya ... manakala yang dah diketahui 'buruk', dibentuk-bentuk agar dapat diterima seadanya.

Syukurlah, hingga kini DS Najib masih waras, tahu yg mana 'elok' dan yg mana 'buruk'.

Anonymous said...

Mahathir cakap... Melayu selalu lupa... jadi dia hentam la kj tu teruk2... melayu mana tahu apa sebenarnya salah kj tu... lagipun... betul ke Mahathir takde salah???... kelakar la melayu... Ke Mahathir takut kroni2 dia kena hentam teruk2... nanti dia kena tanggung sekali... sebab dia cuma kebal mahkamah jerr... tak kebal perasaan.. dia ada kroni2 nak kena bela... come on la... siapa lucut kuasa raja dulu... kan Mahathir... sekarang kan nak pulangkan... timbul lerr... isu ketuanan... hahaha... kelakar la melayu...