02 May 2010

Berapa orang ahli UMNO yang faham tentang perjuangan parti?

(Ya Allah, berkat syufaat junjungan besar Muhammad saw kau berikanlah keampunan kepada diri ku jika ada elemen-elemen kesombongan tercatat didalam tulisan ku ini. Aku berniat tidak lain dari memperingati perjuangan yang selama ini telah kau redhoi)


Untuk menyambung tentang apa yang telah saya tulis sebelum ini, sebagai rakyat yang sekerdil ini apa yang saya mampu ialah untuk mencatatkan didalam tulisan dan tulisan ini akan kekal, setidak-tidaknya untuk bacaan sekumpulan kecil sahabat-sahabat saya yang ingin membacanya.


Saya tidak pandai lagi untuk bergiat dalam politik, dan saya hanya mampu untuk menulis kerana saya adalah bekas penggiat parti.


Bagi saya yang sudah hampir 60 tahun ini kemungkinan untuk saya cergas kembali dalam siasah adalah terlalu ‘remote’ maka itu sebabnya saya berani untuk berkata benar dan saya tidak merasakan silu untuk berkata benar.


Berkata benar sesungguhnya adalah uasaha yang sangat susah kerana ianya selalu mendapat tentangan, kerana terlalu ramai ahli-ahli UMNO yang tidak lagi faham apa itu kebenaran dalam erta kata yang sebenarnya.


Mencari pimpinan yang luhur dan bijaksana merupakan kebenaran politik yang asasi dan jika ianya sedikit penyimpang dari asas ini maka perjunagan akan menyimpang jauh dari asas yang telah didefinasikan dalam perjuangan parti ini.


Kebenaran inilah yang sudah tiada lagi dala perjuangan UMNO, dan untuk memahami apa yang salahnya setiap manusia yang menjadi ahlinya mestilah menjadi seorang yang terbuka untuk menerima pandangan dan sanggup untuk melakukan introspeksi diri yang mendalam.


Tetapi apa yang dikatakan introspeksi ini pun tidak lagi menjadi asas pemikir UMNO lagi. Pemimpin UMNO sekarang hanya cuba untuk menguruskan sentiment keadaan semata-mata.


Kadangkala dalam menguruskan sentimen-sentimen ini pimpinan UMNO itu sendiri dengan tidak menyedarinya menyeleweng dari asas perjuangan yang telah dimaktubkan oleh perlembagaan parti, terutamanya dalam Bab 3 perlembagaan parti itu sendiri.


Kita mesti ingat dan mengakui yang Bab 3 perlembagaan itu adalah jantung dan nadi perjuangan UMNO dan orang Melayu, dan selebihnya dalam buku perlembagaan parti itu hanyalah merupakan atur-peraturan semata-mata.


TETAPI, satu lagi persoalannya dalam UMNO ini, BERAPA KERAT kah dari jumlah 3.4 juta ahli UMNO pernah membaca perlembagaan parti? Saya berani tuduh, yang perlembagaan parti ini masih belum dibaca oleh sebahagian pemimpin Majlis Tertinggi parti sendiri.


Saya mengalami masalah apabila dikritik oleh ramai pengkritik secara semborono apabila saya memberikan pendapat dan dari kenyataan pengkritik-pengkritik itu saya faham mereka belum lagi membaca perlembagaan parti, lantas menyalahkan beberapa manusia yang sudah hafal perlembagaan seperti menghafal ayat-ayat lazim sembahyang yang disyariatkan tuhan itu.


Sepatah kata perbilangan, ‘sekilas ikan didalam air, sudah tahu jantan betinanya.’


Kadangkala berpeluh badan didalam air jika mengingatkan yang terlalu ramai yang hendak menjadi ‘hero’ kepada UMNO tetapi belum pun membaca walau pun sepotong ayat didalam perlembagaan UMNO, tetapi handak menjadi ‘champion” kepada UMNO.


Sekarang kumpulan yang inilah yang paling lantang berkata dan menuduh orang lain belot kepada parti.

Mereka tidak menyedari yang mengikut tindakkan setengah pemimpin UMNO itu sendiri acapkali adalah tindakkan yang mempertualangkan perjuangan orang Melayu.


Saya mencadangkan kepada pimpinan UMNO supaya mencetak dan membekalkan senaskhah perlembagaan parti kepada semua ahli yang didaftarkan dalam UMNO.


Saya tidak dipayah dibekalkan kerana saya telah membacanya sebelum menyertai parti ini.


Jika semua ahli membacanya tidaklah banyak kekeliruan yang tidak menentu sebagai mana yang berlaku hari ini.


Itulah sebabnya saya selalu berkata yang ramai-ramai hari ini hanya penyokong tetapi bukam pendukung kepada parti itu.


Jangan pula kita bergaduh kerana tidak tahu membezakan diantara penyokong dan pendukung UMNO.

Kalau itu pun kita terpaksa bertengkar elok jangan bercakap pasal UMNO lagi…duduk diam diam dan jaga anak bini di rumah.


Kita akan sambung lagi apabila semua ahli UMNO sudah membaca kandungan perlembagaan parti.


Jika benar yang bercakap banyak ini nak terus berinteraksi dengan jujur, carilah buku perlembagaan itu…..dan jangan pula itu pun minta saya pula yang memberikannya…carilah sendiri.



Sekian……………………………………………..Aspan Alias

7 comments:

Anonymous said...

kewujudan pemimpin lahirnya dari ummahnya sendiri.
Kekuatan peimimpin lahirnya dari permuafakatan ummahnnya.
ahli UMNO atau mana mana parti politik kene la menyokong pemimpin secara total dan pemimpin hendaklah mendengar sejelasnya secara total dari pada pengikutnya.
tidak boleh ada pengikut yg memikirkan kekuatan parti nya hanya wujud di luar dan tidak boleh juga pemimpin hanya pikir yang org luar dpt membantu kekuatan parti.
ada juga ahli yang menyokong org luar kerana kononnya nak menyedarkan pemimpin mereka, dan tidak heran la pemimpin mereka mengambil org luar utk mengajar ahli mereka.
tidak kah begitu saudara aspan?

Anonymous said...

Tuan,
Pemimpim UMNO banyak yang gong. Macam Selangor kebanyakkan Ketua Bahagian dan barisan AJK sekolah sampai PHD tapi tak tahu dari mana universiti. Kampar/Sri Kembangan /Ampang/ Sejangkang/Selayang/Pandan etc semua ini mana tahu sistem. Otak Kapitalis. Menang Ketua Bahagian dapat projek...

Anonymous said...

Sejak bila Cina sokong UMNO/MELAYU jika tak ada kepentinggan. Jika calun Cina BN mungkin le. Cuba letak Cina BN lawan Cina PR dikawasan Cina sekarang ni Mampus kalah .. UMNO melayu saja sokong Cina BN.
Letak calun Cina/India dikawasan Melayu MESTI menang. Cuba letak Melayu d kawasan Cina Tak berani nUMNO....Itu pun tak berani !!. Nak menang Jangan harap le...

Itu pun Melayu tak sedar Pemimpin Melayu sibok dengan 1Malaysia..

Buat ape laungkan 1Malaysia sedangkan MELAYU rugi. Mana dia Pemimpim UMNO kata Pejuang Bangsa dengan dah dicatit dalam pelembagaan UMNO begitu juga dalam Fasal 153 pelembagaan Persekutuan. Dah TAKUT nak cakap pasal HAK Melayu. Ambil contoh Selangor. Kebanyakan Pemimpim UNMO Bahagian pun sekolah tinggi dan tak ada sijil macam mana nak memperjuangkan HAK Melayu. Macam Khir Toyo walau pun Dr Gigi Tapi cakap sombong KEJI orang kerajaan. Sekarang Dtk NOR ok juga. Tapi kurang berani cakap HAK/Sejarah Melayu nak minta maaf juga cakap pasal melayu. Sekarang ni suruh/sokong Perkasa buat apa. Nak cakap pasal PAS/PKR mereka ni tak bolih harap nak perjuang MELAYU. Kementerian MECD - MELAYU di tutup takut pada MCA. Tapi MCA tak laku untuk mendapat undi untuk BN. Orang MELAYU sekarang ini tak nampak UMNO tolong melayu, melainkan Barisan AJK UNMO bahagian aje itu pun mesti masuk kem yang BETUL.

Sikap kebanyakan Pemimpin UNMO dah tak nampak lagi perjuang melayu melainkan cuma nak kekal dengan kuasa aje dan penuh temolok sendiri aje.di P94 Cina Rasa tak sokong pun beri 3juta. Ni melayu dah beri undi sampai sekarang pun tak dengar rancangan nak beri ape. Sekolah Ugama/ Surau / Jalan Kampung / Pinjaman Sekolah dan perniagaan / Klinik semua ini perlu di beri dan anik kan taraf bantuan dan tingkatkan kedudukan mereka TAPI masih tak dengar lagi ada rancangan untuk mereka.
Ape ape pun orang melayu dah kecewa dengan UMNO. Bukan mereka suka sangat dengan PKR/PAS tambahan pula dengan DAP. Sahingga kini Pemimpim UMNO Pusat tak buat apa apa untuk Melayu di akar umbi cuma lepaskan pada UNMO bahagian dan cawangan. Orang melayu dah bosan/meluat/meyampah dengan Cawangan /Bahagian perangai mereka tak berubah. Sombong, belagak asyik suruh keldai suruhan dan dengar cakap budak2 tu sahingga akar umbi buat aduan dan rintihan tak selesai. Ketua dan Timbalan Ketua /Pemuda /Wanita [semua semua udah senang/kaya] ada team masing2. Kalau kita minta pertolongan salah team dah kena black list.

Melayu memang tak ramai sokong PR TAPI lebih ramai lagi yang MELUAT dengan sikap UMNO Bahagian /Cawangan.Sekarang sedang bejalan mesyuarat Cawangan, Semuanya AJK pancung orang baru yang ada Pelajaran. Sebab tu umno cawang banyak yang bodoh-bodoh.
Kesimpulannya jika pemimpim Umno Pusat tak berubah UMNO akan hancur dalam PRU akan datang.

bat8 said...

Bro,

1. perlembagaan UMNO(Baru) yang bro sebutkan itu hanyalah diantara dokumen yang diperlukan untuk mendapat kelulusan pendaftaraqn dari pendaftar pertubuhan dalam tahun 1988 dulu. Ia bukan perlembagaan UMNO lama as per se, beberapa perubahan dibuat untuk membezakan dengan perlembagaan UMNO lama yang telah dimatikan.

2. Lets not kid ourselves about UMNO(baru). Legally, ia bukan kesinambungan dari UMNO lama. Both are 2 different entities in the eye of law. thats fact, like it or not.

3. can anyone bagitau, sejak dari penubuhannya dalam tahun 1988, sejauh mana UMNO(baru) menitikberat etika sebagaimana terkandung dalam perlembagaannya? Sejak dari awal, wang dan habuan kewangan telah diguna untuk membeli sokongan ahli-ahli dan orang melayu.

4. Roterik perjuangan melayu hanyalah catch phrase untuk hookwink orang melayu agar menyokong UMNO semasa PRU atau PRK atau ketikaUMNO(baru) tersepit.

Juga sebagai alasan untuk memindahkan hak-hak orang melayu menjadi hak-hak UMNOputras.

5. Jika benar perjuangan untuk memartabatkan melayu, how come keadaan oarng melayu terutamanya dikampong-kampong masih tidak berubah sejak 30 tahun yang lalu?

6. tell me apakah rancangan besar yang telah dibuat oleh UMNO(baru) yang telah membawa membawa orang melayu setara dengan kaum cina?

bat8

3.

Anonymous said...

bro.. let me remind you of one thing. Antara cara nak membodohkan orang melayu versi Mahathir alias UMNO Baru ialah, jangan didik orang melayu. Jangan beritahu apa yang telah dirangka, supaya senang ditipu. Tengok sajalah taraf pendidikan sekolah2 kebangsaan, makin menjunam. During my time SPM setaraf O level kalau tak silap. Sekarang SPM tu setaraf SRP jer.. So sorry lah yer, if u think by read those parti perlembagaan they'll understand what the party asked from them. Lagi baik baca perlembagaan dan perundangan negara. Baru betul nak memajukan negara. Baca perlembagaan UMNO Baru just to fill your perot nak wat pe... atau nak bagi tau orang melayu, bila polis2 bunuh orang melayu, jangan tanya apa itu kebenaran.... hehehe.. kan UMNO Baru yang kontrol.....

...adioss....

家銘 said...

無一事而不學,無一時而不學,無一處而不學。........................................

Anonymous said...

saya sokong tulisan anon 19.26 diatas. Pemimpin kena jujur dengan diri sendiri jangan asyik menasihat orang sahaja jangan buat itu , jangan buat ini, jangan amal politik wang, jangan dengar fitnah pehak tertentu dan bla....bla.bla. sehingga sakit telinga mendengarnya didalam TV dan s.khabar.

Saya nak taya mereka ,ahli biasa boleh ke amalkan politik wang sedangkan mereka mana ada duit , nak makan pun susah. Yang ada wang adalah ketua2 bahagian atau AJk Bahagian dan keatas.

Kalau kita boleh kembali kezaman pemilihan yang berdasarkan bakat kepimpinan, kefahaman tentang perjuangan UMNO( dengan membaca perlebagaa parti yang tuan syorkan)jatidiri yang kuat, kepetahan berhujah mempertahankan dasar parti tanpa takut dan mengampu seperti zaman Dato' Harun. Jaafar Albar, Tun Dr Ismail dan lain2 . Jika ini boleh dilakukan UMNO akan ada masa depan yang cerah dan mendapat sokongan padu orang melayu. Disamping itu pemimpin2 melayu cubalah sedaya upaya mengurangkan permusuhan sesama sendiri walaupun berlaina parti seperti yang dilakukan oleh Tun Razak supaya kekuatan politik orang melayu tidak nampak lemah dan kurang lah cabaran2 dari bukan melayu.

Ingatlah seorang negerawan atau pemimpin yang agong adalah mereka yang ingin dan boleh menyatukan rakyat nya , mengurangkan perpecahan serta politicking dengan pengaruh dan kebijaksanaannya mengajak kepada perpaduan dalam ertikata sebenar kearah kesejahteraan rakyat.