28 May 2010

BN keluarkan lesen judi - DAP, PAS dan PKR cegah operasinya

Kerajaan Pulau Pinang telah mengambil ketetapan yang pemegang lessen judi sukan yang baru mendapat kelulusan kerajaan pusat tidak akan dibenarkan beroperasi dinegeri tersebut.

Lim Guan Eng (LGE) telah menyatakan dengan jelas bahawa ianya selaras dengan pendirian DAP tidak bersetuju kegiatan perjudian menjadi budaya berluas luasa dinegeri tersebut.

DAP memang selama ini memang tidak bersetuju dengan kegiatan berjudi dinegara ini.

PAS tidak payah dipersoalkan lagi; parti ini memang menentang perjudian semesekali kerana itu adalah salah satu dosa syariat yang terbesar.

Dengan keputusan itu rakyat menganggapnya sebagai satu keadaan pelik kerana kerajaan BN pimpinan UMNO yang mengeluarkan lesennya tetapi DAP pula yang tidak berpuas hati dan menolaknya mentah-mentah permohonan syarikat pemegang lessen judi itu untuk beroperasi dinegeri yang ditadbir DAP itu.

PAS telah membuat keputusan untuk memprotest tindakkan pengeluaran lessen judi sukan itu dari Kelantan keKuala Lumpur.

Kerajaan PKR Selangor setakat ini telah mengarahkan untuk membekukan permohonan dari pemegang lessen judi sukan ini untuk beroperasi di Petaling Jaya, Selayang dan semalam Majlis Perbandaran Ampang Jaya telah melakukan tindakkan sama.

Apakah tindakkan DAP, PAS dan PKR itu merupakan tindakkan yang salah? Jika ianya dianggap salah berilah alasan-alasannya.

Saya dan ramai lagi ingin mendengar alasan-alasan itu dari mereka yang tidak bersetuju dengan tindakkan DAP dan PAS itu.

Orang ramai juga ingin mendengar pandangan mufti-mufti seluruh negara. Kita setakat ini hanya mendengar bantahan terbuka dari mufti Negeri Perak sahaja.

Jika mufti-mufti dan majlis fatwa tidak memberikan pandangan saya rasa tindakkan PAS dan DAP itu sudah cukup untuk kita mendapatkan nasihat dan pandangan.

Rasanya sudah terlalu lama menunggu untuk mendapatkan pandangan Sahibul Samahah Mufti-Mufti kerajaan-keraajan negeri yang lain.

Bagi saya, saya tidak payah mendapatkan pandangan Mufti-Mufti dan Majlis Fatwa kerana saya tahu berjudi itu adalah salah untuk dibenarkan oleh sebuah kerajaan yang mengaku mentadbir sebuah negara Islam contoh ini.

Kepada DAP dan PAS serta PKR, saya mewakili sesiapa yang tidak bersetuju dengan operasi judi sukan ini, mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana berusaha menyekat perkembangan budaya judi setidak-tidaknya dalam negeri-negeri yang ditadbir oleh saudara sekelian.

Setidak-tidaknya ada juga tempat hendak berlindung dari budaya berjudi yang boleh meruntuhkan moral masyarakat dan generasi itu.

Kepada kerajaan-kerajaan negeri yang lain, ikutlah contoh kerajaan Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Selangor agar usaha memerangi kegiatan berjudi sukan ini dapat kita jayakan bersama.

Marilah kita selamatkan generasi kita dari terjurumus kedalam kegiatan judi yang telah dihalalkan oleh Kerajaan Persekutuan ini.


Sekian…………………………………….Aspan Alias

30 comments:

Anonymous said...

Tuan,

Adakah tindakan memberi lesen judi sukan itu salah satu uaha UBN untuk mengumpul dana untuk PRU13?

yang amat mendukacitakan kita adalah kerjaan kita begitu dihormati oleh negara luar sebagai negara islam contoh. Apatah lagi, TDM, AAB semasa menjadi PM telah mengishtiharkan bahawa negara kita adalah negara islam.

isu ini adalah isu yang menarik memandangkan pertarungan PRU13 nanti dijangka sengit di kawasan-kawasan majoriti melayu. Apakah dengan membisu dan mengelak untuk menjawab isu judi sukan ini, NTR yakin boleh menipu orang melayu dalam PRU13 nanti

eh deng

man kopitiam said...

Tajmnya sindirin sdr.

Aspan Alias said...

eh deng,

Jika sudah hilang hidayah kata guru saya, apa yang kita lakukan akan membawa bencana pada diri sendiri.

Jika pemimpin negara yang hilang hidayah maka negara itu akan menjadi rosak masyarakatnya.

Masalahnya jika diturunkan bala kepada mereka kita sendiri juga akan merasakan padahnya.

Itulah sebabnya usaha memerangi judi ini merupakan fardhu kifayah yang sangat mulia.

Anonymous said...

Saya ikut cakap TGNA; kalau beliau cakap malan Babi, minum arak, dan berjudi itu boleh kepada orang bukan islam Atas sebab budaya merela... Apa sebab kita nak haramkan.. Lagipun TGNA pun dah bagi pendapat hasil cukai macam ni juga boleh diguna pakai..

Hukum hakam yang temaktub dalam alquran adalah until orang Islam sahaja dan tidak boleh diguna pakai kepada orang yang bukan Islam, lainlah negara ni adalah negara Islam dan hukum hakam shariah dilaksanakan.

Orang kampung

ibrahimkoyan said...

Orang kampong,

wah...beriya benar nak mempertahankan kerajaan yang mengeluarkan lesen judi ini.

Dah haram itu tetap haram. DAP sendiri yg bukan Islam tidak mahu macam mana orang kampong kata ok.

Lesennya orang islam yang tanda tangan.

Jangan kerana politik orang kampong rosak.

Gunakan akal dan fikiran.Menghalalkan yg haram itu besar sangat dosanya, lebih besar lagi dari orang yang berjudi tetapi mengaku tindakkan berjudi itu adalah salah.

Dahlah Orang kampong...kesian saya.

ibrahimkoyan

Anonymous said...

Orang kampong!!

Kamu dah mereng ke?

tapahboy

babyyam said...

The Minister of Finance compromises his religion for money! That is the plain truth.

babyyam

Anonymous said...

Orang kampong,

Terkial-kial sdr nak menegakkan benang basah.


org ulu

Red Alfa said...

Salam Saudara Aspan

AlhamdulilLah, saudara telah bersungguh-sungguh mengajak kami yang mengikut blogg saudara bersependapat consistent dengan kehendak Islam - amal maaruf dan nahi mungkar.

Disini dinampakkan sejelas-jelasnya pihak mufti-mufti telah tidak berkemampuan/tidak beramanah/tidak bertanggung jawab.

Tugas pihak mufti yang kita tuntut keatas pihak mereka adalah bersungguh-sungguh menasihati Raja-raja Melayu agar para-Baginda dapat bertitah dengan seberapa patutnya.. bukan apa tetapi demi menguatkuasakan hak-hak para-Baginda dalam urusan-urusan mengenai Islam yang ada dibawah jajahan negeri-negeri Melayu?

Kalau saudara bersuara tiada diendahkan, mana tahu Pimpinan UMNO akan akur kepada titah-titah Baginda-baginda?

Kita kan dituntut untuk berusaha kepada jalan yang paling effective?

Aspan Alias said...

Yes bro,

Amal maarof nahi mungkar. Tetapi jika diteruskan juga kegiatan judi ini maka ia akan jadi;

Nahi maaruf amal mungkar.

Anonymous said...

Sdr Red Alfa,

Agaknya mufti-mufti pun takut tekanan. Maklumlah kerajaan BN bukankah memang gitu!

blue kancil

via blackberry said...

Salam saudara,

Rasanya ramai yg tdk tahu sebab sebenar DAP menentang judi berlesan ni. Berdasarkan maklumat yg ada kredibiliti, selama ini pergerakan dap salah satu sumber terbesarnya ialah dibiayai drpd hasil perjudian haram, termasuk judi bola yg selama ini didalangi oleh kongsi2 gelap yg menyokong dap. Maka apabila kerajaan keluarkan lesen, maka pasti org2 bkn islam yg kaki judi ni akan memilih judi 'halal' ini kerana pulangannya lebih terjamin. Kerana itu sejak dulu dap menentang judi berlesen kerana mereka tahu ia akan menutup serta mengurangkan perolehan mereka melalui kegiatan judi secara haram. Pihak bkn dah lama tahu ttg ini dan sbb itu kerajaan menyekat dan mengawal kegiatan judi haram yg semakin berleluasa ini dgn cara mengeluarkan lesen. Igt, kerajaan ada banyak sumber sblm membuat sesuatu keputusan berbanding kita sbg org biasa yg mempunyai sumber maklumat yg terhad.

antuNGOK said...

Dalam hal pemberian lesen judi ini, ini adalah tindakan teramat NGOK Najib yang kuat melutut tak tentu fasal.

Kerajaan pula terlibat kerana ahli-ahli kabinetnya semuanya tak dak tulur untuk bersuara terhadap tindakan NGOK Najib ini.

Adakah tindakan DAP, PAS ini salah? Atas kertas memang tidak salah dan aku pun amat bersetuju. Tapi niat disebaliknya?

Bukan orang tak boleh nampak. Najib memang terlalu amat NGOK kerana memberi ruang ini kepada DAP & PAS untuk menembaknya. Orangramai pun akan ikut sekali menembak Najib NGOK tak kira samada org pembangkang ke atau orang kerajaan.

Kalau betul DAP & PAS tak salah luar dan dalam pasal judi ni, bagaimana pula cerita arak, rumah urut, bogel bukit lanjan, kuda lari zaid, yg tak bersunat dok baca ayat qur'an dlm masjid nak pancing undi melayu, isu nama Allah dsb? Apa perangai DAP dan terutama sekali PAS dalam hal-hal ini?

Adakah tindakan DAP & PAS salah? Ye .. memang salah kerana ada niat udang disebalik batu walaupun batu tu nampak betul dan disokong ramai.

Anonymous said...

Bro Aspan,

DAP dan PAS memang party yg tidak bersetuju dengan pemberian lesen judi.

Itu dasar parti mereka. PAS tentulah bertindak kerana cegahan Agama.

DAP sejak mula ditubuhkan menentang judi ini bukan kerana Agama tetapi kerana penggalakkn berjudi ini merosakkan fabrik masyarakat kerana mereka orang Cina dan mereka tahu orang Cina telah banyak rosak kerana judi.

Janganlah kita berbahas diatas perkara yang sudah ditentukan oleh hukam Agama.

Kepada pengomen-pengomen, janganlah nak soal itu dan ini. Kalau tidak puas hati dengan undang-undang Agama ini, bermakna kita tidak mentauhidkan tuhan.

Kerajaan BN yang mengeluarkan lesen ini memang bertentangan dengan Agama...jangan banyak soal.

Bukankah Najib itu berAgama Islam. Tindakkan mengeluarkan lesen judi ini haram.

Jangan dihalalkan yg haram dan mengharamkan yang halal.

Semata-mata kerana nak mempertahankan tindakkan gila kerajaaan ini, janganlah soal PAS dan DAP dan memberikan banyak 'songe'.

Bagi orang Melayu ke, Cina ke dan sesiapa sekali pun berjudi itu salah.

Yang lebih teruknya DS Najib membawa negara kekegiatan judi yang mendalam.

Ini masalah imej negara islam. Kalau suadara nak berjudi, pergilah berjudi, tetapi dalam kontek dasar kerajaan mengeluarkan lesen judi itu salah. Jangan dikatakan betul.

wasslalaam.

abu hurairah.

johnwayne said...

abu hrairah,

betullah kata sdr tu, mana ada judi halal dan judi haram ya? kalaulah asas pemberian itu ialah kerana nak mengelakkan daripada orang ramai berjudi secara haram, maka saya tanya, bolehkah halalkan pelacuran?

Apa bezanya berjudi dan berpelacuran? Halalkanlah peluran supaya orang ramai tidak bertindak melakukan pelacuran secara haram!

Saya berpendapat kalau nak berjudi pergilah kenegara yang membenarkan perjudian. Ini negara islam, identiti islam kenalah jaga.

Kenapa ada yg resah sangat nak duduk dala negara islam?

Kalau abu hurairah, ibrahim koyan, red alfa da Aspan nak berjudi berjudilah, tetapi pergilah berjudi dimana-mana yg judi dibolehkan. Ini bukan masalah individu, ini masalah dasar penting negara islam.

johnwayne

Anonymous said...

You are great abu hurairah,

I am a gambler myself, but I disagree to legalize gambling.

I am a non muslim living in this Muslim nation. Gambling has been menace to many including my family.

Gambling ends nowhere. A drunked will stop drinking when he is drunk, but a gambler will continue gambling until he falls asleep.

I used to sell my property for gambling.

To all, Muslim or non Muslim don't legalize any form of gambling.


Tang

Anonymous said...

Salam sejahtera saudara Aspan, Kepada sesetengah pembahas tak usah lah mereka reka alasan untuk menyokong benda yang tentu salah dari segi Islam. Tak payah lah nak bahas niat DAP menentang judi. Yang baik tetap baik dan yang salah tetap salah tak kira siapa yang melakukannya,(PAS, DAp ke atau apa2lah) walau pun dilakukan oleh saudara kita sendiri. Kalau terlalu segan sangat nak tegur lebih baik diam dan protes dalam hati.namun bersetju tidak sekali2 bagi orang islam. Itu hukum. Tuhan tahu kita tak setuju dan lebih baik dari kita mencipta cerita dan alasan untuk menyokongnya.Yang penting jangan sokong benda salah 'very simple'. Kalau kerajaan nak teruskan juga itu masalah dia , mereka tanggong lah.
Tugas kita menegor dan mengingat.

soalnya judi tu halal ke haram? . Islam kata haram. Bukan islam pula tak kata haram tetapi kata judi tak baik . Mereka bersetuju serta mengakui dari pengalaman mereka judi boleh membawa akibat buruk kepada masyarakatnya. kes Along, rumahtangga, bunuh diri dan lain2

farouk said...

Salam Aspan,

I see some Malay Muslim, are disoriented by the influence of the gambling issue.

They still have apprehension to take gambling and betting as the biggest forbidden act as a Muslim.

I don't understand why this license was issued. Distressful to hear man...

hairi said...

Ada pihak dlm UMNO tercari-cari alasan nak mengatakan lesen yg di keluarkan oleh Najib itu baik.

Dengan tuhan pun nak main 'game'. Punyalah gilanya mereka-mereka ini.

Itulah akibatnya kalau nak maintain kuasa dengan duit. Hanya dengan lesen judi saja boleh dapat duit dengan besar...penjudinya mati dan hilang penghidupan.

jamalkhir said...

Aspan,

Rupa-rupanya ini lah yang dijanjikan oleh pucuk pimpinan untuk pembahuruan dan transformasi untuk negara.

Rupa-rupanya mengalakkan judi!!! Baru saya tahu...hmmm.


jamalkhir

hamidun said...

jamalkhir,

Janganlah sdr perli PM tu. Beliau memang sdg berusaha untuk berbuat sesuatu yg baik...hanya belisu tu masih gagal sampai sekarang.

Anonymous said...

I think Vincent Tan has bought many of our leaders. Or else things won't happen this way.

yunus

Red Alfa said...

With your leave, Sdr Aspan, please,

via blackberry dan antuNGOK

Why do you say the niat and the words to the effect of DAP and PAS should be questioned in the same breath you say Kepimpinan UMNO has all the quiet wisdom and strategies that so will justify licensing gambling and making halal what is clearly the haram?

By your arguement, DAP and PAS niat is dosa of their God knows whatever niat behind the sebalik batu, UMNO's declared niat and actions allowing and promoting gambling is not so at all as we will all be as we have been benefiting from UMNO's grand wisdom and plan?

May you will know why we need to say the shahadah in our prayers!

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan,

Jelas dan nyata bahawa JUDI adalah HARAM mengikut hukum Agama Islam.Barang kali agama lain pun melarang dan mencegahnya juga.Oleh itu, tindakan menentang perbuatan judi dan pengeluaran lesen adalah menjadi tanggungjawab dan kewajipan orang-orang beragama Islam.Bagi orang yg bukan beragama Islam pula tindakan menentang pengeluaran lesen ini,atas dasar apa sekali pun,termasuk dalam salah satu usaha yg baik dan murni serta terpuji.

Dalam kontek politik hari ini, keputusan mengeluarkan lesen JUDI itu akan membawa kesan yg amat buruk kepada kerajaan pimpinan UMNO/BN.Benteng kekuatan UMNO/BN sudahlah pecah dan lemah selepas dilanda tsunami politik pada PRU yg lepas.Sudah lah begitu,kini ianya terus dilanda dengan berbagai ledakan musibah seperti Masalah PKFZ,penyerahan dua kawasan carigali minyak,kerugian Sime Darby dan Pos Malaysia dan terkini ialah pengeluaran lesen judi yg sudah pastinya akan melemah dan merobek lagi benteng UMNO/BN.Keadaan mungkin menjadi kian parah apabila penghapusan subsidi yg mungkin membawa kesan negatif keatas kehidupan rakyat jelata.Demikian juga dengan persetujuan kerajaan menyerah tanah KTM di Singapura dan perkara yg berkaitan dengannya,jika rakyat melihat merugikan kita,sudah tentunya akan menjadi satu lagi ledekan yg akan membantu untuk menghacur dan memusnahkan benteng UMNO/BN dan seterusnya menamatkan riwayat kerajaan pimpinan UMNO/BN.

Kerajaan(PM Najib) tidak mampu dan sepatutnya membuat kesilapan seperti memberi lesen judi ini kerana padahnya teramat buruk.


Askar Tua

amatMok said...

Tuan,

Para mufti tu satu hal. Lebih takut hilang periok nasi kot. Tak kan tak sedar yang rezeki tu Allah yang bagi bukan manusia. Kalau hal macam ni pun tak faham baik tok sah jadi mufti. Kalau tak tau judi tu jelas haram seperti yang telah jelas dalam Al-Qur'an. Ke mufti-mufti kita ni tak reti baca Qur'an kot? Kalau macam ni punya mufti, pada pandangan saya masuk dalam golongan murtad dah kerana tidak percaya kepada Allah, RasulNya, KitabNya.

Tapi yang best lagi tu ada beberapa orang yang mengaku jadi Ketua Agama Islam di Negeri masing-masing tetapi sampai sekarang diam membisu. Mengapa ya? Hari tu bukan main lagi satu Ketua Agama Islam sebuah negeri di Pantai Timor guna kuasa dia sebagai Ketua Agama memeaafkan seorang perempuan yang minum arak. Tapi bila bab judi ni, senyap menikus. Mungkin kah kerana dia pun memang kaki judi atau telah dibeli olej Raja Judi Malaysia?

Tak ape lah, nanti jawab lah kat Allah baik di dunia mau pun di akhirat.

vinnan said...

via blackberry,

Sindiket judi semua dikendalikan oleh taukeh-taukeh yang ada kaitan dengan MCA, Gerakan dan SUPP. Operasi sindiket-sindiket ini sudah berpuluh tahun dilindungi oleh PDRM. Fakta ini8 sudah lama disedari masyarakat Cina di Malaysia.

LudivinaLe88787 said...

go2av免費影片sex 0401 影音 live 秀視訊聊天交友 色美眉台中援交aa 片試看 a免費視訊聊天網 情人34C波霸美女 香蕉鮑魚俱樂部,免費av 免費線上 aa 片試看 g點無碼a片 性愛姿勢 辣妹sex story 視訊聊天室 sex888免費看影片波霸美女寫真 視訊美女pixnet 成人交友hibb 4u成人視訊 情人080視訊網 私密論壇sex888免費看影片論壇 Show-live視訊聊天室 辣妹貼圖a片天堂 a片免費看 情色視訊禁地論壇 日本 a 片,無碼影片,美女,sexy,a片天堂 小魔女免費影城 視訊美女sogo 色論壇 s38live秀 卡通aa片免費看自拍天堂 洪爺免費線上歐美A片段觀看 亞洲東洋影片 0941 影音視訊聊天室 18成人85cc影城0204movie 成人漫畫區月光論壇 a片-情色成人影片 免費視訊toolbox 707網愛聊天室 1111辣妹貼圖,寫真集辣妹 av無碼月光論壇辣妹視訊 視訊辣妹主播脫衣秀 aio性愛dvd辣妹影片直播 黑澀會美眉 mv 高雄視訊,qq 美女貼圖片區 5i176 免費視訊秀 168論壇視訊辣妹 a片天堂s383視訊 bt電影下載,aa 片 sexy girl video movie 080cc成人色網 後官0951主入口 視訊聊天評比 視訊交友聊天室 no8 sogo論壇視訊辣妹

johnwayne said...

Just waiting for your next posting!

johnwayne

Anonymous said...

Hi, i read your blog occasionally and i own a similar one and i was just wondering if you get a lot of spam responses?
If so how do you stop it, any plugin or anything you can advise?
I get so much lately it's driving me mad so any support is very much appreciated.

Here is my site rotting chemical

Anonymous said...

Admiring the persistence you put into your site
and detailed information you provide. It's nice to come across a blog every once in a while that isn't the same unwanted rehashed material.
Wonderful read! I've saved your site and I'm including your RSS feeds
to my Google account.

Stop by my web site - trake