13 June 2010

Tidak ada dasar yang lebih baik dari DEB - bhg akhir.

DEB bukannya satu dasar yang digubal untuk selamanya. Dia digubal untuk mecapai matlamat yang telah disebut dalam posting saya yang lepas.

DEB dianjurkan pada tahun 1970 dan dasar ini diberi masa selama 20 tahun untuk dilaksanakan dengan sepenuhnya. Itulah impian PM Tun Razak dahulu.

Tun Razak merupakan seorang yang sangat berpandangan jauh dan beliau merupakan PM yang tahu apa yang perlu dilakukan dan beliau tahu samada beliau mampu menterjemahkan impian beliau menjadi kenyataan.

Sebagai PM beliau menjaga dasar yang beliau usulkan dan beliau bukan pelaksana. Sebagaimana yang saya tulis sebelum ini beliau tahu mencari siapa yang menjadi pelaksana yang baik dan mempunyai hati dan nurani yang sepenuhnya untuk berbakti kepada rakyat negara.

Setelah beliau mengenal pasti siapa yang patut menjuarai perlaksanaan dasar tersebut beliau akan memberikan kebebasan kepada orang atau pemimpin yang beliau percayai untuk mencadangkan kepada kerajaan dan mendapat kelulusan jemaah kabinet.

Orang atau pemimpin tersebut akan diberikan parameter yang luas untuk bertindak dan mengambil keputusan secara bebas dan barulah dibawa kekabinet untuk kelulusan.

PM Razak mempunyai beberapa orang kepercayaan beliau yang diberi tugas untuk melaksanakan impian beliau.

Ada yang diberikan tugas untuk memperkasakan politik dan ada pula seseorang yang beliau yakini untuk membina asas ekonomi negara yang berpaksikan kepada usaha menjadikan ekonomi sebagai asas untuk membentuk masyarakat berbilang kaum dan itulah sebenar-benarnya satu-satunya matlamat DEB.

Dalam sudut ekonomi beliau telah memilih Tengku Razaleigh Hamzah (TRH) sebagai orang yang beliau percayai untuk menjayakan matlamat untuk membentuk asas ekonomi negara yang kukuh selari dengan kehendak dan impian PM Razak dan Jemaah Kabinetnya.

DEB telah menetapkan yang kekayaan negara dibahagikan secara ‘equitable’ dalam mana Bumiputra mesti mencapai pegangan kekayaan negara sehingga 30 peratus, Bukan Bumiputra seabanyak 40 peratus dan yang lainnya dikuasi oleh orang asing (Pelabur Luar Negara).

Bumiputra hanya mempunyai pegangan 2.7 peratus sahaja dari kekayaan negara termasuk yang dipegang oleh badan-badan amanah serta agensi-agensi yang memegang kepentingan bagi pihak Bumiputra.

DEB tidak mengambil hak orang lain untuk diberikan kepada Bumiputra sebaleknya membesar serta melebarkan ‘kek ekonomi’ negara melalui dengan membina peluang yang baru untuk Bumiputra.

Banyak kejayaan dicapai dalam membina pegangan dan penyertaan Bumiputra dam bidang perniagaan bagi menghilangkan kadeh mengenali orang Melayu dan Bumiputra dengan fungsi ekonomi asalnya iaitu sebagai petani dan nelayan serta sebagai penjawat awam semata-mata.

Kerajaan telah menggunakan DEB untuk mempastikan penyertaan orang Melayu dalam bidang perniagaan dengan membentuk Unit Penyertaan Bumiputra disetiap Kementerian dan Agensi kerajaan serta Bank-Bank dan institusi kewangan bagi nenberikan tumpuan terhadap usaha membantu Bumiputra mendapat kemudahan kewangan dan latihan.

Malangnya unit ini telah tidak diberikan tumpuan oleh pentadbiran Dr Mahathir lama sebelum tempuh tamatnya DEB pada tahun 1990 dahulu. Unit penyertaan Bumiputra telah tutup dan dari saat itulah orang-orang Melayu telah hilang punca untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan keweangan untuk memulakan perniagaan.

Untuk melahirkan professional dan separa proessional kerajaan telah mengembangkan peluang pembalaran dalam bidang itu dengan memberikan tugas yang besar kepada Institute Teknoloji MARA (ITM) misalnya.

Memberikan peluang kepada anak-anak muda untuk menimba ilmu professional dilipat gandakan dengan melonggarkan syarat kemasukkan kedalam Universiti-Universiti untuk orang Melayu dan Bumiputra dari Sabah dan Sarawak.

TR telah mengeluarkan ribuan biasiswa dari BBMB dan Petronas untuk orang Melayu kerana mempercayai yang pendidikkan merupakan asas penting untuk membangunkan orang Melayu.

Biasiswa dperuntukkan oleh BBMB dan Petronas untuk menghantar anak-anak Melayu untuk melanjutkan pelajaran keUniversiti tempatan dan luar negara dalam bidang-bidang penting bagi mengisi kekosongan orang Melayu dalam bidang pengurusan syarikat-syarikat awam dan swasa.

Semua ‘public companies by guarantee’ atau sekarang dipanggil GLC yang maju-maju telah dipindahkan kepada orang Melayu melalui skim Amanah.

Skim ini diuruskan oleh pengurusnya Amanah Saham Nasinal yang kini kekal menjadi satu institusi pelaburan penting bagi orang Melayu yang tidak berkemampuan untuk melabur dalam pasaran terbuka BSKL.

Lain-lain perkataan orang melayu didesa-desa pun mampu untuk bersama-sama menikmati hasil mahsul negara yanang kaya raya ini.

Semasa itu Ahli-Ahli Lembaga Pengarah syarikat-syarikat tersebut melaksanakan tugas dengan sepenuh kejujuran tanpa mendahulukan kedudukkan dan ‘glmaour’ mereka tetapi berusaha menguruskan syarikat-syarikat tersebut dengan penuh daya saing bagi mempastikan syarikat-syarikat tersebut berjaya agar dapat dipindahkan keuntungan kepada masyarakat ramai secara terus.

Jabatan yang sangat penting dan berpengaruh semasa itu bagi mempastikan perlaksanaan DEB berjalan dengan lancar, sebuah jabatan yang dinamakan Jabatan Koordinasi dan Perlaksanaan (ICU) diJabatan Perdana Menteri.

Pemindahan syarikat-syarikat yang gergasi yang yang menggunakan kekayaan negara yang berpusat diLondon telah dibawa pulang keMalaysia oleh TR dalam senyap-senyap. Diantaranya ialah London Tin Limited (sekarang MMC), Tradewinds, Harrisson & Crossfield dan Sime Darby pada pertengahan tahun tujuh puluhan.

Syarikat Guthries yang pada mulanya susah hendak dibawa telah dipindahkan melalui Dawn Raid pada 7hb September 1991 melalui pengangan 25% Sime Darby keatas Guthries dan pembelian oleh PNB saham-saham Guthries dari pemegang-pemegang minority syarikat tersebut yang berada di Malaysia dan Singapura.

TR dan Allahyarham Tun Ismail Ali, Pengerusi BNM dan PNB telah berjaya memujuk ‘minority share holders’ Guthries disini dan Singapura untuk menjualnya kepada PNB bagi menokok dan menambahkan pegangan yang sedia dipegang sebanyak 25% oleh S Darby.

Pada pagi 7hb September 1981 33 % dari saham Guthries telah dipegang oleh Sime Darby dan PNB maka disaat itu kita telah berjaya untuk melaksanakan ‘General Offer’ dan Guthries telah menjadi hak milik kita dan ibu pejabatnya telah dipindahkan keKuala Lumpur.

Pada 7hb. Sept. 1981 pihak kita telah melakukan "General Offer'untuk mengambil alih Githrie Bhd yang sangat payah bagi kita untuk mengambil alihnya sebelum itu.

Kalau kita baca dengan teliti, semua perlaksanaan pengambil alihan syarikat-syarikat besar ini tidak ada langsung kepentingan peribadi yang diperolehi oleh individu-individu yang terlibat seperti apa yang menjadi budaya dizaman ini. Semuanya adalah untuk rakyat dan pemegang saham yang sdia ada.

TR dan rakan-rakan telah memenuhi kehendak dan impian PM Razak dan selepas itu Husein Onn untuk menjadikan semuanya ini hak rakyat dan bukannya hak orang-orang tertentu yang menjadi kroni kepada pucuk pimpinan.

Zaman itu adalah benar-benar zaman kerajaan rakyat dan bukan kerajaan kepunyaan pemimpin dan suku sakat mereka.

Apa pula kejayaan DEByang kita lihat jelas semasa itu?

Waktu tidak menyebelahi saya untuk menulisnya dengan mendalam, tetapi cukup jika saya membuat ‘summary’ yang pendek untuk mengukur kejayaan yang nampak dan jelas.

Dari peratusan pegangan Bumiputra dan badan-badanberkepentingan bumiputra sebanyak 2.7% pada tahun 1970, peratusan pegangan orang Melayu itu telah melonjak menjadi 18.4 peratus pada tahun 1984. Ini kejayaan besar dengan kegigihan semua pihak untuk menjayakan dasar itu.

Tetapi setelah ‘our great Daim’ mengambil alih tugasan ini lonjakkan pegangan Bumiputra tidak berganjak dengan banyak.

Sehari sebelum Dr Mahathir meninggalkan jawatan PMnya pada October 2003,beliau telah berucap diParlimen dan dalam ucapan beliau itu beliau telah mengeluarkan data rsmi kerajaan dan memberi tahu Parlimen yang pegangan Bumiputra hanyalah sebanyak 19.2 peratus.

Lain-lain perkataan pegangan bumiputra hanya meningkat sebanyal 0.8 peratus dari 1985 hinggalah beliau bersara.

Pandai-pandailah kta membaca angka-angka ini dan saudara sudara bolehlah menilainya dengan baik. Angka-angka resmi tidak berbohong, Hanya mulut manusia yang berkepentingan dan yang gagal sahaja mampu untuk berbohong.

Jika ada dasar-dasar baru yang hendak dibuat dan digubal, belajarlah dari penggubalan DEB untuk menambah baik dasar baru yang hendak dilangsungkan.

Seperkara yang kita wajar lakukankan ialah sesuatu dasar itu akan hanya dikatakan berjaya jika ianya benar-benar dilaksanakan tanpa kepentingan peribadi, dan jika ada susah payah yang ditempuh semuanya itu adalah pengorbanan untuk negara dan rakyatnya.


Sekian……………………………..Aspan Alias

13 comments:

Anonymous said...

So Encik Aspan, it's not the policy that really be the problem. It's the truthful implementation lah bro.

So let us know, there is no more people of that kind these days.

So let the country rots. They want it (leaders) that way.

Why??? because they are rotten leaders.

Anonymous said...

kan mahathir yang mahu DEB itu begitu. Dia mula bunuh "melayu" semenjak dia berkuasa lagi. TRH dibuang 'daerah' untuk memberi laluan kepada 'kroni2' mahathir. 'Melayu Biasa' tidak diberi pendidikan yang sepatut dan secukupnya untuk memahami perundangan dan pelaksanaan dasar kerajaan, cuma menjadi kerbau dicucuk hidung sahaja, walaupun ramai yang berkelulusan dan ber' degree' dari universiti2 tempatan. Masalah yang sengaja dibuat dan dibentuk untuk mengekang pengetahuan dan ekonomi 'Melayu Biasa' dan kaum Bumiputera lain.

...adioss....

Anonymous said...

Tidak saya nampak yang kejujuran yang dialami oleh rakyat seperti dulu akan dapat dilihat dizaman ini.

Semuanya itu telah dimamah oleh sejarah.

hj muhammad

pak din said...

Kalaulah Daim diberikan kepercayaan untuk menubuhkan PETRONAS sudah tentu beliau akan mengambil kesempatan untuk menyelitkan proxynya sebagai pemegang saham PETRONAS.

Tuhan telah selamatkan kita kerana Daim semasa itu masih tidak dikenali.

Syukurlah Daim tak ada semasa itu.


pak din.

jayhawker said...

Begitulah mulianya impian Tun Razak kepada rakyat. Tetapi anaknya sangat berbeza...ibarat langit dengan Bumi.


jayhawker

Anonymous said...

Our PM in essence does not understand about a lot of things but he thinks he knows. He thinks that he can last with rhetorical speeches.

Anonymous said...

Salam Saudara Aspan,

Ada juga komen2 diblog lain yang menudoh saudara tak sudah2 menyalahkan individu tertentu atas alasan peribadi dan politik.
Bukan kita menafikan sumbangannya tetapi bagi kita yang dah berumor 55 keatas tahu membezakan diantara 4 orang bekas PM, terutama semasa T. Razak dengan orang kepercayaanya TRH yang betul2 telah terlibat dalam melakar polisi ekonomi negara dan Bputra termasuk PETRONAS tanpa kepentingan peribadi dimana kejayaannya dapat dilihat hingga kehari ini. Bukan dengan cara cuba melahirkan jutawan bumipura yang menemui kegagalan.

Bak kata saudara angka tidak pandai berbohong . mereka yang hendak menyanggah atau tak bersetuju sila lah beri hujah yang meyakinkan dengan angka sekali. Ini bukan soal suka tak suka kepada individu tetapi ini soal fakta dan kedudukan ekonomi bputra yang diperjuangkan UMNO seperti tulisan saudara.

Komen saya ia lah keburukan membenarkan seseorang memegang jawatan terlalu lama dan banyak masa dan fikiran digunakan untuk mengekalkan kuasa sehingga kurang tumpuan kepada matlamat asal parti. disamping kurangnya peluang orang lain untuk memberikan nafas baru terhadap sesuatu dasar dan perlaksanaannya.. Ikutlah amalan Negara maju jika ingin maju. Bukan semua yang negara maju amalkan itu buruk.

Satu perkara lagi jangan diungkit soal jasa, Kalau dikira jasa semua orang ada jasa askar dan polis yang terkorban menjaga keamanan lagi besar jasa kerana mengorbankan nyawanya untuk negara. Ini soal amanah dan mandat rakyat yang kita pemimpin politik sanggup terima untuk memimpin mereka dengan jujur. Mereka memilih kerana merasakan kita ada kelebihan dan dipercayai.

Syabas saudara kerana mempunyai fakta dan angka bila menulis

Aspan Alias said...

Anon 22:19,

Saya menghargai sesiapa yang mahu memahami situasi sesuatu perkara itu berlaku.

Setiap yang berlaku itu tentu ada sebabnya.

Kebetulan yang berhenti aktif dlam party hanya pada tahun 2002 dan sebelum itu saya bergiat sejak pertengahan 1970 an.

Ditokok pula pengalaman bekerja dalam agensi Amanah Kerajaan saya dapat membezakan siapa yang jujur dan yang kurang jujur.

Saya bukanlah seorang wali yang mampu menyelam air didalam tunggak tetapi bolehlah memahami cara kepimpinan sesorang itu apatah lagi apabila saya berkesempatan berkhidmat semasa tidak kurang dari 3 PM.

Masalah yang dihadapi mereka yang bercakap banyak ini tidak pun nampak muka mereka semasa kita bergiat dahulu.

Betul kata sdr, siapa yang menyertai UMNO hanya pada pertengahan lapan puluhan tidak akan dapat memahami perbezaan yg kita katakan itu.

Tidak salah kan, kalau saya mengingati nostalgia zaman kegemilangan pimpinan dahulu kan?

Kalau benar mereka yakin yang kepimpinan sejak zaman Mahathir itu baik, kenapa kerapuhan sokongan terhadap kerajaan itu bermula dari zaman itu sehinggalah sekarang?

Takkanlah masalah datang tanpa bersebab. Saya yakin, apa yang saya tulis selama in i akan menerima kebenaran kepada ramai orang pada suatu ketika nanti..walaupun mungkin saya sudah tiada lagi didunia ini.

Sekian......Aspan Alias

Quiet Despair said...

Najib is his father's son.
He's trying his best to live up to dad's legacy.
But to be fair to him, do not expect him to be the exact replica of daddy dearest.
Different times and different pressures call for different tune in governance.
Let's wish him all the best.

Aspan Alias said...

Yes Quiet Despair,

I agree, I always wish him the best, even though he flip-flops in almost his decisions.

That is why a leader must actually knows the problems fronting us before doing or announcing anything that involves the public at large.

I am serious Quite Despair, I am very keen to talk serious things with you.

We can meet if you agree and I shall make you understand what is inside me.

You will know that people like me are more concerned with the worrying situation now.

By just saying yes to him is not supporting him. By doing so we are not supporting him.

Aspan

Quiet Despair said...

Saudara Aspan

I believe in you totally. No question about that.
Like bro Sak, you have the best interest of UMNO at hard.
We all want the same thing.
Nothing pleases me more than an UMNO member bravely criticising the party, to correct it.
I sincerely hope UMNO leaders will read you and Sak's blog.
As I have said before I agree with you that Najib is indeed a Flip-Flop.
Sometimes his flip-flopping is worse than Abdullah.
Najib's problem is trying to please everyooe. You can't do that if you are a leader.
He must learn how to say shut up.
Take the Kampung Baru issue, after so many criticisms he turned around and say, it's only a proposal.

P.S. I pernah nampak you dengan Datuk Sak at Cengkih.
I nak tegur tapi malu pulak.
I ni berani dalam internet saja, tapi malu nak bersua-muka.
Tak macam orang UMNO lainkan?
Insya-Allah, I hope to meet you and Sak after the World Cup.
I ni kaki bola. Cannot miss a single match.
Tapi I rasa if I jumpa you guys, taklah I remain your mystery fan.
Where's the thrill then.

Anonymous said...

Tersedar saya bila 0.8% pertambahan Ekuiti melayu masa TDM memerintah sedangkan lambakkan Wang Rakyat bebilion untuk KLIA, KLCC, Highway, Dayabumi, KL Tower, Putrajaya, Siberjaya, Proton, Produa, Jambatan P.Pinang, DLL.... Keliru saya dgn semangat Melayu TDM. Sekarang pejuang melayu dalam Perkasa....

Anonymous said...

TDM sndiri bgtau dia bkn melayu tulen..
sbb itu perjuangannya dalam parti bukan untuk org melayu..
cuma atas tiket kemelayuan je..
dasar2 yg dia bt selama ini bkn utk org melayu..