15 December 2010

Berbanggalah jika sanggup berkorban

Setelah berfikir dan bertelaah mengenai apa yang kita hadapi dalam BN khususnya UMNO, kita tidak akan dapat menafikan yang parti ini terpaksa menumpukan usaha mereka untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh pemimpin-pemimpinya sendiri dari memberikan tumpuan kepada masalah rakyat yang kian hari kian ‘complicated’ ini.

Kalau kita kaji secara ilmiah dan terperinci masalah yang dihadapi ini ialah masalah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpinnya sendiri dan tidak ada pun masalah yang dilakukan oleh ahli-ahli biasa yang menjadikan tahap keyakinan rakyat kepada UMNO itu merudum.

Yang melakukan rasuah adalah pemimpin-pemimpinnya. Yang menyalahgunakan kuasa juga adalah perlakuan pemimpin-pemimpin yang diberikan kuasa. Lagi besar pangkat dan jawatan mereka lagi besar masalah yang diberikannya kepada parti. Tetapi yang diminta menyelesaikan masalah seperti tanggungjawab untuk memenangkan parti didalam pilihanraya adalah ahli-ahlinya. Gunanya ahli-ahli dibawah ini semata-mata untuk menjuarakan orang atasan untuk mereka leka ber’glamour’ serta hidup bermewaha-mewahan diatas kesusahan ahli-ahli dan rakyat dibawah.

Kalau menang pemimpin-pemimpin yang bersorak, jika kalah ahli-ahli yang dipersalahkan kononnya tidak setia kepada parti dan berbagai-bagai macam tuduhan yang dilemparkan kepada orang-orang dan ahli-ahli dibawah. Pendeknya yang bersalalah hanyalah orang bawahan dan tidak orang atasan.

Apabila pemimpin membuat perancangan rakyat khususnya ahli-ahli UMNO tidak diberikan penjelasan seperti apa yang dilakukan oleh pucuk pimpinan pre-Mahathir. Dulu dulu rakyat akan diberitahu apa-apa perancangan kerajaan melaulai pegawai-pegawai penerangan Daerah yang merupakan tali perhubungan penting diantara kerajaan dengan rakyat.

Kini Pegawai Penerangan Daerah (PPD) menghabiskan masa dengan bermain carom sahaja kerana mereka tidak diberikan tugas penyebaran dasar-dasar kerajaan melalui kursus-kursus sivik yang lazim dibuat semasa itu. Ada pihak memjawab dengan mengatakan yang rakyat boleh mengambil tahu melalui internet kerana setiap kementerian dan jabatan ada web sitenya sendiri.

Masakan nenek saudara saya yang berumur 85 tahun itu tahu untuk Melayari internet, sedangkan orang dibandar pun tidak semuanya pandai untuk melayari web site kementerian-kementerian dan jabatan kerajaan. Perhubungan secara 'direct' merupakan kaedah yang paling berkesan kerana dengan perhubungan terus itu kerajaan akan dapat mengenal pasti masalah dan cara berfikir orang diluar bandar, tempat pergantungan sokongan kerajaan yang terkuat.

Apabila orang-orang ramai ditemuai secara terus mereka akan merasakan yang mereka tidak ditinggalkan diatas segala keputusan kerajaan dalam mengambil sesuatu keputusan besar khususnya berhubung dengan keputusan yang melibatkan kehidupan mereka. Mereka akan merasakan yang mereka dibawa bersama untuk membuat keputusan dan mereka tidak akan menyalahkan pihak kerajaan jika ada apa-apa kesilapan dalam perlaksanaannya..

Sekarang semuanya ini sudah lama diabaikan oleh pucuk pimpinan kita. Kepimpinan akan mengumumkan perancangan-perancangan tanpa bertanya kepada orang bawahan khususnya UMNO. Dulu-dulu, segala keputusan yang melibatkan rakyat ramai akan diberitahu kepada UMNO dahulu dan selepas itu kepada Dewan Legislatif untuk diluluskan. Kaedah itu seolah-olah sudah menjadi SOP (Standard Operating Procedure) dalam melaksanakan segala apa yang ingin dilakukan oleh kerajaan.

Jadi tidak hairanlah jika apa yang dilakukan oleh kerajaan, jika pun baik masih mendapat bantahan dari rakyat apatah lagi dari politikus-politikus murahan yang ada dimana-mana. Apabila mendapat tentangan kerajaan tidak tahu cara untuk menyelasikannya kerana elemen perhubungan dan komunikasi telah dianggap satu perkara yang remeh sahaja.

Kerajaan tidak mahu menerima hakikat yang perhubungan secara bersemuka itu merupaka kaedah yang paling effektif dalam menyampaikan maklumat secara ‘detail’ kepada rakyat jelata, terutamanya kepada mereka yang tinggal diluar-luar bandar. Bagaimana kerajaan hendak mendapatkan sokongan jika orang yang sepatutnya memberikan sokongan itu tidak diberikan pemahaman secara terperinci tentang apa yang kita ingin lakukan?

Kepada PM Najib, fakir-fikirkanlah pandangan ini. Mampukah saudara mengembalikan nilai kepimpinan seperti yang dialami oleh kita dizaman pre-Mahathir dahulu? Kalau tidak mampu eloklah berkorban dan memanggil dan memberikan tugas itu kepada sesiapa yang mampu untuk melakukannya.

Barulah tersurat makna ‘berkorban apa saja’ secara tersirat. Jika pengorbanan saudara dan rakan-rakan saudara itu membawa faedah kepada negara bukankah saudara akan berbangga diatas pengorbanan saudara itu?

6 comments:

Anonymous said...

pandangan yang amat bernas sekali. Saya SOKONG !

mo said...

asalam saudara aspan,,,kali2 saudara memberi pandangan yg begitu bernas dan berani...hanya persoalan yg timbul apa kah umno dan najib boleh terima ??? Namun terpulanglah yg penting saudara telah menghantar mesej yg cukup jelas kepada najib dan umno??? Niat saudara begitu baik dan morni,,,walaupun terpaksa melawan harus,,, ertinya, biasa budaya umno dan bn ini ,tidak bisa di kretik dgn lantang,,,yg biasa mereka akan lebih suka dan seronok bila pak ampu dan mak ampu, memuji dgn kata pijian yg indah2 seolah mereka lah pemimpin yg sangat world class... Berbalik kepada isu perubahan yg saudara ingin lihat dalam umno ??? Orang yang patut di gugurkan dalam melaksanakan barisan pemimpin ,,,saudara nazri yg sombong, rais yatim kuda tua,noh umar dan yakub pahang yg tokohan bagai samseng basi,menteri kewangan kedua, zahid menteri askar ?, menteri tangkap org,isa ? mereka ini adalah yg patut berkorban demi umno,,,bukan rakyat??? najib dan mohiden sendiri selalulah cermin sendiri, mereka ini bukan mr clean seperti pak lah ??? Rakyat di bawah ini mungkin terlalu payah untuk mendokong umno an bn,,, bakm kata saudara kereta yg telah menjadi antik perlu di baiki selalu, dan kadang kala kereta antikseperti umno bn ini , elok di hantar ke muzium sebagai kenamgan rakyat untuk historical akan datang...rakyat semakin menolak umno dan bn,,,segala isu yg tak terjawab terlalu banyak tidakdi jelaskan... isu ketuanan melayu, isu raja melayu, yg di jadikan isu untuk menarik sokongan tidak mungkin menjadi,,,1 malaysie najib tak menjadi??? 1 malaysia pun jadi isu jua, mengapa najib takut sangat dgn negara yahudi, kalau ada persamaan , seperti dakwaan anwar apa salahnya, yg penting dasar itu membawa perubahan,kebaikan untuk rakyat sema....perubahan yg rakyat harapkan tidak mungkin dapat di segerakan melainkan menunggu kematangan para perjuang pemimpin malaysia dan kematangan rakyat majoriti.... salam

Anonymous said...

Tn Aspan
Saya setuju dengan pandangan tn. Benar sekali, makin tinggi jawatan dalam parti makin besar masalah ditimbulkan kepada parti.

Bila nak pilihan raya pemimpin parti mula berebut nak jadi calon. Calon tak terpilih akan mencantas rakannya yg terpilih, bukan menyokong. Saya sebutkan hal ini kritikal di Kelantan, sebab tu Umno sukar nak menang di Kelantan.

Pemimpin juga gemar buat masalah dengan rakyat. Harga barang naik berterusan, bila dah naik, beri pula justifikasi yang bodoh2 dan tak masuk akal. Beri bandingan dengan negara lain yg tak perlu dibuat bandingan, kenapa tak banding harga minyak antara negara kita dengan Brunei? Kenapa tak bandingkan harga minyak kita dengan di Arab Saudi atau Venezuela? Kenapa dengan Singapura?

Rakyat yg memiliki kereta sudah banyak membayar cukai kpd kerajaan. Tetapi, kerajaan nampaknya masih tidak berpuas hati, ditambahkan cukai dengan menyaman pemandu2 melalui saman ekor. Hampir setiap pemandu ada saman ekor. Begitu biadapkah pemandu kita? Tidak. Memang ada segelintir 'killer driver', majoritinya berhemat. Kalau betul nak mengajar pemandu supaya berhemat maka adakah dengan cara menghukum dengan cara pukul curi begitu?

masmerah

Anonymous said...

salam dan syabas tuan aspan! inilah yang ditunggu-tunggu oleh rakyat bipartisan yang celik lagi bertamaddun. teruskanlah seruan tuan kepada najib dan sesiapa pun yang lalai, bebal lagi amat merugikan rakyat dan negara kita ini. bukan sahaja mertabat kita menjadi puing-puing dipukul gelora wikileaks, malah najib sendiri tidak langsung bersengat mahu mempertahankan maruahnya dan nama negara ini. tahi gajah memang tidak dapat dielakkan baunya, tapi mungkin boleh ditutup!

jidun said...

You will never rise bro. Why are you telling the truth about UMNO? You are supposed to say 'yes, yes, yes. Only then you will be raised up.

Jidun

anak merdeka said...

masalahnya, adakah Najib dan pimpinan utama umno baca komentar kita? jika diandaikan mrk buang masa terbaca.. adakah mrk sanggup berubah kerana keutamaan peribadi dan ego menguasai minda mrk. oleh itu saya sarankan melayu yang merasakan dirinya jenis baik untuk membuat reformasi diri sendiri iaitu 'guna kuasa undi anda' atau cuba mengajak/mempengaruhi sanak saudara, rakan taulan untuk menyertai gerakan jihad "BERUBAH UNTUK MERDEKAKAN DIRI"