Saya telah ditanya oleh salah seorang yang mengikuti apa-apa yang saya tulis didalam blog saya sejak beberapa ketika dahulu samada saya sedar atau pun tidak yang suara saya adalah suara yang terlalu ‘dissident’ dan tidak mungkin sesiapa berani mengikuti dan mengambil pandangan saya untuk dilaksanakan oleh mereka yang bertanggungjawab.
Encik Hasnul ini menasihati saya supaya berhenti sahaja memberikan pandangan kerana pandangan saya memang tidak disukai oleh mereka yang berkuasa atau pun oleh mereka yang mengampu kumpulan yang berkuasa. Hasnul mengganggap yang saya adalah seperti anjing menyalak bukit; sampai bila pun bukit itu tidak akan runtuh ataupun bergerak. Bukit itu akan tetap ditempatnya walaupun banyak anjing yang menyalak kepadanya.
Kepada Hasnul saya hanya mampu memberikan jawapan yang ringkas terhadap persoalan yang saudara timbulkan tadi.
Bagi saya yang penting ialah untuk saya mengeluarkan pendapat saya tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Saya tidak boleh dipengaruhi oleh mereka yang mempunyai pemikiran lain dari pemikiran saya kecuali jika mereka boleh membuktikan yang pandangan mereka itu benar dan pandangan saya adalah pandangan yang salah.
Walaupun saya adalah dari kumpulan yang kecil, saya tetap yakin yang suatu hari nanti pandangan saya ini akan diakui benar apabila sampai masanya. Jika suatu hari nanti segla pandangan saya diakui benar, apa yang saya minta jika ikhlas, untuk menghadiahkan saya surah Al-fatihah kalau saya sudah tiada lagi didunia ini.
Salah satu firman yang saya temui ialah; ‘selagi masih ada yang berzikir kepada ku walaupun seorang dunia tidak akan kiamat.’Begitu jugalah dalam perjuangan. Jika masih ada segelintiran manusia yang berusaha dengan cara apa sekali pun untuk melakukan apa yang sesuai untuk membetulkan keadaan yang tidak baik dalam parti saya UMNO ini, selagi itulah UMNO akan selamat dan tidak berkecai sampai hancur.
Jika saya digerakkan untuk melakukan apa yang saya lakukan pada hari ini saya rela menerima apa sahaja risiko yang bakal saya hadapi dihari muka. Lagi pun saya memang sudah tiada apa-apa kerana saya sudah hilang segala-galanya sehinggakan saya sudah tidak ada apa-apa yang akan hilang lagi, dan saya tidak pernah menyesal dengan keadaan ini.
Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Hasnul kerana rupa-rupanya ada insan yang ikhlas memberikan saya nasihat secara peribadi dan ingatan saudara itu akan saya kenang sehingga akhir hayat saya.
Apa yang berlaku disekeliling kita tidak semestinya perlakuan yang baik. Tuhan telah membuktikannya melalui apa yang telah diafa’alkannya. Cuba kita ingat kembali apa yang dihadapi oleh Nuh alaihissalam. Nabi Nuh telah menyeru manusia diseluruh dunia untuk menuju kearah kebenaran dan meninggalkan kebathilan.
Selama 800 tahun Nuh telah berkempen untuk kebaikkan tetapi seruan Nuh tidak diambil indah oleh semua umat manusia, kecuali seramai 81 orang sebagaimana yang digambarkan oleh setengah ulamak yang muktabar yang mengikuti jejak Nuh alaihissalam.
Malahan Nuh telah ditertawakan oleh semua orang dan memangil Nuh sebagai orang gila apabila Baginda membina bahtera ditengah padang pasir yang kering kontang. Semua umat semasa itu mengejek Nuh dan mempersendakan Baginda dengan kata-kata hina dan nesta. Tetapi Nuh tetap dengan tugasannya, terus membina bahtera ditengah padang pasir yang kering kontang itu.
Akhirnya kebesaran Tuhan telah dinyatakanNya secara terang-terang. Apabila air bah yang begitu besar tiba, maka hanya yang 81orang itu sahaja yang terselamat dengan kehendak Tuhan dan seluruh umat yang mengejek-ngejek Nuh itu hanyut ditenggelami oleh bah yang begitu besar termasuklah anak dan isteri baginda yang tidak menerima seruan Nuh untuk menuju kearah jalan yang benar dan diredgoi Tuhan.
Apa yang berlaku kepada Nuh ini merupakan iktibar yang besar dan kita wajar mengakui yang kumpulan yang besar itu tidak semestinya kumpulan yang benar. Demokrasi berkata, ‘majority rules’ itu jika dipandang dari sudut hakikatnya tidak semestinya betul. Yang betul hanyalah apa yang diafa’alkan oleh Tuhan Maha Pencipta itu.
Tentulah apa yang dikatakan oleh Nuh itu lebih benar dari apa yang dikatakan oleh pemimpin politik yang tidak tentu arah perjuangannya. Masing-masing mempunyai pandangan masing-masing. Hanya yang membezakan pandangan-pandangan ini ialah samada pandangan masing-masing itu didasarkan kepada keredhoan tuhan kita.
‘Tidak bergerak sezahrah pun tanpa gerak aku!’; itulah salah satu firmanNya. Jadi apa masalahnya untuk saya menerima sahaja apa yang digerakkanNya untuk saya lakukan dengan sebaik mungkin?
Tugasan masing-masing telah ditentukan oleh yang MAHA ESA. Saya menerima sahaja apa yang sepatutnya saya lakukan. Wallah hualam.
7 comments:
aku sayang umno dan sokong kerajaan bn tp kalau kjaan pr sgor by diskaun air setiap bulan sedangkan penyangak mcm rozali ishak syabas sapu duit rm400,000 setiap bulan, mcmana nak pertahankan umno. kalau masih tak berubah, umno/bn lingkup bro. pengundi skrg bukan yg mcm zaman dato moyang kita yg hanya sokong dan pangkah. anak aku pun dah soal macam2 sampai aku pun x boleh nak tipu mcm penyangak & penyamun yg busukkan nama baik umno.
waghih,
maso dr mahathir tulih the malay dilemma dulu pun, gamai yang tak setuju dan maghah, termasuk tunku. tapi lamo2 bondo tu jadi kenyataan jugak dan oghang yang maghah dulu dah mulo gigit lidah sendighi.
tak semestinya pendapat kita yang dianggap salah hari ini akan terus jadi salah suatu hari nanti, dan begitulah sebaliknya.
kito ni bukan jonih pengampu. apo pemimpin kato, kito sokong. sokong macam ni lah yang bawak gobah!
walaupun kito ni golongan kocik, kito ado hak sendighi dalam memperkatokan apo2 yang kito gaso boto dan salah.
macam ejaan lamo kito sebolom jadi baku. dulu kito ejo 'yunit' tapi dikatokan salah, diubah kepado 'unit'. masalah eh, bilo kito baco, kito tak sobut 'u-nit' tapi 'yu-nit'.
jadi, yang kepalo bosa tu tak semesti eh bijak... yang duduk di ateh tu bolom tontu buleh pakai!
maap lah yo!
if its of any value, i feel the same bro ! Digerakkan oleh naluri hati, belayar menentang arus. jika terlalu fikirkan apa pendapat orang, atau berapa hit yang kita dapat tarik pembaca, then we would be writing differently. Then again, that would betray our own self.
jadi terus jelah ... selagi termampu.
Macamana tuhan gerak gerakan Aspan?, boleh bagi tip mana tau jikalau bergerak gerak pulak, ini saya dalam keretapi balik rumah, gerak kanan gerak kiri, ok kah tu?
Salam Pak Aspan,
Jalan yo lah pak aspan, jalan ko dopan yo. Jangan diamek hati ek kato2 oghang yang monghalang jalan kito. Kito ni sayang kek dio sobab eh kito kritik dio.
Lopeh ni generasi mudo macam sei makin susah. Ujung taun ni lagi la raso boban bonar. Anak skolah, adik masuk kolej, roadtax keto, insurance keto, belanjo hari2 naik, belanjo minyak keto .. lagi2 kojo macam sei .. hari2 isi petrol. Makan bolom kiro laie tu. Bil letrik dongan air lagi. Semuo eh naik. Apo nak dikato. Memang BN tu Barang Naik.
Buek apo nak pertahankan kerajaan yang tak dapek pertahankan kesejahteraan rakyat. Tak usah dipikirkan laie, kami generasi mudo ni memang dah sebulat suaro nak pangkah selain BN.
Apo nak dipujuk laie, ekau yg buek hal, kami ni pengundi. Itu hak kami.
Asalam saudara aspan,,,,, betul apa yg di saran oleh sehabat tuan,,,memang berlaku dan akan terus berlaku, sememang dalam menegakkan perjuangan yg betul dan baik,,,rintangan yg cukup kuat di hadapi dari yg memang penyokong kuat umno dan kroni mereka??? Namun hakikat yg di cakap dan di bicara itu baik belaka , namun penerimaan mungkin berlainan,,, itu lah hakikat perjuangan yg baik, bukan lah mudah ???? Sekadar pandangan baik jugalah kalau saudara menulis dan berbicara tentang bangsa malaysia,,, bukan terlalu tertumpu dgn permasaalah umno,,,walaupun saudara saya kan umno??? Tanggung jAWAB tuan munngkin lebih di perlukan dalam kita mengupaskan keadah yg terbaik untuk menjadikan negara malaysia ini lebih baik dan berjalan dgn sempurna ,,,tidak memilih mana mana parti atau kerajaan yg telah di amanah rakyat nanti??? Umno adalah satu wadah yg telah mungkin banyak di bicara tuan untuk memulihkan keadaan dan perestasi umno,,, seharusnya saudara mampu dan berupaya mengupas dengan lebih dalam keadaan,,,sekira mungkin g13 ini akan membawa perubahan??? tidak mungkin umno akan lebih baik sebelum g13,,,tidak mungkin perubahan yg saudara saran selama ini,,,tidak mungkin menjadi topik diskusi mereka ??? Jadi mengharap perubahan dari kerajaan umno dan bn adalah sangat2 tipis??? Tidak dapat tidak perubahan akan di lakukan oleh rakyat,,,perubahan yg besar akan berlaku???? Dalam sesuana begini baiklah juga saudara , memberi buah fikiran yg bernas untuk di jadi kan sadaran dan perbincangan.... Tidak di nafikan masih ramai yg menyayangi umno,,,tapi dgn kapten dan kelasi yg ada kini tidak lansung memberi keyakinan kepada rakyat,,,baga i mana dapat meyakin rakyat,,, kalau muka yg telah di cam sebagai kuda2 tua dan para2 pak rasuah???...tq
Salam Saudara
Saudara seperti sesiapa yang 'alim (berilmu) adalah bertanggung jawab menerangkan dan membetulkan yang tersalah kepada mereka yang tak mengetahui atau yang terlupa.
Setelah memberitahu saudara sudah terlepas dari tanggung jawab. Tak usah risau. Biarlah mereka yang bodoh, yang degil, yang sombong dan melupa diri dsbnya meneruskan dengan kejahilan.
Selepas PRU 13, kerana mereka berhendak sangat dan bergiat sungguh dengan apa cara pun UMNO/BN dapat juga berkuasa lagi, bersama-samalah kita menunggu dan menerima bala-bala dari Allah SWT.
We would deserve the corrupt Government that got voted.
Post a Comment