29 December 2010

Jangan diperlekeh kuasa rakyat - nanti kecundang

Bagi setengah pihak rombakan kecil yang dilakukan oleh UMNO diperingkat perhubungannya memang mendapat sokongan dari banyak pihak. Mereka berpendapat mereka akan mudah untuk melalui pilihanraya umum ini dengan kejayaan yang lebih besar dari pilihanraya yang dulu. Rombakan ini juga akan memudahkan lagi rakyat membuat keputusan muktamad pihak mana yang mereka akan sokong.

TETAPI pihak yang bergembira yang saya maksudkan itu ialah pihak Pakatan Rakyat (PR) bukannya pihak kita. Penyokong-penyokong PR rata-rata memberikan sambutan hebat kepada rombakan yang dilakukan oleh UMNO kerana mereka telah mengetahui yang rombakan ini adalah rombakan yang sia-sia bagi UMNO.

Pemerhatian rakyat kepada UMNO dan BN masih tidak berubah kepada persepsi yang baik malah ramai dikalangan ahli-ahli UMNO hanya mendiamkan diri tanpa apa-apa respond kerana mereka kecewa dengan pengumuman yang dilakukan oleh Setiausaha Agung UMNO Malaysia baru-baru ini.

Kabarnya Shahidan Kasim telah menolak perlantikkan beliau sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan bagi negeri kecil itu dengan alasan yang beliau tidak boleh bekerjasama dengan pemimpin perhubungan yang lemah, iaitu Isa Sabu. Suara Shahidan itu merupakan suara dari seorang yang berani dan tegas dengan pandangan beliau.

Tetapi didalam UMNO tidak ramai yang berani memberikan pandangan secara terbuka kerana telah terbenam didalam benak ramai ahli UMNO hanya bercakap belakang sahaja. Didepan pemimpin mereka hanya pandai mengangguk seperti burung balam tetapi mereka akan melakukan berbagai-bagai tindakkan yang boleh menghancurkan parti didalam pilihanraya nanti.

Masalah bagi kita kegembiraan bagi pihak lawan. Dengan pengumuman yang hanya dilakukan oleh Setiausaha Agung ini menunjukan yang Presiden Parti menganggap tindakan merombak kecil diperingkat perhubungan ini hanyalah untuk melepaskan batuk ditangga sahaja. Jadi dari sudut hakikatnya UMNO dan pucuk pimpinannya sendiri adalah pihak yang memberikan dukungan kepada Pakatan Rakyat (PR) bukannya kerana kekuatan PR itu sendiri.

Oleh sebab itu jika kita menghadapi kekalahan tidaklah boleh kita salahkan pemimpin diperingkat bahagian dan cawangan; salahkanlah pucuk pimpinan sendiri. Itulah sebabnya saya tidak lupa untuk menegur pucuk pimpinan kita yang sudah terlalu jauh dari menterjemahkan perjuangan asal siasah mereka.

Kita selalu memberikan ugutan jika PR memerintah banyak agensi-agensi kerajaan akan dibinasakan oleh PR dan orang Melayu akan kehilangan segala-galanya.

TETAPI rakyat bertanya pula; siapa yang menjahanamkan agensi-agensi kerajaan dan GLC-GLC yang ada pada hari ini? Bukankah itu merupakan salah satu isu besar yang menyebabkan kehilangan keyakinan rakyat terhadap BN? Bukankah BN sendiri yang telah memperkudakan agensi-agensi dan GLC_GLC yang ada pada hari ini untuk kepentingan mereka yang tamak haloba itu?

Kita selalu menganggap orang lain akan berperangai seperti kita. Kita selalu berfikir orang lain juga akan melakukan apa yang kita lakukan. Apabila kita berperangai buruk, kita menganggap orang lain akan juga berperangai buruk.

Rakyat bukannya sebodoh itu. Rakyat sekarang mahu melihat kerajaan yang jujur dan transperan. Rakyat sekarang sudah faham bahawa negara ini mereka yang punya. Jika mereka merasa marah kerana ketidak sempurnaan pentadbiran negara mereka oleh mereka yang diberikan amanah itu mereka ada hak untuk mengganti dan menukarnya kepimpinan dan kerajaan.

Itu sebabnya saya sendiri ingin melihat pimpinan melakukan perkara yang baik dan ‘go back to basic’ kerana saya mempunyai sentiment yang tinggi terhadap UMNO yang sudah lama saya sertai. Itu sebab saya mengkritik dan membidas supaya kita tidak diambil alih oleh pihak yang lain. Tetapi jika itu kehendak rakyat maka tidak ada sesiapa yang boleh menahannya dari memberikan dukungan kepada pihakyang lain. Negara ini kepunyaaan rakyat. Kalau kita tidak berubah secara ‘total’ maka tidak salah lagi jika rakyat mengambil sikap membenci dan menolak kita dimasa depan.

Jangan mengonkong pemikiran rakyat yang sedang dalam pencarian. Kita mesti ingat jika kita sendiri sudah tidak betul bagaimana hendak menyuruh orang lain untuk membantu kita? Seperkara yang kita mesti ingat yang membuatkan rakyat sedang dalam pencarian ini disebabkan oleh kita sendiri.

Jadi adalah tidak adil jika kita membidas mereka yang dalam pencarian yang disebabkan oleh kelemahan kita. Kita yang menyebabkan mereka tercari-cari dan kebingungan kita pula yang membidas mereka….mana ada keadilannya? Rakyat adalah kuasa. Jika kita salah gunakan kuasa yang diberikan rakyat, mereka berhak untuk menariknya kembali.

Ini adalah hakikat. Jangan disoal-soal kuasa rakyat itu. Kesalahan banyak datang dari pihak kita.

9 comments:

Naza said...

Salam,

Tulisan Sdr menarik untuk dikupas. Memang benar terlalu banyak ugutan kepada rakyat jika PR memerintah. Tapi apa yang menariknya jika BN kekal? PR bercakap dengan fakta, BN cakap dengan auta. Cnthny: Mazlan Alimin sampai selak kain Felda, berusaha nak tahu apa ada kat dalam. Habis dikoreknya apa yang nampak. Tapi org BN, cakap sekadar dengar cakap. Bila PM kata.."" Wohooo.. tak dak apa, Felda bersih".. yang lain pun sambut. Tapi fakta tak ada pun.

Kalau tesis Phd, ramai org BN tak layak. Sebab malas mengaji. Malas nak buat kajian. Apa mungkin sebab fakta mereka sama macam fakta Mazlan?

Kalau ya pun, inilah namanya orang politik. Mesti pandai manipulasi fakta. Baru layak memerintah negara. Mana ada negara yang kuat kalau punya pemerintah @ pemimpin yang lurus bendul.

Itu belum timbul lagi cerita Felda IFFCO & Alana toke daging lembu. Cari-carilah fakta dari sekarang sebelum meletup.

Anonymous said...

UMNO members have become fat and lazy. They just need sit and wait, money will fall from the sky.

If Pakatan takes over, they will go hungry. Look at Penang, all the problems were because the avenues have dried up for UMNO members.

But, are the malays any worse off? No. Only the fat and lazy UMNO members who live on crutches.

Let us do ourselves and Malaysia a favour. As much as you may love UMNO, we need to change now. UMNO is not going to change until we change UMNO.

Together, let us change UMNO, let us vote PAKATAN.

Desa Mentari said...

Salam Tuan Aspan,

1Malaysia = Rakyat didahulukan.. betul ke???

Saya beli Waja RM 63,000 kerana menghargai kereta national.
Tapi,, hampanya saya bila tahu Waja dijual di Arab hanya RM 35,673 aje

Mana rakyat didahulukannya????

Ada sesiapa boleh bagi jawapan.?
mungkin dr Mahartir ke turun padang tak??

Anonymous said...

Sebenarnya, dari segi teknikalnya BN sudah kalah. Hanya menunggu waktu untuk diresmikan kekalahan itu je.

Sabarlah tuan-tuan dan puan-puan, takkan lari gunung dikejar.

wak ismail, Jenjarom

Anonymous said...

Tn. Hj Aspan,
Untuk Desa Mentari dan kawasan sekitarnya tu 'Rakyat didahulukan' tu memang digunapakai sekarang dalam hal kewangan sahaja. Tak percaya, gula naik pasal nak bagi rakyat didahulukan. Takrif elektrik disyorkan naik 2011 pasal nak bagi Rakyat guna alternatif lilin, Rakyat la didahulukan dan menteri dikemudiankan..Rakyat..He3..
Cadangan balas, PRU13 kita uat BEAN didahulukan alias diterajang keluar dahulu..He5..

Anonymous said...

PM & Menteri nya kata rakyat didahulukan tapi mereka tak akan miskin tapi bertambah tambah kaya bersama kroninya.

Rakyat macam tu la juga dirompak siang hari dan malam, terang dan sunyi.

Walau pun PM bagi cuti utk menghargai pasukan bola tidak bererti rakyat harus mengundi BN. Bersabarlah menunggu PRU 13 utk kita hanyutkan sampah BN ni.

Masbuq

d'enricher said...

Tuan,

Selagi mereka percaya yang rakyat itu bodoh, selagi itu lah mereka akan lakukan sesuka hati.

Kalau betul telahan mereka, PRU13, maka menanglah mereka, terus jadi ADUN,MP, Timbalan Menteri, TPM dan PM.

Kalau rakyat pandai, kita kena yakin, bahawa kita perlu memilih mereka yang berusaha mewakili rakyat untuk rakyat.

Yang salah, korup dan penyagak perlu diketepikan, baru lah ada peluang untuk terus kedepan.

Malaysia menang Piala AFF Suzuki, kerana apa? Mudahnya mereka 'score' lebih banyak gol, tapi janganlah ada yang seronok lebih-lebih, rosakkan anak-anak muda ni sampai lupa diri.

Selamat tahun Baru, yang pasti kita akan menghadapi zaman yang lebih mencabar lagi.

A.Alshukor

Anonymous said...

Topat bonar tu Pan..buleh ko tanyo malaun2 tu rakyat yg nak didahulukan tu maksud eh yg mano? Macai2 ko ?

Asam Pedas said...

Encik Aspan,

As we can see Malaysians are probably a little forgiving at the moment because Malaysia just won the AFF cup. And the government is leveraging on the success by declaring public holiday on Friday to win public support. Unfortunately the GE is not next week or next month.

Soon the public will come back to reality especially with parent that are sending back their children to schools with new school uniforms, books to buy and fees to pay. Just for info, MARA just raise monthly MRSM fees 100% from RM30. Maybe RM 60 is not much to some, but has MARA forgotten the principle of its existence. Also heard sponsorship students in UK has their monthly allowance cut by their sponsor.

Whether the public can be confident that the country is really going into positive transformation is yet to be seen.

Selamat Tahun Baru