28 December 2010

Jangan marah-marah dulu! - UMNO tidak akan berubah

Rombakkan yang dilakukan oleh UMNO bagi Perhubungan Negeri-Negeri diumumkan semalam. Rombakkan ini telah ditunggu dengan sabar oleh ramai ahli-ahli UMNO dan semalam saat yang ditunggu-tunggu itu sampai. Rupa-rupanya tidak ada rombakkan pun. Yang ada hanyalah ibarat menganjak dan mengalih anak-anak pokok jantan yang tidak mungkin menghasilkan buah. Pokok jantan selalunya memang rimbun daunnya tetapi tidak berbuah dan tidak berhasil.

Negeri Kedah merupakan Negeri yang sangat penting untuk UMNO membariskan pemimpin yang berimej baik dan diterima oleh rakyat Kedah sebagai barisan yang akan mengambil alih tempat Dato Seri Azizan dan kerajaan tajaan PAS disana. Jika barisan yang diumumkan itu merupakan dari kumpulan yang ditolak rakyat dahulu, berikanlah dalil-dalil bagaimana meraka hendak merampas kembali kuasa melalui pilihanraya umum nanti. Nampaknya macam jauh panggang dari api, atau bermimpi disiang hari sahaja.

Mereka pernah berkuasa tetapi oleh kerana kelemahan meraka jugalah mereka ditolak. Jika mereka telah ditolak bagaimana pula mereka hendak melakukan usaha untuk kembali diterima rakyat? Bashah merupakan seorang pemimpin yang menjadi isu diKedah, tetapi pucuk pimpinan masih memilih Bashah juga sebagai peneraju untuk mengambil alih kerajaan negeri Kedah dari PAS. Kawan saya dari Kedah memberi tahu saya, "habislah bro! habis!"

Begitu jugalah diPulau Pinang dan negeri-negeri lain yang nampaknya tidak ada perubahannya. Perubahan hanya diperingkat Timbalan Pengerusi tetapi mereka ini adalah dari kumpulan yang sama dengan imej yang sama dan karaktor yang sama. Jadi dimanakah yang dikatakan perubahan itu? Jika kita hanya menukar baju tetapi masih lagi dengan tubuh yang sama, bagaimana hendak mengatakan sudah ada perubahan diperingkat perhubungan?

DiTerengganu, rata-rata rakyat disana mengatakan yang penukaran Pengerusi Perhubungan dengan mengambil dan memilih Ahmad Said sebagai usaha untuk mempersiapkan BN disana untuk mengekalkan pilihan rakyat diTerengganu dalam pilihanraya yang akan datang tidak akan membuahkan apa-apa. Katalah apa yang tuan-tuan hendak dikatakan; dengan barisan kepimpinan yang baru yang diumumkan semalam Terengganu memang sudah hampir pasti menghadapi kekalahan.

Memang tidak sedap mendengar pandangan saya ini, tetapi dimana dia kebenaran untuk menafikan pandangan saya ini? DiPahang Adnan Yaakop adalah pemimpin yang telah melepaskan dua kerusi Parlimen diPahang dan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri. Tetapi beliau masih dikekalkan sedangkan ramai dibawah ini mengharapkan perubahan disana…tetapi tidak juga berubah.

DiPerak Zambri Kadir mengahadapi masalah dokongan dari Bahagian-Bahagian dinegeri tersebut, tetapi beliau tetap menjadi peneraju untuk mengekalkan kerajaan yang dirampas secara tidak demokratik itu. DiSelangor UMNO sedang mencari dan membelek-belek kesalahan kerajaan PR. Yang kecil diperbesarkan tetapi tidak pula berdaya membuktikan kepada rakyat yang dinegeri itu tidak ada berlaku rasuah mega semasa pimpinan BN dahulu.

Betullah Presiden Parti menjadi Pengerusinya tetapi Presiden parti sendiri menjadi bahan umpatan dimana-mana dan beliau tidak dapat hendak melenyapkan pandangan serong rakyat terhadap beliau. Jika ada yang bertaruh yang PR akan kekal berkuasa diSelangor banyak yang mengatakan mereka akan menang pertaruhan itu.

DiNegeri Sembilan PR hanya memerlukan 6 kerusi sahaja lagi untuk berkuasa, tetapi UMNO NS tidak ada perubahan langsung. Dalam pada itu rata-rata mengatakan yang DUN Pilah, Johol dan Juasseh diKuala Pilah akan jatuh jika pimpinan negeri masih tidak berubah. Nun diJelebu dikatakan ramai DUN Chennah akan gugur. Di Jempul katanya, Jeram Padang akan jatuh ketangan PR jika PR meletakkan calun Melayu disana.

Perpecahan yang dicetuskan oleh pimpinan negeri diJempul akan menambah ketenatan BN diJempul. Bagaimana dibahagian-bahagian yang lain? Jika NS tumpas maka tidak ralat lagilah rakyat untuk meletakkan kesalahan kepada pucuk pimpinan kerana tidak mempunyai kekuatan untuk mencari ganti yang ‘viable’ bagi NS.

Hanya Melaka sahaja yang dikatakan akan mengekalkan semua kerusi BN yang dimenanginya dalam pilihanraya umum yang lalu. Tidak keterlaluan jika ada mereka yang memberikan pandangan yang Johor akan kehilangan beberpa kerusi Parlimen kepada PR. Jika Johor yang dikatakan sebagai kubu UMNO dapat ditembusi PR maka jika panjang umur kita semua, kita akan melihat kejatuhan pihak kita dimana-mana diseluruh negara.

Tentu ramai yang membenci saya dengan pandangan saya ini, tetapi apakan daya, saya tidak mampu untuk membohongi diri saya sendiri. Dulu blog ini pernah membuat telahan yang PR akan memenangi 75 kerusi Parlimen diSemenanjung ini. Ramailah yang menghentam saya dan menuduh diri saya sebagai pengkhianat kerana mereka tidak mendapat pandangan yang mereka ingin mendengarnya dari saya. Tetapi apabila keputusan disiarkan secara terus menerus, terbukti sebanyak 81 kerusi Parlimen diSemenanjung dan 1 kerusi diSarawak telah tumpas ditangan PR. Kerusi yang jatuh melebihi dari apa yang blog ini ramalkan.

Kali ini saya akan memberikan imbasan mengikut kajian saya yang serba tidak sempurna ini; BN keseluruhannya akan memenangi tidak lebih dari 100 kerusi diseluruh negara. Itu pandangan saya dan saya tidak berhajat untuk membawa sesiapa untuk mempercayainya.

Sekarang barulah ramai yang bertanya kenapa UMNO tidak mampu mencari pemimpin yang dihormati ramai untuk memimpin perhubungan negeri-negeri? Jawapannya ialah; kita tidak melakukan perubahan serta mengenepikan pemimpin yang tidak senonoh semasa budaya itu belum merebak. Sepatutnya dari dulu lagi pucuk pimpian mesti mengenepikan seorang demi seorang jika mereka melakukan kesalahan.

Sepatutnya dahulu lagi pucuk pimpinan patut membuang pemimpin ibarat makan tebu; busuk seruas dibuang seruas. Tetapi dibiarkan keseluruhan batang tebu itu busuk, maka nak mencari ruas yang boleh dimakan sudah tidak ada lagi. Nak dibuang pula sebatang tebu tidak ada pula yang akan memimpin. Maka UMNO kini terpaksa menggunakan juga ruas-ruas tebu yang busuk itu. Bak kata anak-anak muda sekarang, ‘nasib lu lah brader’.

Itu sebabnya saya tidak segan dan silu menyalahkan kepimpinan 3 dekad dahulu. Beliau tidak mula membuang ruas-ruas tebu yang busuk itu secara beransur-ansur. Kerana apa? Sebab nak mendapatkan sokongan untuk berkuasa dengan lama. Hasilnya apa? Kita semua menjadi mangsa. Bila dah hilang keyakinan rakyat salahkan semua orang lain. Beliau tetap tidak bersalah. Seorang pemimpin UMNO memberitahu saya petang semalam, "UMNO sudah hilang hidayah sebenarnya, hanya Tuhan mampu menyelamatkannya".

Sama-samalah kita lihat nanti. Doakan supaya pandangan saya ini salah. Jika pandangan saya ini salah saya sendiri akan mengadakan kenduri kesyukuran yang kecil mengikut kemampuan saya. Jika saya tidak mampu hendak mengadakan kenduri, insyaallah saya akan menghantar sesikat dua pisang dimana-mana masjid dalam keriah saya.

Jangan kutuk saya dulu. Tengok keputusannya dahulu sebelum mengkritik saya. Kalau nak mengata saya juga, suka hati ‘hang’lah.

15 comments:

iszad said...

Tuan,

Saya dah lama mengikuti blog tuan dan saya percaya telahan ini menjadi benar. Mungkin BN perlu kalah dahulu mcam Parti Kuomintang Taiwan (betul2 kalah dan tak mampu menang majoriti parlimen) baru betul2 insaf.

Harap tuan dapat memberi analisis di Sarawak jgk sebab ramai yg menjangkakan negeri itu jatuh (walaupun bukan UMNO).

Naza said...

Jangan kata sekilas ikan di air dah tahu jantan betina, kocak air saja dah tahu ikan apa.. itulah ibaratnya hasil penyusunan semula UMNO negeri seperti yang diumumkan. Saya selaku pengundi Kedah, seram sejuk satu badan. Nak muntah tak keluar, nak telan dah loya. Sebenarnya apa yang ada dalam kepala pucuk pimpinan atau masing-masing ada rantaian. Hang buang aku, aku tarik hang... hang tak pilih aku, aku tolak hang... macam tu kot..

Anonymous said...

Memang betullah UMNO ni angkuh di luar dan angkuh di dalam.Suara luar disangkal dan suara dalam yg bernas pun tidak diperdulikan.Saya rasa UMNO ni dah rusak hingga ke lubuk kalbu.Resepi untuk jatuh sudah diedarkan betul saya setuju dengan analisa Tuan.

Desa Mentari said...

Salam Tuan Aspan,

Warisan dr.Mahathir... apa nak dikato...

Mat Isa jadi pengerusi Felda apa hal lak.. kelakar la.

azman said...

tuan aspan, membaca analisa tuan ibarat membaca akhbar israel Haaretz, menulis kebenaran walaupun pahit terhadap kelompok yg di dukungnya. Kritis itu adalah kesukaan jiwa muda seperti saya. teruskan usaha tuan...

Anonymous said...

Tuan, saya berharap benar telahan Tuan menjadi kenyataan. Kami rakyat biasa dah tak tahan lagi hidup dibawah kerajaan BN/umno ni. lagi cepat dia orang bungkus lagi bagus, sebabnya supaya tidak lagi berlaku pembaziran dan dana yang di kumpul boleh di salurkan kepada rakyat terutamanya subsidi dan ingin melihat negara ini lebih maju seperti negara dunia pertama dalam semua bidang. Negara ini negara kaya kenapa kami hidup miskin? Sebabnya tiada peluang untuk rakyat terlibat dalam aktiviti perniagaan dalam kerajaan dan luar kerajaan sebab pemimpin2 BN semuanya pekak badak dan dunggu.

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan,

Sungguh anti-klimaks.Setelah menunggu dengan penuh harapan untuk melihat satu rombakan dan perubahan yg radikal dan betul-betul bermakna yg akan memberi impak dan kesan yg besar dan menyeluroh kepada seluroh kepimpinana UMNO diperingkat negeri khususnya dan diseluroh negara amnya,kita hanya dihidangkan dengan satu perubahan yg terlalu kecil, yg mana mengikut tafsiran saudara, ianya,"... tidak ada rombakanpun".

Barangkali oleh kerana rombakan itu terlalu kecil dan tidak ada signifikannya maka pengumumannya tidak dibuat oleh PM Najib sendiri tetapi sebaleknya dibuat oleh SUA UMNO sahaja.

Saya hanya mampu sekadar meluahkan rasa hampa dan amat kecewa dengan apa yg berlaku itu.Hampa kerana 'perubahan' itu dijangka tidak membantu secara menyeluroh untuk UMNO/BN mencapai kemenangan dalam PRU nanti.Kecewa kerana'perubahan'itu tidak menampakkan kebijakasanaan,keazaman,keberanian dan kurangnya"political will" PM Najib untuk membuat perubahan.Padahal beliau telah bertegas,"Kita misti berubah jika tidak,kita akan diubah".Nampaknya cakap PM Najib tidak selari dengan perbuatannya.

Askar Tua

syedhs said...

Puak2 BN ni kata nak berubah sebab dilihatnya macam bahaya sangat kalah dalam pilihan raya. Tapi bila nampak sekilasnya macam boleh menang jek (ialah approval rating yang konon2 tinggi, 1malaysia yang konon2nya makin diterima ramai), mulalah kembali pada perangai buruk.

Isa Samad jadi pengerusi Felda. Nampak sangat jawatan2 pengerusi big2 company dijadikan *cash cow* untuk kroni2 BN. Apa yang Isa Samad boleh sumbang? Sama sahaja dengan yang digantikan - Yusof Nor.

rashah said...

Abang Aspan, Abg sememangnya orang lama kerana abg berani membuat telahan dan pandangan secara terbuka.

tetapi masaalahnya sekarang penyokong UMNI ni suka kepada mereka yang boleh memberikan apa yang mereka suka mendengarnya. Saya akan simpan semua tulisan abang untuk menjadi rujukkan apabila terbukti apa yang abang sebutkan itu.

You are a real UMNO man.

Anonymous said...

tulisan tuan memang relevan...malang sungguh2 nasib rakyat malaysia.pemerintah sekarang tak leh di harap.....pelantak wang rakyat.parti alternatif tak juga boleh dipercayai....cuma parti bulan boleh dicuba dengan dasar2 islamnya.amacam beb?

Pewaris said...

Dia menempah suatu kekalahan dengan keputusan dan tindakan ini. Bersedialah.

Anonymous said...

Tn Hj Aspan,
Wow bestnya Tok Isa dapat jaga FELDA, gudang dwet plak tu. Tok Non (Zainal) naik timbalan jaga Pg, abis la kerusi AMENO yang baki tu. Tok Basah habis lencun la kedah la nie.Tok Mat Said di Ganu kite dengan ucapan 'kite tengok penyu telor, penyu tengok telor kite. Barang recycle sekarang bertambah laku..Rakyat..He3..

Anonymous said...

pada pengamatan saya, Tuan menulis sebenarnya untuk kebaikan UMNO tetapi sejauh mana mereka boleh terimapakai....saya tengok dah tak ada tokoh dah dalam pembarisan umno yang berkerisma untuk dijadikan tempat rakyat berpaut hati untuk berpayung dan berlindung...

Anonymous said...

Salam....saya pun bersetuju dengan pendapat tuan...UMNO sudah lari daripada tujuan asalnya..walaupun pemimpin itu sudah mempunyai rekod yang tidak elok masih juga dijadikan calon untuk mewakili UMNO...
Tidak mustahil kalau UMNO kecundang di pilihanraya ke 13 nie..kami pun di negeri di bawah bayu berharap adanya perubahan daripada pemerintah Sabah untuk menangani masalah pendatang yang terlalu ramai...

Anonymous said...

Assalamualaikum.w.w
Pandangan saya :-
Tiada yang hidup, tiada yang mengetahui, tiada yang mendengar, tiada yang melihat, tiada yang terbuka hati KECUALI DENGAN HAK DARI ALLAH.
Setiap perbuatan ada balasan. Kalau baik maka baiklah balasannya. Kalau buruk, maka rosaklah diri dan keturunannya sehingga ancaman ke neraka selama-lamanya.Lihatlah anak keturunan pemerintah yang rosak hari ini. Nau'zubillah....!
Manusia sering alpa seolah-olah ingin menongkat langit disebab 3"ta"- harta tahta, wanita. Sistem laknat Yahudi dan Nasrani telah mendominasi kehidupan manusia. Surah Tahrim Ayat 6 mengingatkan kita supaya menjaga diri dan ahli keluarga dari penyesatan ini yang akan menjerumus manusia ke jurang api neraka.
Manusia tetap alpa kerana pengaruh pemerintah yang jahil agama, riya(bangga), bongkak(bongkak), zalim dan yang paling hina sekali kata-kata(janji/amalan)dusta. Ini gejala...!
Allah menilai pemerintah setiap 50 tahun. Sekiranya baik pemerintah tersebut akan ditambah lagi tempoh pemerintahnya dan jika tidak, maka akan digantikan dengan pemerintah baru yang lebih adil. Baik itu di dalam ertikata menurut peraturan yang ditetapkan Allah di sudut perbuatan(amalan).
Maknanya mesti ada ilmu yang berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Allah memberi kelonggaran dan menetapkan manusia berfikir dan bertindak menurut jalannya. Balasan dan timbal balasnya, hanya Allah yang tentukan.

Di atas merupakan kriteria menilai pemerintah samada UMNO atau Pakatan Rakyat. Fikir-fikirkanlah.......!

Alhamdulillah jazakallhu khairoh. Wassalm.