04 December 2010

Jangan takut pada parti lawan - Takutlah pada diri kita sendiri

Harga gula dan petrol naik lagi. Selepas ini entah apa yang naik masih belum kita ketahui. Tetapi naik tetap naik dan tidak mungkin harga barang keperluan akan turun. Kenaikkan harga barang dua item ini diluluskan oleh kerajaan kerana kerajaan hendak mengurangkan segala bentuk subsidi kepada rakyat.

Pemimpin kita kata harga dua barangan ini masih jauh rendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Tetapi pemimpin kita tidak pula mengatakan yang pendapatan rakyat kita juga rendah jika dibandingkan dengan negara lain.

Kalau kita membahaskan isu ini kita akan dituduh tidak menyokong kerajaan oleh pemimpin kita serta penyokong yang membabi buta yang giat menghentam pengkritik perlaksanaan dasar kerajaan seperti saya ini.

Model Ekonomi Baru (MEB) dikatakan menpunyai matlamat yang ‘ultimate’; iaitu untuk menjadikan negara ini negara yang berpendapatan tinggi menjelangnya tahun 2020. Walaupun pendapatan yang diidamkan itu belum lagi berhasil tetapi harga barangan seperti bahan bakar dan gula serta banyak lagi barangan keperluan telah naik.

Selalunya pendapatan rakyat yang tinggi akan menghasilkan kenaikkan harga barangan. Tetapi kita menghadapi ‘consequence’ yang terbalik; harga barang keperluan sedang melambung naik justru menambah kos kehidupan yang mahal sewaktu rakyat belum pun berhasil untuk meraih pendapatan yang tinggi itu. Rupa-rupanya barulah kita tahu; harga naik dahulu sebelum pendapatan dijangkakan naik itu.

Alasannya rakyat hendak dibiasakan dengan hidup tanpa subsidi. Niat itu pun baik. Tetapi sedar atau tidak, kita telah memberi subsidi kepada segelintiran rakyat yang berada didalam kategori ‘the rich and the famous’ melalui anugerah projek-projek yang besar dan bersifat ‘monopoly’ masih menjadi amalan kerajaan dan agensi-agensinya hingga kehari ini.

Tidak payahlah disenaraikan apakah projek-projek itu kerana itu sudah diketahui umum dan dalam kerangka waktu dan ruang yang sempit ini elok kita anggapkan yang semua orang sudah maklum dengan apa yang saya katakan ini. Saya yakin orang ramai yang ‘literate’ boleh memahami apa yang saya maksudkan ini dengan mudah.

Ramai rakan-rakan yang memberi komen terhadap tindakkan Najib yang tidak sabar menarik balik semua bentuk subsidi ini. Ramai menganggap tindakkan beliau adalah tindakkan berani dan mengambil tindakkan cepat untuk menarik balik subsidi-subsidi ini tetapi mereka juga merasakan kekesalan kerana rakyat jugalah yang terpaksa bersabar untuk menunggu program dan tindakkan kerajaan untuk menunggu kedatangan kenaikkan pendapatan yang belum lagi tentu berjaya dilaksanakan.

Kalau diimbau sejarah setiap pemimpin utama sebelum ini mengumumkan banyak program seperti yang dilakukan oleh Najib, tetapi sehingga hari ini rakyat tetap hidup ditakuk lama. Tetapi apakan daya rakyat dinegara ini adalah rakyat yang sanggup menerima apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan kerana mempunyai sikap ‘the government is always right’ walaupun mereka menghadapi kesulitan walaun pun bermacam-macam janji tidak sempurna dilaksanakan.

Rakyat bukannya tidak sedar yang sebahagian rakyat kelas menengah yang diwujudkan oleh DEB dahulu hampir hilang kewujuddan mereka tetapi pengaruh politik yang terlalu ‘patronising’ dinegara ini telah meletakkan segelintir ‘super bumi’ yang dilahirkan oleh kepimpinan kita sejak hampir 3 dekad yang lalu hidup dan terus hidup ‘on the expense’ rakyat dan peniaga yang ramai.

Rakyat juga bukan tidak sedar yang orang Melayu sangat susah untuk bersaing dalam bidang perniagaan. Bumiputra selain dari terpaksa bersaing dengan bangsa lain yang sudah hidup dalam budaya perniagaan, mereka (Bumiputra) terpaksa bersaing dengan semua agensi-agensi kerajaan dan GLCs yang telah diberikan kemudahan istimewa dari pemerintah.

Najib telah membuat janji yang menggunung dan rakyat kali ini mahu melihat perlaksanaannya pula. Sebelum ini pun Dr Mahathir dan Abdullah Badawi telah mengumumkan perancangan yang bermacam-macam tetapi apabila sampai kepada perlaksanaannya semuanya telah menghadapi kegagalan.

Kegagalan semuanya itu disebabkan oleh beberapa sebab dan penyebab utamanya tidak lain dan tidak bukan adalah sisebabkan terlalu banyak unsur-unsur rasuah dan salah gunakuasa yang dilakukan oleh penggubal-penggubal dasar itu sendiri atau pun oleh pihak pelaksana iaitu pegawai-pegawai perkhidmatan awam negara.

Selagi masih ada penggubal dasar dan pelaksana yang rasuah selagi itulah segala perancangan sebaik mana pun tidak akan menemui kejayaannya. Kali ini rakyat sedang menunggu dengan pemerhatian yang teliti. Parti pemerintah tidak boleh mengharapkan pergolakkan dalam PKR itu akan membawa kemenangan kepada UMNO/BN. Perasaan prejudis rakyat terhadap parti pemerintah lebih kuat dari pergolakkan yang berlaku didalam PKR. Kita terima hakikat ini sejujur-jujurnya.

Kita didalam UMNO tidak perlu takutkan kepada PR. Yang perlu kita takutkan ialah samada kita mampu membawa persepsi positif dari rakyat yang sedang memerhatikan samada kita sanggup melakukan kebaikkan atau tidak.

Bak kata saya dalam posting saya yang lalu pilihanraya yang ke13 ini nanti akan menjadi penentu kepada nasib UMNO dan BN pada masa-masa yang akan datang. That’s it.

10 comments:

mahaza said...

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein hari ini membayangkan harga minyak RON95 tidak akan dinaikkan sehingga satu tempoh tertentu supaya rakyat berasa selesa dengan harga semasa. DARI BERITA 12 NOVEMBER 2010.
Rupanya tempoh selesa rakyat dah tamat dah.....

Anonymous said...

Saudara Aspan! Allah telah berfirman di dalam kitab Al Qurannya yang agung itu, "Segala Kerosakan dan kemusnahan di dunia ini adalah di sebabkan oleh dari perbuatan tangan-tangan mereka sendiri". Jadi ingat kalau melayu masih nakkan "ketuanan melayu" yang palsu tu, inilah akibatnya. Kalau tangan-tangan mereka masih nak undi umno/BN sedialah hadapi kerosakan dan malapetaka itu. Betul kata saudara jangan salahkan PKR atau lain-lain parti. Sebab ketuanan yang penipu tulah, mereka masih meroyan nak pangkah parti umno yang sebenarnya nak jadikan mereka terus menerus menjadi bangsa yang pariah!

melbstruc said...

Thats a pretty noble piece of writing, keep up the good work!

kamen rider black~ said...

Jangan takut pada sesiapa..tapi takutlah pada Dia yang Maha Bekuasa, yang meciptakan kita dari segumpal tanah...
Dari Dia kita datang dan kepada Nya lah kita akan kembali...

Mustaqim said...

Memang tak boleh diharapkan PM kita ini utk kesejahteraan rakyat terutama org Melayu. Apa tidaknya MEB ini zero agenda org Melayu cuma utk seluruh org Malaysia dan "very academic" - "good in papers only". Jadi jelas hak kita dinafikan. Biasiswa ke Univ sudah dikongsi dgn org lain?

Nak buat lah lagi Tuan Aspan? Harga brg2 akan naik terus. Kalau minyak mentah bulan Jan 2009 turun USD36 per barrel, minyak petrol kita tak turun pun. Semua penjilat PM spt budak Kelabit, Idris Jala, penyamun gelap Nor M Yakcub dan ahli akedemik jurusan ekonomi (tak pernah "practice") A Husni M Nanadzlah tak akan sama dgn pemikiran Tun Det. 10% pun masuk!

Tun Det berani pinjam duit utk kesejahteraan rakyat terutama org Melayu. Mungkin ramai 'argue' utk kroni dia ttp tempias tu ada ke masyarakat marhaen juga kan?

Kalau PM kita memang 'play safe guy' secara politik dan pribadi dia tak akan 'gamble' takut2 'back-fired' Jadi buat apa nak pinjam takut KPI jatuh. Yg sengsara org Melayu nantinya. Kita akan jadi sama dgn Indonesia - org Cina yg 1.5% boleh kuasai ekonomi Indonesia dan sekarang cuba mengatur politik pula. Akan ada org bersuara org Indonesia pemalas sebab itu tak berjaya? Ini pemikiran 'neocolonialism' yg sengaja menjatuhkan kewibawaan golongan marhaen. Sama seperti PM kita hari ini menaikan Dato' Wee Yiaw Hin sebagai President of Exploration & Production Petronas. Beliau kelulusan Civil Eng. (bukan Petroleum) dilantik menjadi tonggak explorasi & pengeluaran minyak negara! Dia budak Shell marketing saja sezaman Tunku Mahalel malah Tunku Mahalel lebih bijak rasa saya! Saya syorkan ganti semua top executive Petronas dgn orang puteh lagi bagus kot? Macamlah org Melayu tak ada pengalaman dan kepandaian?

Sebagai org Islam & Melayu kita harus berpegang kepada Al-Quran Surah Al-Baqorah ayat 120; "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu)."

PM kita rasanya dgn memberi semua hak kita kpd org bukan Melayu, BN akan dapat undi dari org Cina and India. Begitu sempit otak PM kita lebih kurang sama dgn Pak Lah al Bodowi. Percayalah yg memenangkan BN dan UMNO dan PKR dan PAS adalah org Melayu sendiri. Tolong lihat matematik pilihanraya sebenarnya. Org Cina (majoriti) dari zaman Tunku Abd Rahman lagi tidak bersama kita!

PM kita tengah syok sendiri setelah menang di Galas dan Batu Sapi lupa rakyat terutama org Melayu ingin bersatu menguatkan kedudukan politik tanahair. Jelas PM kita ini dayus jatidiri.

Jadi MEB ini seharusnya ditolak oleh org Melayu........

Bukan Rakyat didahulukan ttp Org Melayu dikorbankan oleh PM Najib Al Dayus ini..........untuk Pencapaian Pribadi diutamakan.........

Anonymous said...

En. Mustaqim, kenapa segala kegagalan orang melayu puncanya orang cina & India? Rasuah itu rasuah, apakah penting siapa yg terima & siapa yg beri? Jikalau org melayu tidak boleh dikritik, bagaimana bangsa Mu dapat maju? Saya memang tak faham kenapa pemikiran anda sedemikian, apakah cina & India lah yg menjatuhkan orang orang melayu? Saya sebagai anak Malaysia cuma Berharap Kita dpt hidup Aman, damai Dan maju. Maafkan pendapat saya yg tulus.

Mustaqim said...

Saudara yg tak bernama,

Saya tidak menyalahkan kegagalan org Melayu disebabkan oleh org Cina & India tetapi saya menjelaskan ianya berpunca dari kelemahan org Melayu memilih pemimpin mereka.

Org bukan Melayu memang pandai mengambil kesempatan dlm apa bentuk pun, saudara lihat sendiri siapakah yg memberi rasuah? Jelas yg mempunyai 'disposable funds' masakan kalau cukup-cukup utk hidup dia boleh memberi rasuah? Jadi yg kaya (org Cina - majoriti) akan bertambah kayaraya? Tidaklah mereka terfikir kalau mereka kayaraya ke mana lagi mereka harus 'trade' kalau pembelinya tiada lagi kuasa membeli? Bukan org Melayu tidak boleh terima kritikan tetapi kalau hak kami dinafikan apatah lagi oleh pemimpin Melayunya sendiri! Parahlah negara ini.

Saudara lihatlah sendiri di dalam dunia mana pun, org Jepun di Jepun yg menguasai ekonomi & politik, sama di China, Korea, Inggeris di UK, Perancis di France, Belanda di Netherlands, Arab di dunia Arab dll. Cuma bezanya di Malaysia, Indonesia, Thailand, Laos majoritinya org Cina menguasai ekonomi? Kerana apa? semuanya salah pimpinan org Pribumi masing-masing. Samaada rosak pemikiran, penerima rasuah, lupa daratan dan seterusnya.

Itulah yg saya sebutkan. Saya dari kecil mempunyai ramai teman Cina dan India serta sehingga hari ini masih berteman sehinggakan kenduri kawin anak-anak mereka saya sekeluarga menziarah-ziarahi. Ya kita tinggal di negara secara aman-damai tetapi jikalau ekonomi kita tidak diurus secara adil akan hancur segala pembangunan yg kita bina selama ini.

Fikirkanlah saudara.

Anonymous said...

Tuan Mustaqim(orang melayu seronok kita address pangilan Tuan.. ketuanan Melayu),
Dah budaya dan pemikiran Melayu marhaen yang suka cium tangan pemimpin tetap berpuas hati dapat tempias 0.001% dari melayu kroni nak bersungut apa lagi?. najib dan rosmah buat projek pun nanti adalah juga tempiasnya bagi melayu yang menyokong 'One malaysia".melayu yang berTUHANkan Mahathir melopong lah.Ekonomi negara SEA di dominasi oleh bukan dari golongan pribumi berbanding negara maju jelas membuktikan rakyat marhaen tempatan buta hati dan berTUHANkan pemimpin dari golongan sendiri bukan bersasaskan keupayaan.Salahkan pemimpin buat apa.. siapa yang pilih pemimpin sedia ada.. Tuhan ke? Nabi ke? Agung ke? Mustaqim..Mustaqim.. esok lusa mati.. adakah soalan yang harus di jawab.. siapakah pemimipin MELAYU yang kamu undi?.. jawablah Mahathir..
Ia pun kalau nak gunakan potongan surah untuk berhujah biarlah faham huraian sepenuh .. bukan ambik sepotong dan menjaja tanpa mendalami potongan ayat tersebut.

aku pun melayu

Anonymous said...

En Mustaqim, orang yang pandai mengambil kesempatan datang dalam pelbagai bentuk Dan rupa...Kalau anda berasa salah Kaum bukan melayu yg merasuah, apakah dosa itu kurang untuk yg menerima? Tak habis didebat nak kata mana yg lebih dosanya ..kerajaan tidak boleh rasuah, habis cerita. Saya yakin anda mungkin ada ramai kawan kawan bukan melayu.. Itu tidak membuktikan apa apa ataupun mengubah apa apa. Ekonomi diurus dgn adil? Adil macam sekarang? Kroni dapat kerja bagi cina. Cina dpt buat kerja. Wang rakyat 1billion, siap projek harga 1million. Kenapa? Habis dimakan semua. Cina india melayu, semua yg terlibat dan yg bermanfaat? Apa pulak macam saya Dan awak yg tak dapat?

Anonymous said...

bila harga barang spt gula dan petrol naik.. keluarga kami yang hidup di kampung amat terasa.. dulu kalau RM5.00 melimpah tangki motor kapcai.. kalau ada kebun getah dan sawit okeylah tapi mcmana mak bapak yang tiada kebun? mana janji Rakyat Didahulukan? maka rupa-rupanya Pencapaian untuk kuasa politik dan saku pemimpin lebih diutamakan. Tak sabar pulak nak tunggu praya umum nih.