Hari ini saya ingin menyambung apa yang saya tulis sebelum ini dan saya rasa ianya tidak akan begitu panjang, Hanya ingin menjawab persoalan yang ditanya oleh kenalan dan ahli-ahli politik yang agak serius tetapi tidak memahami apa sebenarnya yang berlaku. Tetapi jika seseorang itu faham masalah tetapi tidak terfikir cara dan kaedah penyelesaiannya.
Inilah yang paling menyedihkan kerana penyelesaiannya itu ada tetapi tidak siapa pun mahu mengambil jalan itu kerana ianya memerlukan pengorbanan dari pimpinan yang ada pada hari ini. Sebenarnya masalah yang timbul asalnya adalah dari keyakinan rakyat terhadap pimpinan itu sendiri.
Tetapi jika pimpinan itu sendiri yang ingin melakukan perubahan itu maka ianya tidak akan dapat diterima kerana mereka sudah terlalu biasa dengan kuasa dan budaya kepimpinan yang mereka lalui itu. Pimpinan yang selama ini tidak meyakinkan jika berbuat sesuatu perancangan, bagaimana baik pun tidak akan lagi diterima rakyat ramai.
Itulah sebabnya krisis kepimpinan merupakan penyebab utama kenapa parti-parti pemerintah dimana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi akan tersungkur didepan mata rakyat yang mereka pimpin selama ini. Itulah sebenarnya masalah yang dihadapi oleh UMNO dan kebanyakkan parti-parti komponen didalam BN; baik MCA, GERAKKAN, UMNO , MIC dan lain-lain parti diTimur Malaysia yang menganggotai BN itu.
BN ibarat seorang tua yang sedang sakit. Seseorang tua yang sakit selalunya memerlukan pujian untuk memberikan keyakinan semangat untuk sembuh, tetapi orang yang melihat sipesakit itu boleh menjangkakan samada sipesakit itu mampu untuk sembuh atau sebaliknya bergantung kepada jenis penyakit yang dihinggapinya.
kebanyakkan pemimpin-pemimpin parti yang besar didalam BN sedang dihimpit oleh krisis keyakinan oleh ahli mereka sendiri. Penghijrahan kaum Cina kepada DAP membuatkan pemimpin MCA terperangkap dengan isu perkauman untuk menarik perhatian kaum Cina dan seterusnya mendapat sokongan Cina kepada MCA.
Apabila pemimpin MCA memainkan isu perkauman untuk mengajak bangsanya memberikan sokongan kepada MCA maka pemimpinnya memainkan isu perkauman yang akan ditentang pila oleh orang Melayu. Apa orang Melayu mendengar isu-isu perkauman dari MCA ini maka mereka akan melemahkan UMNO dan akan terus menuduh pemimpin mereka tidak mempertahankan keistimewaan bangsa Melayu mereka. Akhirnya BN itu akan beransur-ansur menjadi lemah kerana anggapan orang Melayu tidak mampu dipertahankan oleh UMNO parti yang mereka sokong selama ini.
Itulah sebabnya dari 3.3 juta ahli UMNO seramai sejuta ahli UMNO sendiri memberikan sokongan kepada parti-parti pembangkang didalam kotak tempat mengundi itu. Baki jumlah itu pula tidak mengambil kira mereka yang belum mendaftar sebagai pengundi. Jadi besarnya jumlah keahlian parti itu tidak memberi faedah kepada UMNO malahan keahlian yang besar itu lebih membawa beban kepada parti tertua negara ini.
Kita sebut dahulu tentang barisan kabinet yang akan diumumkan oleh PM Najib tidak lama lagi. Ramai merasakan beberapa orang disebut untuk dibesarakan. Rais Yatim memang satu nama yang rakyat sudah tidak memandangnya lagi kerana sudah terlalu lama mendudukki Jemaah Menteri negara.
Rais yang menjadi isu hangat berhubung dengan isu ketidak telusan dalam kementerian yang diketuainya memang sepatutnya menjadi orang pertama untuk dibesarakan. Dikawasan beliau sendiri beliau tidak dapat menguasai sokongan pengundi-pengundi diJelebu kerana masalah beliau dengan pemimpin-pemimpin tempatan disana.
Nor Mohammed Yaacop juga adalah seorang lagi ahli Jemaah Kabinet yang dikatakan sudah patut berundur sebelum nasi menjadi bubur. Entah apa sebabnya Nor Mohammad masih didalam barisan Kabinet lagi sedang isu terhadap beliau memang jelas susah untuk diperbaikki dari persepsi pengundi yang buruk sejak akhir-akhir ini.
Nazri Aziz memang sudah menjadi nama yang membawa liabiliti kepada parti dan kerajaan dan blog ini tidak berminat untuk membuat ulasan terhadap beliau ini kerana persepsi dan keyakinan ramai terhadap beliau memang sudah jauh jatuh dan beliau akan hanya membawa nasib buruk kepada kabinet negara kita. Hanya membuang masa sahaja menghabiskan masa untuk menulis tentang pemimpin ini.
Ada beberapa orang yang lain lagi yang sepatutnya faham dan perlu berhenti sebelum diberhentikan. Jangan marah kepada pimpinan kerana tidak disambung jawatan ‘glamourous’ itu. Ingat dan berterima kasih kepada apa yang telah mereka perolehi semasa pentadbiran Dr Mahathir, zaman rasuah mula berputik dengan pantasnya. Malahan persepsi kerajaan yang rasuah ini bermula dari zaman itu. Tidak mungkin rasuah bermaharajalela sampai ketahap ini hanya dalam masa 5 tahun pemerintahan Pak Lah dan 2 tahun pemerintahan Najib.
Sekarang ini siapa yang akan dibawa masuk oleh PM Najib kedalam kabinet? Adakah yang akan mengambil alih yang dibesarakan itu lebih baik dari yang ada? Bukankah jika dipilih dari yang ada sekarang ini, mereka juga adalah juga dari kumpulan yang terlatih dari kumpulan budaya yang sama. Mereka akan mengambil giliran untuk melakukan amalan yang sama kerana itulah yang mereka lihat dan praktikkan oleh siapa juga yang mendapat kuasa dalam kerajaan.
Mungkin Mukhriz Mahathir boleh diberikan percubaan untuk mengetuai mana-mana Kementerian yang sesuai, asalkan sahaja beliau itu lain dari Dr Mahathir dari segi pemikiran dan sikapnya. Nampaknya beliau boleh dibawa bersama. Saya tidak memberikan tentangan jika Khairy Jamaluddin diberikan tugas salah satu dari kementerian yang ada diatas sifat beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Ramai yang akan tidak seronok dengan pandangan saya ini tetapi kalau dibandingkan dengan salah laku pemimpin yang lain maka menyenaraikan nama Khairy bukanlah menjadi perkara yang ganjil dan asing. Hanya Khairy perlu menjadi lebih matang dan tidak meletakkan hidung didahi jika diberikan tempat dalam barisan kabinet yang baru itu. Saya yakin beliau boleh memperbaikki diri beliau. Yang beliau perlukan hanyalah diberikan kesempatan.
Razali Ibrahim mungkin satu lagi nama yang agak baik dari pandangan umum. Sekarang ini beliau adalah Timbalan kepada Ahmad Shabery Cheek yang namanya agak berada didalam ‘border line’ untuk digugurkan atau dikekalkan. Tetapi jika beliau dibersarakan maka UMNO tidak akan menghadapi apa-apa kerosakkan kerana beliau hanyalah sebagai ‘passenger’ didalam barisan yang ada pada hari ini. Jika beliau digugurkan beliau tidak akan memberikan apa-apa ‘negative consequence’ kepada kerajaan yang ada pada hari ini.
Saya rasa kalau ada pun yang baru untuk dinaikkan, nama saya yang saya sebutkan tadi sahaja yang ada yang berpotensi. Siapa lagi? Dan nama-nama yang saya sebutkan untuk digugurkan itu juga adalah nama-nama yang paling menesabah untuk dibersarakan. Siapa lagi yang lain? Mungkin Noh Omar. Tetapi siapa pula yang hendak mewakili Selangor dalam barisan kabinet negara? Tiada….!
Begitulah peritnya kesusahan yang bakal dihadapi oleh Najib dalam penysunan semula barisan kabinet negara. Tetapi apakan daya. Itu sahaja yang kita ada. Kalau untung sabut ia akan timbul, kalau untung batu tenggelam. Bak kata mat-mat rempit, ‘nasib lu lah PM’.
Tetapi untuk memperbaikki kepimpinan UMNO isu penukaran Pengerusi Perhubungan UMNO itu wajar dilakukan sekali gus untuk memberikan keyakinan baru kepada rakyat. Tetapi persoalannya sama. Nak dibuang yang ada siapa pula yang akan mengambil alih? Contohnya diNS Mohammad Hasan perlu digantikan tetapi siapa yang boleh memikul tanggungjawab itu? Tetapi kalau tidak ditukar yang hampir pasti UMNO akan kalah lebih banyak kerusi lagi. Yang ada disisnya hanyalah TS Isa nyang terbukti telah membawa 100 kemenangan semasa UMNO dalam keadaan teruk dahulu.
Siapa pula nak ketuai UMNO Selangor? Adakah Noh Omar. Jika Noh mengambil ali elok kita jangan letak calun terus dalam pilihanraya yang akan datang. Dr Zamri diPerak sedang bermasalah untuk mendapat dokongan dari ketua-ketua Bahagian. Tetapi ketua-ketua Bahagian pun bukan ada yang boleh memikul serangan dari pembangkang yang ada pada hari ini.
Kedah, Pahang, P Pinang dan juga Johor bagaimana? Ramai pemerhati politik diJohor berpendapat sebanyak 8 kerusi Parlimen akan jatuh. Itulah yang didengar merata-rata disana. Pendeknya, kita jangan hanya pandai nak membuang sahaja. Pimpinan kena pandai mencari gantinya juga.
Itulah hasil UMNO yang nyata hasil dari permainan politik yang tidak baik yang dilakukan oleh pimpinan sejak hampir 3 dekad yang lalu. Jangan marah-marah dengan pandangan saya ini. Berfikir sedalam-dalamnya sebelum melompat memarahi saya atau orang-orang seperti saya.
Takut-takut saya akan buktikan apa yang saya katakan itu benar belaka. Kalau tak benar tak apa. Jika tidak benar maka baiklah masa depan UMNO itu.
8 comments:
Rombaklah beberapa kali pun, pandangan orang ramai terhadap tetap buruk.
pandangan yang bernas. rombakan perlu dan kena cepat. terima kasih.
Saudara,
Sebagai umat Melayu kita kenalah mengambil tindakan apa-pun mengenai kebaculan pemimpin UMNO atau PKR atau PAS kita.
Salah satu sebab pemimpin Cina besar kepala kerana pemimpin kita hilang telurnya! Tidak ada gunanya kita mempunyai pemimpin yg kita pula harus pimpin dia? Tiada logik langsung! Padahal kita semua yg memilih mereka.
Saya syorkan kita ramai-ramai masuk UMNO dan tukar semua mereka dgn pemilihan kita. Saya tidak pernah aktif dlm parti politik akan menubuhkan cawangan UMNO. Itu sahaja cadangan yg praktikal buat masa ini. Kalau kita lari, pemimpin yg ada akan suka hati dan ketawa terus!!!
Tetapi kita juga mesti punya strategi halus dan kental utk melenyapkan pemimpin spt yg ada sekarang dari MUKA BUMI ini secara berpolitik! Ini wajib kita lakukan segera kerana generasi ke depan kita amat-amat bergantung dgn tindakan kita hari ini.
Jika tidak hilanglah Melayu dari Tanah Melayu yg menjadi tanah tumpah kita!
Pemimpin UMNO sudah biasa dengan menerima kick back dari peniaga. Macam mana mereka nak mengiktiraf perbuatan itu adalah rasuah?
Patut saya nampak kereta KJ di Seri Menanti malam tu!!!
Ada udang rupanya.
Tn. Hj. Aspan,
Puak ke..tuan..nan AMENO nie tengah kelemasan. Elok la semua menteri dibersarakan sebelum rakyat membersarakannya secara resmi pada PRU 13. Nak lantik yg baru minta la PEAM solat dahulu minta petunjuk ilahi, masaalahnya nanti kalau dapat petunjuk diri PEAM pun termasuk dalam senarai reject product..Rakyat..He3..
Buat apa nak tukar pemimpin-pemimpin dalam bn/UMNO/MIC/MCA.Semuanya sudah rosak. Kalau tukar yang baru tu pun, semua penyamun tarbus. Eloklah bubarkan parti Umno, baru rakyat rasa selesa.
Rakyat tak perlu BN jadi pembangkang, sebab dulu pun BN saja yang memerintah. Sekarang biar pula PR memerintah. Satu parti saja. Sekarang tak kira PR ke atau BN sebab yang lawannya kepada kedua-dua parti tersebut adalah rakyat. Siapa yang tak betul, rakyat akan tolak mereka. Parti hanyalah platform membentuk kerajaan.Kalau parti tu cap ayam, tapi rakyat dibelakangnya menyokong, PR dan BN khususnya jangan besar kepala dan nak tunjuk lagak, sebab Rakyat adalah Tuan, bukan parti sampah macam BN/umno tu.
Pak Mustaqim, masa bahtera umno dah karam kamu pulak ajak org masuk ramai2 dan onar kat batera usang tu.. itu kerja gileer. awak ingat semudah itu ke nak buat perubahan? kalau ahli-ahli umno sedar kebocoran itu sejak dulu tentu mereka pakat-pakat repair tapi apa terjadi ialah kelompok luncai bawak labu-labu. kamu jgn jadi luncailah. Biarkan bahtera itu tenggelam terus dan kita ganti bahtera ala Nabi Nuh yang dibina atas dasar taqwa, mana? Paslah!! melayu jugak tapi nakhodanya pewaris nabi-nabi. Kalau kamu tak terima pewaris itu dan masih syok kat pepuak abu lahab, itu tak dapek den nak tolong tu doh.. Melayu jenih haprakkk kata Mahataik.
Post a Comment