03 December 2010

Perubahan yang bakal diumumkan Najib - penentu survival UMNO/BN dalam PRU 13.

Orang ramai sedang menunggu dengan penuh kesabaran apakah yang akan dilakukan oleh UMNO dalam usaha untuk mengubah kepimpinan UMNO Perhubungan seperti yang diumumkan oleh Preisden parti selepas mesyuarat Majlis Tertinggi parti pada isnin yang lalu.

Bermacam-macam spekulasi dibuat oleh banyak pihak. Orang ramai lebih menumpukan kepada perubahan yang aka berlaku di3 buah negeri, NS, Trengganu dan Pahang dalam mana UMNO sedang menghadapi potensi untuk ditewaskan oleh PR selain dari perubahan yang akan dilakukan diSelangor, Perak, P Pinang, Kedah dan Kelantan. Perlis, negeri yang terkecil juga tidak terlepas dari spekulasi yang bermacam-macam.

Apa yang diharapkan ialah perubahan secara ‘structural’ yang akan menghasilkan persepsi positif dengan ‘facet’ yang melambangkan transformasi yang besar dan serius untuk menghadapi Pilihanraya Umum yang dijangka akan tiba selewat-lewatnya pada pertengahan tahun hadapan (2011).

UMNO wajar mengaku yang kali ini merupakan Pilihanraya yang paling getir yang bakal dihadapi oleh parti pemerintah. Setakat ini kita nampak parti pemerintah lebih bersifat defensif dan ‘underdog’ dan jika pimpinan kerajaan tidak mampu menunjukkan dengan serius usaha kearah perubahan dan rombakkan yang besar maka risiko menghadapi kekalahan bukanlah satu isu yang mustahil lagi.

Kita faham untuk melakukan perubahan kepimpinan diperingkat perhubungan bukan satu usaha yang mudah untuk dilaksanakan. Kita ambil contoh diTrengganu. Spekulasi hidup mengatakan yang Ahmad Said akan mengambil alih kepimpinan Perhubungan yang kini dipegangang oleh Hishamuddin Tun Husein.

Bekas Menteri Besar Idris Jusuh dikatakan akan diberikan tugasan diperingkat pusat untuk memegang jawatan tinggi didalam UMNO; setengahnya mengatakan yang beliau akan diberi tugas untuk menjadi Setiausaha Agung UMNO atau Ketua penerangannya. Jika spekulasi ini benar dimana dia yang dikatakan perubahan?

Bukankah mereka berdua ini merupakan mengepalai 2 pihak yang bermusushan yang telah membawa perpecahan yang begitu nyata dinegeri tersebut? Pernahkah pucuk pimpinan cuba untuk memikirkan seorang yang lain yang belum terlibat dengan kontroversi kepimpinan. Jika apa yang dispekulasikan menjadi kenyataan maka Trengganu tidak ada perubahan dari segi hakikatnya dan UMNO tetap akan menghadapi risiko tertewas dalam banyak kerusi diTrengganu.

Tetapi kalau pun pucuk pimpinan ingin mengambil batang tubuh yang luar dari yang ada boleh kah sesiapa memberikan cadangan kerana UMNO sudah ketirusan kepimpinan disetiap peringkat. Maka kita terpaksa akui yang usaha untuk membawa perubahan diTrengganu akan menghadapi kegagalan.

Boleh kah atau tidak UMNO mencadangkan satu nama yang akan mengambil alih kepimpinan kerajaan dinegeri-negeri yang perlukan perubahan drastik itu? Kita mesti akui yang usaha mencari penyelesaian ini adalah satu usaha yang amat sukar kerana kerosakkan kepada kualiti kepimpinan disetiap peringkat didalam UMNO sudah sampai ketahap yang amat rumit untuk dilaksanakan.

Penyelesaiannya hanya akan dapat dilakukan jika semua pemimpin sanggup berkorban untuk parti walaupun terpaksa menarik diri dari kepimpinannya. Masalahnya inilah yang amat sukar untuk dilaksanakan dan ramai pemimpin perhubungan yang masih inginkan jawatan masing-masing walaupun mereka dan rakyat tahu yang mereka sudah tidak lagi diterima oleh keseluruhan ahli dan rakyat yang mengundi.

Situasi ini dihadapi oleh hampir kesemua negeri-negeri dalam semenanjung ini dan itulah sebabnya saya berulangkali mengatakan yang perubahan yang berani dan drastik mahu tidak mahu perlu dilakukan. Malahan blog ini telah mencadangkan supaya dimulakan cara politik yang baru berdasarkan kepada apa yang terkandung didalam perlembagaan negara.

Blog ini pernah mencadangkan supaya ‘we start this nation anew’. Kita duduk kembali berunding dengan semua bangsa melalui pimpinan mereka untuk mewujudkan politik baru seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kita sewaktu memulakan politik tanahair dahulu. Keadaan kini sudah berubah terlalu jauh dan ianya memerlukan ‘adjustments’ untuk mempastikan kewujuddan negara yang aman makmur dan sebagai negara yang mempunyai ‘consequence’ yang besar didalam politik antarabangsa.

Untuk melaksanakan itu ianya perlu dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang mampu diterima oleh semua pihak dan tidak ada masalah peribadi yang besar seperti masalah peranan oleh ahli keluarga dan tidak ada teribat dengan isu jenayah dan moral yang diketahui umum. Dihadapan kita ialah masalah kekusutan politik negara yang besar. Ianya perlu diselesaikan dengan kaedah yang berani. UMNO wajib berubah, bukan setakat memenuhi dan mentadbir sentiment seperti yang lazim dilakukan oleh pemimpin hari ini.

UMNO bukan setakat membaikkan sakit, tetapi yang perlu dilakukan ialah untuk memperbaikki penyakit. Kita tidak hanya berusaha untuk menghilangkan sakit tengkok atau sakit kepala atau menghilangkan sakit telinga. Mungkin sakit-sakit itu boleh dibaikki dengan memakan panadol atau ‘pain killer’ yang lain. Yang terpenting ialah untuk menghilangkan penyakit darah tinggi. Jika penyakit darah tinggi itu berjaya disembuhkan maka tidak ada lagilah sakit tengkok, sakit kepala dan sakit-sakit yang lain.

Penyakit yang dihadapi oleh UMNO ialah krisis keyakinan. Walaupun Dr Mahathir, Abdullah Badawi sudah bersara tetapi Najib merupakan pemimpin yang terbit dari kumpulan yang berpenyakit yang sama. Najib adalah dalam barisan kepimpinan yang itu dan mempunyai budaya pimpinan yang sama. Oleh itu persepsi rakyat kepada parti itu adalah persepsi yang sama.

Itulah sebabnya kita selalu mendengar orang yang mengatakan sesiapa sahaja yang mengambil alih keadaan akan sama sahaja. Pendeknya UMNO sudah hilang kehilangan keyakinan rakyat pengundi. Imej UMNO sudah terabai sekian lama dan persepsi buruk itu sudah menular keakar umbi rakyat.

Jadi setakat menggantikan Mohammad Hasan dengan seorang pemimpin lain diNS atau menggantikan Adnan Yaacob dengan salah seorang exco Kerajaan Pahang atau memberikan jawatan pengerusi Perhubungan Treangganu kepada Ahmad Said tidak akan membawa apa-apa kebaikkan kepada parti.

Yang perlu dilakukan ialah untuk menukar imej serta persepsi rakyat dengan melakukan perubahan yang ‘structural’; maksudnya kita terpaksa mencari seorang yang lain dari barisan kepimpinan tertinggi yang ada yang tidak terlibat dengan isu-isu yang lazim kita hadapi sekarang supaya UMNO dapat membawa imej baru dengan kepimpinan yang baru. Seorang itu mesti tidak ada dalam barisan Kabinet dan barisan kepimpinan tertinggi parti untuk menghindarkan persepsi dan stigma buruk rakyat terhadap UMNO itu.

Tetapi tidak mengapalah. Kita tunggu sahaja dengan penuh kesabaran, apa yang hendak dilakukan oleh Najib. Beliau telah berulangkali berjanji kepada kita untuk melakukan perubahan.

Pastinya perubahan yang akan beliau lakukan merupakan perubahan yang terakhir sebelum pilihanraya yang akan datang. Jika apa yang diumumkan beliau itu tidak mampan maka kita hadapilah pilihanraya akan datang dalam kegetiran. Perlu diingatkan yang meletakkan pemimpin-pemimpin ditempat yang lain diantara mereka yang ada sekarang bukan dinamakan perubahan dan tidak akan menambah baik persepsi negatif rakyat.

Kali ini Najib tidak mampu tersilap lagi. Itu pasti. Survival BN bergantung kepada PRU 13 yang akan datang. Jika UMNO tumpas parti ini tidak akan pulih lagi. Jangan segan dan silu; akuilah hakikat ini.

8 comments:

rudy hashim said...

Yang akan menggantikan yang diberhentikan adalah orang yang dalam kategori dan kumpulan yang sama.

Attitude, dan budaya mereka sama...negative....tak ada apa-apa.

Jangan mengharap apa-apa dari pengumuman Najib Najib.

Anonymous said...

Tuan, 6 kali tuan sebut negeri saya tapi semuanya salah ejaan. TERENGGANU . Ni tak puas hati ni.... u have something against us ? :))

Aspan Alias said...

Ha ha didturtle,

Saya tak ada apa yang tidak puas hati. Salah eja sahaja bro.

Jgn susah, kita jumpa saya belanja makang!!

Mustaqim said...

Tak payah komentar panjang-panjang.

Dalam dunia manapun kalau ada penyakit kena cari ubatnya. Kalau BN + UMNO berpenyakit, senang sahaja penyelesainnya -

BUANG SEMUA AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI YG ADA SEKARANG! BANYAK LAGI ORG MELAYU DI LUAR UMNO YANG LEBIH BERJIWA MELAYU DARI AHLI MKT YANG 80% PENJILAT TELUR PAK LAH BODOWI!!!!!!!!!!!

Hairannya PM masih 'NATO' - NO ACTION TALK ONLY?

Quiet Despair said...

Bro Pan

Aki (panggilan Orang Pahang untuk Atuk) saya kata cakap itu seperti doa juga.
Jadi Bro, jika masih sayang dan menjadi ahli UMNO cakaplah yang baik tentang parti.
PM kita berhempas-pulas nak menukarkan imej parti dan melaksanakan berbagai transformasi. Jadi sokonglah dia.
Hari ini beliau melancarkan pelan transformasi siri ketiga dan terakhir.
Lepas ini akan turun padang bertemu dengan orang kampung yang sebenarnya penentu utama kemenangan UMNO.
Bandingkan dengan Kongres PKR baru-baru ini. Ada dengar ke pelan Keadilan untuk memakmurkan rakyat jika dapat memerintah.
Yang kita dengar Abuya Anwar cuma cakap tentang dirinya dan nasib bangsa lain.
Dalam scenario yang DAP pun menghadapi kiris dalaman dan ditambah dengan perang mulut dengan PAS tentang hukum hudud, peluang UMNO semaki cerah.
Yang saya pasti sukar ditawan cuma Penang dan Kelantan. Yang lain tetap kepnyaan UMNO dan BN.
Janganlah memperkecilkan Terenggan atau Pahang. Mungkin MBnya nampak bodoh tetapi disayangi rakyat dan Sultan.
Idris Jusoh umpamanya agak cocky dan juga tidak disenangi Tuanku.
UMNO ni susah. Kena jaga hati rakyat, kena jaga hati Raja-Raja Melayu.
Tengkoklah Aruah Rahim Bakar dulu. Akhirnya kena resign juga akibat dimurkai Tuanku.
UMNO juga terlalu modest. Hanya harap rakyat mengingati perjuangan mereka.
Sudah tiba masanya UMNO jad macam pembangkang. Canangkan apa yang dia telah buat untuk rakyat. Angkat bakul sendiripun takpe.
Sekarang ni we take for granted with regard to UMNO and we want more from them.
Yang menjadi biawak hidup ialah Gerakan dan MCA.
Tetapi dengan perubahan hati bukan Melayu akibat penyelewengan Keadilan baru-baru ini, kdua-duanya boleh menarik yang dah keciwa ni.
Apa yang kita ramalkan adalah ke depan. Firasat saya kali ini BN akan dapat menebus kekalahan di Kedah. Selangor juga boleh jika diletak leader yang berwibawa bukan Toyol.
Rasanya Zambri di Perakpun menunjukkan prestasi yang baik.

Anonymous said...

new faces, mr najib ,can be old and/or young faces but winnable....mr pm, if you do only a musical chair...you go no where...the changes has to be big, revolutionary and convincing.....then baru rakyat caya sama lu....bolih bikin ????

bat8 said...

Bro Aspan,

Susah nak letak harapan yang NTR akan buat perubahan structural dalam UMNO(Baru). Balik-balk dok gilir/pusng muka-muka samasahaja. Muka-muka tak laku. Kalau dibuat betul-betul rasanya tinggal mat maslan sahaja la nampaknya.

2. Najib hanya berani buat betul-betul hanya kepada rakyat. Perubahan terbaru dan real yang benar-benar dibuat secara serius ialah menakkan harga minyak petrol, diesel, gas dan gula. Ini perubahan yang real yang najib berani buat. Nak ubah UMNO(baru) kita kena tunggu sampai kucing tumbuh tanduk atau kambing boleh terbang di udara kot.

bat8

os: Kenaikan-kenaikan diatas n tak melibatkan ahli-ahli UMNO(Baru) ke? Tak pernah dengar depa bising pun...atau mungkin depa semua kaya-kaya kot!

Anonymous said...

Bat8, semua yang NTR berani buat adalah yang TIDAK berkenaan dengan UMNO, semua yang berkenaan dengan UMNO dia kata, lu tolong wa, wa tolong lu. Siapa dia, nak pandai2 tukar UMNO tu? Telor dia sama macam pupu dia jugak, dah kena pegang pemimpin UMNO yang lain. Hehehehe... terima saja la hakikat...