09 December 2010

Rombakan Kabinet dan rombakan pengerusi perhubungan - Itu PM Najib punya hak

Saya geli hati dan saya anggap kelakar apabila ada beberapa kawan-kawan rapat yang bertanyakan siapa yang akan terlibat dalam rombakkan Kabinet yang akan diumumkan oleh Najib. Saya tidak dapat menjawab kerana saya bukannya PM. Sepatutnya PM sahaja yang tahu dan bukan orang-orang seperti saya yang tidak ada apa-apa ini; yang duduk dirumah yang hanya menunggu giliran untuk dipanggi tuhan sahaja.

Tetapi saya tahu yang kabinet pasti berubah dan itu adalah perkara yang biasa. Setiap PM akan merombak barisan kepimpinannya lebih-lebih lagi untuk memaparkan kepada rakyat corak dan kualiti kabinet beliau untuk menghadapi rakyat dalam pilihanraya yang akan datang. Siapa yang beliau akan lantik bukannya kerja dan tugasan kita.

PM akan memilih siapa sahaja yang beliau rasakan perlu duduk bersama beliau dalam Jemaah Menteri negara. Apabila perlantikkan sudah dibuat barulah rakyat akan menilai samada pilihan beliau itu meyakinkan rakyat atau pun sebaliknya. Kita sama-sama tahu politik ini adalah ‘game of perception’.

Jika rakyat merasakan kabinet Najib itu baik maka rakyat tidak akan menolaknya dan akan memberikan kerjasama dengan baik untuk kemajuan dan kesejahteraan negara. Jika pilihan beliau itu masih ada imej rasuah dan kebarangkalian untuk terus menerus mengamalkan rasuah maka rakyat akan memberikan penilaian mereka didalam peti undi PRU 13 yang akan datang. Ini negara demokrasi dan biarkan demokrasi mengambil tempatnya seperti yang termaktub dalam sistem kenegaraan kita.

Yang nyata sekarang Najib tidak boleh memilih secara semborono sahaja kerana didalam sistem demokrasi rakyatlah yang mempunyai kuasa memilih serta bersetuju atau tidak dengan pilihan PM itu.

Katakanlah masih ada nama-nama dan muka-muka yang sedang dipersoalkan oleh rakyat didalam kabinet yang bakal dirombak ini maka Najib pasti akan menghadapi masalah yang amat rumit dalam pilihanraya yang akan datang.Jika pilihan PM itu ditolak rakyat maka ianya merupakan penolakkan rakyat kepada PM itu sendiri.

Kini rakyat sedang menanti rombakkan yang dijanjikan oleh Najib terhadap pimpinan UMNO Perhubungan disetengah negeri-negeri. Ini sahaja sudah cukup untuk dijadikan ‘acid test’ terhadap kemampuan Najib membezakan diantara kemahuannya sendiri dengan kemahuan rakyat. Najib perlu bertemu dengan ‘point of conciliation’nya supaya ianya mampu mengimbangi diantara kehendak rakyat dan kehendak beliau sendiri.

Bagi pandangan saya secara peribadi hanya Melaka sahaja yang mempunyai kemantapan dari segi kepimpinan UMNOnya. Saya tidak mengenali Ali Rustam tetapi kita akuilah yang beliau merupakan seorang yang telah berjaya mengendalikan UMNO dinegeri Melaka dengan baik dan saya ucapkan tahniah kepada beliau.

Dinegeri-negeri lain penyusunan semula amat diperlukan. Tetapi masalah lain pula yang timbul. Oleh kerana UMNO selama ini tidak mempersiapkan kepimpinan yang berwibawa, untuk mencari gentian kepada mereka yang sedang berkuasa hari ini bukan satu usaha yang mudah.

Sebesar-besar keahlian UMNO, parti ini telah gagal untuk membuahkan barisan kepimpinan yang berwibawa kerana sudah menjadi sikap kepimpinanegeri yang hanya memilih kepimpinan yang tidak boleh dibawa ketengah kerana kepentingan politik peribadi mereka. Mereka tidak mahu meletakkan mereka yang berbeza pendapat dan yang cerdas untuk bersama-sama duduk mengendalikan parti dan kerajaan-kerajaan negeri mereka.

Akhirnya inilah yang kita hadapi dan PM Najib mempunyai tanggungjawab yang tidak dapat dibayangkan beratnya. Apabila ‘personal politik’ menjadi agenda utama bagi pengerusi-pengerusi perhubungan ini, mahu tidak mahu kita terpaksa menghadapi politik yang saya jangka pasti menghadapi kegetiran ini.

Rombakkan kepada kabinet dan UMNO Perhubungan ini akan menjadi penentu kepada nasib UMNO dan BN diSemenanjung ini. Pemilihan ahli-ahli Jemaah Kabinet negara yang bakal dilakukan itu amat kritikal. Nasib kita bergantung besar kepada rombakkan kabinet dan rombakkan kepada UMNO perhubungan dinegeri-negeri.

Selama ini kepimpinan telah memandang remeh tentang keperluan membariskan kepimpinan yang baik dan bersih kerana terlalu fokus kepada pembangunan fisikal negara dan pemimpin terlalu sibuk dengan mencari kekayan dan ‘social climbing’ untuk ‘glamor’ masing-masing. Apabila sudah sampai ketahap ini barulah hendak menghuraikan kekusutan yang sudah sampai ketahap kritikal ini.

Sejak hampir 3 dekad dahulu pimpinan kita sibuk dengan membangunkan pembangunan secara fisikal dengan bangunan tertinggi didunia, jambatan yang terpanjang diAsia, tiang bendera yang tertinggi didunia, bangunan pentadbiran kerajaan yang terindah didunia dan semua yang terbaik dan paling ‘best’ didunia ini. Yang terabai ialah pembangunan nilai kehidupan dan cara kita semua berfikir. Apabila cara berfikir itu salah maka segala persepsi terhadap segala-galanya akan berubah. PM Najib juga terjebak dengan mentaliti ini dengan membangunkan Warisan Merdeka yang setinggi 100 tingkat ini. Tidak kurang rakyat yang menyampah dengan cadangan ini.

Walaubagaimana pun masih ada sedikit masa untuk Najib menumpukan kepada dua isu penting ini. Saya mencadangkan supaya najib memberikan tumpuan kepada penyusunan politik dan berehat dari mentadbir negara. Berikan pentadbiran negara kepada Muhyiddin dan Najib perlu tumpukan kepada membuahkan politik baru untuk negara. ‘Infact we must start the nation anew’

Tunku Abdul Rahman pernah bercuti untuk menumpukan kepada politik tanah air dan tugas mentadbir negara diberikan kepada Timbalannya semasa pilihanraya umum 1964 yang lalu. Tunku kembali selepas berjaya memenangi pilihanraya umum selesai dengan mendapat kemenangan yang besar.

Siapa pula yang patut bersara dan siapa pula yang patut menyertai barisan kabinet yang baru ini? Pengerusi perhubungan mana yang patut berhenti dan siapa pula yang patut mengambil alih? Itu hak PM Najib. Persoalan yang ada ialah samada beliau menggunakan hak beliau mengikut selera dan kehendak rakyat ramai.

Sudah terlalu panjang tulisan ini, elok kita sambung dalam posting saya dua hari lagi.

4 comments:

Anonymous said...

Yes Tn Hj,

Beri peluang kepada PM untuk melakukan sesuatu. Kalau baik saya akan sokong. Jika ada orang macam Nazri, Rais, Nor Mohammad Yaacop, Zamri kadir, Mohammad Hasan, Adnan Yaakup, Mahdzir Khalid, Bashah, Noh Omar dan few others aku tinggalkan UMNO ini. Kita pun punnya ada apa-apa pengaruh pun.


Ibnu

Anonymous said...

Encik Aspan, masalah terlalu besar dalam UMNO dan BN. Tak terjangka oleh saya bagaimana Najib nak settlekan keadaan ini. Meruncing bro..meruncing dibawah ini. It is critical down here in Kuala Terengganu and the whole state. Rasa nak give up pun ada, marah pun ada, benci pun ada.


gita, KT.

Anonymous said...

Tn. Hj. Aspan,
Saya cadangkan PEAM lantik YB Bung.. dari Kinabatangan sebab jawapannya kpd wartawan tempoh hari spt saya tak cukup handsome untuk Zizie sebagai Menteri Penerangan yg baru. Rakyat..He3..

Anonymous said...

Tuan,

Bagi saya kalau kj dimasukkan dlm kabinet maknanya PM mencari nahas besar.

Nor Mohd dan Nazri pengecut rasanya tak diperlukan lg.

Tq
masmerah