27 February 2011

Pilihanraya Sarawak : BN boleh menang tetapi tidak mustahil akan tumbang.

Pilihanraya negeri Sarawak kali ini merupakan pilihanraya yang paling sengit bagi negeri itu. Pembangkang nampaknya siap sedia untuk menghadapi kekuatan kuasa Taib Mahmud dan kali ini Taib tidak boleh lagi merasa keyakinan yang berlebihan yang beliau akan membawa kemenangan mutlak seperti yang beliau pernah berikan kepada BN.

Kesungguhan pihak yang membangkang untuk mengambil alih dari BN Sarawak pimpinan Taib kali ini lebih nyata kerana suara-suara halus yang inginkan perubahan dan peralihan kuasa di kalangan rakyat negeri itu semakin hari semakin kuat. Oleh kerana BN pimpinan Taib begitu bermaharajalela pada pandangan masyarakat maka banyak idea yang innovatif muncul untuk mendekati rakyat bagi memujuk mereka untuk melakukan perubahan untuk kebaikan negeri itu.

Masalah parti-parti pembangkang ialah untuk menghampiri rakyat pengundi di kawasan pedalaman yang mudah dilakukan oleh BN yang berkuasa. Blog ini telah menyebutkan bagaimana parti-parti pembangkang selama ini menghadapi kesulitan untuk mendekati pengundi di kawasan pedalaman seperti di rumah-rumah panjang dan kawasan penempatan-penempatan rakyat yang miskin.

Setiap kali pilihanraya pengempen-pengempen bagi parti pembangkang tidak dapat mendekati pengundi dengan mudah kerana penekanan yang dilakukan oleh Taib Mahmud dengan kuasa politik dan wang yang ada kepada beliau. Kalaulah negara kita melaksanakan demokrasi secara tulin dengan memberikan pembiayaan kepada parti pemerintah dan alternatif dan dibenarkan kedua-dua pihak mendekati rakyat dengan terbuka, perubahan di Sarawak sudah lama berlaku.

Kali ini pembangkang yang begitu serius untuk menolak kepimpinan BN di bawah Taib telah menggunakan kaedah mendekati rakyat dari jauh dengan menggunakan perkhidmatan radio, ‘Free Sarawak Radio’ yang beroperasi dari Convent Garden, London yang diharapkan dapat mendekati hati rakyat yang ingin diperjuangkan oleh pihak yang ingin melihat tamatnya pemerintahan kuku besi Taib selama ini.

Dengan adanya gerakan seperti ini terhadap sesuatu pemerintahan ianya hanya membawa satu kefahaman bagi mereka yang mempunyai pemikiran siasah yang serius; iaitu mereka serius untuk memperbetulkan keadaan yang begitu serius yang dihadapi oleh rakyat. Bagi rakyat Sarawak yang tidak boleh berbuat apa-apa oleh kerana kuasa politik yang menekan yang dilakukan oleh Taib, kumpulan yang sedar dan insaf akan tanggungjawab mereka terhadap negeri kelahiran mereka terpaksa melakukan gerakan yang mereka anggap sebagai tanggungjawab yang patut dipikul oleh mereka untuk membetulkan keadaan.

Kalau gerakan yang begitu seirus dilakukan oleh anak-anak Sarawak dengan kaedah yang betul-betul disiplin, selalunya gerakan itu akan berjaya. Banyak contoh-contoh yang boleh kita lihat dengan mata kepala kita sendiri yang perubahan boleh berlaku dengan sekelip mata sahaja.

Banyak perubahan telah berlaku dengan pantas dan apa yang berlaku di keseluruhan Semananjung Arab dan Utara Afrika sekarang ini adalah contoh yang sedang kita lihat dengan begitu jelas. Keruntuhan Tembuk Berlin yang telah memisahkan Jerman kominis dengan Jerman yang demokratik pada tahun 1989 dahulu berlaku dalam masa sebulan dua sahaja.

Di negara-negara Arab tidak ada parti-parti politik yang dibenar beroperasi secara halal pun boleh melakukan perubahan dengan cepat tetapi mereka melakukannya dengan cara berkonfrontasi yang merbahaya. Tetapi di negara kita, rakyat tidak perlu melakukan demonstrasi jalanan kerana kita mempunyai banyak parti-parti politik yang dihalalkan oleh perlembagaan negara dan rakyat hanya perlu memberikan undi kepada mereka melalui pilihanraya yang diadakan setiap 45 tahun sekali.

Rakyat tidak perlu berpenat lelah untuk berdemonstrasi dan melumpuhkan sistem kehidupan seharian kita. Walaupun begitu banyak kenyataan pemimpin-pemimpin kita membuat kenyataan untuk menyedapkan telinga dan hati sendiri, hakikatnya tetap yang BN di Sarawak tidak lagi sebuah ‘coalition’ yang semantap dahulu.

Penolakan rakyat semakin hari semakin jelas dan dengan adanya kesempatan untuk melakukan perubahan secara aman di negara ini maka kesempatan inilah yang memungkinkan BN kecundang dalam masa yang terdekat ini. Alasan untuk menolak kepimpinan BN oleh Taib ini adalah merupakan asas yang tidak lagi boleh dipersoalkan kebaikan niat pihak yang inginkan perubahan ini.

Dalam masa dan zaman ini mana-mana pemerintahan yang dikendalikan oleh seorang individu yang seperti pemerintahan sistem Raja dan Maharaja seperti di negara-negara Arab akan mendapat tentangan dari rakyat yang inginkan cara pemerintahan yang tidak rasuah yang menerbitkan sistem krnism yang begitu menebal. Di Sarawak elemen ini jelas kedapatannya.

Jika ada pihak yang serius yang melakukan pembelaan kepada rakyat maka isu penekanan Taib dan parti pemerintah terhadap rakyat dan siasah negeri itu, pihak itu akan mudah mendapat sokongan dan dukungan rakyat yang ramai.

Hanya yang perlu dilakukan oleh parti-parti pembangkang ini ialah untuk mendekati rakyat dengan waktu dan masa yang mencukupi untuk melakukan perubahan itu. Alasan untuk rakyat memberikan sokongan terhadap usaha mereka adalah kuat dan jika ada apa-apa perubahan di Sarawak, itu adalah perubahan yang akan membawa keabikan dan faedah kepada negeri dan rakyat negeri itu.

Kita perlu ingat, perubahan drastik dan cepat memang tidak mustahil untuk berlaku dan dialami dizaman sekarang ini. Perubahan memang tidak lagi mustahil.

12 comments:

Gertak Mesra said...

Tuan Alias,

Terima kasih kerana memberi pendapat jujur anda tentang iklim politik Sarawak yang selama ini hanya satu musim berkemungkinan berubah polar. Apa yang jelas, pemerintahan diktator Taib Mahmud jelas lebih merbahaya dari cara Mahathir. Taib lebih senang mempengaruhi, menipu atau mempraktikan pemerintahan kuku besi terhadap rakyat Sarawak atas beberapa kelebihan, antaranya sikap majoriti rakyatnya yang naive, jurang taraf hidup yang jauh berbeza dan tahap kesedaran yang agak rendah akibat kurang pendidikan. Rakyat Sarawak majoritinya tidak pun sedar akan hak mereka dalam perlembagaan dan ini memudahkan operasi Taib mengaut keuntungan bagaikan Sarawak itu syarikat persendirian miliknya.

Kerajaan pusat pula memerlukan Taib untuk mengekalkan status quo, jadi segala perbuatan Taib tidak dipedulikan. Kalau Taib ditakdirkan kalah dalam pilihanraya akan datang, kerajaan pusat BN akan menggunakan peluang itu untuk membalas dendam terhadap segala kejahatan Taib dan lebih lagi sikap bongkaknya "hold for ransom" kerajaan pusat selama ini. Saya tidak rasa Najib bangga atau gembira dengan pencapaian Taib dan itu saya pasti. Ini dapat jelas dilihat sewaktu by-election Sibu.

Banyak kemungkinan akan berlaku pada pilihanraya Sarawak akan datang, tetapi kalau BN tetap memerintah dengan majoriti selesa walaupun tanpa Taib, nasib rakyat Sarawak tidak mungkin berubah. Jadi, pilihan ditangan mereka untuk maju kehadapan atau tetap menjadi rakyat termiskin di Malaysia.

Anonymous said...

Sdr/Sdri Gertak Mesra...
Saya sering kali terfikir, kalaulah ditukar pemerintah sekarang dengan yang baru melalui undi, adakah yang baru tu akan berbuat lebih baik...saya bercakap dari sudut pandangan anak bumiputera....kerana pihak yang baru...pembangkang tu...kurang meyakinkan. Silap silap hari bulan...keluar mulut buaya....di NGAP pulak oleh NAGA.....Sekadar pandangan sahaja.

Anonymous said...

dulu apa dilihat YB tidak ambil tahu apabila rumah rakyat terbakar, orang keluar tinggal rumah atau hilang,Banjir dan lain2..KINI YB sibuk gilak, turun padang Kenapa..Dulu tidur lelap/lena..Jalan raya berombak2 tak rata kenapa..even di jejantas pun tak rata, pengankutan awam teruk..papan tanda ke perumahan jarang kta jumpa di simpang jalan jika ada dikepala simpang atau round about malangnya amat kecil..ini menyusahkan orang ramai/rakyat..tanda jalan ke taman perumahan lansung sik ada...Tarif letrik mahal gilak dan setiap kali bil anggaran sahaja , mana meter reader? Sesco kaya tp lantik Kontrektor baca meter letrik , Posman pun kurang sebab itu anak serawak jarang dapat kerja sebab kelewatan pengantaran surat, di petra jaya hanya 1 balai polis pada hal CM dan YB semua diam disana, sepatut kerajaan negeri beri tanah untuk mereka,perbayakkan balai polis , Round about terlalu besar dan kerap buat jem setiap pagi /petang terutama jika ke petrajaya, dulu jalan raya di kampung tidak di pedulikan kini sudah mula turap, dulu dikampung sik ada letrik 24jam kini da mula pasang tiang.. dulu janji tapi tak tunai pun ( seingat 5 penggal ), air bersih dikampung pun da nampak akan di laksanakan kenapa ( tapi entah Bila )... sepekara lagi minuman teh tarik di swk/kuching rm2/-2.50 (Semenanjung Rm1 ke rm 1.20) dan teh c kosong rm1.30 cawan kecil (d semenanjung 70sen ), YB mana ambil tau sebab minum semua free atau bayar RM 2/- saperti nilai 2 sen buat YB..walau bagaimana pun suara halus berat ke pembangkang..itu pasti..rakyat sik buta/bodoh....wpun pembangkang sik bagus mana pun tapi..pengaruh Bn wajib dikikis..PRN akan dtg

mo said...

Asalam saudara aspan,,,,,, Mungkin kali ini tidak mustahil taib dan kroni nya akan mengikut jejak president tunisia dan mesir di tangan rakyat melalui undi ???? Angin perubahan di kelangan rakyat di bawah sangat kuat mahu perubahan ????? SudaH sekian lama rakyat swak telah di buli oleh taib dan kroni ???? Walaupun regime taib sering kali mengunakan media bn yg dan media electronik bn,,,, rakyat tahu bahawa bahawa yg di sampai itu ,,, hanya untuk keuntung taib dan bn ???? Rakyat seharus lebih bijak dalam menilaikan taib dan bn ,,,selama pemerintahan nya???? Cukuplah kita rakyat selama ini, di gertak, di takut takutkan, di janji dgn janji yg sering tidak kunjung tiba ???? Maka wajarlah rakyat terbanyak meolak taib dan regimenya kali ini ???? Peluang yg cukup luas untuk pihak pr dan rakan2,,,,mendapa t dokongan rakyat kali ini ???? Hanya timbul persoalan apakah pihak pr dan parti yg sama tujuan,,,dapat bermaukat demi rakyat ???? Seandainya tidak sudah pasti kegagalan akan berlaku lagi ???? Eloklah pihak yg sama tujuan untuk memberi pembaharuan kepada rakyat ,,, berbincang demi rakyat,,,bukan hanya berbincang kerena parti ????.Apakah permasaalah ini akan dapat di leraikan oleh parti2 ini ???? Rakyat sejara umum dan terbanyak telah menolak taib dan kroni yg telah ,,,rakyat tahu kerajaan yg tidak amanah dan rasuah???? Selamat prn sarawak....???

Teropong Ajaib said...

Salam Tn. Aspan/semua.

Pendapat saya :-

1). Anom 11.08, boleh merasa skeptical untuk mencurigai pemerintahan baru. Dalam masa yang sama, peluang haruslah dibuka secara berbaik sangka atau "husnus-dzon" kerana selagi namanya manusia, perubahan boleh dan akan tetap berlaku. Setiap Parti, ada menifestonya tersendiri untuk dilaksanakan jika menang.

Contohnya seperti Selangor. Alhamdulillah, kami rakyat Selangor mengucap syukur kerana setiap rumah dapat 20M3 air percuma. Mungkin ini tiada apanya kepada golongan berduit yang tidak sedar kerana sumber duit haram yang dimakan mereka. Tetapi tindakan pemerintah Selangor hari ini mempunyai impak dan implikasi besar kepada sebahagian besar rakyat miskin.

Anak masuk Universiti dapat seribu. Waris yang meninggal dapat RM2,500. Wakil2 Rakyatnya pula, mudah ditemui. Bantuan bencana alam segera dituntas dengan tujuan mengurangi beban rakyat.

YB2 yang ada, kurang bercakap bohong apatah lagi bongkak dan menipu. Tanah2 milik Negeri selamat. Inilah sebenarnya, apa yang Rakyat mahukan. Permintaan Rakyat bukanlah besar sangat....!

Sekarang kita lihat rasuah, pembaziran, illiminati, bid'ah, khurafat, tahyul, kemungkaran, dan lain-lain sifat2 mazmumah, telah berlaku dengan amat berleluasa.
Sifat2 ini melawan arus yang maha esa.

Cara mengatasinya, setelah keluhan Rakyat tidak dipedulikan, maka Rakyat harus "REVERSE". Kalau tidak, kapal yang kita tumpang untuk melawan arus alam kejadian yang maha esa itu, pasti akan tenggelam.

Kelompok Rakyat pula, ada kumpulan Rakyat yang tidak sedar, ada kumpulan Rakyat yang kurang sedar atau atas pagar dan ada Kumpulan Rakyat yang sedar atas fenomena semasa.

Kita pula, selaku entiti individu di dalam Rakyat, harus sentiasa membuat introfeksi, ke mana dan apakah bentuk acuan arah tujuan kita, demi masa depan generasi dan keturunan anak bangsa di hari mendatang?

Setelah saya telusuri, tidak ada jalan lain kecuali kembali kepada Islam yang sebenar yang beracuankan praktikal Rasullullah saw. Barulah kita boleh singkronkan sebagai - "A way of life".

Masing2 keluarga, jaga dan pelihara keluarga masing2. Ini merupakan titik permulaan kepada mereka yang telah menyimpang. Kemudian keluarga ini akan menjadi entiti besar masyarakat dan negara.

Di negara Arab, rata2 pemimpin Arab ini beragama Islam. Malangnya praktik amalan adalah jauh menyimpang disebabkan kemurahan harta, tahta dan wanita.

Akhirnya siapa jua yang terjerumus dari panduan, pasti menjadi mabuk, leka, berkepala besar dan di akhir azabnya mati.

Saya ambil satu kisah di zaman Nabi Musa a.s. Seorang abid atau ahli ibadah yang mempunyai maqam yang cukup tinggi. Abid ini bernama Bal'am Ibn Bahu'ra. Kerana terlalu dekatnya ubudiah Bal'am ini kepada Allah, sehingga ketika beliau berdoa, arash Allah akan bergegar. Maknanya apa jua yang Bal'am doakan, ianya diqabuli Allah.

Oleh kerana proses dimamah masa dan dugaan sekeliling, Bal'am juga terlupa dan menjadi banggsa dan angkuh, lalu mengingkari Nabi Musa. Akhir matlamatnya, Bal'am diletakkan ke neraka buat selama-lamanya.

Terlalu banyak kisah Asbabun-nuzul yang boleh kita sama2 perhatikan untuk iktibar. Cuma jangan terlewat sehingga menyebabkan hati ini buta, membatu dan degil.

Pada saya, TSTM ni tinggal beberapa detik aja usianya. Selaku insan dan hamba yang bergantung harap, sama2lah berdoa kerana senjata ampuh golongan muslim dan mukmin adalah doa demi keamanan, kelancaran dan kebarokahan.

Sama-samalah kita fikirkan. Ws.

"Teropong Ajaib"

Gertak Mesra said...

Saudara Anon 11:08,

Terima kasih kerana menyuarakan kesangsian saudara. Dalam saudara mempersoalkan masa depan orang Melayu dibawah pemerintahan pembangkang, dalam nada yang sama, pernakah saudara memikirkan nasib majoriti orang Melayu yang jauh lebih daif berbanding kaum lain? Atau mungkinkah saudara salah seorang dari segelintir kecil kroni UMNO yang sudah memiliki semua lalu tidak dapat melihat dengan jelas akan kedudukan sebenar ketuanan Melayu yang amat gemar dilaungkan oleh Perkasa ?

Saya tidak pula mengatakan yang pihak pembangkang sempurna, tetapi kedudukan saya di negeri bawah pemerintahan pambangkang agak selamat. Pemimpinnya berpelajaran tinggi dan bertamadun. Saya bukan ahli mana mana parti pembangkang, jauh sekali berminat pada politik tetapi saya mahu saudara tanya pada diri sendiri, sejauh manakah majunya orang Melayu sejak 50 tahun merdeka.

Tahu berterima kasih said...

Apalah Pak Aspan ni. Dulu cakap BN kerajaan BN Sarawak akan tumbang.
Sekarang dah cakap akan menang dan boleh tumbang.
Biar saya cakap ya, Taib and Co tetap menang.
PKR takkan ke mana di bumi kenyalang.
Saya anak Sarawak.

Anonymous said...

Pada saya, "Tahu Berterima Kasih" ni jahil agama. Pak Aspan hanya membuat andaian. Setiap andaian yang berasaskan fakta, boleh berubah-ubahlah..! Faham tak...?
Tetapi Si Hamlau 22:41 ni, terus melebihi kuasa tuhan. Boleh jamin konon..? Kalau keputusan terbalik, kan dicop munafik? Really a stupid and superficial guy.

Untuk 11.08 pula, di bawah ini video fakta Kerajaan Selangor dan kalau salah samanlah dia.

Bayangkan...! orang kafir pun... faham kehendak rakyat. Tak tahulah kalau jenis Rakyat yang Ba'ghal yang tiada ukuran ketika membuat penilaian.

Tuan/puan semua lihatlah pada fakta bukan fitnah, bukan sentimen dan bukan emotional. Mudah, copy dan paste video di bawah :-

http://www.youtube.com/watch?v=hR6PLS-l9Ak&feature=player_embedded

Anonymous said...

BN masih anggap kuasa $ akan menentukan kemenangan seperti dahulu. 'Free Sarawak Radio' xdak akan dapat mengatasi kekuatan 'Bomoh' Taib. Taib terus yakin akan menang dlm election dan erection.

Anonymous said...

Pengundi seafdal-afdalnya akan menilai calon yang bertanding di kawasan masing-masing tetapi bukannya mengundi berlandaskan parti yang meletakkan calon berkenaan. Ini kerana bukan parti yang akan memberikan khidmat tetapi wakil rakyat yang dilantik yang akan memberikan khidmat mereka.

Pada 2008, akibat memilih berlandaskan parti maka ada antara calon yang dipilih menjadi YB tidak mampu memikul tugas berkenaan dan impaknya ialah rakyat yang diwakili terkesan dengan pemilihan yang salah itu.

Makanya kepada rakyat Sarawak usah diulangi kesilapan pengundi semenanjung. Pilihlah wakil anda berlandaskan calon yang ada di depan mata tetapi bukannya terpengaruh dengan janji-janji parti semata-mata. Parti mungkin mampu menjanjikan bulan dan bintang tetapi apakah calon yang diletakkan di tempat anda mampu memberikan bulan dan bintang pada anda?

AntiRetorik

Anonymous said...

Kawan saya iaitu anak Sarawak yang bekerja di semenanjung pernah mengatakan bahawa beliau kagum dengan adanya begitu banyak perbezaan antara P Pinang, Selangor dan Kedah pada masa ini dan pada masa lalu.

Antara yang paling ketara (menurut beliau) ialah bertambah berkurangnya penglibatan pribumi dalam bidang perniagaan sedangkan bukan pribumi terus meningkatkan penguasaan.

Soalnya apakah ini disebabkan oleh faktor pribumi itu sendiri atau ada kaitan dengan dasar politik negeri di bawah kekuasaan pembangkang?

Apapun saya tak dapat memberikan jawapan berkenaan kerana kedudukan saya (atas pagar)namun terpulanglah kepada pelayar sama ada mahu memberikan pandangan dalam hal ini. TQ.

ATAS PAGAR

Anonymous said...

Penglibatan Abdullah Badawi

Sebenarnya diketahui ramai dikalangan mereka yang terbabit dalam Parti S46 bahawa usaha menyaman UMNO adalah dirancang oleh Dato Seri Abdullah Badawi sendiri.

Mesyuarat pertama untuk membincang usaha ini dilakukan di rumahnya di Jalan Medan Kapas, Bangsar, Kuala Lumpur. Antara yang hadhir adalah Marina Yusof, Dato Radzi Shiekh Ahmad, Zawawi Zin, dan lain-lain.

Di dalam mesyaurat itu yang dihadhiri oleh mereka-mereka yang boleh digelar sebagai orang-orang Musa (Hitam) dan orang-orang Dolah, Abdullah sendiri yang membuat keputusan untuk menyaman UMNO di mahkamah dan dipersetujui oleh mereka yang hadhir.

Berikutan mesyuarat pertama, mesyuarat kedua diadakan di rumah Puan Marina Yusof di Ampang Hilir.

Penggerak utama rancangan ini adalah mantan terbaru Setiausaha Agong UMNO, Radzi Sheikh Ahmad sendiri. Sepanjang penyediaan kes dan setiap hari perbicaraan. Kesebelasan mereka yang menyaman UMNO berkumpul dan berbincang di rumah Radzi.

Mengikut sumber-sumber terdekat Tengku Razaleigh, Ku Li tidak dilibatkan langsung dan sedang berada di luar negara selama dua bulan semasa perancangan tersebut.

Untuk kepastian, cuba ditanyakan pengikut-pengikut setia Ku Li yang terlibat dalam peristiwa itu seperti Dato Manan Osman, Aspan Alias, Dr Hasan Ali, dan lain-lain. Mungkin boleh ditanya Dato Radzi sendiri yang sudah teramat kecewa dengan pentadbiran Abdullah badawi hingga meletakkan jawatan.

Walaupun kekalahan kelompok Musa, Abdullah Badawi masih menang jawatan Naib Presiden pada tahun 1987. Abdullah tidak masuk Parti S46 tetapi kekal dalam UMNO. Malah Abdullah ditawarkan sebagai Naib Presiden Protem UMNO Baru.

Disebabkan penglibatan dalam pengharaman UMNO, Abdullah dianggap sebagai musuh dalam selimut dan terpaksa dipecat dari jawatan Menteri Pertahanan. Walaupun dipecat, mengikut Dr Mahathir dalam Majlis itu, Abdullah telah ditawarkan jawatan dalam Petronas. Sumber-sumber Hicom pun memberitahu, dia telah di tawarkan jawatan sebagai Pengerusi Hicom.

Akhirnya atas gesaan arwah isterinya Datin Seri Hendon, Abdullah akhirnya berjumpa Dr Mahathir untuk mengaku tidak ada kebolehan dalam dunia perniagaan dan korporat dan memohon kembali ke dalam jemaah Menteri.

Akhirnya dia diberikan jawatan Menteri Pertahanan pada tahun 1991. Malah dia masih dikekalkan di dalam jemaah Kabinet, walaupun kalah Naib Presiden pada tahun 1993.

Siapa yang baik dan siapa yang jahat?


http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2008/04/fikir-fikirkan-abdullah-perancang.html