03 March 2011

Wajarkah BN terus diberi mandat semata-mata kerana budi lama?

Sejak beberapa hari yang lepas saya telah melayari banyak tulisan dalam blog-blog yang saya jarang melayarinya. Saya telah banyak membaca pandangan-pandangan politik yang berbeza diantara satu dengan yang lain dan itu merupakan lumrah di dalam sebuah negara demokrasi seperti di negara kita. Kalau hendak diulas kesemuanya agak mustahil kerana ruang dan masa yang terhad untuk saya melakukannya. Tetapi saya sangat tertarik dengan tuduh menuduh di antara satu pihak dengan pihak yang lain.

Penyertaan Zairil Khir Johari ke pari DAP di ulas oleh beberapa penulis yang dikenali ramai dan menganggap Zairil seolah-olah tidak patriotik dan tidak setia kepada negara. Anak muda ini dicemuh dan dianggap tidak mempunyai semangat Melayu dan berbagai-bagai lagi panggilan terhadapnya.

Saya berdiri bukan untuk membela Zairil tetapi semata-mata untuk kita perbetulkan definasi-definasi tentang kesetiaan kepada negara dan bangsa yang kini dipandang dari sudut yang sempit dan tidak membawa faedah kepada diri masing-masing mau pun kepada negara.

Pada pandangan saya seorang yang setia dan patrriotik kepada negara dan bangsanya ialah orang yang tidak melakukan perkara-perkara yang boleh merosakan negara dan rakyatnya. Pandangan ini juga boleh kita lebarkan kepada badan-badan siasah dan apa-apa organisasi yang sepatutnya memberikan perlindungan kepada elemen keluhuran dan kebersihan kepada kerajaan serta negara lebih-lebih lagi melindungi maruah dan harta benda kepunyaan rakyat.

Pertamanya kalaulah benar kita mengambil initiatif yang kuat untuk menjadikan sistem demokrasi sebagai sistem yang kita yakini, maka yang paling utama kita perlu terima ialah setiap pertubuhan politik yang terdaftar dengan pendaftar pertubuhan itu adalah halal. Apabila pertubuhan politik itu diterima oleh negara ianya memberi makna yang pertubuhan itu boleh bergerak tanpa ada elemen-elemen yang merbahayakan negara.

Parti Komunis Malaya (PKM) merupakan satu-satunya pertubuhan politik yang diharamkan oleh kerajaan kerana parti itu telah mengangkat senjata untuk berkuasa di negara ini. Selain dari itu pertubuhan politik yang ada sekarang adalah pertubuhan politik yang di halalkan dan boleh bergerak mengikut undang-undang yang digubal dan ianya termasuklah DAP, UMNO, MIC, MCA dan yang lain-lain.

Sejak mencapai kemerdekaan UMNO yang mengetuai ‘coalition’ PERKATAN dan kemudiannya Barisan Nasional (BN) dengan jumlah parti yang bertambah di dalamnya telah mendapat mandat untuk mentadbir negara dan rakyat. Lima dekad pentadbiran BN telah membawa negara ke arah kemajuan dan pembangunan negara dengan pemikiran rakyat.

Tetapi apa yang terjadi sekarang ialah kelalaian kita sebagai pihak yang memerintah tidak mampu untuk berfikir dan berubah mengikut peredaran zaman dan masanya. Pimpinan kita sekarang merasakan bahawa negara ini adalah kepunyaan parti kita bukannya rakyat, maka apa-apa juga yang dilakukan oleh pihak yang lain untuk membetulkannya dianggap sebagai satu kesalahan besar dan dianggap berhak untuk dihina dan dinesta.

Kita mesti menerima hakikat yang perasuah itulah sebenarnya penderhaka kepada negara. Perasuah itu merupakan mereka yang telah memerah keringat rakyat dan negara maka merekalah sebenarnya yang penderhaka. Pemimpin yang menyalah gunakan kuasa itulah sebenarnya penderhaka yang terbesar kepada negara. Menteri-Menteri Besar yang mengaut keuntungan peribadi itulah sesungguhnya penderhaka kepada rakyat dan negara.

Ketua-ketua Menteri yang berkuasa dengan sepernuhnya yang telah menarah dan memperkosa tanah dan hutan rimba untuk kekayaan yang tidak ternilai banyaknya itulah penderhaka kepada rakyat.

Kita masih berfikir di takok lama dan telah sebati anggappan yang negara ini adalah hak kepimpinan kita sahaja dan jika ada usaha pihak parti lain untuk mendapatkan mandat pengundi itu adalah satu kesalahan. Budaya dan pemikiran seperti ini telah tertanam sehinggakan ‘bercakap benar itu adalah dicegah’ dan ‘berkata benar itu adalah penderhaka’ semata-mata untuk meneruskan kuasa.

Kekurangan yang nyata yang ada kepada kita ialah budaya melakukan introspeksi terhadap kita sendiri. Kita tidak berkemampuan untuk melihat kesalahan dan kesilapan kita secara objektif. Apabila kita tidak melakukan introspeksi ini maka kita akan dipandang sebagai pihak yang statik dan tidak ‘abreast’ tentang perubahan yang diingini oleh rakyat mengikut masa dan waktunya.

Sebagai parti pemerintah pemimpin UMNO dan BN yang telah diberi mandat selama lebih dari lima dekad mesti memahami dan tahu sebab yang menyebabkan sebahagian dari rakyat menolak kita dari terus menuduh anak-anak muda seperti Zairil dan yang lain-lain membelakangkan UMNO dan BN. Isu ini telah terlalu banyak kali diulas tetapi pemimpin kita masih belum faham lagi sebab yang sebenarnya mereka kenapa mereka menjauhi parti yang dikatakan telah berjasa begitu besar kepada rakyat dan negara.

Muammar Gadaffi merupakan akitek pembangunan Libya. Libya telah menjadi negaranya ‘vibrant’ dari segi ekonomi dibawah pimpinannya. Libya telah keluar dari kelompok negara mundur dan ramai teknokrat-teknokrat dari barat telah tiba di Libya untuk tujuan perniagaan dan melakukan kerja professional sejak hampir dua dekad lalu.

Tetapi rakyatnya tetap memberontak terhadap beliau dan meminta beliau turun dari kuasa dan ada yang ingin melihat beliau meninggalkan negara Libya secepat yang mungkin. Apa kah rakyat Libya tidak berterima kasih kepada Gadaffi? Apa kah rakyat Libya terpaksa memberi sokongan kepada beliau secara berteruan semata-mata kerana jasa beliau membangunkan negara Libya itu?

Rakyat menolak Gadafi kerana sikapnya yang tamak haloba dan memperkosa kekayaan negara melalui kroni-kroni beliau di dalam dan luar negara. Jasa beliau banyak kepada Libya tetapi beliau tida terlepas dari hukuman dari rakyat kerana tidak amanah. Sekarang semua harta beliau diluar negara telah dibekukan oleh kerajaan-kerajaan negara di mana beliau menyimpannya.

Persoalan ini perlu kita beri jawapan secara betul kerana tendensi pemimpin kita mengungkit apa yang telah BN lakukan itu mesti dibalas dengan sokongan yang berterusan dan melupakan apa-apa kesalahan yang besar terhadap negara dan rakyat semasa membangunkan negara. Kerana BN telah membangunkan negara pemimpin-pemimpin kita mengkit-ngungkit apa yang telah dibangunkan oleh mereka. Mereka berfikir seolah-olah wang dan dana membangunkan negara itu adalah duit rakyat termasuk cukai-cukai yang dikutip dari individu-individu termasuk ahli-ahli PAS dan DAP.

Mereka lupa mereka melakukan pembangunan telah dibayar dengan gaji serta kemudahan (perks) yang begitu besar dan hidup bermewah-mewahan yang tiada batasnya. Rakyat memerhatikan gelagat mereka dengan rapi dan mereka tahu mereka bermewah-mewahan dengan wang rakyat.

Di negara kita rakyat di mana-mana pun masih bercakap tentang apa ‘relevance’nya ETP yang dilancarkan oleh kerajaan baru-baru ini. Mereka beranggapan yang projek ETP tidak dirasakan oleh rakyat secara menyeluruh kerana mereka beranggapan yang hanya segelintir dari rakyat yang merasakan nikmatnya.

Setakat ini projek yang terlalu raksaksa seperti MRT hanya dirasakan nikmatnya oleh GAMUDA-MMC dan hanya beberapa syarikat yang lain seperti Ekovest yang merasakan kepentingan di dalam ETP itu. Di belakang syarikat-syarikat ini kedapatan nama-nama keluarga yang ternama yang bergelar, sedang rakyat yang ramai tidak merasakan apa-apa nikmat darinya. Rakyat ramai sebaliknya dibebankan dengan kos sara hidup yang tinggi dan penarikan kembali subsidi-subsidi yang mereka nikmati selama ini.

Rakyat bukannya menolak tidakan kerajaan menarik balek subsidi-sibsidi tersebut tetapi mereka kesal pengorbanan mereka diberikan faedahnya kepada mereka-mereka yang dari keluarga ternama dan bergelar tadi yang mempunyai pengaruh di kalangan pucuk pimpinan negara. Teguran ini telah dibuat acap kali tetapi tidak ada reaksi yang menggalakkan dari pimpinan negara dan kerajaan. Samada mereka tidak memahami apa yang diperlukan oleh rakyat atau pun sengaja tidak mahu mengambil peduli tentang keresahan yang dialami oleh orang ramai.

Apabila DAP atau PAS telah menunjukan kemampuan mentadbir beberapa buah kerajaan negeri dengan lebih baik dari apa yang rakyat di negeri-negeri tersebut alami maka rakyat mendapat bukti bahawa tuduhan oleh pihak kita yang parti lain tidak mampu mentadbir merupakan hanya tuduhan yang disandarkan kepada tuduhan politik semata-mata.

Jika kerajaan-kerajaan tempatan di Pulau Pinang telah menunjukan kemampuan untuk menunjukan akaun yang ‘surplus’ sejak DAP memerintah negeri itu anak-anak muda mula bertanya; bukankah itu yang rakyat mahukan? Salahkah jika rakyat dibuktikan bahawa semua kerugian dan defisit yang dialami oleh kerajaan-kerajaan tempatan P Pinang semasa GERAKKAN, UMNO dan MCA mentadbir negeri itu dahulu adalah disebabkan ketirisan yang berlarutan?

Betul kah tindakan kita meminta rakyat P Pinang untuk membalas budi kita kerana membangunkan negeri itu dahulu, walaupun BN tidak lagi bersih seperti dahulu? Takkanlah kerana jasa lama kita mahukan rakyat terus memberikan kuasa walaupun pemimpin-pemimpin BN di negeri itu telah melakukan salahguna kuasa yang tidak berhenti-henti.Kalau seorang ayah telah termakan budi seseorang, takkanlah si ayah akan membiarkan orang yang berbudi kepadanya sewenang-wenangnya memperkosa anak isterinya semata-mata untuk membalas budi.

Bukakah negeri ini adalah negeri kepunyaan rakyat? Mereka berhak untuk menggantikan pentadbiran yang tidak telus walaupun sudah banyak berjasa. Kejatuhan BN di Pulau Pinang adalah disebabkan kelemahan pemimpinnya. Oleh itu jika BN bercita-cita untuk mengambil alih balek sokongan rakyat siapakah pemimpin yang BN hendak tomjolkan untuk meneraju kepimpinan P Pinang?

Jika kita masih mengharapkan pemimpin yang telah ditolak semasa pilihanraya yang lalu, bagaimana rakyat hendak menyokongnya kerana rakyat menolak BN kerana ketidak jujuran mereka?

Sebenarnya inilah delima yang dihadapi oleh BN di semua negeri-negeri yang ditadbir oleh PR sekarang. Keadaan yang sama berlaku di Selangor dan yang lain-lain.

Masakan rakyat mahu percaya kepada mereka yang sudah ditolak? Di Selangor, Kedah P Pinang, Perak dan Wilayah Persekutuan BN sebenarnya sedang menghadapi delima untuk memilih pemimpin yang berwibawa untuk menandingi pemimpin-pemimpin yang ditonjolkan oleh PR khususnya DAP dan PAS.

Selagi BN tidak dapat mencari ganti kepada pimpinan yang pernah ditolak rakyat untuk mengambil alih dari kerajaan PR maka ianya akan ‘crash even before taking off’ kerana rakyat mahukan kepimpinan yang berimej baru yang bersih.

Tidak usahlah mengharapkan ralyat untuk menerima program-program pembangunan yang besar-besar jika manusia yang memimpinnya tidak ada kredibiliti yang secukupnya untuk mentadbir kerajaan.

Kepada yang sudah ditolak oleh rakyat itu berhentilah secara ‘voluntary’ dan duduklah minum kopi dengan saya di kedai-kedai mamak yang ada sedikit kebersihan di premis-premis perniagaan mereka.

Jangan marah-marah dengan saya kerana memberi pandangan seperti ini.

29 comments:

Anonymous said...

Salam Tuan,

Pemimpin besar harus belajar menerima kritikan, dan mereka2 @ sesiapa sahaja tidak perlu marah jika apa yg diutarakan adalah benar.

Berbalik kepada budi, sy dari kelompok org muda yg berkongsi rasa yg sama juga menyampah dengan dongeng "membalas budi tak bertenpat ni". Tolonglah, membina bangsa dengan menjual budi tu sebenarnya cuma sekadar memperbodohkan bangsa.

Pemimpin yang baik tidak akan berulang kali mengatakan bangsanya malas, bangsa tak berbudi atau sebagainya sedangkan mereka mereka yang di atas pula mengambil peluang atas nama "budi" ini dengan menggadaikan rizab melayu, bahasa jawi (dan bahasa melayu yg semakin terhakis nilai komersialnya), biasiswa yg sepatutnya masih milik melayu kerana ini adalah HAK! yg perlu dipertahankan dan pelbagai lagi HAK yg digadai demi kelangsungan politik.

Sy pernah berbual dengan seorg yg mempunyai jawatan di peringkat bahagian. antara kata-katanya yg sy tak pernah lupa ialah "kalau tak ada UMNO tentu kita tak berpeluang melihat Formula 1 di Sepang hahaha... sy ketawa besar, bukan bermaksud kurang ajar, tetapi kalau setakat pemikiran macam ini, apa yg saya boleh harapkan untuk UMNO memperjuangkan bangsa.

- orang muda yg mula meloya dengan UMNO!

Teropong Ajaib said...

Salam Tn Aspan/semua,

Pendapat saya :-

Disebabkan keserakahan Pemerintah, memang selama ini keserakahan tersebut cuba ditutup melalui pelbagai wacana dan strategi demi mengula-gulakan Rakyat. Lama-kelamaan mereka terlupa yang wacana dan strategi mereka sudah lapuk ditelan zaman. Tetapi Pemerintah tetap berkepala besar bertindak melawan arus Rakyat sebagai bibit-bibit tanda kejatuhan. Maka berlakulah krisis perubahan Pemerintahan dan krisis perubahan Rakyat.

Faktor utama kesedaran Rakyat adalah apabila kehidupan Rakyat bergenang dengan kesusahan dan kesempitan. Barang keperluan kerap melonjak naik dan tahap pendapatan masih berada di takuk lama. Semua bil-bil dan prasarana asas Rakyat, tidak menunjukkan penurunan malahan semakin hari semakin menganggu perasaan dan pemikiran Rakyat. Namun Rakyat tiada tempat untuk mendapatkan pembelaan. Dendaman Rakyat ini semakin menebal sehingga retorik Rakyat DiDahulukan itu, menjadi senjata makan tuan. Disebaliknya, Pemerintah menunjukkan kehidupan dengan penoh kemewahan. Artis2 Bollywood yang tiada kena mengena dengan rakyat dan negara ini pun, dilayan melebihi Rakyat sendiri. Keistimewaan pendatang2 Asing yang berdagang tanpa Cukai Pendapatan, melebihi layanan Rakyat sendiri.

Kuasa pembakar kesedaran Rakyat terus berlaku secara drastik apabila kuasa maya internet yang banyak AURA, telah dapat mentransformasikan maklumat tepat secara percuma berbanding dengan kuasa media, perkakas yang dibeli yang banyak AUTA.

Hari ini, untuk setiap keluarga di Malaysia, agak mudah mendapatkan seorang anak sebagai golongan muda terpelajar. Memadai setiap anak ini mengingatkan kepada ahli keluarga mereka, betapa kepemimpinan negara dilanda dengan sindrom "Firaunisme dan Qarunisme".

Dampak berlakunya malapetaka awal, adalah apabila mahasiswa/siswi dikenakan "RIBA" melalui PTPTN sungguhpun hari ini ianya cuba diubah seolah-olah bukan "RIBA".
Di dalam usia muda, anak bangsa ini di didik dengan berhutang mengikut cara yang diharamkan Allah. Samada sedar atau tidak, maka hilanglah rahmat pertolongan Allah pada pemerintah ke atas perkara jijik ini. Selagi pemerintah tidak memansuhkan PTPTN ini, selagi itulah bibit-bibit kejatuhan akan terpalit kepada pemerintah. Natijahnya, setiap anak kelahiran generasi muda PTPTN ini, akan bergegas melawan pemerintah kembali.

Di dunia ini tidak ada benda yang mustahil. Harus diingat, di dalam Kamus Oxford, perkataan "amuk" masih berlaku di dalam kamus tersebut sehingga ke hari ini dan ianya begitu sinonim dengan gelagat suatu kaum. Petanda ini menunjukkan kemungkinan.

Namun, Alhamdulillah kesabaran masih berpihak kepada kita. Tapi sampai bilakah kesabaran itu boleh bertahan.....?

Sama-samalah fikirkan.

Wassalam

"Teropong Ajaib"

Anonymous said...

sorry bro...kata demokrasi, jadi apa masalahnya? kalau you fikir dap kat penang boleh bagi lebih baik dari bn carry on pangkah lah dap dan kalau pas lebih baikdekat kelantan macam tu juga, tapi aku agak kalu dap perintah apa macam ok kot...boleh la....

mahaza said...

Bercerita berkenaan patriotik. Bebincang dgn rakan bangsa India baru-baru ini. Beliau merasa kecewa kerana berhampiran taman tempat tinggalnya terdapat pelbagai bangsa asing myanmar, India bahkan Nepal dan ada yang memiliki IC sedangkan katanya ibunya sendiri pun dahulu mengambil masa yang lama untuk mendapat kewarganegaraan. Dia sebagai warganegara merasa kecewa dengan sikap mereka yang menjual negara dengan menjual IC atau memberi IC kepada mereka yang tidak berhak. Adakah sikap beliau menunjukkan beliau tidak patriotik kepada negaranya Malaysia - tidak bagi sesetengah Melayu yang merasakan hanya Melayu dan UMNO sahaja berhak terhadap negara ini.

Lee Wee Tak said...

kesetiaan bermaksud kesetiaan kepada negara, nilai-nilai murni kemanusiaan dan bukanlan kepada parti-parti politik yang sudah rakus dan gila kuasa

Lee Wee Tak said...

kesetiaan buta hanya wujud dalam minda zaman feudal di mana rakyat jelata yang jahil akan menerima tanpa soal apa-apa maklumat sampah yang disuap kepadanya tanpa cuba menghuraikan dan menilai sama ada hujah-hujah itu bernas atau salah.

rakyat-rakyat Malaysia harus mula menilai dan rajin berfikir.

Lee Wee Tak said...

kain-kain yang bertulisan "Terima Kash Kepada Kerajaan Barisan Nasional atas Pembangunan" dan sebagainya kian berleluasa.

kita harus tahu, pembangunan itu dibiayai oleh cukai pendapatan, duti impot, kastam dan eksais, cukai perkhidmatan, cukai jualan, cuki tanah, duti stem,saman dsb yang dibayar oleh rakyat.

tiada seorang perdana menteri, menteri besar, menteri, timbalan menteri yang telah bekerja lalu menggunakan gaji mereka untuk bina jalan untuk rakyat.

banner itu cuba memperbodohkan rakyat. Soalnya adalah, sanggupkah anda semua diperbodohkan begitu senang sahaja?

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Jika berkata benar itu dianggap penderhaka, saya lebih gumbira jika tuan dipanggil penderhaka.



Dire straits.

Anonymous said...

Berceita pasal balas budi, ia adalah fenomena global. Contohnya, kalau Pak Sam telah membebaskan sebuah negara Islam dari 'mulut Harimau' makanya rakyat dinegara berkenaan harus membalas budi Pak Sam tadi dengan memberikan itu dan ini pada Pak Sam (Pak Buaya).

Kalau satu-satu badan itu telah memberikan banyak tunjuk ajar berbentuk spiritual, jarang sangat ianya berstatus sukarela yakni secara logikalnya khalayak diharapkan agar memberikan sesuatu sebagai balasan (kuasa dsbnya) kepada badan yang telah membelanjakan air liur dan peluh dalam membantu anda meningkatkan tahap kespiritualan anda.

Kesimpulannya ialah aspek 'ada ubi ada batas, ada budi ada balas' merupakan pemikiran semula jadi manusia. Mungkin disebabkan persaingan membuatkan satu pihak mendakwa bahawa budi yang mereka hulur tidak perlu di balas tetapi apakah ianya satu dakwaan benar atau satu pembohongan? Apa yang dapat diperhatikan menerusi telusuran sejarah, semua dakwaan itu bohong belaka.

Chinglot

Anonymous said...

I setuju dengan apa yang diperkatakan kerana raayat bertungkus lumus bekerja tapi masih betambah susah. Kita sebenarnya tak terhutang budi kerana tiada kepentingan dalam apa jua pun kerana adalah jadi tangung jawab untuk memberi kesejahteraan. Upama lembu yang beri susu akhirnya kena sembelih juga. Kalau ikutkan kita tak boleh sembelih kerana terhutang budi. Kenapa? jawab nya senang kerana lembu dah tua dan tidak boleh menyumbang apa2 lg. Tanya pemerintah apa kesenangan yang di beri? Terhutang budi tu cerita dah lapuk. Orang dulu terhutang budi kenapa sampai generasi baru yang tak berhutang apa2 takan kena bayar. Cukup lah bagi can orang lain pula menunjuk bakat memerintah dengan idea baru bukan sibuk nak kaya kan diri sendiri. Pemerintah yang terhutang budi kerana memilih mereka jadi wakil raayat tapi raayat yang kena kencing hahaha padan muka aku.

Anonymous said...

Assalamualaikum Tuan Haji.
Siapakah dia yg berani berkata tidak setia serta patriotik kpd negera kerana anak arwah Tan Sri Khir Johari masuk DAP tu? Untuk makluman, saya sekarang berada di dalam PAS, maknanya saya tidak patriotik lah kerana tidak masuk UMNO, begitu? Untuk pengetahuan semua, saya adalah vetren Angakatan Tentera Malaysia yg pernah mempertahankan negara ini dari ancaman kominis dgn darah dan keringat yg mengalir semasa kerabat bukit serta gunung! Kalau setakat join UMNO tu dah sibuk katakan patriotik, boleh jalan daa....
Apa jasa mereka mempertahankan negara Malaysia dari serangan petualang?
Hidup baru setahun jagung, jangan pepandai nak cop tahu orang lain tidak patriotik. Kalau umur 55 tahun kebawah, toksah nak cerita bab patriotik ni.
Cara serta kaedah Malaysia dibina serta dipertahankan pun tak tahu, cuma dengar cakap dan baca buku saja, janganlah nak melebih lebih pulak.
Umpama kata tuan haji, DAP tu pertubuhan berdaftar serta sah, macamana pulak dia cuba haramkan?
Wassalam.....

Anonymous said...

Politik tidak dapat lari dari hakikat ini: "kita berbudi orang merasa, orang memberi kita merasa".

Kalau bukan kerana itu, masakan Pas sanggup berkawan dengan PKR dan Dap untuk merasai sesuatu -- kuasa.

Setelah mendapat kuasa, meskipun sebelum ini mereka memberi petunjuk iaitu hanya mahu menjadi 'hamba rakyat' tetapi itu sekadar janji-janji sebelum kemenangan.

Kalau betul PR bertindak sebagai proksi rakyat maka akan diagihkannya segala 'posisi lumayan' dan 'projek masyuk' kepada rakyat jelata (termasuklah ahli parti lawan).

Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Semua agihan itu dilihat melebihkan pihak balaci dan kroni tetapi bukan rakyat sebagaimana dijanjikan sebelumnya.

Dalam kata lain rakyat' yang di dimaksudkan dalam konteks politik pembangkang adalah tidak sama dengan maksud biasa. Ia bermakna para kroni.

Atas sebab itu setelah mendapat kuasa, budi yang ditaburkan oleh para kroni perlulah dibalas. Bukan dengan tuba tetapi dengan tebu. Cumanya rakyat (bukan rakyat') dapat apa?

AntiHipokrit

Anonymous said...

AntiHipokrit,
What a silly opinion you have. What is wrong with PAS working with DAP? The holy prophet worked well with the non Muslim in Medina as Muhammad was also a leader to the non Muslim community in Medina.

UMNO has been with MCA for fifty donkey years and now I wish to ask you, what is the difference between MCA and DAP.

In actual fact DAP is better as there some Malay members while MCA is 100 percent Chinese party.

You sound like a ;desperado' bro.

Lina

Anonymous said...

Lina,

You misunderstood my point. I never said that Pas should not work with other parties be it Umno, Dap, The Satan or what not.

Yes, you are right about Muhammad and that is why the Chinese community was accepted as part of the larger malaysian community long time ago i.e. long-long before Pas realised the importance of making friend with DAP.

It is your right to compare Dap and Mca and give opinion but that is your personal opinion. Dont expect desperate people (as you put it) to swallow your desperate attempt to belittle Mca and at the same time using magnifying glass to measure Dap's "anu".

No matter how big the "anu" they have, hmmm, just keep it to your self. Will ya?

AntiHipokrit

Anonymous said...

Salam Aspan yang budiman,

bagus betul nukilan Aspan kali ini. Membuatkan saya berfikir dan tergerak hati untuk bertanya pada Aspan,

1.Pemimpin yang dulunya cuba membawa negara kebawah kawalan IMF kira pengkhianat atau tidak?

2. Pemimpin ulamak yang membiarkan saudagar Cina Singapura menarah tanah di Lojing dikira pengkhianat atau tidak?

Jawapan yang saya perlukan, hanya Ya atau Tidak..

Anonymous said...

Penulisan yang cukup tepat seperti tidak ada sesuatu yang perlu diperbetulkan! Saya setuju 100% apa yang Tuan Aspan luahkan. Semasa saya di Airport Jeddah sekembali dari mengerjakan umrah(diruang menunggu),seorang MP dari Johor sekeluarga menunaikan umrah. Si MP mengeluarkan wang note SR500 dan memberikannya kepada anak beliau untuk membeli belah di airport tersebut dan si isteri MP berkata kepada anaknya, habiskan saja duit Saudi Rial itu seraya memaling kepada suaminya lalu berkata 'takpa Bang, Insyallah saya tahu ada rezeki abang lagi'. saya terkedu. Untungnya jadi anak MP!! RM500 untuk final shopping just like that!!Hari ini saya lihat MP itu duduk bersebelahan dengan Ummi Hafilda ketika berceramah di Merlimau....

john brown said...

bro aspan,
sebelum saudara bercerita pasal patriotik, saudara perlu fahamkan para pengunjung blog saudara perkataan 'government of the day' terlebih dahulu.

Anonymous said...

Salam Sejahtera Tuan Aspan,

Tulisi Tuan banyak memberi kefahaman kepada generasi muda tentang politk, demokrasi dan pemerentahan walaupun Tuan tiada Phd. Selalunya banyak pendapat memuji satu pehak dan bias. Tidak berani berkata benar. Lebih suka nak please dan menyedapkan hati mereka yang berkuasa.

Sepatutnya lah parti2 yang berdaftar dibawah undang2 itu tak kira apa mempunyai hak yang sama . Rakyat juga bebas nak jadi anggota parti yng halal tersebut. Bertanding lah secara sehat dipadang yang sama rata mengikut peruntukan Perlembagaan negara. Kalau ini dihayati dan diamalkan politik itu jadi pertandingan yang seronok . Siapa yng memberikan better service akan disambung mandat oleh rakyat. Siapa yang kurang berkesan akan direhatkan dan hendak lah berusha untuk menambat hati rakyat dgn manifesto mereka dlm PRU akan datang. Kalau kita nak jadi negara maju kita mesti berfikir dan bertidak macam rakyat negara maju berpolitik. Kita ada kelebihan sebab majority beragama islam ikut lah adab ditetapkan islam dalam berpolitik. Garispanduan islam dalam hal kewangan, penggunaan kuasa, hak yang miskin dan kewajipan yang kaya.

cara propaganda melebih2 kepda satu pehak saja , mengungkit jasa lalu sudah tak sesuai di amalkan diabad ini. Rakyat tahu pembangunan itu tugas mereka yng dipilih oleh rakyat untuk mentadbir dan mengguna dgn berhemah perbedenharaan negara dan mereka dibayar gaji sebagaimana yang tuan Aspan tulis diats,

Kepada Tn. Aspan teruskan menulis supaya sedikit sebanyak membantu mereka yang ingin belajar apa itu politik sebenar, tentang demokrasi, Perlembagaan undang2 tertinggi negara yang mesti dipatuhi oleh semua, doktrin pengasingan kuasa dan tujuan nya dalam kelangsungan pemerentahan sesebuah negara demokrasi. Salam

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Saya amat bersetuju dengan pandangan pembahas Anon 22:38:00 GMT+08:00 diatas.

Menyambung bicara sdra Anon 22:38:00 GMT+08:00 , tentunya sdra Anon 22:38:00 GMT+08:00 juga bersetuju dengan pertanyaan berikut :

1. Atas sebab kepentingan politik peribadi, ada pemimpin yang sanggup menggunakan undang-undang untuk mematikan UMNO lama dan menubuhkan sebuah parti peribadi semata-mata kerana hendak kekalkan kuasa.

2. Pemimpin yang menggunakan wang Petronas sebanyak RM 1 Billion lebih untuk menyelamatkan perniagaan perkapalan anaknya yang bermasaalah.

3. Pemimpin yang telah menyebabkan negara kerugian tidak kurang dari RM 40 Billion kerana bermain pasaran matawang.

4. Yang mengaut komisyen lebih dari RM 500 juta dari pembelian kapalterbang sukhoi dan kapal selam yang tak boleh menyelam.

5. Pemimpin-pemimpin yang menyebabkan nasib orang melayu Pulau Pinang yang begitu menyedihkan setelah memerintah negara selama 50 tahun.

6. sila tambah lagi senarai-senarai ini.

Kita memerlukan jawapan YA atau TIDAK kepada pertanyaan-pertanyaan ini, tidak begitu Anon 22:38:00 GMT+08:00 !


wak jerman

Anonymous said...

Salam Tuan/semua,

Kerajaan kini hanya mengharapkan rakyat membalas budi untuk terus kekal memegang kuasa memerintah. Bukankah itu tidak ikhlas untuk menolong membangunkan negara? Seumpama insan A menolong insan B semata-mata mengharapkan balasan makan percuma seumur hidup?

Sedih

Abujay said...

Salam Sejahtera Tuan Aspan & semua,
Saya selaku generasi lewat 70an sering berfikir apakah budi yang diterima yang mana ianya patut dibalas, saya rasa hampir tidak ada. Melalui pengalaman ketika saya masih kecil, ayah saya seorang anggota tentera mengambil keputusan berpencen apabila saya mula memasuki pra-sekolah. Selepas itu keadaan keluarga saya menjadi susah setelah ayah saya hanya berkerja sebagai jaga dan saya masih ingat ada suatu ketika saya telah mengeluarkan semua duit syiling dalam tabung untuk membantu menampung perbelanjaan keluarga ketika itu. Apabila diperingkat sekolah menengah saya diterima masuk ke sekolah asrama penuh selepas PMR dan merasa gembira pertama kali mendapat biasiswa sebanyak RM 500 setahun akan tetapi saya juga dikenakan yuran pembelajaran sekolah sebanyak RM 450 jadi dari segi kewangan ibubapa masih perlu menanggung saya. Selepas alam persekolahan, saya memasuki kolej tajaan Mara dan mendapat bantuan kewangan kunun nya tetapi yang sebenar adalah pinjaman dan setelah 7 tahun saya membuat bayaran ansuran masih berbaki lagi 3 tahun dengan bulanan sebanyak RM 350. Saya telah beberapa kali membuat surat rayuan mengatakan saya telah lulus perakaunan professional tetapi sehingga sekarang rayuan saya tidak dilayan malah saya disuruh “berterima kasih” dengan membayar balik semua pinjaman walaupun dulu semasa memberi pinjaman pihak yang berkaitan mengatakan pelajar yang telah lulus, baki jumlah pinjaman akan ditukar menjadi biasiswa. Mungkin dulu lain sekarang lain dah kot. Walaupun sudah mempunyai kelulusan agak susah untuk mendapat peluang kerja dan patutlah kawan-kawan saya yang melanjutkan pelajaran di luar negara berasa lebih senang untuk terus bekerja di sana. Contohnya gaji mereka di sana antara 2000 ke 3000 pound manakala harga kereta antara 5000 ke 18000 pound jadi mereka tak perlu nak buat pinjaman sehingga 7-9 tahun seperti kita disini. Jangan convert harga kereta sahaja sebab dalam perakaunan kena ikut “matching principle”, pendapatan dipadankan dengan perbelanjaan. Cuba bandingkan 7 tahun yang lepas saya membeli kereta wira dengan harga 56000 ringgit manakala gaji ketika itu hanyalah 1900 ringgit, nampak tak padan kan. Saya sekadar berkongsi pengalaman untuk renungan bersama, jangan marah ya (emosional) nanti kena jual….

tahar said...

Aku generasi bebas hutang sbb bekas pelajar ITM.... free je. Tapi apa akan jadi dgn generasi baru PTPTN? Kerja belum tentu dpt.... hutang PTPTN sedang tunggu!!! Macamana nak beli kereta, rumah, kawin? tambah hutang lagi le!!! Atau minta emak/bapa bantu? Apa akan jadi agaknya bila sampai tahun 2020 nanti dgn anak2 PTPTN............

Raja Mohammad Azham said...

Assalamualaikum Tuan Aspan.
Saya telah lama mengikuti blog tuan dan mendapati topik-topik yang diketengahkan amat baik untuk pemahaman senario politik Malaysia. Walaupun adakalanya kita berbeda pandangan namun saya sanjung keikhlasan tuan dalam membicarakan sesuatu isu.

Berhubung dengan isu yang diketengahkan ini, saya berpendapat BN tidak sewajarnya terus diberi mandat semata-mata atas jasa lamanya. Mandat yang rakyat berikan kepada sesebuah parti untuk memerintah adalah berlandaskan prestasi baik dalam memberi khidmat kepada rakyat dan kesungguhan dalam menegakkan keadilan kepada semua tanpa mengira warna kulit, agama mahupun darjatnya. Setelah memegang terjau permerintah lebih 50 tahun, UMNO jelas telah gagal. Sistem kehakiman sudah hilang kredibilitinya bukan saja di mata rakyat malah dunia luar. Agensi kerajaan seperti PDRM, SPRM termasuk juga Suruhanjaya Pilihanraya tidak terkecuali dari terjejas kredibilitinya. Presiden UMNO selaku PM magata "Kita perlu ubah sebelum kita diubah" hanya rhetorik semata-mata, walhal jauh di sudut hatinya tiada keikhlasan dan keinginan hakiki. Yang kita nampak, isterinya membelanja wang rakyat bagaikan hak suaminya.

Anonymous said...

yang menjadikan sesebuah negara itu jahanam adalah disebabkan oleh sikap tamak kepada kuasa dan harta.turutan sejarah telah membuktikan fakta ini dari zaman khalifah islam hingga ke hari ini.pada hemat saya apa sahaja parti politik yang ada sekarang hanyalah bertunjang kapada prinsip ini iaitu KUASA & KEKAYAAN.umno telah terlalu lama memrintah dan berada dalam zon selesa,pemimpin umno dimana jua peringkat sentiasa mengimpikan habuan dan kekayaan atas kedudukan mereka.PAS..? bunyi nya indah..memperjuangkan islam, tetapi dari pengalaman saya sendiri berurusan di negeri yang diperintah oleh PR,ramai pemimpin pas sekarang bercerita tentang projek dan komisyen..so apa bezanya pas dengan umno? DAP pula? ini parti kaum cina sebenarnya walaupun ada kaum lain sebagai ahlinya,mereka telah kuasai ekonomi,harta dan kekayaan negara ,apa yang mereka perlu sekarang adalah kuasa untuk memastikan TANAH MALAYA ini akan dapat dikuasai mereka secara total, tidak wujud soal patriotisme dalam kamus mereka. PKR pula apa cerita? ini adalah parti sdn.bhd. sebuah parti untuk orang2 yang tidak berperaturan dan memang tidak akan mengikut apa jua peraturan serta undang2 yang telah ditetapkan oleh sesiapa pun,malahan aturan dan perlembagaan parti mereka sendiri pun tak boleh nak ikut,msyrt agung & pemilihan parti pun macam kartun.Jadi kesimpulannya ......lu pikir lah sendiri aspan,cuma bagitau dekat ur brother yang kerja dengan mukhriz tu (dia cakap dengan i,dia PA mukhriz) janganlah cerita hal projek dengan KOMISYEN je,tu pun kira rasuah jugak tu kan...kan,kan,kan
adios,tq

Anonymous said...

yang menjadikan sesebuah negara itu jahanam adalah disebabkan oleh sikap tamak kepada kuasa dan harta.turutan sejarah telah membuktikan fakta ini dari zaman khalifah islam hingga ke hari ini.pada hemat saya apa sahaja parti politik yang ada sekarang hanyalah bertunjang kapada prinsip ini iaitu KUASA & KEKAYAAN.umno telah terlalu lama memrintah dan berada dalam zon selesa,pemimpin umno dimana jua peringkat sentiasa mengimpikan habuan dan kekayaan atas kedudukan mereka.PAS..? bunyi nya indah..memperjuangkan islam, tetapi dari pengalaman saya sendiri berurusan di negeri yang diperintah oleh PR,ramai pemimpin pas sekarang bercerita tentang projek dan komisyen..so apa bezanya pas dengan umno? DAP pula? ini parti kaum cina sebenarnya walaupun ada kaum lain sebagai ahlinya,mereka telah kuasai ekonomi,harta dan kekayaan negara ,apa yang mereka perlu sekarang adalah kuasa untuk memastikan TANAH MALAYA ini akan dapat dikuasai mereka secara total, tidak wujud soal patriotisme dalam kamus mereka. PKR pula apa cerita? ini adalah parti sdn.bhd. sebuah parti untuk orang2 yang tidak berperaturan dan memang tidak akan mengikut apa jua peraturan serta undang2 yang telah ditetapkan oleh sesiapa pun,malahan aturan dan perlembagaan parti mereka sendiri pun tak boleh nak ikut,msyrt agung & pemilihan parti pun macam kartun.Jadi kesimpulannya ......lu pikir lah sendiri aspan,cuma bagitau dekat ur brother yang kerja dengan mukhriz tu (dia cakap dengan i,dia PA mukhriz) janganlah cerita hal projek dengan KOMISYEN je,tu pun kira rasuah jugak tu kan...kan,kan,kan
adios,tq

Insan Sedar said...

Buat 02:05:00, Teropong Ajaib, Wak Jerman, Abujay, Tahar dan lain2 anon yang bersikap "pembela, prihatin, bertanggunjawab dan berani kerana benar". Setidak-tidaknya, inilah golongan yang boleh berfikir dan mungkin datang dari keturunan orang yang baik-baik yang berlatar belakangkan keimanan dan kebenaran. Komentar2 dari tuan-puan ini, setidak2nya membuka minda masyarakat secara rasional yang berbentuk logika.

Syabas kepada Pak Cik 17:13 kerana nukilan Pak Cik cukup bernas sekali. Keberanian di dalam menunjukkan pendirian Pak Cik, tetap hidup segar sebagai keberanian seorang yang berjiwa perwira.

Buat Tuan Aspan, wadah paparan Tuan adalah realistik, bernas dan menepati kehendak masakini Rakyat dan Negara yang berdaulat.

Insya'allah akan lebih ramai pembaca melawat ke Blog Tuan.

Thanks.

"Insan Sedar"

KahKahKah said...

Untuk komen hal BUDI ni saya nak mencelahkan sikit.

Fakta...! Sekarang TPM kata Rakyat RAJA.

RAKYATLAH ORANG YANG MULA-MULA SEKALI BERBUDI, BUKAN PEMIMPIN. Ketika Rakyat menjadi Raja, yang meminta2 adalah pencacai-pencacai yang ingin menjadi Pemimpin. Ini berlaku sejak dari Merdeka lagi kot...!

Tujuan Rakyat berbudi adalah untuk Pencacai2 ni melaksanakan tanggungjawab dan mengemudi kesejahteraan Rakyat dan Negara. Barulah Rakyat terus berbudi dengan memberi undi dan keringat membangunkan negara. Betul tak....?

Kemudian Rakyat dikencingkan dengan bebanan hidup. Nilai Budi dan keringat Rakyat dah kurang nilai. Hasil Rakyat terus di cukai dengan pelbagai cukai. Betul tak...?

SiPencacai2 yang dah jadi Pemimpin ni pula terus menjadi pembohong, penipu, hidup mewah, membazir, keturunan dan suku sakat dia je... yang kaya raya. Betul tak...?

Jawapannya, bab budi-budi ni tak main lagilah pada anak muda sekarang, sebab Mak/Bapak, Tok/Nenek, semua dah kena kencing.

Kah...kah...kah....!

KahKahKah

Desa Mentari said...

Salam Tuah Aspan,

Setelah membaca komen2 dalam blog tuan ne, fahamlah saya... Banyak pemimpin kita macam dedalu..

Sesiapa nak faham lebih cari hikayat dedalu ne..

1. Menumpang atas nama Melayu untuk kepentingan diri akhirnya Melayu lingkup.

2. Menumpang atas kelemahan rakyat untuk menegakkan kuasa sendiri.

Pendeknya ia akan menjanahamkan apa saj yang ditumpanginya asalkan cita-cita tercapai.

Hampanya rakyat tak berdaya...

Anonymous said...

mantap!

-wanrevo