UMNO masih tidak mahu menerima yang etika kepimpinan merupakan nadi utama dalam penentuan jemaah kepimpinan itu boleh dipercayai atau pun sebaliknya. Jamil Khir Baharom, seorang lagi menteri yang menjadi masalah kepada UMNO. Satu demi satu segala kesalahan jenayah yang menjadi perkara biasa dalam UMNO itu keluar dan menjadi pengetahuan umum.
Yang terakhir selepas isu lembu NFC, timbul isu dua orang menteri yang berkelakuan tidak senonoh dalam kepimpinan. Yang menariknya seorang menteri yang berlatar belakangkan agama yang telah menyampaikan khutbah di tanah suci baru-baru ini telah menggemparkan orang Islam di negara kita ini. Beliau telah menggunakan wang zakat kepunyaan rakyat untuk membayar kos perundangan beliau dalam kes saman Anwar Ibrahim terhadap beliau dan dua orang yang lain dalam isu Qazaf baru-baru ini.
Orang yang mendakwahkan umat rakyat tentang agama ini telah melakukan jenayah, bukan sahaja kepada rakyat malahan terhadap agamanya sendiri. Saya tidak pula mendengar pemimpin DAP di Pulau Pinang menggunakan wang zakat untuk membayar kos perundangan, walaupun mereka lebih banyak melakukan sama pihak yang cuba memfitnah pemimpin DAP itu.
Sekarang ini nampak dunia sudah terbalik; pemimpin Islam menggunakan wang zakat untuk kepentingan peribadi pemimpinnya sedangkan DAP pula menambah peruntukan kepada majlis agama Islam P Pinang berlipat kali ganda jumlahnya. Bagi saya, pembongkaran satu demi satu isu jenayah yang dilakukan oleh pemimpin UMNO ini merupakan satu petunjuk yang meyakinkan kita bahawa, ‘bangkai gajah memang tidak boleh di tutup dengan nyiru’.
Sekarang bagaimana Jamil Khir hendak mendakwahkan kita rakyat untuk berbuat ‘amal makruf nahi mungkar’, sedangkan beliau melakukan perkara yang terbalik, iaitu, ‘amal mungkar nahi makruf’ pula. Mulutnya berbunyi Islam sedangkan perbuatannya melanggar kehendak tuhan. Memakan duit zakat serupalah seperti menzalimi anak yatim piatu. Ini kah jemaah yang menuduh orang itu orang ini dan parti itu parti ini anti Islam sedangkan perlakuan mereka ini menentang hukum Islam secara ‘head-on’.
Apa yang dilakukan oleh Jamil ini bukan perkara yang kecil. Jika benar beliau seorang yang tunduk kepada agama, etika kepimpinan wajar dihormatinya. Kalau seorang yang bukan Islam di England seperti Blanket boleh meletakkan jawatan semata-mata kerana mempercepatkan permohonan permit kerja’ amah’ kepada teman wanitanya, kenapa Jamil dan pemimpin Islam yang lain enggan menerima tata-cara agamanya yang suci ini? Jamil boleh tengok jika ada nas-nas yang membolehkan beliau termasuk ke dalam aznaf yang lapan itu.. Bolehlah beliau menerima wang zakat setiap tahun.
Sepatutnya Jamil Khir wajar meletakkan jawatan secara sukarela untuk menjaga imej dan maruah (jika ada maruah) kerajaan yang memerintah. Pendeknya apa yang berlaku sekarang ini menunjukkan yang memberi masalah kepada negara ialah kepimpinan dalam UMNO dan barisan.
BBMB (bekas bakal MB) Kelantan, Awang Adek, pun tidak terlepas dari menghadapi kecurigaan rakyat dalam waktu UMNO sedang menghadapi saat yang paling getir pada hari ini. Di mana lojiknya beliau mengatakan jumlah ratusan ribu wang yang di kreditkan ke dalam akaunnya itu adalah derma kepada parti? Entah mana satu pemimpin UMNO yang terlepas dari imej buruk ini dan rakyat sentiasa berfikir siapa kah hero yang bersih di dalam UMNO kini….tiada siapa. Oleh itu siapa yang boleh memberikan persepsi bersih untuk UMNO kalau keadaan sudah sampai keperingkat ini?
Takkan lah setakat ayat-ayat quran yang dibaca oleh Muhyiddin Yassin boleh menutupi segala kerja hina dan buruk ini dari rakyat. Kita mesti ingat, ayat-ayat quran itu hanya akan menjadi mustajab bergantung kepada siapa yang membaca dan mengamalkannya. Pemimpin yang membaca ayat-ayat quran ini adalah salah satu ‘proponent’ kepada kerajaan yang telah membiarkan negara kehilangan sebanyak RM1 trillion yang dilarikan ke luar negara sejak sepuluh tahun dahulu.
Rakyat sekarang sedang menghadapi masalah yang amat kronik: siapakah di antara yang memimpin kita dalam kerajaan persekutuan pada hari ini boleh diyakini untuk membina negara yang bersih dan bermaruah?
Selalunya UMNO dan penyokongnya yang dibayar itu akan mencarut dan memaki hamun dengan segala longgokan fitnah untuk mempertahankan mereka yang tidak bertanggungjawab ini.
42 comments:
Cerita pasal dakwah. Tetapi yang dibuatnya lain. Jamil...jamil..!
Itulah akibahnya bila masuk UMNO.
Tidak ada lagi pemimpin UMNO yang boleh dipercayai bro AA.
Jika benar DAP telah berunding dengan sdr AA, teruskanlah. Tidak ada apa yang perlu dipertimbangkan lagi.
UMNO sudah sesat terlalu jauh sehinggakan tidak ada lagi perkara yang hendak dipertahankan oleh parti itu.
Sdr sabar dengan kata-kata nesta dari blogger pro UMNO keparat ini.
Aspan Alias,
I think you are going to be in DAP.
Please do it bro. I am told you will be contesting in Seremban. If that is true then you have seven votes from my family.
i shall also talk about it with my in law's family.
Sap sap sui bro. I shall communicate with you through your email. Let's talk about it and please come to my house in Sikamat.
Malaysian insider really enlightened me yesterday bro.
Tn hj,
Saya samalah seperti MKH. Jika sdr bertanding di seremban, ia merupakan satu kelainan.
Saya ternampak sdr makan di Hardy Restaurant bulan lepas. Saya nak tegur takut silap orang.
Saya akan cuba bercakap dgn keluarga saya. Kalau tidak semua setengah boleh saya bawa bersama.
Orang tua-tua kata 'kalau bapa kencing berdiri anak kencing berlari.'
Orang N9
Salam Pak Aspan,
PAS dan DAP boleh menggugat UMNO dan MIC di DUN Endau, DUN Tenggaruh dan Parlimen Mersing sekiranya ada calun yang kuat dan berkarisma.
Untuk PRU13, secara peribadi saya nak tengok UMNO/BN Mersing di tumbangkan. Mereka perlu diajar kerana selama ini mereka hanya menjaga dan mem`faraid' projek-projek untuk kontraktor Kelas F UMNO.
kami rakyat biasa yang bukan kontraktor kena jaga diri kami sendiri. Kali ini kami nak wakil rakyat dan MP yang nak dengar suara kami, orang-orang kebanyakkan Mersing.
Pak Aspan mesti datang Mersing satu hari nanti kempen untuk DAP/PR. Kemungkinan DAP lawan BN kerusi Parlimen Mersing.
Projek ABU mesti jalan terus!
Tok Pan,
Zaman Tok Det ada Mid..Man, orang Sik tahu lah hal nya dengan jiran keliling. Ujung tahun 2011 dengar2 dah p 'underground'..Al-Fatihah.
Zaman Lah had..hari-hari ada May..itah, siap masuk paper sebab gaduh dengan (dua2 Pensyarah plak).Masa mai Baling siap bagi motivasi/ceramah berbaik2 dengan jiran (hat pi dengar siap sembur tui..)
La nie zaman Tok Jib..bby 1M..em.Mai J..emal, tapi terlupa plak nak mengajar Pe..em rukun haji. Kesian org. tua tu kena balik awal (hat nie kena Tanyalah Ustaz-tv9). Apakah pandangan ustaz?. Nanti tahun 2012PUZ kena uat banner memaklumkan umat islam pindaan asnaf yg lapan ke N9..maaf N9 merujuk Tok Pan..He3..selamat bertanding di ko..pilah (hearsay kata banyak isu2 menarik diN9)
-sender Rakyat Jenny (Jeniang la tu)
There you are, Pak Aspan. Tunggu apa lagi? Sama-sama kita ranapkan BN!Saya doakan kejayaan Pak Aspan dimana sekalipun Pak aspan bertanding. Of course, kalau boleh saya mahu Pak Aspan bertanding di Subang Jaya sebab saya telah bermastautin di SJ sejak 25tahun dan seluruh ahli keluarga kaum kerabat ada disini, dan siang-siang saya katakan takada siapa dikalangan kami yang undi BN :)
Terbaik,,, den sokong ekau Bang,,,,, tapi Rosli kono hati hati dgn mamat tu.
Keep on with
your good work bro. Your writings have enligten Malaysians Tq
Salam Tuan,
Saya pun selalu terpikir kenapa majoriti negara2 Islam serta pemimpin2 nya sering terlibat dengan isu2 rasuah, penyelewengan, pencabulan hak asasi manusia, penindasan,pembolotan kekayaan negara secara haram ?
Adakah ini merupakan dugaan dari Allah ataupun balasan daripada dosa2 yg kita semua lakukan tanpa disedari...?
Atau sekadar Allah ingin mengurangkan kuota ke syurga untuk orang2 Islam (nisbah 1:40)..?? Hehehehe....
hanya kaum itu sendiri mampu mengubah nasibnya. harapkan parti politik, nasib kaum jadi taruhan utk kekal berkuasa.
The report by Malaysian Insider about you yesterday excites me
AA
Big dog hit you hard bro. What's your comment?
smalldog,
I didn't read his article on me but a few called me asking for my comment on what he wrote.
I must say that it's not right for me to comment as I am talking different language from him.
i was already active in politics while he was still baby in the cradle.
His comment does not injure me or anyone else.
Perpatah Melayu ada berkata, 'orang julung berkeris, batang pisang pun di sanggahnya.
It's okay, he is still my small friend even though he doesn't look small.
Thanks smalldog. cheers.
Tuan AA,
It's heartening that a party has approached you to invite you to join. I support you 101%! Nomatter which party is it, as long as it is a party of integrity - please go ahead!
Wish you all the best.
Pro UMNO bloggers are already taking you on bro AA. Saylah something bro.
Tuan Aspan,
Pasal Pak Jamil Khir ni bukan sati isu besar buat UMNO. Yang di saman itu bukan atas batang tubuh beliau tetapi atas sifat jawatan beliau. DSAI yang menyaman beliau makanya DSAI lah yang menyebabkab duit zakat terguna pakai. Jika Jamil Khir bukan menteri yg bertanggungjawab akan hal ehwal agama maka pastinya DSAI tidak menyaman beliau. Adil ke untuk beliau guna duit poket nya sendiri untuk membela diri sedangkan beliau di saman atas kapasiti jawatan yg di sandangnya (ini keyakinan puak UMNO).
Jawapan kepada persoalan guna wang zakat ini bergantung kepada puak mana anda berkiblat. Jika Puak UMNO maka DSAI lah punca masaalah ini. Jika DSAI tidak menyaman maka wang zakat tidak terguna. Jika anda Puak PR maka pastinya apa yg ditulis oleh Tuan Aspan inilah yang kalian yakini.
Jika benarlah apa yang diberitakan tentang hijrahnya tuan ke DAP, selamat berjuang buat tuan. Pendirian saya telah saya nyatakan dalam email saya pada tuan beberapa bulan terdahulu. Buat yg risau dgn cemuhan yg akan Tuan Aspan terima (termasuk saya yg panas telinga baca), yakinlah yang Tuan Aspan kita ini tahu apa yg akan beliau hadapi. Jika beliau mahu hidup tanpa gelombang baiklah beliau duduk diam2 di rumah bermain bersama cucu. Doa saya agar tuan tidak tergelincir bila berada di atas gunung.
jaydee,
Terima kasih sdr. Sebenarnya saya belum mengambil keputusan dan jika ada yang menghentam saya itu biarkan sahaja.
Saya telah mengambil sikap untuk beristgfar banyak-banyak sahaja.
Yang menghentam saya itu kebanyakannya orang baru dalam UMNO atau penyokongnya yang tidak tahu apa yang mereka sokong.
Istigfar sajalah kita bro. Kita kan bertuhan dan berakidah. Saya bukan bertukar akidah sebaliknya hanya bertukar wadah.
It's okay bro. Saya bukan kanak-kanak hendak respon dengan mereka itu...biarkan.
Awang Adek berdaleh wang tersebut diterima buat sumbangan orang-orang miskin, kononnya. Kalau demikian, mengapa cek yang diterima perlu ditukar dengan "wang tunai" terlebih dahulu dan wang yang sama kemudiannya dimasukkan kembali sebagai deposit kedalam akaunnya kemudiannya ? Jawabnya adalah kerana Awang Adek berbuat demikian untuk "mengkaburkan denai perjalanan wang" (atau AUDIT TRAIL dalam bahasa kami sebagai AUDITORS) tersebut. Sebagai bekas Pegawai Tinggi Bank Negara, Awang Adek faham akan risiko yang dihadapi jika cek itu terus dikredit kedalam akaunnya dan telah memilih melakukan apa yang di lakukannya dengan NIAT. Awang Adek oleh yang demikian tidak boleh dimaafkan.
Menyentuh "Amal Mungkar Nahi Makruf", ia telah menjadi amal cerdik pandai agama kita diakhir-akhir ini. DiMasjid Bulat kami ia berlaku didepan mata ahli kariah. Yang mentadbir masjid mengelak dari menjawab persoalan dan ahli kariah memandang serong apabila persoalan diketengahkan. Bak kata Sdr SEMUANYA SUDAH TERBALIK : ALIAS DASUKI
Yes Bro.. Istigfar saje bro.. i like.. saya pun slalu buat cam jika anything happen, then all gone & we still calm...
ulasan abang terhadap pemimpin umno sekarang memang tepat.
Tuan AA. Ibni Ismail tu rakan tuan kah? Macam mana orang dungu yang sering menyanyikan lagu bangau oh bangau boleh menjadi rakan penulis yang sharp dan indah lenggok bahasanya? Oh! ya, betul tu jawapan tuan.... kita kena berkawan dengan semua orang dan semua peringkat walaupun otak mereka hanya yang tinggal di kepala lutut sahaja... terima kasih.
Pak,
"Mungkar" does not exist in the UMNO vocabulary nor does it has any meaning. Having said that it would be obvious that "maaruf" has different meaning for UMNO which is totally opposite what Islam and "nilai melayu" taught us. For UMNO, there is no bribery and corruption, ONLY money politic and "you help me, I'll help you (songlap or hide a crime or persecute your and my enemy) hence they are SINLESS because to them those are not "mungkar", just a normal day to day occurrence in UMNO!
For UMNO, Maaruf is only applicable to their kith and kin and of course cronies and pets such as computer literate dogs and sub humans. Other that that, ordinary and "marhaen" people doesn't deserve their sympathy and pity only contempt and slavery! To UMNO, ordinary Malaysian are not even 2nd class citizen but are mere slaves and livestock ready to be sold and slaughtered whenever it suit them. Therefore it would be stupid for Malaysian to expect anything decent and good from UMNO and of course hoping that UMNO will uphold "amal maaruf, nahi mungkar" would be akin to pushing a cow through a needle hole, an impossible task to begin with (not unlike trying to rear cows in a multimillion RM condo), it's illogical and impractical, simply because UMNO exist for corruption and breathe bribery!
Nick.
Sir,
I tabik you for being so courageous and different.
Pls carry on writing.
ini balasan yg nyata bagi puak2 yg menolak hukum HUDUD
Sdr Ibni Ismail,
Kalaulah benar Jamil Khir disaman bukan atas kapasiti peribadinya tetapi atas jawatan yang disandangnya, maka persoalan-persoalan berikut adalah relevan:-
1. Adakah mana-mana peruntukan yang membolehkan wang zakat digunakan dalam kes-kes mahkamah seperti yang dihadapi Jamil Khir ?
2. Bagi penjawat-penjawat awam yang berhadapan dengan kes-kes sivil atas kapasiti jawatannya, lazimnya khidmat Federal Counsel akan diminta mewakili mereka;
3. Ketua Audit Negara tentu mempunyai asas-asas dan bukti-bukti kukuh berhubung penyalahgunaan wang zakat berkenaan sebelum keputusan dibuat memasukkan ke dalam lapurannya.
Jamil Khir tidak seharusnya terus berdiam diri. Beliau perlu memberi respons dan penjelasan kepada Ketua Audit Negara.
Orang N9
Tuan AA
Semua bloggers BN/UMNO yang dibayar gaji sudah makan kapur masa ini.
Nampak Tuan double (A) dah kena lamar oleh pembangkang secara indrect. Jangan tunggu lama-lama nanti di ambil orang. Bertanding lah menentang BN/UMNO yang kurapsi itu dan pasti Tuan double AA akan dapat undi kami semua. GO AA GO
Saudara Aspan
Saya mengucapkan syabas kepada saudara kerana saudara beriltizam terus berjuang untuk negara berwadahkan ABU.
Saya diperingatkan kesah rakan saya yang makin dan lebeh berjaya dalam dunia korporat selepas persaraanya. Begitulah saya sungguh berharap saudara akan begitu hebat lagi berjaya.
Salam Pak AA,
walau caci maki dan carutan yg pak AA dapat..teruskan perjuangan..yg mencaci itu baru bertatih mencari kebenaran..anggaplah mereka masih diulit mimpi kesenangan sebelum melutut menagih kemaafan..
lancang sungguh bertempik "bankrupt politic" ,padahal x habis2 isu chauvinis..isu yg dimainkan isu membosankan, itu yg patot dipanggil bankrupt politics....wut a pethetic..
hook o crook ABU..selamat berjuang Pak AA..
Reading all the comments, they give hope to Malaysia.
Tuan, if good men don't run Malaysia, bad men will continue to rob us dry.
Tuan Aspan
Berita yang amat mengembirakan. Puas saya cucuk, you tak beri komitment hingga kini.
Tak kenalah kan mengutuk UMNO tapi masih menjadi ahli.
But why DAP, and not PAS.
Bolehkah DAP menerima orang Melayu sebagai MP or Adun. Memanglah dia nak Melayu untuk mengikis tanggapan dia parti China dan racist.
Tapi yang saya bimbang you bertanding di tempat China dan mereka tak mengundi Tuan.
I would like to see you and Bro Sak as MP or Adun.
Quiet Despair,
Insyallah, they will vote for me if I join DAP and allowed to contest in the coming PRU.
BUT we have not promised each other anything. We only talk about politics and never discussed about being a candidate if I were to join the party.
I like the integrity they uphold and their transparency in governing the state of Penang.
Others can say otherwise but I am comfortable with them.
i shall decide soon whether to join them.
Thanks.
Politics will be politics. But if good man runs the party, God willing, rakyat will have better days!!! Tuan, the challenge has just begun. God will c through our hearts. He will help those with clear conscience, those who help n not rob, those who love n not hate. God willing, Malaysia will be peaceful n prosperous.
Tuab AA
Jamil mesti didakwa di mahkamah atas tuduhan pecah amanah. Mungkin dia kata dia cuma pinjam dan dah bayar, Jamil mesti ingat duit zakat bukan untuk advance atau modal pusingan. "Mulut berbuih berzikir dan berdoa tapi kalah perangai kapir yg minum arak dan makan babi," kata Isham Rais (TT)
sir aspan, as long as you're color blind, you'll have many support from others.
salam...
kepada semua yang memberikan komen,
Saya berterima kasih kepada anda sekalian kerana memberikan semangat untuk kembali berjuang dan saya menghargainya.
Saya tidak dapat mencari apa yang lebih besar dan berniali untuk saya berikan kepada anda sekalian selain dri mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
Saya tidak mampu untuk memberikan RM500 seorang untuk menyokong saya. Saya hanya mempunyai kudrat sedikit sebanyak yang ada dalam mengharungi sisa-sisa hidup saya dan saya mengiktiqatkan perjuangan ini sebagi ubudiah saya terhadap rakan-rakan senegara yang sedang dalam 'soul searching' sekarang ini.
Seandainya saya mengambil keputusan untuk terjun dalam perjuangan dan spirasi saudara sekalian saya pohonkan doa terus menerus agar cita-cita kita semua sentiasa dalam keredhoanNya.
Terima kasih.
My hair stands on end reading the comments condemning you and Sakmongkol in Big Dog's blog. Some are very personal.
QD,
Big Dog thinks TDM is still the PM.
He is just a foot soldier for the exPM.
He is paid to condemn others.
benda2 ni 'dah lama dah' depa dok buat bermula dari pm ke4. baru bangkit tidoq kot?
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung sekalian.
Alhamdulillah! Enak sekali permulaan tajuk artikel ini! Ditambah huraian lanjut saudara akan para abdi UMNO 2 ini ... So, teruskan lagi dan angan gentar! Yaqinlah, Allah bersama kita.
Benar sekali perbandingan yang saudara sebutkan. Maknanya, kalau menteri yang Islam sendiri tunjuk contoh tak baik, bagaimana kita sebagai orang Islam mampu meyakinkan non-Muslim akan kesucian aaran kita? Mana tidaknya mereka yang non-Muslim akan mempersendakan kesucian Islam, sedangkan para tukang senda itu juga yang dipertahankan? Justeru, kesalahan MCA dan sekutu-sekutunya yang meremehkan hukum Hudud itu, umpamanya, bukankah ianya tak lain dan tak bukan, hasil didika Muslim fasiq sebegitu? Sebab itu, berani saya katakan, kerana kedajjalan Mahathirlah para menteri Melayu Muslim dalam UMNO ini juga sudah terkunci minda mereka. Ya tak? Dengan TPM yang menggunakan nas-nas Al-Quran untuk menghalalkan tindakannya mencerca DAP, kini, dengan hebohnya berita penyalahgunaan wang zakat, seterusnya ... Entah apa lagilah, barangkali, inikah namanya Negara Islam? Dah tu, bagaimana Muhyiddin sendiri ketika menjadi Menteri Pertanian beberapa tahun dulu boleh dengan semberono membiayai projek yang belum tentu berhasil melalui jalan belakang, yakni, kerana Shahrizat itu adalah antara menteri kabinet, juga antara wanita UMNO yang berprestij? Bagaimana juga PM boleh dinobatkan daripada seorang yang memang diragui keperibadiannya lagi masih dalam bicara makamah akibat tindakan semberono ke atas warganegara lain? Bukankah ini juga mencalit imej Islam di peringkat antarabangsa? Padanlah, non-Muslim hanya faham Islam sekadar agama ritual dan penganutnya adalah pengganas, kan?
Dengan ini, cukuplah rasanya kita rakyat jelata ketika ini memerangi para bangsawan haram ini sehabis mungkin biarpun hanya di atas sehela kertas dan dengan sebatang tinta. Semoga setelah itu, kita beroleh pengganti yang benar-benar bersih, cekap dan amanah lagi berintegriti selaras rahmat untuk seluruh alam dik pensyariatan Islam suci nan murni ini. Menutup bicara, tapislah ketidakwajaran ulasan saya, kerana yang sempurna itu hanya Allah.
Terima kasih dan selamat berjihad.
brother aspan,
teruskan, Allah pasti bersama mu.
Post a Comment