Rakyat sedang menghadapi terlalu banyak masalah yang berat akibat kelakuan dan sikap pemimpin kerajaan kita yang tidak mempunyai disiplin kepimpinan serta pemikiran. Sebagaimana yang telah selalu saya katakan masalah yang kita hadapi ini berpunca dari masalah kepimpinan negara.
Sekarang ini kepimpinan negara sedang menghadapi krisis keyakinan yang paling getir dalam sejarah kemerdekaan negara. Krisis ini sudah lama menular tetapi kerajaan dan parti yang memerintah masih boleh menyangkutkan kesinambungan kuasa yang dipegangnya melalui saki-baki sokongan dan kuasa yang masih berada di tangan mereka.
UMNO tidak lagi mempunyai kepimpinan yang jitu kerana akhir-akhir ini krisis keyakinan ini ditokok dan ditambah oleh isu-isu baru, kesemuanya berkait dengan salah guna kuasa dan rasuah. Tidak ada pertembungan di antara dua atau lebih dalam UMNO berkaitan dengan perjuangan. Semuanya kena-mengena dengan wang ringgit dan laba harta yang tidak berkesudahan.
Selepas isu NFC dengan Sharizat, timbul pula isu Awang Adek dan sebelum itu isu menteri yang menjaga agama yang tidak amanah menggunakan wang zakat untuk membayar kos guaman peribadinya. Sharizat pula menambah lagi dengan berkata tidak ada pemimpin dalam kabinet atau parti yang tidak bermasalah. Ini semua berlaku dalam beberapa minggu ini dan jika hendak diluruti sejarah satu dekat yang lalu timbul pula wang rakyat dan negara telah dilarikan keluar negara sebanyak RM1 trillion.
Sekarang ini kita tidak lagi menyebut jumlah yang berbillion. Kini kita menyebut jumlah kecurian yang berjumlah trillion-trillion ringgit. Masyaallah, rupa-rupanya negara kita negara kaya sehinggakan dalam tempoh sepuluh tahun sahaja sebanyak RM1 trillion telah dibawa lari ke luar negara oleh mereka yang tidak bertanggungjawab kepada negara.
Bila berfikir tentang isu satu trillion ringgit yang dilarikan keluar negara ini, saya teringat kepada gerakan mencapai kemerdekaan negara dulu. Pemimpin-pemimpin kita dahulu telah berusaha untuk melepaskan negara dari cengkaman penjajah British. Tidak payah kita ulangi proses dalam mencapai kemerdekaan itu.
Tetapi apa yang hendak saya sentuh ialah salah satu matlamat penjajahan British dahulu ialah kerana British telah mengaut kekayaan negara kita untuk di bawa ke Britain dan Britain telah dapat membangunkan negaranya dengan menggunakan hasil mahsul tanah-tanah jajahannya termasuk Persekutuan Tanah Melayu.
Kita menuntut kemerdekaan dari British dan kita berjaya mendapatkannya. Setelah merdekanya negara salah satu yang pimpinan kita lakukan ialah untuk membawa kembali syarikat-syarikat perladangan, perlombongan serta semua syarikat-syarikat besar-besar ini yang telah mengalirkan sumber kekayaan negara kita ke Britain. Itu dasar kerajaan kita untuk mempastikan hasil mahsul negara berkisar di dalam negara ini.
Pada penghujung pimpinan Tunku A Rahman , dan seterusnya semasa pimpinan Tun Razak serta Hussein Onn pimpinan-pimpinan ini telah membawa masuk Tengku Razaleigh Hamzah sebagai arkitek dan pelaksana kepada proses mengembalikan harta kekayaan negara yang mengalir ke luar negara terutamanya ke Britain kembali ke negara kita dahulu
Semasa bangsa Melayu dan bangsa-bangsa lain di negara ini masih tidur lena dalam isu ini, Tengku Razaleigh dengan kebolehan teknokratnya telah membawa kembali syarikat-syarikat ini bermula dengan membawa balik Tradewind Bhd, Harrison and Crossfield yang sekarang ini di beri nama Golden Hope, Sime Darby (perladangan) London Tin (sekarang MMC) serta Guthries pada 7hb septembar 1981.
Kejayaan cemerlang Tengku Razaleigh inilah yang menyebabkan politik beliau dimalapkan oleh pemimpin yang cemburukan kebolehan beliau itu. Zaman itu jugalah zaman pemimpin berkelibar dalam UMNO dikuburkan oleh kerana keenakan kuasa yang sedang dirasakan oleh setengah pemimpin yang rakus dalam UMNO.
Itu usaha kerajaan kita dengan semangat kebangsaan pimpinan negara kita. Tetapi sejak itu kepimpinan negara tidak memberikan keutamaan kepada mengekalkan kekayaan negara kita untuk berada di dalam negara. Sebaliknya melalui kerja hina rasuah dan menyalah gunakan kuasa keadaan telah terbalik.
Sejak dari itu di atas nama membangunkan negara maka pimpinan kita telah membiarkan kegiatan merompak harta kekayaan negara oleh kaum kita sendiri dan sejak sepuluh tahun yang lalu, sebanyak RM1 trillion telah di curi dan dibawa keluar negara. Sebenarnya kerja ini telah berlaku sejak pertengahan pimpinan Mahathir pada penghujung tahun lapan puluhan dahulu.
Apabila kerja membawa ke luar negara wang dan asset negara ini, ia tidak ubah seperti tindakan penjajahan British dahulu. Bezanya hanya kalau zaman penjajahan orang Inggeris yang membawa kekayaan kita ke Britain, tetapi bemula dari pemerintahan Dr Mahathir kerja memunggah kekayaan negara ini keluar ini dilakukan oleh bangsa kita sendiri. Orang kita sendiri secara salah telah memunggah kekayaan negara kita keluar.
Oleh yang demikian kita sekarang seperti berada di zaman penjajahan dahulu. Harta kekayaan negara kita di sorok keluar negara dalam jumlah trillion ringgit. Kalau dahulu British membawa kekayaan negara kita secara sah melalui syarikat-syarikat gergasi ini, sekarang orang-orang kita yang menjadi kroni membawa wang dan kekayaan negara secara haram, Sejak 10 tahun dahulu sebanyak RM1 trillion telah di angkut keluar secara haram dan angka ini tidak termasuk angka bagi tahun-tahun sebelumnya.
Justru kita ingin bertanya, jika ini yang berlaku benarkah kita sudah merdeka? Kalau negara kita sudah merdeka kenapa wang kita sebanyak itu dicuri dan dibawa ke luar negara dengan cara yang salah ini. Nampaknya kalau dahulu kita dijajah oleh orang Inggeris kini kita dijajah oleh orang kita sendiri. Bukankah tindakan mencuri wang takyat dan negara ini merupakan tindakan pengkhianatan kepada negara?
‘Penjajah” Melayu inilah yang sedang menekan kita untuk terus menyokong mereka supaya mereka boleh meneruskan kegiatan haram mereka terhadap harta benda kita semua. Mahukah kita terus diperbodohkan terus menerus sebegini?
Sekarang ‘penjajah baru’ ini sedang melakukan apa yang cuba dilakukan oleh Malayan Union British dahulu terhadap kita semua. Bukankah orang Melayu tidak menerima cara Malayan Union ini?
Kalau dahulu Malayan Union di tolak oleh UMNO (asal) dahulu maka kita harus menolak pentadbiran ala ‘Malayan Union’ yang dilakukan oleh UMNO yang baru ini. Cara untuk melakukan penolakan ini macam mana?
Caranya ialah ABU! Bukan ke? Apa lagi cara lain? Kita hendak lakukan melalui UMNO juga? Tidak mungkin kan? Nanti ada yang kata kita tidak laku dan bangkrap politik pula.
DAN yang bercakap kita bangkrap politik ini adalah orang yang masih ‘bercabang kencingnya’….yang masih belum kenal yang mana tangan untuk menyuap nasi dan tangan untuk beristinja selepas membuang air besar.
Astagfirullah!!
25 comments:
AA,
You are spot on. My 2 sons just registered as voters last week with Seremban constituency.
You will get both. Spoken to him last night.
AA,
It will very heartening if you be decisive in joining DAP.
Please get it done bro. You are indeed a brave and a person who thinks outside the box.
Selamat berjaya AA. Saya panjatkan doa selalu.
Pak,
I think the label "kencingnya masih bercabang" is too nice for the likes of morally bankrupt people. But then again why should we go down to their level of immorality and indecency! Let UMNO and its beasts monopolize those despicable deeds and acts, for we, decent and ordinary Malaysian, have rejected immoral and indecent politics being played by UMNO and its cohorts. As we reject UMNO through the ABU campaign, let us also free ourselves from their politics of lies, lewd and licentious. Let us be free of UMNO and its excrement. Only then will we be truly MERDEKA!
Nick.
Tepat sekali Pak " orang yang masih bercabang kencing nya" kah kah kah macam anjing kencing itu la orang nya.
Yes, AA.
umno is ' Penjajah ' Melayu.
Lets bury them and free us all.
We dont need umno !
Mereka takut hilang kuasa kerana banyak dosa kepada rakyat dan negara. Hilang kuasa bermakna hilanglah immuniti mereka.
Salam Saudara Aspan
Mereka yang menghina saudara dan Dato' Arif Sabri sambil menyokong korupsi dan penyelewengan kuasa yang hanya membangkrapkan perjuangan Melayu adalah mereka itu adalah pembelot dan bangsat Melayu sebenarnya.
Kami lebeh ramai lagi orang Melayu dari mereka yang sudah tidak mempercayakan UMNO kuat dan gagah memperjuangkan kepentingan orang Melayu, mereka itu lebeh mengkhianati amanah dan pembelot sebagai pemimpin dan pejuang untuk orang Melayu. Jelas dengan pencapaian setakat selepas 50 tahun orang Melayu maseh ramai lemah dan kurang daya saing dalam segala pembangunan kaum di Malaysia, di perantauan dan di dunia. Maseh sekarang sering-sekali di takutkan Melayu umum maseh dan terus menghadapi keadaan kehampaan dan terdesak dari hampir kesemua aspek politik dan socio-economy.
Ini jelas di pertunjukkan dengan mereka sendiri rasa terdesak dan terhampa orang Melayu yang berduyun-duyun tidak lagi mendengar rayuan dan desakan kepimpinan UMNO lagi.
Ya, mengapakah UMNO tidak rasa begitu confident memandangkan mereka telah berkuasa gagah selama lebeh 50 tahun?
Selalunya yang gagah sipejuang itu adalah dia yang senang dan confident dengan kekuatan perkasanya. Dimana perkasanya yang telah terhakis dengan pembelotan dan pengkhianatan amanah!
Bandingkan rasa kekuatan diri kepimpinan DAP atau PAS dengan yang ada pada diri kepimpinnan UMNO.
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Alhamdulillah! Syabas! Teruskan! Biar seluruh dunia tahu! Hanya inilah caranya yang mampu mengajar puak-puak dajjal ini. Biarkan mereka terhina dunia akhirat.
Ya, benar sekali. Saya memang tertarik dengan fakta yang dikemukakan, khasnya kepimpinan sejak Julai 1981 itu. Sejak dimulai slogan "Bersih, Cekap & Amanah", bolehlah saya rumuskan bahawa slogan itu tinggal slogan sahaja. Sudah pasti, ia disebabkan oleh aspirasi negatif yang berselindung di sebalik hukum-hakam suci an murni demi ketaatan secara membuta-tuli terhadap seorang yang hanya pakar dalam bidang perubatan, tetapi memandai-mandai bin rakus ampu para hamba dan abdinya. Namun begitu, tragedi Memali, November 1985, sedikit sebanyak menyumbang terhadap kebocoran rahsia kelemahan pentadbiran ketika itu memaksa pengharaman UMNO, seterusnya menubuhkan UMNO 2 yang ada kini. Malah, bukankah ketika krisis kepimpinan genting sebegitu, Allahyarham Tunku Abdul Rahman yang masih panjang umur, berkali-kali mengutuk keras kepimpinan doktor gila kuasa ini? Tapi, sayang trillionan kali, dia ni begitu gah dalam kejayaannya mengunci minda rakyat yang telah hilang kepercayaan terhadapnya dan partinya atas kebijaksanaan para abdinya, ditambah susah sekali memperoleh maklumat dan berita yang adil lagi saksama. Tapi, syukur alhamdulillah, segalanya telah, dan insha Allah, akan berubah ... Renungkanlah baik-baik, janji-Nya untuk memenangkan agama-Nya di atas segala bentuk agama ciptaan dan ideologi ciptaan manusia kuffar dan fasiq ini, meskipun dibenci keras golongan seperti mereka. Ya tak?
Di sini, saya suka mencadangkan saudara memaparkan sejarah kepmpinan negara daripada terawal (Malayan Union/pra-merdeka) sehingga terkini secara berperingkat menerusi artikel-artikel saudara selanjutnya agar kami, rakan-rakan pengunjung, beroleh maklumat sejelas-jelasnya agar tak goyah walau dihimpit dan diasak. Semoga pilihan kita, insha Allah, mampu menyelamatkan kita serta Malaysia dalam dakapan rahmat, berkat, ampunan dan redha-Nya. Yang baik dan sempurna hanyalah Allah; justeru, seperti biasa, tapislah apa yang kurang wajar daripada saya demi manfaat bersama.
Terima kasih dan teruskan berkarya ...
'Tis a lesson to be learnt from this alleged misappropriation of funds.
If you ever become a rep, hope you will not be like them.
But most times, once you get power, you will be doing the same as the people you castigated.
Politicians are the same. With power, comes greed and gluttony.
MP for Seremban? Best of luck to you.
Tuan Aspan,
Saya setuju dengan pemikiran tuan itu. Teruskanlah perjuangan tuan. Cuma saya harapkan tuan usahlah berbahasa sebagaimana bahasa mereka. Kita mestilah berbeza cara barulah kita tidak menjadi seperti mereka.
Ada rakan yg tersalah anggap tentang komen saya dalam posting Jamil Khir yg lalu. Kelemahan saya dalam mengolah ayat.
Pak Aspan
Please do not join DAP. Stay with UMNO like you stay on with your good childhood friend. Politics is never about absolute things. You are the antibody of UMNO, fighting the bacteria and virus from within.
The self-destruct mode of UMNO now is a historical necessity, wihout which the destruction of UMNO is unwarranted and unjustifiable. Please keep on fighting. We have enough of people hopping from one party to another. Selamat Tahun Baru.
Zaidi,
I am taking your advice as a sincere opinion of a serious citizen of the nation.
As I have said few times, I have not decided to join DAP, the party which I perceived as a clean party with integrity and transparent. BUT I am close to make the decision to join them.
Saya faham maksud saudara tetapi saya juga faham yang UMNO tidak dapat diperbaiki lagi. penyakit dalam UMNO sekarang sudah menjadi 'cancerous' dan ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya sangat garang-garang seperti cell baik yang dimamah oleh cell-cell yang jahat dalam tubuh kita.
Akhirnya tubuh itu (UMNO) akan mati juga akhirnya. Tidak ada jalan lagi untuk UMNO memperbaiki diri sekarang ini.
Rakyat sudah jemu dengan perangai dan sikap pimpinan UMNO. Satu lepas satu isu berbangkit sekarang ini. Tidak ada kerja lain yang rakyat hendak buat selain dari membaca dan melihat kita diperbodohkan oleh pimpinan hari ini.
Permainan isu rasis tidak terbendung lagi dan isu itu sahajalah yang dijaja kesana kemari sambil menakutkan rakyat. Kami di bawah ini mahukan isu rasis ini di hentikan kerana kita mahu hidup dalam keadaan aman.
Sesungguhnya UMNO tidak mahu melakukan perubahan sejajar dengan kehendak semasa.
Saya mahukan kehidupan bermuhibbah di antara semua kaum dan masyarakat.
Saya mahu lihat generasi muda tidak dikonkong oleh mentality 'seige' dan sentiasa ditekan dengan bermacam-macam cara.
Saya tidak memaksa sesiapa mengikuti saya kerana negara ini negara demokrasi. Tetapi saya tahu ramai Melayu yang mahu mengikut saya, tetapi bukanlah dikalangan mereka yang tidak mahu berubah itu.
Marilah kita sesama kita menghormati perasaan sesama kita tanpa menghina danmenggunakan bahasa-bahasa kotor seperti yang dilakukan oleh segelintiran manusia yang sedang mencuba-cuba untuk bermain politik.
T Kasih saudara Zaidi.
Unknown,
Saya menerima cadangan saudara agar saya menulis sedikit sejarah yang saya tahu bagaimana pimpinan yang dulu-dulu lakukan dan apa yang mereka tidak lakukan.
Semenjak saya menulis saya telah melakukan apa yang sdr cadangkan itutetap sdr terpaksa membaca old post saya 3 atau 3 tahun yang lepas. Tetapi jika saya ada masa saya akan cuba menulisnya walaupun tidak bersiri.
Saya faham yang saudara adalah orang yang perihatin dan inginmengetahui apa sebenarnya yang di buat dan tidak dibuat oleh pimpinan awal negara kita dahulu sehinggakan rakyat tidak merasa resah seperti yang kita alami sekarang ini.
Jika perkara itu dapat di fahami maka tidak akan timbul suara yang mengatakan yang 'politicians are all the same", bila dapat kuasa mereka akan melakukan perkara yang sama kononnya.
He 'equates'everyone with those of the current leaders. Tetapi tidak mengapa kerana mereka ini semasa tercelik mata dan bermain politik, politik negara kita memang sudah berada dalam keadaan sekarang.
Unknown, keep your fingger crossed. Mungkin saya dapat menulisnya apabila masa tidak mencemburui saya.
T Kasih
Mr Aspan,
I agree with saudara Zaidi. Should UMNO/BN fall the story would not and should not end there. From its dead carcass a new reformed Umno should be reborn free of its cancerous parts. In an ideal world the rest of the BN components should dissolve and merge into umno.
A catasthrophic scenario would be an umno carcass reborn with the worst of its parts i.e. the demagogues and bigots taking over the party. An Umno reborn as perkasa. Then the cancer would always plague our country.
Malaysian
Tuan Aspan,
Saya hairan mengapa orang ramai khususnya Melayu terlalu khuatir jika Umno tak berkuasa lagi.Tanpa Umno pun kita boleh hidup.Contoh jelas adalah di Negeri Selangor,Kelantan,Kedah dan PPinang.Kita tak lihat pun orang Melayu dianyayai.Masalah sekarang Orang Melayu terlalu dimanjakan dan bermentaliti subsidi(diajar oleh UMNO dan BN).Harap dapat bebaskan diri dari penjajahan menteliti yang UMNO sentiasa jalankan samada di MEdia cetak atau pun elektonik.Bebaskan dsiri anda dari penjajahan,bukan UMNO aje yang boleh perintah,ABU.
Sdra AA,
Cukup la 50 tahun memerintah. Rasa la jadi opposition sambil repair mana yang tak senonoh tu. 5 tahun tak lama. Kalau yang baru jadi kerajaan tak senonoh, kita tukar balik dengan syarat UMNO dah berubah tapi kalau macam lama juga, dudok lama sikit lagi la sampai direpairnya diri sendiri!Enough is enough. Tak kan dah ternyata tak senonoh nak sokong lagi? Berubah lah!
AA
This nation needs much healing and needs to be liberalised from the UMNO/BN robber barons, and the only means is via the ballot box.
Buat masa ni saya & majority rakan2 di office (Sgor) masih memilih PR sebagai pemerintah & diharap dpt diteruskan hingga ke Putra Jaya selepas PRU13, insyALLAH.
Saya ambil satu contoh yg paling mudah saje la perbezaan antara pemerintahan BN & PR (dari segi kroni & pembaziran)yg mana saya orang2 terutama di Shah Alam bole nampak iaitu mengenai lanskap setiap bulatan setiap jalan.. Semasa BN memerintah sy rasakan 3-6bulan ada saje kerja2 langkap yg membazir dilakukan...
Pemerhati Biasa
Sir,
A lot of non malays like me will respect you for joining a party like DAP - a party that is synonymous to Transparency,Accountability and Integrity - just like you have mentioned.
My best wishes for your success.
bro, jom layan teh tarik n satay kat taj depan grand dorsett subang jaya.
u wanna go to dap, i will support. no problem.
Tuan Aspan
Berkaitan duit zakat bukan setakat Menteri aje rembat, ada juga kedengaran Sultan di sebuah negeri juga rembat atas alasan dia juga berhak atas asnaf ke SEMBILAN!
Selagi duit zakat tidak diaudit secara bebas dan disiar dlm akhbar seperti sektor korporat, selagi itulah manipulasi akan berlaku. Institusi zakat mesti bersedia utk transform ke arah urus tadbir yg baik. Setakat ini tiada satu pun Pusat Zakat negeri yang mendedahkan laporan auditnya di akhbar hatta kerajaan pimpinan PR sendiri.
Saya sangat bersetuju dengan pandangan Dr Asri tentang pengurusan zakat dalam bukunya Mengemudi Bahtera Perubahan.
Bukti yang UMNO sudah sampai ke detik dan penghujung hayat amat jelas dan ketara sejak akhir2 ini.
Kita boleh lihat dgn jelas UMNO tidak terdaya utk bangkit kembali seperti zaman2 kegemilangan sebelumnya. Suara2 UMNO tidak lagi meyakinkan dan setiap pekikan & laungan membuat byk orang bertambah meluat dan kadangkala tersenyum sinis serta geli hati.
UMNO tidak lagi memperjuangkan apa2 utk orng2 Melayu. Puak2 UMNO dari peringkat caw/bhg hingga ke pucuk pimpinan dok sibuk carik komisyen, kontrak, beli harta diluar negara, berbini 2 & memandu Toyota Alphard walaupun tidak mempunyai pekerjaan yg tetap.
Yang paling hina sekali bila org2 UMNO tidak lagi melihat Islam sebagai 'deen' didalam hidup. Kebanyakan mereka adalah org2 hipocrites (munafikun). Rata2 mereka akan buat apa saja untuk mempertahankan kedudukan, pangkat, harta walaupun terpaksa memfitnah, menipu dan berdusta. Kebanyakan org2 UMNO jenis ini amat susah sekali untuk mengembus nafas di saat2 kematian dan kadangkala sampai berbulan2 diatas 'death bed'. Ini mungkin kerana semasa hayat mereka terlalu menyembah harta lebih dari Allah serta sayangkan duniawi.
Firman Allah ada menyebut jika sesuatu pemimpin tidak berlaku adil maka Allah akan menggantikan dgn yg baru. Wallallahu Alam
SDra AA,
Terlebih dahulu saya sokong sdra menyertai DAP.Betul apa yang sdra katakan DAP ialah parti berintegriti yang mencampionkan keharmonian kaum. SElama ni orang2 Melayu telah diracuni oleh UMNO bahawa DAP ialah parti Cina yang chauvinis. Salah kah DAP nak memperjuangkan hak orang Cina? Apa bezanya jika UMNO memperjuangkan hak orang2 Melayu sahaja?? DAP bukan memperjuangkan hak orang2 Cina sahaja. Ia memperjuangkan hak semua kaum tapi UMNO memberi persepsi, gambaran yang jahat bahawa DAP ni perjuangkan hanya kepentingan satu kaum sahaja!! Cuma saya harap sdra jika jadi lah sdra berhijrah ke DAP, jangan pula bila dah menang nanti, tiba2 jadi macam Ibrahim Ali. Lompat disebabkan tawaran wang ringgit!! Baru nampak Melayu ni tak boleh dipercayai, tak ada harga diri!!
UMNO mmg Ngok Ngek,
1. Memang benar pendapat sdra, UMNO Baru memang tidak lagi memperjuangkan apa2 utk orng2 Melayu. Bagi orang lama seperti saya, yang membesar didua era, zaman UMNO Asal dan UMNO Baru, memang dari awal sudah menjangka perkara ini.
2. Bagi yang dewasa pada zaman UMNO Asal diharamkan dan melihat sendiri perjalanan UMNO Baru dari sejak ditubuhkan hingga hari ini sudah dapat melihat dengan jelas tindakan TDM berkeras tidak mahu menghidupkan UMNO Asal dulu tetapi sebaliknya menubuhkan satu parti baru yang menggunakan nama UMNO yang beliau biarkan mati.
bagi yang celik politik pada masa itu sudah membaca bahawa tindakan ini hanyalah untuk kepentingan dirinya sahaja, bukan untuk kepentingan orang melayu.
3. Melihat perjalanan UMNO baru terutamanya selepas PRU 1990, dgn undi bonusnya, kemasukan UMNO baru Ke sabah, pindaan keatas keistimewaan Raja-raja melayu, jawatan Presiden dan timbalan presrden tidak dipertandingkan, OSA,operasi lalang dll sepanjang 22 TDM menjadi PM- just reinforced my belief yang UMNO baru hanyalah vehicle peribadi TDM untuk mengekal kuasanya dan untuk memusatkan kuasa-kuasa yang ada hanya pada dirinya.
Tak keterlaluan jika kita simpulkan bahawa UMNO baru adalah SPV TDM. SPV yang ditailored mengikut dirinya sahaja. jadi atas sebab itu kita dapati pengganti-pengantinya termasuk haji najib macam tak fit dengan SPV itu.
4. Pada saya, keputusan PRU 1990 adalah begitu signifikan sekali. Selepas itu kita lihat UMNO baru seolah-olah telah menjadi "inclusive", kira geng depa sahaja, orang melayu lain mula dipinggirkan secara perlahan-lahan. Seiring dengan perkembangan ekonomi negara yang pesat selepas itu( sebelum krisis 1997-98), kontrak-kontrak menjadi milik mereka, politik wang dalam UMNO Baru mula menganas....sedikit demi sedikit kepentingan orang melayu mula diabai. Kontark-kontrak kerajaan, peluang-peluang perniagaan yang sepatutnya untuk orang mrelayu, telah bertukar menjadi habuan untuk pemimpin-pemimpin UMNO Baru ( yang kemudiannya dijual kepada bukan melayu untuk mendapat keuntungan segera).
Hari ini, perjuaangan ketuanan melayu hanyalah topeng untuk mengaut peluang ekonomi yang sepatutnya pergi kepada orang melayu menjadi milik mereka.
Sokongan orang melayu diguna untuk mengekalkan kuasa mereka sahaja.
bat8
Wah! Nama saudara dan Sakmongkol keluar dalam rencana Utusan Malaysia hari ini. Carry on, satu Malaysia semua dah tahu dah. Jangan tak jadi saudara.
Post a Comment