15 December 2011

Utusan diperintah bayar Guan Eng RM200 ribu kerana memfitnah.. banyak lagi saman yang belum selesai.

Mana-mana pihak boleh memberikan alasan dan berhelah untuk mendapat sokongan dari rakyat dalam mana-mana pilihanraya. Berhelah dan melakukannya dengan berhemah boleh di terima dan mungkin rakyat mempercayainya. Tetapi kalau kita melakukan fitnah secara blatant dan secara tidak sopan maka ia menjadikan rakyat naik bosan dan tidak menghormati kita.

Apa yang telah diputuskan oleh mahkamah Tinggi P Pinang baru-baru ini menunjukkan yang Utusan sebagai organ media yang menyebelahi UMNO itu telah di perintah untuk membayar ganti rugi sebanyak RM200 ribu kepada Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Utusan telah di dapati melakukan fitnah yang DAP adalah parti yang anti-Islam, anti Melayu dan melakukan ‘christianisation’ terhadap orang Islam.

Apa sahaja yang tidak elok itu adalah perbuatan DAP dan segala rasuah dan penyalahan guna kuasa oleh UMNO itu tidak salah. Yang boleh melakukan kesalahan hanyalah UMNO kerana UMNO merasakan ia adalah parti berkuasa dan mempunyai immuniti dari menghadapi tindakan undang-undang. Kejayaan Guan Eng dalam samannya terhadap Utusan itu diharap menjadi pembuka mata orang ramai bahawa selama ini DAP telah menjadi korban fitnah yang terbuka oleh UMNO dan penyokong-penyokongnya.

Di zaman rakyat sedang berfikir ini Utusan sebagai organ untuk parti pemerintah sepatutnya menunjukkan sikap yang benar-benar berintergriti dan menjauhi dari sikap memporak perandakan pemikiran rakyat. Kita sedang berada di dalam zaman dan waktu dalam mana rakyat keseluruhannya sedang melakukan ‘soul-searching’ yang serius. Jika Utuan melakukan perkara yang tidak adil terhadap lawan maka secara atomatisnya pihak yang di fitnah itu sentiasa mendapat simpati yang tinggi dari rakyat yang menghakiminya.

Jika Utusan sudah tidak mampu mencari jalan untuk meyakinkan rakyat yang UMNO BN itu masih relevan, ia tidak menghalalkan Utusan untuk mempunyai peri laku yang buruk ini. Jika Utusan berterusan melakukan ‘slander’ terhadap parti yang sedang mendapat tempat di hati rakyat ini maka secara parallel nya Utusan dan UMNO akan hilang kredibilitinya dari hari ke hari dan apabila sampai ke tahap ini UMNO jangan pula menyalahkan pihak lain jika parti itu diketepikan oleh rakyat.

Rakyat sedang tertunggu-tunggu untuk hidup aman dan sentosa seperti apa yang mereka pernah alami sebelum ini. Jika Utusan masih mempunyai pemikiran yang UMNO akan selamat dalam keadaan yang bergelora seperti dahulu, ia merupakan tanggapan yang salah dan kita tunggu sahaja akibat penolakkan rakyat terhadap UMNO itu.

UMNO mesti ingat yang parti itu mempunyai satu jalan sahaja untuk menjadi relevan kepada rakyat: ia itu pemimpin-pemimpinnya berkorban dengan meletakkan semua jawatan dan di gantikan oleh rakyat untuk memilih pemimpin-pemimpin yang baru dari bawah sehingga ketahap yang tertinggi. Tetapi ini tidak mungkin mampu dilakukan oleh pemimpin-pemimpin dan ahli UMNO kerana mereka tidak akan mahu meninggalkan jawatan yang yang telah memberikan kesenangan kepada mereka di atas kesusahan rakyat termasuk ahli-ahli parti yang biasa di bawah ini. Mereka lebih mementingkan diri mereka dari parti yang telah memberikan kesenangan kepada mereka selama ini.

Ahli-ahli UMNO sendiri tidak mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan mereka kerana mereka adalah manusia biasa dan mereka juga terasa yang mereka telah diperlakukan seperti kerbau di sawah, gunanya untuk membajak sawah bendang pagi dan petang tetapi hasil padinya di makan oleh tikus-tikus yang gemuk-gemuk di kepuk padi. Apa yang kerbau-kerbau dapat hanyalah rumput-rumput kering yang di sabit oleh tuan-tuan mereka.

Ahli-ahli UMNO sendiri merasakan yang mereka di jadikan kaldai untuk membawa harta-harta rampasan untuk tuan-tuannya yang kaya raya itu. Bagaimanakah Utusan hendak menghilangkan persepsi ahli-ahli UMNO terhadap kepimpinan mereka?

Sesungguhnya yang melemahkan UMNO bukannya pembangkang tetapi ahli-ahli UMNO itu sendiri. Jika Utusan masih mempunyai kepercayaan yang melakukan porak peranda terhadap parti lawan itu tidak lagi menjadi tektik ampuh untuk mendapatkan sokongan orang ramai. Dulu-dulu bolehlah tetapi bukan lagi dalam keadaan sekarang.

Utusan mesti faham yang rakyat tidak lagi serba salah dalam membuat keputusan. Tidak lagi ramai yang mengambil langkah ‘middle left’ atau ‘middle right’. Rakyat tidak mahu lagi dipengaruhi dengan ungkitan jasa-jasa lama kerana yang lebih penting ialah masa depan anak-anak dan cucu-cucu mereka. Memberi jasa di zaman dahulu tidak lagi boleh memaksa rakyat memberikan sokongan kepada UMNO jika berterusan melakukan tindakan yang boleh menjahanamkan masa depan rakyat terutamanya anak-anak muda.

Utusan sepatutnya memberikan teguran kepada UMNO itu sendiri. Kalaulah UMNO itu bertindak betul, masakan rakyat ramai marah. Takkanlah rakyat marah jika UMNO melakukan perkara-perkara yang betul.

Dengan perintah mahkamah untuk Utusan membayar Guan Eng sebanyak rm 200 ribu itu, ianya elok dijadikan iktibar kepada Utusan, bahawa walaupun Utusan berpihak kepada pihak yang berkuasa ia tidak boleh menjamin perlindungan dari kerja jahat jika badan kehakiman itu kembali bebas untuk membuat keputusan yang adil.

Sesungguhnya yang rasis itu adalah UMNO, bukannya DAP. DAP adalah sebuah parti yang multi-racial yang kini sedang berusaha untuk membuktikan sifat keperbilangan kaumnya dengan meminta orang Melayu untuk melihat parti itu secara objektif, bukannya dimomokkan terus-terusan sebagai parti cina sebagai yang di tuduh oleh Utusan dan Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Untuk mencapai penyatuan rakyat parti-parti yang berteraskan kepada sesuatu bangsa sahaja semakin hari semakin tidak diterima lagi. Kami rakyat ingin hidup muhibbah di antara kaum dan jika perpaduan di antara kaum itu menjejaskan UMNO maka UMNO tidak perlu bertindak secara tidak ‘civil’ dalam menghadapi orang ramai yang sudah merubah persepsi dalam siasah negara dalam dunia yang serba berubah ini.

Jika rakyat berbilang kaum berkehendakkan penyatuan ummah dalam parti-parti yang multi racial, ia mungkin menjejaskan UMNO, MCA dan MIC, tetapi ia tidak akan menjejaskan keharmonian di antara kaum yang hidup kasih mengasih di antara rakyat dalam negara ini.

Jika UMNO di tolak, ianya tidak menjejaskan orang Melayu. Lagi pun UMNO itu sendiri telah mati pada tahun 1988 dahulu. Pada hakikatnya UMNO sudah lama tiada. Yang ada sekarang hanyalah parti yang senama dengannya yang tertubuh pada tahun 1988 dahulu untuk menyelamatkan seorang pemimpin yang sangat sayang pada kuasa yang dipegangnya secara peribadi.

Akibatnya rakyat berpecah belah sehingga hari ini. Yang hanya selamat hanya beliau seorang dan sekarang masih kuat bercakap tentang Melayu.

Kini pilihanraya hampir tiba. Marilah kita semua memerhatikan apa yang akan di tulis oleh Utusan untuk mempertahankan parti yang sudah hilang segala intergritinya sebagai parti yang telah diberikan mandat untuk menjaga kita semua.

20 comments:

Zaidi said...

Pak Aspan,
Memerhatikan Utusan seumpama melihat karangan orang yang dikeringkan otaknya daripada ilham dan cetusan idea bernas dan menulis dari punca hasad dan dengki. Titisan kata-kata dusta itu mewarnai peribadi Utusan sehingga dakwat-dakwat itu menjerit kerana mereka dijadikan alat untuk memfitnah manusia. Sedangkan dakwat itu sering memohon untuk menjadi calitan untuk mengilmukan orang, menghiburkan jiwa yang lara dan menarik bibir untuk tersenyum dengan jenaka yang sinis. Ah...Utusan umpama orang yang meroyan, di marah tak boleh, di biarkan tak lalu.

Quiet Despair said...

Ini meunjukkan mahkamah kita amat adil.
Tapi jumlahnya kecik sangatlah, Bro.
Kenapa LGE tak saman orang yang menyebarkan cerita salah laku anaknya.? Adakah kerana itu memang berlaku?
Itu kalau saman boleh dapat berjuta untuk kempen GE akan datang.
Boleh beli orang untuk undi DAP yang nampaknya goyah.
Tak teringat ke orang Melayu miskin di Tanjung?

abu_asymal said...

Orang2 yg selama ini terlalu mempercayai utusan dan menerima bulat2 apa saja yg dilapor akhbar itu PERLU mengkaji semula pendirian mereka dan menjadi lebih bertimbang rasa dalam menerima maklumat...

Utusan sepatutnya sudah boleh di'pangkah' kerana ia sudah hilang kredibilitinya....dan sepatutnya juga mereka MERASA MALU!

iskandar, Penang said...

Quiet Despair,

You only know how to answer issues with 'loyar buruk' like approach.

Do not show and exhibit your silliness by talking the quantum of money that Guan Eng is going to receive but more importantly the moral of the verdict that Utusan is a low class newspaper.

I do not think that Guan Eng needs the money.

Please do not equate yr mentality with that of Guan Eng.

Quiet Despair, please have some pride when arguing issues for heaven sake.

Anti Pembelit said...

Ramai rakyat dah sedar Utusan adalah alat propaganda UMNO.Majoriti yang baca Utusan hanyalah orang2 tua dan orang2 kampong shj.Tak lama lagi Utusan akan jadi bahan sejarah di Muzium Negara.
Akhbar yang tidak bebas mencerminkan sebuah negara kuku besi yang akan terkubur seperti negara2 diktator yang lalu.

Anonymous said...

Saudara Aspan,
LGE saya perhatikan mempunyai kematangan dan kewarasan yang luarbiasa yang sekiranya pemimpin umno yang ada sekarang dapat mencontohi boleh meningkatkan tahap politik negara.

Quiet Despair said...

Some people don't understand sarcasm.
They don't have humor too.
Now wonder they are stuck in Penang.
There's a big world out there aside from nasi kandar!

Unknown said...

Assalamu'alaikum, saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung sekalian.

Tahniah dan terima kasih! Segalanya tak perlu disanggah lagi! Barangkali, kalau tak melampau untuk saya sifatkan, Akhbar Utusan, ibarat Haman, mnakala UMNO ialah Fir'aun. Bukankah Haman akan sentiasa "YES" terhadap boss dia yang paling hina dalam sejarah peradaban manusia itu?

Nah, sebenarnya, akhbar tersebut bukan sekadar menyiarkan berita berbau perkauman dan fitnah, malah, sering menyiarkan berita yang tidak ditapis, aau dengan ertikata lain, semberono. Contohnya, saudara boleh mencari artikel bertarikh 19 Disember, 2010, yang menyiarkan berita tentang percetakan Al-Quran Braille, di mana majlis perasmian penajaan pemberian naskhah percuma kitab tersebut dilakukan oleh Wanita No.1 Negara. Sedangkan hakikatnya, percetakan kitab suci tersebut dilakukan oleh orang lain, tapi, orang lain pula yang mahukan nama. Oleh itu, elok sekali kita bertanya pentadbiran akhbar tersebut: "Tidakkah kalian tahu, atau sengaja ambil mudah, bahawa, penyebaran berita berunsur fitnah dan tidak benar, antara dosa besar?"

Justeru, teruskanlah lagi. Memang, sesungguhnya rakyat Malaysia hari ini, insha Allah, bukanlah insan-insan yang boleh diperjahilkan dengan sekadar mengungkit jasa yang kononnya bertimbun yang ditaja mereka. Sesungguhnya, hanya Allah yang berhak, sekiranya ya, mengungkit segala nikmat yang dianugerahkan-Nya kepada kita. Tapi, bayangkan, Dia pun tak pernah mengungkit; kalau ada pun, sekadar memberi peringatan agar kita, para hamba-Nya ini, insaf dan tidak berlaku zalim sesama kita.

Akhirnya, terima kasih sekali lagi atas penyiaran komentar saya yang sekian kali ini, dan teruskan menapis bahan yang tidak layak. Sesungguhnya, Dialah jua Yang Maha Mengetahui.

Terima kasih.

john brown said...

hei bro,
jangan salahkan utusan malaysia kerana menyebelahi umno. kumpulan utusan melayu itu adalah milik umno. memang le kerja dia mempertahankan umno selaku parti pemerintah. aku tak fikir dia pertahankan para pemimpin umno. lihat dan baca sendiri dengan isu feedlot lembu yang ada kaitan dengan suami sharizat. ada beza antara pertahankan parti dengan orang yang menganggotai parti tersebut. ini soal prinsip, kalau salah tetap salah. umno tak bersalah. orang yang menganggotainya yang bersalah. apa hebatnya kes guan eng saman utusan ini. utusan sendiri tak pernah membesarkan cerita mereka saman orang parti pembangkang.oleh itu apabila hendak membuat sebarang komen, kita perlu rasional, jangan ikut sedap hati sahaja.

Anonymous said...

Quiet desparado kata :

"Tak teringat ke orang Melayu miskin di Tanjung?".

Macam mana orang Melayu boleh miskin di Tanjung sedangkan UMNO/BN yang memerintah Penang sejak Merdeka sehingga 2008?

UMNO/BN tak buat kerja ke? Ke berjuang nak jadi "Tuan" kepada Melayu marhaen yang teramai?

Anonymous said...

Iskandar,

Penyokong UMNO macam Quiet Despair ni memang fikir duit 24 jam. Apa nak diherankan. dah memang budaya dia macam tu.

Santo said...

to quite despair,
LGE planned to donate all the 200k to charity. He's not umno people which i certain will use the money for own benefits.

of course donation is also one of the way to get publicity but at least somebody who get it are the person who really need it.

loveMyKris said...

QD, penatlah baca kamu nyer komen. takde lain citer ka?

MARTOIRIAT said...

Salam Pak Aspan..
Apa yang dapat saya katakan.. Utusan hanyalah penyebar fitnah dan lidah syaitan kepada UMNO. Kekuatan UMNO hanyalah bergantung kepada Utusan yang sentiasa menyebarkan cerita2 dongeng dan karut seolah2 rakyat berada di zaman Jakun. Utusan dan UMNO lupa, kini maklumat yang tepat hanya dihujung jari rakyat.

Realitinya jika tanpa Utusan, SPR, SPRM dan POLIS nescaya political milleage UMNO sudah lama lingkup dan musnah.

Sebatang lilin.. said...

Salam Pak Aspan

To Quiet Despair

Mentalitinya terlalu lemah..gunakan akal untuk berfikir..

Anonymous said...

"quiet Despair" seems to hv negative perceptions towards DAP. Why is that so? Is it because currently majority of their members are Chinese, followed by Indians&sikhs. Or hv they demonstrated to u in any way that they only fight for the Chinese cause? The poor Malays @ Tanjung, salah DAP ke??? Sebelum DAP kat sana bukankah gerakan??? DAP is trying its very best to govern Penang, and the state Gov shows positive return, even Auditor General report proved so. Dalam satu tempoh sahaja, apalagi yg boleh dikritikkan?? Ya, memang boleh diperbaiki lagi kerana negara sudah hampir kering

Anonymous said...

Pak Aspan,
"Utusan Melayu" tidak layak ninamakan "Utusan Melayu". Ia tidak mempunyai atau menyemai akhlak Melayu tulin.Ia merupakan Utusan Merosak/Menjahanam, Merasok, Memfitnah dan megampu/Membodek.Rencana2nya akan melahir generasi Melayu yang menipu,membohong,malas,merompak, merogol, merempit,melucah,melarat dan berbagai M lagi..

saji said...

Anon 13:39:00

"Macam mana orang Melayu boleh miskin di Tanjung sedangkan UMNO/BN yang memerintah Penang sejak Merdeka sehingga 2008?

UMNO/BN tak buat kerja ke? Ke berjuang nak jadi "Tuan" kepada Melayu marhaen yang teramai?"

Tidak. UMNO kena tonggang dengan GERAKAN

Anonymous said...

PakAspan
1.0 Saya saorang ahli UMNO asal/tulin 1974. Saya sangat malu melihat telatah ahli/penyokong UMNO Baru Pulau Pinang yang mempamerkan akhlak hodoh dan sangat tidak bertamaddun akhir-akhir ini.Kenapa? Pulang untuk bermewah melanun dan merompak harta rakyat sudah berkurangan dibawah DAP?
Perangai buruk ini jelas mencemarkan imej Islam dan mereka sendiri. Saya perhatikan mereka yang beraklak gaya MIC ini terdiri,kebanyakkan nya, adalah berketurunan DKK. Sepatutnya mereka tidak dilayakkan menjadi ahli UMNO,kecuali UMNO Baru itu yang sabenar nya United Mamak Nasional Organisation.
2.0 Akhir2ini Bangsa Melayu di hasut untuk menuding jari kapada DAP ditas bebangsatan Melayu. Sedarlah. Siapa yang berkuasa semenjak merdeka- UMNO dan UMNO Baru. UMNO Baru lah yang melepaskan Pulau Batu Putih ka Singapore. UMNO Baru lah yang melupus lebeh 3 juta ekar Tanah Rizab Melayu.UMNO Baru lah yang melingkup RM350 billion hasil minyak negara. UMNO Barulah menyerahkan gas/minyak sempadan Siam/Kelantan kapada Siam yang sedang menghapuskan Melayu Islam Pattani.UMNO Baru lah punca RM1,070 billion wang haram diseludup keluar negara yang dilaporkan oleh GFI baru-baru ini.Media elektronik dan cetak milek UMNOlah- Utusan, Kosmo, TV3,TV8,TV9, Straits Times, Berita Harian-saban hari merosak an merasuk Bangsa Melayu.Seipa menyerah lesen ASTRO kapada siapa?Akhir2 ini TV1 & TV2 turut digunakan. Media-media ini bukan digunakan untuk mendidik Bangsa Melayu untuk berilmu, berfikir, bertamaddun,berakhlak mulia dan berusaha gigih mencapai kesejahteraan dunia dan akhirat. Saya tidak larat hendak menyenaraikan segala jenayah penghianatan UMNO/UMNO Baru terhadap bangsa Melayu.

3.0 UMNO Baru telah dibentuk menjadi sabuah organisasi Feudalisma Facis.Budaya Feudalisma Facis tidak mengamalkankan muhasabah diri.Keaiban dan kemungkaran pemimpin tidak boleh dipersoalkan.Pemimpin tertinggi tidak boleh ditandinggi-dilinddunggi dengan undi subsidi.Takhta diwarisi.
Dulu UMNO menggamalkan membudayakan menjadikan Melayu Bangsa penunggu habuan durian runtuh/sedekah kerajaan- tidak perlu berusaha-sekarang 1 Malaysia dididikan demikian- untuk menjadi bangsa penerima sedekah kerajaan.

Suatu ketika dahulu UMNO Baru mempunyai Adun yang lebeh ramai dari Gerakan di Pulau Pinang. Tetapi kenapa jawatan Ketua Menteri diserahkan kapada Gerakan.Atas arahan DAP?

Anonymous said...

Salam Tn. Aspan dan semua,
Tindakan LGE adalah tindakan terpuji sungguhpun dia belum mendapat hidayah.
Persoalan ramai sekarang ini adalah :-
1,000,000,000,000.00 (1,000 billion)...!
Duit negara tiris sehingga rakyat hidup merempat dan dah ramai yang gila.
1) Monopoli gula yang beribu juta siapa yang punya?
2) Kilang Arak San Miguel yang beribu juta tu, siapa yang punya?
3) CIMB yang beribu juta tu siapa yang punya?
4) Judi dan Ekor haram yang beribu juta tu siapa yang punya?
Punyalah ahli neraka mereka-mereka ni, menjaja fitnah/kezaliman, meniaga perah rakyat, meniaga arak, meniaga riba meniaga judi.
Tengoklah nanti mereka2 ini dibelasah dengan gada besi panas dan air nanah yang menambahkan dahaga di hadapan Allah nanti. Sedarlah, taubatlah. Lim Goh Tong matipun tak bawa duit.
"Biar Miskin Asal Tenang"