17 January 2012

Dengar cerita 'anjing sukum'

Dalam tahun-tahun awalan lapan puluhan ada seorang yang semasa itu merupakan seorang veteran yang duduk bersama kami sebagai AJK UMNO Bahagian di tempat saya, bernama Yassin Mahmud. Beliau sudah tiada lagi bersama kita kerana beliau telah pergi menghadap Allah yang Maha Esa. Beliau seorang guru dan beliau juga adalah seorang yang serius tetapi nampak periang sifatnya. Beliau pernah menelah yang UMNO akan menjadi apa yang kita lihat pada hari ini, iaitu sebuah parti untuk ‘warlords’ dan beliau selalu membuka cerita UMNO ini dengan memberikan anologi yang melucukan terhadap apa yang akan terjadi kepada parti ini.

Beliaulah yang membuka cerita yang bertajuk ‘anjing sukum’ dan cerita ini pernah saya tulis tiga tahun dahulu. Anjing sukum ini pada beliau ialah anjing buruan yang taat kepada bossnya dan akan melakukan apa sahaja untuk menghambat segala binatang buruan bossnya untuk bossnya melapah dan memakan haiwan buruan, lebihan dari yang telah di jual oleh pemburu itu.

Anjing sukum ini dibela oleh pemburu itu guna untuk membantunya menghambat binatang buruan seperti rusa dan apabila rusa itu telah dihambat dan tidak berdaya untuk melarikan diri pemburu itu akan menembaknya. Setelah rusa itu jatuh maka pemburu itu akan menyembelih rusa yang di hambat oleh anjing sukum itu tadi.

Sedang pemburu itu melapah daging-daging rusa tersebut, anjing-anjing sukum ini menyalak-nyalak untuk mendapatkan habuan dan upah menghambat rusa itu tadi. Pemburu pantas memotong tulang-tulang rusa itu dan membalingkan tulang-tulang tersebut kepada tujuh lapan ekor anjing sukum itu. Maka anjing sukum itu pun terus diam sahaja dan berpuas hati dengan upah tulang-tulang yang dilemparkan oleh bossnya itu.

Pemburu itu terus sahaja melapah dan mendapat daging batang pinang dan lain-lain dari rusa tersebut. “Itu sahajalah gunanya kita di bawah ini kepada pemimpin-pemimpin kita.. Mereka nak jadikan kita macam anjing sukum sahaja” kata embong Yassin. Banyak pelajaran yang didapati dari orang-orang lama ini dan mereka tahu semua nilai kemanusiaan pemimpin-pemimpin UMNO walaupun semasa itu keadaan tidaklah begitu teruk seperti yang kita hadapi pada hari ini.

Sekarang apa yang diceritakan oleh embong Yassin itu memang benar-benar berlaku. Ramai di antara ahli-ahli UMNO nampaknya hanya dijadikan sebagai anjing buruan semata-mata. Kerjanya memburu musuh-musuh mereka dengan menggunakan anjing sukum ini untuk menghambat mereka yang di musuhi oleh boss-boss mereka.

Ada yang berjaya dan ada yang masih tidak mampu diburu. Itu sahajalah cerita pendek saya. Masa dan waktu mencemburui saya dan saya belum ada masa untuk menulis bahan-bahan serius yang lain buat hari ini.

25 comments:

beewizer65 said...

Assalamu'alaikum

Demi Negara
dan nasib bangsa

Fikir – fikirkanlah
jangan sampai tersalah langkah
jatuh tersungkur berlumuran darah

LIMA DEKAD masa berlalu
Masih terbelenggu MINDA MELAYU
Terkurung di kandang bagaikan LEMBU
TUAN gembira memerah SUSU

Renung-renungkanlah .....

Wassalam

Quiet Despair said...

Semua parti ada anjing sukum. Semua parti ada dog in the manger. Ada pemimpin sebuah parti is back in the dog-house. Tapi tak ada parti yang ada anjing penyanyang, cerdik dan setia seperti Lassie.

Anonymous said...

Salam tuan, sila tonton video ni
http://www.youtube.com/watch?v=f2cUCK5OoBM

revlishadi said...

Beewizer65,
Selama 5 dekad memerintah, siapa yang belenggu MINDA MELAYU?

MNazri said...

I'm giving millions to my cronies and family. You guys keep on hunting and chasing and then I shall rewards you with bones!

Good dog!!

Anonymous said...

Revlishadi said...

Beewizer65,
Selama 5 dekad memerintah, siapa yang belenggu MINDA MELAYU?

17 January 2012 21:59:00 GMT+08:00

Pertubuhan melayu pakai nama ongputih

Anonymous said...

Dr M: Saiful ada hak merayu keputusan liwat II

“Apakah dalam negara ini pembesar pembangkang mempunyai hak istimewa bahawa keadilan hanya berlaku apabila ia didapati tidak bersalah?” soal Dr Mahathir dalam blognya hari ini.

Tuan.. tengok la mcm ne tua kutuk ne nak spin.

Anonymous said...

Dah perangai kutty macam tu !. Salah besar diri sendiri buat tak nampak..salah orang dicari tak jumpa..lalu direka bukti. Kelak akan tercatat dalam sejarah..sikap buruk Kutty ini zaman berzaman

Sebab tu saya tak heran sangat kalau ramai yang cakap Kutty dah nyanyuk. Dia juga yang menyebut Melayu mudah lupa..tapi Kutty selalu buat2 lupa ! Jenis muka kering selamber !!!

Quiet Despair said...

Memang betul cakap Tun M. Apa yang Anwar takut sangat bila Saiful appeal. Dia berhak mendapat pembelaan sewajarnya. Dia adalah victim, bukannya Anwar.
Sekiranya Anwar didapati besalah hari itu, he will resort to appeals which he will drag on with postponements after postponements, ad nauseam.

Anonymous said...

Pemimpin yg paling banyak bela anjing sukum ni Anwar brahim la.. Kalau sekali dilepas tengah jalan nampak mcm lembu fidlot shahrizat terlepas kek pokan gomeh..hehehehe

Quiet Despair said...

Memang paling ramai anjing sukum ialah dalam Keadilan. Chief among them is Hishamuddin Rais. Kahkahkah. He also has a dog in his flat in Bangsar.

Anonymous said...

PALING BYK DAN KEMARUK ANJING SUKUM NIE PADA ZAMAN MADET KUTTY, LAH JE AND JIB THE MONGGOL LA. TAPI PALING CELAKA ANJING SUKUM NIE PD ERA MAT MONGGOL LA. BUKAN SETAKAT ANJING SUKUM DI BELA TAPI ANAK BADAK DAN LEMBU 5 BERANAK NAIK CONDO KAT S'PORE. TAK GITU "ANON 10:09:00".

Anonymous said...

Wahai Saiful apa yang hang nak appeal. Jubur sendiri pun tahu jaga. Bila dah kena , satu dunia nak di hebohkan.
Apa benda ni.
Sunggoh meloyakan.

Anonymous said...

QD ckp biar le adil.. kes atantuya amcm ada rayu rayu ke? pakcik mamak ko ada komen ke...

bangang jgn tunjuk kat org..
kalau gian sgt main sendiri punya

Monkey Shooter said...

Hanya nama "Quiet Despair" sahaja yang Anjing sukum ini tak mahu kejar. Sebab apa haaa.......? Sebab dia ni adalah salah seekor dari haiwan tersebut.

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Dlm blog tuan ne, kedapatan seorang anjing yang sentiasa menyalak bagi pihak tuannya..

Anjing ne perasan bijak laksapenang, tapi sebenarnya bahlol nak mampus.. kerjanya asyik menuduh mahlok lain pengotor tapi diri sendiri makan najis tuannya.

Dia mengaku senyap.. kerana terlalu senyap mendapat penyakit kemurungan.. apa lagi nak melepaskan geramnya.. menyalak la tak habis2.. kat mana laman orang pun buat taik.

Manusia nampak anjing ne berak.. tapi kerana tuan dia dah ajar (biasa bagi dia makan taik). .. mati2 dia tak mengaku..

Minta nasihat Tuan.. apa nak buat ngan anjing jenis mcm ne.

Budak Kelabu said...

Ada nampak macam Anwar takut ke? Yang aku nampak UMNO baru (United Malay Organization) yang memperjuangkan bahasa melayu dan ketuanan melayu ni semakin kehilangan sokongan ahli. Jika tidak tentunya sokongan dari 7juta ahli BN jika mengundi umnobn dah menang.

nick said...

Pak,

It would seem that your post hit a nerve and judging by the responses posted by anon and not so quiet anon, they are clearly not happy being exposed. Thus we have comments that literally have "the thieves accusing others as thieves as well"!

Your short story absolutely hit the nail on the head on the root causes of UMNO's cancerous sickness and its (cancer disease) spread into every facet of Malaysian society. Malaysia is suffering the same disease as UMNO and unfortunately UMNO would have Malaysia share its fate rather than save it for the greater good (since UMNO falsely believe itself to be the country and not merely a political party that have a shelf life).

It is obvious that since (TDM created) UMNO Baru exist, the majority of members remaining consist of the "warlords and its coterie of hunting dogs" who uses the party to achieve personal gains and agendas. Normal and decent members are left on the sideline and ostracize, muzzled and intimidated by the numerous "dogs" that patrol and protect its masters. In other word, UMNO Baru is a party that caters to the greed and the voracious appetite of its warlords and their pack of dogs, no longer a party that serve the people and for the good of the people. The time is nigh for UMNO and that is why the warlords are getting restless. Even the dogs are barking incessantly since they can smell the fear that's enveloping PWTC and of course Putrajaya.

Nick.

Aspan Alias said...

nick,

You are getting it. $ decades as an UMNO member, and used to be active (very active) I can see the changes of values of the party very well.

As you and me have agreed that UMNO is no more the voice of its 3 odd million members but the voice of the greedy warlords and that makes the party almost totally disconnected with its members.

You know, it all boils around dollars and cents. UMNO is business, all business for the warlords.

The latest exchange of ownership of proton as an example, is all business for the warlords and his family. You know whom I mean bro.

Leithaisor said...

Memang budaya "anjibg suykum" meleluasa dalam UMNO, dan buruk padahnya. Jangka panjang parti akan dimusnahkan oleh taktik gelap macam itu. Hancur maruah parti.

Cerita ini ingatkan pada saya jawapan salah seorang pegawai atasan suatu IPTA yang berpendapat bahawa sebagai seorang pegawai kerajaan, dia harus taat pada "boss" ia itu Najib.

Semasa saya berbincang dengan seorang anggota perkhidmatan awam, anggota tersebut jga berpendapat serupa juga - sebagai pekerja kerajaan, dia kena sokong UMNO dan Barisan Nasional.

Begitulah ramai dalam golongan pekerja kerajaan telah diajar sehingga mereka buta tentang prinsip-prinsip demokrasi yang asli.

Buta pada hakikatnya tuan jentera kerajaan sebenarnya adalah rakyat Malaysia, dan bukan parti politik yang memegang kuasa apatah lagi presiden parti politik.

Ministers:99%cow brain,1%human brain for stealing said...

Pasal UMHO jadi anjing Mat Salleh lah,British beri kemerdekaan kpd Malaya.Lepas tu guna undang2 British mentadbir negara.Dipisahkan agama dari politik.Agama hanya utk sembahyang,puasa,kahwin,tunaikan haji dan mati,sama macam England.Dan utk mengekang kebangkitan Islam,diletaknya hal ehwal Islam dibawah sultan2 utk mudah mereka mengawal.Begitulah liciknya perancangan jahat Britih dan diturunkan kpd anak didik mereka yg bernama UMNO.

ordinary malaysian said...

Bagi anjing, tulang cukup lah. Apa guna daging? Daging itu untuk orang yang tahu masak-masak.

how said...

bro aspan

not only some umno members are "ajing sukum", you should include those from mca, gerakan mic plus those from east m'sia BN components party

Anonymous said...

QD = Anjing Sukum Kurap

Ramlan and geng, JB. said...

Aspan,

I don't blame u for joining DAP, as the party is a real descent party, contrary to UMNO which you have wasted your time with.

I salute u for coming back in the fray after teens of oblivious years you were in.

I am just to glad to see that many of our friends are meeting each other to celebrate your departure from the nasty party called UMNO.

Ramai kawan-kawan yg lama tidak berjumpa sekarang berjumpa bercakap tentang penglibatan u dalam DAP...all of us here are delighted to give you good dinner treat...maybe after NCY bro.

We'll do that in JB.