Dalam kegawatan politik yang sedang dihadapi rakyat kini, banyak perkara yang dapat kita pelajari dan ianya melambangkan sikap dan nilai pemikiran masing-masing yang bermain dalam politik ini. Berbahas dalam politik tidak ada etikanya di sini. Kalau di negara maju mereka berbincang dan berbahas menggunakan isu yang sedang hangat diperkatakan ramai.
Tetapi di sini mereka berbincang tentang budi dan membalas budi walaupun yang berbudi itu sekarang sedang melencong jauh dari apa yang sepatutnya mereka lakukan dan perjuangkan. Kalau telah mendapat subsidi gigi palsu dari jabatan kesihatan mereka tidak boleh lagi menegur kerajaan yang korap itu dan wajib menyokong pimpinan yang melakukan korapsi itu.
Jika kita telah mendapat pinjaman untuk anak kita belajar ke luar negara, kita di minta jangan mempersoalkan apa-apa yang tidak baik yang dilakukan oleh kerajaan dan pimpinan. Rakyat di kurung pemikiran mereka semata-mata telah mendapat gigi palsu percuma dan pinjaman dan pembiayaan pelajaran anak-anak kita. Apabila termakan sedikit wang rakyat yang bukan pun wang BN atau pun UMNO, rakyat mesti duduk diam dan memerhatikan sahaja segala kerja rasuah dan salahguna kuasa oleh pihak yang memimpin.
Budaya ini telah dibentuk oleh UMNO sejak bertahun-tahun dahulu dan ini membuatkan orang Melayu tidak boleh berfikir jauh sedikit dari pemikiran mereka yang melakukan tekanan ini.
Telah banyak kali diperkatakan yang wang diberikan kepada rakyat itu adalah wang mereka sendiri. Kos gigi palsu itu dibiayai oleh pembayar cukai yang terdiri dari rakyat berbilang kaum dan agama serta rakyat yang menjadi ahli kepada parti kerajaan dan parti-parti pembangkang. Kos membiayai gigi palsu itu bukannya wang UMNO, malahan pemimpin-pemimpin UMNO yang mengeluarkan bantuan itu pun dibiayai oleh rakyat termasuk ahli PAS, DAP dan PKR.
Saya menulis ini kerana ramai yang menyuruh saya menulisnya kerana UMNO sedang berkempen yang segala bantuan itu adalah keperihatinan pemimpin kerajaan yang ada sekarang. Justru rakyat mesti mengundi parti kerajaan. Jika ini dilakukan terus-terusan maka elok cari formula supaya ahli-ahli kepada parti pembangkang itu tidak payah membayar cukai pendapatan kepada kerajaan dan membayar cukai jualan ke atas rokok yang di hisap oleh mereka yang telah menjadi ahli parti pembangkang.
Kalau ini dapat dilakukan maka barulah UMNO dan BN boleh mengaku yang wang pemberian untuk membiayai gigi palsu atau pinjaman pelajaran itu adalah hak UMNO untuk menagih sokongan melalui pemberian itu.
Oleh yang demikian maka kita tidak akan dapat melakukan perubahan walaupun wang negara kita telah di bawa keluar sebanyak RM1trillion sejak sepuluh tahun dahulu. Jika kita tidak melawan, segala kemungkaran ekonomi dan politik yang dilakukan oleh pimpinan kita, maka sampai bila-bila pun negara kita akan diperlakukan sekehendak hati pimpinan yang tidak jujur dan kita akan hanya menunggu kehancuran yang mungkin datang tidak berapa ketika sahaja lagi. Kemungkinan negara akan menghadapi pengalaman negara-negara kaya yang akhirnya tersungkur di hadapan mata masyarakat antarabangsa akan berlaku kepada negara kita.
Kalau kita tidak lakukan sesuatu maka cerita pemimpin menggunakan hampir RM2 billion untuk menyelesaikan perniagaan anaknya yang gagal, akan berlaku lagi. Negara perlu membeli kelengkapan senjata terus menerus untuk keselamatan negara. Jika tidak ada perubahan maka kita akan menanggung pembiayaan pembelian peralatan yang telah dinaikkan harga berlipat kali ganda untuk membayar ‘kick back’ kepada pihak yang bertanggungjawab dalam jumlah yang berbillion. Semuanya ini ditanggung oleh kita rakyat negara ini.
Itulah persepsi rakyat terhadap pemimpin-pemimpin parti yang memerintah kita. Baru-baru ini terbongkar isu NFC yang melibatkan Sharizat dan keluarganya. Sharizat telah diminta berhenti oleh banyak pihak kerana permasalahan yang beliau sedang hadapi. Sharizat membuat kenyataan, ‘siapa dalam UMNO yang tidak bermasalah?’ Kata-kata Sharizat itu selari dengan persepsi rakyat terhadap barisan kepimpinan hari ini.
Saya menyertai orang ramai yang telah merasakan keletihan mengikut perangai dan budaya UMNO ini. Kita disuruh menjadi rakyat yang setia tetapi mereka (pemimpin-pemimpin) tidak pernah menunjukkan sikap dan perasaan kesetiaan kepada negara tercinta ini.
Merekalah (pemimpin) yang telah menjadikan UMNO dan ahli-ahlinya serta rakyat yang telah di kelirukan itu untuk menjadi modal perniagaan peribadi mereka. Apabila ada rakyat yang berdegil tidak mahu menjadi modal kepada perniagaan peribadi mereka, rakyat gulungan ini dianggap sebagai pengkhianat pula sedangkan pengkhianat sebenar adalah di kalangan pimpinan yang mencuri wang rakyat dalam jumlah yang beratus billion ringgit nilainya.
Budaya dan pemikiran mereka (pemimpin-pemimpin) sudah terbalik. Yang benar dikatakan salah dan yang salah mereka katakan betul. Saya dan mereka yang sama pemikiran, tidak mahu menjadi gulungan yang menjadi pembawa dalil kedatangan kiamat.
Pembawa dalil kiamat selalunya bertindak dan mempunyai budaya serta pemikiran yang terbalik….yang baik nampak jahat dan yang jahat nampak baik. Yang hak terhimpit dan yang bathil bermaharajalela. Menuju ke jalan yang lurus tidak di gemari oleh mereka yang sedang berkuasa secara rakus.
Lagi pun Tuhan memberikan kita ingatan, ‘selagi masih ada umat ku yang masih berzikir kepada ku, walaupun seorang, dunia belum lagi akan kiamat’
23 comments:
SENANG JE. MACAM ORANG BERCINTA....KALAU SAYANG SEMUANYA WANGI, KALAU BENCI SEMUA BUSUK. NILAILAH DIRI SENDIRI. MINTAK MINTAK JANGAN TIKAM BANGSA SENDIRI. WHAT HAS HAPPENED TO SPORE, AND WHAT IS HAPPENING IN PENANG. KESIAN MELAYU DI TANAH MELAYU.......
amalan berbalas budi adalah satu amalan yang baik;kalau bapak baik, adalah tanngung jawab sianak untuk menjaga bapak tersebut hingga keakhir hayatnya,
kalau isteri bagus, adalah tanngung-jawab suami untuk menjaga isteri tersebut seelok-elonya.
Kalau pemimpin yang bagus, adalah baik kalau kita hormat dan juga membalas budi baiknya. Ini hukum alam, tak perlu diubah-ubah.
Kalau pemimpin rasuah, runtuh moral, pandai aje berjanji, tak perlulah kita terhutang budi pada pemimpin, elok ditukarkan aje.
Saya rasa teguran Tuan AA yang begitu halus dan berisi seperti ini pun orang taksub UMNO tidak akan terima dan faham. Ini adalah kerana mereka ini banggang dulu, kini dan selama-lamanya. Hanya Malaikalmaut sahaja yang mampu mengubah minda mereka...itu pun sebelum nafas yang terakhir.
Sdr Aspan..
Esey setuju amek dgn tulisan sdr ini. Dulu sey pun macam tu juga tapi dah lebih 10 tahun sey tinggalkan dan banyak perubahan dari cara hidup dan cara berfikir.
Jadi teruskan lah perjuangan yang murni kami tetap beri sokongan.
selalu org umno poyo melalak konon melayu tergadai di singapore dan sedang digadai di penang... talk is cheap lah... buktikan tang mana org melayu prnang disisihkan oleh penang state government? Yang terasa hanya balachi2 umno dan mamak umno yg lebih melayu dari melayu.... singapore punya kes pulak yg menggadai singapore bukan ke no 1 dan no 2 umno masa tahun 60an dulu yg ampunya kerja??
Sekarang pun umno no 1 man yg gadaikan the last tanah melayu di singapore tu....
Tak habis-habis anon 17.00 bawa cerita Melayu Penang, Singapore atau Tanah Melayu. Sedangkan semua tu masa UMNO dan BN yang memerintah mereka ni dah ketinggalan.
Tak habis-habis nak menakutkan orang Melayu dan bangsa lain seolah-olah hanya UMNO kononnya penyelamat bangsa sedangkan merekalah penyangka, perompak, pencuri dan perasuah. Kalau tidak takkan Shahrizat kata semua orang UMNO ada masalah macam dia.
Saya sokong siapa saja asalkan bukan yang nama UMNO atau BN. Kalau calon tu tunggul kayu saya sokong juga asalkan jangan yang berparti UMNO dan BN.
LanHin
Asalamu'alaikum
Bangsa Melayu sedang berada di persimpangan jalan.
Bertanggungjawab dan membuat pilihan yang tepat – hasilnya selamat dunia dan akhirat.
Tamak,haloba,buta hati ,lalai dan membuat pilihan sesat – akibatnya kehidupan tambah melarat.
Kemungkaran berputar kian ligat.
Marilah kita belajar dari sejarah – kisah hakiki dari Alquran.
Bukan sejarah olahan insan yang telah di ubahsuai untuk golongan yang berkepentingan.
Masihkah kita ingat kisah Qarun ?
Masihkah kita ingat kisah Fir'aun ?
Masihkah kita ingat kisah Hamam – orang kanan Fir'aun ?
Renungilah peringatan berikut dari Al Quran:
“Dan (juga) Qarun, Fir’aun dan Haman. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa dengan (membawa bukti-bukti) keterangan-keterangan yang nyata. Akan tetapi, mereka berlaku sombong di (muka) bumi, dan tiadalah mereka orang-orang yang luput (dari kehancuran itu).
Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka diantara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu, kerikil dan diantara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan diantara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan diantara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.” ( Al-`Ankabut: 39-40 )
Agar kita tidak terjebak kedalam perangkap syaitan yang terkutuk dan terjerumus menjadi warga neraka jahanam bersamanya ,marilah kita renungi satu lagi peringatan dari Al-Quran:
" Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka. " (An-Nisaa :145)
Wassalam
hehehe memang betul telahan saya..org politik anytime jer boleh berubah...dulu negara Islam kini negara Kebajikan...dulu masyarakat Madani lepas tu Islam hadhari... masing2 claim demi dan untuk rakyat..tp sebenarnya semua berlakon demi kuasa dan pengaruh yg menghasilkan money, money, money
Kalau duit datuk nenek BN boleh la terhutang budi.Memang sudah menjadi tanggungjawab pemerintah membangunkan negara dan rakyatnya.Negara komunis pun akan memajukan negara mereka.
Negara Libya era Gaddafi, sebuah negara diktator memberi rakyatnya perubatan dan pembelajaran percuma,USD50,000 utk yg baru kahwin utk mulakan kehidupan berumahtangga.Sekiranya ingin membeli rmh,kerajaannya memberi subsidi 50% dan 50% lagi membuat pinjaman bank tanpa faedah.
Di negara kita,macam2 cukai kena bayar.Makan di KFC pun kena cukai.Nak makan kena cukai,berak pun kena cukai(Indah Water).Baru sekali beri RM500/-riuh rendah sekampung(akhbar, radio,tv).Sepatutnya BN lah yg berterima kasih kepada rakyat kerana melantik mereka berkuasa.
Mentaliti BN menganggap mereka ada lah tuan dan rakyat sebagai hambanya.Hari2 radio,tv dan akhbar menyiarkan berita BN seolah-olah mereka tuhan.Propaganda2 dan doktrin2 BN bertujuan menguasai minda rakyat akan menjadikan rakyatnya bodoh dan merugikan masa depan negara.
BETUL sangat kata2 Anon 17:00 - Kesian Melayu Tanah Melayu; kena tipu dgn bangsa sendiri selama lima dekad.
Agak2 kalau Melayu yg. sama umur & kerjaya dari Malaysia & Singapura pergi bercuti di Australia (atau mana2 negara sekalipun - termasuk Malaysia!), siapa yg. papa & siapa yg mewah berbelanja.
Melayu yg. ada otak boleh pikir sendiri.. yg. lain2 tu sila mintak balik otak yg. telah kamu diserahkan kat UMNO.
~ Brader Bigot
Kepada mereka yg suka berkhutbah meh sini hamba nak habaq.
'Maha Adil' dlm konteks Allah adalah segala kejadian itu berada dlm keadaan yg. seimbang ("Balance" mcm dacing BN).
'Hukuman' dlm konteks Allah adalah tindakbalas ("Action & Reaction" pd sesuatu kejadian yg. fitrahnya adalah seimbang).
Tiada apapun yg bebas drp hukumanNya yg. terjadi secara 'tunai'. Sentuh api, terbakar tangan; terjun tingkap, jatuh kebawah dsb..
Jadi, kalau masyarakat sokong kebatilan jgn nak tunggu pemimpin yg. tak berIMAN (bermaksud sebenar: AMANah) kena sula dlm neraka. Hukuman Allah adalah TUNAI; yg kena sula dekat dunia ini secara tunai adakah umat yg. menyokong kebatilan itu sendiri.
"...Allah Maha segera hitungan hisabNya" [2:202], [3:19], [3:199], [5:4], [6:62], [6:165], [7:167], [13:41], [14:51], [24:39], [40:17]
Itulah pasal bani Melayu yg telah mendokong kebatilan selama setengah abad masih lagi bonggok! Maka disinilah letaknya Maha Adilnya Allah!
~ Imam Bonggok
Pak,
Another great post and why did I say that? Well, simply because it warranted the attention of UMNO cyber defenders (be it mercenaries or simpleton mat Jenin), posting their tired and illogical, not to mention make believe arguments and "facts" such as DAP communist, Melayu tergadai sebab PAS dan DAP berkerjasama, Islam tergugat sebab Hassan Ali yang cakap and best of all, UMNO dan PERKASA adalah pembela orang Melayu (even though most of us knows that UMNO leaders are receiving kickback from non Malay businessman who are getting plenty rich from UMNO awarded projects)!
I'm actually amazed at the the simpleton UMNO supporter (not those paid mercenaries) vehement defense of UMNO corrupt and injustice nature. Don't they feel a prick at their conscience seeing the rampart abuse and corruption prevalent in UMNO and yet they have the gall to accuse other people as traitors and criminal simply because that what's being said by their corrupt leaders? The word of a corrupt and immoral person is acceptable just because that person is an UMNO leader and a Malay? As long as the UMNO leader shout "Ketuanan Melayu and Hidup Melayu" every now and then, it's okay for them to loot and plunder the nation wealth and riches? Is it truly honorable for those UMNO Melayu leaders to loot and rob the treasury as long as every GE, they bribe their way to power using the money they stole from the people and the nation?
These are question that would jolt and shock decent Malaysian BUT I guess not to the "TOTOK" and "mati keras" supporter of UMNO who frequently visit this blog, anonymously spewing some nasty, smelly but empty word to vent their anger at being revealed as soulless human being. And I fully expect those nasty and smelly (empty) word attack will increase exponentially as the GE becomes nearer and as UMNO becomes weaker and more wounded from yet many other revelation of abuse and corruption. A wounded tiger will becoms more dangerous but UMNO is no tiger. And going by their smelly, lewd and disgusting attack on the people who are opposed of their corrupt ways, UMNO is actually a wounded "Skunk" only able to spew vile and obnoxious smelly excrement to defend itself. Ugh!!!
Nick.
Terimakasih, Tuan Aspan.
Tulisan tuan merupakan corak pemikiran yang ditunggu2 oleh saya dan ramai melayu lain di luar sana.
Pemikiran yang sempit telah menyebabkan apa yang berlaku sekarang, tanah melayu tergadai, Penang yang telah diperintah 50 tahun, baru hari ini Melayu UMNO memekak menempik seperti janda beranak sepuluh meneriak satu kampung mengaku anak dara.
Terimkasih sekali lagi.
Syukur Alhamdulillah, ade juge dikalangan veteran yang telah diberikan hidayah untuk kembali kepangkal jalan sebelum ditarik zat2nya. Semuga lebih ramai lagi yang seangkatan dengan Tuan AA akan berjuang dijalan yang benar demi untuk agama, bangsa dan negara tercinta. Semuga ALLAH SWT memberkati usaha murni Tuan, Amin.
Saudara AA
It's obvious that UMNO/BN has learnt the tricks of propaganda from the master, and that person is none other than Goebbels. If you keep drumming the same message to your target audience, soon they will believe the unbelievable!
Tuan Aspan,
Orang kita selalu cakap pasal Singapore,jangan jadi macam Singapore, Adakah kita pernah fikir siapa yang lepaskan Singapore,tentulah Puak2 Umno dan konco2nya kerana masa tu Pas dan DAP tak boleh buka mulut pun tapi kalu pemimpin2 Umno masa tu fikir panjang seperti hantar Askar Melayu mungkin hari ini Singapore masih dalam Malaya.Singapore hari ini telah maju kerana usaha sendiri,rakyatnya pun bangun berusaha,rasuah di tahap terendah,sekarang ni dunia memandang tinggi pada Singapore kecuali Mamak Bendahara yang telah bersara kerana dia telah tidak berjaya memajukan Malaysia walaupun diberi masa 23 tahun untuk membangunkannya.So,orang Melayu marilah berubah sikit pemikiran janganlah terlalu bergantung pada Umno/BN kerana mereka selalu mengelat/menipu kita-contoh terbaharu lembuNfc,pembelian kapal selam Malaysia di kapor oleh Perimekar sebanyak Rm450J tah macam2 lagi,baru jadi ketua menantu PM dah boleh beli saham berjuta, apa nak jadi ni, Melayu mesti berubah untuk maju janganlah harap sangat pada Umno/Bn- kita tak habis2 ditipu
UMNO will never change and would continue to remain as autocratic, draconic and mafia association. Najib is probably seen as the worst Prime Minister in Malaysia and it will be only a matter of time when things will turn for the worst.
It’s too bad when the same crazy person who was behind the troubled UMNO in 1988, and also sacked many of his enemy who opposed him (Musa Hitam, Razaleigh, Anwar & Pak Lah) is the same one who brought Najib in to power.
As long as Mamaktaik is still around, UMNO would never be in peace.
Pak Pan... teringat saya masa zaman Madey dulu.. dengang bongkaknya berkata
"tunggul kayu tu kalau bertanding lambang dacing pasti menang"
Nah.. sekarang dah tiba masanya kita terbalik kan.."asalkan lambang dancing kita telungkupkan"
adilkan.
Pak Pan... teringat saya masa zaman Madey dulu.. dengang bongkaknya berkata
"tunggul kayu tu kalau bertanding lambang dacing pasti menang"
Nah.. sekarang dah tiba masanya kita terbalik kan.."asalkan lambang dancing kita telungkupkan"
adilkan.
written by Sribayu, December 15, 2011 17:14:01
I still remember how MACC investigated Tan Sri Khalid Ibrahim less than a week after the issue was broke out in the public media for having misused state funds to pay for the maintenance of his personal car and purchase of Hari Raya Aidiladha cattle for his Bandar Tun Razak parliamentary.
MACC only interested in investigating 46 sacrificial cows costing RM10,400 .. and gave up cases involving RM250 million...???
Kalau hendak dituliskan penyelewengan BN era Mamak Murtad hingga kini, berapa lori dakwat agaknya diperlukan? Mungkin mengatasi kitab2 imam Al-Ghazali.
Saudara/ri yg masih lagi dalam UMNO,berilah peluang kpd minda anda yg selama ini dipenjarakan oleh doktrin sempit BN,keluar meneroka sesuatu yg lain/baru.Kerana sifat takut ingin mencuba sesuatu yg lebih baik,pemikiran anda telah ditutup dari melihat kebenaran.Berilah peluang kpd minda anda berfikir diluar kotak pula.
Sekiranya kita membendung salah satu anggota badan kita,pertumbuhannya akan terbantut/cacat.Begitu jugalah akal kita, jika di bendung akan menjadi cacat.
Yang masih lagi tertidur, sudah sampai masanya utk bangun membenteras segala penyelewengan BN yg melampaui batas.
Tuan TT,
Hari ini saya terbaca yang tuan TT menyertai DAP. Gembira tak terkira. Saya pula cadan nak join dewan penyokong PAS.
Ternyata perjuangan dan kebenaran tidak mengira bangsa, kaum dan agama
Malaysia got hope now.
Cakap pasal kiamat, tapi mcm x takut pada kiamat? Makin ramai orang yang cakap pasal agama tapi kosong.. betullah "di akhir zaman akan ramai manusia di muka bumi bercakap pasal agama padahal adalah jahil" pikirkanlah...
Post a Comment