16 January 2012

Sokongan mengusik jiwa

Kali ini saya hanya menulis ‘article’ yang pendek sahaja. Saya telah mendapat reaksi yang banyak kerana tindakan saya menukar wadah dalam arena politik. Perlu difahami bahawa saya tidak bergiat dalam politik melebihi satu dekad dan saya pada awalnya tidak mahu lagi terlibat dalam hal ini. Saya merasakan banyak yang tidak kena dengan perjalanan dan arah tuju politik Melayu, khususnya UMNO, dan mengambil tindakan mendiamkan diri adalah satu tindakan yang ‘natural’ bagi sesiapa yang menghadapi perasaan dan masalah seperti saya ini.

Saya hanya mengambil tahu hal keadaan politik dari rumah sahaja sambil-sambil menengok-nengokkan cucu saya yang kian waktu makin membesar dan bertambah bilangannya itu. Saya mengambil langkah untuk menulis sedikit sebanyak dalam blog kecil saya ini untuk mengasah otak saya supaya tidak menjadi tumpul. Tetapi dalam waktu pencarian ini saya nampak keadaan sudah terlalu menekan untuk saya kembali dan bergiat, setidak-tidaknya untuk memberikan sumbangan sedikit sebanyak kepada pandangan masyarakat yang dahagakan perubahan.

Tindakan saya menyertai DAP ini dilakukan setelah berfikir dengan mendalam dan mencari penyesuaian dan keserasian dengan perjuangan parti ini. Setelah saya menyertainya, saya telah mendapat puluhan atau ratusan sokongan melalui e-mail saya setiap hari, kecuali beberapa orang yang menentang kemasukan saya dalam DAP. Yang lain yang ramai-ramai itu telah memberikan saya galakan dan ramai (Melayu) yang telah menunjukkan sokongan yang begitu kuat terhadap tindakan saya itu.

Saya tidak dapat untuk menjawab satu persatu email yang dihantar kepada saya itu, maka saya menulis melalui blog kecil saya ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas sokongan moral kepada saya dan kalau boleh doakan saya agar apa yang saya perjuangkan ini akan beroleh kebaikan untuk kita semua dan generasi kita yang akan datang.

Ada juga segelintir yang membidas dan menghina saya dengan isu yang bukan-bukan tetapi saya tidak memberikan respon kepada segelintiran ini kerana di antara saya dengan mereka sebenarnya kita berlainan dalam bahasa politik. Saya juga tidak mengambil hati kerana kita memandang isu-isu itu dari sudut yang berlainan. Penghinaan segelintiran mereka ini tidak meresahkan saya malah saya merasakan yang saya sedang dalam ujian dalam kehidupan saya dan saya akan laluinya dengan tabah dan tenang.

Saya hanya berdoa saya akan terus-menerus bersandar kepada kebenaran dan hanya saya sahaja yang tahu kerana matlamat saya itu saya simpan rapat-rapat di dalam sanubari saya. Jika benar apa dan ada kesungguhan perjuangan saya itu dan diizinkan Tuhan pula baiklah hasilnya dan jika sebaliknya, saya redha untuk menerima apa sahaja halangan dan kepayahan yang bakal saya hadapi. Saya telah bertekad untuk menyebelahi rakyat yang ramai dari bersekutu dengan kumpulan ekskusif yang lalai terhadap orang ramai tadbiran mereka.

Lagi pun menghadapi kepayahan dalam hidup memang mainan saya walaupun saya berada di dalam UMNO yang mengaku sebagai parti untuk semua dan segala-galanya adalah UMNO. Saya telah menjadi ahli parti ini selama empat dekad lamanya. Saya tidak pernah merungut dan menyesal berada di dalam UMNO sebegitu lama. Setidak-tidaknya saya mahir untuk menilai parti itu dalam empat dekad berada bersamanya.

Kepada rakan-rakan serta ratusan email yang datang dari mereka yang saya belum kenali itu, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas sokongan saudara semua. Saya tidak dapat mengenali semua. Tetapi jika terjumpa di mana-mana, tegurlah saya kerana saya ingin bersalaman untuk mengucapkan terima kasih sekali lagi.

Tetapi memberikan sokongan kepada saya tidak mendapat apa-apa imbuhan. Saya tidak ada RM500 untuk dibahagi-bahagikan kepada saudara/saudari sekalian. Saya tidak mampu untuk menjanjikan apa-apa keuntungan material. Hanya saya berjanji dengan sedikit kudrat yang berbaki yang ada pada saya untuk membantu perjuangan untuk menyelamatkan harta benda rakyat dari dirompak dan dipergunakan oleh mereka yang memerintah negara kita ini.

Saya akan melakukan sedikit sebanyak yang saya mampu untuk menyumbang kepada usaha mencari penyelesaian terhadap kemelut rasuah dan salahguna kuasa yang terlalu berleluasa kini. Hasil perjuangan ini mungkin tidak dapat dilihat semasa hayat saya ini, tetapi jika impian untuk mendapatkan sebuah negara yang baik pemerintahannya tercapai semasa saya sudah tiada lagi, jika ikhlas hadiahkanlah saya surah Al-Fatihah sekali. Setidak-tidaknya, itu sudah mencukupi bagi saya.

Kepada rakan-rakan sekalian, saya mengucapkan terima kasih dan ayuh kita bersama-sama menuju matlamat yang telah saya nyatakan tadi. Walaupun kita telah dikabulkan banyak doa-doa kita, tetapi hajat untuk mendapat sebuah negara yang dipimpin dengan baik dan jujur belum lagi kesampaian.

Doa kita termakbul tetapi kita sedang menunggu HAJAT yang masih lagi belum kesampaian.

Tetapi kita mesti yakin dengan janji Tuhan, ‘doa-doa kita tidak semestinya dikabulkan Tuhan semuanya, tetapi HAJAT tetap akan disampaikanNya’. Kita tunggu…berbohong itu adalah sifat mustahil bagi Tuhan semesta alam. Salam.

35 comments:

halim din said...

Bro,

jiwa halus mu itu amat mengusik jiwa ku juga. Berjuanglah bro. Tiada apa yg saya dapat berikan selain daro doa restu saya untuk you bro.

Anonymous said...

salam bang,

den ni totap dgn umno tapi pilihan abg masuk dap adalah hak peribadi. ni negaro demokratik. kito kono hormati hak seseorang dalam hal ni.

kito totap akan berlawan di arena politik... tapi KAWAN TOTAP KAWAN.

bak kato org - biarlah makan berkawan, jgn makan kawan!

sampai jumpo laie.... semugo berjayo.

Raison D'etre said...

AA,
Saya ni recent reader kepada blog saudara - itupun sebab adanya link dengan SMAK47.

Dulu saya selalu query SM: kenapa dia masih berada dalam Umno? Saya tak berapa setuju dia join DAP tapi saya akur kepada reasoning beliau.

Saya sendiri sampai la ni masih dok tercari2 sebab walaupun DAP parti paling deakt dari segi aspirasi, tapi bab tolak pembentukan negara berteraskan Islam tu saya tak boleh nak terima.

Dari segi lain, saya tabik dema.

Harapnya, AA dan rakan seperjuangan SM dapat melembutkan outlook parti itu on this and hopefully one fine day, saya yang cynical amat dengan semua Political parties ni boleh berkata: If there is a party I can join, it will be XXX (to be filled later on or not at all).

Sementara tu, salam saya pkepada saudara dan moga Allah memberkati perjalanan politik tuan ini. Mulakan dengan niat yang baik dan insyaallah, akan ada keberkatan dalam usaha kita.

Wasalam.

Ron said...

Salam takzim brother.

Aku doakan anda perolehi apa yang dicari. Bagi aku, UMNO teap UMNO. Biar sengsara dan terbuang pun tetap UMNO. Itu pegangan cucu cicit dan suku-sakat keluarga aku.

Tapi, kerana aku mengenali anda sejak 1969, aku tau isi kalbu anda.

My salam to your beloved wife dan selamat maju jaya.

Ron

shahid said...

Bro,

I am not really surprised that you made this decisive move. i respect your guts and clarity in your mind.

i support you and i shall be seeing you pretty soon to join you,may be.

I am hooked by your courage.

matpenang said...

Tindakan tuan dah betul.

Hidup kena berjuang, lebih-lebih lagi demi keadilan umat Islam.

Berjuang hanya untuk bangsa, dah lama tertolak dengan bukti Al-Quran dan sejarah.

Kalau perjuangan tepat dengan kehendak Allah dan Rasul, biar tidak menang. Di akhirat PASTI menang.

Umur kita dah semakin senja, cukuplah umat ditipu UMNO sekian lama.

Untuk menguatkan keyakinan, sila cari ulama'2 yang ikhlas sebagai panduan. Mereka ini pewaris Nabi Muhammad SAW.

Anonymous said...

Raison D'etre said...

"Saya sendiri sampai la ni masih dok tercari2 sebab walaupun DAP parti paling deakt dari segi aspirasi, tapi bab tolak pembentukan negara berteraskan Islam tu saya tak boleh nak terima. "

UMNO pun tolak negara islam tapi anda boleh terima ..pelik kan

Anonymous said...

Salam Saudara Aspan.

Sokongan saya sepenuhnya kepada tindakan Tuan menyertai DAP. Saya kira tindakan dan strategi yang bijak.

Ada komen yang tidak setuju kerana katanya tidak Islam. Bagi saya, jika tindakan tuan adalah untuk mensejahterakan dan menyelamatkan negara kita ini, itulah Islam. Bukan kah Islam itu bermakna Sejahtera Selamat?

Apa gunanya kalau nama sahaja Islam, tapi perbuatanya tidak Islam?

komo said...

salam tuan,
bravo to the politics of enlightenment, to the bonfire of change. if you can do it, all of us CAN too.

Anonymous said...

Musuh dlm selimut DAPat. Selamat datang

Aspan Alias said...

Bujai and Ron,

Yes, both of you are my friends and especially more so with Ron whom I have known for 4 decades.

I appreciate your understanding and let us respect each other in politics.

Thanks bros. cheers.

kampong lad said...

salahkah sekiranya urustadbir negara ini bertunjangkan 'universal value' (ini bukan saja dituntut oleh semua agama, malah termasuk juga mereka yg tak percaya tuhan)tanpa label islam? kenapa kerajaan2 islam dulu selepas zaman ralulullah saw tidak boleh bertahan sampai sekarang? adakah pemimpin2nya berlaku adil? dan bolehkah hanya 'menlabelkan' islam menjamin urustadbir yg dituntut secara automatik? pastinya banyak yg nak tibai.

beewizer65 said...

Assalamu'alaikum

Demi Negara
dan nasib bangsa

Fikir – fikirkanlah
jangan sampai tersalah langkah
jatuh tersungkur berlumuran darah

Hayati Islam sepenuh jiwa
Tulus dan ikhlas jangan berpura

Penuh ihsan dan kasih sayang
Berpaksi amanah dan keadilan

Jangan Islam di amal songsang
Harta bertimbun iman melayang

Mengaku amanah
hebat rasuah ?

Bertindak zalim
berpura alim ???

Renung-renungkanlah

Wassalam

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Syabas! Teruskan istiqamah dan tawadhuk saudara. Paling kurang pun, saudara lebih memahami dan mendalami asbab perpindahan saudara ke jemaah lain. Justeru, teruskan dan jangan undur; ibarat terlajak iqrar, majulah terus ke Badar ...

Ya, jika dinilai dari segi namanya pun, DAP adalah singkatan bagi Democratic Action Party; nama yang mengisyaratkan jemaah tersebut bukan suatu parti asabiyah perkauman tegar seperti UMNO. Bukan maksud saya menghina UMNO yang tak kurang banyak juga jasanya. Tetapi, hakikat kini sewajibnya diterima semua, khasnya orang-orang Melayu sendiri. Cuma, persoalannya, terkadang rasanya amat terkilan bila rakan-rakan Melayu itu sendiri sudah sampai ke tahap tidak mampu bezakan tuntutan Islam dan Melayu yang begitu berbeza, khasnya bila membicarakan persoalan politik. Maaflah, seandainya contoh berikut ini tidak sesuai atau tersasar.

Misalnya, dalam sistem politik Melayu, walaupun ketaatan kepada Allah SWT dan Rasul-Nya itu mutlak, ia turut bersandar kepada ketatan kepada pemimpin meskipun zalim. Sebab itulah, saya amat tidak bersetuju bila Hang Tuah dinobatkan sebagai "wira" hanya kerana berjaya membunuh sahabat karibnya, Hang Jebat yang telah mempertahankan diri dan maruahnya daripada jadi mangsa fitnah dan dengki. Bukankah ini juga yang sedang bermaharajalela dalam kalangan kepimpinan dan penyokong tegar UMNO sekarang, sehingga nilai-nilai keIslaman semakin luntur? Kalaupun tidak mampu mempertahankan Islam sekalipun, bukankah nilai dan moral sejagat uga semakin tenggelam, lantas membenarkan pecah amanah, salahguna kuasa, penindasan dan kezaliman dengan memperalat agensi berkaitan, ... Entah apa latilah tu, kan?

Oleh itu, semoga dengan penyertaan saudara ke dalam Parti DAP, saudara bukan sekadar memilih jemaah yang bukan memperjuangkan agenda sempit, malah, saudara turut bersama Pakatan Rakyat. Sememangnya, kami yang menyokong saudara hanya mengharapkan agar Malaysia tercinta ini bebas dan aman daripada sebarang kesempitan dan ketakutan, bukan ganjaran tunai bermusim seperti sekarang yang diamalkan pihak tak bertanggungjawab. Menutup bicara, pohon jutaan ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki kiranya kedapatan perkongsian yang tidak enak; jangan lupa untuk tapis mana-mana yang kurang elok lagi tersasar. Selamat berjihad dan terima kasih.

Quiet Despair said...

Bagus macam tu Tuan Aspan. Takpe buang UMNO tapi jangan buang kawan dalam UMNO. Kawan tetap kawan.
Sayapun macam Ron. Saya adalah cucu cicit orang UMNO. Macam DS Najib, suku sakat Aki saya belah bapa adalah orang UMNO terbilang di Pahang. Rakan seperjuangan Aki Najib Datuk Shahbandar Hussein.

Anonymous said...

QD,

Tak payah nak nasihat AA nak kawan dengan siapa. kamu semua yg meninggalkan AA.

Macm Ron dan Aspan dah kenal 40 tahun. Awak tu kenal pun tidak si AA ni.

Melayu Kena Sokmo said...

Quiet Despair....

Orang tak jawab salam dikatakan orang lain kafir? Nak jawab macam mana kalau perangai dan otak kamu lebih busuk dan berkarat dari orang kafir...(nama pena pun macam orang kafir). OOhhh..saudara kepada Si Najib rupanya, patutlah pengecut dan bacul dalam memberi pandangan. Cuba lihat negeri lain di Malaysia yang berani tukar parti pemerintah mereka ....contohnya Kedah dan Pulau Pinang, pastinya kemajuan berganda-ganda lagi tapi apa yang kamu dapat di Pahang kerana mengekalkan UMNO/BN? Hanya Lynas (api neraka) aje yang kamu akan dapat.... Pembangunan lain? Tiada pun....harga rumah macam dibuat dari kulit emas, melambung-lambung tingginya berbanding negeri lain. Inilah jika mengambil keturunan bangsawan untuk menjadi pemimpin....mereka akan dapat isi dan kamu sebagai rakyat akan diberi kulit aje. Sokonglah UMNO, kamu akan jadi barua... dahulu, kini dan selamanya (maaflah kalau mahu bahasa lembut, lunak dan halus sila layari blog Dato A. Samad Said).

Martoiriat said...

Salam Abang Aspan semoga sihat sejahtera..

Menegakkan kebenaran dan menolak yang mungkar adalah tuntutan agama kita. Buat lah apa yang terbaik. Teruskan perjuangan untuk menegakkan keadilan demi masa depan anak cucu kita. Jika DAP wadah perjuangan abang..teruskanlah.. saya akan teru memberi sokongan asalkan menolak yang batil.

Dalam politik abang berhak memilih apa parti sekali pun asalkan matlamat kita untuk memberi kebaikan untuk semua. Itu adalah pilihan abang dalam sebuah negara demokrasi. Saya tetap menyokong dan mendoakan abang dari jauh. Semoga perjuangan murni abang akan tetap dikenangi manusia dan diredhai tuhan.

The Pumkiner said...

Saya sangat suka bila saudara bercakap menentang rasuah berdegar-degar.

Saya juga menunggu bilakah agaknya pemimpin UMNO dan BN akan turut sama berdegar-degar menentang rasuah.

Hari itu, diberitakan yang PM merasa nak menangis sebab kadar sewa yang meningkat dan menyusahkan peniaga di Selangor.

Saya tunggu bilakah dia akan menangis kerana kesusahan yang rakyat hadapi disebabkan gejala rasuah dan ketirisan ekonomi kerana pemimpin yang bekerja sambil lewa dan tidak jujur.

Seburuk mana UMNO dan pemimpin nya, ingin saya katakan, secara am nya, kaum Melayu masih sangsi samada DAP dapat berlaku adil untuk memastikan kaum Melayu tidak tercicir.

Saya rasa saudara 'got nothing to lose'. Bersuara lah di dalam DAP sekiranya perlu.

Sunny Tneoh said...

AA, I respect your determination and your faith. May God bless the work of your hands and may He make answer your prayers for Malaysia.

What you have shared has made me even more determined to go in the direction we are all going.

Dr Sunny Tneoh

Sunny Tneoh said...

Dear En Aspan ,
Thank you for sharing your heart for a clean Malaysia. I am touched and inspired to do all I can forthe same goal for Malaysia. I am also touched by your faith,

Syabas

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Teruskan bro.. Harap saya masih dapat diterima sebagai tetamu tuan walaupun saya masih enggan bersama tuan menyertai DAP.

Red Alfa said...

Salam Saudara Aspan

Saya berkenalan dengan saudara melalui blogg ini. Setakat ini kita belum berjumpa walaupun kita adalah berjiran dan sekampung di USJ. Jauh lagi kita belum pernah bermusafir bersama. Jadi mengikut penafsiran hadith mengenai pengenalan sesama saudara, saya belum lagi dikatakan telah mengenali saudara.

Tetapi saudara adalah Cikgu bagi kebanyakan pengunjur blogg saudara termasuk saya yang senang menerima hujjah dan nas pemikiran saudara dalam memperjuangkan hak-hak rakyat, menuntutkan ketelusan dan integriti dalam kerajaaan dan mengkhinjirkan korupsi, penyelewengan kuasa, dsbnya.

Seperti saudara saya telah tidak berminat lagi UMNO dapat atau terus berkuasa kerana pemimpin-pemimpinnya kian lama dan dengan berleluasa telah mengkhianati amanah dan harta rakyat.

Saya percaya saudara akan terus berjuang dengan lebeh berpassionate sekiranya berkhidmat sebagai ADUN atau Ahli Parlimen dan disini saya sungguh berharap DAP/PR akan menghargai semangat saudara dan akan memberi peluang kepada saudara untuk terus berjasa selanjutnya.

Raison D'etre said...

Maaf AA,
Tumpang jawab sikit no:

Umno punnnnnn saya tolak Anon 16.50, 16/1/2012.

Tak payah bubuh nama Islam, asalkan terasnya prinsip terkandung Al Quran dan Hadis, dah cukup.

Susahkan nak jadi di negara yang super duper sekular ni.

Hmmm..

Anonymous said...

Bang baru ni jumpo Mad Hasan dio cakap abang AA ni nyamok jo. Bonci boto nengok cara Mat Hasan becakap. Dio tak insaf2 lagi dengan tahap BN yg tengah merosot sokongan rakyat.

nick said...

Pak,

What are political parties but a vehicle used to arrive at a destination. As we have now in Malaysia, various vehicle (parties) exist that are lawful and constitutional in nature, duly formed and conforming to the laws of this country. So I do not see any problem and especially any taboo for a lawful and law abiding citizen (unlike those PATI who are recruited by UMNO) to join any political party be it UMNO, DAP, PAS or others.

Illogical and malicious accusations such as communist, traitors to the Malays, Anti Malays, Republic conspirators and such are just knee jerk reaction of those who are in fear of losing power and those who are afraid of their own shadow (especially when they are guilty of many wrong doing). The very existence of DAP and PAS as lawful political party in Malaysia itself should have totally debunked all of those accusation since it will be impossible for traitors, communist and anti democratic political parties to be registered as lawful entity. And as such from now on, any malicious accusation and slanderous label thrown at the opposition parties should be treated with scorn and intolerance.

And if those illogical and untruthful accusation comes from those who are now holding power, then it will hypocritical of us to justify our continuous support and vote for them. Their use of those despicable tactics and slanderous attack itself should have prompted us to realized that those very people are the ones who are unsuitable to be given the rein of power and especially our trust as government. In other words, liars and slanderers should not be trusted AT ALL!

So in essence, all Malaysian are free to choose whatever political platform that they are comfortable with. And if the majority of us choose other than UMNO then so be it. It does not lessen our patriotism, it does not taint our love for this country and it especially does not corrupt our religious belief. So to all the Malays out there, break free from our shell and explore the world and its variety. UMNO does not equal the Malays and the Malays are not slaves of UMNO. We are the masters of this land and its about time we show those politician who the real masters are! Politician should listen to their masters and not the other way around.

Nick.

Aspan Alias said...

Anon 15:07,

Tak palah kalau Mad Hasan kata saya ini nyamuk sahaja. Saya tidak bermaksud untuk memusuhi beliau.

Dia memang begitu orangnya. Dalam NS dialah yang paling besar. Yang lain semua nyamuk pada dia.

Takburnya itu memang tidak dapat diperbaiki. Sudah menjadi darah dagingnya.

Dia anak orang kaya dan dia pun kaya. Jadi biarlah kita yang sama-sama nyamuk ni bersatu.

Memang kita ini nyamuk pun. Biarkan, kita jangan jawab cakapnya itu.

T Kasih bro

Anonymous said...

Abang AA,

boto bang, Mad Hasan ni semuo oghang dibangangkannyo. Dio ajo yang pandai.

Exco-exco eh sumuo eh dibangangkan nyo. Dioa sombong bang. Nantilah pilihanrayo ni kita boghi tahu dio sapo yg nyamuk

nbm, k sawah said...

Bang AA,

bilo Mad Hasan kato abang nyamuk, sayo ni raso nak kempen untuk abang kalu abang botanding do seremban.
Sayao ahli Umno dan sayo tak kisah. Bagi sayo sapo Mad Hasan tutuh orang tulah sayo sokong. Sapo Mad Hasan sokong itu yang sayo tutuh.
Amad ni, indah khabar daghi ghopo. Cakap eh bosa, otak kocik yo dio ni bang.

bbb said...

AA, If at all Mohamad Hasan degrades you as nyamuk, it simply means that he hasn't has any class at all.It sounds very personal and unfit to be called a leader. Please let me know who his parents are, cos he must be poorly bred. I am personally sick having this kind of leader in my state.

Pedas voter said...

To all beings in NS,
Is that al we have in NS?...Mohamad Hasan??? We don't have anybody else?

Anonymous said...

Salam,
Kerna nyamuk seekor seorang raja
mati.....kerna nyamuk la ramai yg kena ades....

rahim, B Gajah said...

Sdr Aspan Alias,

Mengikuti tulisan sdr amat terasa keunikannya. Saudara jujur berkata-kata dengan menampakan isi hati sebenar saudara. Saudara berjaya menzahirkan siapa saudara sebenarnya dan saya akui saudara ada keikhlasan dalam diri saudara. Saya terdengar ramai juga orang Melayu menyokong tindakan saudara menyertai DAP di mana mana saya pergi di Batu Gajah ini. Saudara berani melakukan tindakan dan ini memikat hati rakyat yang sengsara di bawah ini. Syabaslah saudara ku. Janganlah undur lagi. Teruskanlah usaha saudara itu. Apakan daya, saya hanya mampu berdoa dengan sesungguhnya untuk saudara. Ikhlas saya berkata.

Anonymous said...

Blogger Raison D'etre said...

Maaf AA,
Tumpang jawab sikit no:

Umno punnnnnn saya tolak Anon 16.50, 16/1/2012.

Tak payah bubuh nama Islam, asalkan terasnya prinsip terkandung Al Quran dan Hadis, dah cukup.

Susahkan nak jadi di negara yang super duper sekular ni.

Hmmm..

17 January 2012 12:43:00 GMT+08:00

Jadi pihak mana yg paling hampir ke arah tu...

tak kan nak menunggu kucing berjanggut

Anonymous said...

Saya sentiasa berdoa untuk Pak Aspan dari jauh bagaimana saya sentiasa mendoakan Anwar Ibrahim sejak 14 tahun lalu walaupun dia tak tahu dan mengenali saya. Saya percaya apabila kita ikhlas berdoa,Allah makbulkan dan kita tentunya tahu dalam hati kecil kita untuk siapa kita berikan doa tersebut.Takkan kita nak berdoa pada pemimpin yang korup? Jangan kata Alfatihah untuk Pak Aspan, saya akan sembahyang jenazah untuk Pak Aspan sekiranya sekiranya Pak Aspan dipanggil mengadap Illahi di USJ. Bukankah itu yang kita hendak dipenghujung hidup kita? Semuga Allah SWT merahmati perjuangan Pak Aspan. Amin.amin.amin

ditulis di restoren zainal USJ 21 :)