21 January 2012

Tak payah isytihar harta, hanya isytihar kepada PM sahaja: Nazri

Sekarang isu pengisytiharan harta oleh ahli Jemaah Kabinet menjadi bahan perbincangan rakyat ramai di mana-mana. Belum pun habis dengungan saranan yang anjurkan oleh DAP serta MACC, Nazri Aziz, seorang menteri kanan kerajaan negara, dengan pantas tidak bersetuju dengan cadangan itu.

Nazri memberikan alasan yang jika dilakukan pengisytiharan harta itu ia akan merbahayakan keselamatan individu itu. Apa bahayanya saya pun tidak tahu melainkan Nazri didapati mempunyai harta yang bertimbun secara haram. Nazri bersetuju jika pengisytiharan harta itu hanya dibuat kepada Perdana Menteri sahaja. Lain-lain perkataan Nazri hanya sanggup memberitahu PM sahaja berapa jumlah harta beliau sejak menjadi menteri ini.

Selangor telah mengambil tindakan mengisytiharkan harta ahli Exconya dua tahun lepas dan P Pinang telah mengambil tindakan mengisytiharkan harta ahli majlis mesyuarat kerajaannya dan boleh dilihat melalui internet oleh semua rakyat. Contoh-contoh baik yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat ini patut diikuti oleh kerajaan BN di peringkat persekutuan dan negeri-negeri yang ditadbirnya.

Dalam kes pengisytiharan harta ini nampaknya pihak Pakatan Rakyat lebih telus dan nampak kesediaan harta mereka dilihat dan diketahui umum. Bak kata Lim Guan Eng, DAP merasakan rakyat sepatutnya tahu tentang harta-harta yang ada pada mereka yang menduduki jawatan awam terutamanya yang mewakili kumpulan legislatif dalam kerajaannya.

Keengganan Nazri dan yang lain-lain dalam Kerajaan Persekutuan untuk mengisytiharkan harta secara terbuka menunjukkan yang kumpulan pemimpin dalam BN ini mempunyai banyak perkara yang hendak dilindungi dari pengetahuan umum.

Pengisytiharan harta ini merupakan amalan yang biasa bagi negara-negara yang maju dan mengamalkan pentadbiran mengikut undang-undang dan etika yang tinggi. Di negara-negara maju memang inilah amalannya. Selagi pengisytiharan harta ini tidak dilakukan selagi itulah kerajaan itu tidak boleh dianggap sebagai negara yang telus pentadbirannya dan tinggi etika kepimpinannya.

Jika menteri-menteri kita hanya mengisytiharkan harta mereka kepada Perdana Menteri sahaja ia tidak akan membawa apa-apa makna kepada pengisytiharan harta itu. Jika cara Nazri ini dilakukan hanya Perdana Menteri sahaja yang tahu dan tidak akan dapat ‘public scrutiny’ seperti yang berlaku di negara-negara maju.

Jika hanya Perdana Meneterri sahaja yang tahu, paling mampu yang dilakukan oleh Perdana Menteri ialah untuk membandingkan di antara jumlah harta yang dikumpulkan oleh Nazri dan harta yang dikumpulkan oleh Perdana Menteri dan isterinya.

Kenyataan Nazri itu amat mengecewakan ramai dan ia hanya memberikan gambaran yang pemimpin-pemimpin kita tidak berani untuk menunjukkan bagaimana harta-harta yang menggunung itu didapati oleh mereka. Dalam isu pengisytiharan harta ini kita akan nampak dengan jelas yang di sebelah BN dan UMNO, pemimpin mereka tidak menggemari ini dilakukan dan hanya pihak Pakatan Rakyat sahaja yang berani melakukannya.

Maka stigma UMNO itu adalah kumpulan perasuah semakin diyakini oleh orang ramai dan sebaliknya keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat itu bertambah utuh dan kuat. Di sini kita boleh lihat yang UMNO tidak berdaya untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sahsiah dan kejujuran mereka.

Hanya satu suara dari Kabinet Negara yang menyambut pengisytiharan harta ini dengan baik, iaitu Ismail Sabri Yaacob. Secara peribadi saya juga pernah mendengar yang menteri ini tidak pandai mencari duit luar dari jawatannya. Jika Ismail mahu bersama untuk membersihkan negara dari rasuah yang keterlaluan ini, saya berharap Ismail bersama PR kali ini.

Tetapi Nazri bolehlah mengisytiharkan harta beliau kepada Perdana Menteri. Kita tahu jika itu dilakukan oleh Nazri, maka Perdana Menteri hanya akan dapat membandingkan harta yang Nazri kumpulkan dengan harta yang PM sendiri kumpulkan.

Selepas itu elok Perdana Menteri mengisytiharkan hartanya kepada Nazri pula. Nanti Nazri dan Najib sama-sama tahu jumlah harta yang mereka masing-masing kumpulkan.

30 comments:

Anonymous said...

Aspan,

i am addicted to your writing actually.

Ministers:99%cow brain,1%human brain for stealing said...

Mana ada kumpulan lanun dalam dunia ni nak tunjukkan harta rompakkan mereka kpd org ramai.Kalau diisytiharkan pun cuma 10% jer.Yg 90% lagi semua berada diluar negara atas nama proksi atau saudara mara mereka.Cara paling mudah ialah menyingkirkan BN dari Putrajaya dan tubuhkan satu skuad 'Pencari Harta Qarun Menteri2 BN' sampai kelubang cacing.

Sebenarnya, inilah yg BN amat takut sekali sekiranya PR ambil alih Putrajaya.Menteri2 BN amat ngeri kehilangan harta mereka yg bertimbun-timbun banyaknya.Sebagai contoh,kes lembu betina Mamak.Ada kondo mewah dalam+luar negara.Ada kereta Merc.Ada tanah.Macam2 ada bak kata Anankonda Astro.Itu baru 10% yg dikorek.Kita sebagai rakyat biasa yg membayar gaji mereka,hanya terliur shj mengetahui kehidupan mewah mereka.

Memanglah bahaya Nazri ooi.90% Harta2 yg menteri2 BN perolehi adalah dibawah meja.Rakyat bukannya dungu lagi.

Mudah2an slogan Pak Jeep yg terakhir ialah:K.S.M.P.1.M(Kita Semua Masuk Penjara 1 M'sia).

Anonymous said...

UMporNO tak takut hantu, tetapi takut gelap.Baik tak payah istiarkan harta, kalau nak istiarkan kepada pm. Mampuslah negara kalau macam ini.

Anonymous said...

Khalid did not declare fully his holding in companies

LGE declare to KPMG

I bet you will not be man enough like any Pakatan politicians to release this comment

nick said...

And I half expected to hear Nazri as the de facto law minister giving the thumbs up on the urgent need of all monsters.. err.. ministers to declare their assets (Sharizat Jalil...please lower your kain! Make public your property, holdings, cash stash and gold bars. Other than that, we are not interested..PERIOD!) Who am I kidding! Of course UMNO ministers will not declare their ill gotten wealth. They maybe stupid but they are not crazy to commit suicide!

However, it is quite amusing to hear a law minister trying to wiggle his way out of declaring his huge wealth using security, danger and fear of being rob as the main reason (when in fact they are guarded 24/7 by police personnel at tax payers expense). But then again, Nazri never was considered as being smart or brainy to begin with, so his answer (refusal) is typical of his moronic and idiotic self. Quick on the tongue but slow on the brain (just like the majority of cabinet ministers NOT excluding the PM..especially the PM).

And typical of someone who is quick on the tongue but a snail pace in brain function, Nazri added his tally of stupid ideas and quote with his totally useless and totally "mengampu" suggestion of declaring asset only to the PM. Declaring their asset to the PM who is equally tainted and who is already seen and labelled as Mr and Mrs 20% commission? I bet Afdlin Shauki would love to make another comedy sketch on this! On second thought, he wouldn't dare since he is now an UMNO member and a celebrated one at that! To each his own I guess!

I would love to write more on this matter but with Nazri Aziz, what else can we add other than stupid, loose tongue and yes, stupid again!
One thing for sure, with Nazri being in the cabinet and as a front man of the BN government, ABU will surely gain more momentum and strength. I guess his loose tongue and snail brain has its purpose too!

Nick.

Anonymous said...

Don't expect pirates, robbers, graveyard plunders to declare their ill gotten gain to the public, not unless they had transform into an Angel of God, but not BN/UMNO at all either, never will they do it, not until the end of the World, ever?

Anonymous said...

klu setakat nak istihar pada pm tak payah istihar lagi baik. kenapa harus takut kalau kita jujur, amanah, tidak rasuah dan tidak merompak harta negara dan wang rakyat.ini menunjukkan pemimpin pemerintah tidak ikhlas dalam perjuangan mereka, menjadi pemimpin hanya utk mengkayakan keluarga & kroni. mana pemimpin melayu umno yg tak kaya-raya? yg susah, sengkek dan papa kedana rakyat terutama bangsa kita sendiri.

Jins M'tara said...

Nazri adalah satu2 menteri yang selalu kalut. Suka buat kepoh. Kadang2 lagaknya macam samseng kampung pinang dalam cerita P.Ramle. Apa pun, Nazri adalah lambang otak pemimpin2 UMNO yang lain. Hakikatnya, pemimpin2 UMNO sudah berkarat dan dah habis tarikh luput. Sebab itulah pemimpin UMNO seperti Nazri sentiasa sewel.

Anonymous said...

Khalid did not declare fully his holding in companies

LGE declare to KPMG

STUPID REASON FOR BN MP & UMNO TO AVOID DECLARING THEIR ASSET.

See what happen in Khir Toyo & Shahrizat cases !

Anonymous said...

Takut benar Nazri and the gang nak declare asset !. Macam2 alasan dicari. Tapi rakyat cukup faham dan menunggu masa jer nak humban BN & UMNO ke longkang sejarah.

Bila PR berkuasa kelak...semuanya akan terdedah. Maka tak menghairankan kenapa ada desakan dari sebilangan besar kalangan UMNO sendiri yang meminta PR memaafkan perasuah2 kelas kecil bila PR menawan Putra Jaya. Yang pasti..PARA BARISAN BAPAK PERASUAH & KORUPTOR AKAN TERIMA BALASAN TERHADAP PERBUATAN KEJI MEREKA !

Jom tumbangkan BN & UMNO agar koruptor dan perusak negara ini dapat dibawa ke muka pengadilan. Selamatkan negara kita Malaysia melalui GE 13 nanti !

IbnAbdHalim said...

Kalau lapor harta kat PM saja macam tak laporlah.

Anonymous said...

Saudara AA

Those who oppose good governance are actually those who have plenty (of skeletons) to hide in their closets.

Anonymous said...

@nick...

i'm always amaze with ur opinion..

the way u think same as mine...as well as Pak AA..

well done u both...

Tarak Pe Pe said...

MASALAH Incik Nazri tu berkaitan dengan #9. Nota: Sampaikan hal ini kepadanya.....

1.Ilmu adalah warisan para nabi, manakala harta ialah warisan Qarun dan Firaun.

2.Ilmu boleh menjaga kamu, sedangkan harta itu kamu yang menjaganya.

3.Orang yang memiliki ilmu mempunyai ramai teman, sedangkan pemilik harta mempunyai ramai musuh.

4.Ilmu itu akan bertambah jika diamalkan, sedangkan harta akan berkurangan jika dibelanjakan.

5.Pemilik ilmu akan dihormati, sedangkan pemilik harta dikenali sebagai si kedekut.

6.Di hari kiamat pemilik ilmu akan memberi syafaat, manakala pemilik harta akan dihisab.

7.Biarpun masa berlalu, ilmu tidak akan lapuk tetapi harta itu semakin lama semakin usang.

8.Ilmu dapat menerangi hati, tetapi harta boleh mengeraskan hati.

*9.Orang berilmu mengakui dirinya hamba Allah SWT, sedangkan orang berharta mengakui dirinya PEMILIK.


PEMILIK bila diperhatikan semula adalah.....

Anonymous said...

sama macam anak buah perompak lapor pada ketua perompak ..da...

Pok Li said...

Saya setuju dengan Nazri. Memang membahayakan keselamatan Menteri2 terbabit. Sekiranya rakyat tahu jumlah harta mereka, habislah peluang mereka untuk menang pilihanraya nanti. Teramat bahaya tu.

RAKYAT MESTI PAKSA MEREKA ISYTIHAR HARTA said...

Teringat cerita Ali Baba bujang Lapok, Sarjan pinjam buah Dadu (cakap biar terang)... tapi buah dadu tu kalu nk buka (tipu) 3 kali ajer.. Nazri ni dh duduk bwh 3 org PM... Jadi nk tipu tu 3 kali ajer... mungkin xsempat yg ke-4.

Anonymous said...

itu bukannya istihar namanya,itu mohon restu....

Anonymous said...

Alaa..apa susah Nazri oiii ! Hang declare asset kat bini hang dah ler. Najib pula declare kat bini dia. Kira ok ler tu. Pasti rakyat yakin yang BN & UMNO makin telus !

Anonymous said...

ini yg salah !!! yang miskin should isytiharkan harta /why?? so yang kaya can bantu them !!! simple kan !!!??? me no party people / me ready to dip my finger to the black colour ink /PEACE N LOVE FROM ATAS PAGAR PEEPS!!!

MARTOIRIAT said...

Salam Abang Aspan..
Macamana mereka nak isytihar harta sebab mereka sudah kebas dan merompak harta rakyat berjuta-juta. Mungkin Najib juga bersetuju tidak disiytiharkan harta sebab komisyen Kapal Selam pun beratus juta miliknya.

Anonymous said...

Anon 08:54,

LGE did not declare to KPMG. He declared to the public. Pls visit Penang government website to see his assets and that of his exco. The assets were audited by KPMG, an independent reputable audit firm. Simple thing pun susah nak faham.

Anonymous said...

Politik terdesak alias samseng ! ( http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7713-penyokong-umno-serang-hadirin-ceramah-abu ).

Orang2 beginikah ingin kita kekalkan untuk menguruskan masa depan negara ?. JANGAN GADAIKAN MASA DEPAN NEGARA DITANGAN MEREKA YANG TELAH TERBUKTI GAGAL SEPANJANG 50+ TAHUN LEBIH ! SOKONG MANA2 PARTI ASALKAN BUKAN UMNO (ABU)! MALAYSIA PERLUKAN PERUBAHAN SECEPATNYA !

Anonymous said...

Atleast LGE and all his team (Exco) has the bolas to declare their asset, what about Nazri and his geng?.....declare to Najib....I scratch your back You scratch my back la.

Anonymous said...

Assalamulaikum Sdr Aspan.
Jika seseorang menteri kabinet kerajaan yang ada sekarang jujur, mereka boleh dengan sukarela mengistisyarkan hartanya diParlimen. Tak perlulah menunggu arahan selanjutnya dari pm setelah menteri yang diberi tugas? kata tak perlu,merbahaya.Memang isu ini kritikal bagi seseorang yang berpendapatan RM200k-RM 300K setahun yang kehulu kehilir dengan bini, anak, saudaramara, ipardual, hidup bergaya dan berbelanja mewah. Saya tidak salahkan mereka, ini kerada sebahagian besar dari mereka tidak mengetahui darimana kemewahan ini datang, yang mereka tahu, bapak, suami, isteri, iparduai mereka adalah menteri kabinet dan habuan ini terdapat dalam pegangan mereka, apa lagi jolilah.Jika mereka fikir menteri yang buat ulasan itu cerdik? tak perlulah istiyar. Jadi kita pakailah apa yang ada, yang tiada/tidak lapur tu kita tiadakan mereka apabila mereka menjadi calun PRU nanti, lepas kalah kita buatlah urutan harta mereka darimana puncanya..ada dibayar cukainya.. pendapatan secara panas atau halal..
Jangan kuatir harta yang bertimbun tak akan dapat dibawa ke kubur.Yang ditinggal tak akan bertahan lama.. Easy come , easy go..Harap2kita yang akan diberi peluang nanti tidak membuat perkara serupa, ingat umur kita semakin muda... wslm..myi

Anonymous said...

QD.. maca ada teloq hal mcm ne... hal menjileq teror la dia

Anonymous said...

saya cadangkan semua calon dari pr yg bertanding pru13 nanti mengisytiharkan harta mereka dulu sebelum bertanding walaupun bukan menjadi syarat wajib menjadi calon pru. jadikan contoh terbaik dan tekanan kepada calon bn.kalau boleh cabar calon bn utk lakukan perkara yg sama. pasti ramai calon bn menggigil nak bertanding pru.

Anonymous said...

HAHAHAHA, Like english idioms, You scratch my back and I'll scratch yours!!

Kampong man said...

Assalamualiakuk semua,

Saya sungguh kechewa sekira benar poster poster racis di tampal di kawasan dimana penduduk majority adalah kaum cina saperti persekitaran TTDI yang merangkumi Damansara Utama,SS 2 dan Petaling Jaya.Ini tidak seharusnya berlaku dan sungguh tidak etika.Tidak adil dan lapuran polis harus dibuat kerana ianya berunsur perkauman.

Walaupun saya tidak setuju dengan perjuangan DAP dan menyokong perjuangan UMNO/BN saya membantah perbuatan begini.Shame on you whoever paste it !!.Terdapat berbagai poster yang bercorak sexual di persimpangan lampu trafik dimerata tempat kawasan Melayu/Islam yang berbunyi"ADULT TOY dan UBAT KUAT LELAKI " yang juga sungguh memalukan kerana masyarakat kita terutamanya orang Islam belum boleh menerima benda benda begini saperti di negeri barat yang lebih terbuka.Secara peribadi saya sendiri telah menurunkan tidak kurang daripada 12poster ini diwaktu malam kerana ianya tidak bersesuaian.

Saya juga cuba membuat analisa keputusan pilihanraya terdahulu,2008 sebagai fakta dan arah tuju keputusan pada PRU 13.Kekuatan DAP jelas hanya di Kawasan bandar dimana penduduk majoritinya kaum cina.Umpamanya bagi Dewan Rakyat untuk negeri di bawah :
(Jumlah Kerusi di tanding = JKT )

Sabah JKT=25 ,BN=24 DAP/PR=1
(K Kiabalu)
Sarawak JKT=31 ,BN=30 DAP/PR=1
(Kuching)
Johor JKT=26 ,BN=25 DAP/PR=1

Negri 9 JKT=7 BN=5 DAP/PR=2

Pahang JKT=14 BN=12 DAP/PR=2
PKR 2,DAP 0

Fakta diatas membuktikan kemenangan DAP hanya di bandar dimana pengundi kaum cina majority.Bagi untuk menang calon DAP melayu harus di calonkan di kawasan kaum majotiti cina.

Apakah benar penghijrahan kaum melayu dari UMNO ke DAP/PR belum dapat dipastikan lagi dan terletak akhirnya di tangan pengundi.Lihat dan fikirkan fakta ini tanpa emosi.Wallahwualam.Salam

@Kampong man mendoakan kejayaan Aspan dan Sakmongkol jika di calonkan.

Kampong man said...

Assalamualiakuk semua,

Saya sungguh kechewa sekira benar poster poster racis di tampal di kawasan dimana penduduk majority adalah kaum cina saperti persekitaran TTDI yang merangkumi Damansara Utama,SS 2 dan Petaling Jaya.Ini tidak seharusnya berlaku dan sungguh tidak etika.Tidak adil dan lapuran polis harus dibuat kerana ianya berunsur perkauman.

Walaupun saya tidak setuju dengan perjuangan DAP dan menyokong perjuangan UMNO/BN saya membantah perbuatan begini.Shame on you whoever paste it !!.Terdapat berbagai poster yang bercorak sexual di persimpangan lampu trafik dimerata tempat kawasan Melayu/Islam yang berbunyi"ADULT TOY dan UBAT KUAT LELAKI " yang juga sungguh memalukan kerana masyarakat kita terutamanya orang Islam belum boleh menerima benda benda begini saperti di negeri barat yang lebih terbuka.Secara peribadi saya sendiri telah menurunkan tidak kurang daripada 12poster ini diwaktu malam kerana ianya tidak bersesuaian.

Saya juga cuba membuat analisa keputusan pilihanraya terdahulu,2008 sebagai fakta dan arah tuju keputusan pada PRU 13.Kekuatan DAP jelas hanya di Kawasan bandar dimana penduduk majoritinya kaum cina.Umpamanya bagi Dewan Rakyat untuk negeri di bawah :
(Jumlah Kerusi di tanding = JKT )

Sabah JKT=25 ,BN=24 DAP/PR=1
(K Kiabalu)
Sarawak JKT=31 ,BN=30 DAP/PR=1
(Kuching)
Johor JKT=26 ,BN=25 DAP/PR=1

Negri 9 JKT=7 BN=5 DAP/PR=2

Pahang JKT=14 BN=12 DAP/PR=2
PKR 2,DAP 0

Fakta diatas membuktikan kemenangan DAP hanya di bandar dimana pengundi kaum cina majority.Bagi untuk menang calon DAP melayu harus di calonkan di kawasan kaum majotiti cina.

Apakah benar penghijrahan kaum melayu dari UMNO ke DAP/PR belum dapat dipastikan lagi dan terletak akhirnya di tangan pengundi.Lihat dan fikirkan fakta ini tanpa emosi.Wallahwualam.Salam

@Kampong man mendoakan kejayaan Aspan dan Sakmongkol jika di calonkan.