Sejak alam wujud, sejak wujudnya semua makhluk yang hidup, kita telah memahami apa yang dikatakan sebagai ‘dependent origination’. Ia bermakna setiap makhluk itu adalah bergantung kepada satu dengan yang lain apatah lagi manusia itu dijadikan Tuhan berpuak-puak, berbangsa-bangsa dan dengan berbagai cara hidup dan budaya. Semuanya ini wujud untuk kita sesama manusia mengenali, memahami dan menghormati di antara satu dengan yang lain.
Di antara manusia dan haiwan juga ada elemen perlu memerlukan di antara satu dengan lain. Tiada haiwan tiada manusia dan makhluk yang lain. Di antara yang hidup seperti manusia dan pokok serta hutan belantara ada elemen perlu memerlukan di antara satu dengan yang lain. Kita memerlukan juga perkara-perkara yang tidak bernyawa seperti batu dan bata-bata serta yang lain-lain untuk kehidupan kita.
Itulah sebabnya kita perlu dan mesti mengenali dengan dekat dan baik di antara kita manusia yang dijadikan Tuhan dengan berbagai rupa dan bangsa serta agama dan budaya ini. Kalau kita tinjau dalam konteks negara kita ini, kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama, adat resam dan cara hidup seharian ini, kerjasama di antara semua ini adalah wajib dan mandatori. Ini seruan Tuhan kita dan tuhan-tuhan agama lain juga.
Kalau kita terlalu angkuh yang kita terutamanya orang Melayu boleh hidup sendirian, ia merupakan sikap yang tidak realistik dan sangat berlawanan dengan kehendak Tuhan yang menjadikan kita yang berbeza-beza ini. Sedangkan Tuhan pun mentajalikan Muhamad untuk berzikir dan mentauhidkanNya. Tuhan itu terdiri dengan sendirinya, tetapi Dia menjadikan Muhammad dan sekelian makhluk yang terdiri dari manusia, gunung ganang, hutan belantara, lautan dan segalanya untuk berzikir dan mentauhidkanNya.
Jika ada di anatara kita terutamannya orang Melayu Islam yang mendabik dada yang mereka tidak perlukan Cina, India dan manusia yang berlainan agama, maka mereka perlu berfikir dan bertahakik tentang isu ketuhanan dan agama secara serius. Adalah mustahil Melayu UMNO boleh berdiri dengan sendirinya sedangkan Tuhan sendiri mentajalikan Muhammad untuk menunjukkan kebesaranNya. Jika tidak dijadikanNya semua makhluk di alam maya ini siapa yang hendak mentauhidkan kebesaranNya?
Bagaimana Melayu di dalam negara ini hendak hidup maju jika mereka mahu hidup sendirian, tetapi dalam waktu yang sama kita amat takut dan rendah diri untuk bersaing secara sihat dan terbuka seterusnya sentiasa mahu dilindungi secara politik setiap waktu dan ketika. Segala-galanya sudah diperuntukkan oleh perlembagaan negara tetapi masih tidak merasa yakin yang mereka boleh hidup sendirian.
Apabila ada Melayu yang sanggup berubah Melayu itu akan dicerca dan dihina. Mereka mahukan semua Melayu menjadi seperti mereka; sentiasa diikat pemikiran mereka serta merelakan diri mereka menjadi pelindung kepada pimpinan mereka yang tidak bertanggungjawab kepada negara itu.
Pendeknya orang Melayu tidak boleh berbuat apa-apa jika masih tidak mahu berfikir sedikit di luar kotak untuk membebaskan jiwa dan pemikiran mereka dijajah oleh pimpinan bangsanya sendiri.
Kita wajar bersama-sama untuk hidup dalam keadaan muhibbah di antara semua kaum dalam negara bertuah ini. Tidak usah kita relakan orang Melayu akhirnya hidup bersendirian semata-mata kerana tidak mahu mengakui yang kita memerlukan di antara satu dengan yang lain.
Kalau kita mahu hidup sendirian maka kita akan menjadi seperti Red Indian yang hidup sendirian di tengah negara AS yang luas itu. Tidak tahulah saya, jika orang Melayu mahukan nasib yang dialami oleh masyarakat Red Indian itu.
Itulah sebabnya saya menyertai perjuangan multi-racial yang memperjuangkan nasib semua bangsa dan agama di negara ini. Saya tidak mahu lagi isu rasis dipanjangkan kerana ia hanya membunuh pertumbuhan pemikiran bangsa saya yang sangat memerlukan perubahan itu.
Kita tidak boleh di'intidiminasi' oleh pemimpin kita sendiri.
21 comments:
Setuju 100%.Sekiranya bangsa melayu ingin bersaing ke tahap antarabangsa,mereka mesti membebaskan minda mereka dari penjara dan doktrin UMNO.
Kalau terlalu taksub dengan bangsa,samalah mentaliti kita dengan bangsa yahudi.
Assalamu'alaikum
BUTA MATA - hilang pemandangan
namun
nikmat pendengaran
nikmat rasa
nikmat berfikir secara rasional
tetap utuh
TIDAK TEGUGAT
Malang sungguh
Si BUTA HATI
akal pintar tiada berfungsi
hasad dan dengki kian menjadi
batil dan mungkar berbarah di hati
Wassalam.
Apa nama... Melayu mudah lupa...
Pak,
UMNO only needs the Malays, Chinese, Indians, Sarawakian and Sabahan ONLY when its time for the election. Other times, all of us are considered as slaves and 2nd class citizen to be manipulated, lied to, coerce, blackmailed, bribed, intimidated and of course discarded as when the situation is profitable for them. UMNO only considers their spouses, children, immediate families, cronies, sycophants lackeys, hired thugs, mercenary writers and inbred pets as part of the elite Malaysian whilst the rest of Malaysia, can go to the dumps for all they care.
Malaysia have become an apartheid country where the new race of UMNO and BN elites considers themselves as lord and master of this land while all other are mere slaves and 2nd class citizen at best. All of us can see that in every sector and branch of the government, there exist a separate sets of rule and laws that protected the elites an at the same time oppresses the masses. It's clear as day and menacing as the darkness of night.
Far too long have we lived in this intolerable condition and environment. As a nation of decent and just people, we have endured the intolerable where we shouldn't have! As a Malaysian and as muslims (most of us) this is unacceptable! We are tolerating unjust crimes, abuses and mismanagement of this country BUT we can't tolerate living with each other in peace? What wrong with us that we can't reverse the situation for the better end. Must we always tolerate thieves and pirates stealing TRILLIONS of RM but intolerable to our neighbors and fellow citizen who are in the same situation as us (being stolen from)? How stupid can we be and how racist can we become? Are we comfortable in a destroyed and pauper nation but uncomfortable to even sit and talk to each other?
Does it have to end in a destroyed country and a pauper and penniless people? No wonder so many of our talented people ran away and left us as a limp and cripple people. We are already mostly blind and deaf through racism and we had to make ourselves become poor and destitute as well by electing pirates and thieves as leaders and caretaker. Malaysia sure is a crazy nation and on top of that brainless too!
Nick.
Salam...
Anda telah dapat sesuatu dari ALlah dlm cetusan minda anda yg selama ini telah hilang dari diri anda dek mainan bangsa sendiri...terima kasih ALlah dan tahniah untuk anda ASPAN...teruskan penulisan anda...semoga ramai lagi rakan seagama kita sedar hakikat perjuangan dan kehidupan ini...
salam bang,
yang ni den memang setuju amek2...
semugo berjayo dalam hidup
Setuju 100%. tapi bukankah itu yg selama ini dilakukan oleh periktan/BN? Bila pulak Umno jadi rasis? Disebabkan sifat tinggi jiwalah maka umno jemput cina dan india melalui mca dan mic jadi rakan komponen. Bukti Dap parti rasis- dap hanya diterima di kawasan mojoriti cina. Di kawasan bercampur semua ditandingi oleh pkr. Dap tak boleh menang dikawasan mix. Dap pun tak yakin utk bertanding dikawasan mix.
salam buat tuan., saya berasakan fikrah tuan yang sukakan keterbukaan dan sesuai dengan tuntutan islam., saya setuju dengan dalil yang tuan berikan berhubung dengan 'saling memerlukan'. Tiada satu kaum pun yang boleh berdiri sendiri tanpa memerlukan pihak lain. Sesungguhnya angkuh lah melayu umno kalau mereka mendabik dada menyatakan mereka boleh bersendirian tanpa memerlukan kaum cina, india, kadazan, iban dan lain-lain kaum. Zaman untuk mendewakan bangsa sudah luput dan pupus bersama kehancuran yang allah tentukan untuk spesis dinosour dan haiwan purba yang lain. Kerana itu allah tak izinkan spesis-spesis tersebut hidup dizaman ini. Bukankah lebih baik sekiranya kita membuang semua pemikiran kolot dan sempit seperti pemikiran kaum yahudi yang mendapat laknat allah sehingga kiamat itu.
bro aspan,
i truly respected your decision to join DAP which a lot of malays willl curse you.
not many m'sian have the courage to openly going against UMNO for the backlash might be extremely hard to fight.
just look at the professor Aziz Bari from ex-UIA. he lost his profession and income just for teeling the truth. how many people can stand this kind of pressure more over everyone have a family to take care.
he is another person that i respected for always telling the truth apart of you and SAK(AK 47)
did you recieve my e-mail?
if yes just see when you are free for me to claim my teh tarik.
anyway take care of yourself and be a bit more careful when you are going out. you never know what all those crazy people have in their mind
regards
how
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung sekalian.
Alhamdulillah. Terima kasih sekali lagi atas pandangan bernas ini. Secara mudahnya, bolehlah saya katakan, mana-mana orang yang ononnya berasa mahu hidup sendiri, ibarat bangsa Yahudi yang dilaknat Allah itu. Bukanlah maksud saya hendak menyamatarafkan mana-mana individu atau bangsa sebegitu rupa. Tetapi, itulah hakikat sejarah yang tidak mampu dinafikan sama sekali. Bukankah terdapat ayat Al-Quran yang mengisahkan dakwaan orang-orang Yahudi dan Nasrani (Kristian) di zaman Nabi SAW, bahawa mereka adalah anak-anak dan kekasih-kekasih Allah? Lalu, dakwaan palsu itu disanggah terus dengan diajukan soalan berbentuk sindiran kepada mereka: "Katakanlah (wahai Muhammad: 'Kalau demikian, mengapa kalian masih diazab lantaran dosa-dosa kalian? Bahkan, kalian sebenarnya manusia biasa juga yang tiada keistimewaan khusus sebagaimana insan-insan lain yang diciptakan'".
(Juz 6/30, Surah Al-ma-idah [6/114], ayat 18/120)
Bahkan, ayat 13 Surah Al-Hujurat, antara ayat yang popular kedengaran di kalangan masyarakat kita, secara jelas, menyatakan penciptaan manusia daripada jenis lelaki dan perempuan serta berkembang biak menjadi bersuku-sakat-bangsa agar saling kenal-mengenal, dan ditegaskan bahawa yang mulia di sisi Allah hanyalah mereka yang bertaqwa di kalangan umat insan itu. Sebab itu jugalah dengan terpancarnya nur Islam di Semenanjung Tanah Arab, fahaman perkauman yang melampau semasa jahiliyah terhapus. Bukankah kesemua ini, fakta sejarah yang mereka tak baca atau buat-buat buta demi takhta dan mahligai permata dunia yang leka memperdaya?
Dengan ini, bersamalah kita jauhi sikap taksub sebegini kerana ia sudah tentu warisan turun-temurun Iblis laknatullah, musuh bani Adam. Tahniah dan teruskan menyampaikan kebenaran sekalipun ditentang golongan dajjal seperti itu. Menutup bicara, sekalung penghargaan buat kalian atas perkongsian blog ini, dan jangan lupa menapis yang kurang enak daripada saya. Hanya Dia Yang Maha Segalanya.
Terima kasih.
nick,
I am so delighted to have you in assisting us in the struggles of the people.
You have the feel of what the people and I do hope you don't stop just here.
We must be able to tell all the truth, not just for the few but for all Malaysian.
Thanx bro
bujai,
berbanyak banyak terima kasih abang kau ucapkan. Bila-bila boleh jumpa minm kopi-o.
T Kasih.
Saudara AA,
The Malays have been subject to fear factor so much so that the ruling coalition, particularly the UMNO warlords, do not want to set them free. They want them to be eternally incarcerated, unable to think by themselves.
Para4 dan para 5 tuan menunjukkan Tuan perlu mengulangkaji ilmu tauhid. Saya mohon maaf dahulu. Tidak ALLAH jadikan manusia dan jin, kecuali untuk beribadat kepadaNYA. Tetapi ALLAH tidak memerlukan maklukNYA untuk menyembah dan mentauhidnya. ALLAH maha ESA dan boleh bersendiri. Hanya makluk yang memerlukan ALLAH. Jikalau semua makluk jadi kufur sekalipun, keagungan dan keesaan ALLAH tidak akan bekurangan. WaLLAHua'lam.
Assalamu'alaikum
Jika sungguh insan BERIMAN
Mengapa Al – QURAN berjauhan ?
Mengapa Syaitan TEMAN pilihan ?
Mengapa INGKAR perintah TUHAN ?
Usah jadi insan MUNAFIQ
Lain di kata , lain di hati
Menyibar FITNAH
Berhasad DENGKI
Silih berganti tiada henti
ANGKUH dan ZALIM
membarah di jiwa
Baunya BUSUK tiada terhingga
Jadilah insan ULIL – ALBAB
Berakhlak MULIA
Hidup BERADAB
Wassalam.
Watch an advertisement campaign for a better Malaysia :
http://www.youtube.com/watch?v=JGrcrVDY6y0&feature=share
Salam Aspan , setuju dgn pendapat anda . Zaman dah berubah
DALAM PENGETAHUAN ALLAH SWT SEBUTIR PASIR DIPANTAI DAN SEHELAI DAUN DIPEPOHON APATAH LAGI KOMUNITI MANUSIA YANG BERBANGSA.ORANG YANG PALING MULIA DISISI ALLAH SWT ADALAH ORANG YANG TINGGI TAQWANYA .
Aspan,
Too happy that you really have guts to quit UMNO and join DAP. That party (DAP) was the party that I wanted u to join but kept to myself as that needed a real courage.
But you have decided by yourself and that deserves my respect.
Cheers bro..will pray for you always.
Bagus lah bang masuk DAP . DAPat juga abang bagi tau kito nanti camno melayu di layan dallam parti ni.
Setahu den politik ni is about numbers.....abang kena pandai cakap cino lah camtu baru boleh market diri?
Tak tau lah den abang loboh pandai bab politik ni....
Melayu mesti dibebas dari BTN!!
Post a Comment