15 April 2012

Chua Soi Lek keletihan; kaum Cina muktamad menolak MCA

Chua Soi Lek semasa berada di Johor Bahru semalam telah menzahirkan perasaan kecewa beliau kerana kaum Cina tidak menyokong MCA sedangkan MCA telah begitu banyak berjasa kepada bangsanya selama ini. Orang Cina katanya, memilih untuk memberikan pujian dan sokongan terhadap pembangkang yang kata beliau tidak ada jasa kepada negara selama ini.

Bagi saya, Chua Soi Lek (CSL) begitu naïf pandangannya terhadap politik dan sejarah yang melatar belakangkan keadaan ini. Pada asasnya orang Cina memang sudah lama tidak menyokong PERIKATAN dan seterusnya selepas Perikatan di ambil alih oleh BN pada tahun 1974 dahulu. Orang Cina hanya memberikan sokongan terhadap parti kerajaan semasa pilihanraya 1955 sehingga PRU 1965 sahaja.

Semasa hendak mencapai kemerdekaan dahulu parti Perikatan ditubuhkan yang terdiri dari UMNO yang mewakili orang Melayu, MCA yang mewakili orang Cina dan MIC yang mewakili kaum India. Pergabungan ketiga-tiga parti inilah yang membawa kepada kemerdekaan yang dipimpin oleh UMNO pada tahun 1957 dahulu. Sekarang UMNO itu sudah tiada lagi kerana dibunuh oleh orang yang gila kuasa pada 1998 dahulu.

Dalam lain-lain perkataan, semua kaum telah berjasa untuk mendapatkan tarikh pengisytiharan Kemerdekaan itu, iaitu pada 31hb Ogos 1957 dahulu dan Perikatanlah yang telah menyudahkan kerja-kerja perjuang Kemerdekaan sebelum wujudnya UMNO dahulu. Sebelum wujudnya UMNO, gerakan untuk mencapai kemerdekaan telah bermula dan kita tidak boleh melupakan nama-nama seperti Pak Sako, Ahmad Boestamam dan lain-lain yang ramai itu.

Mari kita pendekkan cerita. Daripada PRU yang pertama lagi MCA merupakan rakan kongsi UMNO dan MIC yang telah bekerja keras untuk memberikan sokongan kepada Perikatan dan dalam PRU itu Perikatan telah memenangi 51 kerusi dari 52 yang dipertandingkan. Calon Perikatan tunggal yang kalah ialah Hj Sulaiman Palestin. MCA juga telah mendapat sokongan semua kaum Cina dan didalam pilihanraya 1959 dan 1965 kaum Cina masih memberikan sokongan kuat kepada Perikatan. Semasa itu kaum Cina lah yang telah memberikan sokongan kepada MCA sehinggakan Perikatan mendapat kerusi terbanyak di Parlimen.

Parti-parti dalam Perikatan ini mempunyai keahlian yang berdasarkan kepada kaum. Matlamatnya ialah untuk UMNO mendapatkan sokongan orang Melayu, MCA dari sokongan kaum Cina dan MIC untuk mendapatkan sokongan dari kaum India. Formula ini telah berjaya untuk mendapatkan kemenangan yang besar kepada Perikatan.

UMNO bertanding dikawsan-kawasan Melayu dan MCA bertanding dikawasan-kawasan bandar yang kebanyakkan pengundinya dari kaum Cina, MIC walaupun tidak ada tempat yang mempunyai pengundi kaum India terbesar tetapi telah diberikan beberapa kerusi yang bercampur-campur komposisi kaumnya. Itulah formula dan resipi kejayaan Perikatan semasa itu.

Tetapi keadaan berubah dan pada PRU 1969 kaum Cina telah menarik sokongan dari MCA dan telah menjejaskan prestasi Perikatan dan dalam pilihanraya itu Perikatan terutamanya MCA telah kehilangan banyak kerusi dan kaum Cina telah mengalih sokongan mereka kepada parti yang baru iaitu parti Gerakan yang baru ditubuhkan oleh Syed Husin Al-Atas dan Gerakan telah mendapat kuasa untuk membentuk kerajaan Pulau Pinang.

DAP telah mendapat beberapa kawasan ditengah-tengah bandar di Lembah Kelang dan Lembah Kinta. Kota Melaka telah dimenangi oleh DAP dengan calonnya Lim Kit Siang. PAS juga telah menambah beberapa kerusi termasuk kerusi Kota Setar di Kedah yang telah menewaskan Dr Mahathir Mohammad, calon Perikatan semasa itu.

Selepas PRU inilah MCA tidak lagi mendapat sokongan sepenuhnya dari kaum Cina. Ini yang Chua Soi Lek mesti ingat supaya tidak mengumpat kaumnya dengan sewenang-wenangnya. Semasa itu Soi Lek belum pun wujud dalam politik MCA di mana-mana peringkat sekali pun.

Hasil dari pertumpahan darah diantara kaum pada 13 Mai 1969, 3 hari selepas pilihanraya itu, negara telah mengisytiharkan penubuhan Majlis Tindakan Negara (MAGERAN) dan Parlimen telah digantung. Tun Abd Razak selaku Timbalam PM semasa itu, telah menjadi Pengarah MAGERAN yang diperuntukkan oleh Ordinan Dharurat. Kuasa sepenuhnya ada pada Tun Razak dan beliau mula melaksanakan tugas untuk menggubal daar-dasar baru dengan matlamat yang satu iaitu 'perpaduan nasional'.

Banyak dasar-dasar baru digubal untuk mencapai perpaduan nasional itu tetapi kita hanya sentuh tentang politik yang berkaitan rapat dengan matlamat perpaduan nasional tadi. Tun Razak telah memanggil kesemua parti politik untuk bergabung dibawah apa yang kita sekarang kenali sebagai Barisan Nasional (BN) Di Semanjung parti Gerakan bersetuju untuk menyertai BN untuk bersama UMNO, MCA, MIC supaya tidak banyak pertentangan diantara parti-parti dalam negara ini, kerana pertentangan parti itu bermakna pertentangan diantara kaum.

Justru untuk menjaga representasi dalam kerajaan MCA terpaksa dibela oleh UMNO (orang Melayu) dengan memberikan pemimpin-pemimpin tertinggi MCA turun bertanding dikawasan yang majoriti pengundinya orang Melayu. BN tidak mahu pemimpin-pemimpin utama MCA kecundang kerana kaum Cina mempunyai pilihan seperti DAP sebagai wadah perjuangan mereka.

Itu sebabnya kita perhatikan Presiden MCA bertanding dikawasan Labis dan MIC bertanding dikawasan Segamat, Johor. Pemimpin-pemimpin besar MCA tidak bertanding dikawasan majoriti pengundi dari kaumnya sendiri. Oleh itu Soi Lek mesti faham yang MCA selama ini hanya boleh selamat dikawasan majoriti pengundinya dari kaum Melayu. Penolakan kaum Cina terhadap MCA memang sudah lama. Kalau tidak masakan pemimpin-pemimpin utama parti itu hanya bertanding dikawasan majoriti pengundi dari kaum Melayu.

Rungutan Soi Lek itu agak tidak tepat. Beliau bersungut seolah-olah selama ini orang Cina memberikan sokongan padu kepada MCA sedangkan yang bersatu padu memberikan sokongan kepada MCA adalah kaum Melayu. Hanaya segelintiran kaum Cina yang menyokong parti itu selama ini bertindak menarik sokongan terhadap MCA sekarang ini.

Apabila orang Melayu sudah ramai yang menolak UMNO maka MCA juga mendapat tempiasnya maka MCA pada hari ini hanya menunggu masa untuk pecah belah dan akan kecundang di dalam PRU yang akan datang ini. Tuduhan MCA yang ramai diantara calon-calonnya tewas dalam PRU yang lalu adalah oleh kerana UMNO itu ada asasnya. Itulah sebabnya ada suara-suara dalam MCA sendiri mahukan MCA tidak lagi menjadi sebahagian dari BN.

Yang MCA patut marahkan ialah UMNO kerana jika UMNO kecundang kali ini maka MCA akan terkubur dalam politik negara. Sekarang 'trend' yang ada ialah rakyat berbilang kaum sekarang sudah letih dengan isu perkauman yang dimainkan oleh UMNO dan juga MCA. Mereka tahu sentimen perkauman yang diperbesarkan oleh UMNO atau MCA itu hanyalah sebagai taktik menakut-nakutkan orang Melayu dan Cina yang jika BN kalah maka akan timbul huru hara dan jelas isu itu tidak termakan oleh rakyat sekarang ini.

Rakyat mahukan perpaduan diantara kaum, maka mana-mana pihak yang memainkan isu perkauman secara automatik ditolak oleh rakyat. Rakyat berbilang kaum tidak mahu lagi bergaduh diantara mereka semata-mata kerana dihangatkan oleh parti-parti dalam BN.

Rakyat berbilang kaum kini mahu bersatu tetapi mereka mahu bersatu diluar BN. Itu pun sebabnya parti-parti dalam PR mendapat sokongan kerana ‘attribute’nya sebagai parti-parti berbilang kaum.

CSL patut memahami yang orang Cina bukannya tidak sayang kepada MCA tetapi mereka lebih sayangkan perpaduan yang hanya boleh dirasai diluar BN. Selagi mereka menyokong BN selagi itulah lagu-lagu lama yang bersifat rasis itu berkumandang dimainkan oleh UMNO dan MCA. Itu sebabnya orang Cina memberikan sokongan padu kepada DAP kerana sifat DAP sebagai parti berbilang kaum.

Orang Cina telah mengambil keputusan untuk menyokong pihak yang tidak memainkan isu perkauman dan agama lagi. CSL sepatutnya melakukan introspeksi dirinya sendiri dan cari jalan untuk membetulkannya walaupun kita tahu jawapannya yang sebenarnya; MCA seperti UMNO tidak mungkin berubah.

Nampaknya biarlah rakyat yang melakukan perubahan tu.

37 comments:

nick said...

Pak,

Anyone in CSL shoes would feel the despair and the hopelessness, it's to be expected when a politician losses the trust of his people. And Malaysian are right to reject CSL and MCA since they still haven't changed their nature and more importantly haven't learnt the most important lesson of all which is "the position of a politician is at the behest of the people and not the other way round"!

Going by his refusal to accept the lesson taught by the rakyat and with his insistence that the rakyat are a bunch of ungrateful people (a lesson CSL and MCA learnt from UMNO and it's leaders no doubt), it is utterly commendable of the Chinese Malaysian to totally reject this type of ingrates and loudmouth losers. People who are immoral and spinelessly corrupt should not be leaders. That applies to all politician. It is high time that we, Malaysian accept only upright and moral leaders (politician). Brigands, criminal, racist morons like those in PERKASA, toadying lowlifes that have no loyalties accept for RM and imbecilic megalomaniac should be given the "fingers" and told to go fly kite by all of us, Malaysian. We should set high standards for our leaders and nothing less should do.

Seriously, with our neighboring countries leaping over us in term of democracy and economic success (Burma are poised to jump ahead of us in both), can we afford another TDM, another AAB, another CSL, another Samy Vellu and of course God forbid, another Najib? NO, we can't. Not when our resources are depleting and most of wealth and riches are siphoned off by those "politician" who fancies themselves as among the riches men in the planet (through thievery and of course not anything legal). Before we all be turned into nothing but a pile of worthless ashes, let us first "ABU" them and save ourselves. I bet that UMNO ad BN leaders would love to use the phrase "the grass is not always greener on the other side" to deter us from ditching them but the fact is if we haven't been to the other side even once, how can we tell that the phrase is even true. Most likely, given the luck we have been dealt with for the past decades (in term of corrupt and inept government), we could well find a much better and much, much greener pasture on the other side. Let's us be brave and take that little step to the other side. Belum cuba belum tahu! Takut mencuba, gagal sentiasa!


Nick.

Anonymous said...

Say NO to politik perkauman.
Say YES to perpaduan. By the way PAS, PKR & DAP are all multi-racial political party...hmmm.

Anonymous said...

Cara Soi Lek menimbulkan ketakutan dan keraguan masyarakat Cina kepada kemesraan orang Melayu yang kononnya ditimbulkan dari keengganan untuk bersalam, telah memburukkan jurang toleransi dan persefahaman antara kaum berlainan.

Sikap MCA terhadap Islam adalah lebih keras berbanding DAP. MCA menganjurkan Seminar Hudud yang dihadiri ahli UMNO. MCA menjelaskan undang-undang hudud tidak boleh digunapakai di Malaysia dan ahli UMNO yang merupakan penasihat agama kepada MB Terengganu mengiyakannya dengan menyatakan bahawa undang-undang hudud yang digembar-gemburkan adalah sebenarnya hudud PAS dan bukan sebahagian dari undang-undang Islam.

Apabila Chua Soi Lek mengambil langkah untuk menyaman Kerajaan Negeri PAS Kelantan di dalam isu mengharamkan judi, terfikir pula oleh saya apa tindakan Umno selanjutnya?

Langkah MCA ingin menyaman Kerajaan Negeri di dalam isu ini tidak ubah dengan cara Mahathir yang pernah mengutus surat kepada Kerajaan Negeri Kelantan dahulu agar tidak melaksanakan Hukum Hudud di negeri tersebut. Kedua-duanya sama iaitu menentang hukum Islam secara mutlak. Bezanya, Mahathir itu mengaku Islam dan Chua Soi Lek adalah Non Muslim.

Chua Soi Lek berani berbuat demikian kerana beliau beranggapan bahawa haramnya judi adalah kehendak PAS semata-mata, sedangkan itu bukan kehendak PAS tetapi itu adalah perintah Allah.

Mengapa Chua Soi Lek tidak faham? Jawapannya mudah, kerana beliau berkawan dengan Umno dan Umno tidak memaklumkan kepadanya tentang hukum berjudi di dalam Islam.

Bahkan, Umno sebagai tunjang kerajaan pusat meluluskan lesen judi terbesar di genting dan pernah bercita-cita untuk melaksanakan judi bolasepak Piala dunia.

Anonymous said...

Globalisasi tidak hanya tertumpu pada aspek ekonomi dan perdagangan semata-mata, tetapi juga melibatkan politik. Kita telah beralih ke zaman politik baru.

Politik baru bermaksud pengurusan politik yang rata (flat). Politik baru ini telah mengubah sistem politik lama daripada bersifat top-down atau multilevel kepada sistem yang rata. Dalam politik baru, suara dan pendapat pemimpin bawahan atau golongan minoriti diberi lebih perhatian.

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan politik baru?

Politik baru adalah politik berorientasikan informasi.

Politik baru adalah politik tentang idea.

Politik baru adalah politik hujah.

Politik baru adalah politik bottom-up dan bersifat dua hala.

Politik baru adalah politik memberi harapan (hope), bukannya menjual ketakutan (fear).

Politik baru adalah perang idea dan hujah (Information Warfare).

Dalam politik baru, hujah siapa yang lebih kuat, dia menang. Bukan sekadar hujah siapa semata-mata, tetapi hujah siapa yang lebih banyak, dia menang.

Dalam politik baru, rakyat lebih bijak memilih informasi. Rakyat memilih dan menentukan sendiri apa yang hendak dipercaya dan apa yang tidak mahu dipercayai.

Dalam politik baru, isu atau persoalan pokoknya bukanlah di antara betul atau salah. Tetapi kebenaran siapa yang hendak dipercaya? (The question is not only 'is it true?' but 'whose truth is it?)

Anonymous said...

Ingat tak fitnah jahat umno (parti perkauman) sebelum ni, untuk menakut-nakutkan orang melayu maka puak-puak umno nei dengan muka paling meyakinkan mulalah berbohong , dijaja sana-sini kononnya kalau sokong pakatan rakyat, katanya nanti malaysia nei diambil oleh orang cina, dijaja sana sini konon PKR dan PAS itu tunggangan DAP.

Maka, kebanyakkan orang-orang kampung yang tak pernah berjiran dengan orang cina atau india rasa betullah apa yang dibohongi umno selama ini, jadi dalam kepala mereka tertanam bangsa cina ini jahat, bangsa india itu pun jahat. terlupa orang melayu zaman kecil sekolah rendah dulu kawan dengan anak cina, kawan dengan anak india, kita main lari-lari, main kejar-kejar.

Cukup benci puak umno ini pada bangsa cina, pada bangsa india, tapi tak kisah kampung dijajah bangla, indo sana-sini jadi kontraktor besar, nepal duduk sebelah rumah, afrika petang-petang dok kacau minah, itu tak apa, janji bukan cina bukan india, umnomca la punya kerja.

Ingat dulu umno kata kalau pakatan memerintah, malaysia nanti cina yang punya.negara nei nanti DAP perintah, bodohnya umno nei, DAP tu parti berbilang bangsa, bangsa umno je tak ada dalam DAP

Tapi baru-baru ini pulak lain kata Chua Soi Lek melalui Malaysian Insider , pemimpin MCA yang pernah menggemparkan negara dengan video lucah itu mendakwa, sokongan kepada DAP oleh masyarakat cina akan membuka jalan kepada PAS untuk berkuasa.

Lidah pemimpin barisan nasional nei memang macam lidah ular, berbelit-belit, yang umno dok sibuk kata nanti sokong pakatan, DAP yang memerintah, tapi puak MCA pulak kata kalau masyarakat cina sokong DAP ( pakatan), jalan akan buka untuk PAS pula memerintah.

Mana satu betul nei? umno takutkan orang melayu supaya tidak terima masyarakat cina , tapi MCA pula cuba takutkan orang cina supaya tak kerjasama dengan melayu, inilah konsep 1Malaysia yang dibawa mereka, mereka mengamalkan dasar pecah dan perintah, menakut-nakutkan antara satu sama lain.

selagi barisan nasional memerintah, selagi itulah rakyat negara ini jadi mangsa penipuan.

Anonymous said...

abang CSL pun ada kes sekarang.
Boleh percaya kah politikus macam ni??

rakyat

Anonymous said...

Persoalan sama ada sokongan pengundi Cina akan benar-benar kembali secara total kepada BN pada PRU 13 nanti banyak bergantung kepada sejauhmanakah pucuk kepimpinan tertinggi MCA berupaya mengenal pasti punca sebenar kemarahan masyarakat Cina.

Jika pemimpin-pemimpin MCA hanya tahu mengeluarkan kenyataan berbaur desakan ataupun cabaran kepada seteru politik MCA untuk membuktikan itu dan ini dalam media, nescaya taktik sedemikian akan mengundang kesudahan yang sebaliknya.

Apa yang ingin dilihat oleh rakyat terutamanya pengundi Cina ialah bagaimana pemimpin parti yang mewakili komuniti mereka mampu “walk the talk” dan mempamerkan dirinya sebagai seorang pemimpin yang boleh dipercayai.

Anonymous said...

Pendedahan mengenai skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) melibatkan pemimpin MCA.

Apabila bekas Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang, Datuk Lee Hwa Beng kata hanya sebahagian kecil sahaja yang ditangani pihak berkuasa dari keseluruhan isu skandal tersebut, ia semakin menjelaskan kepada rakyat mengapa kerajaan Umno dan Barisan Nasional beria-ia dan berkeras tidak mahu satu Suruhanjaya Diraja menyiasat perkara itu.

Tidak hairanlah jika Datuk Lee menyatakan hanya PERUBAHAN POLITIK sahaja yang boleh memastikan siasatan bebas dijalankan ke atas skandal tersebut tanpa sebarang halangan dari pihak berkepentingan.

Kenyataan Datuk Lee membawa kepada kesimpulan bahawa selagi Umno dan BN yang memerintah negara ini, siasatan bebas tidak akan dapat dijalankan ke atas skandal PKFZ.(ataupun NFC maupun Scorpene)

Bila Datuk Lee menyebut halangan dari pihak berkepentingan, perkara itu tidak boleh berlaku tanpa kerjasama kepimpinan tertinggi negara.

Mana-mana pihak yang berkepentingan tidak akan dapat menghalang siasatan bebas dijalankan jika tidak mendapat kerjasama kepimpinan tertinggi kerajaan.

Rakyat berhak tahu mengapa tidak ada sebarang dakwaan rasuah terhadap sesiapa pun dalam dakwaan-dakwaan yang berhubung PKFZ itu?

Yang ada hanya dakwaan menipu di mana keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memperakui bahawa Tun Dr Ling Liong Sik telah menipu kerajaan Malaysia membabitkan RM1.08 bilion dalam projek PKFZ. (yang RM11 bilion mana perginya?)

Anonymous said...

Hujah-hujah bodoh Chua Soi Lek, dalam perdebatan baru-baru ini antara DAP-MCA begitu kelakar, manakala anaknya Tee Yong seolah-olah berfikir bahawa perkembangan pusat urut dan industri seks lain yang berkaitan adalah disebabkan oleh sikap yang acuh tak acuh kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Tolonglah beritahu Tee Yong supaya bertanya dengan ayahnya - benarkah jika manusia mahu menjadi ‘kelakar’, mereka akan lakukan apa sahaja untuk memenuhi naluri mereka dan tiada siapa pun boleh menghalang mereka, tidak juga satu atau dua kamera DVD tersembunyi?

Kemudian, ada pengerusi cawangan MCA Collin Tiew, yang meletak jawatan dengan tiba-tiba selepas beliau dipersalahkan kerana membantu Ibrahim Ali mengedarkan ang-pow putih.

Anehnya si angkuh Ibrahim, yang telah mempergunakan 13 Mei semasa perhimpunan Bersih pada 9 Julai,
tidak pula merasa keperluan untuk meletak jawatan atau meminta maaf, tapi, MCA pula yang beriya-iya memaksa Collin meletak jawatan.

Anonymous said...

Ingat Chew Mei Fun? Beliau telah memberi amaran kepada pengundi Cina, "jika tiada perwakilan Cina yang mencukupi dalam Barisan Nasional, ia adalah merbahaya, masyarakat Cina tidak mampu untuk menanggung lagi satu peristiwa 13 Mei" bukankah ini kenyataan yang tidak bertanggungjawab?

Ini menunjukkan Mei Fun sebenarnya menyokong ancaman 13 Mei yang begitu kerap dibuat oleh orang-orang seperti Perkasa dan Umno.

Apakah MCA kalah dalam pilihan raya akan datang, orang Melayu akan membawa parang mereka dan keluar membunuh?... oops! ... orang Cina memang peliknya. Terlalu terdesakkah mereka sehingga sanggup berkata sesuatu seperti itu?

Strategi 13 Mei ini sebenarnya diilhamkan oleh MCA kerana mereka tahu kelemahan masyarakat mereka sendiri. Sebelum ini kita tidak percaya MCA boleh mengkhianat sebegitu rupa - sekarang, kita tidak pasti lagi bukan?

Apa pun, dengan begitu ramai orang politik yang gila sekarang, MCA telah membunuh diri sendiri.

Tiada 'oops' sekarang kerana ia memang padanlah dengan pihak yang suka menggunakan muslihat itu. MCA perlu sedar majoriti orang Cina enggan memandang MCA dengan serius kerana terlalu banyak badut yang tidak berprinsip menjadi ahlinya.

MCA adalah seperti sarkas yang besar, semua sedang berusaha mencuri perhatian dengan berpura-pura menjadi ahli politik yang waras. MCA gagal meraih sokongan kaum Cina kerana masyarkatnya telah hilang kepercayaan terhadap MCA.

Anonymous said...

Masalah pokok adalah bila politikus-politikus menganggap rakyat terhutang budi dengan mereka. Hutang ini dikira sampai mati. Pemimpin-pemimpin politik mesti menukar sikap bahawa mereka di puncak kerajaan kerana rakyat yang meletakkan mereka di sana. Mereka harus terhutang budi kepada rakyat bukan sebaliknya....
Betul tak sdr Aspan ....?

Anonymous said...

Mantan presiden MCA Ong Tee Keat pernah merungut MCA bekerjasama dengan UMNO, dulu MCA sekurang-kurangnya boleh makan sisa makanan UMNO, sekarang paling bagus hanya harap boleh dapat sisa roti sahaja.

Ramai Melayu masih tidak dapat menikmati pembangunan negara, tidak ada RM250 juta untuk menternak lembu, kerana terlalu banyak buah yang baik dimakan oleh kroni BN, dan rakyat hanya boleh tertunggu-tunggu, untuk makan sisa buahnya!

Masalah yang dihadapi oleh masyarakat Cina, yang mana selain daripada masalah sijil sekolah swasta (UEC) yang masih tidak diperakui oleh kerajaan, sekolah Cina pula tidak mendapat peruntukan yang mencukupi, sebaliknya guru-guru yang tidak arif berbahasa Cina pula dihantar ke sekolah Cina, malahan ada juga masalah guru sementara yang masih belum diselesaikan sehingga sekarang.

Sementara tentang isu tidak sama rata dalam ekonomi dan pekerjaan, sebenarnya bukan hanya orang Cina sahaja yang menghadapinya, kaum lain juga menghadapinya juga. Maka rakyat sepatutnya mula dari sekarang berusaha dengan kaum lain untuk membawa perubahan.

Apa yang perlu dititikberatkan sekarang ialah masa hadapan anak kita semua. Masa depan rakyat telah ditindas oleh BN selama 50 tahun!

Janganlah biar masa depan anak kita semua ditindas lagi!

Anonymous said...

Betapa mudahnya bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi ditipu dalam skandal PKFZ ini. Isu penipuan ini bukan sahaja kepada Perdana Menteri tetapi barisan kabinet pada zaman Mahathir Mohamad. Kebanyakan dari mereka yang "tertipu" masih berkuasa termasuk Perdana Menteri dan Timbalannya hari ini.

Mana mungkin boleh kita membiarkan gerombolan pemimpin cuai yang memberi kerugian RM12 bilion kepada rakyat ini menerajui negara?

Apa jaminan yang mereka tidak akan melakukan perkara yang sama sedangkan hari ini masih begitu angkuh mengunjurkan pembinaan bangunan 100 tingkat dan lorong pejalan kaki dengan kos yang tidak diterima akal.

Justeru, rakyat harus bangkit menolak pemimpin cuai dan yang berkepentingan diri sendiri ini.

Sistem pentadbiran yang mengenepikan kepedulian rakyat dan tatakelola yang baik harus ditamatkan!

Kita semua bertanggungjawab untuk menyelamatkan Malaysia dari terus dimiskinkan yang akhirnya akan membawa kebankrapan.

Anonymous said...

Adakah saya yakin dengan MCA?

Kredibiliti MCA sudah banyak tercalar dengan isu skandal PKFZ. Pendedahan skandal itu baru the tip of the iceberg.

Sebelum itu dengan skandal koperasi yang melibatkan duit pelabur dari kaum tionghua.

Nilai yang sudah tidak bernilai lagi.

Kemenangan Datuk Seri Chua Soi Lek sebagai Presiden membayangkan betapa nilai moral tidak menjadi ukuran bagi ahli-ahli parti MCA.

Apalagi yang boleh diharapkan rakyat pada parti politik seperti ini?

Jelas sekali orang-orang Melayu yang rapat dengan MCA selama ini gagal menunjukkan contoh teladan yang baik kepada mereka.

Orang-orang Islam mesti menjadi teladan kepada orang bukan Islam. Jikapun mereka tidak masuk Islam, sekurang-kurangnya mereka segan dan malu terhadap perbuatan lucah yang mereka lakukan.

Malangnya mereka bukan sekadar tidak malu mengaku, malah mereka melantik sipelaku menjadi pemimpin, untuk berada di sebelah rakan politik Melayu.

Anonymous said...

Saya masih ingat Chew Mei Fun.

Beliau melepaskan jawatan Ketua Wanita MCA, senator dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; dua minggu selepas pemilihan MCA yang menyaksikan Chua Soi Lek dipilih sebagai Presiden parti tersebut.

Peletakan jawatan Mei Fun adalah atas prinsip kerana tidak dapat menerima Soi Lek sebagai peneraju parti tersebut berikutan skandal DVD seks yang pernah menggemparkan satu negara.

Nampaknya perwakilan parti MCA yang merupakan komponen BN gagal membawa aspirasi masyarakat rakyat Malaysia dalam memilih pemimpin yang terbaik dalam semua aspek terutama akhlak.

Soi Lek telah mencemarkan imej MCA dan BN. Skandal tersebut masih segar dalam ingatan masyarakat.

Anonymous said...

Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek. tidak pernah menyesali perbuatan kejinya.

Tidak daripada sisi dirinya sebagai seorang yang beragama, bertanggungjawab terhadap perkahwinan dan rumahtangganya, malah tidak juga sebagai Menteri Kesihatan yang bertanggungjawab mempromosikan cara hidup sihat yang bertentangan dengan perbuatannya.

Peringatan Tan Sri Muhyiddin Yassin agar beliau berhenti daripada memainkan isu isu calon PAS, Puan Normala Sudirman menyarung sarung tangan semasa bersalam, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek membuat kenyataan berikut:

‘What’s so great?’

Despite the storm, Chua stood his ground, saying there was nothing great about knowing the Islamic religious values.

“So what is so great about that? That is your religious value which I don’t know. How am I to know about the religious values when I’m not practising that religion?”

“I have the right to say that it’s basic manners to shake hands with people. That’s my values. Understand? You also must value my value, which is good manners, which includes shaking hands,” he went on, as quoted by Malaysiakini.

Kenyataan ini bukan lagi soal perbezaan fahaman politik, malah mencapai kemuncak KRISIS NILAI yang menghancurkan masyarakat.

Nilai dan rujukan moral apakah yang didukung oleh Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek?

Anonymous said...

Persoalannya adalah, bolehkah Umno berubah menjadi baik? Sebagai rakan paling besar dan “kuat” di dalam kerajaan BN, bolehkah Umno maju ke hadapan untuk melindungi hak rakyat jelata yang berbilang kaum dan memastikan kebajikan serta kedudukan masyarakat Cina, India, Kadazan, Dayak, Iban dan sebagainya di dalam negara ini agar terjamin? Bolehkah Umno menghapuskan rasuah di dalam parti tersebut? Bolehkah Umno menghentikan pemberian kontrak dan projek kepada kroni-kroni dalam parti yang bertaraf golongan bangsawan yang menjadikan mereka ini semakin kaya raya pada setiap hari? Dapatkah Umno menyelamatkan negara ini daripada ambang inflasi yang semakin runcing dan keadaan ekonomi negara yang semakin tenat?

Anonymous said...

Negara jenis apakah ini jika pihak berkuasa melindungi penipu?

Negara ini penuh dengan penipuan, dan pihak berkuasa menggila tak ikut undang-undang.

Anonymous said...

Rakyat sepatutnya malu untuk memangkah calon BN. Ini kerana calon BN sanggup bersekongkol dengan parti yang menggunakan rasuah dan penyelewengan semata-mata untuk berkuasa.

Anonymous said...

Saudara AA,

Isn't it obvious that the obituary for MCA and UMNO/BN has been written on the wall?

It's just a matter of time before the whole pack of cards come falling down.

Syabas.

Anonymous said...

Rakyat juga sudah bosan dengan pelbagai isu yang dikaitkan dengan kepimpinan UMNO BN.

Rakyat telah memerhati sejauh mana ketegasan dan ketelusan pihak berkuasa menangani isu tersebut.

Rakyat mahu kepada penjelasan yang sahih kerana resah dengan pembohongan selama lebih 50 tahun.

Anonymous said...

Semenjak Merdeka, UMNO menguasai aliran berita dan maklumat yang berkaitan politik. Parti2 selain UMNO tidak mempunyai kuasa dan sumber untuk mengadakan stesen radio dan TV.

UMNO mampu menguasai pemikiran Melayu kerana sumber berita pada waktu itu hanya satu, yakni media-media milik UMNO seperti Radio Malaysia dan stesen TV RTM.

Apabila UMNO melihat akhbar Utusan Melayu tidak mengikut agenda UMNO, akhbar tersebut diambil alih secara paksa oleh UMNO dan akhirnya akhbar tersebut dilacurkan untuk kepentingan UMNO.

Mahazalim pula meluluskan undang-undang Akta Cetak dan Media pada tahun 80an untuk memastikan tiada media utama boleh dioperasi di Malaysia tanpa kelulusan UMNO.

Dengan kata lain, sepanjang selepas Merdeka, UMNO menguasai pemikiran Melayu kerana rakyat Melayu hanya mendapat maklumat dari satu sumber, yakni, media-media milik UMNO.

Namun, dengan zaman internetan, penguasaan UMNO terhadap maklumat semakin lemah dan longgar. Segala penipuan dan pembohongan mereka mudah sahaja dipatahkan.

UMNO bergantung dengan pembohongan dan penipuan untuk mengekalkan sokongan mereka.

Anonymous said...

CSL ialah opportunist di mata kaum cina. Depan cakap satu belakang dalam bilik bikin lain.

just another Najis licker.

Finger licking good.

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Bacaan sejarah saya agak berbeza dengan bacaan tuan. Saya membaca bahawa selama ini kaum Cina sentiasa memastikan kepentingan kaum mereka di wakili di kedua belah pihak (pemerintah & pembangkang). Sesuatu yg menarik untuk dilihat nanti samada mereka akan menguburkan wakil mereka dalam BN.

Saya yakin bahawa kaum ini akan memberikan nyawa kepada MCA kerana hampir mustahil kaum Cina akan membiarkan sistem pemerintahan kita berteraskan melayu jadi pemerintah dan Cina jadi pembangkang. Saya juga amat yakin sistem sedia ada di mana MCA jadi parti no 2 di BN sebagai pemerintah manakala DAP menjadi parti no 1 di PR sebagai pembangkang yg kukuh akan dikekalkan. Org Cina amat pintar membaca politik. MCA akan memperolehi kerusi yg pastinya di negeri Johor. Sama samalah kita tunggu dan lihat.

Anonymous said...

15 April 2012 11:50:00

Mengenai komen saudara tentang Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menyatakan, “ I have the right to say that it’s basic manners to shake hands with people. That’s my values. Understand? You also must value my value, which is good manners, which includes shaking hands.”

It is the basic good manners include shaking hands amongst others. After listening intently to a close Chinese and an Indian friends from my childhood days right through varsity days until now ..... here it goes ....

One lamented about his cousin who had just begun her career as a lecturer. During the welcoming new staff party, she extended her hand to a Malay lady, ( lady - to - lady ) and her warm gesture was not reciprocated, but rejected. These are educated people, both are female.

In rejection, she began to question was the Malay lady sending an indirect message that she was holier than thou ? was she a worse sinner ?

In consoling my good Indian friend, i said please tell his cousin, no worries, it was her gain, and a loss to the Malay lady ( in showing the value of kindness, etc )

Put it in a different circumstance, where one of us as a well - educated Malay man extending his handshake to a mat salleh ( he could be of any beliefs ), and he refused to except our sincere gesture of fine mannerism ?
What three insane ideas would foist on our mind ?

Another very close friend, a Malay lawyer, shared that his Chinese wife, also a professional, had to endure quite a bit of discomfort for not wearing a tudung. They are both one of the most loving young couple whom parents are blessed to have : filial and respectful to orang tua, yet the lady was not spared from nonacceptance by a few nosy, holier- than - thou female relatives. It could hurt a loving relationship, no ?

In another situation, my foster Arab family; my two nieces and a nephew at universities are just great, but my foster uncle would love to hug and kiss my cheeks umpteen times , and it is a little bashful for me, as a chap.

Again what the heck, i reciprocate likewise to show my heartfelt appreciation and affection that they want to accept a lesser me in much affection and happiness. Not that i am rich or what.

To sum it up, it is worthwhile to weigh the great loss caused by extremism, prejudice, racism, holier- than- thou attitude which will not build the bridges of friendship in a multiracial Malaysian socitety, in comparison to the worth of wisdom, maturity, clear, succinct understanding and compassion in its simple application of being moderate, with the real understanding of Allah's teaching, will extend friendship and accept others, at the same time being in adoration, sincere, truthful to God Almighty. Salam.

ABU said...

MCA Make Chinese Angry only !

Anonymous said...

Sifat memandang rendah kepada orang itu memang sifat semula jadinya. Takkan boleh dibaiki lagi...sudah sebati. Biarkan dia syok sendiri.

Anonymous said...

Sifat memandang rendah kepada orang itu memang sifat semula jadinya. Takkan boleh dibaiki lagi...sudah sebati. Biarkan dia syok sendiri.

Anonymous said...

My dear 18:49;

The fact remains that a 'president' representing a well established organization MUST (should?) understand the Islamic religion.

Besides, how old is he? How long has he been a Malaysian? Does he actually 'care' about the 'others' feelings? Must I judge him from how he 'cares' his family?

Or should I sum it this way that when I visit another country with another culture and values, must I also practise what he said,

"So what is so great about that? That is your value which I don’t know. How am I to know about the values when I’m not practising that values?"

Anonymous said...

Many have label others as lazy.

Well, since many do not bother or care to understand Islam better, let me make this little effort to explain.

There is no surprise that shaking hands with women is haram (unlawful) according to the viewpoint of those who hold that covering all of the woman’s body, including her face and the two hands, is obligatory.

This is because if it becomes obligatory to cover the two hands, then it would become haram for the opposite sex to look at them. And, if looking at them is unlawful, then touching them would become haram with greater reason because touching is graver than looking, as it provokes desire more.

And please understand it is neither prejudice nor trying to be holier than thou. Try not to judge others. Are you trying to say you are not holy when you label others as trying to be holier than you? Are you not being prejudice by saying such words?

Anonymous said...

Anon 16 April 2012 07:54:00

@ You : And please understand it is neither prejudice nor trying to be holier than thou. Try not to judge others.

Ans : Are you yourself not being prejudice ?


@ Are you trying to say you are not holy when you label others as trying to be holier than you?

Ans : This is what you send to others even to a Malay, paham sikit. Do you think Melayu tak tahu itu semua ? And don't spin words around.


@ Are you not being prejudice by saying such words?

Ans : You can't even be open - minded , being fair to listen, to read carefully and not throwing all the allegations. And be respectful to hear from other views ( not mine ) which you might not have the privilege to hear from the non, do you ? Read it so carefully.

Only Allah decides who are !

And stop saying others label others as lazy. Manipulating to create more animosity ? Non of my good Malaysian friends do that, because I treat them with respect alongside many Melayu. How come they don't label us as such.

By stopping your allegations, you create less ground for umno to spin religion matters.

Remember the case of a lady doctor using a pencil to examine a patient ? You certainly don't want to lose votes to prolong this.

Do learn manners from your ayah how to respect a man's viewpoints. I respect any ladies who do not jump the gun over a simple discussion as such.

I certainly can listen to views from rational ladies ( who talk respectfully like the late Dr.Lo Lo )and who do likewise.

This is not all about covering the hands, as the space is required more for other views, too. I respect Sak very much as a guest. Terima kasih & Salam Sak.

Anonymous said...

Mohon maaf, Saudara Aspan, i respect you much as a guest. Terima kasih dan Salam.

Anonymous said...

bodoh punye so lek

layan pelacur lg ngam..

Anonymous said...

My dear darling 9:12;

Why can't you just respect those who chose to cover their hands?

Rather than to think of losing votes, please be respectful of others way of life, darling. :)

Anonymous said...

Anonymous
16 April 2012 09:12:00,

tak payah fikir lama-lama, undi saja umno ! Bagi undi kamu saja dekat umno.

Anonymous said...

mana boleh undi umno?

pemimpin umno bersikap hipokrit, daripada dahulu sampai sekarang dalam isu agama.

mana suara pemimpin Umno apabila Noraishah Bukhari di Johor, Hartina Kamarudin di Perak, Lina Joy di Wilayah Persekutuan yang murtad?

waktu itu, PAS dan NGO yang bangkit menentang! mungkin pada ketika itu Umno belum berjumpa lagi kitab akidah menyebabkan mereka membisu.

bila pemimpin umno bertemu dengan orang bukan Islam, mereka menakutkan dasar Islam yang hendak diperjuangkan oleh PAS.

bila pemimpin umno bertemu dengan orang Islam, mereka mengatakan bahawa PAS sudah tidak berani menegakkan Islam kerana takut kepada DAP dan PKR.

ini macam punya hipokrit pemimpin Umno ketika berkempen di dalam pilihan raya.

mana boleh undi umno?

ingatkah Tan Sri Muhyiddin selaku Timbalan Perdana Menteri tidak menghalang kerajaan Melaka yang hendak membina Tugu 1Malaysia?

bukankah fatwa sudah mengatakan tidak boleh membina tugu? tapi pimpinan Umno terus langgar juga fatwa tersebut.

mana boleh undi umno lagi bila pemimpin Umno sendiri tidak tahu mana sunat dan mana haram?

Anonymous said...

've planned to drop by to thank all after the intense bashfulness is gone ( the endearment, gosh .. ) and the loss for words after my sincere comment was misconstrued.

and the respect has always been & will be there, and for all

@16 April 10: 40


2. @ 16 April 21:35 ha ha ha


3. @ 17 April 07:50

Pak, my former neighbor, still a PAS, they're most kind, sincere family, his well - behaved children are like angels, they would play with all children in the multiracial neighborhood.

Another family's a supporter of umno. His son who's in university, had a few times helped open the gate of my house as he saw my car approaching cos he treated me like his elder buddy. They certainly do not like a lot of issues now.

With that, i wish salam with respect to Pak, Tuan Aspan and all.
Gotta hurry as friends want to treat me makan simple, but sedap. ha ha ha.