Hari ini Najib mengingatkan semua supaya tidak menukar kerajaan yang merbahaya dalam pilihanraya ini. Katanya “jangan tukar pemandu dipertengahan jalan”. Maksudnya jangan tukar kerajaan dalam pilihanraya ini kerana itu adalah tindakan merbahaya. Setiap kerajaan bertukar tangan dalam perjalanan. Parti Conservative dan Liberal Democrat telah mengambilalih kerajaan Britain dari Parti Buruh dalam perjalanan. Mana ada kerajaan yang sudah tiada untuk ditukar? Tentulah kerajaan yang sedang berkuasa yang selalu ditukar dan mereka ditukar kerana bersebab, bukan saja-saja untuk ditukar.
Perjalanan mentadbir negara adalah tugasan yang berterusan kepada siapa yang diberikan mandat. Ibarat sebuah bas yang dalam perjalanan jauh, ia disyaratkan supaya mempunyai pemandu gantian (spare driver). Banyak kemalangan berlaku kerana pemandu itu terlena sambil memandu kerana telah memandu terlalu lama. Maka itulah undang-undang mensyaratkan setiap bas ekspress mesti mempunyai seorang lagi pemandu gantian supaya bas itu dipandu bergilir-gilir supaya tidak merbahayakan penumpang yang sedang tidur lena itu.
Dalam kes kerajaan pimpinan Najib, penumpang-penumpangnya sudah bangun dari tidur dan telah merasakan yang pemanduan Najib sudah cukup merbahaya. Najib memandu dengan tidak mematuhi undang-undang memandu. Maka penumpang menuntut supaya pemandu ditukar supaya bas tidak terhumban kedalam gaung yang dalam. Pemandunya bernama Najib telah memandu bas itu dengan begitu bahaya kerana penumpang nampak yang pemandu bernama Najib itu sudah nampak hendak terlena.
Najib telah terlena kerana keletihan memandu atau pun tidak bijak memandu. Mungkin pemandu (Najib) ini merasa mengantuk kerana makan terlalu kenyang. Apa pun sebabnya dia mengantuk, pemandu gantian itu perlu sangat untuk mengambilalih pemandu yang lalai itu. Kali ini bas yang tidak berapa baik keadaannya itu wajar dipandu oleh pemandu gantian untuk keselamatan penumpang yang ramai itu.
Pemandu sekarang sudah terlalu lemah dan jika tidak diganti ia mungkin merbahayakan penumpang-penumpang dalam bas panduan Najib ini kedalam gaung yang dalam. Sekarang inipun sudah nampak bas yang dipandu Najib itu sedang terhuyung-hayang kekiri dan kekanan sehinggakan selalu memakan jalan dan lorong bertentangan.
Selama ini kita telah mendengar bas-bas ekspress yang telah melanggar jambatan, ‘toll-gate’ dan kenderaan yang berhenti dan sebagainya yang telah menyebabkan penumpang terbunuh bergelempangan ditepi lebuhraya-lebuhraya kerana pemandunya yang keletihan dan tidak ditukar. Kita juga banyak mendengar pemandu-pemandu bas yang tidak jujur membuat ‘duit luar’ dengan menjual ‘spare tyre’ serta menjual banyak alat-alat gantian yang ada didalam bas itu serta lari mencuri minyak petrol dan dijual kepada orang luar.
Kita jangan dengar nasihat pemandu yang sedang memandu kita sekarang kerana bas yang dipandunya telah hampir rosak dan tidak berfungsi dengan baik lagi. Cari sahaja pemandu lain supaya bas-bas itu dijaga dan mendapat ‘maintenance’ yang lebih baik.Lagi pun pemandu yang sekarang ini selalu makan sambil memandu.
Jika pemandu sekarang masih memandu maka ‘premium’ insurannya akan terlalu mahal kerana ‘loading’ kepada premiumnya terlalu tinggi, ‘loading’ kepada insurannya itu menjadi tinggi disebabkan risiko yang terlalu tinggi dan merbahayakan bas-bas yang akan dipandunya itu.
72 comments:
Pemandu yang ingkar kepada Allah dengan tidak melaksanakan perintah Allah ke atasnya dan terhadap sistem pemerintahannya, tidak perlu diberikan pertimbangan lebih jauh lagi, melainkan perlu ditukar dengan pemandu lain yang lebih baik daripadanya.
Sekiranya pertukaran itu tidak dilakukan, ia pasti akan merosakkan sesebuah negara dan rakyatnya sehingga akan menyebabkan berlakunya pelbagai kepincangan dalam pelbagai aspek dalam negara terbabit.
Salam Sdr Aspan,
Masalahnya driver ini telah melakukan banyak kesalahan sambil melarikan rompakan wang negara. Bukan saja dia melarikan wang negara malah membawa penumpang2 yang juga perompak2 harta rakyat bersama dalam basnya.
Jika tidak ditukar dan diadili terhadap kesalan yang telah dilakukan, takut2 yang maju pada 2020 nanti adalaah pemandu dan penumpang2 yang dibawa saja, rakyat biasa semakin miskin, mengemis dengan driver dan kuncu2nya.
Sekali2 bahasa kias ni seronok pulok.
Petang hari mencari belangkas
Belangkas diletak dipohon ceri.
Jika tak pandai janganlah berkias,
Kan dah kena muka sendiri? ...
Pemandu yang lembap, kurang bijak, kurang kecekapan dan berpandu perlahan akan membantutkan perjalanan serta penumpang mudah jadi gelisah.
Pemandu yang ada selama lebih setengah abad gunakan undang-undang hanya untuk kukuhkan kedudukan, dan memanipulasi undang-undang.
Pemandu pula kuat berasuah, sehingga tidak dibendung oleh syarikat empunya kenderaan.
Tukar sajalah pemandu tersebut!
Kalau si pemandu selalu mencuri harta boss (penumpang), apakah bahayanya menukarkan si pemandu tersebut?
Kalau tidak tukar si pemandu yang suka merompak dan mencuri, apakah yang akan berlaku (atau bahaya) kepada bossnya (penumpang)?
Daripada Huzaifah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda :
"Bahawasanya akan wujud (akan datang) para pemerintah yang berbohong dan berlaku zalim.
Barangsiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan membantu atas kezaliman mereka, maka (mereka) bukan daripada (golongan) kami dan aku bukan daripada (golongan) mereka, dan dia tidak akan menemuiku di haudh (telaga kauthar di akhirat kelak).
(Sebaliknya) sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak membantu atas kezaliman mereka, maka dia daripada (golongan) ku dan aku daripada (golongan) nya dan dia akan bertemuku di haudh".
(Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya. Kata guru kami, Syeikh Syu'aib al-Arna'uth, sanad hadith ini sahih berdasarkan syarat al-Bukhari dan Muslim)
Pemandunya bernama Najib. Dia selalu tukar tyre kereta boss dia dengan tyre celup.
Buat duit lah!!!
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung akan memanjangkan usia atau waktu bagi orang-orang yang zalim. Walaupun begitu Allah tetap menyiksanya, maka Dia (Allah) tidak akan melepaskannya.
Jika pemandu sudah berdusta kepada penumpangnya dan melakukannya jelas-jelas di depan mata penumpang, lantas apalagi yang diharapkan kepada pemandu tersebut?
Bohong atau dusta adalah sikap dan mental orang yang sudah tidak lagi stabil kepribadiannya. Pemandu yang telah mengalami gangguan akan mengundang ketidakpercayaan penumpang.
Padahal pemandu yang berhemah adalah ketika kejujuran ditegakkan setegak-tegaknya. Bila pemandu sudah berdusta, maka akan dapat penumpang lihat masalah-masalah yang semakin rumit;
a) Pemandu akan berusaha menutupi kebohongan dengan berbohong lagi sebagai upaya menutupi kelemahan dirinya. Pemandu terpaksa berbohong beribu kali kerana bohongnya yang pertama dahulu.
b) Pemandu dilanda ketakutan sebab secara naluriah manusia cenderung ingin berbuat jujur, maka tatkala dia berbohong sesungguhnya dia sedang berkelahi dengan hawa nafsunya sendiri.
c) Pemandu boleh bohong sekehendak hati, tetapi apabila penumpang sudah peka maka pemandu tersebut perlu ditukar.
Rakyat perlu sedar dan bangkit supaya negara ini diselamatkan dari pemimpin dan parti yang menipu dan merompak kepercayaan rakyat.
Macam2 kita dengar ragam pemandu tak kurang yang gatal dan meraba ,ha ha ha.
Kalaulah pemandu beritahu kalian sebagai bosnya atau penumpangnya begini;
"Bukan kerajaan yang tentukan kenaikan harga sebaliknya ia ditentukan oleh pasaran dunia. Setiap kali berlaku kenaikan harga kerajaan sentiasa mencari mekanisme tertentu untuk mengawalnya dan pada masa sama melindungi pengguna."
Elok sebagai bos atau penumpang beritahukan kepada pemandu;
"Kalau macam itu tak perlu jadi kerajaan kerana gagal mencari kaedah untuk mengawal atau menurunkan harga barang. Sedangkan pada masa yang sama kerajaan memberikan sedekah RM19bilion kepada IPP dan RM4bilion kepada Pengusaha Lebuhraya.
"Selain itu kerajaan berlepas tangan dengan ketirisan akibat rasuah dan penyelewengan sebanyak RM28bilion. Bayangkan jika RM19bilion dicampur RM4bilion dan RM28bilion bermakna RM51bilion dibazirkan oleh kerajaan. Sepatutnya wang sebanyak itu boleh digunakan untuk membantu rakyat menurunkan harga minyak dan barangan."
Jika pemandu sudah tidak mampu untuk memberikan kesejahteraan kepada penumpang, eloklah penumpang tukarkan pemandu tersebut kepada yang lain.
DONG ZONG NAK HALAU GURU TAK FASIH MANDARIN.
KITA MAKLUM DAP PENYOKONG KUAT DONG ZONG.
ASPAN SEKARANG DALAM DAP.
APAKAH AGENDA SEBENAR DONG ZONG DAN DAP SERTA ASPAN SENDIRI ?
MELAYU YANG SOKONG DAP/DONG ZONG ADALAH PENGKHINAT BANGSA, UGAMA DAN NEGARA.
PUAS HATI ASPAN.
PUAS HATI ARIFF.
PUAS HATI NIK AZIZ .
PUAS HATI HADI AWONG.
MELAYU BERPECAH CINA KETAWA BESAR.
MAMPOS LAH MELAYU INI MACAM.
Blogger di sini kata Najib pemandu mabuk. Yang di sinun (ala P.Ramlee) kata Najib pemandu sewel.
Hahaha, pandai anda berdua berkata-kata sampai tak jadi nak marah. Makes me laugh instead.
Tapikan bro, dalam keadaan mabuk dam sewel, driver kita berjaya memandu ke destinasi transformasi. Dan dengan gahnya akan menyambung journey ke 2020.
Hebat tu.
Takde pula dengar accident di tengah jalan seperti berlaku among our express buses.
Kalaupun pemandu ini merbahaya, takkanlah nak tukar drebar yang lebih berbahaya.
Jangan marah ya sebut pemimpin bahaya. I am just quoting His Excellency the PM.
Anon 3 April 2012 22:42:00,
Mana bukti teori dong zong?
Bukti mengenai rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan berleluasa oleh UMNO/BN sudah terang lagi bersuluh.
Apa lagi yang perlu dikatakan?
Pada aku, gejala rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan yang sudah terbukti berlaku dalam pemerintahan UMNO/BN adalah amat penting dan perlu diatasi dengan segera.
Dia bukan sekadar pemandu mabuk, tapi juga pemandu yang suka "beromen" dan "meraba".
Rakan baiknya dari Pahang yang kini terpaksa di hantar ke USA juga terbabit dengan kes raba. Kisah silam drebar mabuk ni di PD lama dulu pun masih dalam ingatan orang yang banyak membaca. Harap2 kematian Altantuya tu tak ada kena mengena dengan kes "raba" atau "jolok" oleh drebar mabuk dan nakal ini.
Drebar atau pemandu macam ni..jangan sesekali korang atau suadara mara korang tumpang kereta mereka..silap2 nenek korang juga akan diraba. Kalau dah mabuk..macam2 dia boleh buat termasuklah menjadi samseng jalanraya.
Dan kerana mabuk jugalah pemandu satu ni selalu flip flop..serba tak kena.
Bini sendiri yg berjoli dan bershopping sakan pun tak boleh dipandunya,nak cerita pasal pandu negara.Baru dengan Menteri Hal Ehwal Lembu dah keluar peluh pondan.
Anon 23:07 3rdapril,
Siapa pengkhianat bansa hoi, Pengkhianat bangsa dan negara adalah perasuah negara kerana menghentam wang ringgit rakyat. Kes Lembu itu pengkhianat bangsa dan negara kerana menyalah gunakan wang kyat beratus juta ringgit. kata AA dulu, Mahathir menggunakan 1.8 billion ringgit public fund untuk selamatkan Mirzan dari bangkrap itu pengkhianat. menggunakan wang rakyat untuk belanja pertunangan anak itu pengkhianat. Penyalah gunaan kuasa hingga PKFZ rugi !12 billion itu pengkhianat.
Masuk DAP apa khianatnya? Parti itu halal. Melayu berpecah pasal apa? Kerana UMNO yang rasuah dan rasis. melayu pun ada maruahnya. Kalau pemimpin mereka khianat bagaimana hendak bersatu? Kalau tidak faham lagi jgn berbahas macam QD.
Terima kasih AA kerana memberi saya ruang untuk melepaskan geram saya kerana kejahilan dan kebodohan setengah orang dalam blog sdr.
QD
Cara awok berfikir dan menilai keadaan selekeh sungguh.
Pemandu masih berideologi Kebangsaan Melayu atau nasionalisme (yang berbeza dengan semangat patriotisme) dan berirama perjuangan menuntut kemerdekaan dan pembangunan dalam beberapa dekad yang lalu.
Wahai pemandu, nostalgia hari ini telah kehilangan daya juang dan daya tariknya kerana realiti dan zaman telah berubah. Kini ada dua generasi pengundi yang lahir dalam era 60an dan 70an yang tidak hidup dalam suasana perjuangan kemerdekaan.
Zaman sudah berubah dengan begitu pantas terutama dalam saingan dunia teknologi maklumat yang menyaksikan ledakan ilmu, pengetahuan dan lonjakan kesedaran nilai dan kemanusiaan sejagat.
Psikologi dan pemikiran golongan kini khususnya agak jauh berbeza dan tidak mudah diterapkan nostalgia perjuangan politik zaman silam.
Penumpang amnya (itulah rakyat negara dianggap sebagai penumpang saja) kini adalah golongan yang berpendidikan (bermaklumat) khususnya, dan mereka cukup peka dengan angin perubahan dengan jatuh-bangun pemerintahan yang berlaku bukan sahaja di rantau Asia Pasifik ini bahkan di seluruh dunia.
Dalam suasana sebegini, politik perkauman (Racial Politics) yang menjadi teras dan budaya politik pelbagai parti (muti-party system) sejak kemerdekaan lagi, sudah ketandusan tarikan dan relevansi.
Pemandu kini masih mempunyai pemikiran dan fahaman warisan penjajahan yang sudah terlalu lapok malahan, diresapi dengan segala kepincangan pengurusannya yang menginstitusikan penyelewengan, ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa samada dalam politik mahupun amalan pengurusan ekonomi dan pembangunan, dalam bentuk yang “disahkan” dan “dilindungi” oleh institusi-institusi dan agensi pemerintahan.
YOU FAHAM TAK POWER CORRUPTS............
PERCAYALAH SESIAPA SAJA BERKUASA ADALAH KORUP. BAIK PEMERINTAH MAUPUN PEMBANGKANG. KEPIMPINAN UMNO, PAS, PKR MAUPUN DAP SAMA SAJA. IT IS A MATTER OF DEGREE, DAN CARA BAGAIMANA KAMU SEMBUNYIKAN KEGIATAN RASUAH. KITA TAHU KAMARUDDIN JAAFAR PAS. DIA KAYA,KRONI ANWAR. BERSELINDUNG DIBALIK PARTI ISLAM !
KITA PERLU BANYAK MEMBACA DAN MEMBACA KEADAAN DENGAN ANALYTICAL MIND. MUNGKIN KALAU SAYA BERKUASA, SAYA PUN KORUP. ANDA PUN MUNGKIN BEGITU.
APA PUN UMNO SAJA YANG TERBAIK UNTUK MENGIKAT PERSAUDARAAN MELAYU.
DAP PANDAI BERSANDIWARA. CINA SUDAH TENTUKAN SOKONG DAP. SEKARANG ADA PULAK MELAYU PENGKHIANAT YANG SOKONG KUAT DAP.
TERBARU, DONG ZONG HALAU GURU TAK FAHAM MANDARIN DARI SEKOLAH CINA. GURU MELAYU KAH. CUBA ANDA BACA SENARIO INI. IT IS JUST A TIP OF THE ICEBERG.
CONTOHNYA SINGAPURA, FIRST TIME JE PRESIDENT MELAYU, LEPAS TU...........
DAH KASI BÊTISE NAK PEHA LEPAS TU........MACAM ANJING TERSEPIT.
ORANG DAH LAM DALAM POLITIK PATUT MAHIR MEMBACA INI SEMUA.
INI TIDAK, FRUST JE MASUK DAP, DAN ANCURKAM MELAYU BERSAMA DAP.
KITA PATUT TENTANG PENGKHIANAT MELAYU DALAM UMNO, DAP,PKR MAUPUN PAS.
HIDUP MELAYU HIDUP UMNO, MAMPOSLAH MELAYU DAP.
Dari dulu, sekarang dan selamanya, Umno tidak akan memindahkan kuasa kepada rakyat.
Bagaimana rakyat mahu percaya kepada Umno jika Umno sendiri tidak yakin kepada rakyat? Bagaimana orang Melayu mahu yakin kepada Umno jika Umno tidak mempercayai orang Melayu?
Umno sebenarnya tidak mewakili orang Melayu. Yang di wakili oleh Umno ialah orang Melayu terpilih dan Melayu yang berkepentingan. Malahan, orang Melayu yang berada di luar Umno tidak di anggap Melayu oleh Umno. Siapakah Umno yang merasakan dirinya berhak mendefinisikan siapa Melayu dan tidak Melayu?
Kita kena tukar kereta ,pemandu dan penumpangnya sekali kerana semua dah tak bolih pakai dan merosakan jalan raya dan juga orang tak berdosa duduk ditepi jalan akan maut kerana pemandu hayal ,mabuk,takut pada co driver,suka raba orang lain .
Tahniah lah AA masuk DAP kerana UMNO dah gagal dan untuk ajar dari dalam mustahil dan mungkin nyawa terbang .Orang melayu langsung tak faham bahawa kereta dah tak bolih pakai kerana semuanya dah rosak barang ganti tak ada kerana kini teknoloji baru part baru manakan sampai 2020.Mahathir kata lebih baik bekerja dengan setan yang dia kenal bandingkan dengan malaikat yang tak kenal , takkan dah lupa ..
Jangan lupa 'pemandu yang ada sekarang' mempunyai rekod yang begitu ganas dan biadab menghina dan menjatuhkan martabat raja-raja Melayu secara terbuka.
Jangan juga lupa imej dan reputasi buruk pemandu tentang penganiayaan pemandu menafikan rakyat Kelantan hak keatas royalti minyak.
Jangan lupa pemandu mempunyai reputasi fitnah serta membangkitkan isu-isu sensitif untuk menakutkan orang ramai.
Zaman telah berubah. Umno terus ditelan dek usia zaman. Kekuatannya satu ketika dahulu telah menjadikan ianya terperangkap dalam paradigma kuasa hegemoni yang seterusnya mengongkongnya. Mungkin Umno gagah satu masa dalam sejarah. Namun, seumpamanya dinasur (dinosaurs) yang besar dan gagah satu ketika dalam sejarah, ia hanya dapat disaksikan kini dalam muzium.
Umno juga gagal mengikut peredaran zaman dan tuntutan realiti baru alaf baru, juga sedang menempah kesudahan yang mirip dinasur. Yang diperlukan oleh UMNO kini bukan hanya sekadar menukar beberapa spare-parts yang telah terlalu “lama” bahkan yang diperlukan adalah satu overhaul yang menyeluruh bermula dari segi dasar dan matlamat perjuangan hinggalah kepada persoalan kepimpinan.
Tukar pemandu da tak relevan, kita da ada bas dan pemandu yg baru!
Umno lupa pemberian Allah SWT dalam menjaga harta yang diamanah. Lihat sahaja negeri yang terdapat hasil petroleum tetapi tetap miskin. Terengganu, Sabah dan Sarawak paling miskin dan terkebelakang daripada negeri lain di Malaysia sedangkan ketiga negeri itu terdapat minyak.
Rakyat Terengganu bukan ramai, hanya 900 ribu orang tetapi menjadi rakyat miskin walaupun hasil pendapatan negeri antara yang tertinggi. Begitu juga Sabah dan Sarawak.
Ketiga negeri ini antara yang terbesar di Malaysia. Hasilnya bukan sahaja petroleum malah kayu balak menjadi hasil pendapatan kedua tetapi tetap miskin. Dimana silapnya?
TAK SANGKA ANON 2.52 NI BENGAP.
Orang Melayu perlu lebih serius dan tidak lagi boleh memandang ringan terhadap mereka yang mengamalkan rasuah kerana perbuatan itu akan mengakibatkan negara tergadai satu hari nanti.
MELAYU YANG SOKONG DAP/DONG ZONG ADALAH PENGKHINAT BANGSA, UGAMA DAN NEGARA.
PUAS HATI ASPAN.
PUAS HATI ARIFF.
PUAS HATI NIK AZIZ .
PUAS HATI HADI AWONG.
MELAYU BERPECAH CINA KETAWA BESAR.
MAMPOS LAH MELAYU INI MACAM
-------------
Pendapat ni laku sebelum zaman internet, la ni rakyat dah bijak dan berilmu.
Hanya yang suka pemandu gelong saja yang dok jaja ayat ni.
AKU SOKONG DAP SEBAB AKU AKAN JADI PERDANA MENTERI. ADIK AKU TIMBALAN PERDANA MENTERI.ANAK ANAK AKU JADI MENTERI MENTERI.
BINI AKU JADI FIRST LADY.
MUKA PUN NANTI BERSERI SERI.
LIM KIT SIANG JADI DEREBAR LORI, LIM GUAN ENG JADI KELENDAN LORI !
OKAY TAK.
DAP TIDAK RACIST, DAP TIDAK CHAUVINIS.
Implikasi Dasar Ekonomi Baru yang telah menghasilkan keputusan yang bertentangan dengan niat asal untuk merapatkan jurang antara yang kaya dan miskin. Semakin lama polisi diketengahkan, semakin jauh matlamat asal tersasar.
Jika pemandu sebagai doktor terus memberikankan ubat yang sama yang menghasilkan keputusan yang bertentangan, maka sesuatu mestilah salah dengan doktor tersebut, dan sesuatu yang lebih serius mestilah salah dengan pesakit yang terus mempercayai doktor yang sama.
Sekali imbas, duit la punca pergaduhan. Punca perkelahian, punca kerosakan.
Namun Islam tidak mengharamkan manusia mencari duit. Ketika kemarau di madinah, Saidina Othman r.a menyumbang gandum yang perlu di bawa oleh 950 ekor unta ! Nak beli dengan apa kalau takdak duit.
Begitu juga dengan politik. Bukan politik yang memecahbelahkan. Tetapi pengurusan politik yang tidak mengikut syariat itu yang menjadikan umat berpecah. Parti politik yang enggan menerima Islam sebagai panduan itu yang menjadi punca perpecahan.
Destruction of the Malays. It is the beginning of the beginning for DAP with the support of the Malays themselves.
Pemandu hari ini mempunyai percanggahan antara visi dan realiti yang membimbangkan. Percangahan ini bukan hanya meliputi ekonomi tetapi melibatkan etika dan moral. Dalam keadaan ini, ia telah mengambil bentuk rasuah dan keruntuhan akhlak yang telah menjatuhkan ekonomi negara terus ke bawah.
Rakyat hari ini dibebani dengan peningkatan hutang negara yang tinggi kerana kewujudan gejala rasuah yang melampaui batas dan perbelanjaan yang membazir. Masalah ini terus meningkat, walaupun diketengahkan oleh Ketua Audit Negara tahun demi tahun dalam laporan tahunan.
Salam AA dan bloggers,
Masalah pemandu bernama Najib ni lantik bini sebagai pembantu pemandu,betina ni la yang tentukan arahtuju,cilok2,songlap2 dan soping2.
Najib lak xde pengalaman,jadi ikut je la mcm lembu dicucuk hidung.
Sekarang dah tau ke sape mastermind kejatuhan bas masuk gaung..
Alahai Malaysia ku..
Surrogate
Jangan juga kita lupa betapa Umno beberapa kali menghalang usaha PAS untuk membentangkan rang undang-undang pribadi yang bakal mengharamkan murtad. Kalau Umno ikhlas menangani murtad sudah tentu Umno yang akan membentang rang undang-undang murtad di Parlimen sekaligus mengharamkan murtad sama sekali.
Namun, Akta Jenayah Shariah yang diluluskan oleh Umno untuk Wilayah Persekutuan sendiri tidak mengharamkan murtad.
Jelaslah Umno selama ini bertoleransi dengan murtad. Rekod Umno di dalam memerangi murtad adalah amat buruk dan sangat-sangat dikesali.
UMNO telah gagal memberi, tidak meninggalkan satu harapan yang besar dan berkesan (kepada ahli-ahli Umno dan rakyat).
Yang bestnya masih ada penumpang yg nakkan pemandu ni. Hanya tinggal 2, 3 kerat saja menjerit2 maki hamun org yg x nak join. Penumpang2 ni pun mabuk macam pemandu ja. Baguslah biar pemandu & penumpang2 ni mampos sekali. Sama baghal sama bodoh. PEGI MAMPOS MELAYU UMNO.
Benci UMNO dulu kini & sehingga dia mampos.
Umno itu berjuang untuk apa? Seruan memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu di ganti dengan perjuangan kepentingan peribadi. Kebajikan rakyat yang di laungkan oleh Umno sebetulnya bermaksud kebajikan korporat besar. Tender di beri kepada mereka tanpa pembidaan terbuka atau melalui tender terhad. Tender terhad pun terdedah kepada pelbagai macam manipulasi dan putar belit.
Jika Umno benar-benar berjuang untuk orang Melayu mengapa royalty minyak kepada rakyat Kelantan dan Terengganu di nafikan? Sedangkan majoriti rakyat dalam dua negeri tersebut adalah orang Melayu.
Masih bolehkah orang Melayu percaya sebuah kerajaan yang sudah pun memerteraikan perjanjian secara hitam putih, yang sekarang ini menafikan hak rakyat Kelantan dan Terengganu?
Tukar driver(Najib) dan bas(BN) sekali sudah terlalu lama. Guna driver(Anuwar) dan bas(PR)untuk perjalanan selasa.
Mungkin telah sampai masanya untuk kepimpinan Umno sedar bahawa orang Melayu samada orang berparti atau pun tidak, sudah tidak lagi boleh menerima fahaman kebangsaan atau Nasionalisme Melayu sebagai teras perjuangan.
Politik perkauman telah berlalu. Kini, mereka, khususnya orang Melayu mahukan Islam di martabatkan dan tidak di hina serta rakyat amnya dahagakan keadilan dan mahukan pemerintahan yang telus (Transparent) dan boleh dipertanggungjawabkan (Accountable).
Ha ha ha..
Elehhh..QD, kome nak tuko Drebar aje...bior ler dia sewel ke , gile ke..aok dah tentu ker derebar yang sewel jadi pemandu..entah-entah dah masuk Jill..ha ha ha..
Yang tentu, Drebar yang tengah memandu tu syok sendiri..ha ha ha. Ade berani dia nak turunkan kaki raba, kaki lutu, kaki sapu dari dalam Bas tu?..ha ha ha.
Jelas sekali Umno dan BN mempunyai kepimpinan yang sudah korup dan tidak releven lagi untuk memegang tampuk pemerintahan ekoran terlalu banyak skandal sehingga boleh membawa negara ke arah kehancuran.
Umno dan BN tidak boleh pakai lagi apatah untuk kita bergantung harap membela nasib orang Melayu.
Kerajaan BN memang begitu, mereka akan membahagikan harta kekayaan sesama kroni dengan membiarkan rakyat berputih mata terutamanya bagi mereka yang sememangnya mempolopori bidang tertentu.
Kes lembu membabitkan Menteri Wanita, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil sungguh memalukan kerana ia bukan pendedahan golongan yang mencari kesempatan sebaliknya didedahkan Audit Negara yang telus dan profesional.
kenapa pemandu-pemandu yang ada jawatan tinggi dalam kabinet tidak langsung timbul perasaan bersalah atau meletakan jawatan bila gagal sebagai menteri sebaliknya terus bangga dengan kesalahan yang dibuat?
apakah kapasiti pemandu-pemandu yang asyik melakukan penyelewengan mengaku sebagai Umat Islam sedangkan mereka memakan daging saudara sendiri?
Akibat terlalu banyak penipuan dan penyelewengan membuatkan rakyat mempertikaikan keikhlasan BN yang sanggup memberikan wang RM500 kepada setiap keluarga sedangkan negara terus dicengkam bebanan hutang yang tinggi.
Jika kerajaan terlalu prihatin terhadap rakyat bukan sekarang mereka mulakan pemberian RM500 itu tetapi sejak dulu lagi sebab kemiskinan rakyat sudah lama. Apa yang berlaku sejak lebih 50 tahun ini ialah tragedi orang Melayu dan orang miskin.
Jika BN benar-benar mahu bantu rakyat kenapa hari ini baru nak bagi RM500. Mereka buat secara mendadak semata-mata dengan tujuan yang tersembunyi.
Adalah tidak lojik untuk rakyat yang sudah matang masih tidak berani buat perubahan demi kebaikan semua pihak serta negara.
Rakyat harus guna otak, guna akal, guna jari, guna perasan dan gunakanlah kesempatan yang ada untuk menegakan yang hak memerangi yang batil.
Jangan takut buat perubahan yang boleh menguntungkan semua pihak.
Umno selalu kata kalau Umno kalah…negara akan huru hara. Kalau Umno kalah tak ada sapa yang jaga Melayu. Kalau umno kalah…pelabur tak mau masuk.
Semuanya disogokkan kepada kita bahawa Umno perlu dikekalkan kalau nak maju..nak stabil. Sapa yang percaya..maka mereka tergolong dikalangan orang yang jahil.
Di Finland, Sweden, Norway dan Denmark..orang tak kisah sapa Perdana Menteri depa.
Kalau Perdana Menteri depa pergi kerja naik tram atau komuter pun orang tak kisah…bukan macam Najib naik bas. Heboh seluruh negara dan keluar muka depan Utusan cerita Najib naik bas.
Salah satu sebab mengapa kita susah nak hafal sapa Perdana Menteri depa ialah kerana Perdana Menteri ditukar macam tukar lampin. Baru nak hafal..dah kena tukar.
Tapi apakah negara itu hancur apabila Perdana Menteri ditukar macam tukar lampin? tidak juga…malah semakin maju.
Dinegara maju, rakyat dan negaranya lebih dikenali dari Perdana Menteri atau Presiden. aku pasti hangpa tentu tau sapa Kimi Raikonnen dan Mika Hakinen. Sebut Nokia..Ericsson, Volvo..hangpa dah gerenti boleh sebut dari negara mana asalnya. Tapi kalau tanya sapa Perdana Menteri Finland..96% rakyat Malaysia tak tau.
Kalau kita nak maju..kita juga kena ikut contoh macam dinegara-negara maju. Salah satu sebab mengapa negara-negara ini boleh maju ialah depa tidak mengagung-agungkan pemimpin.
Tak betul..atau tak boleh buat kerja..kena tendang.
Tapi orang Melayu terlalu mengagungkan pemimpin. Tu pasai kita susah nak maju.
Saya sangat suka contoh persamaan pemandu mabuk yang saudara tulis. Sungguh mencuitkan hati.
Hahaha Anon 10.13. Yaeh matnya aok lupa UMNO sentiasa ada pemandu. Remember the PEMANDU committee. Smartlahkan UMNO ni. Cuma dema je yang tok sanan.
Bro Aspan
Tak nak tulis ke kenapa ceramah you and Bro Arif tak dapat sambutan menggalakkan dari Melayu elit Subang Jaya.
Saya baca di Malaysia Kini tentang low turn-out ni.
Kenapalah supporters Pakatan kat sini tak datang? Janganlah cakap kat blog saja.
Kesian LGE datang all the way nak introduce future DAP Malay leaders.
Bro, macam mana ni? Kalau kat upper middle class suburban Malays tak dapat suppport, macam mana nak dapat support orang biasa dan orang kampung??
Awaiting your response.
Tuan Aspan...
Pecat je pemandu ne..
pemandu tak berhemah bukan sahaja membahayakan orang lain..
malah menganggap jalanraya kepala bapak dia punya..
jadi negara ne kepala bapak dia punya ke nak buat suka hati???
kepada QD.. hang tak yah jadi pemandu..
jadi konduktor simpanan je la..
Ramai yang berkata inginkan kehidupan baik, bersih, adil di negara ini tetapi takut atau tidak mahu melaksanakan tanggungjawab dan peranan apabila tiba masanya.
RAKYAT BIJAK DAN BERILMU TETAPI KENA TEMBERANG DAN KENA TIPU BULAAT 2.
What you need is a thinking and sharp mind.
BARULAH CERDIK DAN TAK KENA TIPU.
BACA BANYAK UNTUK TIMBA PENGETAHUAN.
SAKMONGKOL TAKUT PUBLISH KOMEN AKU.
YANG BENAR ITU PAHIT..............
Pemandu yang berlesen kopi o, samalah juga dengan pemandu yang tidak mengikut
undang-undang trafik, mengancam nyawa pemandu - pemandu bertanggungjawab yang lain.
Dalam keadaan sedemikian, above the law, dengan powerful connection, kalau
disaman pun, tidaklah perlu bayar sehinggalah penyakit merebak sampai ramai yang
sejenis memandu tanpa lesen, mafia. Kalau terlanggar orang lain, masih terlepas,
mangsa ( rakyat ) terpaksa menanggung kecederaan fizikal, mental dan kerugian wang sendiri.
Jadi kita hantar kereta lapuk serta pemandunya sekali ke junk shop untuk " dikompress, melted " .
Dan naik kereta lain yang selamat, dengan pemandu yang berlesen serta bertanggungjawab.
Ataupun, pemandu sudah beli banyak premium insuran untuk diri, anak bini sampai cucu-cicit ,
sorok dekat bank off shore, biar kereta yang dah buruk, expired, terjunam bersama dengan
penumpang- penumpangnya ke dalam lurah sebelum masa genting - kemelesetan ekonomi,
kebenaran untuk pengeluaran duit simpanan EPF rakyat pun dilewatkan ke usia 60 tahun ?
kebankrapan negara.
Ayuh, kereta baru dah sampai, cepat - cepat naik, yang muda pimpin yang
berusia, sama - sama naik menuju ke destinasi yang selamat, bermatlamat mulia
untuk semua.
Kalau pemandu gantian x leh pakai x leh juga
tukar saje pemandu, penumpang dan bas2nya sekali...
Najib tak pernah diuji dia menang percuma mulai dia masuk politik sebab abah dia tun razak. ujian menjadi pemandu ni penting ...
Tuan Aspan,
Apa yg menjadi permasaalahan jika DSN mempromosikan dirinya untuk dipilih sebagai pemandu. Inilah yg sepatutnya ahli politik buat. DSN telah memberikan fakta keenapa beliau patut dipilih semula. Perancangan telah beliau kemukakan sekiranya beliau dipilih semula. team beliau pun sudah jelas. Jika anything happen to him, TSM akan gantikan beliau sebagai pemandu. Jika anything happen to TSM, sudah jelas ada 3 naib presiden UMNO akan jadi pemandu.
Pakatan rakyat pun sudah berikan perancangan yg jelas apa yg akan di laksanakan jika di pilih sebagai pemandu. Cuma sehingga saat ini, jika anything happen to DSAI, siapakah akan menjadi pemandu? Mungkin isu pemandu selepas DSAI ini dianggap isu kecil namun saya yakin kepimpinan PR tahu akan kesannya kepada tahap keyakinan penumpang yg mempunyai kuasa pemutus.
Dalam apa keadaan pun, kita kena menghormati keputusan majoriti pemandu.
Salam hormat Tuan AA.
Setiap kali tulisan tuan dipaparkan pasti ada seorang pengkomen yang suka pukul curi boleh kita ibaratkan sebagai "tahi sembelit Najib yang terakhir keluar dari dub**" atau beliau ini boleh juga diibaratkan "seperti Iblis membaca Al-Furqan". Berkemungkinan besar juga langsung tak pandai membaca Al-Furqan. Yang beliau tahu hanya membaca kitab-kitab jasa-jasa UMNO membantu rakyat menggunakan sebahagian kecil wang rakyat, manakala sebahagian besar wang rakyat pula akan masuk ke tembolok pemimpin UMNO. Individu sebeginilah seperti duri dalam daging yang sentiasa menyusahkan. Biasanya akan dipanjangkan usia oleh Allah supaya menjadi contoh terburuk kepada kaumnya yang lain.
Dato Aspan,
Thank you once again for writing such an interesting article. We are proud that you are championing for a better future for all Malaysians.
Jom Upgrade Before It's Too Late!
Good morning Dear Aspan,
You could blame me for this sense of precision. Would it be possible for you to set a visible line to indicate the right margin on your
comment page setting ? Or does it align the sentences automatically ? That would be great. Anon's 4 April 2012 08:59:00 looks real
clean line. Thank you.
Pak Aspan,
Najib Moggol lebih sesuai jadi drebar kereta lembu...kira masih selamat orang macam dia bawa kereta lembu ni. Kalau pun dia mabuk..sekurang2nya lembu tak mabuk..boleh bawa kereta tu ke arah selamat.
Bab lembu2 ni Najib memang suka. Kalau tak percaya..tanya Kak Shahrizat. Alahai kak Shahrizat..akhirnya kak Jat dilembukan juga oleh lembu2 dalam UMNO BN.
GE 13 nanti lagi satu ibadah kurban..kali ni korbankan lembu2 dalam UMNO BN ! Jom kita ramai2 korbankan lembu2 ni dalam GE 13 !!!
Buat Pak Aspan..teruskan TERJAH dan BONGKAR !!!
Ha ha ha..
QD..camane kome boleh lupa..PEMANDU Dalam BN bukanye Najib tapi Idris Jala aka Menteri Malaysia Muflis 2020..ha ha ha..
Cer kalo macam tu QD, Patutler Najib masih suruk Kak Pijat, Mamak Nor Yakop, Nana Rizal dan Isham Awww Sebagainya dalam Jemaah Grobok Buruk Kerajaan ..ha ha ha..
DEB untuk kroni jee.
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung sekalian.
Alhamdulillah! Syabas Malaysia! Insha Allah, tak lama lagi, kita sekalian bukan sekadar bertukar pemandu, bahkan tukar kenderaan sekali ... Yes! Benar sebagaimana yang saudara sebutkan, tentulah pertukaran pucuk pimpinan dan kerajaan berlaku bersebab. Cuma sayang trillionan kali, inilah warisan para pendukung atau, kalau tak melampau, saya simpulkan, keturunan Namrud, Fir'aun, Abu Lahab dan sekalian yang sejiwa lagi seangkatan dengan mereka, walaupun lahirnya sebagai anak Muslim.
Di sini, saya percaya, kalian tentu mengikuti perkembangan terkini perancangan jijik lagi tak bermaruah mereka untuk menang PRU kali ini, seperti wujudnya "task force" pendaftaran beramai-ramai warga asing menjadi "MALAYSIAN" dan kerendahan moral Pengerusi Dar Al-Nadwah Malaysia yang menolak kandungan Laporan minoriti PSC sampai tergamak menghalau para pejuang kebenaran keluar dari dewan sidang itu. Justeru, bersamalah kita insafi dan muhasabah diri, adakah ini yang dinamakan "DEMOKRASI"? Bukankah lebih bagus jika para penguasa spesis helang dan singa lapar ini menganut fahaman komunisme sahaja agar tak perlu bersusah-payah terus-menerus melakukan kemungkaran demi kemungkaran demi pertaan milikan yang tak seberapa itu? Apapun, bukanlah tujuan saya hendak memperlekeh, apatah lagi, memesongkan aqidah mana-mana pihak, tetapi, kita patut punya rasa benci terhadap golongan jahiliyyah moden sebegini yang terang-terangan menyebarkan dakyah jahat terhadap kesucian Islam, khasnya, serta keluhuran Perlembagaan Persekutuan, amnya. Kalau demikianlah sifat mereka, untuk apa Rukunegara dan prinsip-prinsipnya itu diterapkan sedari sekolah, tetapi dihancur-leburkan penghayatannya gara-gara tamak?
Oleh itu, teruskanlah lagi kiriman khabar berita sebegini, khasnya dengan pengalaman saudara yang telah masak dengan keletah jemaah itu sejak berzaman. Kami insha Allah, sentiasa bersama saudara dan mendoakan semoga Dia menaungi saudara sekeluarga dengan naungan abadi-Nya. Sebelum berundur, seperti biasa, sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih di atas perkongsian ini, dan ampun maaf tak lupa dipnta andainya kedapatan sebarang ketidakwajaran. Bersamalah kita ingati, bahawa, setiap yang selain-Nya adalah fana; justeru, jika mereka masih ingin kekal berkuasa dan menganggap merekalah segalanya, bersamalah kita sekalian hancurkan aqidah sesat tanpa arah sebegitu agar setidak-tidaknya, kita turut terselamat daripada pertanggungjawaban-Nya pada hari kemudian.
Terima kasih.
Kenapalah QD ni tolol sangat???
Betulkah PR memfitnah UMNO BN?
Coba terangkan jenis pentadbiran pemandu yang ada sekarang kepada Ketua Audit negara pasal ini;
1) Buku yang sepatutnya berharga RM 417 menjadi RM 10,700.
2) Screwdriver yang sepatutnya berharga RM 32 menjadi RM 224.
3) Set lengkap komputer meja (desktop) yang sepatutnya berharga RM 174,811 menjadi RM 3.06 juta (Kementerian Belia & Sukan).
4) Karipap yang sepatutnya berharga 30 sen satu menjadi RM 3 bagi satu karipap.
5) Dua kamera 3.1 Megapixel yang sepatutnya berharga RM 2,990 menjadi RM 8,254.
6) Faber Castell pens yang sepatutnya berharga RM 160 menjadi RM 1,146.56.
7) Dua krane yang sepatutnya berharga RM 2.98 juta menjadi RM 5.72 juta.
Apakah ketua audit negara telah melakukan salah teknikal dan pengiraan dalam auditnya?
Apakah pentadbiran UMNO BN menafikan tiada rasuah dalam pentadbirannya yang menyebabkan harga termasuk harga bayaran rasuah?
Apakah pemandu UMNO BN tidak dapat membenarkan penipuan dilakukan oleh pegawai bertanggungjawab yang mengambil keuntungan atas angin?
Firman Allah s.w.t:
Janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan janganlah kamu membawa urusan harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan jalan berbuat dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-Baqarah : 188 )
Disebutkan dalam hadith :-
Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll. ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)
Nabi bersabda :
Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki iaitu gaji atau upah, maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul iaitu satu pengkhianatan ( Riwayat Abu Daud, no 2943, Albani : Hadith Sohih ; Ma'alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)
Ada kebaikannya kalau ada seorang dua daripada kita, yang tahan lasak untuk smash back at the known gangster troopers at other sites,
occasionally, after visiting here, filing facts - to- facts, just a few facts, they don't have the mentality.
Unlike kj who was bragging how he was sparring with someone from an opposition member a few days ago with continuous questions
blow - for - blow .., uncouth and mafia style. Mesti ada pemuda- pemudi, makcik- makcik yand tertipu, yang tak sedar diri nak undi kj lagi.
Post a Comment