20 April 2012

Kuasa bukannya hak milik kekal, ia hanya TOL sahaja

Negara kita semakin hari semakin bercelaru dengan berkembangnya budaya samseng dan semua samseng-samseng ini adalah mereka yang menyebelahi pihak berkuasa. Pihak yang berkuasa sedang dalam keadaann desperado untuk mempertahankan kuasa dan mereka sedang mabuk dengan kuasa itu. Tindakan sekumpulan samseng memukul dan membelasah mahasiswa-mahasiswa yang sedang menuntut keadilan untuk masa depan mereka di Dataran Merdeka semalam amat menyayat hati. Mungkin sekarang ramai yang tidak merasa apa-apa tetapi orang yang miskin seperti saya dan ramai yang lain amat memahami perasaan mereka.

Nampaknya tidak ada siapa yang boleh menuntut apa-apa yang mereka anggap hak mereka dalam negara kita lagi. Sesungguhnya inilah kesilapan orang Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya yang selama ini terlalu memberi muka kepada BN untuk memerintah negara ini sejak merdeka. Sebagaimana yang saya sebut selalu pihak berkuasa seolah-olah tidak boleh dipersoalkan lagi kerana mereka menganggap negara ini adalah hak mereka sahaja untuk berkuasa maka siapa sahaja yang mempunyai pendapat yang berlainan akan dipukul dan dicederakan.

Apabila mereka merasakan kuasa akan hilang maka mereka bertindak bukan sahaja membiarkan samseng-samseng melakukan apa sahaja ke atas anak-anak muda yang sedang menuntut keadilan dan berjuang untuk masa depan mereka dalam negara mereka sendiri. Pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab pula membuat kenyataan-kenyataan yang memihak kepada samseng-samseng ini dan mengutuk tindakan mahasiswa untuk melakukan apa yang mereka wajar lakukan.

Dengan apa yang berlaku di Dataran Merdeka semalam ianya menunjukkan bukti jelas bahawa parti yang sedang memerintah benar-benar dalam keadaan tersepit dengan puluhan isu besar yang sedang menghadapi mereka. Tuntutan mahasiswa ini merupakan isu besar kerana ia melibatkan setiap ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bakal menghadapi zaman pendidikan tinggi dan isu ini menusuk dalam  sanubari mereka.

Dengan apa yang berlaku di Dataran Merdeka itu juga menunjukkan yang selama ini kita tidak pernah menyangka yang apa yang berlaku di negara-negara mundur telah berlaku di negara kita sendiri. Tekanan terhadap masyarakat marhean sudah menjadi kebiasaan pada akhir-akhir ini dan nampaknya kita sedang menuju ke arah sistem di negara-negara Afrika dan negara-negara mundur di dunia ini.

Tidak ada satu pihak pun yang menyalahkan kumpulan samseng-samseng ini seolah-olah mereka memang memihak kepada mereka (samseng-samseng) ini. Menteri Pendidikan Tinggi, Khaled Nordin, menyatakan bahawa tidak ada siapa yang menyuruh mahasiswa untuk berdemonstrasi dan kenyataan beliau itu seolah-olah memberi gambaran bahawa mahasiswa ini memang patut dibelasah oleh kumpulan-kumpulan samseng ini.

Di manakah pihak polis dan anggota-anggota keselamatan yang lain? Tidakkah pihak polis faham bahawa mereka itu adalah polis kepada rakyat dan bukannya polis untuk mempertahankan pihak yang berkuasa tanpa mengira salah benarnya? Inikah sistem dan cara pemerintah yang patut dikekalkan untuk menjamin keselamatan masa depan anak-anak dan cucu-cucu kita?

Saya memberikan pandangan yang lebih serius kali ini. Jika inilah budaya yang dibenarkan berkembang oleh pemerintah hari ini maka sudah menjadi kewajipan dan fardhu kifayah untuk kita menolak habis-habisan parti pemerintah yang membiarkan perkembangan budaya gila ini. Kita tidak boleh membiarkan samseng-samseng memerintah kita. Kita mahukan pemerintah yang memerintah kita dengan daya pemikiran, bukannya dengan menggunakan lengan dan buku lima atau dengan otot-otot besar.

Kalau sekarang keadaan sudah begini buruk, adakah budaya ini akan berkurangan jika mereka ini terus dibiarkan mendapat mandat rakyat? Parti pemerintah mesti faham yang perasaan dan pemikiran tidak boleh ditekan. Lagi ditekan ia akan mendapat reaksi yang bersalah-salahan. Itu adalah ‘nature’.

Politik samseng ini merupakan satu petanda politik yang bankrap. Cara ini adalah cara politik pihak yang terdesak. Politik cara ini adalah politik zaman batu. DAN politik secara ini adalah politik tidak bertamadun. Politik sepatutnya ada perlawanan psychology dan persepsi. Ini bukannya politik siapa yang mempunyai otot yang besar. Politik menggunakan otot ini adalah politik bacul dan ianya berlaku sebelum tamadun manusia bermula.

Kalau kita sudah merasakan akan tewas dalam politik bertamadun, kita mesti memperbaiki politik itu dengan politik yang lebih bertamadun mengikut waktu dan zamannya. Jika tertewas dalam politik ia merupakan kemenangan kepada pihak lawan dalam sistem demokrasi. Jika kita sudah tidak dapat lagi mandat rakyat kita mesti membuat introspeksi ke dalam diri kita sendiri.. 'There must be a cause for a cause’.

Itulah sebabnya demokrasi ini merupakan sistem yang adil. Dalam sistem ini yang menang akan menerajui pemerintahan dan yang kalah mesti menerimanya kerana bukan mereka yang punya kuasa itu. Kuasa itu kepunyaan rakyat dan tidak boleh sesiapa atau mana-mana pihak untuk menekan dan memaksa mereka menyokong kita.

Kuasa pemerintahan dalam sistem demokrasi bukannya hak milik kekal. Kuasa yang kita pegang itu hanyalah pegangan sementara atau pun lebih mudah dikenali sebagai T.O.L sahaja. Kalau kita mempunyai lesen untuk memegang kuasa sementara sahaja kita perlu mengikut undang-undang dan syarat yang ditetapkan.

Dalam konteks kerajaan kita, kerajaan mesti jangan rasuah dan menekan rakyat yang telah memberikan mereka kuasa sementara tadi. Jika kita lakukan juga rakyat boleh mengambil kembali lesen TOL itu  dan memberikan pihak lain pula lesen untuk menduduki tanah TOL itu.

Tetapi parti pemerintah hari ini menganggap lesen TOL itu sebagai hak milik kekal. DAN dalam konteks UMNO dan BN mereka menekan pula pihak yang memberikan menumpang di tanah TOL itu tadi. Ini budaya apa?

Nampaknya pihak berkuasa terminta-minta sangat mereka diusir dari tanah TOL itu. Tidak mengapa. Apabila mereka datang untuk memperbaharui lesen TOL itu nanti, jangan kita sambung lagi. Itu sahaja cara kita untuk memberi tahu mereka bahawa mereka selama ini hanya duduk di tanah TOL sahaja, bukannya di tanah milik kekal.

Pengakhir kata, elok kita nasihatkan pihak yang sedang mabuk dengan kuasa ini supaya jangan berperang dengan rakyat yang merupakan empunya kuasa. Rakyatlah yang menentukan kepada siapa yang mereka hendak mandatkan pemerintahan dalam pilihanraya yang akan datang ini. Kalau masih inginkan kuasa, jangan berperang dengan rakyat. Tunjukan fe’el dan kelakuan yang setimpal dengan kehendak pemimpin yang punya tamadun yang tinggi.

48 comments:

Anonymous said...

Mungkin anggota-anggota DBKL dan Polis tidak terfikir bahawa anak-anak mereka dan mereka sendiri tidak terbeban dengan hutang PTPTN. Mereka sedang bersyukur dengan himpunan hutang tersebut yang dianugerahkan oleh pembesar umnobn.

Anonymous said...

Dr Mahathir sendiri akui sejak zamannya, Umno tidak memberi peluang kepada golongan cerdik pandai kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.

Sekarang ni siapa yang ada dalam Umno? Ikut kata-kata Dr Mahathir orang cerdik pandai tak masuk Umno. Yang pandai masuk PAS, yang cerdik masuk PKR dan pintar masuk DAP. Tapi yang samseng masuk Umno.

Anonymous said...

Dunia dan negara sekarang sudah masuk ke alaf baru dan manusia kini menuju kemajuan dengan etika dan cara kehidupan yang bertamaddun.

Seorang yang dididik dengan baik dari keluarga yang baik dia akan menjadi lebih berhemah jika bersalah-salahan pendapat dan pandangan dan akan sentiasa menghormati orang lain seperti yang dituntut oleh agama dan budaya, apatah lagi kita orang Melayu yang beragama Islam ini.

Seseorang yang beriman dan halus jiwanya akan memujuk hati dan nafsunya sendiri untuk tidak berbuat apa yang tidak baik dan ditegah oleh adat dan agamanya.

Sebaliknya sebahagian dari kita orang-orang Melayu khususnya orang-orang kuat Umno (OKU), bertindak diluar adat dan adab bangsanya serta agama mereka dengan membina budaya samseng dan budaya ini adalah budaya orang-orang zaman batu dahulu.

Anonymous said...

Ke manakah perginya adab dan tatasusila Melayu yang berhemah dan bertamaddun yang selama ini menjadi “attribute” asas orang Melayu itu?

Kenapakah bangsa Melayu sudah sampai ke tahap ini untuk mengekalkan kuasa?

Kalaulah dari dulu kita tahu yang Melayu dan rakyat yang bersokongkol dengan pihak yang memerintah tidak dapat menerima demokrasi, kenapa dari dulu kita memulakan negara kita dengan sistem demokrasi?

Kenapakah ada pihak hanya menerima demokrasi jika dapat kemenangan dan memperkayakan budaya samseng apabila dirasakan yang kemenangan yang diperolehi selama ini tidak akan berulang lagi?

Jika kuasa itu merupakan perjuangan yang “ultimate” kenapa tidak menjaga mandat dan kepercayaan rakyat selama ini dengan jujur?

Kenapa melakukan perkara-perkara yang tidak elok di depan mata rakyat tanpa segan silu?

Kenapa begitu tamak dan berkehendakkan kepada semua perkara?

Raden said...

mungkin selepas ini, perompak akan menggunakan alasan merompak untuk BN/UMNO untuk melepaskan diri...

oppp... dah pun berlaku (rujuk kes PKFZ/Lembu)

Anonymous said...

Obsession Umno untuk berkuasa tidak mengenal batas dan sempadan. Setelah tidak berjaya meyakinkan orang ramai untuk terus menyokongnya, Umno sedang menggunakan tektik samseng dan ia sangat menjijikan orang ramai. Segala usaha dilakukan untuk mendapat sokongan tetapi sokongan tidak juga kembali. Maka menggunakan cara samsenglah yang tinggal untuk memaksa rakyat menyokong mereka.

Anonymous said...

Budaya samseng tidak patut dibiarkan tumbuh subur di Malaysia.

Budaya politik ugut mengugut dan ancaman seperti ini hanya dilakukan oleh mereka yang berada di dalam situasi terdesak sahaja.

Ini satu lagi budaya politik sempit yang cuba diterapkan ke dalam minda rakyat.

Anonymous said...

Bangunlah wahai bangsa Malaysia!

Di era globalisasi dan di zaman teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini, kepimpinan yang merelakan budaya samseng ini tidak akan dibenarkan berterusan dilakukan.

Anonymous said...

Budaya samseng cepat pula menular dalam Umno sekarang.

Jika cara samseng ini masih tidak dapat meyakinkan rakyat untuk bersama Umno lagi, cara apa pula yang akan diambil pula selepas ini?

Anonymous said...

Sejak puluhan tahun lalu, provokasi dan keganasan berunsurkan perkauman adalah insiden yang dirancang oleh ‘tangan-tangan ghaib’.

Bagaimanapun tuduhan memecah keamanan sering tertimpa ke atas kaum Cina atau India. Pihak yang paling biasa dipersalahkan adalah parti-parti Pembangkang. Aktivis Pembangkang dijadikan mangsa serta ditahan di bawah ISA.

Umno BN selama 55 tahun memerintah kelihatan berada di kemuncak moral ketamadunan. Apa sahaja yang mereka lakukan betul mengikut lunas undang-undang.

Bagaimanapun, sekiranya regim BN jatuh, dan satu kertas putih siasatan diumumkan, maka rakyat akan melihat betapa dahsyatnya para balaci parti itu merancang pelbagai insiden provokasi demi mengekalkan kuasa.

Anonymous said...

Tumbangkan BN dalam pilihanraya umum ke 13! BN sengaja membina ketidaktentuan politik dengan harapan rakyat yang ketakutan akan kembali berlindung di bawah naungan parti itu.

Anonymous said...

BN hanya kuat kerana rakyat takut terhadap mereka, sekiranya rakyat berani maka merekalah yang akan lari ketakutan kerana pemimpinnya terlalu banyak melakukan dosa serta penyelewengan.

Anonymous said...

Akibat budaya samseng, ramai juga tercedera, lebam dimata, patah tulang rusuk, luka di sana dan di sini sehingga ada yang dihantar ke hospital untuk rawatan. Semua berita ini ditutup untuk kaburkan rakyat Malaysia, bahawa UMNO BN itu, aman damai dan hidup berharmoni.

Dengan hanya diberikan wang saku dan belanja untuk bekerja di bawah bendera UMNO BN, maka samseng ini dilindungi dari tindakan undang-undang dan diberikan sokongan kerajaan untuk melakukan apa sahaja!

Media pula sudah terang-terangan menyebelahi dan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada samseng ini dengan kaedah memutarbelitkan fakta dan bukti yang sudah sedia ada.

Ini telah memberikan semangat untuk mereka terus BERLAGAK SAMSENG kerana Pihak Polis sendiri seperti tunduk kaku dan sujud dengan kehebatan SAMSENG tajaan UMNO BN ini.

Pastinya anak-anak muda akan terbiasa dengan budaya samseng ini dan menjadikan ianya satu bentuk usaha cari makan.

Tanpa disedari, semakin hari, jenerasi bertambah dewasa menjadi sebuah negara yang dipenuhi dengan pelbagai kegiatan jenayah dan kekerasan memandangkan budaya samseng ini direstui oleh Pemimpin Negara di kala ini.

Anonymous said...

Masa akan datang, tiada siapa lagi yang akan datang ke negara ini kerana Malaysia bakal menjadi negara yang MERBAHAYA UNTUK DILAWATI. Waktu itu rakyat akan menerima padahnya.

Anonymous said...

Sedarkah pemimpin negara bahawa merekalah yang bertanggung-jawab merosakkan negara, merekalah yang bertanggung-jawab merosakkan agama dan bangsa?

Rakyat tidak akan ke mana, dan rakyat sebaliknya akan menerima bala dari apa yang rakyat saksikan sekarang.

Tidak percaya? Tunggu dan lihat sejauh mana kebenaran kenyataan ini. Kalau rakyat hari ini ingat boleh terlepas dari bala nescaya anak dan cucu rakyat yang akan bakal merana dengan kerakusan dan kebodohan pemimpin masa kini.

Anonymous said...

Berdoalah para muslimin dan muslimat pada hari yang mulia ini :

Ya Allah, Ya Rabbi, bekalkan kami dengan semangat dan buah fikiran untuk mengubahkan kerajaan yang kufur ini agar kami terlepas dari dosa bersekongkol.

Selamatkan kami dari sebarang usaha SYAITAN di dalam menyuburkan budaya RASUAH dan SAMSENG di dalam masyarakat kami.

Selamatkan kami dari pemimpin yang bertopengkan agama tetapi mempunyai niat yang kotor lagi keji.

Anonymous said...

TERKINI: Unit Amal PAS telah menawarkan khidmat untuk menjaga keselamatan para mahasiswa dan anak muda yang bertapak di Dataran Merdeka.

Anonymous said...

Budaya provokasi dan keganasan politik bukan sesuatu yang baru dalam modus operandi pihak pemerintah yang dikepalai United Malays National Organisation (UMNO).

Apabila hujah dan fakta sudah tidak boleh dibalas dengan hujah dan fakta, maka percakapan dengan kaki dan tanganlah yang menjadi pilihan mereka.

Jelas politik ketakutan merupakan senjata kepimpinan UMNO untuk meletakkan rakyat dalam sangkar pembodohan dan ketaatan membuta tuli.

Anonymous said...

Dalam zaman generasi siswazah muda ini, methodoloji kekuatan fizikal mengugut dan menakutkan musuh politik, adalah strateji yang boleh makan diri tuan. Tuannya akan mengundang kebencian.

Generasi siswazah akan mempunyai persepsi yang tuannya lemah mentality dalam memimpin kerana kurang berfikir dan membaca. Tuannya berkepala lutut dan hanya boleh respon dengan penumbuk dan penendang.

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Dunia kita ini bukannya baru sahaja bercelaru. Kecelaruan ini memang datang bersekali dengan keteraturannya sistem perjalanan dunia yg dicipta oleh maha pencipta.

Jika kita ambil masa sedikit berfikir dengan jiwa yang lapang maka kita akan faham bahawa kecelaruan ini adalah terhasil dari kecelaruan tindakan kita. Dengan bahasa mudah, apa yang kita beri, itulah yang kita terima.. samada terima di dunia mahupun di hari kemudian.

Kembali kepada isu mahasiswa tersebut. Sebagaimana biadab dan tidak bertamadun perlakuan mereka ketika megadakan ritual kematian 'mendiang' najib, begitulah bidab nya perbuatan ala samseng dari segolongan mereka yg tidak bersetuju dengan perbuatan mahasiswa tersebut. Bagaimana dua golongan yang biadab ini boleh ujud juga bukan satu misteri yang tidak terungkai. Pada saya adalah amat jelas yang pendidik serta penggalak kepada dua golongan ini adalah sangat biadab serta mengambil kesempatan atas kelemahan jiwa pengikut fanatik mereka.

Marilah kita cuba sama2 ubah lanskap perjuangan kita. BN mahupun Pakatan Rakyat tidak penting. Kita ajar kedua dua gerakan politik ini bahawa kita tidak terlalu memerlukan mereka sebagaimana mereka perlukan kita. Kita sokong dan menentang mereka ikut tajuk bukannya ikut apa yang najib & orang2 mahu ataupun apa yang anwar & orang2nya mahu. Mungkin ambil masa tetapi kita kena mulakan dengan diri sendiri.

Anonymous said...

Nampak sangat pihak pemerintah tidak belajar daripada kesilapan lalu. Sepatutnya pihak pemerintah insaf dan memeriksa keadaan. Tetapi nyatanya para pemimpin UMNO dan penyokong-penyokong mereka tidak belajar.

Anonymous said...

Hebat sangatkah dengan ugutan samseng itu?

Mana pembela Melayu jika anak orang melayu sendiri diugut di satu dataran sambutan hari Merdeka?

Mana suara pemuda UMNO? PERKASA?

Apakah mesej kepada rakyat bila samseng boleh meroyan di tengah Dataran dalam ibukota dengan kehadiran polis?

Anonymous said...

PRU13 adalah slogan malang buat UMNO/BN. Jika masa pemerintahan Pak Lah yang dilihat bersih, sederhana dan bertolak ansur dengan rakyat dan pembangkang sekalipun, maka telah hilang majoriti 2/3 disebabkan perangai menantu beliau, apakan pula nasib UMNO/BN di bawah pemerintahan "Maharaja Korupsi" Najib yang dilihat 1000x jauh lebih hina dari kepimpinan Pak Lah. Sekiranya pihak pemerintah telah memusuhi dan tidak lagi memperdulikan suara-suara mahasiswa di sebuah negara, maka tunggulah kehancuran parti pemerintah tersebut kerana fakta sejarah telah membuktikan segalanya akan terjadi. Niat dan taktik UMNO/BN untuk memperbodohkan dan melembukan "orang kampung" sudah tidak relevan langsung terutama berpandukan statistik setiap 1 daripada 10 isi rumah ada anak yang melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi. Maka adakah anak-anak (mahasiswa) ini akan membisu seribu bahasa apabila mereka dapat mengetahui bahawa pemerintah korupsi telah sekian lama menzalimi ibu bapa mereka? Apalagi mereka sendiri atau kawan karib mereka juga dizalimi oleh pemerintah yang menggunakan penguasa sebagai anjing buruan bagi mengengkang kemaraan semagat juang anak-anak muda (mahasiswa)ini.....oleh itu bangunlah dari tidur mu aduhai Melayu yang telah lama menjadi barua pemerintah korupsi, bangun melawan kerana sifat Melayu Islam adalah bijaksana (sifat Rasullullah).

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Ma sha Allah! Nah! Tepat benar artikel ini! That's why, seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, segalanya ini, tak perlu dipersalahkan siaapa puncanya, tak lain tak bukan, bertitik-tolak daripada ter"telanjang"nya akhlak, jauh sekali, agama dan iman mereka yang berkenaan. Mana tak? Dah punya bunyi sumpah "Kita akan pertahankan Putrajaya sehingga ke titisan darah terakhir ..." itulah ... Sumpah daripada seorang yang berstatus Muslim, tetapi, akhlaknya, maaf, kalau saya sebutkan, tak ubah macam mereka yang saudara sebutkan ... Betul, kan?

Justeru, dengan tragedi sebegini, ditambah kenyataan menteri yang juga maha tak bertanggungjawab tu, jelas, bukti yang mampu ditonton sedunia, Malaysia yang sering mendakwa dirinya sebagai "negara Islam contoh" serta hebat benar mengkritik orang lain, ibarat ketam mengajar anaknya berjalan betul. Tahniah kepada rakan-rakan siswa siswi kita serta sekalian pencinta keamanan yang terus berjihad, khasnya di dataran mulia itu, dan jangan gentar berdepan para tentera Iblis dan Fir'aun moden ini. Anggaplah mereka kini para makhluq yang patut dinyahkan sahaja daripada alam maya ini dengan jihad sehabis upaya tak kira dengan apa cara pun hatta tertegaknya keadilan dan keharmonian buat semua. Memang tepat, saudara, kekuasaan itu hanya "TOL"; malah, tak kan mereka ni dangkal benar dan masih nak berlagak macam Tuhan? Kalau begitu, cabar aja merka tu untuk meminta kehidupan selama-lamanya ... Kalau tak boleh, keluar aja daripada Putrajaya dan bertaubatlah sebelum tiba saat yang tak berguna lagi segala yang dikesalkan!

Menutup bicara, sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih di atas kesudian kalian menyiarkan pandangan saya, serta ampun maaf dipohon atas ketidakwajaran. Namun begitu, saya tetap berpendirian, sebarang kebatilan mestlah diharamkan jika benar kita ingin maju dan sejahtera di alam ciptaan-Nya ini, serta perlu beriltizam, sekurang-kurangnya dengan pegangan kemanusiaan universal, bahawa, perkongsian dan toleransi adalah mesti dan wajib tanpa menggadai prinsip, lebih-lebih lagi sebagai seorang Muslim Mu'min.

Terima kasih dan selamat berjuang!!!

Anonymous said...

Sangat menyedihkan melihat anak2 generasi muda yang berkelakuan seperti samseng jalanan " Samseng jalan Kebun".Inilah yang di perjuangkan oleh PERKASA, JATI, PEKEDA dan lain2 NGOs yang sebaya dengan nya yang kebanyakan berbangsa Melayu yang mengaku Islam.

Anonymous said...

bukan itu saja Pak Aspan ... Polis .. Kalau kes melibat orang bertitle TS, DS, Datok maka kita boleh katakan penjenayah mencari nahas ... silap kira .. memceroboh mereka sebab puluhan Polis x 24jam di kerah . Task force dsbnya untuk menjejaki penjenayah.

Kalau orang biasa bertitle Encik/Puan/Cik maka kes atau report begitulah saja .. jumpa ya .. cari tidak.

Sudah ratusan kali hari polis di sambut.. ratusan slogan "Profesional" di war warkan tetapi begitulah adanya.. tangan2 ghaib dan feudal masih menebal di kalangan Polis!

mmm

Anonymous said...

Saudara AA,

Saya memang tidak nampak perbezaab antara samseng-samseng ini jika dibandingkan dengan polis rahsia dan anggota-anggota Waffen SS Nazi semasa Perang Dunia Kedua. Mereka cuma faham satu bahasa - buku lali.

Rakyat harus sedar dan gunakan kuasa untuk menolak budaya begini.

Anonymous said...

Sdr Aspan,

Ingatkah saudara surat terbuka bekas pegawai polis peringkat tertinggi tentang KPN dan EG serta peranan SPRM yang cuba melindungi kepala samseng Johor tu dan menganiayai kumpulan polis yang berdedikasi menjalan tugas ?.

Kalaulah kepala samseng negara pun mereka sanggup lindungi, apalah sangat samseng macai Jalan Kebun yang terang2 bertuhankan mereka. Kepala samseng Johor adalah sumber kewangan UMNO BN manakala samseng Jalan Kebunm PERKASA dan sebagainya adalah penguatkuasa tak resmi mereka bagi menggantikan Polis dan pelbagai jabatan rasmi lain.

Sebab itu la waktu berlaku kegiatan samseng mereka baik dimana pun, jarang polis ada bersama atau paling tidak..polis akan jadi "slow motion" sebab remote control di tangan UMNO BN.

Yang menjadi mangsa adalah orang ramai khususnya pejuang rakyat serta polis2 peingkat bawahan yang tersepit oleh mainan politik kotor pemimpin puak2 UMNO BN ni. Banyak jabatan penguatkuasa yang sepatutnya bebas kini telah di UMNO BN kan !

Oh ya Sdr Aspan..lihat..apa dah jadi dengan kes rumah sepupu saudara di JB yang dilontar bom buatan sendiri beberapa bulan dulu ? Ada perkembangan terbaru ???.

john white said...

bro aspan,
pada kali ini saya mengambil sikap tidak bersetuju untuk bersetuju dengan pandangan saudara menyokong perangai dan tingkahlaku para pelajar ipt yang berkhemah di dataran merdeka. mereka seharusnya tidak terpengaruh dengan hasutan puak-puak tertentu supaya kerajaan menghapuskan hutang ptptn. saudara tanya anwar ibrahim sendiri, siapa yang mencadangkan perkara-perkara tersebut dalam ptptn? kenapa sekarang baru anwar menghasut students supaya mendesak kerajaan menghapuskan hutang mereka dengan ptptn? apakah anwar tidak terfikir semua ini semasa mencadangkan penubuhan ptptn dahulu semasa beliau di dalam kerajaan? ataupun apakah anwar sendiri begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan dari semua lapisan masyarakat hinggakan terlupa bahawa dia sendiri yang mencadangkan perkara ini semasa ptptn ditubuhkan dahulu? apakah benar sekiranya anwar (sekiranya menang pilihanraya umum)selaku pm nanti akan menunaikan semua janji yang dibuatnya semasa menjadi ketua pembangkang? kita bukan tak tahu siapa itu anwar ibrahim. apa yang dibuatnya semasa berada dalam kerajaan dahulu. dia banyak berjanji, tetapi tak ada apapun janjinya yang boleh dibanggakan hingga hari ini!

saya berpandangan agar students ipt yang melakukan kerja-kerja sia-sia ini supaya berperangai sebagai students, selesaikan diploma dan ijazah dengan keputusan baik dahulu (sekurang-kurangnya cgpa 3.0 ke atas)barulah main politik. jangan salahkan pihak berkuasa dan universiti sekiranya mereka dipukul ataupun ditahan oleh pihak berkuasa. mereka perlu sedar risiko yang bakal ditempuh dan jangan melalak ke sana ke mari apabila digantung pengajian ataupun disingkirkan dari universiti!

Anonymous said...

Setelah hampir 55 tahun merdeka di bawah pentadbiran Umno BN, masih ada samseng berkeliaran di ibu kota Kuala Lumpur. Sejak tahun 1960-an sampai sekarang masih ada samseng ke?

Sudah pasti menunjukkan Umno BN gagal melahirkan generasi yang bertamadun dan bermutu. Sudahlah dengan rasuah berleluasa, salah guna kuasa, kezaliman dan macam-macam lagi, kini samseng pulak.

Tak cukup ke dengan ragut meragut sehingga nyawa sudah teragut?

Apa ini samseng masih lagi jadi isu dalam tahun 2012?

Anonymous said...

Kalau kita tahu bahawa 'kuasa kita' tidak kekal malah kuasa adalah kuasa pinjaman dari Allah Yang Empunya Kuasa dan kuasa hakiki bukan kepunyaan rakyat,

dan jika kita katakan ini suara alternatif maka kenalah tunjuk jalan bagaimana masyarakat terdahulu meminjam atau dipinjamkan kuasa kepada mereka oleh Allah.

anona

Anonymous said...

Apa yang nak diherankan dengan politik samseng ini?

Kerajaan UMNO BN terkenal dengan cara yang paling keji dan hina telah memecat Anwar dari kabinet dan UMNO BN telah memberikan petunjuk kepada rakyat bahawa permainan politik adalah permainan kuasa, disokong oleh permainan kotor, dan penyalahgunaan kuasa.

Rakyat telah menyaksikan rancangan yang kotor dan keji menuduh Anwar dengan pelbagai tuduhan - rasuah, liwat, jenayah seks dan pengkhianat negara.

Anwar dipecat kerana "tidak bermoral". Bermoral ke presiden MCA tu?

Masih ingat Dato' Harun Idris, bekas Menteri Besar Selangor, yang ditangkap dengan tuduhan rasuah setelah menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan Presiden UMNO?

Kemudian Tun Abdul Razak menawarkan Harun untuk menjadi Duta Malaysia di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan tuduhan rahsuah ke atasnya akan dimansuhkan. Bila Harun menolak tawaran itu, beliau diheret ke mahkamah.

Bagaimana pula dengan bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik yang tidak dipecat dari UMNO atau di bawa ke mahkamah atas tuduhan rasuah dan merogol kanak-kanak berusia 15 tahun? Ini kerana Mahathir berkata seseorang itu tidak bersalah sebelum dibuktikan demikian dan kemudian memastikan bahawa dia tidak didakwa.

Sebaliknya Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Kota Melaka waktu itu yang membela seorang nenek kepada seorang gadis bawah umur yang telah dirogol pula dipenjara 18 bulan di Penjara Kajang.

Sebenarnya UMNO BN gentar rakyat Malaysia bercakap tentang korupsi, nepotisma dan kronisma dengan terbuka. Lagi-lagi sebelum PRU 13.

Anonymous said...

Saya sangat berharap kepada pak menteri yang terlibat dapat meneliti dan merenung seketika ........ masanya belum terlambat.

Anonymous said...

kisah samseng ni bukan baru tuan2. lama dah, cumanya tiada pendedahan. dulu pernah terjadi pembunuhan di lubuk merbau, teluk intan dan mungkin ada lagi tapi kita tak dapat beritanya. pasal samseng ni saya pun pernah mengalaminya sejak pilihanraya 2008 lgi. tapi kami dari ahli pas ni dididik jangan layan puak2 ni. kami pernah dimaki, dihina dengan kata2 lucah, dikejar dengan senjata tajam, dikoyak bendera parti depan mata kami dan macam2 provokasi dilakukan...kami terpaksa berdiam diri kerana tak mau mengeruhkan suasana..inilah sebenarnya sikap sesetengah ahli2 umno bn dan ada juga dikalangan pemimpin mereka lebih biadap dari yang kita sangkakan...sikap mereka ini sebenarnya membuatkan rakyat bertambah benci dan meluat dengan mereka..tapi perlu diingat kami ahli pas dididik bersopan dan mempertahankan maruah agama walaupun nyawa kami jadi taruhan.."ALLAH TUHAN KAMI, MUHAMMAD PENGHULU KAMI, MATI SYAHID CITA2 KAMI.....

Anonymous said...

Dear Sdr Aspan & bloggers,
Salam

If we, for a few minutes, reflect on the implications of the goons using thugs :

- sending a strong message the regime have been above the law for too long

- they do not fear God or follow, what more to practice the true teaching as a way of daily living

- the rakyat do not have their rights to be heard, and if they press further, they are inviting physical abuse, detention, etc

- inflicting the adrenaline of fear
to silence the rakyat, and to make them submissive to a repressive or an authoritarian

- to instigate and condone a " samseng or thug " culture to get things done exposes the leaders themselves ( some, even have family members )
are compulsive abusers for it takes cowards, with a demeaning characteristic, who have no respect for the rights of others from a young age to bully others, usually the victims are good, but a little meek


- the aggressors derive a sick thrill of victory in gaining control over others

- leading them to infiltrate the media,and condoning little emperors, or queen bees in their respective office to be in control, but with minimum productivity, no integrity or transparency

- obscene money, abuse of power, temptations, manipulations, intelligence ( for wrong reasons ), logistics, machinery are also involved

Ouestions :

what do they imply to foreign tourists, investors, dignitaries ? how much does it take to go about submitting business proposals,
how safe are their investment, their personal safety

what kind of, regrettably, very strong message, the instant citizens are receiving daily in regards to rule of the law, the police and the respect and safety demanded from them
toward every Malaysian, from a young child, to a youth, to an elderly, to a destitute on the streets or in the community ?


- how do some " youths " perceive daily in regards to treating fellow Malaysians, their own parents, family members, in their courtship and marriage later, raising a family ?


There has to be real changes through our voting in GE 13,
it is not an option.

Terima kasih, Salam.

MAHApenipu said...

Sekiranya Ahli2 & penyokong2 UMNO masih menyayangi UMNO/BN,PRU 13 inilah masa yg terbaik utk merehatkan mereka kerana UMNO/BN sedang mengalami penyakit yg amat teruk.Waktu rehat ini diguna utk merawat segala penyakit yg ada supaya kembali sihat,bertenaga dan berguna kpd rakyat.Jika peluang ini tidak diambil,walaupun UMNO/BN menang PRU 13,PRU 14 mereka tetap akan
kalah.Waktu itu BN akan kalah teruk dan mungkin akan lenyap terus dari muka bumi Msia hanya menjadi bahan sejarah.

Ministers:99%cow brain,1%human brain for stealing said...

While Myanmar is moving forward,we are going backward.Every leader of a political party in Myanmar is given 15 to 30 mins to give their ceramah in the national TV.Not even 1 min. is allowed in Msia for other political parties and yet BN claimed Msia is one of the best democratic country in the world.Well,pandi-kutty-cracy is the better word to describe Msia democracy.

Anonymous said...

bro john white ..

tidakkan kamu terfikir dlm umno semua yes je..

tidakkah kamu terfikir segala kebejatan mereka dulu dan kini..

dan tidakkan kamu terfikir jika ada di antara mereka yang mahu berubah..(contoh pak pan)

jadi apabila disedari PTPTN tu modal air liur dumno..apa salahnya untuk dimansuhkan.

Anonymous said...

The corruption of Mahathir: published by Bangkok Post

http://malaysiadigest.blogspot.com/2010/01/corruption-of-mahathir-by-george-soros.html

Anonymous said...

Khabarnya ada gambar rumah mewah Anwar Ibrahim Di Washington;

http://addin77.blogspot.com/2012/04/nah-ni-dia-gambar-rumah-mewah-anwar.html

bat8 said...

John white,

You baru balik dari Timbaktu ke?

Pembentangan PTPTN dibuatoleh najib Tun Razak selaku menteri pelajaran masa itu. Maknanya PTPTN itu baby dia yang dia kena rumus dengan bantuan pakar-pakar. Itu mengikut hansard parlimen mengenai pembentangan akta PTPTN tahun 1997 dulu. Mana sdra dapat fakta sdra yang Anwar ibrahim punya kerja.

Perdana menteri masa itu TUN MAHATHIR. Anwar adalah TIMBALAN PERDANA MENTERI. Anwar masa tu lebih besar kuasanya dari MAHATHIR ke. PTPTN tu keputusan kabinet MAHATHIR.

Kalau Anwar tu lebih berkuasa dari Maahathir masa tu, apasal Anwar kena pecat sebagai timbalan perdana menteri dan Timbalan Presiden UMNO Baru oleh mahathir.

kalau ikut lojik bodoh sdra, tentulah Anwar telah pecat Mahathir dari menjadi PM dan Presiden UMNO Baru, kalau dia lebih berkuasa dari mahathir masa tu.

Orang bodoh ni walaupun tukar nama macam orang cerdik pun akan tetap teserlah BODOHNYA!

bat8

Anonymous said...

In Sandakan, Najib remarked, " Be multilingual to be globally competitive. " ( to a diversified ethnic )

Here, he says this, but his others and cyber supporters thrash otherwise.

Anonymous said...

Sdr Aspan,

Thanks for the quote on your front of your blog today :

Girls are so queer you never know what they mean. They say No when they mean Yes, and drive a man out of his wits for the fun of it.

Louisa May Alcott (1832-1888)

ha ha ha

heard this ? A FEW, drive their own insane, too.

Anonymous said...

Sdr john white

Apa salahnya Anwar terdesak mendapatkan sokongan daripada setiap lapisan masyarakat?

....SAJI

apanama pun boleh said...

John white,melayu celup:

Yg meluluskan dulu,Anwar ker?Najib ker?Mamak ker?Botak Chin ker?Bapak kau ker...itu semua masa lampau dah jadi sejarah.Yg penting masa kini dan masa hadapan.BN hendak mansuh atau tidak?Itu isunya.

Kalau seorg perempuan dah bunting dan jantannya dah cabut lari,yg penting ialah selamatkan anak kandungannya dan masa depan mereka.Bukannya mencari kesalahan masa lepas mereka.Simple common sense also dont know......

Anonymous said...

Saudara Aspan,

Sebanarnya puak pemimpin haprak UMNO BN ni jenis manusia lupa diri. Mereka lupa kuasa yang diberi hanyalah bersifat TOL kerana TOL + OL lah ereka tamakkan harta & wang ringgit dan lupakan ajaran suci Islam.

Begitu juga EG dan bekas KPN dalam kes Dato Ramli serta pegawai2 polis peringkat tertinggi. Mereka juga lupa bahawa jawatan mereka bersifat TOL dan fikiran mereka menjadi TOL + OL disebabkan "special offer" dari sekelompok pimpinan UMNO BN yang mengcengkan kuku kekuasaan dalam UMNO BN serta pentadibiran negara.

Saya percaya Dato Ramli dan pegawai2nya yang teraniaya tidak akan menyerah kalah dan akan bangun kembali menegakkan kebenaran hatta mereka menjangka tekanan dari pelbagai sudut akan mereka terima dari sang penguasa yang kian tersepit.

Marilah kita sebagai warga yang sayangi dan cintakan kebenaran bersama2 menyokong usaha Dato Rami serta pegawainya2 yang teraniaya ini. Kebenarana sepenuhnya hanya mampu kita tegakkan jika UMNO BN ditumbangkan sepenuhnya dalam GE 13 nanti.

Baca selanjutnya apa yang sedang Dato Ramli serta pegawai2 yang teraniaya oleh sistem kehakiman dan perundangan negara yang tempang ini di

http://www.malaysiakini.com/news/195661

Saudara Aspan dan pembaca. Jika kebenaran menuntut nyawa untuk ditegakkan..relakanlah kerana Allah itu maha mengetahui dan maha adil terhadap hamba2nya yang ikhlas memperjuangkan kebenaran dan menentang kebathilan. Allah Hu Akbar ! Allah Maha Besar ! Dari dia kita datang, kepadanya jua kita dikembalikan. Tiada undang2 yang lebih adil dan saksama melainkan undang2 dan hukum Allah.

snow white said...

bro aspan,
kenapalah budak-budak tu buat kerja sia-sia. yang dah graduate tu, pergilah minta kerja, tak perlu melalak ke sana sini. oh ya, nak minta kerja apa ye, kalau cgpa tak capai 3.0. mungkin anwar kena fikir nak wujudkan jawatan 'pelalak', he he he

Anonymous said...

saudara2 teruskanlah perjuangan politik tanah air dan saya doakan bn akan dapat ditumbangkan dalam pru13 tak lama lagi. buat masa ini saya lebih tertumpu kepada satu peristiwa besar yg diramalkan akan berlaku kepada umat bumi dalam tahun ini. planet nibiru atau planet x sudah dapat dilihat menghampiri bumi dari bahagian selatan bumi dan dalam beberapa minggu lagi akan dapat dilihat dgn jelas oleh mata kasar. kepada yg belum bertaubat tu bertaubatlah sekarang. Allahu Akbar.