23 August 2012

Iblis dan syaitan itu adalah musuh kita yang nyata

“It’s better to work with the devils you know than with the angels you don’t know,” kata Dr Mahathir dalam usaha beliau mempertahankan BN. Dengan kenyataan bekas Perdana Menteri ini mengakui yang UMNO itu adalah syaitan (devil) dan rakyat mesti memihak kepada syaitan kerana kita semua sudah mengenali syaitan itu. Beliau juga sekali gus beranggapan yang PR itu adalah malaikat (angel) tetapi meminta kita supaya menolaknya kerana kita tidak mengenali malaikat itu.

Mengambil seruan beliau itu secara ‘literal’ Mahathir hanya mengenali syaitan sahaja dan beliau tidak mengenali malaikat dan meminta kita menyokong hanya yang kita kenali, walaupun kita tahu dan mengenali syaitan itu. Oleh kerana kita mengenali syaitan (BN) maka kita diminta oleh beliau untuk menyokong syaitan itu.

Sebagai seorang yang beragama suci ini kita tahu dari kecil lagi yang syaitan dan iblis itu telah berjanji kepada Allah swt untuk menyesatkan manusia dan iblis tidak patuh kepada perintah Tuhan untuk tunduk kepada Adam. Maka dalam perjuangan hidup manusia, perjuangan yang sebesar-besarnya ialah untuk melawan diri sendiri atau dalam kata lain untuk melawan nafsu amarah kita terus-terusan sehingga akhir kalam kita.

Selepas sahaja Islam memenangi perang khandak yang sangat sengit dahulu di mana Islam hampir tewas pada mulanya, Saidina Ali karamallah huwajhah telah bertanya kepada Rasulullah apakah peperangan yang lebih hebat daripada perang khandak ini. Rasulullah telah menjawab yang peperangan yang paling hebat dan sengit ialah peperangan melawan nafsu sendiri.

Sememangnya peperangan yang paling hebat ialah peperangan melawan iblis dan syaitan kerana peperangan itu tidak putus-putus sepanjang hayat kita. Itulah sebabnya lahir sahaja seseorang manusia itu dengan roh yang suci bersih kita akan dihadapkan dengan perjuangan melawan hawa nafsu kita kerana kita terus sahaja berhadapan dengan elemen perjuangan hidup iaitu untuk memerangi hawa nafsu kita.

Kalaulah tidak ada iblis dan syaitan ini maka seseorang itu tidak ada perjuangan dalam kehidupan kita. Itu pun sebabnya kita dilahirkan ke dunia ini untuk menjadi khalifah Allah kerana untuk kita berperang dengan musuh Allah, iaitu iblis dan syaitan itu. Kita perlu melawan habis-habisan iblis dan syaitan itu dan itu merupakan amalan untuk mengtauhidkan kebesaran Allah Maha Pencipta itu.

Itu sebabnya kita mesti dan wajib mencari dan berusaha untuk meningkatkan makam diri untuk menjadi seorang yang mukminin bukan setakat menjadi seorang muslim semata-mata. Untuk mencapai tahap mukminin ini hanya satu sahaja yang memungkinkan kita berjaya mencapainya, iaitu berjaya melawan hawa nafsu jahat yang dibawa oleh iblis dan syaitan itu. Barulah kita sebenar-benarnya menjadi khalifah Allah di muka bumi ini.

Dalam kita yang masih lemah ini kita ditegah untuk memerangi iblis dan syaitan itu, adalah pula manusia yang menyeru kita memberikan dukungan kepada pihak iblis itu kerana beliau lebih mengenali iblis dan syaitan itu. Beliau tidak mengenali malaikat (yang haq) dan kita tidak tahu kenapa beliau menjadi begitu.

Itulah sebabnya ada ulamak yang zuhud memberikan ingatan yang nilai kehidupan seseorang itu bergantung kepada rakan dan taulannya. Jika kita selalu berpeleseran dengan iblis dan syaitan maka kehidupan kita akan terpengaruh dengan elemen yang dibawa oleh syaitan itu dan dia akan jauh dari elemen yang haq kerana tidak pernah mendekatinya.

Kalau kita seorang pemimpin dan selalu berabit dengan iblis dan syaitan maka cara kita memimpin akan dipengaruhi oleh iblis dan syaitan itu. Maka kita akan menjadi pemimpin yang rasuah dan selalu menyalahgunakan kuasa dan seterusnya memecah-belahkan orang-orang yang kita pimpin.

Iblis selalunya tidak suka apabila kita bersatu melawannya, tetapi mereka akan bergembira jika semua kita ini bersatu dan berabit bersamanya. Iblis mahukan semua bani Adam lebih-lebih lagi umat Muhammad untuk bersama dengannya kerana jika kita terpengaruh dengannya, maka mereka (iblis) itu berjaya menyesatkan umat manusia seperti janjinya kepada Allah apabila iblis ingkar perintah Allah untuk tunduk kepada Adam.

Terpulanglah kepada kita semua untuk memilih satu di antara dua pilihan. Kita boleh memilih untuk mengikut perintah Allah untuk melawan iblis dan syaitan itu dan menjadi khalifah Allah, atau bersekutu dengan iblis itu.

Jika kita hendak memilih untuk bersekutu dengan iblis itu elok diikut sahaja nasihat Dr Mahathir itu kerana iblis ini memang senang untuk dikenali dan mudah mesra dengan kita.

Mengenali yang haq memang susah kerana kita terpaksa melalui ujian besar untuk mengenalinya. Bak kata perpatah seorang ulamak tersohor, 'jalan ke syurga itu penuh dengan duri dan onak, sedangkan jalan ke neraka itu penuh dengan roti dan keju yang enak-enak.'

Kalau sesiapa yang ingin mengikut dan menuruti seruan Dr Mahathir itu silakanlah.

Tetapi kita orang beragama dan bertuhan ini mengakui yang Iblis itu adalah musuh kita yang nyata kerana ia akan membawa kerosakan kepada kehidupan manusia.

59 comments:

Anonymous said...

Saya tak ada masaalah dengan Mahathir.Beliau bukan calon pilihanraya pun.Awatnya yang Pak Aspan dok paranoid sangat dengannya .Pada kami org utara dia hebat dan rasanya dia lebih muslim kot noh..
Pak Aspan takut dgn bayang bayang kah ?

Anonymous said...

mungkin mahathir ada penyakit hilang ingatan atau alzheimer...

atau mungkin harta rakyat yg dirompak telah memberikan kesan...

orang kata banyak membaca melambatkan alzheimer...tidak bg tun..semakin byk dia membaca suasana politik malaysia..alzheimernya semakin menjadi2..

Anonymous said...

Salam aidul fitr,

Anon 10.17 tu missed the point atau bangang sgt. Sebab madey tu sedara kita seislam dan pengaruh dia apabila dia menyayah kita kena tegur. Bukan saja pak aspan kita semua yg sedar wajib khuatir kerana cakap2 dia boleh pengaruh mereka yg tak berilmu mcm kamu sebab skrg ni org islam byk dah hanyut dgn pujukan syaitan dan hawa nafsu menjadikan kehidupan dunia sebagai kiblat dan kehidupan akhirat dah tak penting. Apa yg ditulis oleh pak aspan harus difahami dan dihayati. Tapi kalau masih jugak nak ikut cakap situa nyanyuk tu terpulang sebab iblis memang menanti dgn tangan terbuka dan di mahsyar nanti siap sedialah kamu dgn jawapan kenapa kamu tidak layak dihumban ke hawiyah utk selama2nya.

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Kerana mulut Mahathirrr.., UMNO /BN kan binasa...

Percayalah!

~Langrumba~

1Crony said...

Salam hormat Tuan.

Manusia yang telah gelap dan hitam hatinya dek kerana terlalu banyak menainayai dan mengaibkan insan lain serta terlalu banyak memakan harta dan hak orang lain hatta di penghujung usianya pun masih tidak mahu bertaubat dan bertawakal kepada Allah SNT, dan sanggup mengeluarkan kata-kata dusta dan bersifat munafik demi mempertahankan harta rompakan dan kuasa yang dianggapnya kekal sepanjang zaman, maka apa kategori yang perlu kita kelaskan kepada spesis manusia sebegini? Insan yang beragama Islam mesti mengakui bahawa istilah Iblis dan Syaitan tiada yang baik, manakala istilah Malaikat tiada yang jahat atau celanya. Tapi tidak tahu pula saya kalau di dalam kamus spesis Kutty ini ada mengatakan sebaliknya dan akhirnya yang menjadi persoalan pokok kepada kita berkemungkinan seorang pemimpin yang pernah memimpin umat Melayu (Islam) di negara ini selama 22 tahun hinggakan rakyat tidak tahu beliau ini mempunyai fahaman atau menganut agama apa?

Anonymous said...

Ingat mengingati tu malan yang mulia. Sesungguhnya Syaitan itu, musuh kamu yang nyata.

Anonymous said...

Seteruk-teruk Malaikat tentu lebih baik dari Syaitan. Kalau tidak tak kan di panggil Malaikat. Mahathir ni kalau dia tak nyayok, tentu dia tak cerdik orangnya. Nampaknya dia suruh orang Melayu sokong Syaitan.

Anonymous said...

Bukan kah Syaitan itu musuh yang nyata.Mamak Kutty is membawa satu ajaran sesat untuk menyesatkan.

Anonymous said...

Apakata dalam pilhanraya akan datang, kita keluarkan satu lagi kertas undi seperti berikut :

Siapa pilihan anda sebagai Perdana Menteri.

1. Najib Tun Razak
2. Anwar Ibrahim
3. Muhyiddin Yassin
4. Hadi Awang
5. Tengku Razaleigh


Siapa yang dapat undi terbanyak (popular)dari rakyat Malaysia keseluruhanya, jadi PM. Tak kira parti.

Anonymous said...

TDM cuba bawa satu lagi ajaran baru (ajaran sesat) untuk mengelirukan orang islam melayu bahawa orang melayu harus buat kawan dengan syaitan & iblis (UMNO) yang mereka kenali.Sedangkan orang islam (tidak kira keturunan mereka)wajib percaya kepada malaikat, dan itu adalah asas pengukuhan akidah orang islam. Apakah TDM menafikan bahawa syaitan & iblis merupakan mahluk yang terkutuk di sisi Allah swt.Sebenarnya TDM hanya cuba nak putarbelitkan pendirian orang melayu mutakhir ini yang rata-rata tidak lagi sokong UMNO, dengan mengunakan satu pepatah bahasa inggeris 'befriend the devil I know than befriend the angel I dont know,. Saya yakin TDM lebih bijak dari mengunakan sesuatu pepatah yang sangat mengelirukan hanya untuk mempertahankan diri,keluarga & kroni (UMNO).

Anonymous said...

TDM anda telah nyanyuk. Dalam usia begini saya rasa anda perlu banyak beristiqfar dan membasah bibir dengan zikirullah. Rumah dah kata pergi kubur pun dah kata mari. Kerana mati itu pasti dan adalah baik kita ingat mati dari ingatkan orang apa akan jadi dengan UMNO. Di sana nanti UMNO tak dpat nak tolong, cuma amalan. Kalau dah setan yg anda pilih MasyaAllah semoga Allah perkenankan kata2 anda.....amin.

Anonymous said...

Anon 13:57

Siapalah awak yang berburuk sangka.Tuhan sendiri tidak menghukum sasaorang sahingga diakhirat nanti.Kita tahu siapa yang baik dan siapa ysng busuk hati.Awak boleh undi siapa yang awak suka tapi tak payah jadi alim ok.Awak benci tapi banyak juga yang sayang.

Anonymous said...

Salam AA dan Bloggers,

Pendokong2 totok TDM selalunya meminta kita terhutang budi dgn projek2 Megalomaniac seperti KLCC,Sepang Circuit,KLIA dll.

Kalau tiada TDM kita masih lagi bercawat,mandi sungai dan memburu untuk makanan.

Projek2 Mega tu untuk siapa sebenarnya? Untuk rakyat marhaen?

Kalau pergi kekampung2 di Baling misalnya hendakkan keperluan asas seperti bekalan air paip,harga barang2 makanan seperti beras yang rendah,kemudahan perumahan dan kesihatan serta perubatan dan paling penting harga petrol yang rendah.

Sudahlah projek2 membazir dan tiada menafaat kepada rakyat teramai, berlaku pulak rasuah,pemberian komisyen dan ketirisan yang keterlaluan tanpa 'check and balance' seola2 berlaku dinegara mundur di Afrika.

Lepas tu ada hati nak minta rakyat kenang dan balas budi!

Terima kasih TDM kerana menyonglap dan meruntuhkan negara.

Surrogate

Anonymous said...

orang orang macam Anon 10.17 ini lah yang akan membawa banyak orang lebih sesat kerana menyeru mengikut pemimpin yang sesat. Kenyataan TDM bersangkut paut dengan akidah, dah jelas dan nyata Allah SNW mengingatkan umat Islam jangan mengikut jejak syaitan, mengapa kita mengambil mudah ingatan Allah itu?Dikedah pun bukan TDM disukai sangat, kalau tak takkan kalah dalam pengundian perwakilan kubang pasu...

Anonymous said...

Salam. .manusia mcm anon 10.17 akan membuat BN dan Umno dibenci dan dihina!!
Zaman membodek dah berlalu. .sendiri fikir la. .BODOH punya melayu.

Anonymous said...

Pak Double A,

Adakah kiranya TDM nak ikut retorik yang Almarhum Tunku pernah luahkan yang berbunyi " Baik saya berurusan dengan orang jahat yang saya kenali daripada orang baik yang saya tidak kenali"

Harap penjelasan

Anonymous said...

Salam AA, sebenarnya TDM guna peribahasa dalam Bahasa Inggeris. Maksud TDM adalah lebih baik bersahabat dgn orang yg telah diketahui keburukannya sebab boleh berhati-hati daripada bersahabat dgn orang yg tidak dikenali & diketahui niatnya yg sebenar sebab di luar nampak baik oleh itu tak perlu berhati-hati. Oleh itu terserahlah pada masing-masing nak berkawan dgn orang yg macam mana. Itu saja, tak perlulah kecut perut. Hanya gunakan akal masing-masing utk menilai.

Anonymous said...

Salam. .sekarang ni baru dh jelas dan terbukti mengapa mahathir di gelar MAHAFIRAUN. .jika BN menang MAHAFIRAUN menang...kesian org umno bawahan yg bekerja keras utk persiapan PRU13. .tiba2 mahathir menghancurkan usaha mereka. .

Anonymous said...

seruan dari bapak syaitan,utk mengajak manusia mengikut jejak langkahnya..sesat dari jalan Allah... Nauzubillah himin zalik..!pekak kan telinga ku, dari mendengar seruan syaitan...

Anonymous said...

Mahathir memimpin UMNO dan memegang jawatan PM selama 22 tahun. Melayu menyokong dia. Sekarang beliau mengakui bersubahat dengan Syaitan. Ada kah lagi Melayu Islam akan terus menyokong UMNO yang telah dipengaruhi dengan amalan, budaya Syaitan.

Anonymous said...

Che det tulis better the devil you know, admin fitnah better to work with devil. Kan jauh maknanya tu. apa yg che det tulis maksudnya lebih kurang " lebih selamat singa di padang rumput daripada ular dalam semak". -eddy-

Anonymous said...

Salam AA, adalah jahil untuk menyalahkan iblis & syaitan semata-mata atas kesesatan manusia tanpa mengakui kelemahan & kekurangan diri sendiri. Iblis tidak memaksa, syaitan pun tidak mendesak tetapi manusia sendiri yg telah menuhankan hawa nafsunya sendiri & tidak mengunakan akalnya untuk membaca & mengkaji telah menjerumuskan dirinya sendiri kepada kesesatan. Iblis & syaitan adalah makhluk Tuhan juga yg berperanan besar untuk menguji manusia supaya sedar akan kejadian dirinya. Tanpa iblis & syaitan, manusia akan menjadi sombong & bongkak kerana akan menyangka dirinya sempurna. Oleh itu jangan sesekali menghina iblis & syaitan . Ingatlah, kesombongan itu pakaian iblis bukan pakaian manusia.

Anonymous said...

kaum hampas ni bukan reti bahasa inggeris,bodoh n tolol...

Rosman Muhamad Ali said...

Baca maksud TDM di sini http://www.pisau.net/2012/08/jangan-percaya-anwar-tun-m.html?m=1

Firdaus Dallip said...

Muslim yg percaya pada syaitan dari malaikat,muslim mazahab mana tu?ayoyo..punah dah melayu islam sekarang ni...apa akan jadi pada anak cucu kita nnti????

Firdaus Dallip said...

Kita kena takut dgn iblis dan kena selalu beringat bahawa iblis itu bakal menyesatkan kita..saya tak nak sesat jdi saya kena berhati-hati,mungkin yg komen diatas ni dah sesat that y u tak dak masaalah no..

Anonymous said...

Admin
Telan mati mak, luah mati bapak..ce elobrate kan.
X cerdik ko ni!

Anonymous said...

Mahatuhir ini memang jahil dalam ugama Islam.
Syaitan berani melawan perentah Allah dan ia menolak surohan Allah untok sujud kapada nabi Adam,tapi Malaikat menurut perentah Allah.

Ada kah Mahathir mahu menyamakan Najib dan BN sama dengan Sytan.

Nampak sangatnkejahilannya

Anonymous said...

Cukuplah 22 tahun Allah izinkan dia perintah kita. Dia naik pun Allah izinkan dgn mencantas, mencucuk serta melaga2kan sesama pemimpin sezamannya. Bila nak kekal berkuasa ada juga yg dia terus laga2kan, 'mengguna2kan' mengutuk, menakut2kan, menghina, mengaibkan dan memfitnah! (Adakah ini kerja malaikat?)

Tunku, Tun Hussein, Datuk Harun Idris, Ghazali Shafei, Musa Hitam, tengku Razaleigh Hamzah, Tun Abdullah Badawi, DSAI, dan kini Najib anak Razak semuanya pernah termangsa oleh nya. Yg dia GUNA usah nak sebutlah!

Dia hebat? Atau kini dia sudah cukup ramai musuhnya kerana ramai masih hidup!

Sekian

Gheng lama

P/s - I know where and what he did in the summer of 1968! I think Tunku also knows! Obviously Lee Kuan Yew knew coz LKY did it in 1967! This is the devil's DARK SECRET exposed unintentionally by Walter Isaacson in 'Kissinger- A Biography'. Bacalah!

Rosman Muhamad Ali said...

Tu laaaa kan... tapi ada pulak yang kata dengan bangganya yang mereka ni celik IT. Tak tau lah mereka tu faham ke tak maksud celik IT tu.

Anonymous said...

Tuan AA, senario politik negara sudah seakan tiada rakmat dan berkah lagi dari Allah. Kecamuk, celaru dan hilang haluan dan arah. PM sibok menonjol diri hulur itu dan ini, apakah ini kerja PM? Mana para Menterinya, Wazir2, Penghulu, DO, Ketua2 Kampung, Setia Usaha2 yang sepatutnya menjadi delivery system? Apakah terus orang Melayu berpolitik dengan isu2 yang bodoh dan markah Kesian saja?

Orang Melayu Muslim sepatutnya di ajar berpolitik dengan berOBJEKTIF bermatlamat! Contoh Sudah 35Tahun DEB UMNO masih bercerita sekitar 18-20% dari 30% Target Ekonomi! Sewajarnya 25Tahun dulu orang Melayu sudah ajar UMNO yang gagal itu. Bayangkan sampai bila nak capai 30%? 100tahun lagi? 1000Tahun lagi? Apakah Melayu terus tunggu...tunggu...tungu dan dengar pengipulara Umno itu? Yang meningkat Indek Jenayah itulah kerja UMNO agaknya!.

65% Melayu penduduk negara ini di beriakn peluang 30%! 35% lain2 bangsa merebut 70% ekonomi - sewajarnyalah mereka dapat banyak peluang, ruang dan wang!.

Inilah sifir UMNO yang tidak pandai sewajarnaya Melayu di pastikan merebut 70% ekonomi negara.

Entahlah agaknya yang 70% itu umno yang kebas 35%?

Politik BerOBJEKTIF sepatutnya menjadi slogan Pemuda2 kini! Tak capai OBJEKTIF sila UNDUR!

MAM


Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara aspan dan sahabat-sahabat sekalian.

Alhamdulillah, jutaan terima kasih atas ingatan saudara yang teramat berharga ini. Justeru, sepatutnya itulah pola berfikir seorang pemimpin agung. Namun, seperti yang saya acapkali sebut, inilah sebenarnya yang sedang melanda kita, warga Malaysia ini, khasnya, kalau tak melampau untuk saya sebut, masyarakat Melayu Islam.

Oleh itu, eloklah saya ingin perjelaskan; cuma, terpulanglah kepada para penyokong mereka yang menagih syukur yang tak bertempat ini. Rasanya, umum telah mengetahui, khasnya ketika kita mengaji ugama di sekolah, peranan dua makhluq Allah ini yang saling berkonflik akan ketentuan-Nya. Dengan itu, adakah kita boleh menyokong secara membuta-tuli kenyataan mengelirukan lagi berbaur hasutan sebegitu rupa? Bukankah dengan kenyataan sebegitu, Mahathir merupakan antara mahaguru yang terhina sepanjang hidupnya? Malah, kedapatan juga kenyataan yang menyebut: "Jangan sering menyalahkan syaitan ..."; tahukah kita, dengan kita menyatakan sebegitu, kita menyanggah perintah-Nya yang mewajibkan kita memusuhi Iblis syaitan yang terang nyata musuh kita semua? Juga, kepada yang tak setuju akan nasihat dan begitu ghairah menyindir, terpulanglah ... Sememangnya kebenaran itu pahit untuk ditelan. Tapi, sikap sebeginilah, yang, maaf, sekali lagi, kalau tak melampau, untuk saya sebut, menunjukkan tahap sebenar pemahaman individu berkenaan yang secara terang-terangan tak nak mengaku salah. Malah, bukankah dengan kenyataan sebegitu rupa (Mhathir), dia telah menyamakan Najib dan UMNO dengan makhluq terkutuk itu? Bukankah lebih beradab kalau dia kata seperti: "Lebih baik pilih mereka yang telah berjasa ..."?

Oleh itu, tahniah dan terima kasih kepada majoriti rakan-rakan kita. Apapun, kenyataan ini bukan berniat "buyers"; cuma, hakikat tetap hakikat, kan? Maka, sebab itulah, Dia mengurniakan kita aqal untuk membuat pilihan; cuma, janganlah pula kita mengambil remeh ancaman Iblis syaitan dan para tenteranya daripada kalangan jin dan manusia ini. Dengan itu, sekali lagi, saya mengingatkan diri saya khasnya dan kita semua agar berhujjahlah dengan iman, ilmu dan fakta agar kita terlindung daripada tergelincir daripada aqidah sebenar sebagai seorang mukmin, insha Allah. Jutaan ampun maaf andainya ulasan ini tidak disenangi.

Terima kasih dan salam jihad.

XERONINE said...

"Anonymous said...

Salam AA, sebenarnya TDM guna peribahasa dalam Bahasa Inggeris. Maksud TDM adalah lebih baik bersahabat dgn orang yg telah diketahui keburukannya sebab boleh berhati-hati daripada bersahabat dgn orang yg tidak dikenali & diketahui niatnya yg sebenar sebab di luar nampak baik oleh itu tak perlu berhati-hati. Oleh itu terserahlah pada masing-masing nak berkawan dgn orang yg macam mana. Itu saja, tak perlulah kecut perut. Hanya gunakan akal masing-masing utk menilai.
23 August 2012 18:00:00 GMT+08:00"

Peribahasa omputih ni kalau di terjemah bulat-bulat memang hudoh sangatlah bunyi nya sebab asal dari mulut orang tidak beriman. Maka orang-orang beriman yang bijaksana, tengok-tengoklah apakah perumpamaan yang kita gunakan itu sejiwa dengan ruh orang-orang beriman.

Maka elok sangat kita mahir pelbagai bahasa supaya banyak unsur iman boleh kita cerapkan dalam komunikasi bahasa tersebut. Meminjam dan mengubahsuai kata Prof Syed Naquib ... kita islamkan bahasa ... tak kira apa bahasa pun ...

Mudahan umat Islam Malaysia sentiasa berjuang kearah meningkatkan ilmu dari asas Islam yang kukuh. Fluent in the required languages without shortchanging our own values.

Assalamualaikum wbr.

XERONINE

Anonymous said...

Rukun iman yang kedua,
1.Percaya kepada Allah SWT
2.Percaya kepada Para Malaikat
3.Percaya kepada Kitab
4.Percaya kepada Rasul
5.Percaya kepada hari kiamat
6.Percaya kepada Qada' dan Qadar

Anonymous said...

Rukun iman UMNO/BN

Taat kepada syaitan

Sekian


NYAPAH

Anonymous said...

patot madey tulis cam pepatah china "lebih baik kawan ngan hantu yg kita kenal dari hantu yg kita tidak kenal"

perumpamaan boleh membawa banyak tafsiran...

pape pon ABU!

Anonymous said...

Saudara cuba baca quran surah al-jin ayat 13, kalau tak faham baca terjemahannya jgn baca tafsir & saudara akan faham maksud 'siapakah orang-orang yg beriman'. Tq

Anonymous said...

Bukan syaitan yg ingkar tapi iblis & Adam tidak disebut sebagai seorang Nabi dalam Quran. Tq

Anonymous said...

Rukun iman pada UMNO BN ialah Rasuah diamalkan dan tidak haram selagi Menteri Ugama UMNO BN kata belum ada FUCKWA lagi.ABU

SYAITAN MUSUH YG NYATA said...

Suatu masa dahulu, di zaman Jahiliyah, di Makkkah ada 2 orang yg di kenali ramai bernama Abu Lahab dan Abu Jahal yg menjadi Pemuka/Ketua bagi salah suku Arab di Kota Makkah berbangsa Quraisy manakala di masa yg sama muncul pula ajaran baru yg di bawa oleh seorang yg bernama Muhammad Bin Abdullah, dikalangan pengikut baginda di gelar Muhammad Rasulullah SAW, baginda memperkenalkan ajaran menyembah satu Tuhan iaitu Allah yang Satu. Adanya pertentangan hebat di antara pengikut/Pemuka2 Quraisy yg telah lama memerintah Makkah menentang ajaran Baru yg di bawa oleh Rasulullah SAW... Maka muncullah seorang bekas Pemuka yg berkata kpd masyarakat Arab Quraisy Makkah, “It’s better to work with the devils you know (Abu Jahal Dan Abu Lahab) than with the angels you don’t know,” ... Di pendekkan cerita, lama kelamaan ajaran baru itu telah merebak ke seluruh Tanah Arab, Sekian Terima Kasih.

Anonymous said...

Dalam Quran rukun yg ke 6 tersebut tidak ada. Itu ciptaan orang jahil. Tq

Anonymous said...

Every religions hold steadfastly believed that the devils and shytan in this earth and the Hereafter. We Muslim believers are astonished how this respected Muslim leader is so ignorant his profession in religion Islam as not to follow God's command in his livelihood and wew are lauded as vicegerents on this earth!

Anonymous said...

Reference in the column, blogger mas Kelantan about the horrors and punishment of Hell, it is obviously true and ordained by Allah SWT for the Muslim unbelievers who followed and bow to the devils and shytan, will ultimately receive the punishments and dragged into the Hell in the Hereafter. So be aware to be influence by the Devils and Shytan on this earth!

tebing tinggi said...


Kalau syitan sekalipon nak bantu kita,! kita terima.

Anonymous said...

Strict Islamic law regulates its followers' daily life eg. Middle Eastern countries like Iran, Pakis, Iraq, Saudis.

In the West, there is a " gap " between Common Law and the actions of individuals and their moral standards.....this " gap " is called " Freedom ".

Anonymous said...

Anon 00:32:00 orang macam awak lah Jahil siapa lagi...ABU

Anonymous said...

mahataik yg membawa beribu kecelakaan kpd rakyat bawahan yg umno dan bukan umno. mahataik ni jahil agama sbb tu hukum-hukum agama jadi bahan perlekehan beliau.

Anonymous said...

Salam. .kalau PR yg diibaratkan sbgai angel yg kita tidak kenal gagal memerintah selepas ini adalah kerana devil BN dan devil mahafiraun yg dh menyamun hak rakyat malaysia selama 55 tahun. .takda seorang pemimpin umno yg sanggup isytihar diri mereka syaitan kecuali mahathir. .kami yg bekerja untuk BN ni macam mana pulak. .jadilah kami macai2 syaitan. .lepas ni pegi kempen PRU13 pakai tanduk la bukan dacing. .aduhhai mahathir. .menyusahkan saje la kau ni.

CULA TUPAI said...

KALAU MAU KE NERAKA JAHANAM IKUT LAH NASIHAT SYAITAN ITU ?
Yang sedih tu Ada juga malaun malaun yg SOKONG nasihat syaitan itu ? Apakah
Mereka mereka Ini tidak percaya Ada Nya Siksa kubur Dan Ada Nya hari pembalasan Dan Ada Padang masyhar?

Anonymous said...

" Better work with the devils that you know than the angels that you dont know "

The above is merely an english expression you silly .Pergi belajar bahasa inggeris dulu.Do not take the expression literally ok.Quran juga begitu dong, harus enggak membaca translasinya saja pak.Tafsiran terus berguru itu juga penting gitu.

Anonymous said...

In religion Islam dully stated that Paradise and Hell presently exist and external forever. Muslims should the verse in Al-Quran especially in surah Al-Baqarah verse 24 that the fuel of Hell are men, women and stones. The unbelievers who bow to the devils will into Jahanam the lowest depth pit of Hell. We must admit that Satan is our real it will bring damage to human life on earth and in Hereafter.

Aspan Alias said...

Anon 09:28

You are not paying attention to my article. Just read it again and I hope you understand what I am saying.

Didn't you see that I was interpreting it literally? Did you read the 2nd paragraph of the article? You are the one who should be going back to school and learn a little bit more on English language. You need to learn how to read a simple composition to get yourself a bit better in grasping simple English language.

I don't need any more tuition on the language as I was in English school since standard one.

thanks

Anonymous said...

Pak AA

Anon 09:28 tu tak usah layan lah dia dengan Kampongman tu sama saya dah masuk gulongan KAFIR dan HARMJADAH- anon 09:28 balik lah ka sekolah tadika yang paling baik sekali back to basic learn what is noun,verb,past tense and present tense past continous etc etc...yuo cunt know nothing next to none as far as english is concern ok piss off.ABU

Anonymous said...

Kecelakaan menimpa diri atas sebab kejahilan sendiri.

Anonymous said...

Salam AA the respected Blogger!

I, Blogger Mas Kelantan, respected and congratulate Pak AA for among his best writing in every column I presumed that he had made serious study and reference from Al-Qura'an and Al-Hadith not like Ainon 10.17. As me, simple wrings in English language make the English readers fully understand your point of view in your remarkable column - I suppose you have graduated from year 50th where we are some of us passed out from Cambrg.Schol Cert.Educ (Med.in English Language) - Syabas di ucapkan!

mohd said...

Itu peribahasa dlm BI. Ambil la maksud tersirat dia. Jgn jdk terlalu daif sbb nk jdkkn isu.
Ada ke org buat bakar kelambu sebab nyamuk?
Nk berkwn dgn iblis sebenar buat apa? Tun M bkn la bdh sgt nak buat knyataan mnyusahkn UMNO.
lebih senang bkerja dgn org yg memusuhi kita tp kita tau niat sebenar dia dr berkerja dgn manusia yg konon2 baik dgn kita tp kita sendr xtau motif sebenar dia

mohd said...

I do believe u have proper english eduaction but your follower? I don't...
Anon 0928 comment not merely for u..
He knows that u take advntage over your follower

jalilnor said...

BENCI NAK KOMEN TENGOK RAMAI ORANG MELAYU (ISLAM LAH TU) YG TAK TAHU NAK TOLAK MANA2 ORANG YANG SUKAKAN SYAITAN DAN IBLIS YG MANA DIA JUGAKE AMALKAN PERANGAI SYAITAN DAN IBLIS TU?????? . BACALAH ILMU ISLAM BANYAK2 TENTANG BAB SYAITAN IBLIS NI BARU CAKAP..

Anonymous said...

Thanκs , I've recently been searching for info approximately this subject for a long time and yours is the best I have came upon till now. However, what in regards to the conclusion? Are you positive in regards to the supply?

Look at my weblog; Pinterest.Com