17 August 2012

'Tanda Putra' itu 'tanda UMNO terdesak'

‘Tanda Putra’ merupakan filem yang dipergunakan oleh BN lebih-lebih lagi UMNO untuk ‘discredit’ Lim Kit Siang dan ini merupakan tindakan ‘desperate’ pihak BN dalam menunggu pilihanraya yang paling mencabar dalam sejarah negara ini. Isu perkauman dan agama diperbesarkan oleh pihak UMNO kerana itu sahaja yang mereka rasakan boleh menyekat peningkatan pengaruh DAP dalam kancah politik tanahair. DAP sudah diterima oleh sebahagian orang Melayu sebagai parti yang mampu membawa kebaikan kepada negara bersama-sama dengan PAS dan PKR.

Tohmahan dan tuduhan palsu ke atas LKS itu merupakan jalan yang terakhir untuk BN mengelakkan diri daripada terjatuh tersungkur di hadapan mata rakyat kerana momokan terhadap parti itu sejak lebih empat dekad lalu sudah secara deras tidak diterima lagi oleh ramai orang Melayu. UMNO dalam kedudukan ‘desperate’ untuk mendapatkan sokongan orang Melayu kerana sebahagian besar dari orang Melayu sudah menerima PAS sebagai parti gantian kepada UMNO untuk mereka sekarang ini.

Kaum Cina pula sudah meninggalkan MCA yang selama ini merupakan parti yang mewakili bangsa Cina dalam Perikatan dan BN selepas itu. Maka memainkan isu perkauman itu merupakan salah satu daripada strategi untuk mengelakkan orang Melayu dari memberikan perhatian terhadap DAP. Dalam posting saya semalam saya telah menulis tentang betapa 'desperate'nya UMNO jika PAS dan DAP terus-terusan bekerjasama dengan baik kerana jika kedua-dua parti ini tidak dapat dipecah-belahkan oleh UMNO maka keputusan pilihanraya yang akan datang ini adalah ‘predictable’.

Datin Paduka Shuhaimi Baba, pengarah filem itu menafikan bahawa filem itu membawa maksud untuk menuduh LKS terlibat memyebabkan tercetusnya tragedi 13 Mei ’69 itu. Saya mempunyai andaian yang isu ini dengan sengaja dipermainkan kerana politik dan kuasa. Ramai yang bercakap dan menghubungi saya berpendapat ini merupakan permainan politik yang sangat kotor dan LKS sepatutnya mengambil tindakan Mahkamah jika cukup kesahihan yang isu ini diperbesarkan semata-mata kerana permainan politik desperado pihak yang ketagih dengan kuasa itu.

Jika isu fitnah itu menyebabkan kecederaan kepada intergriti pemimpin maka mangsa kepada isu itu sememangnya wajar untuk tampil mengambil tindakan undang-undang kerana isu ini akan menyebabkan perpecahan rakyat yang berdasarkan pada kaum. Isu yang dimainkan oleh pihak yang menyokong pemerintah ini adalah isu yang tidak bertanggungjawab dan ia bertentangan dengan slogan-slogan pihak pemerintah untuk menjaga kepentingan kesemua kaum di negara ini.

Kita sudah merdeka selama 55 tahun dan isu perkauman ini nampaknya diburukkan oleh pihak parti-parti yang memerintah. Sekarang ini, rakyat pula yang bersabar dengan tindak-tanduk BN untuk mengelakkan pergaduhan antara kaum di negara ini. Tindakan media massa dan alternatif yang memihak kepada BN sengaja mahu mengingatkan peristiwa berdarah itu untuk menakut-nakutkan orang Melayu dan untuk menyemai perasaan benci-membenci di antara kaum.

Kita elok memberi pandangan kepada pihak parti-parti yang memerintah supaya berkelakuan baik untuk mendapat penghormatan rakyat, bukannya menabur fitnah terhadap mana-mana pihak untuk mengekalkan kuasa. Walau bagaimana pun rakyat tidak mudah untuk menerima tohmahan ini kerana rakyat sudah tersedia dengan persepsi yang sangat buruk terhadap parti pemerintah sekarang ini.

Adalah tidak bermoral untuk sesiapa memperjudikan keselamatan negara kerana ingin terus berkuasa dengan memecah-belahkan rakyat. Bagi LKS, beliau berhak untuk mempertahankan diri beliau daripada korban fitnah yang tidak terperi kotornya ini.

LKS sepatutnya ke mahkamah dalam masa yang terdekat ini kerana fitnah mesti diperangi habis-habisan. Isu ini keluar kerana pilihanraya akan tiba. Rakyat ramai harus bangkit untuk menolak sebarang tindakan yang bersifat perkauman untuk meninggalkan sebuah negara yang aman damai kepada generasi kita yang akan datang.

Bagi rakyat pula kita seharusnya tidak terjebak dengan permainan kotor sesetengah pihak ini kerana kita juga tidak boleh membiarkan pihak ini memperbodoh-bodohkan kita dan bersekongkol dengan niat jahat pihak tersebut.

Kita memperjuangkan kehidupan rakyat yang muhibbah dan harmonis kerana sejak merdeka kita mempunyai satu matlamat yang ‘ultimate’, iaitu penyatuan semua kaum dan mencapai tahap ‘national unity’ yang optima.

Itulah sebaik-baik peninggalan untuk generasi kita yang akan datang.

30 comments:

nick said...

Pak,

"Tanda putra" is nothing more than a vile and evil smelling excrement expelled by UMNO (whose core is totally rotten) and Malaysian very aptly gave it the moniker of "Tandas Putra" which loosely translate as "the by product of UMNOputras' visit to the toilet".

Why UMNO thinks that their excrement would be accepted with open arms by Malaysian is truly incredulous to say the least. Excrement is still excrement and no matter how you package it, it will still amount to nothing but "dung"! Worse of all, the May 13 riot is a dessicated and ancient excrement (an UMNO product) by the standard of the Y generation and putting it in the hands (it gags me to think of it) of a talent deficient yet forgettable film director isn't going to make it any more palatable (vomit here) and award winning (or more importantly for UMNO, a vote winning) "film".

Heck, even Mat Sentul film are more memorable than any film directed by this "perut"triotic director (let's face it,no patriotic muslim would direct a film full of slanderous,untruth and baseless "facts" while actively promoting it in the month of Ramadhan too). My suggestion to FINAS (who is funded by the Malaysian people) and the "clueless yet egoistic" director who could learn a thing or two from mat Sentul films, is to screen "Tanda(s) Putra" NOT in the cinema hall but in the toilets of the cinema where that propaganda newsreel only Goebbels would love, disguised as a film belongs!

At least, when the people start to vomit while the film is running, the toilet bowls and sinks are close by and within reach. There's no need to further torture the Malaysian movie goers! UMNO rule of 55 years have done enough damage to Malaysia and its people! Malaysian have had enough and no excrement kind of a film is going to change the facts that Malaysian are going to kick UMNO's butt for good! No ABU followers will be going to see Tanda Putra since we all have enough of excrement in our MSM!

Nick.

Anonymous said...

Destroying DAP will not save MCA, Gerakan and other smaller component parties....these parties are history and will not recover after the next GE.

That's the price they pay for playing decades of damaging and divisive politics of race and religion to enrich themselves.

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Saya kesal kerana filem ini seolah olah dinafikan haknya untuk ditayangkan. Trauma ahli politik ini sangat menjengkelkan. Ahli politik pemerintah takut jika filem ini mengundang risiko pengurangan undi dari orang cina manakala ahli politik pembangkang pula risau kekurangan undi orang melayu. Kalian masih menganggap pengundi ini sangat bodoh yang mudah dimanipulasi oleh hanya sebuah filem.

Biarlah pengiat seni ini dengan kebebasan berkarya nya. Jika selepas ditayangkan dan selepas kita tonton dipawagam maka jika dirasa pengiat seni ini memfitnah mana mana pihak terutamanya pemimpin agung tuan (LKS)maka samanlah beliau. Ini negara demokrasi.

Seperkara lagi yang memualkan saya adalah kedua pihak (pemerintah dan pembangkang) seolah olah amat berhati hati dalam segala tindakan agar tidak menyentuh hati pengundi cina.

Anonymous said...


Mr. AA,
Please also include the urban indians who will vote PAS,DAP and PKR without thinking twice.The indians have had enough of mic and all its offshoots.
I notice that some parties are assuming the indians will voting against PR.
I say now that most urban indians will vote PR without fail[ at least 85%]
Yes ! I agree that rurul indians may vote bn/mic just as rurul malays and chinese may vote bn but this is not to be mistaken that all indians support bn/mic.
I hope that politicians will in future include indians as supporters of PR and be treated as equal to the malays and chinese supporters.
FYI, there is a strong movement among indians to garner support for PR and is being done on a low profile and it will surely be ABU ABU ABU from the indians.
By excluding them as part ,you may cause some disenchament among the indians.

Anonymous said...

adakah nama shuhaimi baba ada dalam list pengarah2 yg mendapat geran dari kementerian anak yatim yang diumumkan rabu lepas??

Anonymous said...

@ibni Ismail..

tulisan anda semacam anda menyimpan dendam dengan bukan melayu.apa yg diorg buat pada anda sehingga benci sekali anda dgn mereka?


ingin tahu

Anonymous said...

Petikan dari Ustaz Nasharudin

"cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli Umno, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah."

Amat bermakna tu.. takkan tak terusik jiwa kita sedkit pun.Semoga kita diber hidayah oleh Allah.

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Saudara 'Ingin Tahu' tersilap faham apabila membuat kesimpulan bahawa saya amat berdendam dengan bukan melayu. Saya tidak marah dengan mereka malahan saya menghormati cara mereka berpolitik. Orang bukan melayu terutamanya orang cina tidak pernah taksub kepada MCA ataupun DAP. Mereka akan memilih mana mana parti yang mereka yakini akan memperjuangkan kepentingan mereka terutamanya di bidang pelajaran dan ekonomi.

Yang saya terkilan adalah sikap parti politik melayu terutamanya UMNO dan PAS. mereka ini terlalu taksub dengan Putrajaya hingga kepentingan bangsa saya seperti menjadi perkara sampingan. UMNO tidak sedar walaupun sudah diajar dalam PRU yang lalu.

Seperti Tuan Aspan, saya juga mengimpikan satu negara yang bebas dari prasangka perkauman.

Anonymous said...

Salam AA dan bloggers,

Australia mengambil masa 200 thn untuk menyatupadukan rakyat yang benar2 sebangsa,satu bahasa dan seagama.

Dalam kes negara kita tidak ada jalan lain selain 'assimilation', iaitu semua bangsa lain seperti Cina ,India,Kadazan,Iban masuk Islam dan 'masuk Melayu'.

Problem solved.

Tapi saya tau kenyataan saya ini 'politically incorrect' dan akan menimbulkan polemik kaum,hak asasi,perlembagaan bla bla bla..

Oleh itu kepada rakyat Malaysia yang tidak dapat menerima keadaan itu,akuilah hakikat tidak mungkin dapat memuaskan hati semua kaum.

Hiduplah dengan pengasingan bahasa, sekolah vernakular, konsep Bumiputera, budaya,peruntukan mengikut kaum dan lain-lain 'affirmative action' dan demokrasi terpimpin.

Kenapa?

Sebab nenek-moyang kamu mengambil keputusan/risiko datang ke Tanah Melayu demi kehidupan yang lebih baik dan kaum tempatan sanggup menerima dengan seadanya.

Friction are everywhere.

Kerana British diikuti Perikatan/BN melihat pengasingan sosio/budaya ini adalah penting demi survival pemerintahan.

Senang nak gula-gulakan dan diapikan isu perkauman kaum India di estet2 contohnya kerana mereka duduk sekelompok.

Kitalah mengundi untuk terus diperkudakan mengikut kaum.

Surrogate

Anonymous said...

Salam AA dan bloggers,

Australia mengambil masa 200 thn untuk menyatupadukan rakyat yang benar2 sebangsa,satu bahasa dan seagama.

Dalam kes negara kita tidak ada jalan lain selain 'assimilation', iaitu semua bangsa lain seperti Cina ,India,Kadazan,Iban masuk Islam dan 'masuk Melayu'.

Problem solved.

Tapi saya tau kenyataan saya ini 'politically incorrect' dan akan menimbulkan polemik kaum,hak asasi,perlembagaan bla bla bla..

Oleh itu kepada rakyat Malaysia yang tidak dapat menerima keadaan itu,akuilah hakikat tidak mungkin dapat memuaskan hati semua kaum.

Hiduplah dengan pengasingan bahasa, sekolah vernakular, konsep Bumiputera, budaya,peruntukan mengikut kaum dan lain-lain 'affirmative action' dan demokrasi terpimpin.

Kenapa?

Sebab nenek-moyang kamu mengambil keputusan/risiko datang ke Tanah Melayu demi kehidupan yang lebih baik dan kaum tempatan sanggup menerima dengan seadanya.

Friction are everywhere.

Kerana British diikuti Perikatan/BN melihat pengasingan sosio/budaya ini adalah penting demi survival pemerintahan.

Senang nak gula-gulakan dan diapikan isu perkauman kaum India di estet2 contohnya kerana mereka duduk sekelompok.

Kitalah mengundi untuk terus diperkudakan mengikut kaum.

Surrogate

Anonymous said...

pertama sekali saya ingin bertanya,sebelum mengeluarkan hujah2 tentang filem tanda putera,ada sapa2 yang sudah tonton filem tersebut.Pak Aspan dah tengok ke???

Anonymous said...

Ibni ismail ikut acuan mahatdeyy untuk pecah-pecahkan rakyat supaya mudah dicekik!

Ini minda anak cucu incik machivellian yg guru mahatdeyy bernama henry kissinger giat tanam dlm minda anak-anak muridnya, antara lainnya lee kuan yew, bulent ecivit, yasuhiro nakasone, yigal allon dan beratus lagi!

Gheng lama

duniabhatin said...

Angin...kayu..api... ASAP dan ABU kahkahkahkah

Anonymous said...

Anonymous 17 August 2012 12:23:00 GMT+08:0:

Petikan dari Ustaz Nasharudin

"cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli Umno, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah."

Dalam kata lain, asalkan orang itu bergelar Muslim, dia lebih tinggi darjatnya daripada orang lain. Tak kiralah orang itu kenalan atau asing, baik atau buruk pekertinya.

Sebaliknya kalau keluarga, rakan dekat ataupun tokoh yang bukan Muslim, hah! Selamanya kamu akan berada dalam di taraf yang lebih rendah! Tak kira berapa baiknya kamu, sebab kamu bukan Muslim!

Hm.. bunyi macam diskrimanasi sahaja. Sedih betul, kadangkala asanya agama lebih memisah daripada menyatu.

jenny

Anonymous said...

Anonymous Ibni Ismail said...

Seperkara lagi yang memualkan saya adalah kedua pihak (pemerintah dan pembangkang) seolah olah amat berhati hati dalam segala tindakan agar tidak menyentuh hati pengundi cina.

17 August 2012 08:55:00 GMT+08:00

Kelakarnya.

Yang teriakan oleh pihak UMNO di PWTC dengan terhunus keris menjerit musuh Islam, bangsa semua macam mana. Bermandikan darah. Apa pasal tu.

Pihak Utusan Melayu siap berkata-kata akhbar Cina mengutuk dan memburukkan Melayu, ada bukti ke? Entah samada mereka membaca akhbar Cina pun. Kalau betul, takkan pihak KDN tak panggil pengarang akhbar.

Hm. rasanya tuan ada "tunnel vision" dalam banyak perkara.

jenny

Anonymous said...

Anonymous Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Saya kesal kerana filem ini seolah olah dinafikan haknya untuk ditayangkan. Trauma ahli politik ini sangat menjengkelkan. Ahli politik pemerintah takut jika filem ini mengundang risiko pengurangan undi dari orang cina manakala ahli politik pembangkang pula risau kekurangan undi orang melayu. Kalian masih menganggap pengundi ini sangat bodoh yang mudah dimanipulasi oleh hanya sebuah filem.


******

Saya berpendapat orang yang matang dan terbuka boleh jelas lihat filem ini berunsurkan politik propaganda.

Selama ini isu 13 Mei dikelaskan sebagai isu sensitif. Dalam buku sekolah hanya 2-3 ayat sahaja, takut nak dedah. RCI tentang peristiwa ini tidak ada, kertas putih tidak ada- yang hanya cuma ada versi kerajaan sahja. Dokumen-dokumen tentangnya samada sulit atau sukar diperoleh. Buku-buku tentangnya tidak dibenark atau ditapis.

Kini muncul pulak satu filem yang dibenarkan tayang, siap diberi bajet besar oleh FINAS pulak. Yang pengarahnya dapat sumber info dari mana padahal semuanya sukar didapat. Inilah yang orang pertikaikan - tak de orang tahu pun kalau watak-watak dan paparan filem itu sekadar rekaan atau betul.

Kalau kita semua ada fakta tentang peristiwa itu, dan ada orang nak buat filem versi dia, itu takpe. Kita boleh banding dan tahu bahagian mana yang benar dan mana yang rekaan atau interpretasi kreatif. Ini tak, Tanda Putera disokong oleh dana FINAS dan dibuat seolah-olah dokumentari sahih dan hanya ia sahaja versi betul tentang 13 Mei.

Kalau betul tak berunsukan politik, minta pengarah Suhaimi Baba nyatakan apa dokumen yang diperolehnya sebagai rujukan, siapa yang dia temuramah, dan bahagian mana yang dia but interpretasi sendri. Lepas tu, labelkan dengan jelas "Hanya cerita fiksyen semata-mata. Sebarang kaitan dengan mereka yang hidup atau mati hanyalah kebetulan."

burn said...

selepas lebih 50 tahun merdeka. their true colors beginning to appear one at a time. i won't be surprise that "may" happenings could have started by a few, the so call hardcore "extremist" supporters. history have totally been manipulated to blamed others. each day news, we can see and hear... threatening, show of force, abusive language, lies and so on. we shouldn't forget about "amjca" "hartal" happenings to achieve "merdeka". all malaysians were working together as one to achieve "merdeka".

10 tahun sebelum merdeka...
http://www.youtube.com/watch?v=4Sn3C2QTeRs

salam...

burn said...

sir aspan, selamat hair raya to you and family, and selamat hari raya to all "aspan" blog commentators.

salam...

Anonymous said...

" (pemerintah dan pembangkang) seolah olah amat berhati hati dalam segala tindakan agar tidak menyentuh hati pengundi cina ".

Malays are political animal.

Chinese are economic animal.

It is undisputable that Malays, in general, are political - a way of life.

Anonymous said...

" Sebab nenek-moyang kamu mengambil keputusan/risiko datang ke Tanah Melayu".

Whatever name you called this land/world, we are temporary occupier.

We are all " PENDATANG ", just the TIMING of arrival/settlement!

Kampong msn said...

Salam pembaca yang dihormati,

Sebagai saorang yang melalui secara langsong trajedi berdarah 13 may ingin saya memberi sadikit pandangan dan pengalaman.Tragedi ini lebih memberi pengajaran kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum mengingatkan kita bahawa:

1) Extremism dan terlalu taksub pada parti politik sahingga memecah belahkan perpaduan yang kita lihat sekarang adalah tidak mendapat tempat di negara berbilang kaum dan ugama di Malaysia.

2) Rakyat Malaysia kini sudah matang dan boleh menerima kemajuan politik dengan perubahan baru dan pendekatan baru terutama salepas landscape politik post 2008 dan mesti menerima hakikat ini.

3) Kaum Cina lebih bijak berpolitik dan very decisive dalam memperjuangkan nasib dan arah masa depan kaum mereka dari orang Melayu yang berpecah belah. Maka mereka beralih arah menyokong DAP kali ini dan mula mengenepikan MCA dan Gerakan di 2008 dan di PRU 13.Mereka mahukan satu perubahan menguasai politik satelah berjaya memonopoli ekonomi negara melebihi 70% saperti di Indonesia dimana dengan population yang hanya 3% berjaya memonopoli ekonomi Indonesia melebihi 85%.Itu lah hebatnya pencapaian kaum yang berhijrah untuk survival dengan ketekunan dan usha yang gigih.Melayu di Afrika Selatan misalnya sangat berjaya disebabkan survival PUSH factor orang melayu berhijrah kesana dulu.

4) Walaupun demikian mereka tidak akan menjadi terlalu dominan saperti UMNO parti yang memperjuangkan Melayu dan Islam dan sanggup berkongsi kuasa dengan parti lain dibawah BN kerana Melayu majoriti. Berbagai analisa bebas yang berfakta dan tidak retorik diterakan dalam banyak blog umpamanya DAH IKHWAN Weblog dan lain lain juga.Disini kita boleh menilai fakta dan analysis undi mengikut kaum,senario kekuatan DAP dan kajian lain.Kita akan lebih terbuka menerima apa juga perubahan politik dengan open mind. Kampong man tetap colour blind tetapi punyai pegangan adat dan jiwa MELAYU yang sangat kuat sama saperti jiwa penentangan Malayan Union oleh bapa kita dulu atau bagi kebanyakan anda disini adalah datuk atau moyang tuan tuan.

5) Tidak ada salah dan kaitan pun filem Shuhaimi Baba ini dengan politik semasa.Sejarah 13 may tidak boleh dipadam dan ia harus dilihat dari sudut positif tanpa perlu dipolitikan walau bagaimana benci dan meluatnya kita pada UMNO atau Tun Dr Mahathir disini.Saya tidak.

6) Kampong man sangat gembira dengan senario politik semasa dimana the check and balance berlaku dengan berkesan sekali berbeza dengan dulu dimana sekarang salahlaku kuasa fi mana juga pihak dibongkarkan. Wakil rakyat atau ahli politik dari mana mana parti yang korup dan mempunyai agenda peribadi ditolak dan di ketepikan .Kita pilih yang bersih dan jujur yang berhati rakyat.

7) (a) Ramalan dan analysis Kampong man pula , walaupun anda tidak suka ,secara realitinya BN tetap berjaya meneraju Putrajaya tanpa 2/3 mahoriti dan kita akan melihat ' A hung Parliament ' which is no good !

(b) Pilihanraya berlaku salepas announcement of 28 September budget .Tidak perlu tunggu tahun hadapan.

(c) UMNO dan DAP akan lebih dominan dan relevan.PKR akan kehilangan banyak kerusi.PAS maintain status quo dengan sedikit tambahan kerusi.Penang dan Kelantan tetap PR.Hanya Perak dan Selangor yang 50:50 dan yang lain tidak aksn bertukar terutama the fixed deposits Sabah, Sarawak,Johor, Pahang dan Melaka.Hanya satu ramalan sahaja.Anda tidak perlu upset kerana Kampong man punyai kajian sendiri dan Kampong man boleh menerima pandangan anda.

Kampong man ingin memohon banyak ampun dan maaf sekira penulisan Kampong man yang kerdil ini ada yang menyakitkan hati sesiapa disini termasok bro Aspan yang saya kasihi dan syabas kita semua boleh menerima perbezaan pendapat dengan baik.Semua kita beroleh kemenangan sabenarnya- dapat menerima keputusan siapa juga akan memerintah nanti tanpa memainkan isu sentimen kaum dan ugama.

"SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN"

Berhati hati di jalan raya semoga Allah berkati ibadah puasa kita .Ameen.


Anonymous said...

" Kaum Cina lebih " bijak berpolitik " dan very decisive dalam memperjuangkan nasib dan arah masa depan kaum mereka dari orang Melayu yang " berpecah belah " ".

This is NOT true and misleading.

The Chinese are NOT political animal. Economically, they are good with worldwide networking - they like doing business with extreme risk of making it rich or going bankrupt, using their OWN money.

Malays are political animal - politic is their way of life and, with power, they have total control of the country.

" Mereka ( cina ) mahukan satu perubahan menguasai politik satelah berjaya memonopoli ekonomi negara".

This AGAIN is NOT true and misleading.

Except for the political weak, rich and elite Chinese in MCA, Gerakan and others, majority of ORDINARY CHINESE are INDIVIDUAL, small to medium business owners and working class, working very hard to make a living knowing that they DO NOT have any support and entitlements from government if they fail their business or careers, in turn their family will suffer.

Selamat Hari Raya to all.

Kampong man said...

Anon 12:46,

I am in agreement to Ibn Ismail writing of 14:42 above and surrogate on tbe time taken for assililation and INTEGRATION the importance of feeling belong to the country in real sense.If you read in between line the answers are in those two write ups.I am never for vernacular schools for those reasons.But Mr Nice Najib continue accomodating with concessions buying the nons votes.! Assimilate and integrate like the Banglas may be.

Jangan lupa kibar Jalur Gemilang dan

"Gunakanlah bahasa kebangsaan kita,
Marilah amalkan ramai ramai.
Bahasalah menyatukan kita semua.
Itulah BAHASA JIWA BANGSA..."

looes74 said...

Aspan,
I am just curious. Which part of ns you come from? From what I can see, there are 3 seats dap can venture into. Jelebu, jempol or tampin. I don't see any harm of dap contesting one more seat. Jempol seat is ideal as it's more or less a mixed seat. Don't think either pkr or pas, has done well in those seats & perhaps dap should be given the chance to try.
I kinda disagree with Sak that you may be contesting in seremban. Because I felt any elected politicians should serve at least 2 terms. John Fernandez had just serve seremban less than 1 term.
Of course, I understand that you reside in selangor & therefore wp constituencies are more suitable to you. Or some young aspiring candidates or Malay dap candidates. Lks has exhorted that all long serving mps should move from their comfort zone & make way for new aspiring candidates.
Plenty of seats there. For instance, Teresa should move to challenge otk in pandan while you take up the seat at seputeh.
Anwar should relegate rafizi to wangsa maju or Hulu selangor. Or even bagan serai

Anonymous said...

Kampong man,

You agreed diversity is strength.

ASSIMILATION is arrogant, grossly insensitive and disrespctful to a multi racial and religious country...If I truely respect diversity, I would not use this word ever.

INTEGRATION is acceptable by first making the national schools inclusive, popular and attractive to all, like in the 60s, 70s and 80s.

I have NO problem accepting and using Bahasa Kebangsaan.

I speak the language everyday at home and at work but my written skill is not good.

The Indon, Bangla,Pakis, Middle Eastern and etc.. are willing to ASSimilate and MIGRATE to the country for ECONOMIC AND FINANCIAL reason/s...these desperate/disadvantage people are willing to sell their pride and dinity for power, status and economic/financial gains at all costs.

Mujur ada orang cina and india di negara kita dengan bahasa dan kebudayaan yang tersendiri!

Anonymous said...

I'm extremely pleased to uncover this page. I need to to thank you for your time for this wonderful read!! I definitely enjoyed every bit of it and I have you bookmarked to check out new things on your website.

Also visit my page ... www.heartofthecity.net

Anonymous said...

Excellent blog here! Also your web site loads up very fast!
What web host are you using? Can I get your affiliate link to your host?
I wish my website loaded up as quickly as yours lol

Check out my site :: how to get rid of stretch marks

Anonymous said...

It's nearly impossible to find experienced people for this topic, however, you sound like you know what you're talking about!
Thanks

Here is my blog post; http://Www.spurse.org/wiki/index.php?title=User:SterlingS

Anonymous said...

Good way of describing, and fastidious post to take information concerning my presentation subject, which i am going to deliver in school.



Feel free to visit my web blog wiki.dashengjiao.org

Anonymous said...

Why people still use to read news papers when in this technological
globe everything is existing on net?

Also visit my web-site: How to get rid of stretch marks