Semalam (Jumaat) Menteri Besar
Kelantan, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, telah menerima surat dari Perdana Menteri
Najib meminta kerajaan Kelantan menghantar wakil untuk berbincang tentang royalti
minyak yang menjadi tuntutan rakyat negeri itu sejak beberapa lama yang lalu.
Jumlah tuntutan tertunggak ialah sebanyak RM7.4 billion dan sampainya surat ini menunjukkan bahawa rakyat Kelantan merupakan rakyat yang faham tentang apa yang mereka
inginkan sebagai rakyat sebuah negeri yang menjadi sebahagian dari sebuah negara Persekutuan ini.
Saya secara peribadi menerima
berita ini dengan perasaan yang agak lega walaupun kita belum tahu lagi
keputusan perbincangan itu jika ia benar-benar diadakan. Kita berharap
perbincangan ini benar-benar melaksanakan slogan ‘janji ditepati’ yang juga
dengan rasa tidak malu menggunakannya sebagai slogan hari kemerdekaan negara
tahun ini.
Jika berjaya pun perbincangan itu, pembayarannya mesti berlaku sebelum
pilihanraya ini kerana jika persetujuan untuk menghormati perjanjian yang ditandatangani di antara Petronas dan kerajaan Kelantan pada 27hb Mei 1975 dahulu. Perjanjian
itu ditandatangani oleh YBM Tengku Razaleigh yang mewakili Petronas
dengan Menteri Besar PAS, Dato' Mohammad Nasir.
Dalam perjanjian itu, Petronas
akan membayar 5% daripada hasil minyak yang diperolehi di perairan negeri
Kelantan berdasarkan pada harga FOB. Pembayaran itu hendaklah dilakukan dua
kali setahun secara tunai, iaitu pada 1hb Mac dan 1hb September setiap tahun.
Itu merupakan perjanjian yang asas di samping beberapa klausa pinggiran.
Perjanjian 2 muka kertas itu
adalah perjanjian yang jelas dan amat mudah difahami oleh sesiapa dan tidak
perlu pergi belajar ke London
atau mana-mana untuk belajar undang-undang dahulu. Kalau sesiapa yang rajin
untuk memahami perjanjian itu blog ini pernah menyiarkan perjanjian itu dan
saudara boleh melihatnya di dalam archive blog ini.
Jika kerajaan persekutuan ingin
menghormati perjanjian yang telah ditandatangani ini ia mesti dilaksanakan
secara total, mengikut segala apa yang tertulis dalam perjanjian itu. Rakyat
Kelantan begitu kecewa sejak dahulu lagi kerana sejak kepimpinan Mahathir lagi
perjanjian ini tidak dihormati dan jika ia tidak dilaksanakan oleh pentadbiran
Najib maka slogan ‘janji ditepati’ itu wajar dicampakkan ke dalam tong sampah
sahaja.
Rakyat Kelantan begitu kecewa
dengan sikap pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan seperti Mustapha Mohamad, Awang
Adek, dan pemimpin-pemimpin dan bekas pemimpin di sana yang memihak kepada pimpinan kerajaan
persekutuan untuk menyekat pembayaran royalti minyak ini kepada rakyat negeri
mereka sendiri.
Tengku Razaleigh secara terbuka
menyokong tuntutan rakyat Kelantan kerana hasil minyak ini adalah untuk semua
rakyat Kelantan dan bukan hanya untuk ahli-ahli UMNO sahaja. Perjanjian itu
adalah perjanjian dengan rakyat Kelantan yang diwakili oleh kerjaan pilihan rakyat
tanpa mengira parti serta fahaman politik. Tetapi selama ini pimpinan kerajaan persekutuan tidak ‘magnanimous’ dan menjadikan
isu hasil minyak ini sebagai alat untuk melakukan ‘arm twisting’ terhadap
rakyat Kelantan untuk menyokong BN.
Surat yang dihantar oleh PM Najib kepada TGNA
ini merupakan satu keadaan yang baru dan saya tidak berani untuk membuat komen
dengan begitu cepat. Takut-takut rakyat Kelantan dihampakan lagi seperti yang
dilakukan oleh pimpinan Mahathir hingga sekarang ini. Jika perjanjian yang
sangat jelas dan terang itu boleh diingkari oleh pimpinan persekutuan tidak
ada sebab mereka tidak boleh melakukannya sekali lagi.
Kita tidak mahu perbincangan ini
hanya sebagai ‘intrigue’ pilihanraya semata-mata tetapi benar-benar
melaksanakan perjanjian itu dengan sepenuhnya. Dengan pimpinan persekutuan BN
ini kita mesti mengambil sikap ‘suspect everybody dan trust nobody’. Berdasarkan
pengalaman lama sikap ini harus sentiasa ada di dalam pemikiran pimpinan
Kelantan.
Jika ia berjaya dilaksanakan saya
ucapkan syabas terlebih dahulu kepada rakyat Kelantan kerana kekuatan dalam
perjuangan mereka.
48 comments:
PM Najib, dalam suatu pengakuan yang dibuat kepada seorang sahabat karibnya yang bertanya kenape beliau memutuskan untuk mengutus surat kepada kerajaan Kelantan....adakah kerana beliau terperanjat melihat Sultan Kelantan menggenggam earat hulu pedang sewaktu berlangsungnya suatu majlis rasmi baru-baru ini.
Najib membisikkan kepada kawan karibnya;
"Setiap kali aku tidur, aku sering bermimpi ditimpa tong-tong minyak sehingga sukar bernafas. Bila tersedar ternyata kaki Rosmah berada di atas dadaku...kah kah kah ...lawak pose Yeop!
Jigit Jiwa Merdeka
Saya berpendapat hal ini tak perlu dibincangkan lagi. Sebagaimana yang Sdr katakan tadi, ianya terang dan jelas termaktub dalam perjanjian yang kerajaan negeri berhak keatas royalti. Seingat saya, perlanggaran pembayaran royalti telah dimulakan oleh pimpinan Dr Mahathir terhadap kerajaan Terengganu yang diterajui PAS. Jadi, Mahathir lah pemulanya nya! Saya berpendapat, kerana terlalu banyak kepincangan yang dilakukan, Mahathir lah pemimpin yang membawa celaka kepada bukan sahaja negara tapi juga kepada Malaysia. Dia bukan seorang negarawan (Statesman) tapi jenis menatang babi yang haprak! Maaf berkasar, kerana sesungguhnya dia memang layak untuk diperkatakan begitu. Celaka mu Mahathir!!!
Salam. Wajar kalau wakil yg dicadangkan nanti disertai juga oleh Ku Li kerana sebagai salah seorang yg terlibat dlm perjanjian 1975 lalu, beliau dilihat lebih arif dan konsisten dgn tuntutan royalti tersebut. Soal tuntutan royalti minyak bukan soal partisan. Ini soal hak rakyat Kelantan.
Saudara AA dan bloggers
Jika UMNO/BN bukan dah terdesak, kenapa mereka nak hantar surat mengajak MB Datuk Nik Aziz untuk berunding. Apa nak dirunding - nak beri royalti minyak sedangkan ini adalah hak rakyat negeri Kelantan, berilah! Bagaimana dengan Sabah pula?
Salam. Observer
Kena hati-hati dgn perangai pemimpin umno yg kaki putar alam cakap lain buat lain. Jawatankuasa pun ambil masa 6 bulan bersidang maknanya selepas PRU13, jika PAS terus menang di Kelantan segalanya terus lenyap. Ini semua utk tarik pengundi utk menyokong umno/bn kononnya mereka perihatin dgn tuntutan rakyat.
Jgn percaya umno/bn selagi ia berkuasa.
Macam Ada udang disebalik baut, tapi take , bolih bincang .......
Kelantan mesti mengerti dan memahami bahawa mereka berbincang berunding dengan anak2 haramjadah 7 keturunan. Puak2 haramjadah ini sudah terlalu gelap kerana terlalu lama makam dari punca haram. Mereka menyangka kita pun buta peruk macam mereka tak kira haram halal semua sapu. Apa najib ingat kita semua makan nasi kankang macam dia ka ? Piraa ! Hang buka mulot pon kami dah tau dah ! Semua dah terang nyata jelas nak runding apa lagi. Nak trade dengan votes ka ? Apa hang ingat semua bolih beli dengan duit ka ? Bolih tukar ganti macam hang beli Rosmah dengan sign 12ribu ekar kepada Austral Enterprises Berhad. Sudah lah Najib ! Kami bukan orang buta perot.
moses kata; apa yg nak dibincangkan.sah dah layak beri ajalah,PM esok sila proses apa yg berhak diperolehi oleh KELANTAN
ASALKAN MALAYU BERJAYA
ASPAN... KALAU DI PERAK JADI MB SAHABAT SAYA NI
Salam AA dan bloggers,
Panel, mesyuarat, jawatankuasa, gedebak-gedebuk, ambil masa 6 bulan untuk selesaikan bayaran Petronas kepada kerajaan Kelantan.
Kalau mula sekarang Ogos 2012 bermaksud bulan bulan Feb 2013 baru siap.
Masa tu adakah BN masih jadi pemerintah atau pembangkang?
Berapa banyakkah bayaran?
Kepada agensi manakah akan disalurkan bayaran?
(Tak masuk akal kalau BN bayar terus kepada kerajaan PAS kelantan)
'My gut feeling' kata benda ni gimik politik.
Tengku Razaleigh tentu masih ingat bagaimana beliau 'kena main' sewaktu dijanjikan jawatan parti dan jawatan kerajaan sekiranya membubarkan Angkatan Perpaduan Ummah.
Nasihat saya jangan terlalu gembira mendengar berita ini.
Belajarlah melalui sejarah.
Surrogate
Salam Saudara/Saudari Sekalian, Tak payah runding lagi,bagi wang pendahuluan RM 1 Billion untuk tunjuk iklas baru runding lepas PRU 13 . An
Salam bro dan pembaca yang dihormati semua,
Isu royalti minyak ini telah Kampong man tulis dalam blog WZWH.blogspot dulu kerana Kampong man adalah orang minyak !! (Bukan macam cerita hantu filem Cathay Kris atau Shaw Brothers tu).
Royalti minyak ini ada kaitan dengan Perjanjian PDA (Petroleum Development Act ) 1974.Dimana negeri yang mengeluar minyak berhak perolehi 5% royalti minyak.Definisi mengikut perjanjian adalah minyak yang diperolehi dalam lingkongan 10 km dari pesisir pantai negeri.
Maka isu perundangan ini yang menyebabkan Kelantan tidak perolehi royalti ini katanya.Bagi Trengganu pula walaupun pelantar minyak ini berada jauh(anggaran 100km offshore) Terengganu terlibat secara langsong dari segi infra structure di Kerteh dan Paka dengan TCOT(Trengganu Crude Oil Terminal ) dan berbagai facilities lain saperti GPP (Gas Processing Plant) A dan B.dan Petrochemical plants maka Trengganu berhak menerima royalti realitinya.Kelantan dan Pahang tidak termasok mengikut perjanjian PDA.Ianya juga melibatkan pengusha saperti Esso, Shell dan kini banyak lagi pengusha baru saperti Talisman,Murphy.Nippon Oil, Hess dan lain lain juga.Mereka melabur atas dasar perjanjian yang telah mereka persetujui dulu.Ini juga satu isu berkaitan.Tidak semudah apa yang ahli politik fikirkan.
Alhamdulillah, kini Najib dengan lebih terbuka telah menubohkan satu Jawatan Kuasa baru yang akan melihat secara comprehensive isu lama ini dari segi perundangan dan berbagai supaya satu recommendation yang adil dan saksama boleh dibuat dan tercapai walaupun Kelantan dan Pahang secara definasi bukan negeri pengeluar minyak per se.Ianya akan di ketuai bekas Hakim Negara.
Walaubagaimana pun kini di perairan Kelantan dikawasan bertindih bersama Thailand dipanggil JDA (Joint Development Area) di PM3 terdapat minyak yang kini telah mengeluarkan minyak tetapi disalorkan ke Thailand bukan di Kelantan for economic reasons.Maka saya melihat besar kemungkinan Kelantan dan mungkin juga Pahang negeri di pantai timor layak menerima wang royalti minyak, insyaalah. Saya doakan negeri2 ini berjaya dan layak akhirnya .
Di Sarawak pasti royalti ini telah lama dimanafaatkan kerana minyak dan gas disalorkan ke Bintulu degan LNG dan terminal minyak disana.Begitu juga di Sabah.
Terdapat banyak politician yang tidak ariff ( Bukan Sakmongkol ehem..) yang memainkan isu ini bagi tujuan ini hingga ada yang mahukan royalti minyak harus bukan 5% tetapi 20% !.Orang politik tetap orang politik saperti isu Lynas.Pada hal pakar pakar nuclear telah pun membuktikan Lynas adalah selamat.Sdri Fauziah PKR Kuantan say so...demi kuasa.wallahwualam.
Selamat mengerjakan ibadah puasa.Sama sama kita doakan kehadhirat Allah supaya negara kita ini aman dan makmur .Ameen.
@ Pan,bilo nak mengeteh li ? Kodai mamak pun takpo doh.
Tuan,
Siapalah yang menasihati Najib dalam soal isu royalti minyak kelantan ni. Agaknya tentu Dato Pa kot.
2. Cerita sebenarnya dapat tak dapat kena tunggu 6 bulan lagi. Maknanya dah tentu selepas PRU 13 je nampaknya.
Ini permainan kong kali kong yang UMNO Kelantan dok main selama 22 tahun untuk menipu rakyat kelantan iaitu kalau nak pembangunan kena beri UMNO menang dulu.
3. Orang kelantan dah masak dan tidak akan tertipu dengan tektik bodoh macam ni. 22 tahun UMNO kelantan mencuba, tak juga berjaya untuk menipu rakyat kelantan.
Perlu diingat, Kelantan mempunyai hasil baru yang tidak kurang lumayan ia itu bijih besi dan emas. Kedua galian ini tertanam didalam bumi, on the land. Kedua galian ini menjadi hak rakyat kelantan 100%.
Mengikut Husam, hasil royalti kedua galian ini lebih dari cukup untuk membiayai pembinaan lebuhraya rakyat sepanjang 73 km yang bernilai RM 1.8 Billion.
Insya allah walaupun industri tersebut baru bermula dan perlu ditadbir dengan lebih cekap dan teratur lagi, ianya me4rupakan anugerah Allah kepada rakyat kelantan mengantikan minyak yang dirompak oleh Mahathir dulu.
Pak wil, Gong Kulim
Kalau ikhlas, Tg Razaleigh dan Tun Rahman Yaacub mesti dijemput.
-MAKORANG-
Kampong Man,
Awaka ini selalu nak menunjukan yang awak ini lain dari yang lain. Menunjuk pandai dan tak selesa kalau orang tidak tahu awak orang berjaya dan dan segala-gala kejayaan awak.n Tetapi awak bodoh. Menunjuk pandai.
Aspan telah membuat upload kepada perjanjian ini du tahun yang lepas dalam blognya ini.
Perjanjian itu hanya dua muka kertas dan perjanjian itu standard untuk semua negeri.
Tidak ada perbezaan di antara Trengganu dan Kelantan.
Semuanya ini rekaan awak semata-mata. Kalau nak masuk dalam perbincangan ini baca.
Jangan menunjuk pandai. Baiklah Kampong, nanti saya beritahu semua orang betapa kayanya awak dan betapa pandainya awak. Itu yg sdr nak bukan?
Org hebat membawa idea baik. Orang yang kureng sikapnya menunjuk-nunjuk.
Sorry Kampong Man. Nama samaran awak menunjukan sikap awak yang sebenarnya...orang yang punyai kampong mentaliti.
Awak macam QD. Pandai tak boleh nak di ikutm, bodoh tidak boleh di ajar.
nik ahmad,Hse-mate Aspan
1973, Shah Alam
Kampong Man,
Awaka ini selalu nak menunjukan yang awak ini lain dari yang lain. Menunjuk pandai dan tak selesa kalau orang tidak tahu awak orang berjaya dan dan segala-gala kejayaan awak.n Tetapi awak bodoh. Menunjuk pandai.
Aspan telah membuat upload kepada perjanjian ini du tahun yang lepas dalam blognya ini.
Perjanjian itu hanya dua muka kertas dan perjanjian itu standard untuk semua negeri.
Tidak ada perbezaan di antara Trengganu dan Kelantan.
Semuanya ini rekaan awak semata-mata. Kalau nak masuk dalam perbincangan ini baca.
Jangan menunjuk pandai. Baiklah Kampong, nanti saya beritahu semua orang betapa kayanya awak dan betapa pandainya awak. Itu yg sdr nak bukan?
Org hebat membawa idea baik. Orang yang kureng sikapnya menunjuk-nunjuk.
Sorry Kampong Man. Nama samaran awak menunjukan sikap awak yang sebenarnya...orang yang punyai kampong mentaliti.
Awak macam QD. Pandai tak boleh nak di ikutm, bodoh tidak boleh di ajar.
nik ahmad,Hse-mate Aspan
1973, Shah Alam
Sdr Anon 11:28 yang dihormati,
Saya tak ada masaalah tuan kata saya bodoh.Sebelum tuan belajar di Koleg Shah Alam tu Kampong man dah buat Sixth Form Science di JO dan kampus Shah Alam belum ada pun.
@Kampong man,Hse-mate Aspan 1969/70 di Section 16 PJ.
Maaf bro ,jangan marah relaklah. Sekurangnya Kampong man orang lama .Tuan dapat masok Sixth Form ke ? Nampak hebat hehe..
Tuan Aspan,
Perjanjian antara federal dan kerajaan negeri itu hendaklah dibaca bersekali dengan takrifan pengairan negeri. Tanyalah ahli politik berkaitan sejauh berapa nautika semasa air surut yang boleh dikatakan sebagai pengairan hak kerajaan negeri. Jika sukar dapat jawapan, maka kita semaklah sendiri takrifan pengairan maka kita akan tahu fakta sebenar. Percayalah bahawa ahli politik bukanlah sumber ilmu yang bermunafaat.
Saya sangat bersetuju dengan kerisauan tuan tentang 'kebaikan' najib ini. Tawaran najib ini adalah sangat jelas mempunyai maksud tersembunyi seperti serampang dua mata. Jika Nik aziz bersetuju untuk menyertai dialog ini, ianya akan menimbulkan implikasi pada tuntutan mahkamah yang sedang berjalan. Juga ianya juga membawa maksud bahawa nik aziz mengakui bahawa kelantan memang tidak berhak ke atas royalti minyak kerana tujuan jawatankuasa ini di tubuhkan adalah untuk membincangkan kaedah pengiraan jumlah wang tunai yang perlu dibayar oleh federal. Ingat! wang tunai bukan royalti dan ianya hanya ehsan federal.
Kita tunggulah apa langkah kerajaan negeri kelantan dalam menangani isu ini. Mereka tahu apa game yang najib sedang mainkan dan marilah kita tunggu rentak kerajaan kelantan pula.
Kampong man,
can I see you if aspan is prepared to arrange?
I join ITM in 1973 after I've got 4 principals to take up a professional course. Actually I know you but your mentality is just intolerable.
a man with class doesn't talk about what he has.
Aspan Hse mate
Kampong man,
can I see you if aspan is prepared to arrange?
I join ITM in 1973 after I've got 4 principals to take up a professional course. Actually I know you but your mentality is just intolerable.
a man with class doesn't talk about what he has.
Aspan Hse mate
Sdr Nik Ahmad,
I have no intention to drag this discussion and forum into something personal.I sense that you are getting abit emotional here.
If your intention is to show me your qualification and wealth then forget it.If the intention is for sillaturrahim you are welcome.Why not.At least we can talk about our bumi struggle for education during Tan Sri Arshad days. You have certainly misjudge my sincerity .You must be an O&G man from Kelantan.No ?
@Surely, you can have mu contact from bro Aspan.Just leave your pistol or kris behind.Selamat berpuasa.No worries just cool it !
Opps..! before i forget i have to declare here that i am never inteterested to be a politician same like you may be and my little success is without ONE sen of political money.I deserve to be a proud Kampong man.How about you sir ?
Apa salahnya memberi pandangan yang lain huh ...bulan pose pun nak gaduh dan tuduh orang itu ini.Piak pi lah orang nak kata apa pun, janji bersopan.Kg man gua caya sama lu.Terus menulis kg man.
so... kalau pm setuju nak bagi royalti minyak, apa makna dia?? maknanyer UMNO lah yang betul2 berjasa untuk org melayu kelantan, gitu ker?? bullshit la UMNO...
hahahahhahahhahaha
aspan house-mate begadoh!...
ekekekekkekekekkk
gheng lama (bukan house-mate dan bukan gheng aspan!)
kampong man, ckp byk, sabah tu ape cite, habuk pun tadak. Kali ni nak putar belit ape pulak?
Eh, Lama ya QD tak masuk blog ni. Tak de orang kita nak hentam.
Waimapun, saya suka budak separuh omputih tu. Jangalah delete dia Tuan AA. Saya baca satu blog dia cakap sekarang you delete komen dia.
Kampong Man may be perceived as an iota of being showy to some but actually he and his lovely wife alongside others provide skills and support to the nation's poor. Terror betul dapat masuk form six science. i am too many years junior.
Kampong Man however your vouch / claims about Lynas is absolutely bewildering, a real disappointment from somebody as intelligent and magnanimous quiet gracious in your social works as you. Selamat Bersahur. Salam. Cheers.
Kampung Man, the present allocation of royalty is akin to the govt handling out loose change to Kelantan and Sarawak.
When the results of the GE 13 sends seismic waves, you will need to move aside for days to spare yourself from any undue pressure for the sake of the poor who needs your support to break free from the shackles of poverty and for your family. That is all i can share with you. Thank you.
dato sri najib.....for once , please make this initiative a sincere one ...., then you are a genuine stateman....
Salam AA dan bloggers,
Kampung man adalah spesis yang mendapat jawatan secara kuota Melayu.
Mediocre.
Memang betul la dia kata dia dapat kedudukan tidak melalui kelebihan politik.
Spesis yang tidak dapat membezakan antara pemerintah dengan parti politik.
BN=kerajaan. Kerajaan=BN.
Dia saja yang pandai, orang lain bangang, semata-mata kerana dia pernah kerja dalam bidang petroleum.
Sila bezakan antara fakta dengan putar belit orang yang ingkar dengan perjanjian.
Jangan sampai jadi munafik.
Surrogate.
Anon 5 August 18:34 Salam.
QD ada lagi dia itu orang kaya raya, elit, dia anggap kita habuk tapi kita yg pandai 2 tahu dia setakat boleh berputar- belit ke hulu ke hilir.
Tapi cakap orang putih eloklah, tak kan lah kita nak kalah pada pembantu rumah indon yg dah boleh speaking - kerja dgn expats, gaji lumayan, kesian rakyat yg lebih memerlukan seperti ibu 2 / bapak tunggal menganggur! Kena lah belajar Inggeris, mereka boleh jadi drebar dignitari asing - gaji lumayan. Tak usahlah halang sesiapa dpd bertutur serta menulis fasih sgt dlm inggeris, lagi pun kita boleh belajar secara percuma ... tak kanlah nak kerja kuli besok, bila PATI naik.
Kenalah buang mentaliti yg irrelevant .... mujurlah ada anak - anak Melayu kita yg masih di bangku sek dah boleh menulis serta berbahasa dlm BM, Inggeris serta Mandarin dgn fasih. Ada anak - anak pemimpin UMNO yg belajar di luar sana yg mewah itu, dah boleh speaking French / Spanish.
Saudara Aspan,
Masih boleh percaya lagi dengan Najib nih?
Salam Tuan ..
Diharap tuan sudi untuk memberikan pautan (bloglink) pada ghaflah.blogspot.com ..
sekian terima kasih
My dear friends here,
Surrogate,You are just like Aspan house mate Tuan Nik Ahmad with prasangka .Anon 22:27 is here because of my introduction to buddy Aspan blog.I normally skip distasteful comments and scan through fast but this minyak things is my forte being orang minyak most of my working life.So i am contributing what i know.It is fine if you disagree.
I am just like everyone else running my own O&G outfit to keep floating the only different being that doing it at my own pace.Isn't it time to give back to society the little that you have be it time and that available affordable resources ?.Doing things that you enjoy doing before you are banished from this world.
That is life full of care, there is no time to stand and stare.No time to sit beneath the bow and stare as long as sheep or cows...remember that ?
Have a good day Selamat berpuasa and salam.
Sdr Karmic Wheel,
Terima kasih kerana beri bloglink saudara, baru singgah di sana. Sangat prihatin dalam perjuangan.
Terima kasih Sdr Aspan.
Surrogate, Salam.
Setelah fikir secara mendalam, dengan ikhlasnya saya ingin nyatakan the breakthrough for Kampung Man to enter the top university of the era in the nation was truly through sheer hard work as he burned the midnight oil in his kampung.
I could imagine his parents, his beloved father's colleagues and other elderly folks in the kampung would have been absolutely proud of his discipline and academic achievement to enter the university. That itself set the blazing trail for many other teens in his kampung and neighboring mukims to study with determination to reach menara gading gajah ( correct phrase ? ).
Education is that critical and no one should be deprived, but more compassion should be given to those very diligent ones in the kampung then, now and in the future. Or in the pockets of the cities, anywhere. Hence, Kampung Man deserves the recognition - on the merit of intelligence, good discipline, hard work and wanting to make his parents and kampung real proud. Hence his deep gratitude for being given a chance to chase that hope, that dream to be educated, to be able to give back to the society.
Coming back to teens of the time, not many years ago, would determine within their hearts and mind quietly to do anything positive, be it achievement in sports, academic or sheer labor in the farms or all in to balas jasa ayah emak. You can recall your own achievement vividly..
My own parents felt the same with my elder brother many years after the stoic era, when he entered a top university, too.
Thank you for your understanding.
Surrogate,
Dalam dunia cyber ini tidak mudah kita tahu sasaorang itu berjaya atau tidak dia hebat atau tidak dan mediocre.Jadi tidak perlu cenderong pada kutuk mengutuk jika tidak sealiran.Banyak penulisan anda saya lihat kearah itu- tidak sihat.
Pemerhati bebas.
Umno robbed the Kelantanese, then has the audacity to invite state gov. to discuss the possibility to get back what was robbed from them. This is how Umno helped the Malays in kelantan.
Kenapalah korang ni mengutuk Kampungman dan anak saudara dia QD.
Korang dapat ruang di sini untuk kutuk deorang.
Tapi saya rasa mereka tak diberi peluang untuk jawab balik atau defend diri mereka.
Pada saya QD okay. Dia tak pernah maki hamun dan selalu hormati kita semua.
Dia cuma budak nakal yang suka menyakat kita. Tu je.
Bagi canlah kat dia nak jadi Melayu macam kita.
Tuan Aspan,
Rasa kesal kerana masih ada dikalangan tetamu blog tuan yang kasar bahasanya. Menuduh dan menghina orang lain bodoh dan sebagainya itu lahir dari diri yang merasakan bahawa ianya sangat pandai. Itu riak namanya. Berbeza fahaman tidak bermakna kita harus hilang akal dan budi bahasa.
Pemikiran kita mesti bebas dari kongkongan. Bersetuju atau tidak bersetuju hendaklah ikut isu bukan nya ikut kepentingan parti kita.
Surrogate your efforts at writing are much appreciated, stay united stronger with us .Tak perlu kecil hati, occasionally saya terasa sedih secara senyap juga, tapi rehat a few days datang balik to our favorite civil, intelligent, lucu, witty watering hole ( at times ) !
I always read your fine writing intently when you are not around here as part of fine bloggers / family with our wonderful host Pak Aspan, I wonder silently, have you been unwell. Selamat berbuka puasa sekejap lagi.
Ai say pasal LCW menang dua pingat perak Olimpik pun lambasted di forum umum ??
Anon 17 32,
You too have a good heart .As you know we are all for a united malaysian and we want no one to be left out.
Ai say you and me have different polical and ideoligical belief but its alright .We share the same passion for orher things in life such as musics may be.
To sejukan hati Surrogate get him to listen to may be "Cavatina" soundtract from the film " THE DEER HUNTER" Robert De Nero and if possible warch the movie.- A movie i watch many times during my university days.
I think on this pro PR i wish to remain unknown.Thank you for bringging back my and Surrogate sanity.I am just a passer by.
Weh, dah lupa ke PM Najib maki haramjadah kepada kita semua.
Ada orang yang baik 2 serta ikhlas dlm umno jenis yg bukan politician, mungkin sikap baik serta keikhlasan kita secara konsisten dapat convince mereka bahawa PK itu adalah alternatif yang terbaik.
Mestilah ingat, tapi kes by kes insan yang baik- baik patut diberi persahabatan yg loyal seperti kita mengkehendaki kasih serta ampunNYA. Ramai kita, orang yang ada minda serta kematangan. A.B.U.
A great man is a man who can contribute much to his society
Giving back for what you are given is noble..
being a 4A's doesnt make us a great man to the society
Sdr Kampung Man .. please keep the good job ..
Daripada aku maki hamun orang baik aku bagi cadangan ..
Apa kata biar sahaja kerajaan negeri kelantan diberi kuasa mengurus sendiri segala hasil mahsul termasuk minyak. Apa kata kerajaan kelantan tubuh kan KOG Kelantan Oil n Gas. Cari gali, proses , jual semua kerajaan Kelantan..buat ..
So kerajaan kelantan tidak lah dilihat sebagai terhegeh hegeh, mengemis dan merompak..
Bukankah ramai anak Kelantan yang cerdik2..
Pandai pandailah kerajaan kelantan nak hidup..
jangan lupe ye. masa bn perintah Ganu, dapat royalti. Bila PAS perintah Ganu, tak l;ayak dapat royalti tapi dapat wang ikhsan. Bila PAS kalah lagi kat Ganu, Mat Said dapat royalti lagi. Apa Hujah kampong man? serius kah naJib?
Post a Comment