18 December 2012

Angin perubahan juga berlaku dalam UMNO sendiri

Sekarang sudah timbul suara-suara kecil di dalam UMNO sendiri yang perubahan perlu berlaku kalau boleh di dalam UMNO sendiri. Keadaan ini tentulahh di sebabkan oleh kenyataan yang pemikiran baru sudah mula wujud dalam parti itu hasil dari pengalaman yang mereka sedang lalui sekarang ini. Sudah ramai di kalangan yang ahli-ahli UMNO, mereka wajar berubah kerana desakan yang begitu kuat dari rakyat.

Ia bermakna UMNO terpaksa menghadapi kekalahan buat sementara bagi menolak mana-mana pemimpin yang di anggap menjadi penyebab kenapa UMNO sudah sampai ketahap yang ada masa ini.  Jalan yang terbaik ialah pimpinan yang ada pada masa ini untuk berfikir dan menumpukan usaha untuk memenangi pilihanraya kali ini, walaupun jika terpaksa barisan pimpinan hari ini bersedia untuk berkorban dan mengundurkan diri.

Sesungguhnya tidak hina jika pimpinan hari ini mengundurkan diri dan di berikan tanggungjawab parti dan negara kepada seorang yang lain dari mereka yang berada di dalam Majlis Tertinggi parti atau dalam kerajaan. Kumpulan ini berkata yang UMNO perlukan imej yang baru dan imej yang baru itu akan hanya wujud jika parti di pimpin oleh orang yang baru yang tidak semestinya orang muda.

Di dalam keadaan sekarang ini ramai berpendapat di kalangan ahli-ahli UMNO yang bergiat yang parti itu akan merupakan parti yang akan tewas dalam perebutan mandat rakyat kali ini kerana segala-galanya sudah menjadi bubur. Keadaan tidak mungkin bertambah baik malahan kecenderungan untuk menjadi bertambah buruk adalah besar.

Orang Cina nampaknya sudah selesai dalam pelan melakukan perubahan ini dengan membuat keputusan memberikan sokongan bulat kepada DAP. Kita perlu menghormati apa yang di tentukan oleh kaum Cina kerana mereka tahu untuk  membuat keputusan apabila sampai waktunya. Saya selalu berkata orang Melayu memang susah untuk melakukan perubahan walaupun kecenderungan mereka untuk melakukannya kali ini sudah nampak jelas.  Maksud saya perubahan oleh orang Melayu seperti yang kita lihat sekarang ini sepatutnya telah dilakukan lama dahulu lagi. Kata perbilangan ‘better late than never’. PAS nampaknya merupakan ‘recipient’ kepada perubahan ini

Apabila kita mendengar suara-suara yang inginkan usaha untuk memperbaiki UMNO dari dalam, persoalannya isu mempebaiki dari dalam itu memangnya satu kata-kata yang selalu sangat kita dengar dahulu. Tetapi akhirnya yang berniat pada asalnya untuk memperbaiki UMNO dari dalam itu sendiri berubah dan terpengaruh dengan apa yang lazim berlaku dalam parti itu. Malahan mereka pula yang lebih parah sikapnya dari ahli-ahli yang sudah sedia ada di dalam UMNO itu.

Mereka berbuat demikian kerana mereka yang bercita-cita untuk melakukan perubahan dari dalam itu akan di ketepikan dan tidak laku dalam budaya parti itu lagi. Pendeknya yang hendak memperbaiki UMNO dari dalam itu kadang kala hanya cara mereka hendak berpolitik bagi mendapat sokongan ramai yang selalunya tidak kesampaian hajat mereka. Di antara yang ingin UMNO untuk belajar secara mahal ini agak ramai. Mereka sependapat yang UMNO tidak mungkin mampu untuk membuat baik kerana hendak berbuat baik. UMNO akan hanya menjadi baik jika parti itu benar-benar belajar yang rakyat serius mahu melihat perubahan bukan setakat perubahan malahan transformasi secara total.

Baru-baru ini LDP Jepun telah kembali mendapat mandat setelah beberapa tahun berada di pihak pembangkang setelah memerintah Jepun selama 50 tahun lamanya. Seperti yang saya sebutkan dalam posting semalam saya menunjukkan bukti parti yang membawa kemerdekaan India telah kembali berkuasa setelah dikalahkan oleh parti Janata hampir dua puluh tahun dahulu. Parti Kongress kembali dengan keadaan yang lebih baik dari sebelum ia di tumpaskan oleh Parti Janata dahulu.

UMNO pun terpaksa menghadapi situasi itu juga melainkan barisan pimpinan hari ini dengan segera memberikan laluan kepada seorang yang lain dari barisan MKT atau kabinet hari ini untuk menerajuinya untuk melihat imej dan aura yang baru dalam UMNO itu. Kurang dari itu, UMNO terpaksa menghadapi pelajaran seperti yang di lalui oleh LDP Jepun dan Kongress India.
                                                   
Cara ini pun tidak mengapa kerana yang penting UMNO mesti belajar dan menjadi parti yang baik setelah melalui proses pembelajarannya, walaupun ia merupakan pembelajaran yang agak mahal. Berubah mesti berlaku.

Asalkan mendapat perubahan lakukanlah mengikut apa cara yang halal yang di benarkan oleh perlembagaan Persekutuan kita yang mampan itu.

26 comments:

Anonymous said...

Once ordinary people know their rights, like in the real democracy, political parties or leaders despensible, with use-by- date.

The ordinary people must fully understand they are the BOSS!

Reza Zainal said...

Dear Encik Aspan,

I hate to say this but you have LOST the ability to think straight.
Seriously you have.

Your hatred towards UMNO has totally messed up how you view DAP in comparison to UMNO.

In your article you wrote, I quote,

Orang Cina nampaknya sudah selesai dalam pelan melakukan perubahan ini dengan membuat keputusan memberikan sokongan bulat kepada DAP. Kita perlu menghormati apa yang di tentukan oleh kaum Cina kerana mereka tahu untuk membuat keputusan apabila sampai waktunya. Saya selalu berkata orang Melayu memang susah untuk melakukan perubahan walaupun kecenderungan mereka untuk melakukannya kali ini sudah nampak jelas.

End of quote.

Lim Kit Siang has been in power for twice the duration of Tun Mahathir. He was the Sec-general for DAP since 1969 which is when I was 1 year old. I am now 44.

What change is this..?

His rule in DAP is longer than some North Korean regime. And similar to the North Korean regime, Mr Lim Kit Siang will soon pass the kingship to his son, Lim Guan Eng.

There is NO CHANGES in DAP, totally opposite to what you write in your blog. UMNO has gone through 2 prime minister and DAP is still the old DAP with Lim Kit Siang.

The recent DAP CEC election shows the defeat of ALL the 8 Malay candidates. The lowest vote is an embarrassingly dismal 28 votes while the highest is 700+ votes which is less than half of the people voting.

Multi-racial DAP isn’t multiracial and you are nothing to them. Worse, you are less than nothing because you are not even nominated.

I pity you, I really do.

Nothing is more sad and pathetic as seeing a person who thinks he is VALUABLE to DAP where he is nothing more than a house servant serving a Chinese overload family.

Good luck to you.


Reza Zainal

Janggus dan BKM said...

ahli UMNO yg terdiri dari kontrektor,usahawan, supplier dan bermcm bisnez kebanyakkannya bermata putih sudah lama.Semua apa saja peluang buat bisnez dibolot oleh Menteri-menteri yg berstatus MP atau ADUN.Rakyat tidak dapat apa-apa.

Telah tiba masa dan ketikanya kesemua ahli UMNO menolak UMNO jadi parti pembangkang.Kerja ini dimulakan oleh Madeiyy Mamak Kerala tongkang.kemudian diikuti oleh Dolah Bodowi dan Najib.Mari kita semua berganding bahu dan berpimpin tangan meminta kesemua pemimpin BN yg menyamun duit Rakyat sewajibnya mengembalikan kembali wang Rakyat itu!

Orang UMNO mesti sedar dah harus mengerti yg mereka meletakkan kawan mereka menjadi Ketua UMNO Bahagian.Apabila telah bergelar MP dan memegang portfolio kabinet dan dalam sekelip mata mereka telah berubah.Berubah kerana ada title datuk Seri dan berjawatan menteri!

Eloklah menteri-menteri ini menjadi pembangkang atau kalah deposit dalam PRU.Orang UMNO kena ajar mereka ini.Biar UMNO jadi pembangkang supaya mereka boleh membetulkan kesalahan mereka!


Janggus dan BKM

Anonymous said...

mamak mahadey yg buat umno busuk sampai ke usus..mahadey busuk sampai ke otak...

melayu yg masih menyokong umno adalah yg masih mengharap projek..dan mamak yg mengaku org melayu..budak 56 tahun tengok kulit pon tau diaorg melayu ke mamak...xmalu ke?? xde maruah ke..nk mengaku melayu??

Anonymous said...

Mr Aspan,

How's that deputy seat coming up? warm enough for you?

enjoy it while it last, because come GE13, i bet you will be gone...

Anonymous said...

Wahai Raja Zainal,

Mu hanya memandang secara "surface" tanpa menilai secara kritikal dan rasional. Mu wajib berfikir dengan lebih matang.

Orang macam mu akan bertanya, apa lagi yang tidak cukup di Malaysia?
Bangunan tertinggi?
Lapangan terbang yang tercanggih?
Pengeluaran hasil minyak yang berjuta-juta sehari?
Tidak bersyukur lagikah mu dengan nikmat yang pelbagai ini?

Tapi mu buta pada hal-hal yang lain yang lebih kritikal dan mampu membawa kepada kesan buruk pada masa jangka panjang.

Mu tak jemu ke dengan berita buang anak hampir setiap hari pada hari ini oleh generasi Melayu kini? berita menteri dan bijak pandai rasuah sana sini? berita pelajar cemerlang tetapi rosak moralnya? kenapa mu tak soalkan kenapa boleh menjadi begini wajah bangsa Malaysiaku?

Apakah generasi mu sekarang terbentuk dengan wajah sebegini kerana memang mu dibentuk dengan acuan sebegini oleh sistem pendidikan yang bertanggungjawab membentuk mu sejak mu lahir lagi?

Siapakah yang diberi amanah menggubal sistem pendidikan negara?

Kenapa tidak meletakkan perubahan politik itu di tempat yang pertama?

Hakikatnya, kerajaan yang sedia ada lebih dari mampu untuk merealisasikan hasrat di atas.Mereka ada kuasa dan diberi amanah untuk membentuk bangsa Malaysia sekarang. Jika mereka benar-benar amanah, sudah pasti mereka akan memikirkan persoalan di atas.

Jika mereka keras kepala, maka pilihan yang mu ada ialah menukarkan mereka dengan orang yang lagi baik untuk berada di tempat itu dan menjalankan amanah ini.

Hal ini berkait rapat dengan tahap pemikiran masyarakat. Jikalau saya diberi peluang untuk migran ke negara lain, maka saya akan memilih negara yang pernah melalui perubahan politiknya secara menyeluruh dan matang. Contoh yang mudah ialah, Jepun dan Korea.

Masyarakat mereka begitu matang dalam hal politik sehingga mereka tidak lansung terkongkong dengan stigma bahawa cuma parti itu sahaja mampu membimbing negara mereka, dan yang lain tidak.

Nilai utama di sini ialah mereka berani dan matang dalam membuat keputusan sehingga rakyat Jepun sanggup mengubah kelaziman dengan suatu yang begitu mengejutkan.

Hal ini jelas menggambarkan tahap pemikiran rakyat mereka jauh lebih matang dan mereka memahami konsep patriotik secara jelas.Begitu juga hal yang berlaku di Taiwan dan Korea Selatan.

Maka, rakyat mereka tidak akan senang dikongkong dan ditipu oleh pemerintah. Mereka yakin dengan kuasa mereka sebagai rakyat yang berhak memilih siapa pemimpin mereka.Berbanding di Malaysia, mu masih tidak dapat mengelak dari stigma bahawa, dulu kini dan selamanya hanyalah UMNO/BN sahaja mampu menyelamatkan bangsa Malaysia.


Anonymous said...

'Lim Kit Siang has been in power for twice the duration of Tun Mahathir'.- Reza Zainal

In 'POWER'....you are a very confused person.

Anonymous said...

Reza Zainal,

Sebenarnya sdra yang memerlukan pencerahan berbanding dengan Pak Aspan dan ramai lagi yang dapat melihat realiti yang menimpa orang melayu hari ini selepas 55 tahun merdeka dalam ealiti sebenar.

Sdra melihat realiti dari kacamata yang UMNO dan pemimpin UMNO mahu kita melihatnya - dari kacamata rasisma untuk membangkit sikap kemarahan kepada perkara lain dari isu sebenar ia itu kegagalan UMNO membela nasib orang melayu dan yang paling jijik menggunakan mantra bangsa orang melayu untuk kepentingan pemimpin-pemimpin UMNO.

Izinkan saya meneroka dari satu aspek menggunakan maklumat dan statistik seorang pembahas yang saya kutip dari satu blog Pro UMNO.

Sdra dikabur dan dinyalakan semangat perkauman kerana hendak menutup kelemahan UMNO selama ini melalui fakta-fakta berikut:

a. 40% rakyat negara ini berpendapatan kurang dari RM 1, 500 sebulan. Dari 40 % ini, 70% atau 8.5 juta adalah orang melayu.

8.5juta ini adalah HAMPIR SEPARUH dari jumlah keseluruhan orang melayu.

INI BERMAKNA, DARI SETIAP 10 ORANG YANG BERPENDAPATAN KURANG DARI 1, 500 SEBULAN,

a. 7 orang adalah orang melayu !!!
INGAT ANGKA 7 ORANG MELAYU NI

b. 3 orang adalah bangsa-bangsa
lain: cina,india, iban, asli
dll.

Now, kerajaan telah mengariskan bahawa cuttoff point MISKIN TEGAR BAGI SEMENANJUNG MALAYSIA ADALAH PENDAPATAN ISIRUMAH RM 760 SEBULAN ATAU KURANG.

Now, dari setiap 7 orang melayu yang berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan yg dinyatakan diatas, agak-agak berapa ramai pula yang berpendapatan RM 760 atau kurang sebulan yang boleh ditakrifkan miskin?

Jawapannya ada disekeliling kita dan berbeza-beza mengikut tempat. Ada tempat 7/7, ada 5/7, ada 3/7 dan kalau kita ke damansara Height angkanya 0/7!...jadi tengoklah disekeliling kita masing-masing untuk mengesahkan realiti yang dihadapi oleh orang melayu SETELAH 55 TAHUN MERDEKA HARI INI.

Cuba sdra dan pembahas bayangkan sendiri, apalah pendapatan RM 1, 500 sebulan boleh buat untuk sebuah keluarga melayu yang tipikal( 5 orang satu keluarga) untuk menyediakan keperluan asas kehidupan berkeluarga( termasuk memberi kemudahan pendidikan kepada anak-anak agar dapat bersaing dalam pelajaran) hari ini dimana harga barangan asas asyik meningkat tanpa kawalan.

Itu kita cerita pendapatan RM 1,500 sebulan. bagaimana pula yang berpendapatan RM 760 atau kurang sebulan nak hidup selama 30 hari sebulan sampai mati!

Ini baru satu aspek kehidupan orang melayu dan merupakan perkara yang terpenting dalam kehidupan!...belum cerita pasal 40,000 graduan melayu yang menganggur, tanah-tanah rezab melayu, keciciran anak-anak melayu pasca SPM yang gagal menyambung pelajaran...banyak lagi isu-isu

kita telah merdeka selama 55 tahun...6 orang Perdana Menteri kita adalah kesemuanya orang melayu. Majoriti menteri-menteri kabinet selama 55 tahun adalah orang melayu. Tunggak kerajaan selama 55 tahun ini ADALAH PARTI YANG MEMPERJUANGKAN KETUANAN MELAYU.

Tetapi malang, Reza Zainal dok sebok pasal DAP parti rasis. Dok sibuk pasal PAS jual ugama,mempersoal isu Amanat Haji Hadi yang dah lapuk, dok sibok pasal isu moral Anwar dll - terperangkap dalam permainan UMNO untuk mengalih perhatian orang melayu kepada kegagalan UMNO membela nasib orang melayu.

Permainan UMNO untuk menutup hakikat bagaimana dalam 30 tahun ini mereka menggunakan mantra perjuangan melayu untuk mengkayakan segelintir golongan pemimpin UMNO, kaum keluarga dan kroni-kroni mereka yang terdiri dari pelbagai bangsa.

Reza Zainal dan pembahas sekalian, bukak mata, buka minda, lihat keadaan sekeliling realiti yang ada.

Zack





Anonymous said...

Kenapa semua orang nak kecoh sangat pasal tak ada Melayu dalam CEC DAP.
Bukankan ini semua diundi.

Berapa peratus sangat ada Melayu yang boleh mengundi untuk menentukan CEC.

Kalau MCA,MIC buka peluang orang Melayu JADI AHLI( MEMANG TAKKAN BERLAKU),agaknya orang Melayu boleh duduk dalam Central Comittee, ke.

Cuba yang dok sebok sangat pasal Melayu takda dalam DAP CEC ni fikirkan!!!

Apapun takkan aku undi BN.(ABCD)

jost

Janggus BKM said...

Reza Zainal is absolutely racist! his argument is based on character assasination.You didnt do enough research on Malaysian Politics.My advice to you Reza, you have to do lots of reading.Perhaps you have to learn frm Zack.


Janggus BKM

Anonymous said...

Encik Reza Zainal,

Tengku Adnan sendiri pernah berkata bahawa Umno adalah parti yang menyokong perjuangan kebangsaan Melayu dan tidak pernah menggunakan walau sepotong ayat al-Quran pun dalam urusan politik.

"Apa yang penting adalah asas dan tujuan parti tersebut ditubuhkan selain usaha-usaha untuk terus memelihara akidah umat Islam," itu kata Tengku Adnan.

Maka dari situ telah membuktikan Umno tidak mampu membela dan menjaga akidah umat Islam kerana langsung tidak menggunakan perkara asas dalam Islam iaitu al-Quran sebagai rujukan dalam mentadbir.

Macam mana Umno mampu untuk menjaga akidah umat Islam?

Situsi inilah yang menyebabkan berlakunya berbagai penyelewengan dan salah gunakuasa dan rasuah di dalam kerajaan hari ini.

Anonymous said...

Reza Zainal,
Lim Kit Siang in POWER? Apa power yang dia ada?
Dia dapat apa selain daripada maki hamun, ops lalang, fitnah semasa beliau berjuang untuk demokrasi?
Jawatan dia ngko nak ke?
Yang pasti, PM2, Menteri2, KP2, Pegawai2 hingga kepada office Boy BN semuanya bergelumang dgn rasuah.

tebing tinggi said...

Saudara Aspan,

Sebaiknya saudara mempromosi parti DAP kapada orang Melayu agar Melayu lebih ramai tertarik kapada DAP ,semoga dikongres yang akan datang tidaklah terhina sangat Melayu kena menerima belas ikhsan bagi dilantik keCEC.
Persolanya bukan tiada Melayu yang layak cuma tiada sokongan bedasarkan komposesi kaum ,mungkin dengan penambahan bilangan Melayu didalam DAP dapat megubah landscape parti DAP itu sendiri kerana pada pandangan masyarakat umum DAP masih parti bedasrkan kaum.
Adalah dijangkakan PR akan memenangi PRU 13 dan parti DAP akan mempunyi jumlah kerusi yang besar berbanding PKR dan PAS maka sewajarnya saudara Lim Kit Siang memegang teraju pentabiran Negara bedasarkan pengalaman beliau yang bagitu lama dalam politik berbanding yang lain-lain ,sebaik mungkin diberi gambaran yang sewajarnya .
Adalah tidak bijak parti sendiri tidak dipromosikan.

Anonymous said...

MOSES KATA: Tapi saya bangga ada juga yg menyokong ahli Melayu dlm DAP yg masuk bertanding. Saya pasti rakan Cina yg menyokong mereka. Nasihat pd yg kalah terus menjadi ahli DAP, saya hormat spring pd anda semua. PRU 13 -ABU lah saya spt PRU 12.

Anonymous said...

Hello Reza Zainal,

Awak berforum guna bahasa Inggeris. Adakah awak nak tunjukkan awak seorang yang well educated ?.

Isu dan masalah utama negara Malaysia sekarang ialah tentang kebobrokan sistem pemerintahan, kebocoran wang yang melampau akibat aktiviti rasuah secara meluas dan dasar pengkayaan kroni. Sistem perundangan diperkosa demi menghalalkan segala kegiatan tidak bermorak para pemerintah atau meneteri meneteri selama ini. Terlalu banyak kes untuk di sebut disini.

Akibat dari segala honar dan kerakusan pembolotan khazanah negara untuk kesenangan peribadi dan puak puak tertentu menyebabkan hutang negara menjulang naik dan membebankan negara untuk membayarnya. Hutang berlambak2, kebocoran menjadi jadi tetapi majoriti rakyat melayu kekal miskin .

Awak pun tahu selama lebih 50 tahun ..yang berkuasa adalah UMNO BN..bukan PAS, bukan DAP dan bukan PKR mahu pun PSRM. Kenapa tak tanya apa yang menteri UMNO BN dan pandai cerdik yang ada dalam parti itu telah buat selama ini ?. Jutaan hektar tanah orang melayu tergadai dan susut itu salah siapa ? Salah DAP ? Salah PKR ? Salah PAS ?

Kenapa awak bangang sangat ?. Yang pegang tampuk kekuasaan lebih 50 tahun adalah UMNO BN...haram jadah apa awak nak salahkan DAP atau parti parti pembangkang lain. Apa sangat dosa DAP dan pembangkang kepada rakyat Malaysia walhal selama ini tampuk kuasa bukan ditangan mereka.

Yang jelas dilihat..semua PM UMNO BN dan kaum kerabat jadi super kaya..Begitu juga dengan MB MB UMNO BN dan para kroni. Rakyat Melayu tetap merempat selepas 50 tahun UMNO BN memerintah. Janganlah kerana dosa UMNO BN...parti dan pimpinan lain nak disalahkan. Jangan jadi melayu " haram jadah " yang tidak sedar diri kerana diperkuda melayu " tamak haloba ", apatah lagi melayu melayu yang berdarah Mandeliar atau dan si kitol.

Posting dalam Inggeris bukan main hebat..tapi isu pokok dan utama langsung tidak dibincangkan. Memang Reza Zainal ni species melayu perasan juga..satu spesis dengan si kitol dan mandeliar. Tak pasal pasal DAP disalahkan. Melayu sewel macam ni memang belambak dalam UMNO BN.

Anonymous said...

Reza Zainal ni ahli umno ke? Awat nama macam mamak - reza

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan,

Salah satu kaedah untuk menyelamatkan umno adalah dengan mengubati punca pentakitnya.
Disini punca penyakitnya adalah kelemahan pm najib, ditambah keparahannya kerana beliau sangat lemah sehingga dengan mudah dikuasai isterinya.
Seorang ketua yang tidak dapat mengawal pasangannya sudah tentu akan memudaratkan pasukannya.
Memandangkan kesuntukan masa yang berbaki bagi penggal memerintahnya, tindakan drastik perlu diambil oleh umno bagi menjamin parti itu dapat mengekalkan kuasa selepas pru 13 nanti.

Ada dua pilihan iaitu;
Pm najib meletak jawatan secara terhormat dengan mt membuat pilihan melantik pengantinya; atau
Umno mencantas najib bagi menyelamatkan maruah umno.

Bagi kedua pilihan yang ada umno perlu membuat undian bagi menentukan pengganti najib, tak boleh mengikut "hairacy"seperti yang sudah2.Ini kerana calun yang dipilih akan mengetuai umno bagi era pemulihan dari penyakit teruk.
Jika cara lama digunapakai umno akan mengali kuburnya sendiri di pru 13.
Dengan tindakan drastik ini kejayaan umno dan bn untuk menang
pru 13 adalah malap. sekurang2nya tindakan tersebut dapat memulihkkan semangat calun2 umno untuk bekerja keras sekurang2nya ada landasan perjuangan bagi memulihkan umno untuk menawarkan diri berkhidmat untuk negara.


muzium padi gunung kheyang said...

Sdr Aspan,

Ada jugak MANGKUK HAYUN yang mengaku raja zenal ni..buat komen bangang tahap gaban.
Dia ingat UMNO tu tuhan ka?

Hang tok sah tunjuk pandai kat sini la oi...

Nama nya Umno pun dah bukan bahasa melayu..nak cakap perjuangan melayu. UMNO ni munafik la..

Orang macam raja zenal ni..pandai-pandai mengaku raja..p india lagi banyak raja la!

Cahaya Qalbu said...

> Reza Zainal

A good quality leader can lead a party as long as its members need that person leadership.

DR M left, not because he wanted to, but he was not popular anymore with the rakyat and became a liability in UMNO.

It’s Dr. M who wants to pass the PM seat to Mukhriz and that’s why he is babbling all the time, even though he is not the PM anymore.

Most Msians know DR M is the most powerful in UMNO and Najib is just his puppet.

So in a way, DR M is still ruling Msia which reflects his dictatorial trait.

Your argument is flawed.

Anonymous said...

Bertenang sahabat sekalian,

Reza Zainal ini adalah antara askar mediabaru upahan UMNo yang dibayar tulisannya manakala idea dari War Room mereka. Mereka diasuh di The Mines baru baru ini untuk melipatgandakan serangan ke atas blog PR .Mungkin Reza ini antara yang lulus ujian penulisan BI nya manakala yang lain yang hanya tahu memaki, mencarut serta menulis cerita porno tidak berani membuat serangan.

Anyway syabas kepada para pembaca yang memulang paku buah keras kepada Reza Zainal supaya beliau insaf dan menangis kekesalan.

Anonymous said...

Sdra AA,

I am in agreement with Reza Zainal and wish to add further to the discussion.DAP has never been the party of choice for the Malays.I do recognise that it will be the most dominant in the so called PR coaliion in the coming election.

DAP haexpected that they will secure 40 , PKR 45 and PAS 40 .These figures are an impossibilty in my evaluation.If one look at the election results in the previous election the swing in Malay votes is not that drastic in fact was not even 4% from the last two elections.The indians though small has now back into the BN fold ( 10% votes for BN) expectedly 50% now.They know only BN would continue uplifting the Indians.The chinese are unpredictable voters.They swing last minutes in tandem with world and Malaysia economic and business situation .The world economy is expected to slow down drastically as can be seen in the US; Europe and of course China.The moderate MCA and Gerakan results will improve just slightly over the previous 2008 performance.
The mood on the ground is not as critical now without mass rally without anymore another Bersih .Anuar is no longer popular among the Malays.How about the NGO's and govt servant support for UMNO/ BN now and what does the recent Pilihanraya Kampus winnings by Pro Aspirasi trouncing Pro Mahasiswa by 85% and 15% respectively.

These are not good indicators for a PR takeover of BN and support arguments of a possible change in govt.The Sabah and the Sarawak will determine whether a 2/3 majority is achievable or not .As for Putrajaya there will be no change expectedly.Tq.

dino

Anonymous said...

Assalamualaikum Reza Zainal,

Anwar Ibrahim pernah menceritakan bagaimana Malcolm X tertarik dengan Islam apabila melihat persamaan sesama umat hingga meresap ke jiwanya lantaran suasana yang ada di Mekah tidak pernah wujud di mana-manapun di pelusuk dunia ini.

Malcolm X kagum kerana di Mekah, baik orang kaya, yang berpangkat mahupun miskin, sama-sama beribadat tanpa sebarang perbezaan darjat.

Ini sama sekali berbeza dengan paparan gambar gelagat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menunaikan haji baru-baru ini, yang dikelilingi pengawal keselamatan di Mekah, selain menguar-uar pemergiannya ke tanah suci itu melalui media arus perdana.

Tidak ada ertinya menunaikan haji di Mekah jika terus menerus mengamal kezaliman dan penindasan kepada rakyat.

Tidak semestinya pergi haji, terhapus semua dosa. Sebab itu, dalam Islam kena ikhlas, mesti ada konsep haji mabrur.

Jangan zalimi rakyat. Coba Reza Zainal google UMNO ZALIM. Baca apa yang tertera dan gunakanlah akal yang Allah telah kurniakan.

UMNO has failed the Malays said...

My dear Reza,

I am writing this special note for you. As long as Malays are articulate and as long as there are laws that govern our existence and regulate the conduct between persons, it is we who must look out for our own interest. Not Umno.

Malays form 61% of our 28 million population. Umno members are 3.2 million. But only one in six Malays is an Umno member. There are more of us and less of them.

Even if one Umno member dies today, there are still five other Malays around to champion Islam and preserve the Malay sultanate.

It’s not true that if Umno dies, Islam and the sultanate will die too. It’s not true that if Umno dies, the Malays are destroyed.

What is true is this: those who will die are Najib Tun Razak (Prime Minister), Dr Mahathir Mohamad (former premier), Muhyiddin Yassin (Deputy Prime Minister) and Noh Omar (Umno Selangor deputy chief). The other Malays will survive.

Likewise, if MCA dies, the Chinese will be strong. If MIC dies, the Indians will still survive.

So, why then are Malays depending on Umno? Does Umno even has the capacity to look out for the Malays?

Even Mahathir assailed the quality of the Umno people. He said Umno is rotten to the core and consists of half-past six fellows. He said Umno is corrupt from the bottom to the very top!

How then can the fate of this country be made to depend on mediocrity?

Seriously, can the Chinese take over the administration of the country if Umno loses?

Malays are six people, Chinese three and Indian one. Can three Chinese take on more than six Malays?

Even if they teamed up with the Indians, can four non-Malays quash more than six Malays? Are the Malays that weak and incapable?

Mahathir says Umno members are morons. But not all Malays are Umno members and Mahathir knows this because he has said before that the smart Malays are not in Umno.

I’m sure being an avid reader you must have read Michael Porter’s Competitive book series.

One of the things he mentioned is that we can determine the highest quality of our services and products by demanding and insisting that they be so. Similarly it is with a government.

You, my dear Reza is representing the Malays, must demand and insist the government to be of the highest quality.

Anonymous said...

Dei Mr Reza Mandeliar !

Cuba hang tanya Rosmah dan Najib sendiri..apa pasal Si Nazir sanggup bayar duit kat Bala utk buat SD kedua ?. Kenapa Nazir murah hati sangat babitkan diri dalam kes Altantuya ? Ada apa apa makna ka ?.

Hang pi tanya Najib dan minta dia buat komen terbuka tentang apa yang Deepak dedahkan baru baru ini. Kalau hang megah sangat dengan UMNO BN dan hang sayangkan Najib dan parti UMNO BN...tolong pi tanya Najib dan Nazir pasal hal ni ?

Kalau hang takut nak soal hal ni kat Najib..,makna nya hang ni spesis pencacai saja..tak lebih dari tu !

Aku cukup berani untuk soal Nazir dan Najb dalam hal ni. Tolong hang uruskan press conference dengan kehadiran 2 orang tu agar aku boleh hadir dan tanyakan soalan tu bagi pihak hang kalau memang hang takut dan bacul. Kita tengok apa jawapan PM kesayangan hang tu !

Anonymous said...

Dino,

Satu analisa yang baik namum keadaan sebenar dimana-mana Pakatan menadakan roadshow menunjukkan kesedaran dan kesedian masyarakat untuk memberi peluang kepada diri masing-masing mendengar apa yang Pakatan boleh buat untuk mereka. Kehadiran mereka ke roadshow-roadshow Pakatan bukan menjamin undi kepada pakatan jika kita sandarkan kepada kehadiran rakyat sejak mutakhir ini. Ini kenyataan yang kena kita terima.

tetapi kita harus melihat ia adalah satu fenomena baru yang lahir sekarang. Fenomena ini ialah mereka tidak lagi menerima propanda-propaganda kerajaan secara membuta tuli.

Sebagaimana yang saya nyatakan diatas, kehadiran rakyat yang agak ramai mutakhir ini tidak menjadi undi kepada pakatan, ia juga bukan jaminan 100% mereka akan tetap menyokong UMNO dan BN dalam PRU 13 nanti.

Dinamika dan angkubah ( variables) pada PRU 12 dulu sudah berubah menjelang PRU 13 ini.

oleh itu, tidak siapa yang boleh meramalkan dengan tepat keputusan PRU 13 nanti. Yang kita boleh lihat sekarang sikap rakyat sudah menunjukkan perubahan, mahu berubah dan kita lihat kegagalan-kegagalan pucuk pimpinan UMNO menangani perubahan-perubahan ini.

Seperti yang saya sebut diatas, isu terpenting yang harus menjadi perkara pokok kepada setiap orang melayu ialah KEGAGALAN UMNO MEMBELA NASIB ORANG MELAYU YANG SAYA BENTANGKAN DIATAS.

Ini adalah soal survival yang dihadapi oleh hampir separuh
setiap hari sejak 55 tahun lalu.

Hidup separuh lagi orang melayu juga bukanlah hebat dan terjamin sangat dengan keadaan ekonomi global yang tidak menentu hari ini.

Jadi, apa yang penting bagi orang melayu adalah mengenai survival hari ini dan masa depan anak-anak mereka dibumi malaysia ini.

Dino,

Membawa hujah keputusan pilihanraya kampus adalah satu cubaan yang tidak kukuh. Bagi sesiapa yang mahu mengetahui apa sebenarnya berlaku dalam pilihan kampus akan tahu - pilihanraya tersebut bukan pilihanraya mahasiswa bertanding mahasiswa semata-mata.

Pilihanraya kampus adalah pilihanraya antara mahasiswa pro kerajaan yang disokong dengan bantuan duit dari luar, dengan bantuan pihak pentadbiran universiti melawan mahasiswa yang hanya ada tulang 4 kerat sahaja.

Jaddi tak payah nak tipu atau nak cuba bermain silap mata dengan bertujuan nak menipu orang melayu lah.

Zack

Anonymous said...

aku plak tak kesian langsung kat hang..mmang patut pun org umno mcm hang ni kekal dlm umno...org takka. benci umno tanpa sebab...dan yg dibenci bukan parti itu asalnya..tatapi penggerak@pemimpin yg rasuah...cukup dulu.ini saja...spesis mcm ko ni otak pencacai..kekallah menjadi balaci umno yg setia..seperti anjing yg setia kpd tuannya