09 December 2012

Kalau Musa Hassan hendak melakukan kebaikan, apa salahnya?

Saya amat tertarik dengan apa yang dinyatakan oleh beberapa orang bekas pegawai tinggi Polis yang telah bersara semasa kita sedang menghadapi saat akhir pilihanraya umum kali ini, yang merupakan ‘mother of all general elections’. Kenyataan yang banyak di keluarkan oleh bekas IGP, Musa Hassan membuatkan beliau menjadi bahan polimik dan perbincangan di kalangan ramai rakyat yang sentiasa mengikuti perkembangan terakhir sebelum pilihanraya yang amat mendebarkan pihak BN ini.

Bagi pembangkang mereka bukan lah pihak yang ‘desperate’ seperti UMNO dan BN kerana kekalahan sudah menjadi pakaian mereka sejak dari kita mula mencapai kemerdekaan dahulu. Pemimpin-pemimpin pembangkang telah ramai ditahan di bawah ISA bertahun-tahun lamanya. Pengalaman serta tekanan yang terlalu kuat kepada pimpinan parti ini telah membuatkan PAS sebagai satu parti yang mempunyai ‘resilience’ yang tinggi. Jika PAS dan DAP dituduh pihak yang desperate, itu merupakan tuduhan liar.

Begitu juga DAP yang telah menjadi mangsa mainan politik ganas BN sehinggakan Lim Guan Eng pernah ditahan kerana memperjuangkan nasib seorang kanak-kanak perempuan di bawah umur yang di katakan telah di perkosa oleh seorang pemimpin besar UMNO. Anwar Ibrahim tidak payah di ceritakan lagi sekarang kerana duduk didalam tahanan memang sudah menjadi mainan bagi beliau.

Dalam isu bekas pegawai polis ini, yang paling menarik ialah isu kenyataan Musa Hassan, seorang IGP, yang sangat ‘controversial’ semasa menjadi IGP dahulu. Beliau dikatakan telah memainkan peranan penting untuik memperlakukan apa yang di perlukan oleh pimpinan UMNO dan BN yang begitu ‘desperate’ sehinggakan Musa berserta dengan Peguam Negara telah banyak melepaskan pemimpin-pemimpin durjana dari terperangkap di dalam penjara Sungei Buluh dan penjara-penjara yang lain.

Kini Musa membuat kejutan dengan bercakap tentang apa yang berlaku di dalam pasukan polis semasa beliau menjadi IGP dahulu. Kini Musa sedang menceritakan bagaimana pemimpin politik telah masuk campur di dalam hal ehwal dan urusan polis  dan pemimpin yang di maksudkan oleh Musa itu termasuklah Perdana Menteri, Najib Tun Razak, dan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein, sendiri.

Banyak pihak yang memberikan reaksi yang tidak menyebelahi Musa kerana Musa lah orangnya yang bermain-main dan tunduk kepada kuasa politik dan membuatkan Polis itu sebagai pasukan yang tidak ‘professional’ dan berbagai-bagai ‘superlatives’ yang di hamburkan kepada bekas IGP itu.

Bagi saya, ingin pula rasanya untuk memberikan komen sedikit tentang isu ini. Saya mengibaratkan bekas Ketua Polis negara itu dan mana-mana pegawai tertinggi yang lain, mereka hanyalah melakunkan apa yang di arah oleh Pengarah sebuah filem. Ibarat Salleh Kamil, sebenarnya orang baik tetapi beliau selalu melakunkan watak jahat di dalam filem-filem lakunan beliau. Beliau hanya melakunkan apa sahaja yang di arah oleh pengarahnya yang selalunya adalah P Ramlee.

Dalam isu Musa ini saya merasakan beliau terpaksa melakunkan watak seperti yang di tuduh oleh setengah pihak. Sebenarnya pengarah kepada lakunan dalam isu Musa ialah Perdana Menteri dulu, Dr Mahathir, selepas itu Pak Lah dan Najib Razak. Begitulah nasib seorang yang telah diperguna oleh pimpinan politik tinggi.

Tetapi kini Musa tidak berlakun lagi kerana beliau telah bersara. Apabila seseorang pelakun itu bersara dia akan kembali menjadi diri nya yang sebenar. Kalau baik, maka dia akan jadi orang baik seperti di luar filem lakunannya. Jadi seorang pelakun yang telah bersara tentulah seseorang pelakun itu bercerita tentang semua filem lakunannya dan memberikan komen tentang pengarah yang mengarahkan lakunnya dahulu.

Moral kepada andaian ini ialah yang jahatnya ialah pengarah filem yang mengarahkan lakunan itu. Bagi saya komen negatif dari Dato Ramli Yusuf yang telah menjadi korban Musa semasa itu adalah relevan jika di kira dari sudut perlakuan Musa terhadap beliau. Tidak ada siapa yang tahu semasa itu Dato Ramli mungkin tidak di senangi oleh pimpinan besar negara kerana Dato Ramli terkenal sebagai seorang pegawai dan penjawat awam yang baik.

Pemimpin politik tidak gemar dengan orang baik kerana orang baik akan menjahanamkan masa depan ahli politik, apa lagi kepada kumpulan ahli politik yang tidak jujur dan melakukan rasuah dan berbagai-bagai jenayah yang lain. Kadangkala penjawat awam tidak naik pangkat kerana mereka baik. Itu sebabnya ramai pegawai yang kotor imejnya sekarang naik pangkat setiap tahun atau dua tiga tahun sekali. Dalam sistem di negara ini yang sangat pelik ialah, yang buruk perangai itu kekal dan naik pangkat dengan cepat.

Ini adalah satu ‘attribute’ yang biasa bagi pimpinan yang kotor dan korap. Bagi saya Musa adalah seperti manusia yang lain juga. Beliau juga berhak untuk menjadi baik dan memberitahu apa yang tidak baik yang berlaku. Siapa yang pelaku sebenarnya atau pengarah kepada lakunan ini bagi saya yang bersalah ada hak di sisi Tuhan untuk menjadi baik. Musa juga seperti ramai yang lain tentulah ada perasaan yang menghantui beliau yang memaksa beliau memberi tahu cerita dan kejadian yang sebenarnya.

Dalam hal politik negara kita, yang penting bagi rakyat ingin tahu ialah apa sebenarnya yang berlaku semasa beliau (Musa) menjadi IGP. Sekarang ini Musa sedang menceritakan apa salah laku yang di lakukan oleh pemimpin politik semasa beliau menjadi ketua polis negara dulu.

Apa yang telah di ceritakan oleh Musa akhir-akhir ini telah banyak membantu rakyat untuk membuat keputusan semasa pilihanraya nanti. Kesalahan Musa itu lain halnya. Hal yang ingin diketahui rakyat ialah kenapa jenayah besar itu berlaku dan siapa yang melakukannya. Rakyat ingin tahu siapa yang bunuh Altantuya misalnya. Walaupun Musa mungkin kurang kredibilitinya sebagai penjawat awam, tetapi isi yang diceritakan beliau itulah yang paling penting.

Sekarang ini banyaklah perkara yang sebenarnya berlaku  telah di ketahui umum dan itu lah yang terpenting sebenarnya semasa rakyat sedang membuat pertimbangan politik yang sangat penting tidak lama dahulu.

Jika Musa di ambil tindakan jika beliau benar-benar bersalah, ada sistem dan undang-undang yang menyediakan penyelesaiannya. Tetapi Musa telah banyak memberi tahu bagaimana Mahathir menggunakan polis dalam isu Anwar Ibrahim. Begitu juga apa yang di campuri oleh ramai ahli-ahli politik negara.

Pengakhir kata, jika Musa bersalah sekali pun, Pengarah yang mengarahkan beliau untuk melakukan kerja bodoh dan busuk itu perlu mendapat hukuman. Dalam sesebuah filem itu Pengarah Filem tersebut lah yang patut di ambil tindakan, kerana ‘idea’ bodohnya lah yang boleh memudharatkan rakyat dan negara.

Bagi saya jika Musa (jika benar) ‘jahat’ kata-kata dan pendedahan beliau itu menunjukkan beliau ingin membuat kebaikan dan beliau perlu saya terima. Pihak yang bermasalah ialah pihak yang tidak mahu lagi untuk melakukan kebaikan. Musa sudah merasakan yang pentadbiran yang baru nanti merupakan pentadbiran yang lebih baik, beliau tidak akan dapat meletakan diri beliau secocok dengan keadaan sekeliling yang sudah kembali baik.

Musa berhak untuk memilih untuk melakukan tindakan untuk pihak yang lebih baik dan itu merupakan tindakan yang terpuji. Jika Musa merasakan tindakan beliau itu boleh membantu untuk kebaikan ramai, kenapa tidak diteruskan sahaja tindakan-tindakan yang beliau sedang lakukan.

Dalam sejarah Khalid Al-Walid, dia bermusuh dengan Islam dan ingin membunuh Rasulullah.saw akhirnya dia mendapat hidayah dan berperang, memihak kepada Islam dan mendapat gelaran ‘pedang Allah’.Tidak pula ada di kalangan orang Islam semasa itu mengungkit-ngungkit apa yang telah dilakukan oleh Khalid Al-Walid semasa berperang menentang Islam sebelum itu.

Sekarang Musa Hassan pula telah menyerang secara terbuka Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri. Kita belum lagi mendengar reaksi dari pemimpin-pemimpin yang di tuduh oleh Musa itu, baik Dr Mahathir, Najib atau pun Hishamuddin. Mereka seolah-olah tidak dapat menjawab dan menafikan segala apa yang di perkatakan oleh Musa itu. Yang penyokong-penyokong UMNO di tepian hendak sibuk mengecam Musa ini apa hal nya?

Biarkan sahaja kebenaran timbul dengan sendirinya.

19 comments:

Anonymous said...

taubat smestinye d trime dgn ati trbuka...ade insaf & sesaln, ade niat tk mau mlakukn lg & ... cuba2 la btulkn mne2 ksilapn lalu, trutamanye yg mlibtkn insn lain, jika ade.

Anonymous said...

Salam Pak,

Penyokong-penyokong tepian selalu dapat kuah ayam Pak. Manalah tahu mudah-mudahan dapat pula tulang. Boleh lah sedut-sebut. Rasanya pun sedap jugak Pak. Dulu kini dan selama-lamanya Pak dan sup dan tulang..kira ok lah tu.. biarlah pemimpin mereka dapat daging sertiap masa. Sebab itu pemimpin mereka oleh kerana setiap hari makan daging maka darah tinggi, gaut, sakit buah pinggang, jantung dah hinggap pada setiap pemimpin umnobn. Sebab itu kita lihat kalangan mereka banyak yang hilang akal dan pedoman sehingga tak tahu mana yang betul mana yang salah.


Mohd Zuki

If Musa is as highly principled as he claims said...

Pak Aspan,

Bekerja adalah suatu yang dituntut oleh Islam dan dianggap sebagai satu kewajipan.

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Mencari kerja yang halal itu adalah fardu selepas fardu". (riwayat al-Baihaqi)

Dalam Islam, sesuatu pekerjaan yang hendak dilakukan mestilah halal di sisi syarak. Dengan kata lain, ia tidak mengandungi unsur-unsur yang haram seperti arak, judi, riba, menipu, menindas dan sebagainya.

Ia juga mestilah pekerjaan yang tidak menjejaskan kepentingan umum dan merosakkan reputasi masyarakat Islam. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Barang siapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal, maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah. (riwayat al- Bukhari)

Dalam pekerjaan bukan sahaja perlu dipastikan pekerjaan itu halal malah perlu juga memberikan perhatian kepada persoalan berkat. Untuk menikmati pekerjaan yang berkat di antara perkara yang perlu ialah dengan menjaga dan memelihara akhlak sebagai pekerja.

Kebijaksanaan dan kemahiran yang tinggi tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu cemerlang.

Islam memerintahkan umatnya bukan sahaja perlu menjaga hubungan dengan Allah SWT (hablum minallah) tetapi juga hubungan dengan manusia (hablum minannas).

Pekerja yang cemerlang juga sentiasa menjaga reputasi dan imej di mana sahaja dia berada.

Persoalan di sini ialah akhlak yang telah terbina oleh beliau selama ini. Adakah beliau cemerlang di sisi Allah?

Allah telah berfirman;

Sesungguhnya sebaik-baik orang yang engkau hendak mengupahnya ialah yang kuat lagi amanah. (al-Qasas: 26)

Rakyat menolak UMNO kerana akhlak dan reputasi serta etika yang ada padanya. Apakah moral beliau masih boleh dipertahankan hanya kerana mendedahkan rahsia yang "diamanahkah" kepada beliau sebelum ini?

Anonymous said...

asskum tuan,
saya sangat-sangat setuju dengan pendapat tuan bahawa orang jujur dan baik tidak akan dinaikkan pangkat dan sebaliknya mereka yang jahat akan naik pangkat tiap-tiap bulan. contoh yang jelas ialah Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Qaseh Bonda said...

Betul tu tuan, apalah sangat kita ni nak menghukum Musa sedangkan Nabi ampunkan umat.

Bab Musa bersalah ke tidak masa bekerja itu hak Allah utnuk menghukum bukan hak kita yang nak memandai-mandai menghitung salah orang, salah kita???

Setuju sangat dengan contoh Salleh Kamil.Katanya...diluar filem pun ke mana saja dia pergi dibenci orang. Ada yang sampai meludah bila nampak muka. Kesal juga sebab tiada ada anugerah bagi pelakun lelaki jahat..

Begitulah hebatnya P.Ramlee mengasah bakat. Macam tu jugaklah pada kerajaan kita. Jahat baiknya ketua dibentuk oleh menteri masing2.

Matlamat P.Ramlee mendidik masyarakat dalam lakunan. Tanya sama menteri, matlamat jadi menteri, untuk apa sebenarnya...

Dah lama dah menteri tu semua pakat pusing sana, pusing sini menyusahkan kerajaan dan rakyat jelata. Dari kementerian sini ke kementerian sana berpusing-pusing sampai masing-masing sanggup tunggu sampai mampus.

Musa Hassan sekarang membantu mengenakan tembakan satu persatu.Pakat liat sangat nyawa masing-masing akhirnya rebah dek peluru anak buah.

Syabas Musa Hassan...tunjukkan yang pesara pun boleh berperanan macam anak jantan. Jangan jadi pondan.

Anonymous said...

musa hassan bekas igp..dan mempunyai ases kepada maklumat SB..walaupun telah bersara...mungkin maklumat dari SB,mengatakan pakatan rakyat akan menang pru 13..

Oleh itu beliau mengambil langkah pertama untuk menyelamatkan diri dari di tuduh dan di bicara atas kesalahan semasa menjadi igp...

KODIANG said...

Siapa yg tidak kenal Musa Hasan?Lakonannya sinonim dg pelakun Saleh Kamil.Lakonan kedua bintang ini membuatkan penonton benci dg karektor mereka.

Saleh Kamil dibenci oleh penonton dalam filem Melayu.Musa Hasan pula dibenci oleh seluruh penduduk Malaysia.Musa Hasan terkenal dg lakunan mengusung tilam dari Tivoli Villa (TV)
.

Sebutan tahun dibina TV pun salah,sebut semulapun masih salah, masih diterima oleh Paul Agustine yg terkenal dg "Irrelevant" yg telah meninggal dunia.inilah Hakim yg lop sided dlm mengendalikan kes DSAI.

Upah dari mengusung tilam itu, Musa telah dinaikkan pangkat ke IGP. Jika Musa telah sedar akan kesilapannya sebelum ajal menjemputnya, lebih afdal Musa menceritakan Kes DSAI yg sebenar!

Rahim Penyagak telah didapati salah oleh Mahkamah!Bagaimanapun Rahim telah dihadiahkan tanah 1000 ekar oleh Madeiyy.

inilah masa dan ketikanya Musa Hasan mesti berani tampil ke hadapan menceritakan hal sebenarnya yg berlaku.Jika Musa Hasan berani menceritakan perihal laku Hishamuddin Husein Onn.Apa salahnya menceritakan tentang Madeiyy yg telah menyumbat DSAI ke Sg Buluh.Skrip cerita ini lebih menarik lagi! Go Musa go......

Cerita DSAI itu menyebabkan UBN tersembam dan tersungkur dalam PRU 13.Inilah yg dinantikan oleh semua penduduk Malaysia.Sudah pasti Musa Hasan diangkat jadi hero yg sebenar! Musa boleh diberikan senatorship bila PR memerintah nanti.


KODIANG

andah said...

Kalau Musa nak bertaubat tu bagus juga tapi tolonglah ceritakan kisah usung tilam yang sebenar. Nanti boleh cikgu Bard bukukan dan jadikan satu topik dalam mata pelajaran sastra.

Cahaya Qalbu said...

Masalahnya,, bukan tak boleh menerima kebaikan dan memaafkan Musa tetapi diMsia pimpinan UMNO bermentaliti diktator. Whistle-blower akan dikenakan pelpagai tekanan dan tindakan sekiranya tiada kabel yg betul2 kuat dengan pemimpin2 kuku besi UMNO.

Telah banyak contoh kita lihat seperti SUARAM, Bala,Rafizi malahan Razak Baginda pun cabut lari kerana takut & tidak yakin dgn pemimpin2 UMNO yg akan menikam kawan sendiri apabila terdesak.

DSAI,, mantan TPM Msia pun kena bedal apabila tidak bersama UMNO, termasuk pemimpin2 PR lain yg pernah di ISAkan.

Oleh itu,,apa yg Musa dedahkan akan memberi banyak reaksi dan teori terhadap pendedahan beliau kerana setakat ini pemimpin2 UMNO hanya berdiam diri, mencerminkan ada kuasa besar dtambah dgn kuasa duit yang banyak dibelakang Musa


Kita tunggu & lihat perkembangan seterusnya tetapi tidak mustahil Musa adalah henchman Team 3M iaitu Mudin-Sembab, Madey A/L Yanadey & Mukh-Botak..

Anonymous said...

Salam Pak AA.

Apa sahaja kenyataan/pengakuan TS Musa Hassan hampir musim pilihan raya PR13 dan pada bila2 masa pun jangan diambil peduli. Pakatan Rakyat tidak akan untung dan BN tidak akan bertambah rugi.Tindakan Musa Hassan sekarang adalah untuk menyelamatkan diri sendiri, itu sahaja.

Musa Hassan seperti Hassan Ali akan hanyut dalam ingatan rakyat ,tunggu dan lihat selepas PRU13 apa akan jadi kpd mereka.

tebing tinggi said...

Hanya orang yang beperinsip sahaja tidak mudah diperlakukan.

Apa yang diperkatakan olih Musa memperlihatkan kelemahan keperibadianya sendiri dengan membenarkan diri diperguna bagi kepentingan yang menyongsang tangong jawabnya.
Begitulah kalau tidak beperinsip dalam kehidupan, koboupon yang dicucok hidong pon ada kalo tak mau dek megikutnya, Aden rontap pon tak mau dio.

Waris said...

Ini semua kerja Allah.... perancangan Allah adalah yang terbaik. Kami rakyat malaysia juga tak sbar2 utk mengetahui cerita sebenar tentang 2 ekor anggota polis yg suka2 membunuh altantuya.

Kenapa mereka membunuh qltantuya tak pasal2? Siapa yg upah utk bunuh? Itu yang penting...

Md Tanjong said...

setakat ini ulalasan sdr aspan cukup menarik.........

Anonymous said...

Musa hasan? Nama yg boleh jadi laba atau bala kpd pakatan? Itu isu yg menarik. Tapi jika beliau bercakap apa benar dlm isu scorpene ia lebih menarik..

Anonymous said...

tuan
Biar dia beritahu siapa yang arah 2 ekor mamat polis tu bunuh atantuya barulah dia diterima dan dipercayai.

Anonymous said...

Saya bersetuju dgn saudara cahaya qalbu.

Anonymous said...

http://jalanpulang1978.blogspot.com/2012/12/panas-mat-zain-kata-musa-hassan-cuma.html?m=1

Anonymous said...

As-salam Mat Toron...

Terlanjur aku ternampak komen hang ni, aku nak tanya apa dah jadi dengan g3a...

Kandis dah tutup kedai ka?

- Pertanyaan dari KetuaNanMamak -

Anonymous said...

betul apa yang bekas ketua polis negara perkatakan.sekarang ini ramai gangster yang semakin berani melakukan jenayah sehingga boleh menyebabkan kematian.mereka ini semakin ganas kerana dibelakang mereka ada orang yang berpangkat besar didalam politik dan polis yang menjaga mereka.sy tetap akan menyokong bekas ketua polis negara.