05 March 2013

Benarkah negara kita selamat?

Kalau difikirkan sedalam-dalam apa yang berlaku di Sabah sejak tiga minggu yang lepas dan hasilnya (kematian lapan orang anggota keselamatan) yang kita terima, kita sedang berada di dalam keadaan yang begitu ‘crucial’. Masalah bagi kita pula dalam menghadapi isu seperti ini, kita tidak dapat memberikan komen kerana pihak kerajaan akan menjawab yang isu keselamatan seperti ini bukannya orang awam seperti kita untuk membuat komen.

Tetapi dalam keadaan sekarang rakyat berhak untuk memberikan komen-komen kerana negara ini adalah hak rakyat dan merasakan keresahan dengan tahap keselamatan negara kita yang tercinta ini. Rakyat yang begitu lantang mengkritik tentang kelalaian kerajaan tentang pendatang asing ini tidak digemari oleh mereka yang membawa masuk mereka (pendatang asing) ini dahulu.

Rakyat merasakan tindakan membawa masuk pendatang asing itu sebagai satu pengkhianatan kepada negara tidak disukai oleh pihak yang mahukan pendatang asing itu berada di sini kerana politik dan kepentingan peribadi mereka. Bak kata perpatah ‘sudah terantuk baru hendak mengadah’ itu benar-benar terjadi. Tidak salah lagi pandangan orang ramai yang tindakan pimpinan negara memberikan kad pengenalan kepada ratusan ribu rakyat asing di Sabah dahulu merupakan satu isu keselamatan kepada negara kita.

Pencerobohan yang dilakukan oleh pengikut Sultan Sulu itu adalah pencerobohan yang dilakukan oleh mereka yang kita kenali. Malahan ketua kumpulan penceroboh itu adalah anak menantu kepada salah seorang ketua cawangan UMNO di Sabah dan seorang lagi penceroboh itu adalah Besan kepada seorang lagi ketua cawangan UMNO di negeri bawah bayu itu.

Pasukan Polis kita tidak pula kekemampuan untuk berhadapan dengan kumpulan bersenjata ini mungkin kerana tidak ada pengalaman berhadapan dengan situasi sebegini. Setakat ini PDRM hanya berpengalaman berhadapan dengan rakyat sendiri yang tidak bersenjata seperti peserta rally Bersih dahulu sahaja. Kalau dengan rakyat sendiri yang lemah dan tidak bersenjata Polis kita menunjukkan garang mereka yang hebat-hebat.

Pencoroboh ini mungkin mempunyai kad pengenalan negara kita juga dan tempat mereka mendarat itu merupakan tempat yang mereka begitu ‘familiar’ dan bukannya tempat yang asing bagi mereka. Mereka begitu mengenali selok belok Lahat Datu, Kunak mahupun Semporna dan tidak menjadi masalah bagi mereka untuk bergerak secara mudah jika mereka melakukan pencerobohan.

Apabila ‘incursion’ ini berlaku satu perkara yang menjadi kehairanan bagi banyak orang awam yang memerlukan perlindungan pihak keselamatan kita bertanya, ‘kenapa Polis pula yang mengendalikan isu ini, kenapa tidak tentera kerana ini melibatkan ‘invasion’ orang asing dan kenapa begitu mudah nyawa anggota keselamatan kita melayang?’ Rakyat bertanya lagi kenapa tunggu sampai hampir tiga minggu untuk bertindak?

Apakah sebabnya begitu ramai anggota kita yang mati untuk berhadapan dengan hanya 200 orang penceroboh ke negara kita ini. Berapakah jumlah korban yang terpaksa kita alami jika seribu orang yang menceroboh? Secara matematiknya jika dua ratus orang penceroboh kita terpaksa mengorbankan 8 orang maka jika seribu orang yang menceroboh adakah kita terpaksa mengorbankan 40 orang?

Kenapa Najib tunjukkan sangat kenaifan beliau semasa memberikan sidang media tentang kematian anggota kita sedangkan beliau telah menjadi Menteri Pertahanan selama banyak tahun dulu? Kenapa Najib boleh berani bercakap yang anggota kita telah tertipu oleh musuh yang telah mengangkat bendera putih (menyerah) dan menembak anggota kita semasa anggota kita menghampiri mereka yang sudah mengangkat bendera putih itu?

Kata-kata Najib itu menampakkan sangat kenaifan beliau dan kata-kata beliau itu didengar oleh orang ramai, samada orang tempatan atau masyarakat antarabangsa. Tahukah Najib jika musuh itu yang mengangkat bendera putih adalah satu SOP (Standard Operation Procedure) yang pihak yang mengangkat bendera putih itu meletakkan senjata dan bergerak kepada pihak kita, bukannya kita yang bergerak kepada mereka?  

Tetapi dalam kes ini Najib mengatakan yang anggota kita yang pergi menghampiri mereka yang mengangkat bendera putih itu. Bukankah ini membayangkan yang kita tidak mampu untuk memahami perkara yang mudah dan persoalannya bagaimana kita hendak mempertahankan negara kita jika kita diserang oleh musuh yang mempunyai senjata yang banyak dan bersama dengan persenjataan yang canggih?

Salahkah kita rakyat awam ini merasakan yang kita akan ‘crash even before taking off’ jika kita diserang oleh negara jiran yang mempunyai persenjataan yang canggih? Jika kita tidak tahu untuk mengendalikan kumpulan musuh yang menyerah diri bagaimanakah pihak kita hendak berperang dalam peperangan yang besar jika ia berlaku kepada negara kita?

Sekarang baru kita sedar yang selama ini pihak musuh telah bersedia untuk melakukan serangan terhadap negara kita dan kelalaian kita selama ini tidak membolehkan kita menyalahkan pihak mana-mana selain daripada menyalahkan diri kita sendiri. Walaupun ramai rakyat merasakan yang mereka tidak mempunyai tahap keselamatan yang kukuh, tetapi kita setiap hari dijanjikan dengan jaminan untuk mendapatkan tahap keselamatan yang baik oleh pimpinan kita.

Sesungguhnya apa yang dirasakan oleh ramai rakyat kita selama ini sudah kita rasakan sekarang ini. Kita tidak mempunyai tahap keselamatan yang sebenarnya. Itulah sebabnya jika orang ramai mengkritik tentang bahayanya di sempadan negara itu jangan dituduh rakyat dipergunakan oleh pihak lain kerana politik. Sekarang jelas isu rakyat Sabah yang mempunyai dua kad pengenalan ini benar-benar memakan diri kita sendiri. Jika rakyat asal sendiri mempunyai perasaan tidak sayang kepada negara kita masakan kita boleh menyandar harapan kita kepada pendatang yang kita berikan kad pengenalan itu?

Sekarang semua pihak yang bertanggungjawab cuba mengelak daripada mengambil ‘accountability’ terhadap kelalaian pimpinan selama ini. Mereka yang bertanggungjawab hanya bermain politik dan menuduh Ketua Pembangkang yang mendalangi pencerobohan ini dengan mengambil kononnya ada laporan yang diterima dari pihak asing, khususnya di Filipina.

Pihak kerajaan hari ini menggunakan kesalahan sendiri untuk mengalihkan kesalahan mereka kepada pihak pembangkang dan mereka masih ada masa untuk bermain politik kotor semasa kita sedang menunggu kedatangan pilihanraya umum ini.

Itulah sebabnya kita sepatutnya tidak memberikan keyakinan kepada mereka yang bercakap bergegar-gegar dan mereka yang siang malam mencium keris untuk menunjukkan kepahlawanan mereka sedangkan sekarang terbukti yang selama ini kita ditadbir oleh ‘faked leadership’ yang penuh dengan kepalsuan dan kekeliruan.

Sesungguhnya apa yang berlaku di Sabah sekarang ini akan membawa implikasi yang besar jika kita tidak mengendalikannya dengan betul. Kita tidak boleh lagi leka mendengar janji-janji keselamatan untuk kita lagi. Kita sendiri wajar melakukan usaha keselamatan ini.

31 comments:

Amuraria said...

parti pandi kutty sekutu apco akan berhelah sedaya mungkin untuk langsungkan kuasa ! ABU jangan lupa !

Anonymous said...

Najib salahkan pembangkang seolah2 kuasa menjaga keselamatan adalah pemimpin pembangkang yg belum berkuasa.

Anonymous said...

Inilah akibat dari kenaikan pemimpin disebabkan oleh rasuah bukan kerana perjuangan yg berteraskan kepada prinsip2 kepimpinan yg sebenar.

Pemimpin yg ada lembik, penakut, cuai, lemah, tidak cekap, tidak amanah, tidak bersih, tidak mampu, ragu2, keliru,tidak petriotik, dayus, menzalimi rakyat, membodohkan rakyat, mebunuh pemimpin yg karisma tinggi dgn cara rasuah politik, berfikiran rendah, mejadikan
PATI warganegara utk undi UMNO tanpa mejaga kepentingan keselamatan negara, berpura2 menjaga negara, berpura2 sedih menangis masa perhimpunan umno sebenarnya nangis kerana temberang pemimpin umno rakyat dah tahu dan faham, nangis lerana kuasa nak hilang tak boleh mewah2 lagi macam masa berkuasa duit rasuah banyak.

Anonymous said...

Mana Ibrahim Ali? Woi? Mana Ketua Pemuda UMNO Khairi? Keluar lah...mana pejuang-pejuang mamak dari Pulau Pinang?? Cium keris panjang?
Mana lagi pembela-pembela negara? Rela korban nyawa...mana woi?

tebing tinggi said...

Aden ado perkojo asing dok jago kobou Den,kalau tidak siapo nak bagi kobou Den makan.
Asalkan kobau Den terjago Aden poduli apo ,lagipon yang yang membawak pekerjo ni bukan kojaan ,ado hantu yang bawak masok bedasarkan pomintan sotempat.

Anonymous said...

Hishamuddin dlm kenyataanya gerombolan yg menceroboh di Lahat Datu bukan Militan dan bukan Penganas......

Ini ayat apa yg Hishamudin bagi kepada rakyat ni....

Hishamudin naik jadi orang besar UMNO kerana Bapa dia Hussin Onn bagi jawatan PM kepada Mahathir. MAKA giliran Mahathir pula balas budi naikkan Hisham bakal PM. Ini lah cara dan proses jadinya Pemimpin di Malaysia bukan kerana karisma dan kebolehan tapi kerana BUDI.

Anonymous said...

Tuan Aspan,
words " faked leadership" cukup kena dengan maksudnya.
Rakyat memang kecewa dengan apa yang berlaku.

Anonymous said...

DULU MALAYSIA MELATIH MNLF YANG DI BIAYAII LIBYA/GHADAFI. SEKARANG ISTIHAR PERANG DENGAN ANAK MURID DAN RAMAI TERKORBAN.


PEJUANG MORO BUKAN AL MAUNAH ATAU MEMALI. SEDANGKAN KERAJAAN FILIPINA DENGAN BANTUAN USA PUN BELUM DAPAT MENGHAPUSKAN MEREKA.

MANA MUNGKIN MALAYSIA AKAN SELAMAT. MEREKA PUNYA UPAYA BERTINDAK BALAS MEMBAWA PEPERANGAN INI KA MALAYSIA SEMENJAUNG . APATAH LAGI RAMAI YANG MEMILIKI MYKAD YANG DI TAJAKAN OLEH UMNO. MEREKA BOLEH MENAIKI AIR ASIA TONY FERNANDES MENDARAT DIKLIA BILA2 MASA SEKARANG ATAU MASA HADAPAN.TONY FERNANDES INI BODOH TELAH MELIBATKAN AIR ASIA.

RAKYAT MALAYSIA PERLU BERDOA BANYAK2.

nick said...

Looking back at the 3 decades of UMNO Baru rule, we have never been safe or more to the fact prosperous and thriving. In fact we Malaysian, are nothing more than slaves to Mahathir and his cronies, who consider us nothing more than the means to plunder the wealth of the nation. Under mahathir and UMNO, how many innocent lives were sacrificed to satisfy their lust for power and wealth? How many innocent villager and muslim to boot were killed mercilessly in Memali and without justification too (and worse even after being murdered they were slandered to no end)? Didn't hear at that time the need to hold peace talk with those muslim villager armed only with parangs, bamboo stick and cangkul!

And how many innocent lives were lost in the black hole of police lock up and the haunted office of SPRM? If we were to count the number of innocent rakyat murdered by UMNO and by Mahathir, we surely would come to the realization that we are living in a country that does not care about the lives of its citizen. A country where the rich and powerful are protected and the ordinary slaves the likes of me and you are expendable and more importantly worthless to them (UMNO and Mahathir) unless it's time to get our votes during buy election or GE.

Yes, we are not living in a safe country simply because the police are busy playing bodyguard to the powerful and the rich and as for the ordinary folk.."pandai2 lah nak hidup dan kalau kena ragut atau rompak, itu adalah nasib malang kita" and don't expect any sympathy or responsibility coming from mahathir's UMNO and their lackey "personal bodyguard" who are charged with the security of this nation!

The Lahad Datu incident is a reminder telling us or actually warning us that it's about time that we take our security matter into our own hands! And how can we do that, you may ask? It's simple! By kicking Mahathir's UMNO out of office and into the landfill of history. Let's bury the criminal entity that is UMNO Baru, once and for all. Once UMNO Baru is dead and buried, Mahathir and his family and cronies will follow suit. ABU them and we will be living in a safe and peaceful country. Try it! What have we got to lose except being used and manipulated by Mahathir and his band of thugs!

Nick.

Anonymous said...

Kerana BUDI tergadai ibu pertiwi.....JOM TUKOR....INI KALILAH...

matpenang said...

Pak Aspan,

Bayangkan kalau ada insiden berlaku antara malaysia dan indonesia. Depa tak payah hantaq tentera. Dalam negara dah melimpah. Masa tu nak bom guna sukhoi pulak kot?

aMalaysian said...

Sir, as we secure the situation in the eastern coast of Sabah, we have to remember that this situation is a long term one. Their children's children will remember what this government had done to their fathers and brothers. There is a need to also bring some stability to the lives of these remember even as there were reports of promises not kept or promises make at whim and fancy.

The security of the region is one. They can still make incursions and all kinds of guerrilla attacks on our territory. Do what another prolong war that suck the wealth of this country? Should our options of response be hardline only? If it is only hardline only, then Malaysia will never be secured even in Kuala Lumpur. We will be scared even of our own shadow eventually.

Regards

master said...

Mahathir dan Anwar sama-sama salah dalam isu Sabah. Buat pertama kalinya isu keselamatan dari ancaman luar akan jadi isu pilihanraya. Rakyat Sabah dan Malaysia setakat ini berpuas hati dengan Najib dan prestasi anggota keselamatan negara walaupun ada kelemahan. Boleh direformasi dan diperbaiki. Kalau Anwar jadi PM bagaimana pula dia menyelesaikan konflik ini yang terkenal dengan diplomatik nya yang maha tinggi. Mujur Mahathir masih hidup. Kemenangan Pakatan Rakyat ditangguhkan. Semenanjung boleh tambah dua tiga lagi ..

Alam Flora said...

As Salam Tuan Aspan,

Memang Militan Sulu ini datang dari Gugusan Mindano dengan hanya 200 orang sahaja. Tatapi suku sakat serta pengikut mereka di Sabah yang telah mempunyai IC adalah hampir 500 ribu orang. Mereka ini adalah seperti bom jangka atau jerangkap samar yang sentiasa bersedia untuk diletupkan bagi menagih darah anggota keselamatan.

Jika tentera Amerika yang beroperasi di Afghanistan begitu sukar untuk mengenal atau menjejaki gerakan Taliban kerana rata-rata semuanya berjanggut dan hampir sama dengan orang awam maka begitu jugalah situasi yang akan dialami oleh pihak keselamatan PDRM dan ATM yang telah dihantar ke Lahat Datu dan Semporna.

Percayalah, pihak Militan Sulu ini telah lama merancang untuk pendudukan tersebut berbanding pasukan keselamatan yang 100% dikawal dan dikerah oleh ahli politik (termasuk KPN dan Panglima ATM yang dilantik dan disokong oleh ahli politik bagi jawatannya), apa sahaja yang disentuh oleh para pemimpin munafik UMNO, maka kemusnahan akan berlaku.

Kadangkala ianya seperti petunjuk dari Allah untuk melihat segagah mana kekuatan pasukan keselamatan kita sewaktu membelasah peserta Bersih2 yang hanya berbekalkan air mineral dan sehelai kain tuala berbanding Militan Sulu yang dilengkapi Colt M16 dan senjata bantuan GPMG.

Akhir kata, malangnya rakyat negara ini kerana dipimpin oleh individu yang jahil, baghal, penipu dan munafik besar. Sekiranya aku diperlukan untuk berjuang semulapun bagi mempertahankan tanahair, aku tidak rela mati dibawah kepimpinan Bapa Munafik ini.

Anonymous said...

" Benar kah negara kita selamat? "
Inilah script yang sedang dimainkan pembangkang

You invade, i will tell sabahan they are not safe

Anonymous said...

It's payback time.
Rakyat Sabah yg jadi salah satu sebab BN menang PRU lepas.
PDRM yg tunjuk samseng,bongkak,berlagak dan kejam kpd rakyat yg tidak bersenjata yg mahu Pilihan Raya Bersih.

Apa pun takziah kpd keluarga yg terkorban dlm trajedi yg tak sepatutnya berpanjangan sehingga kini.
Thats what happened when you let idiots vote another idiots to run the country.

Makrifatullah said...

Minta rakyat nilaikan sendiri tentang ic yg menjadi isu d Sabah dan d seluruh Malaysia..apakah anda semua setuju???
Minta semua terlibat dr PR NGO dll memberi perhatian serius tahap tertinggi akan isu ic biru yg x betul d keluarkan ini.Sayang atau tidak pada negara anda.Minta Kerajaan yg hampir tamat tempoh menjelang berakhir nama sbg kerajaan..mahukah anda membaik pulih nama anda sebelum PRU 13?Nampaknya tindakan yg berlaku kearah menjatuhkan reputasi anda sendiri dan membangkitkan kedudukan pR pd tahap yg selesa dan pilihan altenatif.Lebih baik anda jgn membuat fitnah pd pembangkang dan tngani iau d Sabah tanpa menampakkn kekurngan..kami rkyat amat memerhati tingkah laku anda.

Anonymous said...

ANAK Benigno Aquino kata Arroyo terlibat dalam kes pencerobohan Sabah.

ANAK Razak kata DSAI terlibat sama dalam perencanaan pencerobohan Sabah.

INILAH KUALITI PEMIMPIN GENERASI KEDUA, IAITU ANAK2 KEPADA MEREKA2 YANG TELAH DIBERI TEMPAT UNTUK BERKUASA OLEH BEKAS PENJAJAH.

Siapa penjajah2 itu?

Kalu tanya PROF Ramlah, dia kata mereka bukan penjajah!.

Anonymous said...

Bayarlah yang setimpal dengan nilai dollar $5300 tahun 1906, bukan hanya RM5300 setahun.

On 22 April 1903 His Majesty Sultan Jamalul Kiram signed a document known as "Confirmation of cession of certain islands", under what he either grant and ceded or leased additional islands in the neighbourhood of the mainland of North Borneo from Banggi Island to Sibuku Bay to British North Borneo Company. The sum 5,000 dollars a year payable every year increased to 5,300 dollars a year payable every year.

http://bruneiresources.blogspot.com/2012/08/british-trade-dollar-in-brunei.html

Kalau $1 tahun 1906 = RM300. Maka $5300 x RM300 = RM 1 590 000.

Setara dengan gaji sultan serta kerabat melayu. Dapatlah mereka menjaga kebajikan keluarga mereka yang besar.

http://www.erapasca.com/2012/11/gempar-gaji-agung-perdana-menteri.html

Jangan dikhianat perjanjian.

Orang Seremban said...

Tuan Aspan,
Projec IC Mahathir telah menunjukkan hasil.Konon nak menang pilihanraya sekarang dah jadi masalah keselamatan negara.Yang mati polis yang menurut perentah.Mana Mahathir,Aziz Samsudin,Haris Salih tolong jawab.Yang kena bunuh etnik Sulu,ramai lagi saudara mereka (lk 300K)takkan tak terasa apa.Umno dan Bn macam mana nak atasi ini.Mahathir umur dah lebih 86 dan akan mati tak lama lagi tetapi dia telah meninggalkan bom jangka kepada rakyat Sabah dan Malaysia amnya.Percayalagi lah dengan Umno dan BN..

X UMNO said...

Najib dan Muhyiddin menyalahkan PKR.Anwar dipersalahkan. Sekarang dah terbalik.Gambar Najib dibakar di Manila oleh suku Suluk depan kedutaan Malaysia. Sultan Sulu menafikan Anwar terlibat sebalikn ya Najib berjanji nak beri tanah kpd org-org Suluk. Sebab itu geng gerila Abu sayaf telah mendarat dg perahu pancung. Sekarang sudah Ketahuan siapa pelesit yg sebenar! Mana geng-geng Polis pencen, Askar dan pelbagai pihak tambahan lagi dan lebih-lebih lagi UMNO?? Mereka semua kena telah balik kahak mereka! Dari sini kita boleh melihat bagaimana TV Perdana memain isu Lahad Datu yg memihak kpd UMNO. Sekarang semua dah senyap.

TV boleh main peranan political mobilisation dg memaparkan muka-muka mereka yg kondem Pembangkang.Orang UMNO, Keturunan Madeiiyy mamak nasi kandar Penang jg ceritalah...Orang-orang kita kurang membaca lebih-lebih lagi bagi mereka yg berumur 50 ke atas!

Dari pengalaman Suluk di Sabah kita mesti berwaspada dg langkah-langkah demikian :
1. Jangan benarkan mereka bekerja sbg Polis atau Askar.
2. Jangan kita biarkan mereka bekerja di ladang sawit kita.Kes Lahad datu kerana org Suluk tidak puashati kerana tidak mendapat 100 ekar lagi dari FELDA sbg tambahan dari apa yg ada. Mereka telah mendapat 30 ekar atas sokongan Najib.Bila tidak dapat 100 ekar maka org Suluk telah bawa masuk gerila tausug dari kepulauan Selatan Filipina-tawi-tawi ,Pahlawan, Bohol,Zamboanga
3. Tarik balik Mykad biru dan hantar orang-orang Suluk balik ke Filipina.Org Suluk ini tidak payah nak berbuat baik.Mereka ini ibarat anjing!.Melepas Anjing tersepit!
4. Tidak ada lagi hubungan kita dg suku sakat Kesultanan Suluk.Aquino sendiri tidak mengitiraf kesultanan suluk.Tidak ada bantuan kemanusiaan lagi kpd Mindanoa State University.Kita putus hubungan dg berkerat rotan dg orang-orang Islam Suluk Mindanao.
5. Jangan biarkan orang Suluk mendarat di perairan Sabah. Tengah laut lagi TLDM kita menembak mereka yg menceroboh Sabah!

Kita nak ajar Sultan Sulu dan Nur Misuari supaya mereka kenal siapa kita!


X UMNO

Anonymous said...

Nak ketawa bang!

ada sorang mamat ngaku dia PENASIHAT Sultan Sulu.

Mamat ni kata, sultan sulu yang orang2 pakatan baik sultan tipu.

Tapi dia tak sedar sultan yang dia dampingi tu pun chap tipu jugak.

http://suasanapolitikmalaysia.blogspot.com/2013/03/krisis-lahad-datu-komen-bekas-penasihat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+SuasanaPolitikMalaysia+(Suasana+Politik+Malaysia)

Nak tahu siapa pewaris sah Sultan Sulu, bacalah buku 'Tausug' tulisan asrimoro.

http://addin77.blogspot.com/2013/03/gambar-pertemuan-zahid-hamidi-dengan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+addin77+(addin77)

asrimoro adalah penulis yang hadir dalam perjumpaan ini.

Anonymous said...

Dalam buku 'Tausug', asrimoro perincikan kesemua persejarahan kesultanan Sulu. Sultan pertama adalah Sultan Syariful Hashim @ Sayyid Abu Bakar. Apakah hubungan mereka dengan Kesultanan Brunei??. Sultan Sulu berasal dari keturunan Ahlul Bait Rasulullah saw.

Mereka semua memerintah mengikut peraturan yang ditetapkan di mana kuasa bukan milik peribadi tetapi milik kerajaan/kesultanan.

Namun kemanakah hilangnya Harta Perbendaharaan Kesultanan Sulu itu selepas kemangkatan Sultan Jamalul Kiram-11 pada tahun 1936?

Bacalah buku ini. Anda akan kagum

Anonymous said...

Patutlah tiap2 kali umno berkempen mesti selitkan isu keamanan ,dan sering kali libatkan pembangkang contohnya jika pembangkang yg memerintah kononnya kita tidak lg aman.....kadang2 terfikir juga mengapa isu ini sering dilontarkan dan sekarang mungkin saya dapat sedikit pencerahan dari apa yg saya fikirkan selama ini mungkin inilah cara atau ugutan utk menakutkan rakyat supaya kuasa pemerintah terus kekal dlm genggaman mrk....kata2 pemimpin umno sebelum ini yg kita pernah dengar, kita akan pertahankan putra jaya walau apa jua caranya (lebih kurang camtu)...dan lg biar putih tulang jgn putih mata.... Ini membuktikan kpd kita bahawa mrk sanggup melakukan apa saja demi utk terus berkuasa....

Anonymous said...

Satu lagi buku yang wajib kita baca untuk tahu sejarah Sabah-Filipina adalah 'Tuntutan Filipina ke atas Borneo Utara' oleh Nik Anuar Nik Mahmud.

Peranan 'diplomatik' British selepas Sepanyol gagal menakluk Sulu dengan bala tentera amat jelas dan nyata. Hari ini kita yang jahil sejarah dan merupakan 'hasil' kerja ratusan tahun pihak penjajah sudah berbunuhan sesama sendiri.

Dalam buku 'Tausug', asrimoro ada sertakan DUA lampiran:

a) Seorang perempuan berbangsa cina yang berasal dari Jolo bernama Madge Kho ada menitipkan persejarahan Sulu sejak Jan 1878 sehingga Jun 2000.

dan b) 'Incident in the Phillipines & the War Prayer' oleh Mark Twain.

Cuba baca kedua-dua lampiran ini dan tanya diri kita sendiri samada wajar kita memusuhi sesama manusia?

Cuma ramai yang mengaku waris Kesultanan Sulu yang telah diasaskan oleh para alimin dari kerabat Rasulullah saw JAHIL tentang asal usul mereka. Mereka wajib balik kepada agama Islam jika mahu mulia semula. Itu janji Allah swt, itu saja

Namun adakah sesiapa yang terlalu pandai lagi licik yang telah mencucuk serta meyakinkan mereka untuk kembali dan menuntut haq dengan menggunakan senjata?

Atau mereka sendiri terlalu yaqin dengan ilmu ciput lagi jahil itu??

Sesungguhnya Allah swt saksi kepada segala-galanya!!

Anonymous said...

Who is Sultan Jamalul Kiram 111? Sultan Jamalul Kiram 11 has NO SON. He has many daughters. Kiram 111 is just a foster son of Kiram 11. Hence his son Rodinood Kiram is also a fake sultan sulu.

This is the crux of the matter

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/kiram-iii-is-a-fake-sulu-sultan-says-family-insider/

To justify this MI article, please read page 133-135 of 'Tausug' by asrimoro.

Anonymous said...

Kenapa umno berkawan dengan mereka2 yang palsu? ramai ada. Aziz Shamsudin, Shafei Apdal, Lokman

http://duniacacamarba.blogspot.com/2013/03/gambar-umno-bersama-sama-dengan.html

Maka mereka pun 'datang' menuntut segala yang dijanjikan??

ATAU ini matlamat akhirnya??

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/military-action-against-sabah-invaders-may-boost-bn-support-in-ge13/

Benar?

Anonymous said...

Orang tua selalu lupa.....yang dia nampak benda2 depan mata kini sahajaaa.....

http://kadirjasin.blogspot.com/

tapi kita semua tak lupa. Dia ni membina nama dalam zaman Mahathir selaku PM yang banyak beri IC free!!. Masa tu dia tak lapur punnnnn!!!

Dia sebut sikit RCI 'persecution'. Nak bela kawan kaaaaa??

finaciallytwittering said...

Sir,

I am neither anti Malay nor anti Islam and DEFINITELY not a pendatang!

Anonymous said...


Apa-apa hal pun yang terjadi kepada Malaysia, yang susahnya ialah rakyat marhein. Nak cari makan susah, tapi pak-pak menteri ambil enteng terutama sibacul Hisapmudin. Dia ni takder kriteria dan kualiti pemimpin!!
Apabila direnung jauh-jauh, penyebab sengketa Lahad Datu ialah Si Celaka MAHASHIT@MAHATAIK. Celaka ni memang berhati kering, rakyat kesusahan kerana dia. CELAKA MAHASHIT!!!!!

Anonymous said...

kita nyanyi lagu ni sama-sama TANYA SAMA NAJIB APA SEBAB GOYANG NANTI JAWAB NAJIB SABAH NAK HILANG kita ulang lagi.....