02 March 2013

Tidak ada apa-apa yang ditakutkan jika kerajaan bertukar ganti

Seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat (AS) semasa ‘Datum Economic Forum’ di ibu kota semalam berkata pertukaran kerajaan dalam pilihanraya 2013 ini tidak akan menjejaskan ekonomi negara. Walau pihak mana pun mendapat mandat untuk mentadbir negara prestasi ekonomi negara tetap akan melalui kemajuannya secara natural.

Nouriel Roubini yang terkenal dengan ramalan-ramalan tentang pilihanraya berada di sini kerana menghadiri ‘Datun Economic Forum’ yang sedang berlangsung sekarang ini. Malaysia mempunyai asas keyakinan dan institusi yang tinggi dan peralihan kuasa itu tidak memberikan apa-apa impak negatif kepada ekonomi negara selepas pilihanraya itu.

Katanya di mana-mana demokrasi sekali pun tentunya akan ada tidak kepastian yang kecil tetapi ia selalunya akan pulih setelah polisi sesiapa yang mentadbir negara itu bertambah jelas dan ia akan hanya memakan masa yang sedikit untuk pemulihannya itu.

Sesungguhnya apa yang di katakan oleh ahli ekonomi AS itu sememangnya benar dan rakyat tidak perlu bimbang untuk melakukan yang terbaik untuk negara. Itu sebabnya kita memilih sistem demokrasi bagi rakyat memilih siapa dan pihak mana yang mereka lebih berkeyakinan untuk di berikan mandat dan kuasa itu.

Tidak ada satu parti atau kumpulan pun yang kekal untuk menjadi kerajaan dalam mana-mana demokrasi. Bertukar ganti kerajaan itu perkara dan fenomena biasa dan tidak sepatutnya ada halangan untuk proses demokrasi itu berlaku dengan mengadakan sekatan dan tindakan menghalang usaha pihak yang menyertai proses demokrasi itu berjalan.

Di negara kita BN telah mentadbir negara sejak merdeka dan ianya telah membawa satu budaya negatif yang telah di wujudkan oleh pimpinan BN itu. Rakyat telah begitu lama di dakyahkan yang pertukaran kerajaan itu seolah-olah satu jenayah tetapi keadaan itu sudah bertambah baik dengan kemajuan pendidikan dan penyebaran maklumat yang meluas di zaman teknologi informasi sekarang ini.

Keadaan dunia tanpa sempadan sekarang ini membuatkan rakyat bermaklumat dan tidak ada apa jenayah dan salah laku yang di lakukan oleh penyandang kuasa itu dapat di lindungi dari pengetahuan rakyat. Dalam masa beberapa minit sahaja seluruh masyarakat antarabangsa akan bersama-sama mengetahui apa yang berlaku di segenap pelusuk dunia yang tidak bersempadan ini.

Pembongkaran oleh PI Bala dua hari lepas telah di ikuti oleh puluhan juta rakyat negara dan masyarakat antarabangsa dalam masa beberapa jam sahaja segala pendedahan PI Bala itu di ketahui oleh semua.. Isu penglibatan Najib dan isterinya dalam isu pembunuhan Altantuya seperti yang di bongkar oleh Bala itu telah menjadi maklum kepada masyarakat antarabangsa dan tidak ada apa pun boleh menyekat dan melindungi tentang apa yang di bongkar itu dari makluman masyarakat yang sedang dalam pencarian sekarang ini.

Masyarakat tempatan dan antarabangsa ingin tahu bagai mana Razak Baginda merasa menyesal kerana tidak membayar Altantuya sebanyak 500,000 dollar sebagai komisyen dari pembelian Scorpene oleh kerajaan Malaysia beberapa tahun dahulu. Beberapa minit sahaja selepas PI Bala memberikan kenyataan tentang penyesalan Razak Baginda itu mayarakat umum telah mengetahuinya dan ini adalah kerana kemajuan teknologi maklumat.

Tuduhan Deepak tentang hubungan intim Najib dengan Flora Ong juga di ketahui umum di seluruh dunia apabila ahli perniaga ‘carpet’ itu membuat pendedahan tidak berapa lama dahulu.

Justeru apa yang di perkatakan oleh ahli ekonomi AS itu adalah perkara yang biasa dan tentunya perubahan kerajaan merupakan perkara yang lazim berlaku. Apa yang diperkatakan oleh Mahathir beberapa hari dahulu yang perubahan kerajaan itu tidak memberikan faedah itu elok kita biarkan sahaja.

Tentu beliau ada sebab beliau yang tersendiri kenapa beliau begitu takut tentang perubahan yang akan berlaku nanti. Tidak payah kita hiraukan kehendak beliau itu kerana kita mempunyai tanggungjawab yang lebih besar untuk negara, bukannya untuk kepentingan peribadi beliau semata-mata.

Rakyat negara ini telah sebegitu lama melindungi beliau dan tiba masanya bagi kita melindungi rakyat ramai pula dalam keadaan kita terpanggil untuk membawa perubahan kepada negara kita sekarang ini.

Jika semua pihak lakukan apa yang perlu, maka kita tidak perlu gundah untuk melakukan perubahan itu. Masih ada segelintiran yang takut untuk melakukan perubahan itu tetapi percayalah ketakutan itu ibarat ketakutan kanak-kanak untuk berkhatan sahaja. Apabila lalu pisau berkhatan itu segala-galanya akan menjadi baik.

Dalam tempuh tiga hari sahaja kanak-kanak yang berkhatan itu akan boleh kembali ke padang permainan untuk bermain seperti biasa.

Pertukaran ini pun begitu. Apabila bertukar sahaja kerajaan nanti, dalam tempuh beberapa ketika sahaja negara kita akan menjadi biasa dalam keadaan baru yang lebih baik dan memberangsangkan.

Semasa itu nanti, insyaallah kita akan berada di dalam suasana politik yang baik di mana setiap rakyat akan bersatu dengan kerajaan baru bagi melaksanakan tugas untuk terus membangunkan negara kita yang tercinta ini.

UMNO juga akan mendapat hikmahnya juga. Parti itu boleh lah tumpukan masa dan tenaga untuk memperbetulkan parti itu secara menyeluruh dan menjadi parti yang baik untuk masa depan siasah negara yang berkemajuan ini.

Rakyat juga mendapat hikmahnya dengan lebih besar. Sekarang rakyat tahu yang penentu kepada siapa yang di mandatkan untuk menjaga negara adalah mereka sendiri, bukannya UMNO.

10 comments:

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan Dan Pengunjung Blok;

Manusia tidak perlu takut akan perubahan kerana Allah telah mengatur dunia dan umatNya tentang dunia dan hidup tetap akan berubah.Kerana itu adalah ciptaanNya, manusia memperhambakan diri kpdNya sambil diberi akal untuk berfikir kepada penambahbaikan.
Hanya orang yang tidak menggunakan akal ke jalan Allah sahaja yg tidak dapat mengakui pemikiran yg diberi adalah untuk pembaikan hidup mereka(Kecualilah mereka yg menderhakai Allah SBW)

Saranan dr M mengenai perubahan pemeritahan tidak akan membawa apa2 faedah itu adalah pendapat beliau, kita mengamalkan demokrasi, semua rakyat berhak memberi pandangan mereka(kecuali demokrasimacuan umno bn, demokrasi bagi yg memerintah saja yg buat ikut nafsu mereka) tak perlu di dengar kerana ianya tak beri faedah kepada rakyat yg hendakkan perubahan,

Setelah 55 tahun memerintah, maseh ada jutaan rakyat yg perlukan bantuan untuk hidup, maseh ada rakyat yg tidak menimati keperluan asas dengan baik, masih ada yg tidak dapat makanan yg sewajarnya untukhidup, maseh ada yg pergi belajar mendapat pelajaran dan hutang yg terpaksa ditanggung sampai tua.
Sementara itu ada orang2 yg kaya raya kerana ada hubungan dan kaitan dgn orang2 yg memerintah(senang kata orang umno dan bnlah) Hidup berpoya2 bertukat siang menjadi malam dan malam menjadi siang. Membuat harta dengan merompak harta negara tak pernah cukup, tak pernah puas. Hidup berhukum hawa nafsu.

Dengan metukar kerajaan kita memberhentikan satu kerajaan yg menzalimi rakyat yg ada hari ini sejak sekian lama.
Kita tidak kerugian apa2(bak kata dr M tiada faedah) tapi kita telah memberhentikan satu rejim yg zalim dari terus berkuasa.

Sepertimana lumrah, manusia yg telah diatur olih penciptaNya,berubah kpd kebaikan akan tetap berlaku(walaupun yg MENGGANTI nanti tidak secerdik orang umno/bn -( ada lagi ke orang umno/bn yg cerdik? jika yg tinggal dlmnya hanya yg busuk hingga ke tulang sum2nya)

Yang penting rakyat Malaysia Wajib memilih kerajaan baru bagi menjamin masa depan anakcucu kita .

BERUBAHLAH SEKARANG.....Myi

Sr Azami said...

Abg Aspan
Tahniah tuan tlh melontarkan idea yg bernas & tepat.ulasan no.1 juga menyengat.Semoga ianya akan membuka
Minda kpd yg masih atas pagar atau ahli umno.Insafilah dan renunglah bait2 tulisan abg Aspan.

Teruskan tulisan yg terbaik & ade baiknya dibukukan & diedar sblm PRU13.

ahmadyani said...

Yang sebenar-benar takut ialah BN kerana peralihan kerajaan bermakna mereka tidak lagi dapat meraih keuntungan dan ketakutan terbesar ialah bila mereka akan dipertanggungjawabkan atas apa yang mereka lakukan selama ini.

Pok Li said...

Ekonomi tidak terjejas, kata oleh Dr Roubeni. Keselamatan dijamin terkawal oleh angkatan tentera, kata Jen (B) Ghafir. Apalagi yang ditakutkan oleh rakyat terutama segolongan orang2 Melayu bagi peralihan kuasa?

Pak Sheikh said...

The actual fact is that.... bagi umno bn,kalau sekadar bertukar kerajaan tanpa mendatangkan masalah bagi mereka TAK APA.

Masalah nya ia lah mereka ni iaitu di kalangan Pemimpin2 umno yg telah banyak melakukan kerosakkan di muka bumi MALAYSIA ni...dgn kes2 Penyalahgunaan kuasa,kes2 jenayah yg telah mereka lakukan...seperti PENGKHIANAT,PERASUAH,MEMBUNUH dn lain2 kes yg berat.

Ini lah yg menghantui diri mereka....buat SI BANGSAT MAMAK KUTTY MAHA FIRAUN, dia dah nampak akan mampus di dlm SG BULUH...NI la sebenar nya Si Bangsat punca kerosakkan di muka bumi Malaysia ni....Sorry to say la Ana dah nampak dah Najib,Maha Firaun dn seangkatan nya sedang memakai baju warna Oren dgn tertulis 'Tahanan Lokap'.....Ni la yg menghantui mereka sebenar nya.

Nak buat macam mana andai kata di takdirkan ALLAH swt...PR memerintah (InsyaALLAH muga di makbulkan Nya...AMEEN)Bangsat2 ni wajib di bicarakan....dgn seadil adilnya.

Umno bn telah banyak melakukan kerosakkan yg sangat memilukan ia mereka ni telah mengadai kan Bumi Malaysia ni di antara nya Tanah KTM pd Singapura dn dgn mudah Memberi Kewargaan pd org asing....INI SATU PENGKHIANATAAN YG TAK MAMPU kita maaf kan...memang Pemimpin umno ni BANGSAT.!!!!

Cukup la....mari lah kita tukar untuk kesejahteraan keturunan kita.....Sepatah kata Aspan.....'Its now or never'

Anonymous said...

Hishamudin kenapa tak hunus keris di lahad datu?

Anonymous said...

Najib kata rakyat selangor kema undi parti yang sama di pkt pusat. Tu pasal aku nak undi pr supaya putrajaya diperintah oleh parti yang sama dgm sngor,.haha

Anonymous said...

Menurut berita Malaysiakini edisi Inggeris: Berita semlm, jenazah dua komando Vat sudah tiba ke Subang dan sudah selamat dikebumikan. Hari ini seorang lagi sudah terkorban di Semporna

-LIVE DRILL anti demo sudah di buat di KK beberapa hari lalu

-Montri asik2 dok beri 'warning'. Dua hari lepas bagi kata satu. Semlm beri kata 1+1. Hari ni beri kata dua. esok pagi beri kata 2+1. Petang esok beri kata 2+2.
(Bila saya nengok orang pakai T shirt hitam ketat dengan jeans, saya teringat filem Sylvester Stallone tahun 1980'an dulu!)

-Kalu perhatikan seolah2 ada 'news blackout' oleh media dalam negara. (Berita yang kita dapat asik2 bersumberkan dari Manila.)

Bang, saya takut bang. Takut apa? Takut mereka akan kata TAK PERLU DIADAKAN PRU sebab ada huru-hara di Sabah!!!

nodin said...

Ye betul.. Tukar govt good for governance.. Ttp tidak kali ini utk anwar n geng pkr.. Bukan kali ini.. Bukan masa utk serah kuasa pf manusia yg x boleh dpercayai..Mungkin dmasa lain.. Dulu undi pr kali ni akan undi bn

nodin said...

Saudara pengarang. . Bagus kalu set comment approval auto