15 March 2013

Kalau tidak pandai jangan marah pada yang pandai

UMNO dan BN dalam bahasa yang paling mudah, boleh dikatakan sebagai puak yang sangat cemburu dan sakit jiwa dengan kemampuan orang lain. UMNO tidak boleh tidur apabila terfikir tentang apa pihak Pakatan Rakyat boleh lakukan selepas memenangi pilihanraya nanti (jika diizin Tuhan). UMNO telah diberikan mandat mentadbir negara sejak merdeka tetapi inilah hasil pengalaman mereka mentadbir selama lebih dari setengah abad itu. Apa pengalaman UMNO sejak tiga dekad yang lalu itu?

Pengalaman UMNO yang terbesar ialah untuk memusnahkan daya pemikiran rakyat khususnya orang Melayu. Oleh kerana terlalu lama mendapat mandat UMNO sudah percaya parti itu telah mengajak rakyat berfikir hanya UMNO sahajalah yang boleh menjamin segala-galanya. Tiada UMNO maka tiada apa-apa yang ada di negara ini. Nilai kekufuran yang dibina dan dibentuk oleh UMNO ini sememangnya tiada apa yang boleh dibandingkan dengannya.

UMNO pula membentuk keyakinan yang dalam UMNO sendiri tidak ada siapa yang boleh berfikir. Orang yang boleh berfikir di dalam UMNO itu hanya Dr Mahathir seorang sahaja. Semua ahli tidak perlu berfikir kerana semuanya telah difikirkan oleh Dr Mahathir bagi pihak semua ahli-ahlinya termasuk Perdana Menteri yang mewarisi kepimpinan daripada beliau. Ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO di setiap peringkat tidak payah bersusah-susah untuk memikirkan apa yang baik dan buruk untuk negara. Terima sahaja fikiran dan kehendak Dr Mahathir, dan mereka percaya negara akan selamat.

Bercakap benar dan berterus terang dalam UMNO adalah satu dosa dan kesalahan besar. Kalau bercakap benar maka orang itu akan diketepikan dan disingkirkan oleh UMNO. UMNO tidak perlu orang pandai dan bijaksana. UMNO hanya memerlukan ahli-ahli yang hanya setia kepada pucuk pimpinan dan jangan sekali-kali cuba untuk menunjukkan pandangan dan tindakan yang berbeza.

Siapa yang masih berdegil untuk memberikan pandangan membina dan berbeza, mereka ini terpaksalah keluar parti dan menyertai parti-parti dalam Pakatan Rakyat atau berehat sahaja daripada memikirkan hal dan keadaan negara dan generasi kita yang akan datang. UMNO bukan sahaja telah membunuh benih pimpinan dalam parti itu sejak sekian lama tetapi telah menaikkan mereka yang tidak selayaknya duduk di dalam kepimpinan dan menghampiri ‘corridor of power’. Itulah penyebab kenapa UMNO sudah tidak berkempimpinan lagi, maka pimpinan negara diambil alih pemimpin yang keliru seperti Najib serta barisan pimpinan tertinggi UMNO itu sendiri.

Apabila kepimpinan itu lemah maka mereka ini (pimpinan) dengan sendiri bersandar kepada ‘warlords’ yang menghampiri mereka dan terbentuklah budaya kronism yang kronik dan tidak lagi dapat dipisahkan dengan kepimpinan itu. Sudah menjadi kelaziman jika pimpinan itu lemah maka kelemahan itu terpaksa ditutupi dengan perkara-perkara lain dan di negara ini cara untuk menutupinya ialah untuk membangunkan pembangunaan mewah besar-besaran dengan menggunakan sumber kewangan dari rakyat itu sendiri.

Itu sebabnya kita masih terdengar suara kroni dan pengikut pimpinan lemah ini meletakkan pembangunan fizikal yang besar-besar sebagai testimonial kepimpinan mereka. Masih terdapat mereka yang mempertahankan Dr Mahathir dengan pembinaan menara berkembar tertinggi dalam dunia satu ketika dahulu sebagai testimonial kepimpinan Dr Mahathir. Pembinaan Putrajaya sebagai tanda yang Dr Mahathir seorang Paerdana Menteri yang paling hebat dan sebagainya. Kita bangga dengan tiang bendera tertinggi dalam dunia dan suatu ketika dahulu gong yang terbesar di dunia dalam perkarangan Angkaspuri itu pun telah menjadi modal kempen UMNO dalam pilihanraya.

Rakyat dikelirukan dengan pembangunan seperti ini, tetapi sebenarnya pembangunan fizikal ini hanya merupakan segelumit daripada apa yang dikatakan sebagai ‘nation building’ itu. ‘Nation building’ itu sesungguhnya melingkupi definasi yang lebih luas termasuk pembinaan nilai manusia dan sebagainya. Di negara Scandinavia tidak ada bangunan yang tinggi-tinggi tetapi rakyat negara itu mempunyai pendapatan  per kapita jauh lebih tinggi dari rakyat negara G8 itu sendiri.

Di Britain kita akan melihat pejabat Perdana Menteri di Downing Street itu hanyalah merupakan bangunan yang bersambung dengan rumah kedai sahaja. Di dalamnya hanya menempatkan apartment kediaman Perdana Menteri yang hanya mempunyai bilangan bilik yang sedikit sahaja. Apabila Perdana Menterinya keluar dari pejabatnya, beliau akan terus ke jalan Downing itu.

Tetapi di situlah letaknya kuasa dunia terbesar. Britain tidak perlu ada kompleks pentadbiran seperti Putrajaya dan kerajaan Britain tidak payah membazir wang rakyatnya. Tetapi sebaliknya di Malaysia, puluhan billion ringgit wang rakyat telah dibelanjakan untuk membina kompleks pentadbiran yang paling mahal dalam dunia ini. Rumah kediaman Perdana Menteri sahaja terpaksa menanggung sewaan hampir RM20 ribu sebulan tidak termasuk kos bekalan air serta eletrik dan sebagainya.

Di Britain adalah perkara biasa bagi rakyatnya melihat ahli parlimen mereka menaiki keretapi bawah tanah (tube) sahaja untuk bergerak termasuk pergi ke Dewan Parlimen mereka. Tetapi di sini seorang ahli parlimen atau Menteri, mereka akan menaiki kereta mewah dan tidak kurang dari itu. Memanglah itu sikap pimpinan yang baru merasakan kehidupan. ‘Everything is new to them’.

Nilai itu nampak jelas ada di dalam budaya kepimpinan Pakatan Rakyat terutamnya PAS dan DAP. Tok Guru Nik Aziz hidup secara simple di rumah beliau yang serba sederhana dan begitu juga rumah Tok Guru Haji Hadi. Saya sudah sampai kesemua rumah pimpinan ini. Pimpinan DAP seperti LGE dan LKS hanya mendiami rumah yang sederhana dan tidak menunjuk-nunjuk. Inilah nilai dan budaya pemimpin yang sebenarnya.

Pimpinan yang menunjuk-nunjuk ini adalah pimpinan yang lemah dan terpaksa menduduki rumah yang sebesar istana untuk melindungi kelemahan mereka yang pernah mendiami kediaman yang tidak lebih daripada kediaman saya yang tidak mempunyai apa-apa ini. Pendeknya, kita tidak lagi mempunyai kepimpinan yang ‘cultured’ dan memperlihatkan budaya dan pemikiran sebagai pemimpin rakyat.

Pimpinan Pakatan Rakyat tidak pula ternampak dengan curut-curut besar dan panjang seperti pimpinan UMNO yang baru mendapat kekayaan itu.

7 comments:

Anonymous said...

Yang mengajar pemimpin UMNO jadi sebegitu jahat ialah Mahathir. Ianya bermula dengan politik wang apabila kepimpinan Si Tua kutuk itu dicabar. Demi mempertahankan kuasa, bukan setakat wang ringgit, santau menyantau, tipu menipu, malahan segala ilmu kejahatan digunakan.

Kini warisan beliau telah mahir dengan segala tingkah laku syaitan sehinggakan budaya mencuri duit rakyat telah menjadi amalan mereka tanpa sebarang rasa kekesalan. Contohnya, jika telus, projek sambungan LRT Ampang cuma berharga RM 900 juta. Tetapi apabila Najib bapa transformer penyeleweng masuk campur dengan mengarahkan supaya projek tersebut diberikan kepada George Kent yang gagal tapisan kelayakan sebanyak dua kali sebelumnya, kos projek tersebut menjadi hampir 2 bilion. Begitu besar transformasi yang berjaya dibuat oleh Najib. Hanya si BANGSAT dan PENGKHIANAT RAKYAT saja yang akan mempertahankan pemimpin sebegini.

Si Tua kutuk telah memberikan kerakyatan kepada beratus ribu rakyat Filipina dari Sulu bagi memenangkan UMNO di Sabah. Akhirnya timbul masalah sekarang ini. Jika di negara lain dah kena gantung si tua kutuk tersebut kerana tindakan yang mengancam keselamatan negara. Tetapi di bawah rejim kotor ini si tua kutuk masih meracau di sana sini menaburkan bibit-bibit perpecahan antara kaum......

Anonymous said...

memang bangsat betul, mp batu sebut jer sindiwara umno pasal lahad datu, terus ditarik ke mahkamah atas akta hasutan, hasutan peler aper tuh? itu lebih sesuai dengan fail defamation mungkin 1000juta.

bagi kerakyatan easy job kepada rakyat asing pun masih ramai yg mangampu dan memuja macam tuhan. duit negara habis dibawa balik membina indonesia / filipina oleh PATI ni. camner la mata wang negara kita boleh kuat? orang muda sekarang memang dah kena ajaran sesat. langsung tak ada logic membeza kan betul dan tak betul. perompak negara dijadikan ketua... mampuik la..

Anonymous said...

Tuan,
persoalannya, kalau kerajaan membelanjakan berbilion ringgit untuk membina putrajaya, kepada siapakah sewaan bulanan 20k itu dibayar? Rumah rasmi pm itu ada tuan punya? bukan kerajaan ke pemiliknya? kalau 20k dibayar untuk maintenance, kenapa terlalu tinggi bayarannya? ada berapa ratus org kah penghuninya?

ahmadyani said...

Kejayaan yang merujuk kepada bagunan tinggi adalah minda yang lapuk. Akan tetapi minda inilah yang diterapkan oleh bee end sejak dari mula lagi. Konsep minda ini perlu ditukar. Dalam senario politik, tukar bermaksud menukar kepimpinan.

Anonymous said...

kalau dah pemimpin bangang, pengikutnya 10X bangang maka negara tunggang langgang macam yang jadi sekarang, hidup rakyat tak senang, asyik naik harga barang, kepala bapak BN/UMNO yang hidup senang lenang, tahniah pengundi BN sbb hangpa la negara jadi tak tenang... malang... tunggang langgang.... PRU 13 INI KITA PASTIKAN UMNO/BN KENA BUANG!!!!! BUANG KE LONGKANG!!!!!

Anonymous said...

Kompleks-kompleks Putrajaya banyak guna simen menyebabkan harga simen meningkat..akhirnya rakyat tidak dapat membina rumah yang selesa kerana kos simen yang tinggi..banyak rumah rakyat kampung terbengkalai namun terpaksa juga diduduki kerana tiada pilihan....

Anonymous said...

Bila PR memerentah semua simen akan dihantar ke Luar Bandar,dlm tempoh berapa bulan agaknya semua orangkampung akan duduk dirumah mewah ciptaan PR