19 June 2013

Bila berbalah tentang dasar parti, jangan serang peribadi individu

Keputusan pilihanraya ke 13 sememangnya merupakan tanda aras dan memberikan banyak jawapan kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh semua pihak sebelum pilihanraya itu diadakan. Malaysia sebagai sebuah negara yang memberikan semua rakyat hak untuk memilih akan memberikan semua jawapan yang di isukan dalam proses masing-masing mendapatkan sokongan dan kemenangan.

Negara kita baru sahaja melepasi pilihanraya umum yang sangat panas semasa mengharung waktu berkempen beberapa bulan sebelum itu. Seperti biasa setiap pihak memberikan janji dan memaparkan manifesto masing-masing untuk menambat hati rakyat.

Individu atau kumpulan yang menang bersukaria dan yang kalah berdukacita dan ada yang mengambil keputusan tidak menerima keputusan pilihanraya itu sambil memberikan tuduhan yang pilihanraya tidak diurus dengan baik dan ‘transparent’. Keputusan ini juga memperlihatkan ada unsur-unsur kesombongan pada diri individu dan kepimpinan parti-parti kerana merasakan partinya atau dirinya sendiri sudah besar dan tidak akan tercabar lagi.

Seperti biasa manusia mempunyai pemikiran sendiri dan memberikan pandangan secara baik dan jujur terhadap mana-mana parti yang terlibat dalam proses kemenangan dan kekalahan hasil pilihanraya itu. Banyak juga orang lupa jika kuat pada hari ini tidak semestinya kuat pada esok hari.

Otot yang besar akan menjadi lembek dan mulut yang celupar itu akan membisu apabila sampai masanya. Ada manusia yang berfikir yang mereka akan hidup sihat sentiasa dan tidak akan menghadapi hari tuanya semata-mata kerana merasakan diri mereka sudah hebat.

Kadangkala ada pemimpin kerana terlupa bahawa masa dan zaman sentiasa berubah sehinggakan lupa bila bercakap itu membezakan bercakap sebagai pemimpin parti atau sebagai individu. Ada yang tidak menyedari yang mereka itu sudah menjadi sombong semata-mata kerana merasakan yang mereka sudah berada di ‘cloud nine’, begitu glamor dan terlupa dari mana mereka datang dan kemana mereka akan pergi, sedangkan hidup masih panjang lagi perjalanannya.

Saya sendiri baru mengalami secebis pengalaman apabila saya memberikan pandangan yang sebuah parti yang memperjuangkan ‘multiracialism’ itu sebenarnya tidak melaksanakan apa yang mereka laungkan dan perjuangkan. Komen saya dipetik oleh akhbar media perdana tempatan dan komen saya yang saya berikan secara jujur itu mendapat reaksi bernadakan peribadi yang tidak sepatutnya keluar dari seorang yang berkedudukan sebagai seorang pemimpin besar parti itu.

Dia memberikan reaksi yang mengatakan saya ini bukannya orang penting (unimportant). Tidak pernah saya mengatakan saya seorang yang penting. Jika ada insiden-insiden yang saya mengakui diri saya sebagai penting tolong beritahu saya. Benar saya sememangnya tidak penting (unimportant) tetapi saya hanya memberikan komen sebagai ‘ordinary citizen’ atau seorang biasa yang melata dipinggiran politik ini. Saya bukannya seorang pemimpin pun.

Oleh kerana saya tidak penting (unimportant) itulah persoalan timbul kenapa komen saya itu diberikan reaksi yang begitu ganas bunyinya? Jika komen yang tidak digemari itu datangnya dari seorang yang tidak penting (unimportant) maka tidak ada sebab pemimpin itu memberikan reaksi terhadap komen saya itu dengan nada yang agak angkuh dari seorang pemimpin yang bakal mengambil alih teraju parti itu?

Saya dituduh kecewa kerana tidak menjadi calon dalam PRU 13 yang lepas dan ini merupakan komen yang sangat peribadi. Jika pun saya dijadikan calon ia tetap tidak melambangkan ‘multiracialism’ seperti yang dilaungkannya itu kerana ia akan hanya menambah bilangan Melayu di dalam senarai itu hanya menjadi dua orang sahaja dari seorang yang ada sekarang.

Jadi isu saya tidak bertanding tidak sepatutnya terkeluar dari mulut pemimpin ini jika beliau ada jawapan sebenar kepada komen saya itu. Beliau melarikan isu pandangan saya itu dengan memberikan komen peribadi. Kepada pemimpin yang saya maksudkan itu, saya ingin mengingatkan kembali bahawa saya tidak pernah berjumpa dengan beliau dan menuntut hendak menjadi calon itu.

Malahan sejak saya menyertai parti itu saya tidak bertemu dengan beliau walaupun sekali. “Please bro, don’t equate my values with yours, don’t be too personal, and try not to be arrogant. You may not have regards for me, but at least give regards to your own self.” Saya tidak ada apa-apa perasaan peribadi yang tidak baik terhadap anda. Jadilah seorang yang dewasa.

Saya ulangi, saya ini sememangnya tidak penting. Tetapi jika hendak memberikan reaksi juga kepada komen yang tidak penting itu sepatutnya dia jawab isu yang saya berikan itu, iaitu parti itu bukan parti ‘multiracial’. Buktikan yang parti itu adalah parti ‘multiracial’ dalam ertikata yang sebenarnya. Takkanlah tidak ada jawapannya jika benar komen itu datangnya dari seorang yang ‘unimportant’ tadi. Kenapa membuat serangan peribadi. Komen saya itu tidak langsung mengandungi unsur peribadi terhadap sesiapa.

Itu sebabnya ramai yang merasakan politik ini kadangkala sudah dijadikan isu peribadi. Ketidak matangan reaksi dari pemimpin ini boleh juga difahami kerana beliau ini adalah seorang yang masih muda dan masih merasakan beliau berada dalam mood ‘honeymoon’ kerana kejayaan beliau dan partinya dalam pilihanraya yang lalu.

Sesungguhnya saya hanya memberikan pandangan secara terbuka tanpa mengusik isu peribadi dalam akhbar media perdana itu. Tetapi saya tidak mengambil hati dengan komen peribadi keatas diri saya itu. Setidak-tidaknya kita dapat belajar lebih mendalam lagi apa sebenarnya sikap dan ‘attribute’ parti atau jenis pemimpin yang ada didalamnya dengan lebih jelas lagi.

Kalau dahulu kita kecewa dengan pihak parti berkuasa kerana tidak boleh mempunyai pandangan yang berbeza, sekarang jelas penyakit yang sama juga wujud dalam parti yang lain juga. Dengan komen pedas terhadap diri saya itu maka saya mula berfikir yang sesiapa yang bercakap banyak, bercakap tentang isu yang diperjuangkan mereka, mereka jugalah yang menggagalkan isu dan perjuangan mereka itu.

Dalam posting saya beberapa hari yang lepas saya ada menyebut yang laungan ‘multiracialism’ itu hanya mainan lidah yang tidak bertulang itu sahaja.

58 comments:

Anonymous said...

Dear Pak Aspan,

Memang sesetengah pemimpin parti berkenaan tidak pandai berfikir secara waras.

Juga terlalu awal bagi Pak Aspan untuk menerima komen sedemikian sebagai mencerminkan "stand" parti. Kita tunggu sehingga pucuk pimpinan teratas mengeluarkan "statement". Sebagaimana kata orang putih, "everyone is entitled to each own opinion, most important is everyone should agree to disagree.".

Saya tidak pasti tujuan Pak menyertai meraka, tapi kalau Pak juga mempercayai concept multiracialism tagline mereka and juga demokrasi yang ingin dibawa oleh mereka, maka saya rasa baik juga Pak bertahan dan beriktiar untuk mengubah keadaan. Memang nak menjadi pioneer sesuatu perubahan bermakna memang susah. Tapi kalau tiada siapa nak berkorban dan berjuang, maka sampai bila pun tiada apa-apa yang dapat dikecapi. Lainlah kalau Pak dipecat, maka Pak sudah tidak dapat lagi bersumbang. Then seek your fortune elsewhere.

If your ideal is to see this political party live up to their slogan and you believe they have not done so, then you should fight and make sure they do so!

Tapi berbalah diluar akan terus mengeruhkan keadaan dan tidak akan memdatangkan apa-apa manfaat. Semua orang akan mempertahankan diri walaupun salah, kena jaga muka masing-masing.

Kampong man said...

Salam bro Aspan,

1. Dengan kemenangan besar 38 kerusi mereka mula menunjuk belang dan taring saolah ini satu kemenangan BESAR. Mereka terus mengaitkan isu peribadi pulak.Tidak kemana juga mereka akhirnya.Masih terus menjadi pembangkang.BN still prevailed.

2.Terdapat juga mereka yang berselindung di belakang 'Anonymous' melepaskan geram dan tidak kurang juga ustaz ustaz yang tidak bertauliah menggunakan ayat ayat suci Al Quran dan hadith saoleh olah mereka lah yang lebih islam dari yang lain tetapi kuat berfitnah pula kerana perbezaan pendapat.Tidak hairan mereka yang pro pembangkang tidak senang memberi komen.Pasti kena maki hamun akhirnya. Mereka lari ke blog lain yang lebih terbuka.

3.Tidak mudah menjadi saorang blogger.Tidak semua orang bersetuju dengan pandangan kita dan mereka terus membaham dengan penuh emosi.Mana pergi Nick, Gheng lama, Unknown , bat 68 , bruno dan ramai lagi yang dulunya disini.We need you here again now.Mereka sudah lari membawa diri satelah penat memeras otak percaya dan yakin pada Kemenangan PR di PRU 13 dengan janji Anwar dan DAP.

4.Sakmongkol pula satelah berjaya di Parlimenn Raub telah mula berkempen semula bagi PRU 14 pula dengan artikal "UMNO akan jual bangsa Mekayu untuk kekal kuasa".Betul ke atau hanya satu rhetorik sahaja.Ingat! 63.3% orang Melayu mengundi UMNO/BN di Semenanjong (Ref: Dah Ikhwan Weblog) .Masih tidak dapat menerima kemenangan UMNO/BN adalah kemenangan mutlak ?.Apa salah kah kita cuba sahaja LAIN KALI LAH ?.


5.Penulisan Aspan beradab dan amat sopan, teruskan.Kita semua harus boleh menerima perbezaan pandangan.Tidak perlu personal. Realitinya DAP tidak perlukan ahli Melayu sekira hanya untuk 'Window dressing'.I have known DAP all along. MULTIRACIALISM ? .No wonder the Indians support for BN has improved to 43 % from a mere 10% in 2008.Oh yeah,in politics you won't know who your real friends are.They stab you from the back if necessary.

Gracias !

Kampong man said...

Salam bro Aspan,

1. Dengan kemenangan besar 38 kerusi mereka mula menunjuk belang dan taring saolah ini satu kemenangan BESAR. Mereka terus mengaitkan isu peribadi pulak.Tidak kemana juga mereka akhirnya.Masih terus menjadi pembangkang.BN still prevailed.

2.Terdapat juga mereka yang berselindung di belakang 'Anonymous' melepaskan geram dan tidak kurang juga ustaz ustaz yang tidak bertauliah menggunakan ayat ayat suci Al Quran dan hadith saoleh olah mereka lah yang lebih islam dari yang lain tetapi kuat berfitnah pula kerana perbezaan pendapat.Tidak hairan mereka yang pro KERAJAAN tidak senang memberi komen.Pasti kena maki hamun akhirnya. Mereka lari ke blog lain yang lebih terbuka.

3.Tidak mudah menjadi saorang blogger.Tidak semua orang bersetuju dengan pandangan kita dan mereka terus membaham dengan penuh emosi.Mana pergi Nick, Gheng lama, Unknown , bat 68 , bruno dan ramai lagi yang dulunya disini.We need you here again now.Mereka sudah lari membawa diri satelah penat memeras otak percaya dan yakin pada Kemenangan PR di PRU 13 dengan janji Anwar dan DAP.

4.Sakmongkol pula satelah berjaya di Parlimenn Raub telah mula berkempen semula bagi PRU 14 pula dengan artikal "UMNO akan jual bangsa Mekayu untuk kekal kuasa".Betul ke atau hanya satu rhetorik sahaja.Ingat! 63.3% orang Melayu mengundi UMNO/BN di Semenanjong (Ref: Dah Ikhwan Weblog) .Masih tidak dapat menerima kemenangan UMNO/BN adalah kemenangan mutlak ?.Apa salah kah kita cuba sahaja LAIN KALI LAH ?.


5.Penulisan Aspan beradab dan amat sopan, teruskan.Kita semua harus boleh menerima perbezaan pandangan.Tidak perlu personal. Realitinya DAP tidak perlukan ahli Melayu sekira hanya untuk 'Window dressing'.I have known DAP all along. MULTIRACIALISM ? .No wonder the Indians support for BN has improved to 43 % from a mere 10% in 2008.Oh yeah,in politics you won't know who your real friends are.They stab you from the back if necessary.

Gracias !

Anonymous said...

This BS. Encik memang seorang penting. Of course- otherwise why would they go all out against you? DAP would be wise to not make any further comments about you or any other missing Malay candidates. It's a pity you weren't field in NS, we would have been greatly blessed if you our MP/Adun. Encik Aspan, keep on keeping on - the fight is not over.

-Darkhorse

Anonymous said...

Great post. I was checking constantly this blog and I am impressed!
Very helpful info specifically the last part :) I care for such info a lot.
I was looking for this particular information for a very long time.
Thank you and best of luck.

My web site; symptoms of panic attacks during pregnancy

beny, Penang said...


Bro, you are not alone!!



cheers

Anonymous said...


Yess!!

Dap Bagan

Anonymous said...


AA
Tahniah kerana berani berkata benar. saya bersama sdr dalam pandangan ini. Sdr berani!


Hasan and Ong,
Damansara

Anonymous said...


Pak Aspan,

You have principle and been consistent.

You speak from your heart without fear or favour......unlike the countless hypocrites who will suck up to their ' bosses ' when the opportunity presents itself for personal interest.

kampong lad said...

depa ni mau untung selalu....melayu banyak dlm kerajaan, glc, ipta depa kutuk sistem quota - mau meritocacy. tengok exco p.pinang - quota atau meritocacy atau apa ka jadah. exco selangor pun macam tu - quota atau meritocracy. so, meritocracy and quota are interchangeable as long as they benefit. umno, pas & pkr masing2 ada halatuju sendiri, melayu jugak jadi mangsa. mampueh la lagu ni.

Anonymous said...

DAP must walk the talk.

Zaidi said...

Pak Aspan
Sungguh bagai dikata - kerana itu DAP perlu diperingatkan ke"cauvinistic"an mereka. Penyerangan terhadap UMNO mesti diimbangkan dengan USAHA menarik lebih ramai Melayu ke parti itu? Jika pandangan Pak Aspan itu menjengkelkan, maka itu barangkali berkesan. Sehingga kini, saya masih terkesan dengak kejujuran tulisan ini, walaupun adakalanya pedih...

Anonymous said...

Any forward thinking DAP members should know that the minorities' future lies in a truly multiculture Malaysia.

Anonymous said...

Pak Aspan,
Saya ahli DAP melayu di Pulau Pinang. Saya masuk DAP kerana DAP bentuk kerajaan di Pulau Pinang dan saya ingin bekerjasama agar melayu di ppinang akan berubah. Rupa2nya DAP dgn laungan multiracial mereka hanyalah retorik shj. Lihat shj kerusi DAP di PP 19 dimana 15 cina & 4 india. Tiada kerusi melayu. Minta Pak Aspan siarkan lagi cerita2 DAP ini agar melayu tak ditipu. Usah cakap pasai melayu & islam jika parti DAP tiada melayu di dalamnya.

Anonymous said...

Cina rasis DAP sedang gelisah cerita mereka terbongkar. Teruskan usaha pak aspan. Saya bangga ada seorg melayu spt pak aspan. Harap melayu2 lain dlm PAS, PKR @ UMNO berani keluarkan kenyataan. Jgn jadi pak turut aja dlm parti.

Anonymous said...


AA, you are my hero who speaks your mind loud and clear. They will attack your personal if they can't deny yr allegation that the party is crudely a racist party.

As I am a member of Dap in Seremban i know what you say are all the truth.

Anonymous said...


Apabila mendengar cerita ini menyesal pula mengundi Dap di Gelang Patah baru-baru ni.

jawa hensem

Anonymous said...

in Malaysia, just admit it, we're politically immature

1) can't move past race
2) everything toe party line
3) can't agree to disagree
4) cakap besar aje, bila buat '0'
5) semuanya "insular" (what can they do for me, my family, my race,... me,me,me, my,my,my)

but still, you can't help but say we're chosing the lesser of two evils.

Mahadhir always says, better the devil you know than the devil you don't!!

Well i'll say, we now know both devils.... and sad to say, UMNO/BN still lags behind PR (Pas/DAP/PKR) despite their failings....

Pakatan Rakyat ain't no angel, but at least they are like mongrels that still fear the stick rather than hyenas that will bit and rip off our flesh and don't even leave bones behind.

kh tan





A rahman Aus said...


Tidak kah sdr Aspan takut di[ecat Dap nanti?

Aspan Alias said...


A Rahman Aus,

Saya tidak ada apa yang saya hendak takutkan dipecat atau diperlakukan dengan apa-apa cara sekali pun saudara.

Sedangkan Nabi Adam pun di buang dari syurga masakan dibuang dari DAP itu menjadi hal besar bagi saya.

kalau kita bercakap dengan benar kita tidak perlu takut. Yang perlu takut ialah apabila kita didapati berbohong oleh orng yang kita pimpin.

Saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak diatas perhatian saudara tetapi jangan susah jika saya diambil tindakan apa-apa kerana itu adalah asam garam dalam sesutu perjuangan.

It does not injure me a breath and I shall keep on fighting for multiracial if DAP fails to do it.

The struggle should go on. They have no reason to sack me for reason which I shall tell everybody one day if necessary.

If it's not necessary I shall keep it to myself.Thanks bro.

Anonymous said...


No one tells me this. Dap is not reliable to Pakatan Rakyat, just like Anwar is unreliable to everyone.

Dap only owes allegiance to its own kind. To the rest they just take them like donkeys.

s subramaniam, bahau

cleopatra said...


AA, you are spot on. You article this time enlightens me enormously. I hears about this blog only this morning from our fellow Dap member from Seberang Perai.

Keep it up sir.

Anonymous said...


After long last I hear a brave and courageous article written by a upright minded m ind.
Please sir, keep on writing and we shall keep on reading.

maths teacher
Rasahjaya

Anonymous said...


Aspan, you dare to say anything Ah Lok dislikes? Nobody dares to say anything against him in Seremban bro.

chew

Anonymous said...


Aspan Alias, our leaders in your state isn't got finesse bro. He hasn't got the flare of Tony Phua or brian of Liew Chin Tung.

Aspan Alias said...


Anon 21:07,

Siapa Ah Lok tu?

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Pertama saya bukan macai UMNO tetapi memang dah lama sedar sifat talam dua muka DAP.

And I realised that many many years ago.

I quote apa yang you cakap bila you masuk DAP dahulu...

"Kami menyertai DAP kerana kami merasakan parti ini mengamalkan perjuangan dasar "kesatuan nasional" yang tidak mengamalkan politik perkauman dan agama, malah dalam borang penyertaan sendiri tidak disediakan ruang untuk bangsa.

"Kami bukan menyertai DAP atas dasar kerusi, bukan untuk bertanding merebut kerusi Melayu dalam DAP. Itu semua spekulasi Umno yang sejak dulu mengamalkan politik fitnah. Umno adalah kilang fitnah terbesar,"

End of quote.

Sekarang baru you tahu.

Tu la..dahulu bukan main lagi you kutuk UMNO.

Belum terlambat utk you do the right thing and join Ungku Aziz and exposing the lies in DAP.


Reza Zainal


Anonymous said...

salam

1. saya telah meramalkan bahawa bahawa anda akan memasuki gelanggang pilihanraya 2013 dengan perpindahan dan penghijrahan anda daripada umno ke dap.
2. ramalan saya salah dan sekarang reliti yang saya telah bayangkan akan terjadi kepada anda telah berlaku dan anda baru menyedarinya sekarang.
3. saya telah meramalkan bahawa jika anda tidak dicalonkan akan ada suatu pernyataan daripada pihak anda baik sebelum atau selepas pilihan raya. kalau sebelum pilihanraya pernyataan daripada anda akan membantu bn ke arah menyatakan pendapat bahawa dap tidak mencalonkan orang melayu dalam parlimen dan dun.
tetapi anda telah memilih selepas kemenangan besar dap dalam pilihanraya kali ini. terselindung disebalik kata-kata kudus anda mengapa dap mengamabikan konsep perkongsian kuasa kepada bukan cina. ramai akan tertawa dengan soalan anda dan pengalaman baru anda ini. sesungguhnya ramai orang umno berpendapat bahawa selagi dap dikuasai oleh maharaja ini begitulah nasib orang melayu di tangan mereka. anda sedang menyalahkan anjing yang suka menggoonggong tulang. sekarang anda berasa bahawa tindakan anda beralih arah telah tersilap? bukan .......... anda hanya tersilap setelah tidak dicalonkan. perasaan dan pendapat anda akan berubah jika anda telah mewakili dap sebagai ahli parlimen / dun seperti sangkukmangkul. takziah. nasib anda tidak sebaik beliau.

Anonymous said...

Sebenarnya tiada beza nya Dap dan Pap..yg hanya untuk merampas hak dan apa yg ada pada bangsa melayu di malaysia..kebodohan pemimpin umno juga memberi peluang dan ruang pada dap..

Dap hanya bermodalkan wang dan wanita untuk menjatuhkan pegangan pemimpin umno yg pada mulanya untuk menjaga kepentingan melayu...

Bijaknya dap adalah dpt membuat umno,pkr dan pas mengikut rentak serta telunjuk dap..walaupun mereka adalah miniroti..

Dap tidak akan membentuk kerajaan..tanpa kemasukan singapura dlm malaysia..kerana jika dap dpt membentuk kerajaan dan menjadi` master` akan menimbulkan huru hara...

Umno juga menjadi alat untuk kemasukan singapura dlm malaysia..melalui projek iskandar di johor..dengan kekayaan singapura dan sikap tamak pemimpin umno..tidak mustahil singapura menjadi sebahagian malaysia..dan dap menjadi dominan dlm kerajaan malaysia...

nshinah said...

Beware of FOREIGN SPONSORS.

They want something in return.

http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/08/greetings-to-all-i-hope-to-share-with.html

Anonymous said...


As from now we do not want to hear Dap shouting to fight for multiracialism any longer. It's hurting...

JKIN

Anonymous said...


Dap cuba mnyorok ditempat yang terang.

Anonymous said...

Aspan Elias, seya mendapat tahu tentang blog ini malam tadi semasa saya dan rakan-rakan lepak dipanatai merdeka. Rakan-rakan bagi tahu.
Saya terhibur dgn blog ini kerana penulisnya berani dan tegas.

Seorang yang berbanhsa Cina seperti saya sangat suka membaca tulisan anda kerana bahasanya halus dan mudah difahami.

Isi kandungan tulisan saudara juga mudah meyakinkan saya. Saudara telus dan saya yakin saudara memberi pandangan dengan ikhlas dan benar.

Good morning Encik Aspan Elias.

Joane

Anonymous said...


Bang Aspan, bilo abang tak botanding hari tu sayo sekeluargo kembali nyokong BN di Juasseh. Ramai ipar lamai sayo mengundi BN di Dun Pilah bang. Jadi botolah tindakan sayo tu bang.

oghang minyak pilah

bumi-non-malay said...

Terukan critickan awak......Dunia ini adalah SYURGA kalau TAK Perlu Kritik.....Tiada Parti adalah Syurga.

Aku Pun KESAL HERO Ketua PKR, DAP, PAS tak tahu panggil PRU13 kat Kelantan, Selangor, Penang...lebih AWAL unutk meneliti macam mana SPR/EC..buat tipu helah .....Kerana Tak tahu ambil , hitung strategi ini...sekarang baru tahu macam mana EC/SPR tipu Rakyat.....Kalau lebih awal....ada RUANG untuk Paksa EC/SPR cuba Tipu Jalan Lain...

Sekarang kita perlu buat petempuran lain......Tak akan semua Ketua DAP, PKR, PAS tak ada salah....Mereka pun salah Banyak..... Rakyat teruskan BANTAH TOL, Petrol Tinggi, Kos hidup tinggi sampai UMNO-BN dikuburkan....Hidup Kita bukan untuk Lihat UMNO-BN + Sultan Hidup MEWAH tanpa risau!!

Anonymous said...

Aspan, I like your writings. And I am glad that DAP has quality Malay members like you and Sabri Aziz.
I am great supporter of DAP, but I got to admit that some leaders have gone overboard since winning 2008.
Maybe they were used to be opposition so they barked and confronted every issue that was against them.

I suggest all commenters in this blogs, opposition or cyber troopers, kalau nak berhujah, biarlah ada asas.
It's a reality that all Malay, Chinese and Indian had been living in this nation for generations. Why must bring issue like setup new countries, Cina this and that, etc... Are you playing sentiments or still living in fantasyland?

Arrogant leaders in DAP, are just merely individuals... It happens in every corporation and political parties. They self-admired because they are still young... Have you seen Karpal or LKS utter statements like such?

Well Aspan, your hijrah to DAP means a lot for Malaysia. Do not give up just because some no brainer said idiotic things...
You have proven you have vision, unlike many other in your community yang befikiran sempit...


Andre

gua said...

One way to bring changes to DAP is to bring in more non Chinese members and speak out from within to change the party.

It cannot be denied that in any party, there are all kinds of people of different leaning, but what is most important is that the it is the highest echealon of the party that makes the decision and many of the comments made by the ordinary individual party members does not represent the direction and policies of the party.

AA, should continue to give constructive criticism about the party and not pay heed to the few small brains that are making uncalled for comments.

Ong Kar Kuen said...

Abang Aspan,

I m very impressed with your fair comment on DAP. I do hope DAP should walk the talk about multiculturalism.
DAP needs more liberal Malay like you to lead this country and the party. Please stay on to fight your noble cause for better Malaysia. Actually i m very disappointed that DAP did not nominate you as candidate during the last election as the party sorely lack of credible Malay leader to transform the party to reflect multiculturalism platform. Abang, teruslah perjuangan kamu untuk masa depan Malaysia. Salam sejahtera.

Anonymous said...

salam tuan Aspan

sy rasa pandangan tuan amat relevan. lebih ramai berusaha kuat utk berfikiran luas , bijak, berani , berhati dan cermat maka maralah setapak negara menjadi negara hebat.

tidak semua tulisan tuan sy setuju, namun pandangan tuan fasal racis dlm dap bagus dan sy rasa ada juga pemimpin atasannya sedar dan cuba bertindak. jelas itu tidak cukup.

terus berjuang.

salam
asy

Kampong man said...

Salam bro Aspan,

1. Saya menghormati penghijrahan Aspan ke DAP kerana perjuangan dalam UMNO tidak membawa Aspan kemana.Perancangan rapi Aspan mahukan ramai lagi orang Melayu menyertai DAP dan mengubah persepsi rakyat bahawa DAP benar benar Multiracial terbukti gagal atas sikap pemimpin DAP tinggi dan negeri masih berdegil mempertahankan DAP tetap hanya untuk majoriti satu kaum sahaja juga. Maka hanya segelintir Melayu dan India yang ditonjolkan sebagai syarat minima.

2.DAP jelas terlepas satu peluang terbaik melibatkan saorang calon Melayu berpotensi dari UMNO lagi sekurangnya dicalonkan sekira tidak bagi parlimen sekurangnya bagi DUN.DAP yang sebenarnya gagal sedangkan Aspan telah melakukan yang terbaik berkempen melalui artikal yang baik menyebelahi DAP/PR sebelum PRU 13 dengan berbagai hujah.

3.Sebagai pendatang baru dalam parti warlords DAP yang amat berkuasa dan berpengaruh tidak mudah menerima Aspan.Lihat sahaja warlords DAP di Perak mereka juga tidak senang menerima LKS di Perak.Diantara warlord DAP Cina dan India juga terdapat perebutan kuasa di Perak ,Negeri Sembilan dan negeri lain.

4.Perebutan kuasa juga berlaku antara parti dalam pakatan PR.PR masih mempunyai masaalah dalam pakatan itu sendiri.DAP/PR tidak perlu besar kepala diatas kemenangan terbesar mereka(38) kali ini dengan menolak MCA/Gerakan.Ini akan bersifat sementara, yakinlah.

Masa tidak menyebelahi kita atas faktor umur.Once bitten twice shy kata orang kampong saya.Teruskan penulisan jujur kamu walaupun pahit diterima kawan dan lawan.The window is closed for the next five years until PRU 14.Scenario akan berubah, it is better to be a non partisan kerana DAP tidak dapat menghargai Aspan kerana mereka berfikiran Aspan is unimportant.Let it be.Kita akan lihat apa akan terjadi.

Salam perjuangan Aspan.Tabahkan hati .We still love you walaupun saya penyokong kerajaan.Wassallam

Anonymous said...

Saudara Aspan,

Saya Anak Malaysia, peminat tegar blog anda. Telah beberapa kali saya memberi komen dlm blog anda yang berlandaskan kebenaran dan kepercayaan saudara. Harapan, fikiran and idea adalah kurniaan Tuhan yg tidak boleh dirampas orang lain selainkan diizinkan diri sendiri.

Perjuangang memang susah. Perintis lagi susah. Mari kita memulakan project memajmukkan DAP. Bermulalah di negeri saudara Aspan. Mari kita mengambil ahli-ahli melayu yg berfikiran dan berkonsepkan keadilan dan ketelusan seperti saudara. Tambah grass root melayu dlm DAP. 2 tahun lagi kita cabar Anthony Loke.

Saya Anak Malaysia berbangsa Cina. Tak pernah fikir nak Perdana Menteri Cina. Tak pernah fikir nak Kristiankan Malaysia kerana tak logik, hanya 20% orang cina Kristian. Saya hormati rakan-rakan Melayu saya. Yg saya benci tu rasuah dan fitnah. Yg saya benci tu propaganda tipu dakyah. Yg saya inginkan Malaysia yg kuat dan bersih. Klu Ah Jib Gor boleh buat demikian, tu saya sokong juga.

Yng nak saya tekankan, ideals and principles is more important than the idol(person). Pak Aspan, kekal di DAP dan teruskan perjuanganmu. Apa-apa yg kita buat di dunia ini, Tuhan tahu niat sebenar kita.

If A.LOKE says you're unimportant, it doesn't mean you're not important. It only means, he knows you're one hell of a person and he is $hitting in his pants. Coz if someone is really unimportant to me, I would not even want to say anything about him.

Saya sokong idealisme Pak Aspan!

Anak Malaysia

Unknown said...

isu sebenar apa???

perlukah rakyat malaysia berpusu2 masuk parti 2 politik ???

di UK, jumlah rakyat yang masuk jadi ahli biasa parti politik conservative, labor atau liberal demokrat amat sedikit.... berbanding jumlah rakyat UK 60juta ++...

Kenapa begitu... rakyat UK akan lihat manifesto dan hala tuju bakal PM dan bakal parti pemerintah serta manifesto2....

Buat apa orang melayu perlu beramai2 masuk DAP atau perlu jadi calon ???

Tengok manifesto dan undi sudah laaa...

Tak payah bising2 pasal bangsa calon bla bla bla... this is 21st century.... kami lihat manifesto bukan latar belakang calon...

Pasal ni la melayu mundur... da la tak nak belajar bahasa inggeris, suka merempit dan berhibur jer berbanding bangsa bukan melayu yang belajar dan berdikari....

Bila lagi nak berubah ?????

Unknown said...

Kampung man,

orang india mcm mana sokong BN ??
yang kamu kata 43% ??

I am Indian too.... we all in urban voted against UMNO and MIC / BN...
None of my generation voted for BN...

No need cakap pasal DAP or cina laaa.... everyone tak betul kat dunia ni... Nobody is perfect...

Melayu tak maju pasal pendidikan tidak diutamakan.... Just tengok cara hindup orang muda melayu yg sebelah UMNO... merempit, seks bebas, buang bayi, incest, tak nak belajar tinggi2, , tak nak kuasai bahasa english... maju sebab diri sendiri malas... itulah hakikat...

golongan melayu yang maju hampir tiada sikap yang saya sebut di atas...

orang India mcm mn yang sokong MIC / UMNO....?? Yang duk estet, kaki minum todi, yang tak berpelajaran, yang dapat duit BR1M, yang mendewakan Najib Nambikei ...

come on laaa...

jangan salahkan cina... salahkan diri sendiri malas walaupun bangsa majoriti.... saya sokong melayu yang dalam PAS dan PKR, walaupun tak perfect as me also, at least they are hardworking and pandai...

Nobody is perfect...
Stop complaining and baiki diri sendiri dulu sebelum tunding jari kat orang lain...

Just ask why orang melayu berhijrah ke luar negara, buang IC dan warganegara...da ada few hundred thousand oledi....

atau sokong jer UMNO sampai kiamat.... maybe thats wat u all deserve....

Anonymous said...

Pak Aspan,
Bagi orang Islam, tidak ada parti yang lebih sesuai melainkan PAS. Walaupon PAS ada kelemahan sendiri, tapi ia boleh diperbaikki.

Anonymous said...

Pemimpin dap sebenarnya mempunyai sikap tamak yang keterlaluan...dap cuba menandingi pkr sebagai parti `multiracialism’..walaupun pada hakikatnya tindak tanduk dap bukan kearah itu..

dap nampak kelebihan pkr dlm menawan hati rakyat malaysia sehingga boleh membentuk kerajaan nnti..

selama ini,rakyat malaysia melihat dap adalah parti altenatif untuk org cina bagi menganti mca dan gerakan..dan apabila dap berjaya menakluki org cina..mereka cuba menawan hati org melayu,india...kerana sikap tamak mereka...``CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN``...

bagi saya..pak aspan seorang yg berani..untuk menegur semua pihak yg melakukan kesalahan..kerana pak aspan dpt melihat rakyat malaysia skrg bukan nya bodoh emgikut perubahan zaman yg serba maju..

kejayaan dap dlm kancah politik malaysia tidak akan berlaku dlm zaman lim kitsiang,karpal singh,anthony lokkk,..kejayaan dap akan berlaku pada zaman..lim guang eng,gobind singh..(org muda)..

Anonymous said...

salam pak aspan ,

bagus!ni dinamakan demokrasi.pak aspan berhak meluahkan & mengkritik pihak yg patut dikritik.dap menerima apa jua teguran dri unimportant person to vip person.dont worry pak aspan parti ini bukan mcm parti lama pak aspan .adios!

Anonymous said...

Sape yg dok bising psl ppsmi dl?
Bkn point dia nk inggeriskn melayu dr matematik dan sains. Tp akibat dr ppsmi tu sendr berani dibincangkn secara mendalam oleh pr?
Yet oppurtinist politician like so called anugerah tuhan just want a political mileage
Tp dlm court ckp guna BI..
hahaha..
Once kaki auta tetap kaki auta
Regardless the flag

Dr M i M said...

Pandangan saya : http://novandri.blogspot.com/2013/06/terkini-blogger-melayu-dap-dihentam.html

Anonymous said...

DAP multiracial party? DAP perjuangkan semua kaum?


Nak isi borang jadi ahli pun ada column untuk ejaan dlm bahasa cina..apa citer? Nama melayu mcm aku ni character pinyin mcm mana nak tulis? nak lukis gamba pokok?

Anonymous said...


If we regard Zairil as Malay, then Dap has 2 Malay MPs.


Malay Dap, penang

Mohd Nor Shariff said...

Harapan saya nak PR menang tapi tidak menjadi. Jika PR menang pemimpin UMNO wajib d ganti. Pemimpin UMNO sekarang kebanyakan ada tali persaudaraan antara mereka, membuatkan kebencian terlalu dlm. DAP kita tahu adalah parti yg tidak boleh diharapkan, ia akan bertahan satu penggal saja. Orang melayu akan bersatu balik jika ada perubahan dlm UMNO. PAS akan bersama dgn UMNO semula. Percayalah.

Kampong man said...

Unknown 10.08,Nallairikria..

1.The results of PRU 13 for Peninsular Malaysia by race shows the followings:

a.Voting for BN : Malays 63.7% ,Chinese 10.8% and Indians 43.8%.

2.The above results are derived using statistical analysis using regression analysis with regression correlations and covariences.They are found to be pretty accurate actually as basis. Figures don't lie.

3.Dah Ikhwan Weblog has conducted the analysis and these figures are from his abalysis.Other similar analysis was also conducted by other individuals and found to produce similar results.

4.Contrary to your believe since I lived in Federal Hill(Bukit Persekutuan) Bangsar for 17 years many of my Indians colleagues in Brickfields are MIC/BN supporters. Probabaly they too contribute highly to Indians support for BN.

5.The drop in the Indians support for BN (10% only) in 2008 was due to Hindraf issue and Sammy Vellu factor.

6.Unknown said..

"jangan salahkan cina... salahkan diri sendiri malas walaupun bangsa majoriti.... saya sokong melayu yang dalam PAS dan PKR, walaupun tak perfect as me also, at least they are hardworking and pandai..."

I have to disagree with your sweeping statement.There are many 'pandai and hardworking people across both the political devide.

7.Unknown further said..

"Just ask why orang melayu berhijrah ke luar negara, buang IC dan warganegara...da ada few hundred thousand oledi.."

Kindly let us know your source that the few hundred thousand numbers of Melayus who buang ic and warganegara as reference

7.I have no problem of you supporting DAP and PKR.As for me it remains UMNO/BN Dahulu Kini dan Selamanya.I will aleays want to be with WINNERS and not LOOSERS.You catch the drift.


VANNAKAM Tambi.

Sir Wenger said...

Sdr Aspan,

Great post and I admire what you say. I think your "hoping for the moon" but I still admire what you said.

In fact, while the pirates was in play, we also whacked the DAP nice and proper because they had marketed multiracial but practised chauvinism.

The Pirates however never believed DAP for once was multiracial and the Pirates whacked the DAP because of "misleading marketing."

Glad that KM is here. Hopefully he is reading the news flashes around the blogs about how upset UMNO is with DSN.

Hidup Aspan!
Hidup TSMY!
Hidup Pirates!

NANDRI and VANAKKAM!

Unknown said...

pirates of putrajaya....

you ni penipu no 1...

kata BN akan kalah pilihanraya, including husam akan menang di putrajaya... so apa jadi...

u trus tutup blog you, tapi datang sini nak komen pulak... malu la woi....

Kampong man said...

My dear buddy POP Sir Wenger,

1.You must have been reading now that you have closed your blog for good.Poor POP.

2.I was praying hard prior PRU 13 for an UMNO/ BN victory and Allah answered my prayer.My other buddy Steven Guss too was praying hard at the temple and his Lords too answered his prayer for an MIC/BN win.MIC improved its performance under Palaneval.

3.Your good friend Sakmongkol of DAP won in Raub and his ardent supporter bruno lost his bet with me for PR lost in N9.FGV shares still hovers around RM4.50 and never felt below RM3.00 and of course you lost your bet and you closed your blog.

3. Sakmongkol was the only malay DAP survived (Forget that Bukit Bendera Zairil Khir Johari malay wannabe.He is 100% chinese, son of Christine Lim) and KM is very upset that bro Aspan was not even nominated as a candidate.DAP practises CRONISM and very much a family party similar to PKR.Birds of the same feathers flock together.Most importantly my BN won and I have the last laugh.

4.DAP/PR continues to be arrogant despite being a looser and shall remain more of a chinese party not a multiracial one maa..

5.My Oracle of PWTC who is the closest to TSMY confirms to me that he will not challenge Najib and wish to maintain the status quo as to keep the PERPADUAN in UMNO/BN.My man,the visionary Tun,too agreed that the top two positions be left uncontested unless the delegates agreed otherwise.

6.Pirates, I think you agree with me that Anwar is the big culprit behind all the street rallies,Bersih and recent 505 thing.Wait for the Lahat Datu reports coming out soon.Treason is a big offence you know.Why can't PR accept defeat gracefully I cannot comprehend.That boy Rafizi must be thinking he is hell of a man ehh.God save Malaysia.Cheers dude.

Unknown said...

kampong man...

who is palanivel??
dia tu mandor bodoh jer, bekas driver samy vellu... no function....
pak turut...

palanivel tu bacul, bekas timbalan menteri wanita, sama mcm najib, bekas menteri wanita, tapi bini sendiri hidup mcm diva..

ko sokonglah umno samapi mati anak2 u....

this country goin bankrupt and i will have the last laugh telling u then...

padan muka macai umno bodoh...

Anonymous said...

Unknown 10.36,

Ko ni bodoh benor.Mesti Red Bean Army DAP.Pedulilah apa yg org nak sokong.Dulu aku ingat Dapig dan pkr ni elok sku pangkah pr.Jangan harsp aku nak unfi pr lagi satelah apa yng dapig buy pada pak Aspan.Poodah..

sokong BN kali ni.

Anonymous said...


' The results of PRU 13 for Peninsular Malaysia by race shows the followings: Voting for BN : Malays 63.7% ,Chinese 10.8% and Indians 43.8%. - Kampong man

Our longest serving PM said UMNO=BN is Corrupt to the Core.

I know figures don't lie...Double or triple check your figures with the Election Commission, you cannot just pluck figures from the air.