13 June 2013

Tidak siapa yang berkuasa tanpa sokongan menyeluruh orang Melayu

Saya mendapat banyak pandangan yang agak berlainan dari apa yang kita dengar dan pandangan yang berbeza ini selalunya tidak diutarakan kepada saya melalui komen-komen dalam blog ini. Mereka memberikan pandangan dan komen itu melalui e-mail.

Biasanya komen-komen yang datang melalui e-mail itu lebih jujur kerana mereka memberikan hujah dan alasan yang mencukupi dan tiada setakat melemparkan komen marah dan berselindung di sebalik ‘anonymous’. Mereka menghujahkan isu dengan panjang lebar tidak kira samada hujah mereka itu bertentangan dengan pendapat saya atau sebaliknya.

Banyak kali juga mereka memanggil saya untuk bersama-sama mereka minum petang atau pagi dan mereka adalah dikalangan yang serius dalam memberikan pandangan. Secara kasarnya ramai yang masih berpendapat yang Pakatan Rakyat masih belum bersedia untuk menjadi pihak ‘alternative’ walaupun dikalangan yang memberikan pandangan itu adalah mereka yang cenderung untuk menyebelahi Pakatan Rakyat.

Apa yang menyebabkan susahnya menundukkan BN itu, dan apa pula yang membuat usaha menundukkannya itu tidak mustahil? Jawapannya mudah. Susah untuk menundukkan UMNO itu kerana jika UMNO itu tidak melakukan kesalahan dan menunjukkan kelemahan yang nyata, ia tidak senang untuk di kalahkan oleh mana-mana pihak yang lain.

Isu yang menjadi masalah bagi UMNO sekarang ialah pimpinan UMNO kini sudah hilang hampir keseluruhan wadah perjuangan mereka dan tidak lagi mengekalkan ‘attribute’ asal kewujudan parti itu. Tidak keterlaluan jika kita katakan UMNO itu sudah tidak lagi menyerupai UMNO sebenarnya. Yang tinggal kepada UMNO itu hanyalah sijil  pendaftaran parti itu dan pada namanya sahaja.

Kepimpinan UMNO yang terlalu ghairah untuk memajukan negara sebagai sebuah negara yang maju yang begitu deras sejak hampir tiga puluh tahun dahulu telah melalaikan banyak nilai baik yang selama ini menjadi kekuatan dan ketahanan parti itu. Dalam keghairahan untuk mencapai kemajuan fisikal, kepimpinan UMNO telah melalaikan pembangunan nilai dan etika kehidupan sebagai rakyat timur.

Rakyat dididik untuk mengejar pembangunan fisikal semata-mata justeru menjadikan mereka rakyat yang materialistik yang keterlaluan. Rakyat telah melupakan nilai asas serta etika kehidupan sebagai seorang Melayu dan sekali gus menghilangkan identiti Melayu itu sendiri.

Jika identiti bangsa itu telah hilang maka ia memberi makna yang bangsa itu akan hilang secara beransur-ansur, manusia berbeza-beza dengan identiti masing-masing. Apabila identitinya berubah, maka ia akan merubah segala-galanya dan dalam jangka masa yang panjang Melayu yang sudah hilang identitinya itu tidak akan menyerupai Melayu itu lagi.

Oleh yang demikian kita tidak boleh lagi merasa hairan kenapa UMNO tidak lagi menjadi parti yang kuat kerana ia yang sepatutnya memimpin bangsa Melayu itu, sudah tidak lagi memimpin Melayu yang mempunyai identiti asal tadi. UMNO sedang memimpin bangsa Melayu yang baru. UMNO juga yang menyebabkan Melayu itu berubah kerana selama ini UMNO tidak menumpukan untuk mengekalkan identiti asal Melayu itu.

Malahan ada pimpinan dalam UMNO berpendapat ‘attribute’ yang ada pada Melayu itu adalah penghalang kepada kemajuan bangsanya. Mereka tidak nampak betapa majunya orang Jepun tanpa menghilangkan identiti mereka sebagai bangsa Jepun dengan identiti asal mereka. Begitu juga dengan bangsa Thailand. Tidak hilang identiti bangsa mereka sambil memajukan bangsa mereka selari dengan kemajuan bangsa-bangsa maju yang lain didunia ini. Menghilangkan identiti dan nilai bangsa itu sebenarnya bukan kemajuan.

Kita wajar menerima hakikat yang kelemahan sokongan orang Melayu terhadap UMNO ialah kerana kesilapan UMNO menukar identiti bangsanya sendiri. UMNO memandang rendah kepada bangsanya sendiri Itu sebabnya tidak mustahil jika bangsa Melayu meninggalkan terus UMNO itu dan menggantikannya dengan wadah perjuangan yang menerima dan menghormati bangsa Melayu itu.

Tidak ada satu parti boleh kekal tanpa mendapat sokongan menyeluruh orang Melayu dinegara ini. Berpura-pura menyokong orang Melayu oleh mana-mana pihak akan hanya membuat orang Melayu lari dari mereka apabila kepura-puraan itu jelas terbukti dimata kasar mereka. Kepura-puraan itu akhirnya akan terlondeh juga.

Di atas asas yang disebutkan tadi maka UMNO sebagai parti untuk bangsanya boleh mengembalikan sokongan seperti sedia kala asalkan sahaja pimpinan UMNO itu sanggup melakukan perubahan dan pembaharuan tanpa was-was dan sanggup berkorban untuk masa depan bangsanya itu.

Jika UMNO menyedari apa kesalahan serta kesilapan mereka dan bersedia pula untuk membuat pembaharuan, parti itu tidak akan menghadapi banyak masalah lagi. Tetapi tahukah pimpinan UMNO apa yang hendak diubah itu? Jika UMNO masih di kenali sebagai parti yang rasuah dan tegar dengan penyalahgunaan kuasa maka UMNO akan kekal sebagai parti yang berpontensi untuk mati dalam segala-galanya.

Jika ada usaha setengah pihak samada dikalangan orang Melayu atau rakyat yang lain untuk mencari pimpinan baru yang meyakinkan rakyat maka potensi untuk UMNO kembali pulih itu tetap ada. UMNO memerlukan manusia pemimpin yang lain dari yang ada sekarang ini bagi memusnahkan persepsi rakyat yang UMNO itu adalah parti rasuah dan jahat kepada situasi politik yang berlainan.

Apabila UMNO menukar pimpinan dan berjaya memadamkan imej korup, lemah, salahguna kuasa dan sebagainya, maka tidak mungkin bagi parti-parti lain untuk mengambilalih kuasa dari mereka setidak-tidaknya satu hingga dua dekad yang akan datang.

Ini di sebabkan Pakatan Rakyat mungkin memakan masa yang panjang untuk membetulkan corak dan ‘form’ sebagai parti ‘alternative’ kerana kelemahan-kelemahan itu jelas masih terlihat dalam PRU yang lepas. Sikap pihak pembangkang yang sedang membentuk persepsi masyarakat sebagai parti ‘rebel rouser’ itu, membuatkan mereka memerlukan masa yang panjang untuk diterima sebagai ‘alternative’.

Pakatan Rakyat hanya boleh mengambilalih kepimpinan dari UMNO dalam masa yang singkat jika UMNO dalam masa yang singkat ini masih tidak melakukan transformasi yang sebenarnya.

27 comments:

Anonymous said...

Tuan AA, saya tahu siapa maksud tuan siapa yang berpura-pura menyokong orang Melayu itu. Tuan telah melaluinya.

Anonymous said...

Umno sudah jadi parti bangsat. Pr juga akan jadi parti bangsat jika diberikan kuasa. Umno menipu rakyat, Anwar mengelirukan rakyat. Kalau si Anwarlah nak jadi pimpinan yang mengganti Umno, siahkan lah oleh malaikat 44. Anwar tidak terlepas dgn isu moralnya. Mahkamah boleh lepaskan beliau tetapi tak mungkin kebenaran akan melepaskannya. Sudah tak ada lagi Anwar dan kit siang dalam politik, barulah Pr boleh kita sokong. Kita bukanya sokong Umno sangat, tetapi kami tahu Anwar dan Kit Siang itu siapa. Orang Batu Pahat Tahulah siapa Kit Siang. Kami satu sekolah dengan beliau.

hj sam, B pahat

zeinjb said...

Kalau PR dgn puak2 yg ada ni pun susah juga nak disokong & kepimpinan PAS dgn pemikiran Nik Aziz.Bagaimana nanti jadinya. Akhirnya orang melayu langsung tiada pemimpin!

bumi-non-malay said...

Sudah 56 Tahun UMNO-BN memerintah.....SPR/EC/NRD - Projek IC ....Penipuan, Hina Rakyat, Korrupsi......

Nak Tahu Pernahkah Puak CULT UMNO-BN ni diTEGUR Kuat oleh Sultan / Agong atau sesiapa yang berkuasa??

Rakyat Dah tak adalah lagi LAPANGAN HARAPAN melainkan BERGABUNG antara KITA , Bangkit Bantah Raksaksa, OCCUPY, RALLY......56 tahun hidup PAHIT mesti berhenti SEMALAM!!

Anonymous said...

Kalo perkara asas dlm umno..pemimpin dan ahli sendiri keliru..jgn la di fikir perkara yg akan membawa lebih `advance`...sebagai contoh..mamak itu bukan melayu..

``mamak itu bukan melayu`` adalah pekara asas...sampai bila bangsa melayu dlm umno nak kena tipu???

Lagi 10 tahun..org melayu dlm umno akan kena tipu..``bangla itu melayu``...

Anonymous said...


One cannot rely on a few individuals or ' leaders ', in particular career and self serving politicians, for the our own success and security.

As individual, with some basic education, we are all capable of leading in our own way and contribute our small but significant way.

A good example is the management of our family - you have family budget and children to properly bring up.

This is not an easy task for a mother/wife. A continuous balancing of priorities.....if one could manage a family, one could manage a shop, office, factory or government.

But we must be given the opportunity with proper support and guidance and a fair period of time to make it work.


Anuar Che Lat said...

Saya merasakan melayu harus berubah dgn mninggalkan umno yg selama ini mengkhianati melayu altetnatifnya pr wpun kita bkn fanatik anwar tp pr jauh lebih baik dari bn hakikat yg perlu diakui..

Kampong man said...

Salam semua,

1 Ada banyak kebenaran apa yang bro Aspan katakan.Itulah sebabnya saya lebih gembira sekira bro Aspan berjuang memperbetulkan UMNO dari dalam.DAP tidak pernah bersungguh sungguh memperjuangkan hak orang Melayu.Mereka mempunyai agenda tersendiri.Ini kita tahu.DAP terlepas peluang memberi keutamaan pada calon melayu saperti bro Aspan di pru lepas.Apa masih tidak faham objectif mereka?.

2.Benar, hanya orang Melayu yang akan menentukan halatuju politik negara ini dari segi demograpy penduduk negara.

3.Benar kata Aspan bahawa Pakatan alternatif belum lagi bersedia memerintah negara ini walaupun di PRU 14 nanti.Kecelaruan dan ketidaksepakatan dalam pakatan yang mempunyai ideologi yang extreme(DAP one extreme and Pas another extreme)tidak sesuai bagi negara Malaysia yang berbilang bangsa ini.Apa yang penting pengundi Cina harus kembali balik menyokong kerajaan BN semula satelah gagal UBAH saperti sokongan mereka di PRU 11 dulu.MCA dan Gerakan harus bangun semula memberi keyakinan pada pengundi Cina sekira serious mahu mewakili masyarakat Cina dan berkongsi kuasa dalam formula BN.Maaflah,saya langsong tidak ada kepercayaan dan yakin dengan perjuangan DAP.Terima kasih.

Anonymous said...

Anuar Che Lat...cadangan sdr itu betul..meayu keluar dari umno. Tetapi pandangan membetulkan umno dari dalam setelah terbukti pentingnya umno itu perlu berubah. Cara ini pula tidak memerlukan keluar parti.
Kalau Najib dan seluruh pimpinan yg ada sekarang berhenti maka tidak payah org Melayu keluar.

Kita mesti faham Dap hnya menipu dan mengelirukan Melayu. Cakap pasal mulitacialism tapi w/rakyatnya semua cina dan hanya seoprang Melayu. Apa taik palatnya sikap Dap ini...pembohong. Org Meklayu wajar lembali kepangkal jalan jika telah terpangkah Dap baru ini.

Orang Melayu kerana terlalu emotional terhadap Umno, maka mereka sebahagian org Melayu telah terlajak mengundi Dap yg terbukti parti cina yang totok.
Saya minta Dap jgn cakap pasal multiracial lagi. Semuanya bohong belaka

zamil

johan said...

bumi-non-malay...
wah garangnya! macam Anwar Ibrahim...iya ke tu! Bersemangat nampak. Kalau Anwar awak naketengahkan lebih baik duduk aje rumah. Mendengar Anwar bercakap tu memanglah sedap..pelawaklah katakan....

johan

yogendran said...

Saya setuju dgn zamil diatas. Parti dap tidak malu-malu bercakap tentang perjuangan keperbilangan kaum.Berapa orang ahli CEC dan ahli parlimennya dari kaum melayu? Dap preaches things they don't practice. Sakit hati kita mendengarnya. Dap pendusta. zamil, kita sama pemikiran.

Anonymous said...

Salam saudara aspan..
Saya mengikuti saudara semenjak saudara dlm umno lg..agak menarik saudara masih tidak jemu untuk mengupas perkara yg sama berkali2 dengan penuh perincian dan subab munasabab kukuh..
Tapi sayang hnya sikit Melayu seperti saudara..
Dap terus diserang kerana CEC yg tidak multi rasial mereka..sekurang2nya Dap dh ada 3 yb melayu..saya lihat kekarutan melanda Malaysia ni semakin teruk seperti cerita seorg penculik menculik remaja dn dikurungnya remaja itu d sebuah pondok dlm semak..untuk mengelakkn remaja ni melarikn diri,si penculik ni memomokkn remaja ni dgn pelbagai cerita antaranya kewujudan jembalang,singa,buaya,ular kapak gabon..remaja tersebut menjadi takut dn dlm masa yg sama psikologi remaja ni menganggap penculik sbgai pelindungnya pula di dlm hutan itu(hakikatnya belukar)..itulah gmbaran yg paling jelas dgn keadaan kini bagaimana permainan saraf melalui media ni begitu penting..Melayu juga tak menyokong umno,buktinya 3 bandaraya melayu malaysia di sapu bersih parlimen dn dun PR..dan tiga negeri yg 90% nya melayu iaitu Kedah,Kelantan,Terengganu komposisi seimbang antara Pas,pkr dn umno..manakala di negeri yg wujud Dap disitulah kelemahan Pas kerana ketakutan Melayu pada Dap dan Melayu yg mentah2 tolak calun Pas..

Org bukit gantang..

Anonymous said...

Please believe me, Dap is not multiracial. Don't get deceived bros.
Not even a Chinese party. Its LKS and LGE's party.

Lam

bumi-non-malay said...

johan

Bukan aje garang......lapar, dihina, FED UP lah dengan hidup dimana Elit UMNO + Kroni hidup Mewah, penuh Harapan, Gated Security....kita Rakyat naik bas, bertengkar masuk bas, LRT....trafik Jam....TOL, Petrol Tinggi....DILINGKUNGI Jenayah...macam celaka Pedofile muslim kat Sabah boleh Kahwin anak muda 13 tahun yang Dia Rogol.....Inikah jenis Malaysia kita MAHU UMNO-BN pelihara.....??

Apa Salah Garang terhadap
KE -TIDAK - ADILAN??

When Injustice becomes Law, Resistance is Duty!!...ini yang buat aku gembira diambang kegelapan!!



Anonymous said...

Salam Kampong man

Saya sangat setuju dengan Anuar Che Lat.

DAP tiada ramai Melayu kerana Melayu termakan dakyah UMNO. Hakikatnya, UMNO adalah parti rasis.

Insya Allah, bila ramai cerdik pandai Melayu dalam DAP, maka akan terlihat pembahagian kuasa dalam DAP.

@@@

Anonymous said...

Lam & yogendran,

Sila kemukakan bukti DAP 'is not multiracial' dan 'Dap preaches things they don't practice'.

Tolong buktikan Dap itu pendusta.

Cukuplah untuk UMNO yang berfitnah. Jumaat ini eloklah menambahkan pahala untuk si pembaca.

@@@

Anonymous said...

berjela2 kita sebut ayat 'bangsa'..
bukankah kita sume adalah SATU bangsa/kluarga dr Adam as???

coba kita kaji Quran HANYA ada sekali @ dua sja SEBUTAN 'bangsa' itu di highlight kan..

sebaliknya Quran beRATUS2 kali sebut soal "NILAI2" univrsal value..
-nilai "HAQ" @ KBNARAN
-nilai "AMANAH" integrty/trnsprency
-nilai "TAQWA" yg kudus suci
-nilai "ADIL"..ikhlas & jujur
-nilai "HIKMAH" bakat/kbijaksanaan

seluruh nabi2 yg diutus brJUANG diatas PRINSIP nilai2 UNIVRSAL itu!

seluruh2 nabi2 SEDAR bhw mrk brasal SATU..SATU "darah" dr Adam as

'bangsa' BUKAN asas prJUANGAN..
prjuangan 'bangsa' PASTI binasa
itu lah ASOBIYAH yg memecah belah!

hayatilah sbnar2 hakikat ISLAM yg "univrsal" ini..
BUKAN jd bangsa2 yg pntingkan DIRI

Anonymous said...

bumi-no-malay,

Raksaksa apa jadahnya.Pahit apa jadahnya.Yang pahit adalah orang orang Palestine, orang Rohinga, rakyat Syria,Libya, Mesir.

Hanya mereka yang tidak menghormati undang undang saperti Anu-war/PKR yang akan merosakan negara.PKR penipu rakyat, membodoh dan memecahbelahkan rakyat demi kuasa.Kita reject PKR dan DAP.


Kong kek kuat

Lam said...

anon @@@,
Jgn menegakkan benang basah sdr. Dap tidak ada kepimpinan melayu. Lihatlah barisan ahli parlimennya ada sekor saja. ariff sabri. zairil tu bukannya melayu.
Apa multiracialnya...takkanlah bodoh sgt bro. Saya Cina bodoh pun tau!

Anonymous said...

umno di beri sepenggal sebagai kerajaan..untuk merubah..bak kata najib masa mula mula jadi pm...``kita mesti berubah..kalo tidak kita rebah``...selagi ada mahadey..jgn harap umno akan berubah..walaupun untuk berubah hanya 5 persen...

org cina mungkin akan menjadi pm..mungkin dlm masa 15-20 tahun lagi..kerana pemimpin umno yg memberi peluang dan ruang...caranya apabila 1..singapura bercantum dgn malaysia..2..Dap monopoli parlimen sarawak..

Anonymous said...

Mengapa selepas 56 tahun merdeka,,,kita semua masih lagi membincangkan isu perkauman..Mengapa selepas 56 tahun merdeka tahap tarafd majoriti melayu, masih terkebelakang dari segi ekonomi dan pemikirannya...Mengapa dan mengapa??? Siapa yang memerintah Malaysia selama 56 tahun ini..??? Jawapan nya cukup mudah...Yang memerintah 56 tahun ini telah gagal menanggani isu perkauman dan gagal mendidik minda majoriti orang melayu...dan masih gagal dalam menyusun dan mengatur kek besar ekonomi secara serata dan adil....Siapa yang memerintah???
Jawapannya beberapa kerat orang melayu elit dan disokong beberapa kerat orang cina, india dlm MCA dan MIC dan beberapa kerat dari bumiputra Sabah dan bumiputra Sabah...Semua yang memerintah ini adalah "gagalist"....GAGAL kerana telah gagal mengatur dan menyusun strategi terbaik untuk rakyat Malaysia keseluruhannya...Sekarang kita perlu melantik mereka yang pakar, ahli ahli strategis terbaik,,,ahli ahli sosiologis terbaik dan ahli ahli ekonomis terbaik untuk menyusun dan mengatur semula masyarakat Malaysia....dan bukannya dan bukan lagi telalu bergantung pada ahli politik....

Anuar Che Lat said...

Saya kurang setuju apabila ada mngatakan dap pekauman..kenapa 1999 semasa bn menang dgn undi cina tak kala undi melayu cendurung kpd barisan Alternatif x wujud pun mca racis ttp pabila pru 13 ni terjadi peralihan undi cina besar2an dap jd kecaman..kita harus sedar kenapa cina mnyokong pr mereka nak kan kestabilan hidup yg lebih baik terutama dlm bidang ekonomi dan mereka menolak Pemimpin yg korup..sbb tu saya merasakan melayu kena berubah secara total demi memastikan msia berwajah baru dgn langskap politik yg baru.org melayu luar bandar sj lg yg masih x bleh kluar daripada kepompong pemikiran mereka yg sempit hanya cukup sekadar brim 500 setahun dan momokan palsu bn..

Anonymous said...

Lam,

Macam mana nak ada kepimpinan Melayu yang ramai dalam DAP?

Kini, bukan ramai Melayu menjadi ahli DAP.

Walaupun anda mengatakan Zairil itu bukan Melayu, hakikatnya ada Melayu dan kaum lain dalam DAP tetapi hanya tidak ramai.

UMNO langsung tiada kaum lain.

Apabila ramai Melayu berani bersama dengan DAP, maka waktu itu akan bertambah kepimpinan Melayu.

@@@

Anonymous said...

Lam,

Kalau DAP terpaksa tunggu 40 tahun hanya baru dapat mandat rakyat untuk mentadbir sebuah negeri di Malaysia, insya Allah, dalam 40 tahun akan datang mungkin orang Melayu yang akan memimpin DAP.

@@@

Anonymous said...

Takde kah manusia yang berjiwa patriotik di luar sana, manusia yang berjiwa besar, manusia yang berfiran melampaui batas batas perkauman.Takde ke manusia di bumi Malaysia ini yang akan menyatupadukan rakyat Malaysia..Takde ke manusia di bumi Malaysia ini yang sedar betapa pentingnya kita menyatupadukan semua rakyat tanpa mengira asas etnik, kaum atau kelas atau keturunannya...

Ketahuilah bahawa sesuatu kaum itu satu hari nanti akan pupus...Sudah beratus "kaum" atau "ethnik" atau "bangsa," "budaya" atau "bahasa" hatta "tammadun" pun telah menjadi pupus dan telah menjadi sejarah...Kepupusan ini adalah satu tabii mengikut peredaran zaman,,,satu kaum atau etnik itu akan dimamah zaman dan akan dinamakan dengan nama lain satu hari nanti,,,

Melayu itu sendiri sebenarnya adalah satu penjenamaan baru , untuk merangkumi berbagai etnik diNusantara,,,mungkin satu istilah yang di cipta secara "sulit" oleh penjajah,,,adakah Parameswara dan Tun Perak sebenarnya akan berbangga berbangsa Melayu???Adakah mereka becakap Melayu seperti yang kita tuturkan hari ini.Jawapannya tidak....Satu Bangsa dan Bahasa itu akan BEREVOLUSI dan samada kekal atau tidak bukanlah kita yang menentukannya...Motto 'Tak Melayu Hilang Di Dunia', benarkah dituturkan oleh Hang Tuah atau rekayasa satu kumpulan manusia yang berkepentingan..Bangsa bernama "Cina" pula hanya wujud selepas penyatuan Cina oleh Mao Tse Tung dan peyatuan bahasa Mandarinnya...India di Malaysia ini pula hanya wujud selepas Malaysia Merdeka sahaja, penyatuan melalui Bahasa Tamil nya..DiNegara India sendiri mereka ada pelbagai ratusan etnik dan bahasa.Sebelumnya di Tanah Melayu (Satu Istilah geografi yang di beri oleh Inggeris) mereka bangga dengan Telugu nya,Benggali nya Malayalamnya...

Jadi janganlah kita perjuangkan sesuatu itu atas dasar kaum atau etnik keturunan kita.Percayalah Ianya takkan kekal...

Kesimpulannya janganlah kita taksub sangat dengan bangsa,,jangan taksub dengan rasis, tak kira lah samada kita mengistiharkan diri kita ni melayuke, cina ke, india ke.....Yang patut di perjuangkan ialah sistem pendidikan yang boleh mendidik anak kita supaya ada kekuatan moral...ada kekutan fizikal,sihat tubuh badan dan pemikiran rasional dan sentiasa berfikiran waras terhadap manusia lain dan pesekitaran...ada intergriti yang kukuh dan senantiasa ingin berusaha tekun....barulah kita akan bersatu dibawah satu bangsa bernama Bangsa Malaysia....Itulah yang di namakan Malaysia Baru.

Setakat ini sistem pendidikan kita yang ada pada hari ini, belum mencapai tahap spt diatas td.Jadi kita semua pakat pakat lah perjuangkan satu sistem pendidikan dgn tenaga pendidik yang bermutu yang akan menuju kearah satu bangsa Malaysia Baru.

Ingatlah nama yang akan kekal di bumi ini walaupun zaman beredar hanyalah Kaum Yahudi dengan rasisnya...dan kita faham fahamlah kenapa dan macamana peragai Kaum Yahudi ini.

Orang Kampung said...

anon 16:07;

Coba ko pikir ko sekarang dalam UMNO.

Bolehkah ko praktik apo yang ko cakap kalo dalam UMNO?

Bak kato orang puteh, "the stake is so high to lose" kalo nak praktik idealism ko.

Sistem yang ado sudah tersimen dalam budaya UMNO. Nak memecahkan simen konkrit bukan senang malah nak tampal balik pun sukar. Maka, elok aje diteruskan budaya yang terpacak selamo-lamonya.

Siapo pun yang akan memimpin UMNO terpaksa akur apo yang sudah begitu lamo tertanam dalam budaya UMNO selamo ni.

Anonymous said...

Saya sangat bermasaalah dengan mereka yang menggunakan bahasa sms dan mereka yang gagal menggunakan bahasa Malaysia dengan betul ketika mwmberi pandangan.

"Coba ko pikir ko.." sepatutnya mesti di tulis " Cuba kau fikir kau.."

Inilah masaalah pada ramai penulis muda saperti rakan kita diatas.Mari kita perkasakan bahasa dengan menggunakanya secara betul.


Pencinta bahasa.