30 June 2013

Kalau main politik dengan orang asing, memang buruk padahnya

Jusuff Kalla, mantan Naib Presiden Indonesia telah di kritik keras oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana membuat kenyataan yang boleh menjejaskan kredibiliti Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia.

Pengerusi DAP itu telah membidas Jusuff kerana membocorkan isi kandungan perbincangan sulit diantara Anwar dan PM Najib dan menuduh Anwar tidak memenuhi perjanjian diantara kedua-dua pemimpin negara itu. Anwar telah dikatakan mendapat bantuan kewangan dari syarikat besar dari Filipina, Amerika Syarikat, Turkey dan juga Thailand untuk membiayai ralli ‘blackout 505’ yang dianjurkan oleh pihak Pakatan Rakyat baru-baru ini.

Kenyataan Jusuff itu telah menjejaskan kredibiliti Anwar dan seterusnya menjejaskan kredibiliti Pakatan Rakyat sekali gus. Karpal mendesak Jusuff Kalla untuk memohon maaf kepada Anwar secara terbuka. Karpal berkata Anwar tidak sepatutnya percaya kepada Jusuff kerana tindakan Jusuff itu memberikan impak negatif kepada gerakan pembangkang dinegara ini. “Jusuf ternyata mempunyai agenda beliau sendiri” kata Karpal.

Saya tidak mahu memberikan komen tentang samada Jusuff patut meminta maaf diatas tindakan beliau membocorkan semua perundingan sulit Anwar dengan siapa dan dimana perundingan itu dibuat. Bagi saya seseorang pemimpin negara ini tidak kira Anwar atau pun sesiapa, melibatkan pemimpin asing untuk politik sendiri di negara sendiri itu adalah satu tindakan yang tidak bermoral.

Inilah padahnya jika keghairahan kita untuk menjadi orang penting negara membawa orang atau pemimpin asing untuk terlibat sama. Tindakan Jusuff membocorkan rundingan rahsia Anwar dengan Najib dan membocorkan cerita bantuan kewangan yang Anwar perolehi dari luar negara itu mungkin tidak beretika.

Tetapi tindakan pemimpin negara menggunakan pihak luar untuk membantu politiknya sudah cukup untuk meyakinkan rakyat yang Anwar mampu diperguna oleh kuasa asing. Mendedahkan diri dengan bantuan politik dari luar ini akhirnya seorang pemimpin itu menjadi pemimpin ‘puppet’ kuasa asing.

Itu sebabnya sekarang sudah tidak ada lagi ‘freedom fighters’ di dunia ini kerana Amerika Syarikat dan kuasa asing yang lain telah mencorakkan politik banyak negara didunia ini. Kuasa asing telah mengadu-domba rakyat sesebuah negara dan kenyataan ini boleh kita lihat berlaku dinegara-negara Timur Tengah beberapa ketika dahulu dan disetengah negara itu masih berlaku.

Jika kita kaji dari ‘content’ rundingan sulit itu ia melibatkan bantuan kewangan dari kuasa asing dan tidak terkejut jika negara kita seperti yang disyaki oleh banyak pihak juga terlibat dengan permainan halus kuasa asing itu.

Jika kita menjadi alat permainan politik pengaruh dan kuasa asing maka kita wajar membuat pendirian yang tegas dalam hal ini. Kita boleh memilih untuk bermain politik mengikut suasana negara kita atau memilih untuk dijadikan alat oleh kuasa asing yang mempunyai kepentingan mereka dikalangan kuasa asing itu.

Tetapi apa yang jelas kita lihat dalam urutan sejarah, sesebuah negara yang diperguna oleh kuasa asing itu selalunya menjadi hancur siasahnya dan akan hilang identiti rakyat dan negara-negara terbabit.

Menjadi pemimpin dengan menggunakan kuasa asing untuk menyandarkan politiknya adalah selemah-lemah seorang pemimpin dan yang tidak bertulang belakang yang kuat.

Tanpa bantuan kuasa asing pemimpin seperti ini sememangnya tidak mempunyai apa-apa ‘consequence’ dalam sesebuah negara itu.

39 comments:

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Najib dan anwar ini saling memerlukan. Membaca pernyataan jusuf kalla ini ditambah dengan gelak tawa mesra anwar dan najib di parlimen tempohari mengundang pelbagai pertanyaan dan tanggapan.

Saya tidak mahu berfikir panjang tentang hentaman jusuf mengenai anwar kerana pada saya, ianya bukan isu baru. Anwar tidak pernah berubah. Sejarah membuktikan bahawa anwar ditinggalkan oleh kawan kawan lamanya.. Sehingga kini anwar hanyalah dikelilingi oleh golongan muda yang tidak pernah berpeluang 'bersama' anwar.

Saya lebih tertarik kepada isu rundingan sulit bersaksi jusuf kala.. Bagaimana kah perdana menteri malaysia boleh mengadakan rundingan sulit dengan ketua pembangkang? Banyak implikasi terhasil dari rundingan ini yang pastinya semua mempunyai implikasi negatif.

Yang pasti najib seolah olah gagal untuk yakin bahawa sistem perundangan kita sudah lebih dari cukup untuk menangani apa jua hasil dari pilihanraya lalu. Lemah benar manusia najib ini.

Pada firasat saya, jika anwar ini bersara dari politik, makanya najib dan kuncu kuncu nya akan seperti cacing kepanasan di persoal oleh generasi baru politik kita.

Moh Saad PJ said...


Baguslah PR kalah pru yang lalu. Terlalu banyka hikmahnya kepada kita. Mula-mulanya saya frust bila pr kalah, tapi setelah berfikir, rupa-rupanya banyak hjikmahnya untuk kita semua.

Alhamdulillah!!

org lama UM said...


Anwar has been associated with foreign elements since his WAMY days in the early seventies.

syed said...


Everyone,
Anwar has the right to be trusted, at lest by those who do not know who he is.
I don't blame those who support and idolized him.
On the other hand we who know him also have the right not to trust him.

Thanks

Anonymous said...

selalu terlepas pandang dgn kesan dari pemikiran yg tidak berhati2

zainal said...


Sdr AA, saya hendak bagi tahu sdr, hanya sekali sahaja saya pergi blackout505 itu. lepas itu saya sedar kami ini hanya menjadi lembu pada Anwar saja. Dia dapat bantuan kewangan dari orang asing. Kita terkinja kinja menjerit melolong dopadang. Terasa bodoh pulak saya ni.

menantu org lambo said...

Lantok deme nak bergaduh! Penyokong Anuar dengan penyokong Najib. Due due teman menyampoh!Deme ni sibuk pengaruh kite di bawoh ni! Pegi tembok tupai kat kebun durian lagi ade paedohnye...

Anonymous said...

Politik di malaysia hanya mainan syaitan yg bertujuan untuk melalaikan umat islam agar lebih pentingkan kehidupan akhirat..antara anwar dan najib antara pkr dan umno..2 x 5..pimai pimai tang tu...

ramlee said...

Yang bestnya pengikut berperang dibawah mereka diatas syok syok dan bersukaria.

Apa yang AA kata slow slow menjadi kenyataan.

Bagus punya tipu daa!!

awangbatuburok said...


Salam Tuan Aspan,

Terimakasih diatas tulisan tuan.

Sememangnya rakyat Malaysia dan Pakatan Rakyat memerlukan satu formula baru tanpa melibatkan UMNO dan x-UMNO untuk menyelamatkan negara yang tercinta dari terus dirosakkan oleh dua kumpulan syaitan iaitu 1. Syaitan Yang DiKenali 2. Syaitan Yang Tidak DiKenali (kedua-duanya bersekongkol menipu rakyat dalam PRU-13 yg lalu).

UM 1969 said...

Let us split our individual path with regards to Anwar. Let those who know about Anwar stay aside.
Let those who just know Anwar give him the undivided support.

Let us respect each other. To those who do not know the truth about him, continue supporting him. Go on rallying and those who know about this leader look and watch from far.

Let us wish him luck and may god bless him.

Salam.

Hj kamal said...

Tuan Aspan.

Dalam perbincangan saya dengan Pegawai Anwar,ia memberitahu bahawa Anwar telah menelapon Jusuff Kalla bila berita komennya di siarkan oleh Merdeka Centra On lina.Jusoff Kala menafikan dengan sakerasnya berita itu.

Dalam senerio Kedua,Kata kan betul Jusuff Kalla membuat kenyataan itu kapada Merdeka centra.Bagaimana Jusuff Kalla tahu yang Anwar mendapat bantuan Kewangan Dari Negara Luar.Mustahil Anwar memberitahunya.
Mungkinn yang memberitahunya ialah Najib,kerana Najib bersama sama Jusuff Kalla salama tiga hari menunggu Kedatangan Anwar unrok berunding mengenai untiy govertment.

Kemungkina juga Jusuf Kalla kechewa gengan Anwar kerana Anwar berjanji akan memberi jawapan kapada nya mengenai unity Givertment salepas 22 june.Sahingga hari ini Anwar tidak respond kapada Jusoff Kalla.

Bukan mudah bagi Anwar untok menerima tawaran Najib mengenai unity Govertment yang di tawarkan hanya jawatan Timbalan Perdana Menteri dan empat menteri Kabinet.

Jumlah peratus kemenangan antara BN dan PKR ia lah. 55% BN dan 45% PKR.
Jadi sekurang kurangnya PKR mesti mendapat 45% dari kerusi kabinet dan bukan 4 menteri sahaja.

Satu lagi yang saya perlu beritahu di sini,jika PKR mendapat bantuan dana luar,kenapa dalam pilehan raya ini ahli ahli Parliment dan Dewan undangan negeri yang bertanding hanya mendapat wang sabanyak $20 saorang dan ramai diantara mereka menjadi pengemis meminta bantuan kewangan kapada orang ramai.
Dr Hatta yang menjaga operasi Pilehan Raya PAS berkata dia tidak duit untok diberikan kapada calun calun nya.
Bagitu juga dengan PKR. Yang banyak duit sadikitbialah DAP ,mungkin dia mendapat bantuan banyak dari taukeh cina.

Satahu saya negara asing amat berhati hati untok menberi bantuan kewangan dalam pilehan Raya.

Jadi jangan lah kita terperangkap.

Anonymous said...

As Salam Pak Aspan,

A Friend in Need Is A Friend Indeed

Anonymous said...

I think most of us have a wrong idea about the last GE. We went to the polling station was not because of Najib or Anwar. It was because of us and our future ...So stop blaming others if you have made a wrong decision... grow up then

Sidek suliana said...


Gajah sama gajah berperang
Pelanduk mati di tengah tengah
Ghairah kuasa yang diperjuang
Penduduk Malaysia berpecah belah~

Perjanjian sulit telah dimeterai
Negarawan asing menjadi saksi
Bila perjanjian telah dimungkiri
Mahkamah rakyat kini adili~

Najib dan Anwar mesti berunding
Rekonsiliasi Nasional agenda penting
Jangan biarkan menjadi genting
Rakyat kian terumbang ambing~

http://selokarakyat.blogspot.com/2013/05/perjanjian-sulit.html

Anonymous said...

slm tuan AA,
PRU lepas bukan pasal najib vs anwar, kalaupun anwar mndpt sokongan hanyalah sbb dia berada di pihak yg mahu lihat rasuah dibenteras dan kerajaan yg lebih adil dan berwibawa.
Pandangan Tuan ttg Anwar tidak boleh diprcayai bersbb dan Tuan dh mmbuat keptusan.
Jadi siapa yg boleh Tuan tunjukkan yg boleh mnjadi ketua kpd golongan yg benci rasuah dan mahukan kjaan yg baik.
Ingin saya tahu siapa yg Tuan inginkan sbg PM kalau dh semua tak ada yg layak.

Badrul, Kuantan.

Anonymous said...

Bagi rakyat yang tahu cerita ini pasti teringat kepada lakunan P.Ramli.
P. Ramli berlakun untuk cari makan di pentas lakunan dan di layar perak.
Manakala pemimpin tertinggi dua pertubuhan politik Malaysia berlakun untuk mencari kuasa dan wang ringgit diatas belakang rakyat.
Di Malaysia pelakun pelakun jenis kedua ini ada merata rata. Atas tembok tepi longkang, kedai kopi dan lebih lebih lagi di stesen teksi. Lebih hebet dari nuar yang hebat.

Orang padang besar

ismail sabtu said...


Badrul, Kuantan,Saya yang jawab, tak payah pak AA jawab tentang siapa yang boleh memerangi rasuah itu.
Jawapannya ialah, 'anyone else but Anwar'. Thank you

Anonymous said...

AA..I agree 100 percent with you that both leaders, Najib and Anwar have credibility problem.
I also agree with Anwar that in Pakatan Rakyat exists Umno elements in it. That Umno element is none other than Anwar himself.

amri

Anonymous said...

Salam AA,

1.Anwar haruslah menetapi janjinya berundur satelah kalah di PRU 13.Ini adalah janji beliau sendiri.Ini fakta. (Ref:anwaraidc.com).

2.Apakah kita masih mahu mempercayai Anwar lagi?.

ITM Jalan Othman.

Anonymous said...

Awangbatuburuk,,

Apa masih dalam khayalan lagi dan tidak dapat menerima kekalahan?.

Sudah sudahlah berkempen tu.Bukankah ini semua ketetapan darinya.Nasib baiklah PR kalah.Lain kalu sahaja lah !!.

Anonymous said...

Anon 11:09:00

tiada yg sempurna dalam politik, Anwar kata dianak berundur semata mata naik raih undi simpati sahaja
rakyat yg sokong pembangkang dan penyokong2nya amat memerlukan beliau..apa yg anwar buat dan kata akan sentiasa nampak suci
perkara ini akan diteruskan kerana sudah org politik tiada ustilah bersara menurut seleranya

mas said...


Assosiasi anwar dgn kuasa asing kita dengar sejak puluhan tahun dahulu lagi. Tak terperanjatlah kita jika ia menjadi cerita yg reality skrg ni.
Kebenaran akan akhirnya kita alami. Sabar sajalah

Anonymous said...

Kesediaan rakyat sememangnya sudah kuatuntuk berubah tetapi malangnya pemimpin yang hendak melakukan perubahan itu biarlah orang yang tidak di palitkan dengan isu moral.

fuad said...

For all intent and purposes a change is a must. But for the next 2 or 3 elections Umno will still be the victor unless the people find a new set of alternative leaders to replace the current set. The current set of leaders fighting for change are not convincing enough, therefore a change is not a change. believe me..

Anonymous said...

Terasa tak kita diperbodohkan. Bila berpaksikan hujah politik maka kitalah mangsanya. Jalang jalang orang boleh buat orang luar memperbodohkan kita.

Lihatlah sejarah lampau, perpecahan melayu lama, zaman keangongan Melaka siapa yg pencetusnya, juga orang luar (penjajah). Tok Janggut, siapa pengacaunya, juga orang luar memperbodohkan dan menipu orang Melayu dll.

Kadang kadang kita tidak terlintas langsung dalam kepala, Jusuff Kalla bekas pemimpin kanan Indonesia, boleh memegang kedua dua tali hidung pemimpin kanan dan berkuasa di Malaysia. Itu menandakan pemimpin Malaysia lemah. Tidak pandai berpolitik.

Haru biru di buatnya, rakyat akan nikmati balik zaman pemerintahan Jepun, Inggeris, Siam, Portugis seandainya kita masih ada pemimpin sebegini.

Itu pendapat saya Pak Aspan.

jami'ah said...


Najib is at his lowest ebb of leadership. AI is at his highest horny for power. Just power bro. Both have to go abroad soliciting support and we here become the victim of their quench for power.

Here you see Dap supporting Anwar for his effort to get foreigners for assistance. Now we ask, what is Dap up to?

The answer is just to split the malays and malaysian. Supporting anwar ibrahim for their political expediency.

Now Dap is the strongest party, but it would not be for long. We'll see...

Anonymous said...

Saya adalah pelajar jurusan politik..
Apa yg dilihat pemimpin ialah berpaksikn kepada 3 perkara untuk melengkapkn klimaks politik tersebut
1.matlamat/misi
2.kuasa
3.sokongan rakyat..

Untuk mencapai matlamat ia perlukan kuasa,tanpa sokongan rakyat mustahil mendapat kuasa..dengan hanya sokongan rakyat tanpa kuasa,matlamat tidak akan tercapai..dengan hanya kuasa tnpa matlamat x kemana..lebih malang lg dgn hanya matlamat tanpa sokongan dan kuasa,apa pun x jadi..

Kena ingat,mcmne sekalipun politik Islam dan melayu perlu dipertahankn..itu adalah isi penting bagi perjanjian sulit ini..saya x pndang itu lgkah "pengkhianat" oleh Anwar tetapi satu langkah yg biasa dilakukn mana2 pemimpin negara..

Anonymous said...

Pentas comment ini semakin menarik dibaca
Saya peminat blog ini bercadang kepada siapa saja yang mengikuti blog ini, marilah sama sama dengan hati terbuka dan jujur kita kemukakan masaalah dalam Negara terkini, kemukakan pendapat dan cadangan, dan apa saja perkara yang bolih diokongsi bersama.
Walau demikian elakkan daripada tulisan berunsur maki hamun dan luahan perasaan melampau. Idea itu biar segar dan terkini.
contoh saperti commenr fuad 15:57(1st july), cukup menarik untuk difikirkan.


Orang padang besar

Anonymous said...

Pak Aspan.. kenapa semenjak dua menjak ni asyik nak salahkan Anwar je...kalau tak Anwar Pkr..kalau tak Pkr.. Dap..Kalau sekali dua mungkin Pak Aspan kelihatannya seperti menasihat atau menegur..apabila berkali2 , kelihatan pulak seperti Pak Aspan mendendami atau cuba memburukkan nama baik pemimpin PR..musuh2 di luar sana teruja dengan komen Pak Aspan dan seronok menjadi batu api dlm blog ini..begini le Pak Aspan ...seburuk2 Anwar cuba tanya dlm diri kita..kenapa beliau sanggup dipenjarakan drp bersengkongkol dgn Mahathir..kalau tidak sekarang ini PM kita adalah Anwar drp Umno...tapi beliau melawan dan memilih penjara.. mana2 pemimpin besar dlm dunia pun akan bersahabt dgn pemimpin negara luar..itu biasa Pak Aspan oiii.. dan pemimpin2 luar itu juga manusia biasa..hari ini mungkin sahabat...esok lusa sapa tau.. dan ia berlaku di mana2 termasuk diri Pak Aspan sendiri yg dulunya Umno..

Din Tongkol

Anonymous said...


After what the POLITICIANS had done to the country with their narrow, divisive and damaging politics for self interest, you cannot trust them anyone.

Until the ordinary people fully realise they are TUAN/BOSS, nothing significant had been achieved.

They must know that the Politicians are elected to serve them, not the other way round....if not, they will not be able to liberate themselves from authoritarian control with little/no equal rights and entitlements.

Politicians are the most UNTRUSTWORTHY and DISHONEST people....worst than car salesman.

Anonymous said...

Salam to All,

Bila AA kata the set of team from both BN and PR are not capable of running this country almost all readers of this blog agreed, and do AA and all those agreed with him come out with the alternative set of team that they think can lead? No. So where do we head from here? I reckon if we look around for alternative like it or not they will have to come from either BN or PR, because they are already established and have track records.

BN has been in power for more than enough and with so many failures and blunders I don't think the rakyat can accept them in full faith anymore so they have to go. Question is will they have the will to initiate any changes if they are still in power? Looking at their actions thus far after freshly "robbed" the mandate it is almost next to impossible to see any changes.

Any hope rite now is on PR to get the country back on track. Tussle between parties in PR is normal just like any other coalition in the world. With leaders of DSAI, hadi and LGE charisma I am sure the coalition will get through the rough and bumpy part of their struggle. What is obvious they have so much potential to lead and many changes that the rakyat is eager to see are already in place waiting for the button to be pushed.

We have to get past the racial issues immediately and each and every single race in this country has no ground to worry about their future or the nations' because the constitution is our guarantee.

Hurairah
JB

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan,

Saya sering lalu saja, tak tahu apa nak komen lg w/pun tajuk serta isi menarik dan provokatif. Namun setelah baca sikit sebanyak reaksi dan komen pembaca dsbnya, betullah bahawa we get the govt we deserve. Tak boleh lari dari kenyataan ini.

The analogy is that of an abused spouse with an abusive spouse. The abused continues to live with the abusive:-o%#&x?! Their children and their children's children will do the same.

The cycle repeats for eternity (baqa). Those within it can't tell the good from the bad. Foul deeds look fair to them. They are zombified and on a treadmill to nowhere. Those who see different go mad or check out.

Saya tabik pada tuan yang masih larat menulis dan luang masa untuk berbincang dan ajak orang bertukar fikiran.

DanielMuslim said...

Sdra Aspan,
Dalam sebuah negara demokrasi berpelembagaan ala Malaysia hari ini, kita masih lagi berdepangan dengan ceritera hikayat politik alam Melayu seolah olah kita masih terus hidup di zaman feudal.

Ceritera Sang Rajuna Tapa menjemput Bentara Majapahit dan membuka pintu kota istana nampaknya seperti berulang kembali dalam realiti politik MelayuIslam moden hari ini. Walaupun dalam kontek yang agak berbeza,,kisah ini menujukkan kurangnya keyakinan diri kita sendiri dan kurang jelasnya halatuju para pemimpin negara kita di Malaysia hari ini.

Cerita nya mungkin berakhir dengan hancurya harapan rakyat semua pada pemimpin yang ada di atas sana.

Menjemput orang luar mencampuri urusan politik negara samalah juga seperti seperti sepasang suami isteri menceritakan masalah rumahtangga , cerita dalam 'kelambu bilik' diperdengarkan secara halusi kepada tetanga kita.
Memang kita hidup bermasyarakat, akan tetapi sampai kesitukah kesanggupan kita menceritakan segala galanya. Kalau hati kita masih sanggup maka samalah jua kita berperangai seperti Melayu Lama.. Cerita hikayat Melayu Lama dengan politik istananya, dengan Sultan Iskandar yang zalim, Dang Anom permata negara yang diidami semua, Sang Rajuna Tapa sebagai watak pembela yang tertindas dan Bentara Majapahit kuasa luar yang sentiasa siapsiaga. Akhirnya kerajaan melayu singapura dijajah oleh Majapahit. Inilah ceritera Melayu Lama, yang sesiapa orang Melayu yang rasai dirinya sudah menjadi Melayu Baru terpelajar, boleh belajar intipati dan pengajarannya.

Mungkin yang terbaik buat para pemimpin negara masa kini ialah bermuhasabah tentang nasib anakbangsa, menambahkan lagi keyakinan diri anakbangsa untuk berdepan pancaroba gelombang politik dan ekonomi antarabangsa,,
yang hangat dan berbadai melanda,,isu TPPA seperti mahu menjajah semula. AFTA yang akan mencucuk ekonomi anakbangsa. Sudahkah pemimpin memberi penawar dan keris perisai kepada anakbangsa...Mungkin Hartawan YapCuKong dan Panglima Bukit Gantang sudah bersedia,,akan tetapi kami semua yang daif dan naif dihujung kampong dikakibukit ini nngak tahu apa apa,,,terlopong mulut terjelir lidah, orang tua kami semua bila kami berbicara pasal ekonomi anakbangsa dan halatuju negara.

Wahai pemimpin ahli legislatif semua yang beradu domba dibalaiseri rong negara, hentikanlah sengketa bicara sia sia. Mulalah berbicara tentang nasib anakbangsa dizaman yang akan datang, berbicaralah dan berbahaslah lah tentang "motto" Hang Tuah "Tak Melayu Hilang DiDunia"???atau apakah sudah sampai masanya kita gantikan dengan yang simpulan lebih berertikata seperti "tak warga asing hilang diMalaysia" atau bebahaslah tentang peribahasa lama "melukut di tepi gantang"sebelum melukut ini jatuh kedalam lubuk gantang.

Fikir fikirlah tentang nasib anakbangsa di bumi bernama Malaysia ini untuk abad yang akan datang. Barulah kita boleh namakan panglima semua sebagai pemimpin negara yang berwawasan.. Pilihlah antara panglima semua,calon berwawasan yang berhak menjadi nakhoda negara, membawa anakbangsa melayari dan menyusuri ranjauliku bernama pentas dunia.

Anonymous said...

I have said all along it has to be BN all the way even in the next three elections. It is business as usual for BN in pru 13.It is because the barisan alternative, PR,is just not good enough.Hidup BN.you deserve it.

ANwar?.No thanks.

DS

Anonymous said...

Anwar ka najib ka sama saja. Dua-dua tu dtg dari UMNO... UMNO=PKR!!!

Anonymous said...

awat depa tu pi cari indon jadi orang tengah. dah tadak ka org lain ka???? bangang sungguh umno dsn bekas umno nih. tak habis-habis nak minta tlg orang asing... indon tu dah tau sial pi mintak tlg lagi. Konfrontasi dulu pasai apa??! banyak tentera melayu dibunuh indon!!!! Bengong

Anonymous said...

Anon02:06.... piiiiiirah mabuk!!!"

Anonymous said...

pak aspan ni memang anti anwar. Dia sokong pembangkang tapi tak sokong anwar, semacam ada dendam kesumat atau perancangan. Ingatlah, saya juga bukan penyokong tegar anwar. tapi kalau anwar tiada yang pastinya najib dan kuncu2nya akan kenduri kesukuran