15 July 2013

Isu harga ayam: Hasan Malek elok berfikir dahulu sebelum berkata-kata

Setiap hari raya isu ayam berkumandang khususnya terutamanya di pertengahan bulan puasa. Kali ini isu ayam menjadi isu lebih awal lagi apabila Menteri yang bertanggungjawab, Hasan Malek membuat kenyataan yang melucukan tetapi membayangkan betapa malasnya beliau berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata.

Ayam merupakan makanan yang paling murah berbanding dengan ikan dan daging. Itulah sebabnya isu ayam ini sentiasa timbul setiap musim perayaan. Isu ini adalah biasa kerana rakyat kita belum lagi sampai ketahap rakyat berpendapatan tinggi seperti yang dijanjikan Najib dan Muhyiddin. Bilakah rakyat berpendapat tinggi itu tercapai hanya Tuhan sahajalah yang mengetahuinya.

Hasan telah menimbulkan kemarahan ramai orang kerana beliau menjawab seperti seorang yang terlalu malas untuk berfikir, mungkin kerana terlalu letih menjalankan ibadah puasa. Beliau telah meminta orang ramai menukar menu makanan. “Jika ayam mahal, jangan makan ayam”, katanya. Beliau meminta orang ramai carilah makanan yang lebih murah lagi, tetapi tahu kah beliau ayam itulah yang paling murah jika dibandingkan dengan ikan dan daging.

Saya sendiri terasa kenaikan harga ayam itu, kadangkala sehingga RM9 sekilogram. Jika kita ikut pandangan Menteri ini, pilihan yang ada hanyalah sayur-sayuran hijau atau jika mahu yang lebih ‘solid’ sedikit tidak lain dari memasak gulai ubi dan keledek sahaja. Orang ramai terutamanya yang tua-tua akan teringat pula dizaman penjajahan Jepun dahulu yang orang kampung rata-rata hidup dengan memakan ubi kayu sahaja.

Malahan lagu rakyat dizaman Jepun bagi orang Negeri Sembilan masih lagi saya ingat kerana dinyanyikan oleh orang-orang tua kampung saya yang tidak berapa jauh dari kampung Hasan Malek ini. Lagu rakyat itu lebih kurang begini senikatanya:

Den tembak den potek terigo (trigger),
Den dapek seekor ayam donak,
Den boghi kepado sajan mejo,
Den naik pangkat lance korporal.

Ompek tahun tigo boleh hari,
Jopun datang memerintah nogoghi,
Ghamai oghang yang bongkak kaki,
Kerano banyak makan ubi……

Kenyataan Menteri Hasan ini sebenarnya tidak mengejutkan saya kerana saya mempunyai lama pengalaman bersama beliau menganggotai Jawatankuasa UMNO Bahagian dahulu. Saya bukannya hendak menuduh beliau itu lemah. Tetapi saya hanya hendak menanyakan yang dia ini sememangnya seratus peratus tenaganya diperguna untuk mencari jalan untuk mendapat tempat seperti yang beliau dapati sekarang ini.

Hasan Malek tidak boleh di persalahkan kerana kesalahan atau kesilapan beliau itu. Yang salahnya ialah pucuk pimpinan yang memilih beliau untuk di pertanggungjawabkan dengan tugas berat ini. Hasan ini sememangnya begitu dan kenyataan beliau itu tidak lagi menjadi kesalahan kepada orang seperti saya. Kita tidak boleh memberikan harapan terlalu tinggi kepada Menteri ini dan saya tidak mahu memberikan komen lebih dari ini terhadap beliau.

Tetapi takkanlah isu seperti ini mendapat jawapan segila ini dari beliau yang sudah begitu lama dan veteran dalam parti. Takkanlah tidak dapat mempelajari sedikit ‘wisdom’ sebagai seorang yang sudah begitu panjang usianya.

Hanya saya memberi ingatan kepada Menteri ini, kalau hendak bercakap elok berfikir dahulu. Biarlah lambat sedikit keluar kata-katanya, tetapi berfikir dahulu, agar tidak menyakitkan hati rakyat yang sedang sedia merasa kesakitan dalam hidup ini.

Selepas ini saya berharap kenyataan seperti ini tidak akan berulang lagi, kerana itu merupakan satu kenyataan yang terlalu ‘unnecessary’ dan memalukan mereka yang mendukung beliau selama ini. Kepada Hasan, "you have achieved your ultimate, try your best to be a real Minister, rather than acting like one"

Itu sahaja komen saya. Saya memberikan komen ini kerana ramai yang meminta saya mengomennya sebab saya adalah orang Kuala Pilah.

18 comments:

Anonymous said...

BN MENGUNAKAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR UNTUK KAYAKAN KRONI.

Selamat sejahtera kpd tuan puan,
Saya adalah salah seorang ahli DAP selalu berulang alik ke HQ DAP di Off Jalan Pudu,Pasar Pudu, di bangunan WW Hotel. Berdekatan atau di seberang jalan terdapat Tandas Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Terletak betul-betul di bawah jalan dan dekat dengan Pam Petrol Esso sebelah parking.
Saya pernah menggunakan tandas ini tetapi tidak diberikan tiket. Bukan sekali atau 2 kali tetapi banyak kali. Hingga saya tak boleh tahan dan pada minggu lepas saya telah bertanya kepada Pekerja yang menjaga kaunter. Dia dengan muka yang marah telah membuang tiket di atas kaunter dengan cara yang amat kurang ajar dan sombong. Sedang saya berjalan masuk dia berkata kepada kawannya yang saya kedekut dan 20 sen pun nak berkira.
Dalam hati saya ini bukan perkara kedekut tetapi ini adalah hasil negara dan wang rakyat. Apa yang saya nampak apabila hari telah malam kedua2 pekerja ini hanya tidur tidak membuat kerja. Ini menyebabkan keadaan tandas amat kotor. Kerosakan tandas juga tidak diperbaiki. Duit tiket banyak yang tidak dipotong tiket bukan kah ini kerugian kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Pernah saya datang waktu petang juga didapati pekerja2 hanya duduk2 tidakmembuat kerja.Kedaaan tandas juga amat kotor dan meloyakan tekak. Kerosakan di sana sini tidak dibetulkan dan ada tandas yang tersumbat dibiarkan sahaja. Paling menjijikan bau hancing dari tempat membuang air kecil lelaki baunya sampai ke pintu.Dua pekerja beruniform merah hanya duduk2 sahaja sambil bersembang2 dan gelak ketawa. Bukankah tugas mereka menjaga kebersihan tandas atau mereka makan gaji buta tanpa membuat kerja? Tanya sabun pencuci tangan dan tisu adalah mudah jawab pekerja2 ini. Tisu free dan sabun pencuci tangan percuma sudah habis kalau mahu yang bayar punya ada. Adakah patut tisu yang dijual di kedai 30 sen telah di jual dengan harga 80 sen.
Disebabkan saya bekerja dengan Syarikat Pemaju Perumahan dan selalu berurusan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Saya mempunyai rawai kawan-kawan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Salah seorang kawan saya kenalkan saya dengan seorang Pegawai diJabatan Landskap. Pegawai ini telah menceritakan saya tentang peristiwa yang berlaku. Bagaimana UMNO danBN menggunakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk kayakan kroni dan orang2 mereka.
Semua Kerja2 kontrak yang melibatkan kerja pembersihan awam telah diserahkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kepada Alam Flora Sdn Bhd. Termasuk tandas awam di seluruh KL dan tandas awam di Jalan Pudu. Ini untuk menyenangkan BN dan Umno untuk menjaga kepentingan kroni mereka. Kalau di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pengagihkan tender mesti melalui tender terbuka tetapi Alam Flora Sdn Bhd mendapat sejumlah besar tender dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur secara runding terus. Siapa di belakang Alam Flora Sdn Bhd? Satu Malaysia sudah tahu.

Anonymous said...

AlamFlora Sdn Bhd pula akan mengagihkan projek kepada kroni2 BN dan UMNO secara runding terus tanpa melalui tender atau sebutharga terbuka termasuk tandas awam Jalan Pudu,Pasar Pudu ini. Sebab itu mereka tidak memikirkan kualiti atau harga tender tetapi hanya mementingkan kroni mereka sahaja.
Tandas JalanPudu ini telah diberikan kontrak kepada satu syarikat yang tuan punyanya adalah Ketua Cawangan Umno di Rawang. Syarikat ini pernah mendapat kontrak tandas awam melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Pegawai Jabatan Landskap juga mengesahkan bahawa syarikat ini dahulunya sayarikat yang punya banyak problem. Pernah mengambil pekerja yang tidakmempunyai permit, pekerja mengambil dadah, pernah hilangkan wang tiket lebih daripada RM 10,000 dan tidak pernah ambil tahu tentang kualiti kerja mereka. Tandas-tandas mereka penuh dengan kerosakan yang tidak pernah di perbaiki. Bagaimana syarikat yang mempunyai banyak masalah mendapat projek dari Alam Flora Sdn Bhd. Sedangkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengetahui syarikat ini syarikat yang tidak boleh dipercayai. Sebabnya senang sekali sebab ini adalah syarikat kroni ! Pegawai landskap ini juga terkejut bagaimana company yg ada banyak masalah juga tidak perfom dapat semula kontrak ini.Atas sebab apa????

Sekiranya tuan puan ada rakan2 di Jabatan Landskap tuan puan boleh bertanyakan rekod syarikat ini. Apa kata mereka? Ini adalah contoh terbaik syarikat kroni membolot harta negara serta menjahanamkan negara dan dalam masa yang sama tidak pernah ambil tahu tentang projek yang mereka miliki. Langkah tan Sri Khalid Ibrahim meterminate Syarikat Alam Flora Sdn Bhd dari Selangor adalah langkah yang terbaik sebab itu kerajaan negeri dapat membuat penjimatan berjuta RM.
Pembaca2 juga boleh semak dengan AlamFlora adakah betulkata saya tiada tender terbuka yang ada semua runding terus. Pembaca2 juga boleh datang sendiri ke tandas ini dan lihat sendiri bagaimana rupanya. Inilah contoh terbaik syarikat kroni………..

Terima kasih.

Mr Tang Ah Chai.




Iskandar PT said...

Salam Tuan,

Ada satu cerita cereka bagaimana seotang yang ingin membeli alatganti otak untuk kegunaan dirinya, setelah di tanyakan oleh pembeli kepada penjual kenapa otak-otak gantian selain dari otak orang melayu telah menggunakan kapasiti hingga melebihi seratus peratus, penjual berkata bahawa mereka yang telah menjual otak mereka adalah berbangsa 'mat saleh" , jepun dan korea manakala otak orang melayu hanya digunakan tak sampai 10 peratus masih banyak lagi. Mungkin menteri yang tuan maksudkan antara "otak" org melayu yang masih mempunyai kapasiti lebihan 99 peratus...

sekadar mencuit minda..

Iskandar PT said...

Salam Tuan,

Semenjak RTM menyiarkan LIVE sidang Parlimen dari jam 10 pg setiap hari persidangan, kita boleh menilai kualiti jawapan menteri dan berdasarkan soalan MP. Menteri yang mempunyai kualiti dalam memberikan jawapan seperti KJ amatlah dialu-alukan kerana kebanyakan jawaban yang diberikan adalah memjawab soalan dari MP.
Sesetengah Menteri atau Timbalan memberikan jawaban yang hambar atau hanya sekadar menjawab seolah melepaskan batuk sahaja dan amat mengecewakan bila mana PM memilih mereka sebagai Menteri atau Timbalan.
Menjawab soalan yang diberikan adalah berdasarkan kertas jawaban yang disediakan oleh pegawai kementerian amat mudah kerana sekadar baca sahaja, tetapi bila soalan tambahan dikemukakan , kebanyak Menteri gagal menjawab secara spontan disebabkan data yang tidak lengkap dan kurang membuat ulangkaji bidang kuasa mereka.
Amatlah malang bagi rakyat Malaysia yang berjumlah 47 peratus memilih mereka menjadi YB dan menteri.

Kesimpulannya adalah , sekiranya Malaysia ingin mencapai negara maju pada 2020, barisan Kabinet PRU 13 ini merupakan barisan kabinet yang gagal untuk memenuhi aspirasi rakyat Malaysia . Kabinet PRU 13 ini adalah sekadar barisan MP BN yang tangkap muat untuk memenuhi kekosongan kabinet dapor PM...

Berfikir pun malas...

Anonymous said...

Harga ayam yang naik memang ramai dah buat komplin dalam media tetapi di TV entahlah ,tapi rasanya tak pernah dengar lagi. Panas juga rasa hati kita bila menteri berkenaan beri jawapan bodoh sedemikian rupa. Nampak macam negeri ini dia yang punya , bolih kata apa saja. Yang menghairankan kita kenapa manusia manusia berotak lemah bagini jadi menteri. Agaknya kerajaan sekarang dah berputus asa untuk meneruskan ajenda menolong rakyat atau kata orang kalah sebelum berjuang. Atau ini alamatnya BN dak tempah keranda siang siang lagi.
Olih itu barisan alternative mesti bersiap sedia dari sekarang untuk PRU14 nanti. Tukar pemimpin tertinggi sekarang juga. Bagi peluang muka muka baru yang benar benar dipercayai. Rakyat sudah sedia menyokong. Tetapi andai muka muka pemimpin lama yang dak usang berkarat itu masih nak jadi pemimpin jangan harap rakyat akan berubah-rakyat tak menaruh keyakinan. Bila lagi , pasukan laki bini, anak beranak, menantu tolan yang ada sekarang nak direhatkan. Ingatlah rakyat ada fikiran, orang Melayu tak bodoh, orang Melayu tau guna otak macam bangsa lain juga. Cuma tak berpeluang kerana kroni kroni sekarang macam dendalu api, bertapak kuat dalam semua bidang . Ialah...kalau barisan alternative pun serupa corak dengan BN cuma bezanya pandai berkempen dengan idea idea lucu dan tak masuk akal (bagi lapisan educated )maka tak ada makna juga menyokong mereka. Calun calun DUN atau MP bagus bagaimanapun rakyat tak pandang seandainya pemimpin pucuk bergelomang dengan bermacam macam isu masa lepas yang cukup konteravesi. Sejarah bukan bolih basuh dengan ayer sabun, lepas tujuk keturunan pun orang akan baca lagi. Kalau barisan Alternatif masih rupa yang sama juga jangan haraplah rakyat nak bagi bentuk kerajaan. Apa guna , lebih teruk lagi adalah. Balik balik pangkah BN itu lah juga. Seburuk buruk BN Nampak juga ada baiknya.
Menyentuk pasal kroni PR lebih teruk lagi berkroni dari BN. Habis himpun satu keluarga. Andai menang katakalah, semua anak pinak,cucu cicit, pupu poyang himpun dalam cabinet. Masa tu nak kata apa lagi "kabinet ini ana yang punyalah, ana buat lah apa yang ana suka"
Tender, projek, geran dan entah apa bala lagi semua "ana punya krooni lah yang empunya". Masa tu "mampuih" kata orang utara. Yang tiris , meleleh, bocor tak dapat nak dibayangkan lagi. Ini bukan main main. Andai berkroni tegar begini hasilnya kelak.

Orang padang besar

Anonymous said...

Ni lah masa untuk orang tengah dlm industry ayam nak sembelih penguna ayam. Menteri Pertanian kita tak cekap untuk menilai perkara ni walaupun sbleum ni dia menteri kpdnkk. Mana boleh import ayam cepat kena proses impot ekspot.

Anonymous said...

Pak Aspan,

Ayam tua seperti inikah yang layak diangkat sebagai menteri? Apa muslihat di sebalik perlantikan beliau? Mungkin ini satu perkara yang menarik untuk kita teliti. Memandangkan Pak Aspan orang Kuala Pilah, saya pasti banyak lagi maklumat yang boleh dikongsi bersama.
Saya tertarik juga dengan lagu daerah yang Pak Aspan nyanyikan dalam artikel di atas. Cadangan saya, elok kalau ianya disiarkan secara video bersuara. Itu lagu khazanah yang semakin dilupakan.

Terima kasih.

Anonymous said...

Pakatan ni hanya npk salah kerajaan aje, sedangkan apa yang kita lihat jawatan dalam parti pun daripada anak beranak dan adik beradik mereka.Tu belum lagi dapat jadi kerajaan. Pemilihan parti pun di pertikaikan oleh ahli sendiri...Buat Pakatan, janganlah kuman di seberang laut nampak tapi gajah di depan mata buat-buat tak nampak..

Anonymous said...

Anon 9:22

Samalah, Pakatan pun sama bro. Apa sahaja yang tak betul itu salah Pakatan.
Bro, BN dan Pakatan tu sama aje.Satu pihak itu macam beruk, satu pihak lain macam kera....

wakial

Anonymous said...

Abang AA,

Hasan Malek boto-boto tak pikir sobolom bocakap. Kito panggil dio Montoghi gulo anau.

Banyak gulo anau dihadiahkan kek Rosmah bang..

Itu sobab dio jadi montoghi...

dioh

Nas Rul said...

salam...mohon bertukar link bloglist dengan tuan...balas jika sudi...

http://dairishare.blogspot.com/

Anonymous said...

menteri... hang penah tengok tin sardin cap ayam x ?.. len kali berpikir dulu sebelum bercakap..

ahmadyaniDotCom said...

Bila sesuatu amanah itu diserahkan kepada yang bukan 'ahli', tunggulah kehancurannya. Orang yang diberi amanah itu akan 'hancur'. Dan kerja itu juga akan 'hancur'. Sebab itulah banyak isu tidak mampu diselesaikan oleh mereka yang bertanggungjawab.

Anonymous said...

Tuan AA, I hail from Kuala Pilah just few miles away from the town. Hasan Malek is a sycophant of the highest order and that's just what he knows in life.


Karim, P Jaya

Soorian, S'ban said...

AA and all,
Appointing this man to be a Minister indicates to us how weak Najib is. This man is unfit for anything at all if one knows him just a little.

He is out of cut to a member of the cabinet but a person like this man is the bet for Najib.

How can we give trust on Najib now?

Anonymous said...

Rakyat dalam keadaan genting dengan pertaruhan harga ayam terutamanya dengan harga daging dan juga ikan. Asasnya rakyat perlukan makanan ini, bila menjelang hari raya nanti.

Sehingga kini tiada satu keputusan yang membantu rakyat dalam pertaruhan itu terutama dari kerajaan. Menteri bertanggungjawab pula bersuara seperti budak rempit di atas motorsikal bersuara berdolak dalih bukan bertaraf menteri. Rakyat tetap mengeluh berpanjangan kerana hari raya nanti memerlukan bahan ini. Mereka pun pening lebih daripada menteri pulak.

Oleh itu pencarian menyelesaikan harga bahan itu, tepuk dada tanya selera, tepok kocek rasa apa (tebal nipis) tepok dahi nasib diri, ku pilih kerajaan aku yang rugi.

Selamat mengundi orang Besut.....rasa serupa cang, keropok lekor sebatang!!!

chempaka said...

Inila rupanya kalau mulut lebih laju dari otak.

Anonymous said...

mentori ayam sanggup potong elaun konon. jaga kebajikkan konon. beraklah mentori ayam. org luar boleh diaakar an. orang pilah tak dapek dor. mentori ni salam tak tirih. penasihat ee nak eee.. jahanam umno dek orang macam dio ni...