Mesir sudah menjadi sebuah negara
yang kacau bilau. Mesir yang terkenal dalam sejarah sebagai negara yang
bermulanya tamadun moden manusia kini boleh dianggap sebagai sebuah negara yang
sudah hancur lebur dalam mana di negara itu sudah tidak tentu lagi mana yang
benar dan mana yang salah. Semalam telah dijangka puluhan juta rakyat yang menyokong
Mohamad Morsi akan berhimpun di Dataran Raba’ah dan ini merupakan himpunan
terbesar di negara itu selepas tumbangnya Hosni Mubarak dua tahun lepas.
Hosni Mubarak berkuasa selama 30
tahun dan isu yang dibangkitkan oleh rakyat ialah rasuah dan salahguna kuasa
yang dilakukan oleh beliau dan keluarga beliau. Itu adalah isu yang nyata
benar. Tetapi kita tidak bertanya siapa dan tangan siapa yang bermain dalam isu
penentang terhadap Mohamad Morsi itu? Isu rasuah itu dijadikan oleh pihak kuasa asing untuk membawa rakyat ke jalanan
untuk menentang Hosni sehingga Hosni rebah dan jatuh dimata rakyat dalam
kehinaan.
Morsi mengambilalih kuasa setelah
ketiadaan Mubarak melalui pilihanraya rakyat. Morsi yang mendapat 52 peratus
sokongan rakyat hanya berkuasa selama hampir dua tahun sahaja kerana beliau
telah ditumbangkan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan sokongan tentera
Mesir setelah jutaan rakyat berhimpun di Dataran Tahrir beberapa ketika.
Semalam, setelah Morsi
ditumbangkan oleh sebahagian rakyat dengan bantuan tenteranya maka Mesir
kembali bergolak dalam mana penyokong Mohamad Morsi kembali ke jalanan
menentang pihak tentera dan yang menyingkirkan Morsi melalui sokongan tentera
tadi. Begitulah keadaannya di Mesir dan keadaan ini berlaku tentunya kerana
adanya permainan pihak luar dan pengaruh asing untuk melemahkan Mesir.
Kehadiran Morsi sebagai pemimpin
baru Mesir sebenarnya tidak di senangi oleh pihak barat terutamanya AS yang
begitu tidak senang dengan pendirian Mesir terhadap isu Palestin dan Israel.
Kuasa Barat yang begitu senang kedudukan mereka semasa pemerintahan Hosni
Mubarak telah begitu gusar dengan pendirian Morsi dalam isu Timur Tengah yang
masih bergolak sejak 1967 dahulu.
Masyarakat antarabangsa faham
dengan keadaan di Mesir sekarang ini. Mesir dipermainkan oleh AS dan Israel
dan itu menyebabkan rakyat Mesir menjadi rakyat yang kacau bilau dan sudah
tidak mengenali yang baik dan yang buruk serta yang mana musuh dan yang mana
kawan.
Penganalisis politik antarabangsa
ada berpendapat yang tentera Mesir itu sendiri telah dirasuk oleh pihak luar
dan ada yang menuduh tentera Mesir telah mendapat bantuan kewangan yang besar
dari AS. Malahan tentera Mesir merupakan penerima kedua terbesar dari AS
selepas Israel.
AS tidak rela melihat sebuah negara Islam yang kuat di sekeliling atau
dipersempadanan Israel
kerana kuatnya Mesir itu akan merbahayakan Israel yang menjadi sekutu terkuat
AS itu. Malahan Israel dikatakan oleh banyak pihak sebagai negeri yang ke53 AS
yang diwujudkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1948 dahulu yang di ketuai oleh
Amerika Syarikat dan Britain.
Tidak hairan jika Mesir diperlakukan
begitu oleh Pihak Barat kerana Mesir merupakan negara yang terhampir dengan
Israel dan jika Mesir menunjukkan sikap tidak ada kebersamaan perjuangan dengan
kuasa asing yang mempertahankan Israel itu maka memecahkan negara itu merupakan
cara yang amat biasa dialami oleh mana-mana negara yang tidak bersekutu
pendapat dengan AS dan kuasa asing yang lain.
Tetapi tidak semua rakyat yang
bersama dalam usaha menjatuhkan pemerintahan Morsi yang baru berusia setahun
jagung itu. Hari ini puluhan juta rakyat Mesir akan keluar untuk menunjukkan
bantahan terhadap pihak pembangkang dan tentera Mesir yang telah bertindak
ganas membunuh puluhan penyokong Morsi yang dipilih oleh rakyat dalam
pilihanraya pertama selepas kejatuhan Mubarak dua tahun dahulu.
Rakyat telah mempersoalkan siapa
Mohamed ElBaradei yang telah dilantik menjadi orang kuat dalam kerajaan
sokongan tentera ini. Mohamed ElBaradei seorang yang pernah mengetuai IAEA yang
begitu rapat dengan Barat sudah mula dikutuk rakyat Mesir yang telah memilih pemimpin
mereka secara demokrasi. Kali ini rakyat Mesir dibawa kembali untuk
menumbangkan kerajaan yang mereka pilih sendiri dalam pilihanraya dua tahun
lepas.
Dari saat ini sehingga masa yang
tidak dapat kita tentukan Mesir akan menjadi medan
permainan politik besar kuasa asing, khususnya kuasa barat yang tidak mahu
melihat Mesir menjadi negara tetangga Israel yang kuat. Selagi rakyat
Mesir masih tidak menyedari yang mereka dilaga-lagakan oleh kuasa dan pengaruh
asing, selagi itulah negara itu tidak akan aman.
Morsi tidak disenangi kerana
Islamnya. Morsi tidak boleh menjadi pemimpin Mesir kerana beliau akan menggugat
kestabilan negara haram Israel
dan Morsi adalah musuh kepada mereka yang menentang Islam dan perjuangannya.
Rakyat Mesir dihasut untuk menolak
Morsi kerana mereka memberikan alasan yang Morsi tidak mampu menyelesaikan
masalah yang dihadapi rakyat selama enam puluh tahun dalam tempoh dua tahun.
Itulah akibatnya rakyat yang
tidak mahu mengakui yang pimpinan yang bermain-main dengan kuasa asing untuk
mendapatkan kuasa akan akhirnya membunuh rakyat mereka sendiri. Semua pemimpin
yang menebal sekularnya sekarang sedang kembali ke Mesir untuk merayakan
kemenangan mereka bersekutu dengan kuasa asing.
Apa yang berlaku di Mesir ini
semestinya menjadi contoh dan sempadan kepada kita di Malaysia ini. Kita mesti akui dan
menerima hakikat yang mana-mana pemimpin yang mengadu dan meminta pertolongan
kuasa asing untuk berkuasa akhirnya akan menjahanamkan negara dan demokrasinya
sendiri.
Belajarlah dari kejadian di Mesir
ini dan jadikanlah alam yang terbentang luas ini sebagai guru. Jangan biarkan
mana-mana agen luar untuk menguasai pemikiran rakyat dan politik negara kita
ini.
Mesir sememangnya menjadi tempat
permainan politik kuasa barat sejak penghujung pemerintahan Gamal Abd Nasser,
Anwar Sadat dan Hosni Mubarak sehinggalah zaman pemerintahan Morsi
8 comments:
Saya tertarik dengan kenyataan perenggan kedua akhir rencana tuan.
Tahukah kita berapa ramai rakyat negara ini sedar perkara itu, tambah tambah lagi para pemimpin yang berjiwa rakuskan kuasa dan wang ringgit. Isu terkini PPA yang hendak di cuba jelaskan kepada rakyat oleh Menteri Prdgngan adalah contoh terbaik kearah itu. PPA dilahirkan kerana apa tuan tuan "kuasa besar boleh makan
kuasa kecil, dalam jangka panjang atau segera dan kuasa kecil takut kepada kuasa besar"
Misalan mudah, kuasa besar bila bila masa sahaja boleh menguasai negara lemah ekonominya apatah lagi negara yang ada ikatan perdagangan dengan mereka. Dan memudahkan lagi untuk menguasai politik. Ini boleh diibaratkan " benang dah berada dalam jarum" maka jahitlah sesuka hati mu.
Beringat ingatlah kita.
Perkara Sam a yg berlaku di Malaysia di man a puak A war Ibrahim dgn bangga mint a bantuan a Erika Australia singapura Dan sebaainya Demi mendapat kuasa Dan dibantu oleh CIna yg take pernah anggap Malaysia negara mereka.., Semoga Melayu Islam sedar bahawa yahudinasrani Dan majusi sedang mengambil kesempatan dari orang yg kemaruk kuasa Dan orang orangyg kecewa macamhang
Oil a curse, thousands years of religious comflict and bad and currupt politicians in the Middle East countries....this is the start of their problem to no solution in sight.
Dunia Islam dikaca mata sudut luas tidak harus dikaitkan hanya satu bangsa sahaja. Melayu Islam sama sekali tidak boleh diangkat semata-mata Islam hanya untuk Melayu sahaja. Sejarah Islam semenjak zaman Nabi Ibrahim sudah mula berperang demi mempertahankan wilayah-wilayah mereka dari serangan puak Khazarian. Siapa mereka? Mereka berasal Dari mana?
Tuduhan seperti, orang Cina nak rampas tanah melayu adalah golongan yang cetek ilmu dan lemah keimanan, mereka itu adalah golongan yang mempunyai pemikiran ekstrem.
Instituisi raja-raja Melayu memang wujud dan harus dipertahankan sejak 600 tahun dahulu dan bukan hari saja tiba-tiba dengan sentimen ekstrem dan melahirkan perasaan cinta bangsa.
Nasihat kepada puak ekstremis, siasat dulu asal usul kamu sebelum kamu dibenarkan mendekati Islam.
Lebih 90 peratus rakyat Mesir beragama Islam boleh dikuca kacir oleh kuasa besar. Kita yang ada hanya 10 peratus orang Islam yang betul betul bertakwa kepada Allah boleh buat apa. Atay
Sapa yg mengadu pada kuasa luar Aspan.Be spesific.Pemimpin UMNO, pemimpin DAP, PAS atau PKR..
Orang Melayu masih tak ingat ke sejarah penjajahan Inggeris? Orang Inggeris mula bertapak bila ada anak raja yang berbalah minta bantuan Inggeris. Sudah tentu mereka bersedia membantu tapi hakikatnya tiada free lunch. Dengan bantuan itulah..negara kita tergadai dan dijajah.
Perubahan kat Mesir ada kebaikannya?.hidup walaupun bebas tapi sengsara..susah cari makan
Mesir lebih baik dari dulu?
Kerajaan Ikhwan Muslimin Mesir mampu bertahan dua tahun sahaja, diguling pihak tentera dan pembangkang yang ditaja pihak luar.Fonomena ini lumrah di Negara jiran israil.
Masyarakat sedunia diyakinkan bahawa Sadam Hussain dan Muamar Gadafi dibunuh atas alasan manusia paling kejam atas muka bumi. Secara sulit pula Yasir Arafat turut dibunuh tanpa ada siasatan pun.Siapa dalangnya?
Kesatuan Negara Negara penakluk angkasa ini kemaruk benar menakluk planet bumi. Belum puas lagi dengan kekayaan bertimbun hasil makan duit bunga dari dunia ketiga. Kini sarang tebuan ciptaan mereka di planet ini akan menyengat siapa saja yang cuba mengusik.
Persoalannya...
Apakah Negara ini terkecuali?
Apakah pembangkang Negara ini tidak terlibat sama?
Apakah di Asia ini tiada Negara tali barut mereka ?
Orang padang besar
Takkan dalam masa 2 tahun Morsi mampuulihkan negara.Untuk menstabilkan negara perlukan masa yang panjang.Orang2 yang ingin menjatuhkan Morsi itu tak sayang negara.Pentingkan diri.Sepatutnya bersatu membangunkan negara tapi pergi menjatuhkan negara.
Post a Comment