08 July 2013

Tuhan Maha Mengetahui apa yang ada di dalam diri kita

Sesebuah negara itu memerlukan perubahan setiap waktu kerana dunia ini berubah setiap waktu. Tidak mungkin keadaan sesebuah negara itu statik tanpa berlaku perubahan. Kenapa dan mengapa ia sentiasa melalui perubahan itu merupakan soalan yang susah untuk mendapat jawapan melainkan seseorang itu mampu untuk belajar terus-terusan dan menjadikan alam ini sebagai guru. 

Negara kita sendiri melalui proses perubahan ini dan ia tidak terlepas dari perubahan yang datang secara ‘natural’ itu. Dunia ini sendiri berubah mengikut masa dan waktunya. Rupa bentuk bumi ini pun berubah selepas berlakunya evolusi ‘ice age’ dahulu. Perubahan itu telah merubah bentuk dunia ini dan perubahan fisikal itu juga telah juga membawa perubahan kepada persempadanan sesebuah negara dan membentuk benua-benua yang berbeza keadaan dan juga membina perbezaan bangsa dan budaya nilai manusia yang berbagai-bagai.

Secara ‘natural’ bumi ini lebih bijak melakukan perubahannya, malahan bumi ini lebih bijak dibandingkan dengan pemikiran keseluruhan manusia jika dicampurkan semua sekali. Bumi ini sendiri adalah objek yang hidup dan ia juga melalui proses perubahan walaupun secara evolusi. Negara kita sebagai satu unit yang sangat kecil jika dibandingkan dengan dunia dan alam ini pun turut berubah.  Semua makhluk itu berubah kerana makhluk itu adalah elemen yang hidup.

Gunung-ganang itu hidup dan pokok-pokok dan rimbunan itu hidup. Tumbuh-tumbuhan itu hidup dan ia memerlukan makanan dan minuman serta makanan. Pendeknya apa sahaja yang dijadikan Tuhan itu hidup termasuk batu-batu yang pejal dan gunung-ganang yang tinggi dan lautan yang luas itu.

Satu perkara yang asas ialah, setiap makhluk itu perlu diurus oleh manusia dengan baik. Manusia diamanahkan untuk menguruskan dunia ini kerana manusia diberikan kelebihan dari makhluk yang lain kerana diberikan akal fikiran oleh Tuhan Maha Pencipta alam ini. Manusia ini adalah secantik-cantik kejadian Tuhan maka manusialah yang berwajib untuk menjaga kerahsiaan Tuhan itu. Manusia itulah yang berwajib untuk menunjukkan kehebatan Tuhan dan kebenaranNya itu.

Segala perlakuan manusia itu melambangkan tahap tauhid seseorang itu terhadap Tuhannya itu. Bagi mereka yang tauhidnya terhadap Tuhan itu tinggi maka seseorang itu akan menunjukkan tauladan yang baik dan diterima moralnya oleh umat manusia atau masyarakat sekelilingnya atau rakyat negaranya. Manusia yamg menanggung kerahsiaan Tuhan itu tidak akan menunjukkan sikap buruk kerana perlakuan itu seolah-olah digerakkan Tuhan.

Keburukan itu boleh dilihat dari cara bercakap, adab atau sopan seseorang itu serta kerja rasuah dan tidak mengutamakan kepentingan nilai, moral dan agama seseorang itu. Itu sebabnya manusia itu ditadbir oleh elemen pahala dan dosa kerana manusia itu mempunyai roh yang mengendalikan kehidupan seseorang insan itu. Roh merupakan penerima bahagia atau celaka didunia lebih-lebih lagi diakhirat. Bahagia atau celaka itu bergantung kepada niat dan perlakuan seseorang itu dalam kehidupannya.

Justeru ia berkaitan juga dengan politik dan siasah seseorang manusia itu. Samada seseorang itu benar-benar seorang yang baik serta sentiasa mengtauhidkan kehendak Allah, maka ia tidak akan melakukan kerja buruk dan bercakap dengan nada yang buruk serta lucah dan biadap.

Jika kefahaman dapat disebatikan dengan kehidupan kita maka semua bidang kehidupan kita tidak akan ada pancaroba yang banyak termasuk bidang politik disetiap peringkat negara. Itu sebabnya dalam politik banyak pihak yang tidak sependapat, dan ketidak-sependapatan ini adalah perbezaan nilai dan tahap kebersihan diantara seorang dengan seorang pemimpin itu.

Kita mendengar ada pihak yang tidak berpuas hati kenapa mereka gagal dalam pilihanraya sedangkan sokongan rakyat begitu kuat tetapi masih tidak mendapat kerusi yang mencukupi untuk mentadbir negara. Justeru terus sahaja menyalahkan pihak lain kerana kegagalan itu untuk menutupi kelemahan sendiri dalam menghadapi rakyat jelata.

Tidak kurang yang lupa untuk menerima hakikat yang niat dan kemahuan kita adalah diantara perkara yang penting untuk penentuan kejayaan perjuangan kita itu. Tetapi hakikat ini jarang-jarang diterima oleh ramai yang niat buruk atau salah niat itu hanya diketahui oleh Tuhan Maha Kuasa sahaja.

Ramai yang lupa untuk memohon keredhaan Tuhan itu kerana masing-masing merasakan yang kekuatan luaran yang ada itu sudah cukup untuk memenuhi kehendak kita dan tidak sedar bahawa Tuhan lebih mengetahui segala-gala yang ada dalam sanubari setiap manusia itu.

Itu sebabnya apa yang diberikan Tuhan itu adalah yang terbaik bagi seseorang itu walaupun kehendak seseorang itu berlainan dari apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Yang penting bagi manusia ialah berusaha mengikut landasan syariat Tuhan serta hukum hakam negara, selebihnya adalah hak Tuhan untuk menentukannya.

Kita baru sahaja selesai menghadapi piihanraya dan kemenangan masih kepada BN walaupun dalam jumlah majoriti yang menipis. Berbagai-bagai postmortem dilakukan. Diantara penyebabnya ialah kerana penipuan dipihak BN yang besar dan kerana perpecahan dan tidak ada kekentalan dipihak PR untuk bersatu dalam ertikata yang sebenarnya.

Tetapi tidak ada pula keputusan mana-mana postmortem yang menjuruskan kepada niat dan matlamat pimpinan PR itu sendiri yang hanya diketahui Tuhan yang Maha Mengetahui itu.

Tuhan Maha Mengetahui, maka apa-apa keputusannya tentulah dengan kehendak Allah semata-mata. Mana mungkin keputusan pilihanraya itu tidak kena-mengena dengan keputusan dengan ketentuan Tuhan?

Mana mungkin Tuhan tidak tahu bagaimana sebuah pertubuhan politik yang melaungkan perjuangan untuk semua kaum, tetapi akhirnnya hanya berjuang untuk kaumnya sahaja?

Mana mungkin Tuhan tidak tahu nilai sebenar pemimpin yang berjuang untuk melakukan perubahan itu? Mungkin rakyat tidak mengetahuinya tetapi Tuhan tetap Maha Mengetahui dan apa-apa yang ditentukan itu adalah terbaik bagi semua pihak kerana itu adalah ketentuan Tuhan Maha Pencipta dan Maha Adil itu.

Pendeknya apa yang ada didalam segumpal daging yang ada di dalam tubuh kita itulah yang menentukan samada niat yang kita zahirkan itu selari dengan apa yang ada didalamnya itu. Selagi ia tidak selari selagi itulah matlamat kita tidak akan tercapai.

18 comments:

Anonymous said...

Benar Pak Aspan, Najib dan umno tidak tahu yang Tuhan tahu apa yang mereka buat dalam kerajaan itu.

Anwar pun begitu. Seolah-olah Tuhan tidak tahu apa yg beliau lakukan dibelakang dan didepan tabir.

Dap pun sangka Tuhan tidak tahu yang parti itu hanya mementingkan kaum Cina sahaja.

2x5 dan 5x2 sajalah pak!

bumi-non-malay said...

Kalau guna logik tuhan yang benarkan semua yang berlaku....maka pembunuhan kat Syria seramai 200,000 orang adalah juga kehendak Tuhan. Pembunuhan kat Mesir pun kehendak Tuhan....... Mungkin kita perlu ada sikit ruang dalam pemikiran yang manusia yang lakukan semua Kezaliman ini dan menutup semua Kezaliman dengan pembunuhan. Juga perlu sikit ruang dalam pemikiran yang Allah tak akan merestui sesiapa yang Zalim, Racis.....macam Malaysia....Kebodohan Allah TAK Boleh diatasi oleh kecerdikan manusia.....ini satu Paradigm.

Allah mencabar manusia hapuskan penipuan, kezaliman, RACIS, ketidakADILan, Jenayah.....Nyawa perlu diGadaikan agar Celaka-celaka ini dihapuskan......macam Assad....Gadaffi....Kim jong IL...Al Qeada...ajaran SESAK!!

Anonymous said...

bumi-non malay,
Saya bersetuju dgn apa yg diperkatakan olih AA. Degn tuhan tidak ada permainan logik. Tuhan maha mengetahui dgn segala apa yg berlaku, as it works so mysteriously. Peperangan Sfin adalah peperangan di antara pihak Saidina Aishah dengan pihak Saidina Ali. Satu pihak diketuai oleh bekas isteri nabi dan satu pihak oleh sahabat dan anak saudara nabi. Ribuan yg mati dalam peperangan dua pihak Islam itu.
Jika guna logok kita akan menganggap Tuhan tidak adil kerana membiarkan piha rasuah yg menang dlmpru lepas. It's mysterious kan? tetapi tuhan yg lebih mengetahui. Apa guna menghilangkan yang rasuah jika TUhan tahu yang mengambil alih akan lebih menjahanamkan kita? itu Tuhan sahaja yg tahu bro. We dont know.
Di sebalik keburukan itu ada kebaikan dan jgn terus dibuang. Di sebalik yg baik ada keburukan. Jgn terus terkam. Kita tidak tahu apa serbabnya melainkan yang faham ilmu ketuhanan yg tinggi. Jika Pr dipimpin oleh orang yg sudah dari awal adalah pemimpin yang sgt meragukan dan tidak bermoral, apa akan terjadi jika dia berkuasa. Mungkin kurang rasuah tetapi melakukan keburukan yang lain yg lebih busuk lagi.

yg penting kita sudah kalah dan kita cari sebabnya. Kita cuba lain kali mungki dengan cara lain yang lebih baik lagi.

Sabar ya bumi-non-malay...sdr jgn menggunakan logik sdr saja ya?

ilham

Anonymous said...

AA
Sememangnya yg buruk tidak patut cuba membersihkan buruk yg lain. Ia akan membambah keburukan lagi. Alhamdulillah, kita terima keputusan Tuhan dan kita cuba lagi. Mungkin kita ambil org lain untuk memimpin kita membuat perubahan.

Anonymous said...

Luahan shahdu dari hati penulis yang merasakan manisnya beriman kepada tuhannya YANG MAHA PENENTU lagi MAHA BERKUASA DIATAS SETIAP SESUATU. Alangkah bahagia rakyat Negara ini andai segenap lapisan peneraju kepimpinan negaramemiliki sebuah sebuah hati bagini rupa yang sentiasa beringat dan benar benar mengikuti jalan yang di bentangkan Tuhan melalui Rasul Nya.
Saya cadangkan marilah semua peringkat rakyat, pemimpin tertinggi hingga keakar umbi bersama sama kita berlari kencang mengejar kerezaan Tuhan. Andai selama ini ada antara kita menipu diri sendiri kerana ashik mengejar kehidupan dunia, membujur lalu melintang patah maka bersamalah kita lakukan REFOMASI HALA TUJU HIDUP KITA kearah jalan yang seimbang antara kehidupan di dunia dan kehidupan di akhirat.
Kejayaan yang hakiki tercapai andainya sesoarang mendapat kerezaan ALLAH di MAHSYAR kelak.
Mewahnya kehidupan di dunia bukan bererti memiliki jiwa yang kaya. Kayanya jiwa terhasil dari keteguhan iman di dada.
Bersedekahlah, walaupun dengan hanya mengukir sebuah senyuman ketika menyambut ketibaan sahabat kita.

Orang padang besar

Anonymous said...

Apb kita tlh melafazkan 2 kalimah SYAHADAH, brmakna kita bnar2 bnar7.. bnar7 ingin meNYAKSIkan kbsaran'NYA melalui praktis/pengalaman yg tlh diterokai oleh nabi2'NYA itu..

Kita bukan shj bnar7 ingin meNYAKSIkan praktis nabi2'NYA itu beraksi dipentas dunia ini, bahkan kita juga bnar2..bnar7..bnar7 tringin utk meRASA..meRASA..meRASAI sbnar7 'nikmat' yg mrk/nabi2 pernah RASAI..

Sekadar meNYAKSI tanpa meRASAI adalah ibarat meLIHAT 'gula' tanpa dpt meRASAI sbnar7 keMANISan nya! Samalah sprt berNIKAH tanpa dpt 'nikmat' meNYATU dimalam petama utk selama2nya!!? Dimanakah untung & faedahnya??

Apb kita bnar7 dpt mnjd SAKSI & bnar7 pula dpt meRASAI apa yg tlh diRASAI oleh nabi2 & shbt2nya itu barulah kita mndpt pngIKTIRAFAN drp NYA sbg sbnar7 'Muslim & Mukmin' yg sejati..

Mnjd Islam/Muslim brmakna kita WAJIB bnar7..bnar7..bnar7 pasrah sPASRAH7nya kpd "NILAI2" univrsal VALUE/WAHYU yakni sbnr7 KBNARAN mutlak/hakiki dr TUHAN yg'SATU..

Insafilah dgn sbnr7/spenoh7 RASA keinsafan bhw asal usul kita sume adalah dr Adam as & kita sume baik Melayu Cina India Iban Kadazan Arab dllnya adalah anak2 cucu Adam yakni dr yg'SATU..dr TUHAN yg'SATU itu!!
Inilah sbnr7 hakikat 2 kalimah SYAHADAH yg WAJIB seawal2nya sama2 kita SAKSIkan & RASAkan trlebih dulu dgn penoh spenoh7 RASA keinsafan krn inilah peranan/praktis yg sume nabi2 tlh pon PAMERkan..

Mnjd Mukmin pula brmakna kita spenoh7 YAKIN kpd'NYA..yakni dgn smutlak7nya penoh YAKIN trhadap "NILAI2" UNIVRSAL value'NYA itu.. itulah sbnr7..sbnr7..sbnr7 AKIDAH sume nabi2 wali2 muslimin & mukminin yg SEJATI yg tlh brikrar dgn 2 kalimah SYAHADAH demi demi demi SAKSI brSAKSI & meNYAKSIkan asal usul 'hakikat' yg'SATU..dr yg'SATU..oh TUHAN yg'SATU!

Adakah nilai2 yg lain selain drp "NILAI2" unvrsal VALUE itu yg dpt menyelesaikan masaalah ummah??
Krn kita sume brmula dr yg'SATU kemudian brcanggah brpecah brbalah & saling berbunoh2an SALAH menyalah..tentulah jwpan kpd kemelut yg kompleks itu hanya SATU yakni smutlak7 UNVRSAL value drp'NYA itu..

Kita TAK perlu mnjd 'agamawan' utk mnjd sbnr7 SAKSI kpd hakikat 2 kalimah SYAHADAH itu krn nabi SAW pon TIADA langsung latar belakang sbg seorg agamawan bahkan latar belakang baginda adalah sbg seorg 'ahli' perniagaan!?

Sejarah baginda diMadinah sntiasa dimusuhi oleh 'agamawan' yg CURANG dgn latar blakang sbg ahlulKitab yg TIDAK berbeza hatta jauh lebih jijik lagi dgn'agamawan' politik yg sama2 sdang kita SAKSIkan yg ada dinegara ini..

Smoga kita bnar7 bnar7 bnar7 dpt mgHAYATI hakikat sbnr7nya ERTI hakiki 2 kalimah SYAHADAH itu..& kita pon bnar7 dpt mnjd SAKSI & meRASAI 'nikmat' yg pernah dialami oleh nabi2..yakni 'nikmat' spenoh7 CINTA & kaseh SAYANG..RAHMAN & RAHIM..yakni 'nikmat' penoh KUDUS dr yg'SATU krn bnar7 hidup brDIRI & brNAFAS dgn sbnr7"NILAI2" unvrsal VALUE 'NYA' itu..

Itu sume adalah..
"laa haulawalaquata illabiLLAH"

Anonymous said...

Sdra Sdri, rumusan jelas tulisan Tn Aspan menepati sekali kepercayaan muslim bahawa Allah Maha Mengetahui dan Mahakuasa. Allah tahu segala galanya baik di alam ghaib maupun di alam nyata.

Kalau di lihat perbuatan manusia terutama dalam mengekalkan kekuasaan maka golongan ini sama sekali menolak dan tidak menerima kenyataan di atas. Sebab utama apa juga perancangan mereka untuk berkuasa dan kekal berkuasa, tiada halangan malah seolah olah mendapat restu Allah jua. Mereka tahu, dan amat mengetahui usaha ke arah penipuan itu cukup jelas malah nyata berlawan dengan kehendak tuhan. Bagi mereka tiada sesiapa dapat menghalangnya kerana Allah seolah olah bersetuju dengan perbuatan jahiliah mereka itu. Mereka melebarkan lagi perbuatan durjana itu ke tahap fitnah yang nyata pula, kerana hendak berkuasa.

Dalam kontek ini mereka rasa akan kekal berkuasa selama lamanya tambahan pula adanya gulungan yang boleh mereka tipu dan ditipu sekali sekala, lima tahun sekali ataupun acap acapkali.

Cuma mereka tidak sedar bahawa Allah Mahakuasa dan bijaksana mengatur hidup umatNya.

Anonymous said...

Persoalannya, "Dimanakah Allah itu?"

Sekiranya Rasullullah meredhakan sahaja kemungkaran kaum Quraish terhadap baginda maka tidak kesempatanlah kalian2 semua mengucap dua kalimah syahadah.

Hakikatnya, tiada makam yang paling suci selain jasad kita sendiri kerana 'Allah itu lebih dekat kepadanya [manusia] daripada urat lehernya”  [50:16].

“SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SUATU KAUM KECUALI KAUM ITU SENDIRI YANG MENGUBAH APA APA YANG PADA DIRI MEREKA ” [13:11]

~ Cermin Hikmat

Anonymous said...

Cermin Hikmah (Anon 14:21)

Saya tahu apa yg pak AA maksudkan,

Benar, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu sendiri mahu merubahnya.

tetapi Allah juga tahu samada pihak yang hendak melakukan perubahan itu benar-benar mampu untuk melakukannya? Maka patutlah sesiapa yang hendak melakukan perubahan mesti diri mereka sendiri tahu apa yang hendak diubah atau berkemampuan untuk merubahnya. Orang yang hendak mengubah itu pasti merasakan keyakinan untuk melakukan perubahan itu, tetapi sekali lagi Tuhan lebih mengetahui tentang kemampuannya.

Berabitlah dengan rapat kepada Tuhan yang Maha Esa agar saudara tidak keliru.

Saya juga bukannya pandai. Ibarat kata pantun:
Buah cempedak diluar pagar
Ambil galah tolong jolokan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan.

khadam

Anonymous said...

Yang haq dan batil akan muncul nanti....cuma adakah kita ini cukup skadar brdoa dan memerhati tnpa usaha dan ikhtiar..utk menegak yg haq dan mencela yg batil itu...

Ibnujaya said...

Izin dan redha Allah dua perkara yang berbeza! Iblis mendapat izin Allah utk menggoda manusia . Namun iblis juga di laknat Allah. Wallahu alam.

Anonymous said...

The true colors of yours, Pak Arpan......

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Pengisian yang berbeza kali ini. Please don't say that you are 'converted' to PAS.. Just a joke, bro.. well done.

Anonymous said...

Nampak benar bertapa celarunya fikiran manusia menilai hujah diketengahkan. Bahkan ada yang bagitu ekstrim mengejar sesuatu di luar kemampuan diri - contoh dalam beragama iaitu menegakkan keimanan.
Iman umat diakhir zaman takkan sama dengan keimanan Tentera tentera Allah, Singa Allah, Para Shuhada, Sidiqin dll iaitu para sahabat Rasulullah SAW. Jauh lagi berbanding dengan para Ambia.
Janganlah terkinjal kinjal menonjol diri sebagai makhluk beriman mirip para Rasul Allah kerana itu hanyalah menipu diri sendiri. Manisnya iman itu bukan bolih dibeli dengan doa dan wirik atau serban dan jubah labuh.
Mengutip kata penulis bahawa alam ini hidup, alam ini berubah dan alam ini ada pentadbirnya. Andai kita kenali semua ini dan hakikat kejadian alam sebenarnya maka tika itu terasalah diri kita ini terlalu kecil berbanding alam ciptaan Allah, bagaikan satu titik kecil dilangit luas membiru.
Timbullah keinsafan didada, kenal diri sendiri seorang hamba Allah SWT. Mengalirlah titisan air mata rasa bersalah dan terhulurlah dua tangan mohon pengampunan dan berjanji untuk benar benar mengikut pertunjukNya Allah SWT dan RasulNya SAW. Juga bertaubat Nasuha untuk tidak mengulangi lagi dosa besar yang telah terlanjur dilakukan dengan penuh sesalan didada.
Demikianlah - Manisnya iman kepada Allah SWT.

Orang padang besar

Anonymous said...

jgn salahkan tuhan

Anonymous said...

what

Shakirin Al-Ikram said...

Salam, President Mohamad Morsi mendapat sokongan 51% undi tetapi digulingkan juga oleh saki baki Tentera era Sadat dan Mubarak.. Orang Islam Mesir sendiri gerun dengan pemerintahan Ikhwanul Muslimin!
Di Malaysia, Pakatan Rakyat dapat 52.6% sokong popular tetapi tak berJaya menubuh Kerajaan, menunggu di tepian dan menanti Keputusan Petisyen di Mahkamah!
Di Mesir sudah tumpah darah dan ade yang orang Amerika ditikam hanya sebagai memerhati gelagat perusuh2 yang makan pil Kuda!
Allah memang Mutaallim tetapi Allah juga tidah membenarkan kezaliman dan penipuan bermaharajalela.
Lihat ape yang terjadi baru-baru ini. Lulusan SPM sudah boleh terajui Lembaga Tabung Haji.. ape sudah jadi dengan Najib dan UMNO? Kalau Ghani dan memang cucuk kelulusan ekonomi dari Australia, atau Nujazlan, akautan!
Ini hanya tukang cium tangan Rosmah dan tau ampu bodek..
Tak boleh biarkan wang Negara diseleweng lagi oleh Najib dan Isteri!

Anonymous said...


bersambung,..

Maha Adil Allah, HisabNya adalah TUNAI.

[Q2:202], [Q3:19], [Q3:199],[Q5:4],[Q6:62], [Q6:165],[Q7:167], [Q13:41], [Q14:51], [Q24;39], [Q40:17].

"Amal Makruf, Nahi Mungkar". Maka mana2 kaum (lebih2 lagi yang mengaku Islam) yang mengizin atau meredhakan tanpa menentang kebatilan yang berleluasa, maka merempatlah ia dan keturunannya ditanah airnya sendiri.

Ini adalah ketentuanNya.

~ Cermin Hikmat.