23 August 2013

Mahathir sentiasa memilih timbalan yang salah, beliau pula pilihan salah Hussein Onn

Tun Dr Mahathir sudah memberikan reaksi terhadap anggapan Abdullah Badawi yang tindakannya membatalkan projek yang telah diambil semasa pentadbiran beliau (Mahathir) ialah untuk mengelakkan negara menjadi muflis. Abdullah menjawab kenapa beliau membatalkan keputusan yang telah diambil oleh Mahathir apabila beliau (Abdullah) mengambil alih kepimpinan negara dalam wawancara beliau didalam buku ‘The awakening’ hasil kerja Professor Chin dan Welsh.

Saya sememangnya tertunggu-tunggu jawapan Dr Mahathir kerana kata-kata beliau sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi sememangnya menjadi minda saya untuk mengikutinya. Oleh kerana saya sejak tiga puluh tahun dahulu mengikuti setiap kata-kata dan kenyataan beliau , maka saya tahu dimana beliau bercakap benar dan dimana beliau berbohong atau dimana beliau bercakap untuk mengelirukan semua orang.

Beliau boleh berbahas dengan menggunakan bahasa yang kasar dan juga boleh mengambil tindakan menyindir jika beliau sudah tidak mempunyai ruang untuk membalas perbahasan musuhnya dengan tepat dan jelas.

Kali ini beliau menjawab tanggapan Abdullah Badawi itu dengan sindiran. Beliau menjawab dengan menyindir Abdullah  jika beliau (Mahathir) bersara lama sebelum itu negara akan berada dengan wang yang menggunung, tetapi Abdullah tidak juga dapat mempertahankan kemenangan tradisi BN dengan majoriti 2/3 dalam pilihanraya ke12 yang lalu.

Mahathir berkata, jika beliau berhenti jauh sebelum tarikh yang beliau sebenarnya bersara dahulu beliau membayangkan yang negara tidak akan ada KLCC, jambatan P Pinang, Putrajaya, KLIA dan berbagai-bagai projek raksaksa yang kita lihat sekarang ini.

Bagi saya diantara Mahathir dengan Abdullah pergesiran mereka bukan kerana perjuangan. Sebenarnya Mahathir merasakan Abdullah tidak menunjukkan sikap berterima kasih kepada beliau (Mahathir) dengan secukupnya. Beliau mahukan Abdullah terus-terusan menunjukkan perasaan bersyukur yang tidak terkira kerana menjadi Perdana Menteri diatas pilihan beliau (Mahathir). Mahathir tidak mahu setakat Abdullah mengucapkan terima kasih sahaja. Mahathir mahu Abdullah sentiasa berhutang budi kepadanya dan sentiasa ‘berzikir’ dan ‘mengtauhidkan’ beliau ‘in perpetuity’.

Itu sebabnya setelah Abdullah mengambil keputusan membatalkan projek jambatan bengkok itu, beliau mengambil isu itu sebagai alasan untuk memulakan serangan terhadap Abdullah. Sebenarnya Mahathir sudah mempunyai perasaan marah dan kecewa terhadap Abdullah hanya sebulan dua selepas Abdullah mengambil pimpinan negara. Pembatalan projek jambatan bengkok itu hanya di jadikan penyebab untuk menyerang dan melepaskan perasaan marah dan kecewa beliau sahaja.

Dr Mahathir kecewa dengan Abdullah kerana Abdullah tidak menghormati keputusan kerajaan pimpinannya sebelum ini dengan membatalkan apa yang telah dipersetujui untuk dilaksanakan. Tetapi ini adalah perkara yang biasa bagi seseorang yang mengambil alih pentadbiran baru. Mahathir sendiri tidak menghormati banyak perkara yang telah dipersetujui oleh Kabinet Hussein Onn sebelum beliau.

Kabinet Hussein Onn telah mengambil keputusan untuk tidak membenarkan mana-mana kerajaan negeri atau mana-mana agensi kerajaan supaya tidak menubuhkan syarikat yang menubuhkan Saham Amanah untuk memberikan tumpuan kepada Sekim Amanah Saham Nasional yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Bhd sahaja.

Selain dari ASNB tidak dibenarkan mana-mana pihak menubuhkan sekim amanah kerana ia akan membantutkan usaha terancang untuk memindahkan hasil kekayaan negara kepada Bumiputra. Kerajaan hanya bersetuju untuk membenarkan sekim Amanah yang diurus oleh TKMB (Tabung Kumpulan Modal Bumiputra) yang di urus oleh Amanah Saham MARA Bhd sahaja.

Tetapi Mahathir mengenepikan keputusan ini apabila mengambil alih kepimpinan negara dan membenarkan banyak negeri-negeri menubuhkan Amanah Saham mereka sendiri seperti Amanah Saham Terengganu, Selangor, Johor dan banyak lagi agensi-agensi kerajaan lain menubuhkannya.

Hasilnya berbillion wang Bumiputra telah hilang kerana masing-masing mempunyai pasaran Bumiputra yang sama. Hasilnya semua sekim amanah yang bercambah itu telah mengalami kerugian dan ditutup operasinya. Orang Melayu kerugian berbillion ringgit wang simpanan mereka yang tidak seberapa itu.

Sebenarnya ‘kesilapan’ Abdullah hanyalah mengecewakan kehendak peribadi Dr Mahathir sahaja. Abdullah tidak sedar yang beliau telah dipilih oleh Dr Mahathir kerana Mahathir merasakan beliau boleh di perlakukan apa sahaja oleh beliau (Mahathir) kerana Mahathir masih banyak agenda peribadi beliau dan memerlukan Abdullah untuk memberikan ruang bagi mendapatkannya.

Dr Mahathir tidak tahu yang Abdullah walaupun seorang yang lembut, tetapi lembutnya Abdullah tidak boleh disudu oleh Dr Mahathir. Abdullah sememangnya seorang yang bukan mudah mendengar kata-kata nasihat Mahathir kerana beliau juga tahu niat dan kehendak Mahathir itu selalunya bertentangan dengan aspirasi rakyat yang ramai.

Akhirnya siapa sahaja yang menjadi pilihan Dr Mahathir adalah pilihan salah dan akhirnya Mahathir juga yang akan berusaha menurunkan mereka yang beliau naikkan. Musa Hitam pilihan beliau, akhirnya Musa juga tidak sesuai dengan beliau. Musa digantikan dengan Ghaffar, akhirnya beliau memilih Anwar untuk menumpaskan Ghaffar. Selepas itu beliau juga sedar yang Anwar juga bukan pilihan yang betul bagi beliau maka Abdullah lah yang dijangka orang yang paling sesuai untuk menggantikan beliau.

Apabila Abdullah menjadi gantian kepada beliau, Abdullah juga tidak sesuai, maka dari persaraan beliau menyuruh arah Muhyiddin untuk bergerak menolak Abdullah kerana akhirnya beliau berhasil mendapatkan gantian kepada Abdullah, iaitu Najib.

Sekarang ini sudah dipanggil ramai perwakilan UMNO oleh Dr Mahathir dan mengkritik Najib pula. Najib juga tidak betul kepada Dr Mahathir. Mungkin kali ini Mahathir hendak menaikkan Muhyiddin pula. Ramai pasti yang Muhyiddin juga akan menjadi pilihan yang salah jika Mahathir masih hidup sehingga umur 100 tahun.

Pendeknya jika kita menerima pilihan Mahathir keadaan negara tidak akan menjadi aman politiknya. Pilihan-pilihan Mahathir semuanya pilihan yang salah.

Kenapa pilihan Mahathir itu salah?

Jawapannya mudah kerana pemilihan Dr Mahathir oleh Hussein Onn sebagai pengganti beliau itu adalah pilihan yang salah. Dr Mahathir sentiasa menuduh timbalannya yang salah kerana pemilihan beliau sendiri oleh Hussein Onn itu dianggapkan oleh ramai orang-orang lama dalam UMNO itu sebagai pilihan yang salah.

Kalaulah Dr Mahathir itu pilihan yang betul masakan beliau mewariskan politik yang kacau bilau seperti sekarang ini? Beliau (Mahathir) sentiasa memilih timbalan-timbalannya yang salah.

Fomula bagi membuat pilihan yang betul elok dipilih mereka yang dari awal Mahathir tidak suka atau cemburui. Kita mengaku yang semua pilihan beliau itu adalah pilihan yang salah. Yang mana Dr Mahathir tidak suka itu, itulah dia pilihan yang secocok dengan politik dan negara.

14 comments:

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Bro,
Satu analisis yang thesis dan anti-thesis menghasilkn sintesis yang baik. Hussein Onn patut memilih Tengku Razaleigh dulu...Mahathir terlalu banyak politik.

AKHIR ZAMAN said...

http://hikmatun.wordpress.com/2008/09/23/antara-tanda-tanda-kiamat-dan-peristiwa-akhir-zaman/

lmu Agama Akan Beransur-ansur Hilang;-Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda;- “Bahawasanya Allah s.w.t. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah s.w.t. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.” ;- (Riwayat Muslim)

Anuar Che Lat said...

Seperti kata aruah ust fazil biar lah tun mahathir panjang umur supaya beliau melihat kemusnahan umno kesan dari tindakannya..

Anonymous said...

Madey akan pilih setan bodo daripada setan cerdek. Peguam pulak peguam kaki kencing yg dikencing bukan madey tapi rakyat yg kena kencing, silap2 terus berakkan rakyat je. PM yg paling baik didunia ni kata madey cuma dia seorang je yg lain hampeh belaka.

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan.;

Satu ulasan yg tepat. Mengambarkan umno bukan parti yg betul. Manakan betul jika masih memilih daan dipilih pemimpin yg salah.

Ahli2nya berperinsip kalau nak naik misti mengikut "hairachy", tak bolih melangkah kekanannan. Jika ada yg ingin membuat perubahan yg drastik atau mengenengahkan sesuatu yg baru perlu mengikut giliran.

Sampai matilah umno tak akan berubah.
Hiduplah kamu dalam gelumang yg puak2 kamu duduk kata betul selama ini....

Anonymous said...

Ingat, kuman pembunuh bermula dari satu. Kuasa pembunuh demokrasi bermula dari seorang pemimpin perancang pengkhianatan.

Selagi dia berkuasa bersuara dan di dokong oleh pengikut2 bodoh cerdiknya maka yang baik diusahakan jadi buruk, yang buruk pula diusahkan jadi baik. Bila bercakap tentang musuhnya dia akan mengunakan bahasa sindiran bodoh dalam senyuman "syaitan"

Berdoalah kita supaya makhluk jahiliah dajalan ini cepat terhapus dibumi yang telah diporak perandakan nya.

Warisan Mahathir said...

Pak Aspan,

Warisan Mahathir telah melahirkan hakim negara yang merayukan bahawa Altantuya sebenarnya telah membunuh dirinya sendiri dengan meletup menggunakan C4 di hutan Punca Alam Shah Alam, Selangor.

Anonymous said...

Mak oiiii...satu catatan yang bagus untuk direnung dan dimuhasah sedalam dalamnya. Habis terlondeh semuanya. Saya pun nampak begitu, sebagaimna pengulas-pengulas di atas. Berdasarkan komen TDM sebelum ini yang hampir semua kesalahan bermula daripada TAAB dan lani Najib lupa dirinya pun 2x5 atau 5x2. Kesannya seperti yg kita lihat dalam kes Altantuya ni. Saya sebagai rakyat yang pernah mengikuti Kursus Tatacara Mahkamah dan Pendakwaan di ILKAP pun rasa cara pendakwaan tak seperti yg saya belajar. Kata pepatah Indonesia " Lain Ubi Lain Gaplek, Lain Teori Lain Praktek".

Anonymous said...

Sebenarnya silap ahli umno sendiri samada akar umbi dan pemimpin umno...sudah tentu mahathir itu bukan melayu ..kenapa di pilih mahathir sebagai ketua..jika hendak betulkan sesuatu..betulkan pada pangkalnya...jika sesat perjalanan..balik ke pangkal jalan..

Sekarang ini,mahathir BUKAN pedana menteri..dan BUKAN juga presedin umno..kenapa ahli umno tidak balik ke pangkal jalan..berapa banyak org yg bukan berdarah melayu dlm pucuk pempinan umno..sampai seorang kristian pun menjadi ketua umno bahagian...

Ada otak,letak kat lutut..itu lah masalah org umno..selepas mahathir..2 org presedin yg berdarah melayu/nusantara pun tidak boleh ambil tindakan untuk membersihkan umno..kerana mahathir lah org melayu membenci umno sampai kini..

Anonymous said...

Kecelaruan dan kekeliruan ahli umno yg menyebabkan apa yg ahli umno umno hadapi hari ini...majaroti org melayu dlm pru lepas menolak umno..tetapi tidak hebohkan..

org melayu terutama ahli umno harus ikut pepatah suntzu `` If you know your enemies and know yourself, you will not be imperiled in a hundred battles..tetapi ahli umno tidak tau sape musuh mereka..musuh melayu adalah mahathir..ahli umno TERTIPU dgn mahathir..

Anonymous said...

Ahli UMNO tunggu apa lagi, buang Mahathir jauh2; jangan terpengaruh dgn bisikan2 halus beliau.

Transformasi UMNO harus bermula dgn membersihkannya daripada doktrin Mahathir dan kembali kpd Quran dan sunnah

kampong lad said...

dah tanam pokok beracun (dah jadi acuan), buah boleh dimakan ka?

ahmadyani said...

Dia sengaja memilih timbalan yang salah supaya dia dapat dilihat kelihatan betul sentiasa.

lufang said...


Kenapa kita memakai baju 'baju dipakai menutup tuboh,
apa diharap kapada Melayu 'semuanya digambarkan bodoh.

Elok makan kalau bersila ' supaya senang menyuap nasi,
molek kita menukar rasa ' kalau semua tidak serasi.