26 August 2013

Sayangkan negara perlu terbit dari dalam diri, bukan setakat tempelan

Saya terbaca berita yang kempen mengibarkan Jalur Gemilang kurang medapat sambutan. Menteri yang bertanggungjawab berkata kerajaan akan melakukan cara dan kaedah yang sesuai bagaimana hendak membuatkan keseluruhan rakyat mengibarkan Jalur Gemilang itu dengan penuh semangat semasa parayaan ulang tahun kemerdekaan negara kita.

Pengibaran Jalur Gemilang ini sudah tidak berapa mendapat perhatian orang ramai sejak empat tahun dahulu, tetapi keengganan rakyat memberi perhatian pengibaran Jalur Gemilang itu lebih nyata lagi pada tahun ini. Tidak tahulah samada pengibaran itu akan dilakukan dengan paksaan atau dengan cara apa. Tetapi pengibaran Jalur Gemilang itu sememangnya salah satu cara menzahirkan rasa sayang dan cintakan negara.

Kenapa kempen pengibaran Jalur Gemilang sejak beberapa tahun dahulu sudah pudar kemeriahannya? Segala-gala yang berlaku itu tentu ada sebabnya. Kerajaan, khususnya Menteri yang bertanggungjawab itu semestinya memahami apakah elemen-elemen yang membuatkan sambutan kempen itu mandapat sambutan atau sebaliknya.

Dalam sesuatu masalah perkara yang paling penting kita mesti selami ialah memahami masalah ‘up to specific’. Apabila masalah itu dikenal pasti secara ‘detailed’ barulah boleh mencari jalan untuk mencari penyelesaiannya dan menjayakan kempen itu. Apabila disebut tentang pengibaran Jalur Gemilang ini ia tidak boleh lari dari keriangan kita semua untuk menzahirkan rasa cintakan negara. Ia akan hanya boleh berlaku jika dengan sejujur-jujurnya rakyat merasakan cintakan negara itu.

Jika rakyat ramai benar-benar berpuas hati dan rasa cintakan negara itu benar-benar wujud, tidak perlu diadakan kempen besar-besaran. Rakyat akan dengan sendirinya mengambil kesempatan menyambut hari kemerdekaan negara itu sebagai peluang untuk menunjukkan semangat sayangkan negara itu. Kempen itu akan dengan mudah mendapat sambutan tanpa perlu tekanan dan desakan untuk mengibarkan bendera negara itu.

Rakyat tidak mahu melakukan perkara yang mereka tidak begitu ghairah untuk melakukannya. Rakyat tidak berpuas hati kerana rasa tidak menentu politik negara. Rakyat begitu keliru untuk mendapatkan yang mana satu yang betul dan benar. Semuanya mempunyai persoalan sendiri samada mereka yang sedang berkuasa dan mereka yang membangkangnya.

Secara psikologinya rakyat tidak berminat untuk menyertai apa-apa kempen, apatah lagi kempen yang dijalankan oleh pihak kerajaan. Mereka tidak mahu di kelirukan dengan kempen yang kerajaan lakukan kerana mereka tidak mahu dijadikan alat serta perkakas politik pihak yang tidak jujur. Mereka tahu yang kempen yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengibarkan Jalur Gemilang itu telah tertempel unsur politik  selain dari menebalkan rasa kasih dan sayang kepada negara.

Sesungguhnya kejayaan kempen ini bergantung kepada pihak mana yang menganjurkannya. Jika ia masih dilakukan oleh kerajaan tunjangan UMNO, ia tetap sarat dengan unsur politik dan tidak ada kena mengena dengan sayangkan negara.

Rakyat tidak mahu menerima usaha UMNO yang sayangkan negara itu hanya akan boleh berjaya jika ia anjuran UMNO. Bagi pimpinan UMNO jika sayangkan negara rakyat perlu sayangkan UMNO. Jika ia dilakukan oleh pihak yang lain sedalam mana pun kasih dan cintakan negara itu tidak akan diterima. Ia dianggap sebagi penderhaka kepada negara. Menyokong pihak pembangkang itu adalah penderhakaan kepada negara.

Tetapi sebenarnya usaha setengah pihak untuk melakukan tentangan terhadap apa yang dibuat oleh kerajaan UMNO pada hari ini ialah kerana sayangkan negara. Mereka tidak mahu lagi melihat UMNO dan setengah pihak dalam pembangkang sekali pun, menjahannamkan negara. Mereka mahukan perubahan yang sejati bukannya memenangi satu pihak keatas satu pihak yang lain.

Kalau UMNO itu sudah busuk sebagai mana yang diakui oleh Dr Mahathir itu, ada pemimpin yang sedang bertenggek keatas parti pembangkang itu tidak boleh dijadikan pilihan untuk menjadi Perdana Menteri kerana mempunyai masalah yang tidak boleh diterima jika kita serius mahukan pimpinan yang bermoral dan akur kepada kehendak syariat agama kita. Maksud saya kita mahukan mereka yang bermoral dan kita terpaksa mencarinya kerana kita bukanlah orang yang boleh menjadi gantian kepada yang ada pada hari ini.

Mereka lebih cintakan negara dari mereka yang mengibarkan bendera kerana tuntutan politik peribadi atau kepartian mereka. Malahan mereka yang tidak mengibarkan bendera itu lebih sayangkan negara kerana mereka tidak menempelkan dan menunjuk-nunjuk sayangkan negara. Kasih dan sayang mereka sudah terpahat dilubuk hati dan sanubari mereka dan tidak berpura-pura sayangkan negara dengan mengibarkan bendera dipagar rumah atau dipejabat atau melekatkan bendera kepada kenderaan yang kita pandu.

Seperti orang yang kasih dan mengtauhidkan Tuhan, mereka bukan semata-mata menegakkan solat yang wajib (disyariatkan) itu tetapi mereka sentiasa berzikir dan bertahmid di dalam hati mereka mengesakan Tuhan dan membersihkan diri kita yang sebenar-benar diri itu. Zikir itu tidak diketahui oleh orang awam atau mereka yang semata-mata mentarbiah syariat tetapi tauhid mereka lebih suci dari apa yang kita lihat dalam kerja tubuh kita (Syariat).

Begitu juga mereka yang setia kepada negara. Mereka yang menunjuk-nunjuk sayang dan cintakan negara itu tidak sesuci mereka yang telah meletakkan negara sampai ke naluri mereka. Mereka ini sebenarnya tidak memerlukan lakonan mengibarkan bendera-bendera ini kerana apa yang ada di dalam dirinya itu lebih lagi kuat dari mereka yang hanya menempelkan rasa sayang kepada negara diluaran semata-mata.

Untuk menunjukkan setia kepada negara secara luaran itu maka keadaan luaran itu juga perlu memberi minat kepada mereka untuk memberikan sokongan dengan mengibarkan Jalur Gemilang itu.

Tetapi keadaan luaran politik tanah air itu tidak memberikan mereka semangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang itu lah yang menyebabkan kegagalan pihak penganjur, iaitu kerajaan untuk menyemarakkan kempen mengibarkan bendera negara yang berdaulat ini.

Mereka yang menganjurkan kempen itu pun masih dipersoalkan kesetiaan mereka kepada negara, bagaimana rakyat ramai hendak mengikutnya? Ada dikalangan mereka yang menganjurkan itu adalah mereka yang mendustakan negara dengan perlakuan rasuah dan salah guna yang tidak sepatutnya berlaku sebagai sebuah kerajaan yang mengaku sebagai kerajaan yang berwibawa.

Bagaimana seorang atau kumpulan yang rasuah itu berkempen untuk kita menyayangi negara sedangkan perlakuan dan tindakan mereka itu selalu bertentangan dan yang di benci negara? 

15 comments:

Anonymous said...

loving something is more than just a flag
sometime we should screwed nationalisme just to prove something that just so stupid and annoying
this land is ours to all.. place we born place we dream.. place we share..place we love..our natural habitat..where we live and to die for
we can change the flag what ever we like
because we know our history is just a pathethic lie!!!

Anonymous said...

vincent tan la tempelan berjaya..dia patriotik katanya...

berjaya membawa nama malaysia setiap minggu dan disaksikan seluruh dunia oleh cardiff city...

dulu rasa gembira nak kibar jalur gemilang, sejak perang saudara, anwar-mahathir jadi malas nak kibar.

Anonymous said...

Kita diambang kemerdekaan negara. Pemerintah bertungkus lumus cuba menanam semangat menyambut Hari Kemerdekaan, saban hari dan waktu itu yg di laungkan dlm media milik mereka. Hingga mencadangkan perkara yang tidak lojik untuk ke arah itu. Masih juga tiada sambutan seperti yang paling muda mengibar bendera MALAYSIA.

Perkiraan mudah difikiran rakyat, jiwa merdeka mereka, telah "di bunuh" secara hormat oleh pemimpin pemerintah mereka sendiri secara halus dan nyata. Tiada lagi demokrasi berteraskan negara bebas dan merdeka. PRU13, salah satu contoh, tindakan keadilan, perkauman, negeri pemerintahan pembangkang dianaktirikan, royalti minyak, pelajaran, pengangguran, penyalahgunaan kuasa dan lagi dan lagi. Itu semua siapa yang menguatkuasakannya kalau tidak pemerintah.

Jadi tidak hairan lah, kalau rakyat menolak hari2 menyambut kemerdekaan yang di seru oleh pemerintah kerana "kemerdekaan itu tiada apa2 lagi bagi mereka"

Tidak dinafikan ada juga yang menyambut nya. Lihat siapa pula mereka kepada pemerintah. Orang cerdik bodoh yang boleh di beli, kroni, yang terhutang budi tergadai maruah diri dan lain2 lagi.

Walaubagaimanapun
"MERDEKA,
MERDEKA,
MERDEKA"
kata mereka yang tidak mengerti apa itu erti kemerdekaan sebenarnya.

Zaidi said...

Salam Pak Aspan
Sempena sambutan merdeka, ada baiknya kita menilai kejayaan negara setakat ini. 3 kaedah mengukur kejayaan negara; pertama harga teh tarik dan sebungkus nasu lemak kini berharga RM3; kedua berapa lama untuk bergerak dari Pekan Sg Besi ke Jalan Pudu pada jam 8 pagi - kini dekat 2 jam; ketiga berapa harga belajar di universiti - kini dekat RM 15ribu. Jadi rakyat perlu bersyukur berapa ramai rakyat Amerikan Syarikat yang tidak dapat makan nasi lemak dan teh tarik akibat penindasan kerajaan di bawah pimpinan Obama, begitu juga rakyat Burkina Faso di Timbuktu yang sememangnya meunggu berjam-jam kerana tiada bas lalu di kampung mereka akibat pihak penjajah yang terlupa membina jalanraya dan juga yuran pengajian di Harvard Business School di USA sudah mencecah RM 150 000 setahun. Jadi kita mesti bersyukur atas segala kejayaan yang kita kicapi (oops maaf kecapi).

Merdeka! Merdeka! Merdeka! (ada makan ke lepas ni?)

Anonymous said...

kalau hendak sayangkan negara banyak akta/undang2 boleh diwujudkan tetapi untuk mendapatkan seorang pemimpin yang jujur, berintergriti dan bersih belum ada lagi akta/undang2 digubal kearah itu.jangan kita biarkan kuasa yang mereka kuasai mengatasi segala kepentingan bersama.

Anonymous said...

tuan,

dulu sebelum umno mempolitikan sambutan hari kebangsaan orang ramai sanggup membeli sehelai bendera walaupun dengan harga rm12.00 sehelai untuk dipasang.

sekarang diberi percuma pun orang dah malas nak kibar.

Brem said...

Skrg kroni supply bendera tak dapat business. Biar kita kibarkan bendera dalam jiwa kita. Kata Pak AA betul.

abubakar othman said...

Menerusi PRU13, purata peratusan keluar mengundi melebihi 90%. Ini menunjukkan bahawa rakyat amat mengikuti perkembangan semasa dan aktif dalam merancang masa depan mereka. Tidaklah boleh menyalahkan rakyat kerana tidak mengibarkan bendara dalam menyambut Hari Kemerdekaan. Bila ditanya, rata-rata mengatakan bahawa Hari Kemerdekaan di Malaysia adalah Hari Barisan Nasional.
Berita-berita kemerdekaan berkisar mengenai Barisan Nasional sahaja khasnya UMNO sedangkan Hari Kemerdekaan adalah Hari Rakyat Malaysia... tanpa mengira kepartian, pertubuhan, puak, ras, gende, usia dan status. Di sini, YAB Perdana Menteri mesti melakukan transformasi dengan menggantikan agenda BN kepada agenda Rakyat dalam menyambut Hari Kemerdekaan. Ini memberi sebab untuk mereka menyambut Hari Kemerdekaan paling meriah malah paling bermakna dalam sejarah kenegeraan Malaysia.
Allah berkat Rakyat & Negara Malaysia. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Anonymous said...

Cheers Aspan!

C Chow Thiam

Anonymous said...

selamat hari kemerdekaan malaya 31/8/57 dan hari malaysia 16/9/63
malaysia bukan merdeka tahun 57..itu malaya
malaysia sebenarnya sebuah persekutuan dgn malaya sabah sarawak dan singapura menjadi pesertanya..singapura keluar tinggalah sabah dan sarawak
sebuah sekolah di sarawak telah sepakat utk tidak merayakan hari kemerdekaan malaysia
mengapa..kerana sarawak tu negara dan ada tarikh merdeka sendiri iaitu 22 julai

Tok unai, K Kedah said...


AA, Selamat mencapai kemerdekaan yang belum lagi sampai. Saya berharap Najib, Mahathir dan semua gulungan dalam Majlis Tertinggi Umno itu diketepikan kerana mereka tidak percaya kepada kemerdekaan. Hanya mereka yang merdeka, boleh berbuat apa aja.....Merdekalah kita tidak lama lagi....

Anonymous said...

Tuan. Sudah cukup bererti apa yang tuan paparkan. Harap dapat tuan teruskan lagi usha menyedarkan masyarakat umum akan kepincangan sebenar dalam Negara kita ini. Terima kasih banyak atas usha tuan ini.

Orang padang besar

Anonymous said...

Pak Aspan, bila diadakan hari menyambut kemerdekaan di dataran merdeka khasnya, siapa yang duduk dan berdiri diatas pentas khas itu, di samping YDPAgong, bukankah pemimpin2 UmnoBN, pemerintah negara, pak2 menteri je Mana pergi ahli2 parlimen yg lain terutama pembangkang mana dia...

Maka majlis ulung kemerdekaan setiap tahun itu yang dilancar melalui TV dan media2 lain hanya diraya merdekakan oleh pemimpin2 UmnoBN sahaja. Rakyat nampak ni, siaran langsung, mereka bertanya "mana wakil parlimen aku? Yang nampak wakil2 UmnoBN je diatas pentas tu!!!, tak apa...tahu lah aku menzahirkan semangat kemerdekaan nanti".

Bukankah itu satu reaksi menolak menyambut hari kemerdekaan.

Jelas se

ahmadyaniDotcom said...

Seruan dari hati akan jatuh ke hati. Hati rakyat yang "tidak benar-benar mahu" meraikan kemerdekaan ini adakah disebabkan AJK yang menganjurkannya sendiri tidak bersungguh dari hati mereka? adakah kerana ada maksud lain sehingga rakyat dapat 'merasakannya'?

Anonymous said...

Saya tidak akan biarkan diri saya menjadi tempelan kepada kerakusan pemimpin kita.sepatutnya mereka yang sedar diri bahawa kita yang merdekakan mereka dengan mandat dan kuasa......semua ini sangat mengarut melainkan mereka menipu.